Bab 33: A happy day

Romance Series 9809

Pagi sudah menjelang. Matahari mula menyinari ke wajah aku. Langsir aku buka seluas-luasnya di dalam bilik aku. Begitu juga tingkap.

"Good morning everyone!!" kata aku yang menjerit seperti orang gila di dalam bilik ini. Tiba-tiba aku ketawa kecil seorang diri hehe macamlah bilik aku nih boleh bercakap dan mendengar suara aku.

Hehehe apa-apapun hari nih bagai hari yang baru untuk aku. Nak tahu sebab apa? Sebabnya adalah aku akan isikan waktu hari nih dan esok dengan banyak meluangkan masa dengan Kyran dan juga Farah. Tak lama lagi aku akan tinggalkan mereka. Aku akan pergi dari sini. Jadi, aku tidak boleh membuang masa lagi. Aku harus sentiasa bersama dengan mereka sepuas-puasnya. Aku takut bila aku akan tinggalkan mereka nanti aku akan menyesal pulak dikemudian hari.

Okey Puteri hari nih kau tak boleh sedih-sedih. Hari nih dan esok jer kau boleh meraih kebahagiaan kau bersama orang yang kau sayang. Jadi...aku tak boleh sedih-sedih.

Yeah betul tu! Dunia! Kau lihat aku nanti..aku takkan sesekali biarkan air mata aku jatuh lagi pada hari ini. Cuma...bila disaat aku mahu tinggalkan si dia...pipi ini tidak akan henti-henti membasahi dengan air mata. Hati ini..pasti akan lebih sakit dan pedih. Bersedialah kau wahai hati tidak lama lagi kau akan lebih sakit daripada sebelum-belumnya. Itu aku jamin.

************

Audrey pov

Haihh sudah lama benar aku tak contact Puteri nih. Akibat sibuk yang terlampau masa aku seakan-akan tersekat untuk berhubung dengan Puteri lagi. Almaklumlah aku kan CEO dalam syarikat ayah aku nih. Jadi disebabkan projek baru mula masuk aku dah makin lama semakin sibuk. Haihh serabut betul!

"Hari nih aku tak sibuk sangat jadi bolehlah aku call Puteri ajak dia keluar hehehe." kata aku tersenyum sendiri.

Aku mula menelefon gadis itu tapi malangnya suara voice mail pulak yang masuk. Haihh dia off phone ke? Hmm takpe telefon lagi.

Sudah beberapa kali aku telefon tapi masih juga tak angkat. Arghh! Masa nih jugak lah dia tak angkat telefon aku ye. Hehehe Puteri... Puteri... tunggulah kau nanti!

*************

Puteri pov

Akhirnya aku sudah terpacak betul-betul di depan rumahnya. Hmm saja aku mahu buat surprise pada dia waktu pagi-pagi nih. Hehehe mesti dia terkejut nanti.

Aku ada membawa buah tangan untuknya. Yelah nak ziarah orang kenalah bawa buah tangan nanti takut tuan rumah kata apa pulak hehe.

Aku menekan loceng di pagar rumah Kyran. Agak-agaknya datin dan dato' ada tak? Aku lihat hanya ada sebuah kereta yang tersadai di garaj.

Akhirnya pagar di buka dengan sendirinya. Adakah mak cik Zah yang akan sambut aku nanti? Entahlah.

"Puteri! Kamu datanglah! Saya tak sangka kamu akan datang. Jemput masuk nak." kata Datin Arina yang menyambut aku masuk.

Hehe aku hanya tersengih saja.

"Datin, Mak cik Zah pergi mana datin?" kata aku yang sudah melangkah ke rumah Kyran.

"Mak cik Zah? Ouhh Mak cik Zah. Kamu kenal nek Mak cik Zah ye Puteri? Dia balik kampung katanya rindu sangat nak balik kampung. Jadi, saya bagi jelah cuti beberapa minggu untuk dia habiskan masa dia di kampung dulu." kata datin tersenyum ramah pada aku.

"Hehe sebenarnya saya dah pernah datang sini datin waktu tu datin dengan dato' takde. Mak cik Zah lah yang sambut saya hari tu." kata aku.

"Ouhh patutlah Mak cik Zah pernah beritahu saya yang ada perempuan cantik pernah datang ke sini. Hehehe nih mesti Puteri mahu jumpa Kyran kan? Kyran macam besalah duk dalam bilik. Meh Puteri jom kita pergi ke bilik Kyran." kata datin yang menarik tangan aku.

Terasa dirinya sangat senang apabila bersama dengan Puteri.

Aku hanya mengangguk saja mengikut datin memimpin aku. Lagipun aku sudah lupa untuk ke jalan bilik Kyran. Almaklumlah kat atas ada banyak bilik. Nanti kang tersilap bilik pulak.

"Kyran... buka pintu nak ada someone special nih nak jumpa dengan kamu." kata datin yang mengetuk-ngetuk pintu Kyran berkali-kali.

"Siapa pulak mommy? Kyran tengah mandi nih." suara sayup dari Kyran kedengaran di luar pintu.

"Haihh dia tengah mandi pulak Puteri. Takpe nak kamu tunggu jer dalam bilik Kyran nih. Pintu nih biar sentiasa buka. Nanti pape bagitau saya sebab anak saya nih tak boleh dibawa main. Nanti dia buat apa-apa pulak kat kamu." kata datin separuh berbisik pada aku. Aku hanya ketawa kecil saja.

Takpe datin kalau Kyran nak buat apa-apa nanti tahulah saya nak karate dia nanti! Hehehe namun kata-kata ini hanya mampu terungkap di dalam hati saja.

"Okey datin terima kasih." kata aku tersenyum manis.

"Hehehe sama-sama Puteri." kata datin yang terus pergi menuruni tangga. Hmm mungkin ada kerja kut yang perlu dilakukan.

