Bab 32: I love you Kyran Andrew

Romance Series 9772

"Datin.. Puteri mintak maaf sebab pergi macam tu saja. Puteri cuma terkejut jer tadi datin kata macam tu. Tolong maafkan Puteri ye?" kata aku dengan lembut. Perlahan-lahan aku memegang tangan datin. Tangan yang bergelar ibu.

"Takpe Puteri mommy faham. Kalau mommy jadi Puteri pun mommy akan terkejut jugak." kata Datin Arina tersenyum lembut pada aku.

"Datin, saya rasa saya lebih selesa kalau datin membahasakan diri datin sebagai 'saya'. Harap datin faham. Lagipun datin saya.. anggap Kyran tu sebagai seorang kawan saja tak lebih daripada itu." kata aku yang tunduk kepala memandang bawah. Terasa takut-takut pun ada sekarang nih.

"Ouhh patutlah..takpe nak kalau kamu tak bersedia." kata datin yang tersenyum kelat.

"Terima kasih datin sebab faham Puteri." kata aku tersenyum semanis mungkin padanya.

**********

Farah pov

Sedang elok aku duduk dan minum air di kedai mamak terlihat seorang kelibat lelaki yang menarik perhatian aku.

"Jap2 bukankah lelaki tu..." kata aku yang menunjuk dengan telunjuk aku ke arah dia. Aku menurunkan kaca mata hitam aku di hidung aku sambil mata aku sangat teliti memandang pergerakannya. Sekarang dia sudah masuk di sebuah kedai runcit yang berdekatan dengan kedai mamak ini.

"Haah betuilah! Dialah orang tu! Baik aku gerak cepat sebelum dia hilang daripada pandangan aku." kata aku yang terkocoh-kocoh berdiri. Aku hanya letak duit di atas meja untuk order minuman aku. Dan terus cau pergi ke kedai runcit tadi.

Aku memakai kaca hitam aku semula sebelum masuk ke kedai runcit tadi.

Okey...sekejap saja aku sudah jumpa dengan dia di kedai runcit ini. Aku lihat dia sedang berada di tempat rak nombor empat manakala aku berada di rak nombor tiga.

Aku mengambil buku nota aku yang sentiasa aku bawak di poket seluar aku sambil menulis sesuatu.

Kertas yang aku tulis tadi aku koyak dan gulung. Perlahan-lahan aku menuju ke arahnya dari belakang. Sewaktu mahu melepasi dirinya aku menyelitkan satu kertas di tangannya. Sempat aku genggam tangannya supaya kertas tadi tidak terjatuh di atas lantai.

Karen yang sedang kusyuk mencari barang yang dia mahu belikan terkejut apabila takde ribut takde taufan ada seorang perempuan yang memandai saja memegang tangannya.

Aku hanya tersengih saja. Aku membuka kaca mata hitam aku perlahan-lahan akhirnya terpampanglah wajah aku yang sebenar.

Karen sedikit tersentak. Dia memandang ke arah aku tanpa berkelip. Jarak antara kami berdua hanya beberapa inci saja.

Perlahan-lahan aku mencarik senyuman lembut padanya.

"Baca kertas yang saya selitkan tu. Apa-apapun tangan awak memang lembut. Lembut daripada tangan saya pulak tu." kata aku yang mengenyit mata sebelah padanya. Perlahan-lahan tangan aku lepaskan tangan aku daripada memegang tangannya. Nanti dikata aku nih orang yang suka mengambil kesempatan pulak. Baik cau dulu sebelum dia berkata apa-apa.

Aku terus keluar daripada kedai runcit tadi dengan senyuman manis yang tidak lekang-lekang dari bibir aku. Aku memakai kaca mata hitam aku semula. Aku harap dia ikutlah apa yang aku cakap dalam kertas tu tadi.

Karen terkebil-kebil seketika memandang perempuan itu yang keluar daripada kedai runcit ini. Perlahan-lahan dia melihat kertas yang tergulung di tangannya.

"Aik dia mahu bagi kertas ini pada aku rupanya. Haih tak payahlah sampai pegang-pegang tangan orang. Haih perempuan nih... memang berbisa betul." kata Karen yang membebel seorang diri seperti mak nenek.

Akhirnya dia membuka kertas yang tergulung tadi dan terkumat-kamit membaca tulisan di atasnya.

-Habis urusan awak membeli barang di kedai
runcit jumpa saya di tepi tasik berdekatan
sini. Awak tahu kan dekat mana~~

"Hmm dia nak jumpa aku dekat tepi tasik dah kenape? Ada urusan mustahak sangat ke sampai nak jumpa aku bagai. Haihh aku fikir urusan aku dengan dia dah takde ape rupanya kena menghadap dia lagilah jawabnya." kata Karen sedikit merungut. Seolah-olah ragu-ragu sama ada mahu pergi ataupun tidak.

***********

Tunggu punya tunggu akhirnya nampak jugak batang hidung lelaki tu. Aku menyilangkan tangan ke dada. Rambut aku sedikit terbang dek angin yang bertiup mengena ke muka aku. Rasa damai gitewwww.

"Apasal kau mahu jumpa aku nih? Ke...kau nak feeling perasaan kau pada aku. Macam tu? Heh perempuan zaman sekarang memang suka mengejar lelaki eh? Macam kau.." kata Karen yang tersenyum sinis. Dia memandang tepat ke arah aku.

What?! Dia kata aku mahu luah perasaan aku pada dia?! Dia fikir aku nih tergila-gilakan dia ke ape! Haihh aku paling tak suka lelaki sombong macam nih. Harap muka jer handsome tapi sombong tak mampus!

"Heyy hello mr. Arrogant! Saya nih... bukannya jenis perempuan macam kat luar sana tau yang bila-bila jumpa jer terus jatuh cinta bila nampak jer terus ada pandangan jatuh cinta pertama. Tidak ye saya bukan perempuan macam tu okey? And apasal sombong sangat nih harap muka jer handsome tapi perangai macam apa entah!" kata aku yang buat rolling eyes padanya.

Eihh jengkelnya aku dengan dia hanya tuhan saja yang tau.

"So..apasal kau mahu jumpa aku kat sini? Hmm?" kata Karen cuba sedaya-upaya beriak tenang. Malu apabila tersalah sangka. Hmm mungkin dia terlalu confident sebab dia fikir dia orang yang tergila-gilakan ramai perempuan tapi dia memang banyak tergilakan ramai perempuan pun sejak remaja lagi. Ramai orang cakap yang muka dia terlalu handsome sampai dapat mencairkan hati perempuan tu dalam beberapa saat jer. Apatah lagi kalau ditenung secara dekat-dekat.

'Hish malunya aku.. rupanya kali ini aku jumpa dengan perempuan yang tak suka aku. Hmm baguslah tu kalau perempuan tu tak suka aku lagi aku suka.' batin Karen tersenyum seorang diri.

"Saya mahu jumpa awak nih sebab gambar nih." kata aku yang mengeluarkan satu gambar dan menunjuk-nunjuk gambar itu betul-betul di hadapannya.

Karen menjadi terkejut apabila melihat gambar itu.

"Bukankah itu gambar..."

"Yepp nih gambar keluarga awak dan juga awak semasa kecil kan?" kata aku.

Karen sedikit membulat matanya. Belum sempat dia mahu ambik balik gambarnya di tangan aku tapi aku dengan cepat mengelak.

"Haihh bagi balik gambar aku. Kau nak buat apa dengan gambar tu?" kata Karen yang sedikit tidak senang duduk. Patutlah hari tu punyalah dia cari gambar tu kat hospital kut2 tercicir kat sana dan mencari rata-rata tempat rupa-rupanya perempuan nih yang mengambil gambar aku. Getus Karen di dalam hati.

Aku hanya relax saja sambil menyilangkan tangan ke dada. Angin masih sepoi-sepoi bahasa mengena ke arah kami berdua.

"Hmm takkan saya nak bagi dengan mudah saja dekat awak? Mestilah awak kena jawab soalan saya dulu sebelum saya bagi gambar nih pada awak. Hmm mesti gambar nih bernilai untuk awak kan." kata aku yang melirik gambar lelaki ini.

Entahlah terdetik dalam hati aku untuk bertanya siapa keluarga dia nih? Kakak dia yang waktu kecil yang sedang didukung oleh ayat dia tu... yang menarik perhatian aku. Wajah dia...macam wajah Puteri entahlah Puteri pernah cakap yang wajah dia sekarang masih lagi ada iras-iras wajah dia ketika kecil. Jadi senanglah untuk seseorang tu mengecam wajah dia.

"Yeah gambar nih... sangat bernilai untuk aku. Tanpa gambar nih..pasti aku akan bertambah rindu dengan keluarga aku nanti." kata Karen yang sedikit sedih. Dia menunduk kepalanya ke bawah.

Aku sedikit tersentak. Dia sedang sedih ke? Hadihh apa yang aku harus buat nih?!! Aku tak pandai pujuk orang lelaki nih. Macam Puteri tu takpelah..huhu ape yang aku harus lakukan?!

Aku menggaru kepala yang tidak gatal seketika.

"Awak...awak tengah sedih eh? Sorrylah..tapi tolong jawab soalan saya please..siapa budak perempuan yang didukung oleh ayah awak nih?" kata aku yang menunjuk ke arah gambar budak perempuan kecil molek yang tersenyum lebar. Sangat comel apabila dipandang.

'Hmm aku tahu kenapa dia tanya aku pasal nih. Dia kan...Farah Mikayla. Kawan kakak aku tu. Hmm tak sangka perempuan nih sangat teliti orangnya. Hmm apa yang aku harus lakukan eh? Patutkah aku harus berterus-terang. Lagipun kalau aku berterus-terang manalah tahu kalau dia dapat menyakinkan kakak aku yang aku nih adalah adik dia yang hilang lesap secara tiba-tiba pada 19 tahun yang lalu.' batin Karen.

Aku lihat dia hanya memandang ke arah aku sahaja. Haihh dia nih entah kenapa tiba-tiba jadi diam. Huhu takkan dia nak rancang sesuatu yang buruk kat aku?!

Eh takkanlah Farah. Ko nih sampai macam nih sekali eh ko fikir. Just think positive okey...

"Baik, aku akan berterus-terang pada kau. Nama aku Karen Anderson Khan dan yepp aku adalah adik kepada Puteri Ilynia Khan. Ayah aku adalah Mr. Khan manakala ibu aku pulak ialah Mrs. Ryna Amylea dan yepp gambar kanak perempuan yang sedang didukung oleh ibu aku itu adalah kakak aku iaitu kawan baik kau sendiri Farah." kata Karen yang memandang tepat ke arah aku. Cuba mencari reaksi dalam wajah aku.

And yepp reaksi aku adalah terkejut. Jadi...jadi dia adalah adik Puteri yang hilang lesap tanpa jejak tu?!

Hadihh fengsan jap...

"Jadi...jadi awak adik Puteri yang hilang tu?!" kata aku yang menuding jari betul-betul di depan mukanya. And jap..macam mana dia boleh tahu nama aku? And macam mana dia boleh tahu aku nih.. adalah kawan baik Puteri? Haihh musykil.. musykil...

Karen melihat jari telunjuk aku yang berada di hadapan mukanya itu. Matanya kembali memandang aku.

"Yeah..." kata Karen. Ringkas tapi padat. Wajahnya hanya beriak biasa dan cool saja.

Aku menyelit rambut aku ke telinga. Aku memandang ke arah tasik seketika. Tangan aku silangkan ke dada. Cuba berfikir sesuatu.

Hmm.. kalau dia adik Farah aku kena dapatkan bukti dulu takkan nak percaya dia 100%? Hmm yeah aku harus buat sesuatu. Nih kalau Puteri ada nih mesti dia lagi terkejut daripada aku. Dah disebabkan dia waktu kecil Karen hilang. Dia juga pernah bagitau aku yang ibu dan ayahnya sudah mencari merata-rata tapi tak jumpa. Puteri juga mengalami kemurungan yang teruk akibat kehilangan adik kesayangannya. And dia baru cakap yang nama dia Karen Anderson Khan. Itu memang betul nama adik Puteri. Puteri dah pernah cerita pada aku. Sampai sekarang aku masih ingat. Nama adik dia..nama ibu dan ayah dia..

Tapi kalau betul dia adalah Karen adik Puteri yang sebenarnya kenapa dia baru muncul kan diri? Kenapa tak mesti dari dulu lagi dia munculkan diri? Hmm musykil... musykil...

Karen yang melihat Farah mencantumkan keningnya.

'Dia tengah berfikir. Hmm nampaknya dia masih kurang yakin dengan aku. Hmm betuilah kalau aku jadi dia pun aku pasti akan kurang yakin juga. Lagipun dia kan kawan baik malah kawan rapat kakak aku. So, aku kena layan dia dengan baik. Walaupun hakikatnya aku taklah suka layan perempuan nih melainkan aku anggap sebagai keluarga sendiri.' batin Karen.

Lama dia memandang ke arah aku. Dapat aku rasakan itu. Haihh tak selesa aku dibuatnya. Akhirnya aku mengadap diri ku padanya. Perlahan-lahan aku melangkah ke arah Karen dengan lebih dekat.

"Saya mahukan bukti. Dan hanya bukti tu saja lah dapat meyakinkan saya yang awak adalah adik Puteri... yang sebenarnya." kata aku yang bertentang mata dengannya.

"Baik, bukti apakah itu? Kau nak suruh aku buat apa?" kata Karen yang juga menatap aku dengan dalam.

Terbit senyuman misteri di bibir aku.

***********

Puteri pov

Dah beberapa jam aku berada di sini bersama datin. Banyak kami bualkan di dalam bilik wad Kyran nih. Tapi Kyran pulak...masih belum lagi membuka mata walaupun sedikit.

Datin pula baru saja keluar mahu membeli makanan katanya untuk aku dan juga dirinya. Lagipun sudah berkeriuk bunyi perut minta diisi. Puas aku larang biar aku saja yang membungkus makanan tapi datin tetap degil juga mahu membeli untuk aku sama.

Dan sekarang... akhirnya aku dapat bersama dengan Kyran berdua-duaan di sini. Aku bangkit daripada duduk di sofa dan berada di kerusi di tepi katil Kyran. Mata aku sayu memandangnya yang masih tidak sedarkan diri.

Perlahan-lahan aku memegang tangannya dengan lembut. Aku lihat mesin pemeriksa nadi masih berada di jari telunjuknya.

Air mata mula bertakung di tubir mata aku. Aku memegang tangannya dengan erat.

"Hiss hiss Kyran..." kata aku yang meletakkan kepala aku di atas katil di tepinya. Bahu aku terhinjut-hinjut mengeluarkan tangisan. Tangan aku masih memegang tangannya dengan erat.

Kyran pov

Aku tak tahu aku sedang berada di mana. Tapi yang aku tahu semua di sekeliling aku sangat putih. Hanya aku keseorangan berada di sini. Aku lihat pemakaian di baju dan seluar aku semuanya putih.

"Hello!" kata aku yang menjerit tapi takde sapa pun yang menyahut seruan aku tadi. Aku melihat sekeliling aku. Sangat kosong melainkan hanya aku sorang saja di sini. Jeritan aku tadi juga seakan-akan banyak macam dekat sini bila aku jerit sekali tapi yang aku dengar macam tiga kali. Seolah-olah kat sini ada gelombang suara.

"Hiks..Hiks.. Kyran..tolong sedarkan diri demi saya please..jangan terus-terusan tidur begini. Awak seksa hati saya Kyran. Tolong cepat sedarkan diri. Saya berada di samping awak nih. Takkan awak langsung tak mahu pandang wajah saya?" kata satu suara yang tiba-tiba menerjah ke gegendang telinga aku. Aku lihat sekeliling aku tidak ada seorang pun yang berada di sini melainkan aku. Jadi... siapa suara misteri tadi tu?

"Puteri..." secara spontan aku menyebut namanya. Yeah! Itu adalah suara Puteri! Kenapa dia sedih tu? Kenapa suara dia seakan-akan sangat mendayu? Tiba-tiba hati aku menjadi sakit. Air mata tiba-tiba mengalir ke pipi aku tanpa aku sedari.

"Puteri..saya ada di sini. Awak di mana?!" kata Kyran. Tapi hanya suaranya saja yang dapat didengar. Aku kat mana nih? Kenapa semuanya sangat putih? Puteri.. Puteri pulak kenapa dia sangat sedih tu? Aku perlu pujuk dia tapi aku tak boleh sampai pada dia. Semua persoalan ini hanya bermain di fikiran aku.

"Kyran... kenapa mesti awak kena tembak sayang? Kenapa mesti awak yang tolong saya? Sebenarnya orang tu mahu tembak saya tapi awak pulak...pergi menghadang and last2 awak jadi macam nih. Awak terlantar di hospital di sini. Saya tak sanggup lah lihat awak terus-terusan di atas katil dan diam macam nih. Sepatutnya saya yang patut berada di atas katil nih bukannya awak." kata Puteri.

Aku terdiam seketika. Ouhh rupa-rupanya aku terlantar di hospital. Aku baru teringat yang aku baru kena tembak. Aku turut menangis. Kenapa Puteri mesti kata macam tu?

"Awak... kenapa awak kata macam nih? Saya rela tau berkorban nyawa saya demi awak. Sekarang awak tahu kan betapa sayangnya saya pada awak." kata aku yang melihat sekeliling. Menunggu suara darinya lagi.

Tapi, apakan daya Puteri langsung tak dengar kata-kata Kyran. Hanya Kyran saja yang dapat mendengar.

"Awak mesti bangun Kyran. Awak mesti bangun. Saya sangat rindukan awak. Sangat-sangat rindu.. kalau awak masih tak bangkit daripada terbaring macam nih mesti awak tak rindu saya kan? Hiss hiss saya tahu awak pasti dapat dengar suara saya. Sentuhan nih..awak pasti dapat rasa kan?" kata Puteri yang membelai lembut tangan Kyran.

Aku melihat tangan kiri aku. Ya, aku dapat rasakan sentuhan lembut darinya. Aku menggenggam tangan aku dengan erat. Aku harus keluar daripada tempat nih. Aku harus buka mata aku. Aku mahu lihat Puteri aku.. Puteri yang aku sayang..my princess..

Cepat Kyran kau harus bangun daripada tidur. Cepat!

Puteri pov

Tiba-tiba aku merasakan jari Kyran yang seperti bergerak-gerak di dalam genggaman aku. Serta-merta aku duduk tegak di atas kerusi. Kyran sudah bangun? Dia sudah dapat menggerakkan jari lah!

Secara spontan aku bangkit daripada duduk. Tangannya yang sedikit gerak aku pegang.

"Kyran! Awak...awak dah sedar?" kata aku. Perasaan sedih dan gembira bercampur-baur dalam hati aku sekarang nih. Aku tak sangka Kyran dengar kata-kata aku. Dan dia betul-betul mahu sedarkan diri.

Kyran mula membuka matanya sedikit demi sedikit. Dan akhirnya matanya mula memandang ke arah aku.

"Kyran..awak..awak dah sedar. Saya panggil doktor ye tunggu jap." kata aku yang mahu keluar daripada bilik tapi belum sempat aku mahu pergi Kyran sudah memegang tangan aku.

Perlahan-lahan dia bangkit daripada duduk.

"Eih2 awak kenapa gerak nih? Nak pergi mana?" kata aku yang sedikit kelam-kabut melihat dia yang mahu bangkit daripada baring.

"Nak duduk jer tak pergi manalah awak jangan risau." kata Kyran. Seronok melihat Puteri jadi kelam-kabut macam tadi. Rasa comey jer.

Aku hanya tersengih saja.

"Nanti luka jahitan awak macam mana kalau terbuka? Awak kena rehat secukup-cukupnya Kyran." kata aku masih lagi membebel.

Kyran tidak berkata apa. Dia hanya menghiraukan bebelan dari aku.

"Puteri nak pinjam tangan awak sekejap." kata Kyran yang menyuakan tangannya pada aku.

Aku mengerutkan dahi seketika. Pinjam? Apa ko fikir tangan aku nih barang ke nak pinjam-meminjam? Hehehe takpelah bagi jelah tangan kau tu Puteri.

Aku tak berfikir banyak dan terus meletakkan tangan aku di atas telapak tangan Kyran.

Kyran melihat tangan aku yang diletakkan di atas tangannya. Dia membelai tangan aku seketika sebelum menarik aku ke dalam dakapannya.

Aku pulak terkejut. Tidak menyangka Kyran akan menarik aku ke dalam dakapan hangatnya. Tapi sungguh aku pun sangat rindu padanya. Waktu Kyran kena tembak..waktu Kyran kena bedah dan waktu Kyran masuk wad dengan mata yang masih terpejam dengan lama semua tu membuat aku putus nafas dibuatnya.

Aku tersenyum sendirian. Perlahan-lahan aku membalas balik pelukan darinya.

Kyran pulak memejamkan matanya di dalam pelukan Puteri seolah-olah perasaan rindu sudah terubat di hatinya.

"Kyran, kalau awak nak tahu lepas jer saya dapat tahu yang awak kena tembak kan saya rasa macam jantung saya nih mahu luluh tahu tak? Dahlah saya ada asma. Tapi takpe saya yakin awak masih ada peluang untuk hidup lagi. Dan akhirnya betul sangkaan saya malah awak sekarang betul-betul berada dekat dengan saya. Saya rasa bersyukur sangat.." kata aku yang meluahkan perasaan aku selepas dia ditembak.

"Ohh ya? Habis tu apa perasaan awak pulak bila awak pandang saya bila saya sedar tadi?" kata Kyran cuba menyoal selidik.

"Gembiralah apa lagi." kata aku.

"Hehehe tahulah gembira tapi gembira macam mana tu? Gembira yang betul-betul teruja ke... ataupun gembira yang hanya biasa-biasa saja?" kata Kyran ketawa kecil. Senyuman manis tidak lekang-lekang dari bibirnya.

Aku meleraikan pelukan kami. Aku memandang ke arahnya dengan tepat.

"Apa maksud awak?" kata aku yang mula soal selidik pulak.

"Hehehe takde pape. Sebab tadi kan saya ada mendengar awak menangis tau Puteri. Awak seakan-akan tak boleh hidup kalau kehilangan saya. And lagi satu awak ada cakap awak rindu saya betui ke?" kata Kyran yang menatap aku dengan dalam. Cuba mencari jawapan melalui muka aku.

"Yy..ya saya rindu awak? Kenapa? Saya rindu awak sebagai kawan tak boleh ke?" kata aku.

Kyran terdiam seketika.

'Puteri... Puteri.. rupa-rupanya awak masih anggap saya sebagai kawan.' batin Kyran.

"Lagipun awak kena tembak disebabkan saya Kyran. Awak selamatkan saya daripada orang tu sedangkan orang yang dia mahu sasarkan adalah saya tapi..tapi.." belum sempat aku berkata apa dia sudah meletakkan jari telunjuk di bibir aku. Aku terkebil-kebil seketika. Ceyywaahh macam dalam drama Korea pulak sweet2 bagai. Haah gitewwww!

"Puteri..saya nak awak tahu yang..saya tak kisah pun kalau saya korbankan nyawa saya demi awak sekalipun. Because you are very special for me. Cuma saya ada dengar suara awak tadi. Bila saya dengar suara awak yang sedang menangis automatik hati saya akan sakit Puteri. Saya tak mahu dengar lagi tangisan awak. Saya lebih sakit mendengar tangisan awak.. melihat air mata awak berbanding ditembak bertalu-talu sekalipun. Sebab awak..orang yang sangat saya sayang dan saya...tak boleh kehilangan awak mahupun terpisah dengan awak Puteri." kata Kyran. Dia sudah meletakkan jari telunjuknya dari bibir aku.

Sungguh kata-katanya membuat hati aku lebih sakit dan sedih. Kenapa dia mesti berkata begitu pada aku? Kata-katanya membuatkan aku lebih berat hati mahu tinggalkan dia lepas dua hari dari sekarang. Apa yang aku harus lakukan?

Hehe romantiknyee kau Kyran! Selalu saja buat hati aku cair seperti aiskrim yang cair apabila terkena matahari. Tak boleh ke kalau sehari kau tak buat hati aku cair? Huhuhu

Aku tidak berkata apa sebaliknya hanya tersengih saja seperti kerang busuk. Nak buat apa lagi kan hanya tayang sengih jelah. Hehehe..

Kyran tersenyum manis saja melihat aku. Suka sungguh melihat aku gamaknya. Tiba-tiba...daun pintu di dalam bilik Kyran ditolak oleh seseorang. Hmm mesti mommy Kyran nih.

Sebelum tu sempat aku jarakkan sedikit kedudukan aku dengan Kyran.

"Puteri, saya ada belikan kamu..." kata-kata datin terhenti apabila memandang anaknya yang sudah lama sedar daripada tidur yang lama.

"Anak mommy sudah sedarlah!" jerit datin Arina dan terus mendakap anaknya. Air mata mula bertakung di tubir matanya sebab terlalu gembira melihat anaknya sudah sedar.

"Huhu jangan tinggalkan mommy lagi tau? Sesak nafas tau mommy apabila dapat tau yang Kyran masuk hospital. Lain kali mommy kunci terus kamu dalam bilik dalam rumah untuk keselamatan kamu baru kamu tau." kata datin Arina.

"Ala mommy janganlah sampai kurung Kyran dalam bilik nanti Kyran tak dapatlah jumpa dengan buah hati sendiri." kata Kyran yang merengek seperti budak kecil.

Datin Arina terdiam seketika. Dia saja mahu menduga anaknya ternyata anaknya betul-betul sayangkan Puteri.

Aku pulak terkebil-kebil seketika. Buah hati? Maksud dia aku ke? Alahaii boleh pulak dia cakap macam tu kat mommy dia ye? Hampeh betul!

"Hehe yelah-yelah mommy tak kurung pun lah saja mahu menduga anak mommy nih." kata Datin Arina ketawa kecil.

"Eihh mommy tak call lagi daddy nih kata kamu dah sedar nanti kang dia risau pulak sebab kamu sampai sekarang masih tak bsngun. Sementara tu mommy nak panggil doktor jap." kata datin Arina meminta kebenaran. Kyran hanya mengangguk saja.

Selepas Darin Arina keluar daripada bilik aku dengan Kyran berpandangan seketika. Dia ketawa kecil memandang aku.

"Eih2 awak nih kan. Boleh pulak awak kata macam tu eh kat mommy awak." kata aku yang mencubit lengannya.

"Haduh haduh apa nih cubit-cubit orang sakitlah." kata Kyran yang menggosok lengannya. Cubitan dari Puteri memang berbisa betul! batin Kyran di dalam hati.

Aku hanya menjeling manja saja ke arahnya.

"Kyran...boleh saya tengok belakang awak?" kata aku.

"Belakang saya? Okey boleh silakan." kata Kyran tersenyum. Dia menghadapkan belakangnya ke arah aku. Perlahan-lahan aku selak baju di belakangnya sedikit.

Terdapat bekas jahitan di belakangnya. Tiba-tiba perasaan aku menjadi sebak. Aku menyentuh perlahan belakangnya menggunakan jari runcing aku.

Kyran yang merasakan Puteri menyentuh perlahan belakangnya yang mempunyai bekas jahitan itu terpejam mata seketika. Dia dapat rasakan sentuhan yang sangat lembut dari Puteri.

Aku menutup kembali selakan di bajunya itu. Aku menutup mulut aku seketika. Perasaan sedih mula menerpa ke dalam hati ini.

"Heyy kenapa nih?" kata Kyran.

"Takde pape. Cuma...mesti sakitkan awak apabila kena tembak?" kata aku menangis.

"Puteri..saya tak sukalah awak menangis macam nih. Awak nak saya bertambah sakit ke melihat awak menangis macam nih? Macam yang saya cakap kalau awak menangis macam nih awak seakan-akan seperti seksa hati saya tahu tak?" kata Kyran yang mengusap air mata di pipi aku menggunakan ibu jarinya.

"And yang pasal kes tembak tu...tak payahlah fikir pasal tu lagi nanti awak asyik sedih tau? Saya tak suka awak sedih macam nih." kata Kyran.

"Hehehe saya tak sedih dahlah. Awak jangan risaulah." kata aku yang mengelap pipi aku berkali-kali. Selalu saja pipi ini dibasahi dengan air mata.

"Hehe saya nak pergi bilik air sekejap. Nanti doktor datanglah tu dengan mommy awak." kata aku. Kyran tidak berkata apa hanya mengangguk saja.

Aku terus meluru ke dalam bilik air dimana terletak di bilik wad Kyran juga. Baru saja aku masuk ke dalam bilik air telinga aku sudah dapat mendengar bunyi gerakan pintu menandakan ada orang yang masuk ke sini. Mungkin doktor dan juga datin.

Aku tak ambik kisah sangat. Aku memandang imej diri aku di dalam cermin bilik air dengan lama. Tiba-tiba ada suara misteri yang datang menerjah ke gegendang telinga aku.

"Hehehe kesian kat kau Puteri...kisah percintaan antara Kyran Andrew dengan Puteri Ilynia hampir tamatlah. Hehehe sayangnya kau rela mahu lepaskan Kyran begitu saja. Sedangkan dia adalah lelaki yang baik untuk kau dia adalah jodoh kau! Hihihi kau memang bodoh Puteri! Kau memang bodoh!" kata satu suara misteri tersebut.

Aku melihat sekeliling aku tapi tiada siapa. Suara tu lagi? Haih kenapa dia tak habis-habis kacau hidup aku ha?! Haih nih tak boleh jadi!

"Heyy syaitan! Kau tak payah mahu hasut akulah! Aku tau apa yang aku lakukan! And lagi satu..kau tak patut kut mahu kacau hidup aku! Hidup kau hidup kaulah! Hidup aku hidup akulah!" kata aku menjerit. Aku harap sangat jeritan aku tidak didengari oleh orang lain.

"Hihihi kau nih Puteri aku kesianlah kat kau. Hidup dipenuhi dengan kesengsaraan, kesedihan, kesakitan. Kau sanggup ke hidup kau akan sentiasa jadi merana?" kata suara misteri itu lagi.

"Tak, kau salah. Hidup aku ada juga warnanya ada juga kebahagiaannya bukan hidup aku sentiasa dipenuhi dengan kesengsaraan, kesedihan dan kesakitan apa semua tu. Aku happy apa sebab dapat membuat kenangan yang manis bersama orang yang aku sayang di sini. Ya dulu aku memanglah pernah kata yang hidup aku nih tak bermakna lah apalah tapi semenjak aku tinggal dekat sini semuanya berubah. Aku ada juga merasakan kebahagiaan tak macam kau hidup dipenuhi dengan kegelapan." kata aku yang melontarkan ayat-ayat pedas padanya.

Akhirnya suara itu sudah hilang. Mungkin sudah penat mahu bertekak dengan aku. Mungkin juga dah mengalah mahu aku termakan hasutannya.

Aku menarik nafas lega seketika. Aku membuka pili air di sinki dan membasuh muka aku. Terasa muka aku sedikit segar.

Aku nak.. dengan saki baki dua hari ini aku mahu bersama Kyran tanpa lagi ada kesedihan. Yeah aku cuma nak habiskan dua hari tu jer dengan meluangkan masa dengan Kyran sepuas-puasnya. Sebab lepas jer dua hari...aku pasti akan tinggalkan dia secara diam-diam.

Settle di bilik air aku kini keluar dan kembali bersama Kyran dan juga mommy nya.

"Hehe Puteri guess what doktor baru kata tadi yang Kyran boleh balik petang nih juga asalkan Kyran perlu banyakkan rehat." kata Datin Arina dengan gembira. Aku turut gembira apabila dia berkata begitu.

"Hehe baguslah datin!" kata aku yang terus memeluk Datin Arina dengan erat. Datin hanya tersenyum manis saja.

Kyran yang melihat Puteri berpelukan mesra dengan ibunya berasa sangat gembira. Alangkah bagusnya kalau Puteri adalah menantu ibunya sendiri pasti akan jadi lebih rapat dan erat.

***********

Farah pov

Sekarang nih aku sedang berada di kerusi batu. Karen sudah pergi menguruskan urusan dia. Aku mula menelefon Puteri minta dia datang ke sini. Aku ada urusan penting dengan kawan baik aku.

"Hello.." kata satu suara lunak mula kedengaran di gegendang telinga aku.

"Hello Puteri! Yaww aku ada sesuatu yang sangat penting dengan kau nih. Boleh kau datang sini sekarang? Nanti aku hantar location." kata aku.

"Hal penting? Haah okey2. Eh Farah sebelum tu aku nak gitau kau nih yang Kyran dah sedar dan dia dah boleh keluar wad hari nih." kata Puteri di talian sana.

"Ouhh iye? Patut aku rasa kau happy semacam jer nih Puteri hehehe." kata aku ketawa kecil.

"Hehehe okey beb jumpa kau di sana." kata Puteri.

"Hehe okey." kata aku yang menutup panggilan antara aku dengan Puteri. Aku lihat gambar yang berada di tangan aku dengan teliti. Kalau benar Karen tu adalah adik Puteri maknanya keluarga Puteri semuanya baik-baik belaka. Tengoklah wajah ibu dia tu. Sangat cantik apabila dipandang macam Puteri. Apabila dia dah besar macam serupa jer dengan ibu dia. Aku ketawa kecil seketika. Ayah dia pulak macam...adik dia yang kecil tu. Hehehe memang keluarga yang happy betul! Aku tersenyum seorang diri.

************

Puteri pov

Nampaknya aku kena minta permission dulu dengan datin dan Kyran. Sedang mereka berdua ralit bersembang mesra. Besalah anak dengan mak hehehe. Sweet jer tengok. Nanti daddy Kyran sampailah sini nanti.

"Datin, Kyran.. Puteri mintak diri dulu ye? Kawan Puteri mahu jumpa. Boleh kan?" kata aku tersenyum lembut pada mereka berdua yang memandang aku kala ini.

"Boleh sayang pergilah nanti semua pasal Kyran biar datin dengan dato' jer yang uruskan. Puteri jangan risau." kata Datin Arina yang juga membalas senyuman aku. Suka jer aku tengok senyuman dari dia.

Kyran perlahan-lahan menuju ke arah aku. Dia memandang aku dengan tepat sebelum bersuara.

"Puteri..nanti kita jumpa tau?" kata Kyran pada aku. Hehe macamlah aku dah nak pergi jauh daripada dia.

"Hehe awak jangan risaulah saya pasti akan kembali pada awak jugak nanti. Esok pagi saya pergi ke rumah awak eh? Saya sudah hafal rumah awak kat mana." kata aku mengenyit mata aku sebelah padanya.

"Hehe okey." kata Kyran tersenyum.

Sebelum pergi sempat aku pegang tangannya sekilas dan pergi daripada sini.

Lepas jer dua hari..saya takkan datang kembali pada awak Kyran. Apa-apapun I love you Kyran Andrew~

*********

Tiba-tiba aku terlihat kelibat perempuan yang aku sangat kenali. Farah ke tu? Hehe nih mesti Farah nih tengok belakang pun dah tahu dah.

Sebelum tu sempat aku dapat rasakan ada orang yang mengintip aku secara diam. Aku tahu itu adalah Jack. Orang suruhan Balqish. Tak mungkin dia tak suruh orangnya intip aku. Hehe aku dah agak Balqish tak percayakan aku. Haih tak sabar langsung perempuan nih!

Aku tak menoleh ke belakang kerana aku sudah tahu siapa dia sebaliknya aku terus pergi ke arah kawan aku secara diam. Aku mahu buat surprise pada dia muahehe~ Sedang tersenyum jahat nampak hehe.

"Farah!!!" kata aku jerit padanya melalui belakang. Siap buat cak lagi pada dia macam orang buat kat anak kecil tu hehehe.

"Oihh mak kau!" kata Farah. Dia menyusap dadanya berkali-kali. Punyalah tadi dia punya kusyuk teliti gambar Puteri tengok-tengok..haih nak kena betul kawan aku nih. Getus Farah di dalam hati.

"Hehehe lawaknya muka kau waktu kau terkejut!" kata aku yang ketawa berdekah-dekah. Lawak bebeno kawan aku sorang nih.

"Eih2 dia nih! Bagi penampor sulung kang baru ko tahu. Nih duduk sini jap aku ada nak bincang sesuatu dengan kau nih." kata Farah yang menarik tangan aku mengajak duduk. Aku tak berkata apa sebaliknya hanya ikut saja.

"Haah apa yang penting sangat tu Farah?" kata aku yang kembali serius memandangnya.

"Ni..tengok gambar nih." kata Farah yang menghulurkan satu keping gambar pada aku. Ouhh inilah gambar yang Farah asyik duk tenung tu sampai aku ada pun dia tak perasan.

Tak sampai beberapa saat aku memandang ke arah Farah.

"Ini kan..ini kan gambar aku. Gambar nih aku rasa aku ada tercicir waktu aku remaja macam mana kau boleh dapat gambar nih Farah?" kata aku yang terkejut memandangnya.

"Macam nih.." akhirnya Farah menceritakan semuanya dari A sampailah Z. Aku pulak lagilah bertambah terkejut mendengar cerita Farah.

"Maksud kau...ada lelaki yang mengaku dia sebagai adik aku?!" kata aku terkejut beruk.

"Yeah Puteri. Aku pun terkejut bila dia cakap macam tu. And kalau kau nak tau dia dah terangkan nama dia, nama ayah dia, nama ibu dia termasuk nama panjang kau Puteri." kata Farah.

"Sapedia nama sebenar dia? Aku nak dengar sama ada betul ke tak nama ibu bapa aku termasuk aku." kata aku.

"Nama dia adalah Karen Anderson Khan. Ibu dia..Mrs. Ryna Amylea, ayah dia..Mr.Khan manakala kakak dia... ialah Puteri Ilynia Khan." kata Farah yang memandang tepat ke arah aku.

Aku terkejut dan terkaku seketika. Tidak tahu mahu berkata apa. Semua nama-nama yang Farah sebut adalah betul. Jadi...dia adalah adik aku. Yang hilang tanpa jejak 19 tahun yang lalu? Adik aku yang aku cium buat kali terakhir tu? Serta-merta aku menjadi sebak. Aku memandang ke arah Farah dengan bergenang air mata.

"Farah, jadi..jadi..dia memang adik aku? Yang hilang 19 tahun yang lalu Farah?" kata aku menangis.

"Aku rasa baik kita buat ujian DNA. Aku perlukan rambut kau dan juga rambut dia untuk pastikan yang kau dengan dia adalah adik-beradik ataupun bukan okey? Kau setuju Puteri?" kata Farah yang mengusap air mata di pipi aku.

"Okey, aku setuju. Hanya dengan cara tu saja untuk kita pastikan kesahihannya." kata aku.

Farah tersenyum. Dia hanya mengiakan saja kata-kata aku itu.

Jikalau dia adalah adik aku..maka hidup aku pasti akan menjadi lebih happy. Sungguh, aku sangat rindu padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience