Setibanya di rumah ,kereta Faiq sudah berada di garaj depan rumah. Di sebabkan kereta Faiq sudah memenuhi ruang garaj,Najla terpaksa parking kereta nya di depan gate. Rumah taman 2tingkat itu tidak terlalu besar untuk menempatkan 2 buah kereta sekaligus. Najla bermalas malasan memasuki rumah. Dia tiba dia rumah lebih kurang jam 6.30 petang. Aik awal pula si Faiq ni tiba kat rumah. Dia menuju ke tangga dan terus ke bilik. Pintu bilik Faiq kelihatan terbuka luas. Dia singgah dan menjenguk. Tiada orang .
Kelihatan Faiq sedang bercakap di telefon. Mukanya tegang. Najla cuba mengamati tapi tidak jelas.
"abang.. "panggil Najla. Faiq memusingkan badan mengadap Najla. Talian telefon di matikan.
"eh dah balik? lama dah ke? " tanya Faiq
"baru je. tak pe la orang masuk bilik dulu,sorry ganggu abang," kata Najla sambil melangkah ke biliknya.
"eh maira,tunggu... " Najla mematikan langkah.
"Maira dengar ke? " tanya Faiq.
"tak dengar. Kenapa ye? " Dia pelik.Mengapa Faiq begitu panik.
"oh okey . Malam nanti kita makan kat luar yer. Takpayah la susah-susah Maira masak hari ni." kata Faiq. Sememangnya Najla jarang memasak di sebabkan hujung minggu mereka sering balik ke Pahang. Kalau weekdays memang jarang Najla masak. Selalunya mereka akan tapau sebelum balik kerja.
"okey .. orang masuk bilik dulu. " tanpa menunggu Faiq membalas Najla melangkah ke biliknya. Dia membersihkan badan dan solat asar.
Baju t-shirt dan seluar panjang cotton dia berbaring di katil. Bantal di naikkan sedikit dan Najla dalam keadaan duduk menyandar di kepala katil. Novel di meja kecil bersebelahan katilnya di capai. Dia kembali menyambung membaca helaian yang berikutnya.
knok! knok! knok!
" maira,dah siap ke? " Najla bergegas menuju ke pintu bilik.Tombol pintu di tarik.
"lahh,tak siap lagi. Abang dah siap ni..jom la." Faiq terkejut bila melihat Najla masih berbaju t-shirt.
" orang tak larat la .. abang tolong tapaukan boleh?" Najla tidak ada mood nak keluar.
"kenape ?? demam ke?? " laju tangan Faiq merasa dahi Najla. Sejuk! tak demam pon.
"tak la,cuma tak larat"kata Najla sambil menolak tangan Faiq yang mendarat di dahinya.
"okey takpe,kalau macamtu,abang order jela yer. risau pula abang nak tinggalkan Maira sorang- sorang "luah Faiq akan kebimbangan yang bertandang di lubuk hatinya.Najla mengangguk perlahan. Badannya terasa bisa-bisa.
Dia melihat Faiq turun kebawah.Tangannya menekan-nekan screen telefon.
Najla kembali ke katil dan merebahkan badanya.Aduhai bestnya dapat meluruskan badan setelah seharian sibuk. Kedua tangannya di letakkan di atas perut,mata di pejam.Najla terlelap.
Lebih kurang 50 minit menunggu makanan yang di order sudah sampai. Faiq memanjat tangga dan menuju kebilik Najla.
Dari jauh dia melihat Najla sedang lena. Lama berdiri di sisi Najla. Bibirnya tersenyum. Perlahan-lahan dahi dan rambut Najla di usap penuh kasih. Najla mengeliat kecil. Faiq membetulkan kedudukan dengan menegakkan badannya.
"Maira,jom makan.Dah sampai dah.Maira dah solat maghrib ke? Kata Faiq.
"okey jom" kata Najla sambil bangun dan menuju ke tangga.
"wahh abang order pizza ke? macam tahu-tahu je orang teringin." kata Najla sambil tersenyum. Faiq turut tersenyum melihat riaksi teruja Najla. Najla makan dengan berselera sekali mungkin kerana perutnya yang benar - benar lapar.
"maira kalau tak larat ambik la mc esok yer" kata Faiq memecah kesunyian antara mereka.
" okey kalau orang rasa orang tak larat ,orang ambik mc esok." kata Najla ringkas.
Iphone Faiq berdering riang,tapi Faiq tidak menjawab panggilan tersebut.
"kenapa abang tak jawab telefon tu? kot la ada benda penting ke? " kata Najla setelah beberapa kali telefon Faiq menyanyi riang.
"okey ,sekejap yer" dia memberi isyarat tangan, dan berlalu dari Najla. Najla ke sinki membasuh pinggan dan berlalu ke depan.Kelihatan Faiq masih di talian. Lamanya.
Najla melangkah ke tingkat atas. Pintu bilik di kunci . Segera berwuduk dan solat isyak. Dia duduk di sofa sambil membaca novel yang bertajuk ombak rindu. Antara novel kegemarannya kerana novel tersebut sudah berpuluh kali di ulang baca. Mata Najla terasa berat. Di rebahkan badannya ke katil ,novel di letakkan di atad meja sisi katil. Comforter di tarik ke paras pinggang. Perlahan lahan matanya layu dan akhirnya terpejam. Tidurlah Najla. Mimpi yang indah -indah.
hubungan dah makin ok harap.Najla boleh la.yer terima suami hadsome dia tu. hehe
Share this novel