Aku melilau seketika di dalam bilik Kyran. Hehe semuanya masih sama takde pun yang berubah. Haihh bilik dia bersih jugak eh? Bilik aku pun tak sebersih bilik dia. Hmm betuilah kata orang tak semua lelaki yang biliknya sentiasa kotor malah ada jer orang lelaki yang sentiasa menjaga kebersihan. Hehe aku pun tak serajin dia tau.

Telinga aku pulak dapat aku dengar air berciciran jatuh ke lantai siapa lagi kalau bukan Kyran yang tengah mandi. Sedang aku ralit melihat bilik Kyran aku terlihat ada satu bingkai gambar yang menarik perhatian aku. Ianya terletak di atas meja. Mungkin ini untuk meja belajar ataupun menulis. Aku dengan tanpa teragak-agak terus mengambil bingkai gambar tersebut.

Bingkai gambar tersebut mempamerkan dua orang lelaki yang sedang tersenyum lebar. Mereka kelihatan sangat rapat seperti adik dan abang. Dan salah seorang lelaki tersebut aku sangat kenal! Siapa lagi kalau bukan Kyran. Yang lelaki sebelah Kyran tu aku tak kenal. Tapi...macam pernah nampak. Entahlah macam familiar gitu.

Takpe, inilah kesempatan untuk aku membuat photo pada bingkai gambar nih. Hehe saja mahu tangkap gambar kut2 lah boleh buat kenangan gambar Kyran nih.

Aku dengan cepat mengeluarkan telefon di poket seluar aku dan terus on pada phone aku. Hmm sebelum tu terdapat notifikasi menandakan ada orang telefon aku berkali-kali. Haih sape pulak yang telefon aku berpuluh-puluh kali nih? Haih tersilap nombor kut lantak kat dia lah. Aku hanya terus mengambil photo gambar bingkai tadi. Entahlah rasa gambar nih cantik sangat. Lagipun.. lelaki yang berada di sebelah Kyran tu aku teringin sangat mahu tahu siapa dia sebenarnya. Selepas habis sesi menangkap gambar kini mata aku terpandang sebuah buku bersebelahan dengan bingkai gambar tadi. Buku itu pulak kelihatan seperti buku diari. Aku mengambil buku tersebut dan membaca tulisan yang tertera di depan kulit buku tersebut. Dan...ianya tertulis buku diari. Maknanya betuilah nih buku diari!

Diari itu pulak kulitnya berwarna kelabu. Hmm patutkah aku baca buku diari orang lain? Huhu tapi perasaan ingin tahu aku membuak-buak mahu tahu apa isi kandungan di dalam buku diari nih. Haihh baca jelah lagipun Kyran bukan tau pun hehehe.

Perlahan-lahan aku membuka buku diari Kyran. Aku membaca tulisan yang tertera di dalam hati.

26 hari bulan 8

Hari ini, buat pertama kalinya aku telah terjatuh cinta pada seorang perempuan yang berjaya mencuit hati aku dalam diam. Tapi aku tak berani mahu meluahkan perasaan aku padanya. Aku takut kalau dia tidak dapat terima cinta aku. Lagipun dia adalah perempuan yang lain daripada yang lain. Lihatlah betapa ramai perempuan yang mahukan aku tapi dia pulak.. hanyalah mahu berjauhan dengan aku. Ohh tidak..aku tak boleh biarkan dia berjauhan dengan aku!

29 hari bulan 8

Malam ini akan adakan majlis hari jadi untuk guru besar di sekolah aku. And guess what...aku rasa aku sudah bersedia untuk meluahkan perasaan aku pada dia malam nih juga. Dia sangat cantik apabila berada di atas pentas. Jadi lepas dia buat persembahan di atas pentas aku nekad mahu luahkan perasaan aku pada dia. Tapi..lain pula yang jadi lepas jer aku luah perasaan aku pada dia...dia seakan-akan tak percaya dengan kata-kata aku. Hati aku jadi sakit melihat dia begitu. Dan yang paling buat aku tak sangka-sangka adalah dia menangis di depan aku. Aku jadi terkejut dalam masa yang sama hati aku turut sedih melihat dia tidak henti-henti menangis. Dia ada cakap yang aku tak faham dia. Aku langsung tak memahami dia jadi kalau aku tak dapat fahami dia kenapa dia tak mahu buatkan aku fahami dia? Kenapa dia mesti pergi begitu saja. Hati aku turut terluka. Aku dah agak dia tak terima cinta aku.

30 hari bulan 8

Pada hari sekolah, aku langsung tidak melihat kelibatnya malah meja aku yang bersebelahan dengannya hanya kosong saja. Aku tertanya-tanya adakah dia tidak dapat hadir hari nih ke sekolah? Akhirnya pada waktu rehat ketika loceng berbunyi aku buat keputusan untuk bertanya pada Farah. Kawannya. Jantung aku seakan-akan terhenti apabila Farah mengatakan yang Puteri sudah pergi ke negaranya iaitu Filipina. Dan waktu tu aku terasa sangat down. Hati aku sangat sakit. Aku menangis. Aku ada terfikir juga kenapa dia pergi daripada aku. Malah sangat jauh dari aku. Adakah aku puncanya? Kalau aku tau semua nih akan terjadi pasti aku takkan luahkan perasaan aku padanya pada hari itu.

15 March 2028

Sudah beberapa tahun yang berlalu, akhirnya ada seorang perempuan yang menarik perhatian aku. Matanya yang membiru yang boleh memukaukan hati siapa saja. Hidungnya yang sedikit mancung, bibirnya yang merah bak delima. Semuanya ada iras-iras wajah dia. Aku sangat tertanya-tanya siapakah namanya? Adakah dia adalah orang yang aku nantikan selama ini? Sungguh aku sangat merinduinya. Dan akhirnya..pada malam itu juga dia sudah beritahu namanya yang sebenar. Puteri Ilynia. Itu adalah namanya! I can't believe it! Adakah dia orang yang sama? Orang yang aku begitu sayang dan cinta selama ini? Hati masih ragu-ragu. Akhirnya aku membuat keputusan untuk pergi ke rumahnya. Aku mahu tahu kebenarannya.

16 hari bulan 3

Pada hari ini..aku terdengar suara perempuan yang bagi aku sangat merdu. Dia sedang menyanyi sambil memainkan gitar. Hati aku sangat berdebar kala itu. Lirik lagunya ada maksud-maksud tersirat sendiri. Dan aku yakin... dialah orang yang ku cari selama ini. Yeah dia adalah orang tu!

17 hari bulan 3

Hari ini adalah hari yang paling tak dapat aku sangkakan. Dia cabar aku untuk aku buatkan dia jatuh cinta dengan aku. Wow this is great! Aku sudah banyak rancangan untuk aku buat dia jatuh cinta pada aku. Dan aku harap.. dengan dua bulan yang dia bagi ini sudah cukup untuk aku buat dia cintakan aku.

Aku membaca teliti tulisan-tulisan di dalam buku Kyran. Kata-katanya membuat aku merasa sedih. Aku tahu..bukan aku sorang saja yang banyak menderita. Kyran. Dia juga menderita. Aku dapat rasakan perasaannya. Dan aku..aku.. terpaksa lukakan hatinya kembali. Aku terpaksa membuat hatinya kembali terkesan. Kembali sedih.. kembali menderita.

Huhu apa yang aku harus lakukan? Sesungguhnya bagi aku cinta ini terlalu pahit. Terlalu sakit dan terluka. Akhirnya aku membuka sehelai lagi kertas di dalam buku diari Kyran.

Puteri Ilynia~~
Wajahmu sungguh memukau~
Sayu matamu mengugah hati~
Senyumanmu begitu hebat
Mampu membuat hati ini..
Bila-bila masa cair.

I love you my princess...you are always be my princess forever and ever..

Jantung aku yang tadinya seakan-akan terhenti seketika terus menjadi berdegup kencang.

Aku menutup semula diari Kyran. Aku terasa terharu. Aku memegang dada aku. Dada aku masih berdebar. Kyran betul-betul cintakan aku. Dan aku boleh nampak dari keikhlasan dia pada aku yang sebenarnya tapi aku...hmm malah mahu tinggalkan dia.

Arghhh! Apa yang aku harus lakukan?! This is so make me depressed!! Kenapa aku? Kenapa mesti aku?! Kenapa aku tidak boleh merasakan kasih dan sayang ini dengan jangka yang lebih lama? Just hanya bertahun-tahun saja. Kenapa cinta ini sungguh menyeksa aku?

Aku menyerabutkan rambut aku berkali-kali. Aku mahu menangis tapi sedaya-upaya aku tahan supaya tidak didengari oleh Kyran. Lagipun hari nih aku dah target tak mahu nangis-nangis. Mahu happy-happy saja.

Pintu bilik air sedikit bergerak menandakan Kyran sudah siap mandi. Aku cepat-cepat letak buku diarinya tadi ke atas meja di kedudukan yang sama. Serta-merta aku mengelap air mata di pipi aku dengan laju. Tidak mahu Kyran tau aku menangis.

Aku lihat Kyran keluar daripada bilik hanya berpakaian tuala saja di pinggangnya. Serta-merta aku membulat. Apekah...

Kyran yang terlihat aku berdiri di tepi katilnya terkejut.

"Puteri, apa yang awak buat kat sini?" kata Kyran.

Aku cepat-cepat menolehkan badan aku ke belakang. Rosak mata aku weh! Haihh waktu-waktu nih jugak lah dia nak tunjuk badan dia yang tegap tu ye? Haihh tak sangka! Aku fikir lepas dia mandi dia dah pakai baju dah dekat bilik air rupanya...haihh.

"Puteri... kenapa awak masuk bilik saya? Rindu saya eh? Betui tak?" kata Kyran yang mula terbit senyuman nakal di bibirnya. Aku dapat rasakan yang dia perlahan-lahan menuju ke arah aku.

"Eih tak lah! Saya...saya cuma melawat jer! Haah melawat! Tadi.. mommy awak yang suruh saya masuk dalam bilik awak. Asalkan pintu sentiasa terbuka. Eihh awak nih! Pakai bajulah! Eei malu saya tengok awak nih." kata aku bermain-main jari. Mata aku terpejam dengan rapat. Punyalah takut.

"Kenapa awak nak malu? Bukannya saya....tak pakai seurat benang apa pun. Elok jer tuala berada di pinggang saya nih." kata Kyran yang memegang bahu aku.

"Eihh awak nih! Janganlah pegang-pegang!" kata aku yang terus menjauhkan diri aku. Aku menghadapkan ke arahnya sambil mata yang masih terpejam. Jari telunjuk aku di angkat tanda memberi amaran keras.

"Hehehe Puteri... Puteri.... lawaklah awak nih. Cute jer saya tengok." kata Kyran yang ketawa kecil menampakkan lesung pipitnya.

Eihh Kyran nih sajelah tu nak buat aku malu! Huhu Puteri janganlah kau blushing pulak ye. Just relax okey? Tarik nafas...hembus..tarik nafas... hembus...Okey Puteri you can do it!

"Kyran..saya cakap elok-elok nih kan. Pakai baju cepat. Sebelum saya...balik terus kang baru awak tahu." kata aku yang masih memejamkan mata. Hehe macam emak yang tengah memberi nasihat pada anak pulak lepas tu siap terselit ugutan lagi kat situ. Hehe tak dapat aku imagine reaksi dia lepas aku kata macam tu. Mesti dia takut nanti.

"Eih2 janganlah. Okey saya pakai baju. Janji awak jangan balik lagi." kata Kyran yang seperti cacing kepanasan mahu mencari baju. Habis almari yang dia selongkarnya.

Aku hanya ketawa kecil saja. Seronok buat Kyran jadi kelam-kabut begitu.

Akhirnya Kyran menyarungkan baju t-shirt yang berwarna hitam dan hanya berseluar panjang.

"Puteri tengoklah saya nih. Saya dah pakai baju dahlah." kata Kyran yang betul-betul berada tepat di hadapan aku.

"Betui nih? Awak tak main-main kan?" kata aku yang bertanya lagi untuk kepastian.

"Beeetuulll." kata Kyran yang siap membuat nada lagi.

Eih² dia nih! Kalau dia tipu aku siaplah dia nanti aku kerjakan!

Aku membuka mata aku perlahan memandang dirinya yang tersenyum manis pada aku. Aku seperti di awang-awangan seketika. Perlahan-lahan bibir aku turut mencarik senyuman manis padanya. Aku memandang dirinya yang bagi aku walaupun dia hanya berpakaian santai dan biasa saja tapi dia tetap handsome! Aku tengok muka dia macam ada kacukan. Hairan Dato' dengan Datin orang ape eh?

Kyran ketawa kecil. Dia mencuit pipi aku sekilas membuat aku juga ketawa. Haihh Kyran... Kyran dah berapa kali kau cairkan hati aku nih?

Kyran... kenapa bila saya semakin lama bersama dengan awak semakin rasa berat hati saya mahu tinggalkan awak eh? Saya rasa...macam tak sanggup. Sangat-sangat tak sanggup mahu tinggalkan awak. Awak adalah nyawa saya...awak adalah kebahagiaan saya. Setiap helaan nafas saya.. semuanya hanya milik awak seorang.

"Kyran...saya ada belikan awak buah-buahan. Awak kan baru sihat. Jadi kenalah makan makanan yang berkhasiat. Tak boleh makan-makanan yang ringan. Faham?" kata aku yang membebel seperti mak nenek.

"Baiklah, my princess." kata Kyran. Aku sedikit tersentak. My princess? Aku memandang ke arahnya. Dan yang paling ku tak sangka dia siap mengenyit mata sebelah lagi pada aku. Haihh boleh fengsan nih.

"Errrr....my princess? Princess yang mana nih? Princess Bella ke princess Tiana ke? Ke... princess Elsa? Haah takpun princess Cinderella?" kata aku.

"Tak, semua yang awak katakan tu salah sama sekali. Awaklah princessnya. You are my princess Puteri. Always be my princess forever and ever." kata Kyran tersenyum.

Lagilah membuat pipi aku terasa panas. Kata-kata nih ada dalam buku Kyran. Eihh Puteri! Yang kau pi tanya Kyran tu dah pasal apa! Dah terang-terang yang Kyran maksudkan yang kau tu adalah princessnya. Huhu tak pasal-pasal aku blushing.

Kyran hanya tersenyum saja. Dia mengambil buah epal di dalam bakul yang diberi oleh aku tadi. Sebelum tu sempat dia mengelap sedikit buah epal tadi di bajunya dan mula memakannya. Matanya tak henti-henti memandang ke arah aku sambil tersenyum. Haihh seronok sangatlah tengok aku macam tu. Jangan kau pi ngap aku sudah.

"Puteri, lepas saya makan kite pergi ke pantai nak tak? Bosanlah duduk rumah nih." kata Kyran.

"Hmm mommy awak bagi ke? Sebab awak kan baru saja keluar daripada hospital. Doktor pun bagitau suruh awak banyakkan rehat di rumah. Saya tak rasa mommy awak bagi awak keluar." kata aku.

"Ala yang mommy saya tu pandai-pandailah saya pujuk. Awak pulak setuju tak mahu pergi dengan saya bersiar-siar kat luar?" kata Kyran menanti jawapan dari aku.

"Alright! Saya setuju!" kata aku tersenyum.

"Okay!" kata Kyran tersenyum lebar.

***********

Okey kami dah sampai ke pantai. Sekarang nih aku dan Kyran berada di tepi kereta. Namun, kami masih dapat melihat suasana pantai dan juga orang ramai. Ada yang berenang dan ada juga yang berkelah. Hehe cahaya pagi dari terik matahari mula memancar ke arah kami. Takpe kalau ada cahaya pagi lagipun cahaya pagi kan ada vitamin C. Hehehe.

"Puteri saya nak cabar awak. Apa kata kalau kita berlumba lari nak tak?" kata Kyran yang mengangkat kedua-dua kening memandang aku. Saje mahu cabar aku.

"Lumba lari ye? Macam mana tu?" kata aku. Teringin juga nak main lumba lari nih. Lagipun dah lama tak main lumba lari. Cuma tulaah...aku kan ada asma. Payahlah. Confirm-confirm Kyran menang punye!

"Macam nih. Kita lari mulai jarak sini sampailah dekat tepi dasar air. Siapa yang dapat sentuh air di tepi pantai dulu dia akan menang. Amacam boleh tak Puteri?" kata Kyran tersenyum.

Hmm kalau jarak sini sampai dekat tepi pantai tu takpelah tak jauh sangat. Hehe

"Okey, saya setuju." kata aku yang terus setuju.

"Okey are you ready girl?" kata Kyran.

"Yes! I am ready!" kata aku bersemangat.

"One.." kata Kyran yang mula membuat pengiraan.

"Two..." haih cik jantung nih tak mula lagi lari dah berdebar sakan.

"Three." kata Kyran yang terus berlari dulu meninggalkan aku. Aku apa lagi terus pecut larian aku 200 meter cuba mengalahkannya.

Tapi malangnya baru beberapa langkah untuk ke penamat Kyran sudah sampai mendahului aku. Haah kan dah cakap Kyran pasti akan menang punye.

"Huh huh awak dah menang." kata aku yang tercungap-cungap.

"Eh awak okey tak nih?" kata Kyran risau melihat aku terus tercungap-cungap.

"Takpe, biar saya tarik nafas dalam-dalam dulu." kata aku yang mengambil oksigen sedalam-dalamnya dan menghembus nafas keluar. Selepas menarik nafas dan menghembus nafas berkali-kali akhirnya nafas aku kembali okey. Fiuhh nasib baik!

"Awak dah okey?" kata Kyran yang masih risau. Mukanya jelas terpampang yang dia betul-betul risau pasal aku. Aku ketawa kecil seketika.

"Hehehe tulaah awak suruh lagi saya lumba lari eh? Saya nih tak boleh lari kuat sangat tau sebab saya ada asma sebab tulah." kata aku tersenyum. Kaki aku dapat rasakan sentuhan sejuk dari air laut. Kasut aku buang dan pegang. Sungguh rasa tenang dan damai gitewwww! Tambah dengan angin yang sepoi-sepoi pulak tu memang tempat pantai lah yang paling sesuai untuk lepaskan stress! Air laut kat sini pun tak keruh sangat. Hmm aku harap pantai kat sini sentiasa jernih dan tidak keruh. Bukan apa kalau lama kelamaan nanti mesti pantai nih dah tak cantik dah seperti sekarang kalau ada orang yang tak memelihara persekitaran di sini dengan baik.

"Ala kenapa awak tak bagitau saya yang awak ada asma? Ini tidak. Macam mana kalau ada benda yang buruk nanti jadi kat awak? Saya pulak yang akan susah nanti. Haihh awak nih pun satu apasal lah awak pergi setuju dengan cadangan saya tadi?" kata Kyran yang mula membebel.

Ala dia marah aku ke? Huhu..

"Ala awak nih janganlah marah-marah. Lagipun... lagipun.. saya yang setuju nak lari dengan awak sebab saya dah lama tak lari sebab tulah. Teringin juga nak main lumba-lumba lari nih." kata aku yang menunduk kepala sambil bermain jari aku seketika.

"Puteri..saya tak marah awaklah. Saya cuma risau pada awak jer. Awak adalah orang yang special untuk saya. Kalau ada apa-apa yang buruk jadi pada awak macam mana? Awak tahukan saya tak boleh hidup tanpa awak?" kata Kyran yang memegang pipi aku dengan lembut. Aku tersenyum memandangnya. Nampak sangat dia betul-betul risaukan aku hehehe.

Aku memegang tangannya yang berada di pipi aku. Aku mengusap tangannya dengan lembut. Bibir aku tidak henti-henti menguntum senyuman manis buatnya.

Kyran pulak terasa hatinya berbunga-bunga. Dia merasakan dirinya teramat bahagia. Sungguh di dalam hatinya berharap sangat bahawa Puteri akan terjatuh cinta padanya juga nanti. Sedangkan logam boleh dilebur oleh api apatah lagi hati.

**********

Farah pov

"Karen, jumpa saya di hospital sekarang. Nanti saya hantar location. And jangan lupa bawak sampel rambut awak. Saya nak buat DNA." kata aku yang membuat panggilan

"Ha? Hmm okey." kata Karen di talian sana. Aku terus meletak panggilan. Karen nih memang dingin betul orangnya! Nak buat macam mana kan. Nama pun Mr. Arrogant mana taknya kalau tak dingin hehe. Selepas menghantar location melalui whatsapp aku tersenyum puas hati seorang diri. Nasib aku teringat mahu mintak nombor dia pada perjumpaan kami tadi. Fiuhh kalau tidak mesti susah nanti mahu berhubung dengannya.

Hmm sekarang aku berada di luar hospital. Aku duduk di kerusi yang telah disediakan di luar hospital nih. Nanti kalau aku duduk luar senang sikit kalau aku ternampak kelibat dia nanti. Selepas itu aku mengambil rambut Puteri yang berada di dalam sampel plastik.

Aku duduk termenung seketika memerhati rambut panjang Puteri. Disebabkan Puteri sudah memberi kata putus untuk memberi keizinan pada aku jadi aku akan buat DNA menggunakan rambutnya dengan rambut Karen untuk melihat sama ada mereka berdua nih adik-beradik kandung ataupun tidak. Kalau betul...mesti Puteri akan gembira nanti! Yelah adik dia yang dah lama hilang kini sudah kembali pada kakaknya. Sayangnya ibu dan ayah Puteri sudah meninggal. Kalau mereka masih hidup pasti mereka akan turut bahagia seperti Puteri. Tapi tulaah.. sayangnya ibu dan ayah Puteri sudah meninggal. Lagipun tak buat DNA lagi sama ada Puteri dengan Karen adik-beradik ataupun tidak.

Hehehe kelakar pulak aku bila fikir pasal kawan aku yang sorang nih. Bila aku cakap mahu buat DNA menggunakan darah automatik Puteri mengelak. Hehe seakan-akan darah tu membuat dia seram pulak. Hehe selalunya kalau guna darah untuk DNA pasti akan lebih tepat. Hehehe dapat aku masih terbayang wajah Puteri ketika dia menolak habis-habisan dari mengambil darah haha.

Termenung punya termenung tiba-tiba ada suara lelaki menerjah ke gegendang telinga aku.

"Hai, dah lama tunggu?" kata Karen yang berdiri betul-betul di hadapan aku tempat aku duduk. Perlahan-lahan aku mendongak memandangnya. Terbit senyuman manis di bibir aku.

"Yeah it's okay. Dah ada sampel untuk rambut awak?"kata aku.

"Ada. Nah." kata Karen yang menyua sekeping dua rambut di dalam sampel.

Aku menyambutnya dengan senang hati.

"Okey thanks let's go!" kata aku yang mahu masuk ke dalam hospital tapi belum sempat aku mahu masuk Kyran sudah menarik lengan aku.

"Kau yakin mahu buat test DNA? Puteri macam mana? Dia bagi ke?" kata Karen yang masih risau.

"Bagi. Dahlah jomlah masuk cepat." kata aku yang tanpa sedar menarik tangannya masuk ke dalam hospital.

Karen terkebil-kebil seketika. Mata dia tidak henti-henti memandang tangannya yang disentuh oleh Farah.

'Haih perempuan nih. Sengaja ke tersengaja tarik tangan aku? Hampeh betul!' batin Karen.

"Doktor, saya nak buat ujian DNA menggunakan rambut kawan saya dengan rambut orang lain." kata aku yang menunjukkan dua-dua sampel rambut yang berlainan.

Selepas itu, aku terus menolak Karen ke depan. Haihh asyik ke belakang jer budak nih. Macam takut dengan doktor pun ada. Ke... memang dia takut nih? Hehehe.

"Ish! Janganlah tolak." kata Karen mengetap bibir tidak puas hati apabila dirinya ditolak tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Hehehe tengoklah muka merah padam dia tu. Haha serius lawak! Mesti dia tak puas hati dengan aku. Haah padan muka kau!

"Hmm okey. Nanti saya mintak nurse suruh buat DNA. Tapi, mungkin keputusannya baru keluar esok. Awak tak kisah kan?" kata doktor tersebut. Aku lihat stetoskop berada di leher doktor tersebut. Wow bangga betul aku dengan doktor!

"Okey boleh terima kasih banyak-banyak doktor." kata aku tersenyum ramah. Sempat aku kerling name tag dekat baju doktor tadi. Ouhh nama dia Khai rupanya. Nice name!

Aku lihat Karen dia sedang membuat muka riak tidak puas hati. Eihh tak spoil betul budak ni!Masih tidak puas hati dengan aku gamaknya nih.

"Eih2 budak nih! Tak payah merajuk sangatlah. Lagi satu, awak nih mesti lebih muda dari saya kan? Jadi....." kata aku saja mahu menggantungkan ayat. Aku berjalan selangkah demi selangkah ke depan ke arahnya. Tangan aku silangkan ke dada.

Terbit senyuman kecil di hujung bibir aku.

"Jadi...awak kenalah hormat saya. Saya kan...lebih tua daripada awak betui tak?" kata aku yang menepuk bahunya berkali-kali.

Karen tidak berkata apa dia hanya memandang ke arah aku. Lama.

"Tengoklah dulu macam mana nanti." kata Karen yang terus blah daripada sini.

"Hek eleh budak nih! Tahu pun malu. Takpe Karen takpe.. Kau biadab dengan aku ye? Huh kau tak kenal aku lagi Karen. Mungkin ye kau dah tahu nama aku tapi kau belum kenal aku sepenuhnya lagi. Huh!" kata aku tersenyum seorang diri penuh makna.

************

Puteri pov

"Hmm awak..." kata aku. Kala ini kami berdua sedang bersiar-siar di tepi pantai sambil memegang kasut sendiri. Angin seperti biasa mengena ke arah kami.

"Ya..." kata Kyran yang menoleh ke arah aku.

"Saya nak tanya nih. Bingkai gambar yang berada dalam bilik awak tu kan...saya ada nampak. Saya tahu tu gambar awak tapi sebelah awak sapedia? Kawan awak eh? Sebab saya tengok macam dia abang awak pulak." kata aku ketawa kecil.

"Memang dia abang saya pun." kata Kyran. Serta-merta aku berhenti ketawa. Aku terkebil-kebil seketika memandang Kyran.

"Maksud awak...awak ada abang? Awak tak cerita pun kat saya selama nih." kata aku bercantum kening.

"Hehe awak tak pernah tanya pun. Jadi, saya tak ceritalah pada awak." kata Kyran.

Eih2 senang jer dia cakap ye? Haihh tapi betul jugak Kyran cakap tu. Dah aku yang tak tanya dia buat apa dia nak bagitau pulak kan. Hmm tapi pasal abang dia tu kenapa aku rasa curious sangat eh mahu tau? Macam ...ada something wrong somewhere pada abang dia tu yang aku patut tau. Entahlah muka dia kelihatan familiar pada aku. Apa aku...pernah jumpa dia ke? Hmm banyak persoalan yang berada dalam fikiran aku sekarang ini.

Kyran mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah aku yang hanya diam dan termenung.

"Puteri...awak fikirkan apa tu? Fikirkan abang saya eh? Kenapa? Awak jatuh cinta dengan abang saya lepas awak tengok gambar tu?Macam tu?" kata Kyran yang sedikit bernada cemburu.

"Eih² awak nih kesitu pulak ye? Langsung tak terdetik perasaan suka dalam hati saya tau pada abang awak apatah lagi perasaan cinta." kata aku. Haihh ape kejauhnya Kyran fikir sampai macam tu sekali nih.

"Hmm betul?" kata Kyran yang masih ragu-ragu. Boleh nampak dengan jelas dah aura kecemburuan dia tu haha!

"Iya dong. Benar banget." kata aku yang cuba berslanga Indonesia.

"Hmm okeylah kalau macam tu " kata Kyran.

"Hehehe nih mesti awak jealous kan? Betui tak? Ala awak nih macam tu pun nak jealous." kata aku yang menuding jari padanya. Aku tersenyum penuh makna.

"Yepp. Saya jealous. So what? Awak kan kekasih di hati saya." kata Kyran mencubit hidung aku.

"Eih² perasannyee! Siapa mahu jadi kekasih dia?" kata aku saja tak mahu mengaku.

"Eiihh awaklah tu. Pura-pura tak mahu mengaku ye? Geletek kang." kata Kyran yang menggeletek aku.

"Hehe awak gelilah!" kata aku ketawa geli hati dek angkara digeletek oleh Kyran. Haihh apalah nasib!

"Hehehehe! Stoped!" kata aku yang ketawa tak henti-henti. Hampir mahu terjatuh aku dibuatnya dek angkara terlalu geli. Haihh penat asyik duk gelak nih.

Malah Kyran lebih seronok geletek aku. Eihh dia nih! Nak kena nih!

Aku dengan kekuatan yang tersisa terus menggeletek dia balik. Tapi tak kesampaian apabila Kyran terus mengelak. Eihh sempat lagi kan dia mengelak. Hmm nih tak boleh jadi.

"Awak... dekatlah dengan saya. Saya mahu bagi hadiah nih dekat awak." kata aku dengan nada meleret. Mahu mengumpan si dia.

"Hmm boleh caya ke nih? Entah-entah awak nak balas dendam kat saya tak?" kata Kyran curiga. Dia menuding jari ke arah aku. Aku ketawa kecil.

"Hehehe taklah. Mana ada saya nak balas dendam. Saya bagi hadiah jer nih." kata aku tersenyum penuh makna.

"Ouhh okey." Kyran mendekati perlahan-lahan ke arah aku dengan berhati-hati. Apabila dia sudah betul-betul berada di depan aku. Aku dengan cepat membengkok badan aku sedikit dan merenciknya dengan air laut.

Kyran sedikit tersentak. Ouhh nak main air dengan orang pulak ye? Takpe... takpe..biar orang pulak yang main air dengan dia. Batin Kyran tersenyum.

Maka, kami berdua bermain-main air di tepi pantai antara satu sama lain. Macam budak-budak kan? Tapi aku tak kisah. Lagipun dah lama aku tak main macam nih. Aku lihat Kyran pun sangat gembira bermain dengan aku. Begitu juga aku. Tambah diselangi dengan gelak ketawa kitaorang. Memang bahagia sungguhlah kami berdua.

************

"Boss, diaorang tengah happy sekarang nih di tepi pantai. Boss biarkan jelah mereka dulu. Lagipun lagi dua hari je kan Puteri akan tinggalkan Kyran lagipun Puteri yang bagitau saya yang dia akan pergi jauh daripada tempat sini. Boss tak percayakan dia ke?" kata Jack memandang ke arah bossnya.

"Memang aku tak percayakan perempuan tu. Lagipun firasat aku mengatakan yang...dia akan menipu aku nanti. Takpe, kalau dua hari saja aku boleh sabar. Aku boleh biar mereka berdua asyik berkepit bersama selama dua hari nih tapi aku takut nanti. Aku takut nanti kalau mereka berdua asyik bersama mustahil takde sekelumit perasaan sedikit pun pada perempuan tu untuk tidak mahu lepaskan dia selepas dia asyik bersama dengan Kyran? Malah cinta mereka pasti akan lebih bertambah kalau mereka asyik bersama." kata Balqish yang menggepalkan penumbuknya.

"Maksud boss Puteri?" kata Jack yang mengangkat sebelah keningnya.

"Ya iyalah! Habis tu kau fikir sapa kalau bukan perempuan perampas cinta aku tu?!" kata Balqish menengking.

Jack tak berkata apa. Malas mahu melayan.

"Habis tu boss masih suruh saya mahu mengintip mereka?" kata Jack.

'Haih mintak-mintak taklah! Meluat juga aku asyik tengok Kyran dengan Puteri asyik bercinta. Boleh muntah hijau aku dibuatnya.' batin Jack.

"Takpe hari nih kau tak payah intip mereka. Takpe, aku bagi ruang dekat mereka dulu. Sebab mereka kan...akan berpisah tak lama lagi. Dan kau ingat ye Jack kalau Puteri ingkar pada janji dia siaplah nanti aku kerjakan perempuan tu!" kata Balqish ketawa jahat.

Jack menelan air liur dengan kasar. Bukan kerana takut pada bossnya tapi takut kalau boss mahu membunuh Puteri. Dia mengaku yang...dia menganggap Puteri tu sebagai kawannya. Dan dia takut kalau bossnya akan buat lebih teruk pada Puteri nanti.

'Puteri...aku harap sangat kau tak ingkar janji kau. Kalau kau ingkar janji kau Puteri nyawa kau pasti bila-bila masa saja akan terancam. Kalau boss aku tak bunuh kau tapi...boss aku boleh menyeksa kau Puteri.' getus Jack di dalam hati.

************

"Hehehe dahlah tu Kyran. Habislah basah baju saya nanti. Dahlah saya tak mahu main dah air." kata aku. Baju aku pulak sekarang dah ada corak gara-gara air yang sedikit membasahi baju dan seluar aku.

"Okey lah kalau macam tu. Lagipun nanti kalau baju kita basah kuyup nanti susahlah dah tak bawak baju." kata Kyran ketawa kecil.

"Haah tulaah. Mari-mari ke sini. Gak usah main air." kata aku yang mula menyarung kasut. Seluar yang aku sinsing aku tarik balik hingga ke buku lali. Aku memperbetulkan rambut aku seketika kut² lah dah serabai macam hantu kak Limah ke ehh tak maulah aku.

"Kyran, lepas nih kita nak pergi mana." kata aku.

"Ermmm kita pergi lihat gunung. Nak tak?" kata Kyran.

"Gunung? Okey boleh." kata aku dengan senang hati.

Akhirnya kereta Kyran berhenti betul-betul di tepi jalan.

"Ouhh kat sini rupanya boleh lihat gunung. Cantik." kata aku yang melihat gunung melalui tingkap kereta.

"Jomlah keluar." kata Kyran.

Aku hanya menurutinya saja.

"Wow cantik². Macam mana awak tahu saya suka pemandangan semula jadi?" kata aku yang melihat ke arahnya.

"Hehehe adalah." kata Kyran mengenyit mata sebelah. Hek eleh rahsia lah sangat!

Sedang elok aku melihat gunung-ganang yang berada di sini. Serta-merta terlintas idea mahu kenakan Kyran. Muahehe aku tersenyum jahat seketika.

"Kyran.."

"Ya..."

"Saya mahu cabar awak lagi boleh?" kata aku tersenyum jahat.

"Cabar apa?" kata Kyran mengangkat kening sebelah.

"Saya cabar awak untuk awak jerit 'I love you Puteri' dekat sini kuat-kuat. Amacam ada berani?" kata aku yang menggerak-gerak kedua-dua kening aku saja mahu menduga Kyran.

"Okey boleh. Setiap cabaran awak pasti saya boleh sahut. Awak tunggu eh saya pasti akan jerit." kata Kyran. Aku hanya tersenyum saja menanti Kyran.

Kyran menarik nafas dan menghembusnya seketika sebelum menjerit.

"I love you Puteri! Tunggulah nanti saya buat awak jadi milik saya!" kata Kyran menjerit dengan kuat.

Aku sedikit tersentak. Dia berjaya lakukan? Wow tak sangka. Perasaan terharu perlahan-lahan datang menerpa ke dalam hati.

"Kyran saya tak sangka..."

"Tak sangka sebab saya jerit nama awak dan cakap I love you betui tak?" kata Kyran yang menghadap badannya ke arah aku. Dia memandang anak mata aku dengan dalam.

Aku turut memandang tepat ke arahnya. Tengoklah tu! Mata tu...dapat aku lihat yang dia betul-betul sayang aku. Dari mata hingga turun ke hati gituw.

Sedang kami ralit memandang antara satu sama lain hujan mula turun merintik-rintik. Dari hujan yang rintik-rintik ke hujan yang mulai lebat. Yeah, hujan lebat mula menimpa ke arah kami.

Aku terpaksa menggunakan tangan aku untuk memayungi kepala aku.

"Kyran, jom kita pergi ke sana. Ke tempat perhentian bas tu." kata aku.

"Ke tempat perhentian bas? Kat mana?" kata Kyran. Suara Kyran seakan-akan perlahan akibat hujan yang lebat menuruni ke bumi.

"Kat sana. Marilah." kata aku yang menarik tangan Kyran pergi ke tempat perhentian bas. Haihh tak nampak ke dia nih?

Akhirnya sampai jua kami ke perhentian bas. Hehe sebenarnya kiteorang boleh jer masuk dalam kereta untuk berteduh tapi aku lebih suka mahu duduk di perhentian bas nanti bolehlah merasa air hujan hehe.

Aku lihat Kyran sangat basah kuyup sekarang nih begitu juga aku. Macam kiteorang baru ditimpa sebaldi air yang penuh dan akhirnya menimpa ke arah kiteorang sehingga basah kuyup.

Kyran pulak nampak sedikit lain apabila rambutnya basah begitu juga aku.

"Hehe awak okey?" kata aku.

"Okey. Tapi awak mahu duduk sini? Kat dalam kereta tak boleh berteduh ke?" kata Kyran hairan.

"Hehehe saje. Lagipun saya suka hujan. Kalau duduk dalam kereta saya tak dapat lah mahu merasai hujan tapi kalau duduk sini saya boleh lah nak tadah air hujan dengan tangan saya nih." kata aku tersenyum. Aku menadah air hujan menggunakan telapak tangan aku. Rasa sejuk jer bila sentuh air hujan.

"Ouhh awak suka hujan rupanya." kata Kyran. Kyran hanya melihat aku menadah tangan ke air hujan. Perlahan-lahan tangannya dengan selamba turut memegang tangan aku yang menadah air hujan. Aku sedikit tersentak. Sekarang nih tangan Kyran berada di bawah tangan aku. Tangan kami berdua terkena air hujan.

Kami berdua ketawa kecil. Terasa ada rama-rama dalam perut aku pun ada juga sekarang nih.

"Kyran, awak pun suka air hujan?" kata aku.

"Yepp, saya pun suka air hujan. Malah air hujan buat saya tenang." kata Kyran.

"Samalah dengan saya. Bau air hujan pun saya suka tau hehehe." kata aku ketawa kecil. Kyran hanya tersenyum saja.

"Awak tak rasa sejuk ke sekarang nih?" kata aku. Kami berdua masih berpegangan tangan bermain air hujan.

"Sejuk. Awak rasa sejuk?" kata Kyran. Aku hanya mengangguk saja. Gila tak sejuk!

"Hmm tulahh saya ajak awak duduk dalam kereta tak mau kat sini jugak awak mahu duduk ye? Takpe awak duduk dekat sini. Saya nak ambil baju sejuk kejap dekat dalam kereta." kata Kyran.

Aku hanya mengangguk saja dan duduk di tempat bangku di perhentian bas sini. Kyran terus berlari meredah hujan semata-mata mahu mengambil baju sejuk dalam kereta. Aku memeluk diri aku seketika. Terasa sejuk menusuk hingga ke tulang sumsum.

Akhirnya Kyran sampai jua ke sini. Kelihatan bajunya lagi basah daripada baju aku.

"Awak nah." kata Kyran yang menyua baju sejuk ke arah aku.

"Eihh awak macam mana pulak? Kita kongsilah baju sejuk nih." kata aku. Yelah takkan nak biarkan Kyran mati kesejukan kut eihh tak maulah aku.

"Hmm okeylah kalau awak cakap macam tu." kata Kyran. Dia duduk di atas bangku bersama aku sambil duduk rapat.

Baju sejuk dia sarung ke belakang aku dan juga dia. Fiuhh nasib baju hujan nih besor. Kalau tidak... Ish³..

Kami berdua hanya diam membisu. Asyik krik krik jer sekarang nih. Mungkin disebabkan terlalu kesejukan. Nasib kitaorang dah sarapan pagi.

Tiba-tiba aku memecah keheningan.

"Ohhh hujan~~bila awan memberat..maka engkau pasti akan jatuh.. Mula-mula jadi berapa rintik lepas tu baru jadi beribu rintik." kata aku menyanyi seorang diri di dalam keheningan hujan.

Kyran sedikit terkejut. Fiuhh! Ingatkan hantu mana tadi duk nyanyi.

"Hamboih! Sempat lagi awak nyanyi ye Puteri." kata Kyran tersenyum kecil.

Aku hanya ketawa kecil. Sebelum tu sempat aku kenyit mata sebelah padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience