Bab 19: She is my friend

Romance Series 9772

Kyran's pov

"Zoey, lepas shoot ni aku nak buat sidang media boleh kan?" kata aku kepadanya.

"Ha? Sidang media? Kenapa kau nak buat pengumuman apa pulak, first time aku dengar kau cakap macam ni tau." kata Zoey yang berkerut dahi. Pelik dengan kawannya.

Aku tak menjawab apa hanya memikirkan sesuatu.

"Ke....kau nak bagitau yang kau dah ada girlfriend ni betui tak kawan? Yela sekarang ni kan dah heboh pasal kau dengan seorang perempuan dekat taman."

"Kau dah tahu berita tu?" tanya aku.

"Yelah, kau kan artis terkenal semua pasal kau pasti akan tersebar dengan cepat macam angin yang lalu, tapi betui ke kau ada girlfriend? Aku tengok ramai orang kecam perempuan tu mesti dia sedih kan?"

Aku berfikir sejenak sebelum berkata.

"Dia bukan girlfriend aku pun."

Kalau boleh aku nak dia jadi girlfriend aku tapi kami hanya sekadar kawan.

Zoey membulatkan matanya.

"Ha? Habis tu kenapa ramai orang kata kau ada girlfriend sekarang?"

Aku menepuk dahi sebentar. Ish dia ni kang!

"Helo Zoey netizen kan selalu reka cerita yang palsu dan tak mau selidik terlebih dahulu. Dan untuk pengetahuan kau perempuan tu just kawan aku saja cuma ada orang yang tangkap gambar kami berdua waktu tu. Jadi aku syak ada orang yang merancang semua ni."

"Maksud kau ada orang yang diupah untuk membuat berita palsu pada kau dengan perempuan tu?"

Aku hanya mengangguk.

"Takpe aku dah suruh orang siasat benda ni dan kalau betul ada orang dalang dari semua ini akan ku pastikan dia dapat balasannya." kata aku menggepalkan tangan. Yeah disebabkan orang tu maruah Puteri dengan keluarga nya dah terjejas. Aku takkan boleh lepaskan orang tu. Huh rupa-rupanya ada jugak orang yang dengki dengan aku.

"Woo woo relax habis tu kau nak aku tolong apa tak?" kata Zoey menepuk bahu aku.

Aku menoleh kepadanya dan berkata.

"Aku nak kau tolong aku untuk kumpulkan wartawan yang ada untuk aku buat sidang media petang ni, boleh kawan?" kata aku mencarikkan senyuman.

"Setakat hal tu mestilah boleh bro, no hal lah tapi kau nak buat pengumuman apa?"

"Huh kau tengok je nanti." kata aku tersenyum misteri.

***********
Puteri's pov

Tengah aku sibuk dok bergosip dengan aunty aku ada panggilan masuk.

"Aunty, Puteri nak jawab panggilan ni sekejap ya?" kata aku apabila melihat nama di pemanggil di skrin handphone ku.

"Boleh je." kata aunty aku ringkas dan padat.

Aku pergi ke beranda dan menjawab panggilan tersebut.

"Halo Kyran?"

"Halo, dear petang ni kita jumpa boleh tak?"

"Jumpa? Tapi kenapa? Awak rindu saya eh?" kata aku yang mengerut kening. Haha rindu la tu.

"Memang rindu pun eh I mean saya ada benda penting dan awak perlu ikut saya petang ni." kata Kyran di talian.

"Hmm, boleh la tapi kat mana dan pukul berapa?" kata aku. Manalah tahu ada benda yang penting sangat.

"Ermm, saya akan ambik awak dekat rumah dalam pukul....3 macam tu?"

"Okay deal! Takde pape dah kan?"

"Yeah dah takde pape oh one more thing pakai baju elok-elok sikit tau, kalau boleh pakai baju dress."

"Adoi, tapi kenapa?" kata aku dengan banyak songeh.

"Yang tu saya tak boleh bagitau bye saya letak dulu telefon."

"Hmm, bye."

Aku menutup panggilan antara kami berdua.

"Hisy pelik-pelik kenapalah dia nak jumpa aku pastu suruh aku pakai dress? Jangan dia ajak aku berdating sudah." aku menepuk dahi aku.

Akhirnya kereta Kyran sudah sampai di pekarangan rumah.

"Aunty, Puteri pergi dulu ya?" kata aku bersalam dan cium aunty aku.

" Ye, hati-hati jalan sayang jangan sampai ketahuan oleh orang." kata aunty aku. Yeah dia dah tahu dah pun pasal berita tu malah yang buat aku terkejut dia langsung tak marah pun.

Aku keluar daripada rumah tersebut. Yeah hari ni aku pakai dress biru cair paras betis. Rambut aku biarkan lepas.

Apabila aku tutup pintu rumah aku tengok dia memakai kaca mata hitam sambil menyandarkan tubuh badannya ke kereta. Siap menyilangkan tangan ke dada lagi sambil melihat aku. Fuyoo! Bergaya betui mamat ni macam nak culik-culik pastu simpan kat rumah buat stok.

'Wow cantik jugak dia ni.' batin Kyran.

Aku tersenyum malu, handsome jugak mamat ni eh.

"Hai awak! Lama tunggu?" kata aku menyapanya. Aku asyik tersenyum-senyum melihat dia seperti orang gila.

Aku tengok dia mengalihkan kaca mata hitam di matanya dah selitkan di kolar baju. Bajunya disising hingga ke siku.

Dia dengan selambanya mencuit pipi aku dengan lembut. Aku terkaku sebentar menyebabkan senyuman aku mati.

"Hey jangan tersenyum macam tu kat saya boleh tak?" kata dia yang menyilangkan tangan ke dada.

"Kenapa pulak?" kata aku. Aku menyilangkan tangan ku ke dada seperti dia.

Dia berbisik perlahan di telinga ku.

"Sebab senyuman awak tu boleh buat hati saya cair tahu tak?" kata dia. Hembusan nafasnya mengena telinga aku.

Gulp! Aku menelan air liur kasar.

"Dah la jom masuk kereta, silakan masuk my princess." kata dia mempersilakan aku masuk ke dalam keretanya. Siap buat gaya tangan lagi.

"Yeah, terima kasih."

Aku duduk di sebelah pemandu manakala dia duduk di tempat pemandu.

Kereta dia meluncur laju membelah jalan.

Tengah dia sibuk dok memandu kami berdua langsung tak berkata apa bunyi cengkerik apatah lagi.

Aip...aip awat aku rasa macam canggung giler ni. Haih ni tak boleh jadi ni!

"Awak, boleh saya dengar lagu dalam kereta ni?" kata aku.

Kyran menoleh sebentar terhadap Puteri.

'Pelik, dia tanya pasal lagu? Aku fikir dia mahu tanya aku nak bawak dia pergi mana? Huh memang unik perempuan ni.' batin Kyran.

"Boleh jer tekan je lah butang kat situ." kata Kyran muncungkan mulut.

"Alright, thanks my beloved friend." kata aku.

Aku menekan-nekan butang berkali-kali, nak tau sebab apa? Sebabnya adalah takde lagu yang best.

Manakala Kyran pulak membuat muka seperti nasi basi mungkin tak puas hati yang Puteri masih anggap dia sebagai kawan.

Akhirnya! Akhirnya ada jugak lagu yang best.

Lagu black pink dimainkan.

"Let's kill this love! Oh yeah...yeah...yeah!" kata aku yang ikut menyanyi. Haha macam orang tak siuman pun ada nasib baik suara laku.

Aku harap sangat dia tak kesah aku nyanyi, lagipun tengok macam senyap-senyap semacam jer dia dok memandu fikirkan apa pun aku tak tahu.

Akhirnya sudah sampai jugak kami di suatu tempat yang tersangatlah ramai. Oh tidak!! Kenapa dia bawak aku ke tempat nih. Aku rasa sebelum aku sampai sana biar aku pengsan dulu.

"Awak, kenapa awak bawak saya ke tempat ramai ni." kata aku buat muka tak puas hati. Yelah, aku trauma pasal hari tu.

"Saya rasa sudah tiba saatnya untuk awak tahu."

"Ha? Untuk tahu pasal apa nih, saya tak faham." aku menggaru kepala ku yang tak gatal.

Jangan dia cakap nak lamar aku depan orang ramai!

Kyran memusingkan badannya untuk melihat Puteri.

"Disebabkan ramai orang kutuk awak pasal saya dengan awak ada hubungan special, jadi saya mahu untuk bersihkan nama awak dengan membuat pengumuman bahawa awak hanya kawan saya tidak lebih daripada itu. Awak tak kisah kan?" kata Kyran yang melihat aku dengan dalam.

Aku berfikir sejenak sebelum berkata.

"Jadi sebab inilah awak suruh saya pakai baju dress?" kata aku.

Haih buat malu tujuh keturunan jer aku fikir dia mahu dating dengan aku.

Aku tengok dia hanya mengangguk. Aku mengeluh sebentar.

"Tak, saya tak kisah kalau inilah jalan terbaiknya untuk kita berdua saya tak kisah." kata aku bersetuju.

"Betui nih awak setuju?" tanya Kyran lagi untuk memastikan.

Aku hanya mengangguk sahaja.

"Tapi kan awak?"

"Ya?"

"Maknanya kita dua akan masuk tv ke?" tanya aku.

"Yupp."

Wow nampaknya glamor jugak aku nanti. Muahehe.

Aku tengok dia keluar daripada kereta dan membuka pintu untuk aku.

Kyran menghulurkan tangan kanannya pada aku dan aku menyambutnya dengan baik.

Aku keluar daripada kereta. Tangan kami masih bertaut.

"Are you ready girl?" tanya dia pada aku.

"I am ready." aku menghadiahkan senyuman comel padanya.

Teringat aku masa kat sekolah yang dia pernah menanya soalan yang sama pada aku sebelum mahu buat pengumuman. Dan kejadian hari tu berulang semula seperti hari ni cuma dia waktu kat sekolah dia membuat pengumuman yang aku ni girlfriend dia sekarang ni terbalik pulak. Takdir apakah ini.

Apabila wartawan nampak saja kami berdua terus mereka berlari dan berkerumun pada kami berdua. Macam kami berdua telah melakukan kesalahan yang sangat besar di sisi undang-undang. Takpun macam kami ni pendatang asing tanpa kebenaran yang bermuka pelik.

Haih apalah kau nih Puteri kau dah lupa ke Kyran tu artis memang patut la dia dikerumuni oleh orang ramai, tak pasal-pasal aku pun terjebak sama dalam acara berkumpul-kumpul ni. Tapi tangan kami masih bertaut jadi takde masalah la kalau aku tersesat dalam kerumunan orang ni.

Apabila sudah sampai ke tempat yang benar untuk membuat pengumuman ada seorang wartawan perempuan sudah mula bertanya. Haih tak menyempat betul.

"Encik Kyran, boleh saya tahu kenapa awak adakan sidang media ini?"

Ramai jugak wartawan yang berbisik-bisik sambil mengerling pada kami berdua. Apa kerling-kerling ada hutang? Teringin aku mahu kata macam tu pada mereka.

Mungkin mereka hairan kalau Kyran Andrew bersama dengan seorang perempuan yang cantik. Ecewah!

"Ehem, hari ni saya mengadakan sidang media untuk korang semua kerana saya mendapati bahawa ada kesalahfahaman antara saya dengan seorang perempuan bukan?"

Selepas Kyran berkata macam tu automatik semua orang angguk dan ada yang kata ya.

"Disebabkan itu saya mahu perbetulkan kesilapan anda tentang berita yang menyatakan yang saya ada girlfriend . Untuk pengetahuan semua saya langsung tidak ada girlfriend dan berita itu adalah palsu. Perempuan yang ada dalam gambar tu adalah perempuan di tepi saya ini dan dia adalah kawan baik saya sendiri. Saya ulang kawan baik bukan kekasih." kata Kyran yang memperkenalkan aku sebagai kawannya pada orang ramai. Adoi rasa malu lah pulak dah lah masuk tv nih! Masalah betui kalau dapat kawan artis nih agak-agaknya aunty aku nampak aku masuk dalam tv tak? Mesti dia terkejut giler.

"Jadi maksud tuan Kyran perempuan ni hanya kawan dan berita tu hanyalah palsu?" kata wartawan seorang lelaki lagi.

Adoi tanya banyak kali pulak wartawan ni nanti kang aku sumbat ko dengan cabai cili baru ko tahu.

"Yeah, she is just my best friend dan saya tak mahu siapa-siapa kutuk dia lagi. Saya jugak tak mahu orang mereka-reka cerita lagi pasal saya dengan kawan saya ini." kata Kyran yang melihat wajah aku.

Aku pulak buat muka terharu pada dia. Kami berdua berpandangan sebentar dan berbalas senyuman.

Selepas Kyran berkata begitu ramai wartawan yang berbisik-bisik. Nampaknya makin heboh lah nanti di media sosial. Mata aku pulak sudah berair disebabkan lampu lensa kamera yang menusuk mata aku. Adoi kenapa banyak sangat orang tangkap gambar ni.

Aku berbisik pada Kyran.

"Awak, saya tak boleh la kalau lampu kamera menusuk mata saya. Mata saya pasti sakit." Yeah mata aku sensitif sikit dengan cahaya
Sebab tu la kalau setiap kali aku berselfie pasti aku tak nyalakan lampu pada handphone kamera aku.

"Dia ke? Awak tak apa-apa sekarang ni." kata Kyran prihatin.

Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak okay. Yeah aku mengangkat tangan bagi menghalang lampu kamera menusuk mata ku.

Selepas melihat keadaan Puteri yang seperti tidak okay Kyran membuat pengumuman untuk mengundurkan diri.

"Baiklah, kalau tak apa-apa saya mengundur diri dulu?"

Selepas Kyran berkata begitu ramai orang wartawan yang mengejar Kyran dengan Puteri.

Ten minutes later ......

Fuhh punyalah susah mahu lepaskan diri daripada kerumunan wartawan. Macam nak lepaskan diri daripada sekumpulan kambing pulak. Akhirnya aku dengan Kyran selamat masuk ke dalam kereta. Aku tengok dia melepaskan keluhannya seperti aku. Hehehe!

"Mesti penat kan jadi seorang artis?" kata aku padanya. Sekarang ni mata aku dah tak sakit.

"Penat. Penat sangat." kata dia yang melihat aku.

Aku hanya ketawa kecil tetapi serta-merta senyap disebabkan dia mendekatkan jarak aku dengan dia.

Wuish nasib baik tak terketuk kepala dia tadi kalau tidak....ish3 mesti dah benjol sebijik.

"Nn..ni apasal dekat sangat dengan orang ni?" kata aku gagap. Mana tak gagap muka dia dengan aku hanya satu inci jer sekarang ni.

"Mata kau dah okay?" kata Kyran.

Ooo sebab tu ke dia dekat dengan aku semata-mata nak check mata aku rupanya. Hahaha buat orang saspen saja ma.

Aku tolak mukanya jauh-jauh daripada muka aku.

"Ish ape nih tolak-tolak muka orang!" kata dia. Mungkin tak puas hati aku buat macam tu.

"Awak tengok muka saya elok-elok." aku pegang pipinya menggunakan kedua-dua belah tangan ku.

"Dah nampak okay dah kan mata saya?" kata aku.

"Tak, tak okay."

Aku mengerutkan dahi.

"Tak okay? Kenapa pulak mata saya tak okay?" tanya aku padanya.

"Tak, bukan sebab tu."

"Habis tu sebab apa?" aku jadi bingung sebentar.

"Sebab mata kau cantik." kata Kyran yang tersenyum meleret. Aku cepat-cepat turunkan tangan aku daripada muka dia.

Haih jangan blushing, jangan blushing.

"Okay lah awak boleh hantar saya balik." kata aku menyilangkan tangan dan hanya memandang ke hadapan.

"Ala, dah nak balik dah ke?" kata Kyran.

Aku menoleh melihat dia.

Buat keberapa kalinya aku mengerutkan dahi lagi.

"Habis tu? Takkan awak nak duk dalam kereta ni sampai berjam-jam?"

"Apa salahnya dok sini sampai berjam-jam yang penting saya bersama dengan awak betui tak?" kata Kyran menggerakkan keningnya berkali-kali.

Aku mencarikkan satu senyuman.

"Betul, betul saaaaangaattt." aku mencubit lengan dia.

"Aduhh sakit laa sayang." kata Kyran sambil buat muka kesian. Dia menggosok lengannya berkali-kali. Giler tak sakit!

"Ha sayang? Jangan nak mengada-ngada kalau tidak saya cubit lagi nak tak?" kata aku yang membuat ibu jari dengan jari telunjuk seperti mahu mencubit orang.

"Ha awak panggil saya sayang series lah!"

"Bila masa pulak?" kata aku buat muka blur.

"Tadi takkan tak ingat."

Ooohhh tadi, saja eh dia ni nak usik orang. Hehehe giliran aku pulak yang usik dia. Aku tersenyum sinis tetapi tidak kelihatan oleh Kyran kerana aku menoleh tempat lain.

"Ya sayang, boleh kita jalan sekarang?" kata aku dengan nada yang lembut. Mampu buat siapa-siapa saja cair apabila mendengarnya.

Aku ketawa terbahak-bahak apabila melihat muka dia yang pucat.

"Hahahahahaha!! Hahaha!!" kata aku yang menampar-nampar bahu Kyran berkali-kali.

Puteri kalau dengan ketawa memang tak boleh nak kawal. Habis orang yang ditamparnya.

"Amboi.....amboi...amboi.... seronok eh ketawa kat orang." kata Kyran.

Sekarang giliran Kyran pulak yang tersenyum sinis dia ada rancangan lain pulak untuk buat Puteri diam.

Cupp

Kyran mencium pipi Puteri dan hal itu berjaya membuat Puteri diam seribu bahasa.

"Hisy awak ni saje nak ambik kesempatan kan?! Nak kena lah awak ni." kata aku yang menumbuk-numbuk dada Kyran.

"Dah, dah, dah sakit tahu tak?" Kyran memegang tangan Puteri supaya tidak memukulnya.

"Hmmmhh!" aku hanya menyandarkan badan ke kerusi tempat ku duduk. Aku menyilangkan tangan dan menoleh ke tempat lain. Merajuk!

Aku pelik kenapa kereta ni tak bergerak lagi haih dah kali keberapa pulak aku nak bagitau kat dia nih. Aku menoleh melihat dia dan....

"Opocot kau hantu minah kepopom!" melatah aku apabila secara tiba-tiba nya dia berada dekat dengan aku.

Aku mengurut kening berkali-kali. Nasib baik lah tak tercium tadi. Haih!

Muka ku anjak sedikit ke belakang.

"Eh-eh kenapa nih?"

"Tuu, awak tak pakai tali pinggang pun." kata Kyran.

Ceh! Yang tu je ke dia nak gitau! Hampeh betui!

Aku memakai tali pinggang. Kedudukan kami sudah tidak rapat seperti tadi.

"Kenapa tak bagitau jer saya tadi?" kata aku. Eei saja lah tu nak dekat-dekat dengan orang. Ingat orang tak tahu.

Manakala Kyran hanya menjungkit bahunya. Eei tengok la tu boleh dia kata tak tau.

Kyran mula menstartkan ejennya dan pergi daripada situ. Yeah lama jugak kitaorang dok dalam kereta. Nasib baik wartawan tak perasan lagipun kereta Kyran jauh daripada tempat tu.

"Awak, awak tak mau makan dulu ke saya lapar ni." Kyran bersuara semasa memandu.

Makan? Hmm let me think. Arghh ikut je lah perut aku pun dah berbunyi macam lagu Mas Idayu dah ni.

"Boleh, nak makan kat mana?"

"Kita makan dekat restoran berdekatan sini je lah ya?"

"Hmm boleh jer." kata aku. Kini, kami dua hanya diam saja sepanjang perjalanan nak ke kedai makan.

Sorry my readers kalau nak ikutkan miya nak update pagi tadi tapi ada problem sikit. Sorry lambat update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience