Bab 27: Pickup line

Romance Series 9772

Puteri pov

"Haha cakap ler nak pergi ke tempat nih." kata aku padanya. Kyran hanya tersenyum saja. Tempat nih adalah tempat danau iaitu tempat yang aku dengan Kyran pergi dah tu. Tapi walaupun aku dah pergi tempat nih aku suka dan kalau boleh mahu lawat tiap-tiap hari. Tempat nih sunyi dan menyenangkan. I like it.

"Thanks Kyran." kata aku padanya. Kami duduk di atas rumput tepi tasik sambil menikmati keindahan alam yang menakjubkan ini.

"Thanks sebab apa?" kata Kyran mencantumkan keningnya. Dia memandang wajah aku dengan hairan.

"Thanks sebab awak sentiasa ada dengan saya. Dan thanks juga sebab awak bawak saya ke sini. Macam tahu-tahu pulak yang saya suka tempat kat sini." kata aku tersenyum memandang wajah tampannya. Tambah dengan angin yang mengena ke mukanya. Mana-mana perempuan pun boleh cair kalau tengok dia nih.

"Haha no problem lah. Awak kan anggap saya sebagai kawan. Jadi kawan akan sentiasa berada di sampingnya tak kiralah senang maupun susah. Kawan juga akan sentiasa menyenangkan kawan juga bukan?" kata Kyran tersenyum.

"Betul3. Dan saya juga mahu ucapkan thanks pada awak sebab selama nih perasaan cinta awak pada saya tak pernah-pernah putus. Awak sentiasa tidak berputus asa dalam mahu membuat saya jatuh cinta pada awak." kata aku tersenyum padanya.

Kyran terdiam seketika.

"Hek eleh macam mana awak tahu saya masih simpan perasaan saya pada awak? Hmm?" kata Kyran saja mahu menduga aku.

"Ala orang tahulah yang awak masih simpan perasaan cinta pada saya. Cara awak pandang saya, cara awak ambik hati saya, cara awak caring pada saya. Memang betul-betul sweet." kata aku. Aku mengangkat ibu jari padanya. Muka aku tayang sengih.

"Haha awak fikir macam tu?" kata Kyran.

"Yelah Mr. Kyran oii." kata aku tersenyum. Wajah aku paling ke hadapan semula.

"Puteri.." kata Kyran yang mengangkat dagu aku supaya memandangnya.

"Hmm?"

"Saya nak awak tahu yang hati saya sentiasa sayang dan mencintai awak walaupun apapun yang terjadi. Awak hak milik saya. Seluruh badan awak, seluruh hati awak dan jiwa awak..." kata Kyran yang tersenyum. Dia membelai-belai rambut panjang aku perlahan.

"Mata awak yang kuyu, hidung awak yang mancung yang terletak elok di situ dan akhir sekali bibir merah awak yang selalu memukaukan saya akan saya sentiasa kenang." kata Kyran yang menyentuh segenap wajah aku. Dari kelopak mata aku, hidung aku dan akhir sekali bibir aku.

Dia membelai perlahan bibir aku. Matanya asyik memandang mulut aku saja. Haih dah kenapa dia nih? Akhirnya dia lepaskan tangannya dari mulut aku. Dia tersenyum manis pada aku.

Lama-lama aku boleh gila. Aku rasa...aku dah...jatuh cinta dengan dia. Ya, sekarang aku dah sedar perasaan itu adalah perasaan cinta bukan perasaan kasih sayang untuk kawan saja. Tapi kenapa?! Kenapa aku terjatuh juga dalam perkataan yang dinamanya cinta ini! Arghh disebabkan aku lah yang mulakan permainan ini. Yeah, dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya. Aku kalah dengan permainan yang aku rancang. Aku kalah dan dia menang.
"Kenapa pulak seluruh badan dan hati saya jadi milik awak? Padahal awak bukannya suami saya pun." kata aku padanya sambil tersenyum menampakkan lesung pipit.

"Hmm yeah I know sebab itulah saya jadi mahu jadi suami awak boleh tak?" kata Kyran. Dia tayang senyuman menggodanya. Dia mencuit hidung aku manja.

Aku terkebil-kebil seketika. Tidak tahu mahu berkata apa.

"Hahaha saya lawak jelah. Janganlah ambik port sangat." kata Kyran ketawa.

Aku hanya tersenyum mengiakan saja kata-katanya. Fuhh ingatkan betul tadi.

Kami berdua mendiamkan diri seketika. Tidak tahu mahu berkata apa. Ha'aa lah!! Aku baru teringat mahu bagitau kat dia pasal hal tu!

"Ermmm Kyran, saya ada mahu bagitau awak pasal sesuatu nih."

"Puteri, saya ada mahu bagitau awak pasal sesuatu nih."

Aku dengan dia secara serentak berpaling dan menanyakan soalan yang sama. Hahaha serius arhh!

Kami berdua ketawa serentak apabila sedar yang kitaorang menanya soalan yang sama.

"Hahaha awak lah bagitau dulu kat saya Puteri."

"Eh ape pulak awak bagitahulah kat dulu kat saya apa yang sesuatu sangat tu. Ke...awak nak bagitau pasal Farah?" kata aku. Ha'aa lah Farah kan ada telefon tadi lepas tu tanya aku duduk kat mana. So, aku jawablah dekat clubbing. Tak tahulah pulak dia bagitau Kyran suruh jumpa dengan aku. Farah...Farah hebat sungguh perancangan kau ye.

Belum sempat Kyran mahu berkata apa. Aku potong percakapannya lagi

"Man first please." kata aku. Haha selalunya ladies first kan. Okey now kite bagi man first pulak. Haha.

Mendengar kata-kata aku Kyran hanya mengalah saja. Dia mengeluh perlahan.

"Okey, macam nih. Kebetulan hari nih saya dan pengintip saya berjumpa dengan Farah. Dan dia cakap hanya Farah saja yang boleh bantu dia untuk settlekan kes."

"Kes? Kes ape?"

"Kes di mana orang yang mengintip kita dan hebohkan kita kat media massa."

"Awak dah tahu sapa orangnya? Nama dia siapa? Umur berapa? Dia tinggal seorang diri ke?" kata aku yang bertanya soalan bertubi-tubi.

"Woo woo relax Puteri. Awak nak saya jawab soalan yang mana satu nih." kata Kyran yang mengangkat kedua-dua tangan menyuruh aku relax.

Aku tarik nafas dan hembus perlahan.

"Jawab mengikut urutan yang saya tanya tu." kata aku tersengih. Aku rasa orang yang dicakap oleh Kyran tu Jack lah. Mr. Cruel tu.

"Ya, saya tahu siapa orangnya. Nama panjang dia adalah Sam Jackson. Dia berumur 24 tahun muda setahun dari kita. Dan dia tinggal dengan siapa atau seorang diri tu saya tak tahu sebab dia ada geng. Dan saya syak dalangnya adalah orang lain. Mungkin Jack upahan saja." kata Kyran dengan terperinci. Dia telah meletakkan kedua tangannya semula.

Aku ternganga mulut dengan luas. Sam Jackson tu maknanya Jack bukan? Orang yang sama. Wow tekaan aku memang tepat. Lelaki tu adalah Mr. Cruel tulaah. Haha aku panggil dia Mr. Cruel kan senang. Nih kalau Kyran tau aku terlebih dahulu tahu pasal Jack agak-agaknya dia marah tak? Patutkah aku bagitau pasal kejadian malam tu?

"Oii, cik kak jangan bukak mulut itu luas sangat boleh tak? Nanti kang kalau ada binatang kecil yang masuk ke dalam mulut cik kak tak ke naya? Hmm?" kata Kyran yang menutup mulut aku.

Aku tersengih seperti kerang busuk saja.

"Okey now, turn you pulak." kata Kyran yang menyilangkan tangan ke dada. Dia memandang tepat ke arah aku.

"Turn? Turn untuk ape?" kata aku yang kebingungan.

"Turn untuk cerite lah apa lagi. Bukankah tadi kita dua serentak mahu cakap? Giliran saya sudah. Now it's your turn." kata Kyran yang menuding jari ke arah aku sebelum meletakkannya kembali.

Alamak??! Macam mana nih?!! Kalau aku bagitau kejadian malam itu pada dia silap hari bulan dia pi belasah Mr. Cruel tu kang tak ke naya? Dah Mr. Cruel tu ada geng. Memang boleh tempah mautlah gamaknya. Kyran cintai aku. Dan dia pasti akan marah kalau perempuan kesayangan dia kena pukul malam itu. Hahaha sempat lagi. Ish tapi ape yang aku harus cakap nih?!! Tengoklah tadi dia hampir mahu belasah sekumpulan lelaki kat club tadi. Huhu nanti kalau aku cerita kat dia macam-macam boleh jadi.

"Puteri, Puteri?!! Awak fikir ape tu? Ape serius sangat ke apa yang awak nak cakap nih?" kata Kyran yang menyedarkan aku dari lamunan.

"Hah?! Ya, apedia?"

'Haihh nih dia melamun nih mesti serius sangat ape yang dia nak cakap nih. Kalau tidak takkanlah boleh berangan.' batin Kyran.

"Ape yang awak nak cakap tadi?"

"Ouhh pasal tu! Saya cuma nak cakap yang pasal Ninja Turtles tu ada movie terbaru kat pawagam. Awak nak tengok tak?" kata aku. Haihh Puteri... Puteri dalam banyak-banyak alasan ni juga kau pilih ye? Tak habis-habis dengan kartun.

Hadihhh alasan ni jer yang aku terfikir tadi. Lagipun Kyran kan minat Ninja Turtles. Baru jer dia tanya bilanya nak main episod terbaru. Fuhh aku harap sangat dia tak syak-syak apelah. Aku tak mahu bagitau dia pasal tu.

"Hahaha pasal kartun tu? Serius Puteri benda tu je ke yang awak nak cakap?" kata Kyran ketawa kecil.

Aku mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk.

"Betui nih? Yang tu ja awak nak cakap?" kata Kyran yang menuding jari ke arah aku.

Haihh dia nih macam penyiasat pulak! Nasib ko ler kena siasat!

"Yelah cik abang oii." kata aku ketawa.. Hah ambik ko!

Kyran terkebil-kebil seketika sebelum menurunkan tangan kembali. Tidak mahu terpedaya.

"Okey, kalau macam tu. So, awak nak tengok Ninja Turtles hok movie tu?" kata Kyran.

"Yupp, dengan awak." kata aku yang menuding jari ke dadanya. Aku ketawa kecil.

Kyran tidak berkata apa sebaliknya hanya memandang ke hadapan saja.

"Awak setuju tak? Hmm? Sebab awak kan selebriti. Nanti tak pasal-pasal awak kena kejar dengan wartawan. Puffftt mesti lawak nanti. Hahaha." kata aku ketawa.

"Boleh jer." kata Kyran ringkas dan padat. Dia memandang aku.

Aku terkebil-kebil seketika. Serius man!

"Uishh!! Awak tak takut ke nanti dengan wartawan??" kata aku membuat muka terkejut.

"Hahaha wartawan tu eh? Hmm takut, takut lah jugak. Tapi rugilah kalau tak menonton bersama dengan awak. Betui tak?" kata Kyran.

"Hahaha betui3." kata aku ketawa mengiakan saja kata-katanya itu.

Five minutes later...

Lama kami berdiam sebelum aku bersuara.

"Kyran, jom kita main pickup line nak tak?" kata aku.

"Pickup line?"

"Ha'aa pickup line. Siapa paling hebat buat idea pickup line. Dia yang menang." kata aku.

"Okey boleh. Siapa nak mulakan dulu?" kata Kyran.

"Saya...saya..." kata aku mengangkat tangan dengan ceria. Kyran hanya mengangguk saja tanda silakan.

"Ehem, awak tahu apa beza awak dengan matahari?" kata aku.

"Tak tau." kata Kyran yang mengangkat dagu sambil tersenyum memandang aku.

"Matahari menyinari seluruh alam ini. Tapi awak, menyinari hati saya." kata aku yang memegang dada aku.

Kyran tersentak sedikit mendengar kata-kata aku.

"Betui ke?"

"Eh taklah. Ini kan hanya permainan saja. Apelah awak nih." kata aku menumbuk lengannya perlahan.

"Ouhhh okey. Giliran saya pulak." kata Kyran.

"Okey silakan."

"Hmm ape beza awak dengan kasut?" kata Kyran.

"Tak tau."

"Kasut menghentak-hentak di tanah tapi awak menghentak-hentak di hati saya. ceywahh."

"Haha gitewwww." kata aku tersenyum.

"Ape beza awak dengan darah?" kata aku.

"Hmm tak tau."

"Darah mengalir di dalam tubuh badan kita tapi awak mengalir di hati saya muahehe." kata aku ketawa.

Kyran hanya tersenyum saja.

'Fuhh kalaulah ni bukan permainan dan dia bercakap benar pasti akan aku dah jadi orang yang paling bertuah sekali.' batin Kyran.

"Okey turn awak pulak." kata aku.

"Hmm ape beza awak dengan baju?" kata Kyran.

"Hmm gak tahu."

"Baju selalunya dipakai dan dibuang tapi awak...tidak akan sesekali saya buang." kata Kyran tersenyum lembut pada aku.

Aku sedikit tersentak. Hahaha pandai jugak eh Kyran dalam pickup line.

"Hahaha tak sangkalah pulak awak pandai dalam pickup line eh?" kata aku tersenyum ceria.

"Kenape? Awak tak boleh menandingi saya dah? Dan mengaku kalah?" kata Kyran.

"Ouhh please lah! Saya Puteri Ilynia tidak akan putus asa walau bagaimana cara sekalipun. Dan masih tidak mengaku kalah." kata aku nekad.

"Okey fine. Sekarang giliran awak pulak." kata Kyran.

Aku berfikir sejenak. Idea...idea.. cepatlah datang. Aha! Bagai mentol yang sudah menyala aku sudah mendapat idea. Muahehe!

"Awak tahu apa beza awak dengan tingkap?" kata aku tersenyum padanya.

"Hmm tak tahu. Ape bezanya?" kata Kyran.

"Tingkap bila waktu siang akan dibuka tapi bila waktu malam pasti akan ditutup. Tapi kalau awak pulak hati saya akan saya sentiasa bukak seluas-luasnya dan langsung tidak akan katup." kata aku mengenyit mata sebelah padanya. Senyuman aku carik perlahan-lahan.

Kyran terkebil-kebil seketika. Dia memandang aku tanpa berkelip. Untuk beberapa saat seketika dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Cuba untuk tidak terpedaya lagi.

'Haih Puteri... Puteri kalau terus macam nih saya boleh gila gamaknya.' batin Kyran.

"Amacam siapa yang menang sekarang? Hmm? Saya atau awak?" kata aku menggerakkan kening berkali-kali.

"Okey...okey saya mengaku kalah." kata Kyran mengangkat kedua-dua tangannya tanda surrender. Dia tidak mahu terpedaya lagi dengan godaan Puteri kerana itu hanyalah mainan semata-mata.

"Horray! I won! Hahaha sekarang sudah terbukti yang saya adalah seorang yang paling hebat dalam menggoda. Betui tak?" kata aku yang kelipkan mata berkali-kali. Kepala aku saja dekatkan pada dirinya.

"Hmmm tapi saya memang dah pun jatuh cinta dengan awak. So, awak tak perlu mahu goda saya ya? Cuba awak buat pickup line kat lelaki lain agak-agaknya mereka tergoda ke?" kata Kyran seolah-olah mengejek.

"Hmm betui jugak apa yang awak cakap tu. Nanti saya buat pickup line dekat lelaki lain ye?" kata aku yang membuat gaya berfikir. Saja aku mahu menduga Kyran.

"Step on my corpse first." kata Kyran dengan serius memandang aku dengan tepat.

Aku sedikit tersentak mendengar kata-katanya. Uish step on my corpse first?? Nampaknya dia betul-betul serius nakkan aku lah.

Tanpa mereka sedar ada seseorang yang mengintip mereka di sebalik sepohon pokok.

"Boss, nampaknya mereka sekarang sedang bersembang dan bergelak sakan di danau ini." kata Jack yang memperbetulkan topi hitamnya. Muka hanya separuh saja dapat dilihat.

"Okey, kau tunggu dulu. Bila tiba saatnya barulah kita ikut plan seperti biasa. Ingat! Biar kena sasarannya." kata seorang perempuan di talian sana dengan tegas.

"Baik boss." kata Jack yang hanya mengiakan saja.

Jack menutup panggilan di antara bossnya itu. Dia memandang sinis ke arah dua pasangan sejoli itu.

"Huh! Puteri... Puteri... sekejap lagi pasti kau akan masuk hospital. Tunggulah!" kata Jack dengan sinisnya.

**********

"Kriukk..kriukk..." tiba-tiba ada suatu bunyi yang aku dengar. Hmm bunyi perut aku ke?

"Eh awak bunyi ape tadi? Bunyi perut awak eh? Hehehe." kata aku ketawa kecil.

"Ha'aa saya lapar lah Puteri." kata Kyran yang membelai perutnya tanda lapar.

"Laa awat tak cakap awai-awai. Saya ada bawak bekal nih dalam beg sandang saya. Awak nak tak?" kata aku.

"Nak nak nak, awak bawak makanan ape?" kata Kyran.

Aku membuka beg sandang di tepi aku dan mengeluarkan suatu bekas Tupperware. Aku membuka penutupnya.

"Saya ada bawak mee goreng jer. Kalau awak nak awak ambiklah bekal saya nih." kata aku yang menyuakan bekal Tupperware aku padanya. Sudu sudah tersedia di situ.

"Terima kasih Puteri. Awak ke yang masak nih?" kata Kyran yang mula menyuap satu sudu di mulutnya.

"Ha'aa saya yang masak. Sedap tak?" kata aku yang mengongkat dagu sambil melihatnya.

"Sedap..sedap.. sedap. Saya bagi lima bintang lah." kata Kyran yang mengangkat sebelah tangan. Dia mula menyuap mee goreng beberapa kali. Mungkin sedap sangat gamaknya.

Aku hanya tersenyum saja. Seronok jugak lihat dia makan masakan aku. Fuhh tibe-tibe perut nih jadi lapar lah pulak tengok dia makan.

"Eh awak tak nak makan ke? Lagipun ni bekal awak kan?" kata Kyran yang menghentikan suapannya.

"Boleh ke? Sudu tinggal satu jer." kata aku.

"Kenapa? Awak tak sudi makan makanan bekas mulut saya ke? Macam tu?" kata Kyran.

"Eh taklah." kata aku.

Kyran mengambil satu suapan mee goreng dan menyua ke muka aku.

"Nah, saya suap. Makanlah." kata Kyran.

Aku menjatuhkan tangan aku di dagu. Dengan teragak-agak aku makan jugak.

"Nak lagi tak?"

Aku hanya mengangguk saja. Uish seumur hidup aku tak pernah-pernah aku disuap oleh lelaki macam nih kecuali arwah ayah aku jelah.

Kami berdua berkongsi makanan antara satu sama lain. Aku pulak dia asyik suap. Pffft! Muka aku pulak sedaya-upaya aku tahan supaya tidak malu. Haih macam nak terjun dalam tasik tu jer untuk sembunyikan wajah aku nih. Tapi nak buat macam mana aku kan tak pandai berenang.

Akhirnya kami berdua habis juga makan. Aku dengan dia sudah sama-sama kenyang. Bekal aku masukkan ke dalam beg sandang aku.

"Awak, jomlah kita balik. Dah lama kita duduk sini nanti aunty saya risau pulak." kata aku yang berdiri di hadapannya.

"Tolong tarik tangan saya, boleh tak?" kata Kyran yang menghulurkan tangannya pada aku. Mukanya tayang sengih.

"Erghh beratnya!" kata aku yang menarik tangannya untuk berdiri.

"Awak ni berat macam gajah lah." kata aku yang sedikit tercungap mengangkat tangan dia tadi.

"Hahahaha." Kyran hanya ketawa saja.

Aku mengecilkan mata aku. Ada-ada je kan nak gelak.

"Kenapa awak gelak?" kata aku yang menyilangkan tangan ke dada. Mata aku memandang tepat ke arahnya.

"Sebab...you are funny. And...cute." kata Kyran. Dia mencubit pipi aku perlahan.

Pffft!!

Aku hanya membuat muka selamba saja.

"Okeylah awak. Jomlah." kata aku yang mahu mendahului pergi daripada sini.

"Eh tunggulah!!"

Kyran berjalan seiring dengan aku. Aku hanya tersenyum saja melihatnya. Dan dia juga tersenyum manis memandang aku.

Dekat danau nih berdekatan dengan hutan jadi aku dengan Kyran perlu berhati-hati kut2 lah ada binatang yang tidak diingini datang ke.

"Puteri pegang tangan saya? Biar saya bimbing awak." kata Kyran yang menyua tangan kanannya pada aku.

Dengan teragak-agak aku sambut jugak tangannya.

Dia memimpin aku berjalan sampailah kami berdua berada di kawasan jalan raya.

Jalan ni pulak taklah raya sangat sebab jalan ni kecik. Orang pulak kadang-kadang jer guna jalan nih. Atau lebih dikenali sebagai jalan lorong.

"Wow! Kyran cuba awak lihat bunga nih. Bunga ape eh ni? Saya tak pernah lihat pun." kata aku dengan teruja. Aku memetik bunga orkid liar yang bagi aku sangat cantik. Ianya berdekatan dengan sini. Kyran yang berada di hadapan melangkah ke arah aku perlahan.

Dia tersenyum memandang aku.

"Cantik. Macam secantik orang yang pegang bunganya." kata Kyran yang memandang aku dengan tepat. Bibirnya menguntum senyuman manis.

Aku hanya tersenyum saja memandangnya. Aku pulak pergi ke arah bunga lain.

Tanpa mereka ketahui Jack berada di semak samun memerhatikan gelagat mereka. Dia mula mengeluarkan suatu pistol.

Jack membelek-belek pistol yang dipegang. Senyuman sinis tidak lekang-lekang dari bibirnya.

"Huh, Puteri... Puteri agak-agaknya ape nasib kau nanti ya? Agak-agaknya kau akan selamat tak dari peluru aku nih? Hahahaha." kata Jack ketawa jahat. Mukanya kembali serius.

"Huh! Dalam kiraan satu dua tiga. Aku akan tembak kau dengan peluru aku nih. Takpe kau tahan sikit jer Puteri. Aku pasti kau tidak akan mati lah." kata Jack. Selepas Jack berkata begitu dia terus mensasarkan pistolnya ke arah Puteri. Dia adalah penembak yang terhandal. Jadi dia tidak takut sekiranya peluru tidak kena pada sasarannya.

"Satu..." kata Jack yang mula mengira. Dia memandang tepat ke arah Puteri. Matanya dikecilkan.

"Dua..." Jari Jack sudah bersedia mahu menarik picu.

Kyran yang melihat-lihat sekeliling ternampak kelibat seorang lelaki yang mahu menembak Puteri. Matanya menjadi terbeliak. Otaknya ligat memikirkan adakah itu adalah orang yang selalu menjalankan muslihat pada Puteri dan juga dia?

"Tak, tak. Nih tak boleh jadi." kata Kyran perlahan. Dia asyik memandang ke arah lelaki itu dan memandang ke arah Puteri berkali-kali.

Aku pulak asyik tersenyum melihat tanaman bunga di sini.

"Puteri!!" Kyran menjerit membuatkan aku mengerutkan dahi.

Aku lihat Kyran dengan lajunya berlari ke arah aku. Macam terkejar hantu raya lah pulak.

Akhirnya peluru di lepaskan juga.

Bang!!

"Sh't! Lelaki tu pulak yang lindung! Ergh!" kata Jack dengan keras. Dia mencengkam rambutnya. Nih mesti bossnya akan marah.

Kyran memeluk aku dengan erat. Aku tak tahu apa yang terjadi. Tapi yang aku tau aku dengar suara bunyi tembakan.

"Kyran? Kyran... please sahut panggilan saya! Kenapa nih?" kata aku yang tak tahu apa-apa. Apa yang dah berlaku?

"Puteri..." suara Kyran yang sangat lemah kedengaran di gegendang telinga aku.

Sekarang aku dah tahu apa yang berlaku. Belakang dia! Belakang dia berdarah!

"Kyran..hiks hikss ape yang berlaku pada awak? Awak kena tembak? Tapi siapa yang buat?!" kata aku dengan nada sedih. Aku memegang belakangnya dalam keadaan dia memeluk aku. Tangan aku lihat ada darah. Dan itu ialah darahnya. Air mata aku laju menuruni pipi.

Kyran meleraikan pelukan kami. Dia menghadiahkan senyuman untuk aku. Dan aku tahu itu adalah senyuman yang hambar. Sangat hambar.

"Jangan sedih.." kata Kyran yang mengusap air mata di pipi aku. Dia tersenyum memandang aku.

Beberapa saat ketika, dia tumbang. Aku tidak dapat sambut disebabkan dia terlalu berat. Kyran terlentang di atas tanah.

Aku duduk bersebelahannya dan kepalanya aku lapik di riba aku.

"Tolong bertahan Kyran. Please, saya mohon! Bertahanlah! Saya pergi cari bantuan ya?" kata aku yang mahu berdiri semula tapi dia memegang tangan aku supaya tidak pergi.

"Puteri...." kata Kyran dengan lemah. Dia memegang pipi aku dan membelainya lembut.

"Adakah awak cintakan saya Puteri? Awak langsung tak pernah ada perasaan cinta untuk saya ka? Walaupun sedikit?" kata Kyran memandang aku.

"Saya...ssaya.." kata aku tergagap-gagap. Tidak tahu mahu berkata apa?

Akhirnya mata Kyran perlahan-lahan tertutup. Tangan yang memegang pipi aku akhirnya jatuh tapi aku sempat sambut.

Serta-merta air mata aku mengalir dengan laju dan terjatuh di pipi Kyran.

Dada aku jadi berombak.

Tak mungkin...tak mungkin Kyran dah mati? Aku menggeleng kepala aku berkali-kali tanda tidak percaya.

Aku cuba untuk pegang nadi di tangannya. Dan syukur dia belum mati! Dia masih hidup!

"Kyran..awak bertahan ya? Saya mahu pergi
cari bantuan. Tunggu sini sekejap ya?" kata aku.

Aku perlahan-lahan meletak kepala Kyran di atas beg sandang aku. Tubuh aku bangkit dan mula mencari bantuan.

"Tolong!! Tolong saya!! Anyone here?!!" kata aku jerit sekuat hati. Namun tiada siapa yang berada di sini. Almaklumlah kami berdua di jalan lorong. Tapi takkanlah takde siapa kat sini. Aku pulak tak pandai bawak kereta Kyran pergi dari sini! Oh ape yang aku harus lakukan nih!!

Aku membuat keputusan untuk pergi ke arah Kyran.

Aku duduk bersebelahan dengannya dan mengoyak sedikit baju aku untuk tahan darah di belakangnya.

Aku menekan-nekan darah di belakangnya supaya berhenti keluar. Darah dia tidak boleh terlalu banyak keluar takut nanti dia boleh mati akibat kehilangan banyak darah.

Habis tangan aku berlumuran darah Kyran. Aku menangis meratapi nasibnya.

"Macam mana boleh terjadi macam nih?" kata aku lirih.

Tiba-tiba tanpa ku jangka ada seseorang yang memegang bahu aku. Dia memanggil aku dengan panggilan 'cik.'

"Cik, buat apa kat sini menangis sorang-sorang?" kata seorang lelaki.

Akhirnya!! Akhirnya ada juga orang kat sini!

Aku menoleh ke belakang memandang wajahnya.

Lelaki itu sedikit tersentak.

'Bukankah perempuan ni...orang yang langgar aku kat airport tu? Yang handphone nya terjatuh tu?' batin lelaki itu.

"Bukankah awak.....orang yang langgar saya kat airport hari tu?" kata lelaki itu.

Aku terkebil-kebil seketika.

"Saya tak tahu tapi boleh awak tolong saya? Kawan saya cedera parah dan dia perlu segera untuk dibawa ke hospital." kata aku yang sudah tidak punya waktu.

"Ouhh boleh2 tapi....saya cuma bawak diri jer kat sini. Saja mahu jalan-jalan. Kereta saya pulak jauh saya parking. Kalau nak bawak lelaki ni sama susahlah." kata lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ouhh awak boleh jer guna kereta kawan saya. Kat depan tu ja." kata aku yang menuding jari ke hadapan.

"Ha jomlah." kata lelaki itu. Tanpa membuang masa dia mengangkat Kyran dibantu oleh aku. Aku membimbing Kyran di kiri manakala dia di kanan.

Mata aku berair dibuatnya sebab darah Kyran makin banyak mengalir.

"Awak cepat awak! Kita harus cepat ke hospital!" kata aku sudah tidak tahan dengan darah yang banyak mengalir.

Badan aku semakin lemah. Terasa mahu pitam melihat darah banyak yang keluar dari tubuh badan Kyran. Aku memejam mata aku.

'Bertahan Puteri, bertahan! Kau tak boleh pitam sekarang. Tu cuma darah saja. Takkan macam tu pun kau nak pitam?' batin aku. Cuba memberi semangat.

Akhirnya sampai jua di kereta Kyran. Aku membuka pintu belakang dan kami meletak Kyran di belakang. Aku juga duduk di tempat belakang menemani Kyran. Kepalanya aku letak di riba aku. Aku mengusap-usap kepala Kyran berkali-kali dan dia separa sedar. Dia seakan-akan merintih kesakitan.

Akhirnya kereta dengan lajunya membelah jalan.

"Kyran bertahanlah.. Kite akan sampai ke hospital tak lama lagi. Awak tolong bertahan ya? Please demi saya. Kalau bukan demi saya buatlah demi untuk keluarga awak. Hikss hiss saya tak boleh kehilangan awak tau? Awak mesti kuat walaupun apapun yang terjadi." kata aku perlahan. Cukup hanya aku dan Kyran saja yang dengar.

Aku lihat Kyran mengerutkan dahinya menahan kesakitan. Aku cium dahinya lembut. Orang selalu kata kalau cium orang yang tengah sakit kesakitannya mungkin akan berkurang. Kini, Kyran sudah diam. Matanya dengan rapat terpejam. Aku memeluk kepalanya bagai tidak mahu lepas.

Lelaki itu pulak hanya jeling sekilas ke arah Puteri di cermin kereta.

'Hmm siapa lelaki tu eh? Kata kawan tapi kenapa macam rapat jer. Seolah-olah kawannya itu kekasih pula.' batin lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience