Bab 34: What do you mean?

Romance Series 9772

Aku cuma memandang dirinya yang hanya diam membisu. Dia hanya memandang kosong ke arah air hujan yang merintik ke bumi. Aku sedikit menyenget kepalaku menatap wajahnya dengan lama.

Air hujan pulak sudah tidak terlalu lebat. Harap tidak lama lagi ia akan berhenti.

Perasaan ingin bertanya membuak-buak dalam hati ini. Apakah aku patut tanya?

Kyran yang terasa ada orang menatap wajahnya dengan lama memandang ke arah aku. Perlahan-lahan aku mencarik senyuman lembut.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" kata Kyran.

"Saja. Cuma...saya nak tanya soalan yang sedikit sensitif untuk awak boleh tak?" kata aku.

"Boleh. Apedia?" kata Kyran.

"Contoh saya cakap. Kalaulah kan....saya pergi dulu daripada hidup awak. Awak betul-betul tak dapat hidup tanpa saya ke? Dan contoh kalau saya ditakdirkan mati awal dulu daripada awak...awak akan jadi macam mana nanti? Awak akan terus-menerus sedih ke?" kata aku cuba mencari jawapan.

"Puteri, apa awak cakap nih?" kata Kyran yang mengerutkan dahinya. Dia langsung tidak suka kalau Puteri berkata begitu.

"Kyran...saya kan cuma kata kalau jer. Saya tak kata yang semua nih akan terjadi pun. Cuma... kalau awak tak dapat jawab soalan saya nih takpe saya cuma tanya jer." kata aku tersenyum hambar.

Kyran mengeluh seketika.

"Kalau awak pergi dari hidup saya Puteri saya bukan hanya akan jadi sedih. Saya pasti akan sangat terluka nanti. Bahkan....saya boleh hilang kewarasan saya kalau awak tinggalkan saya. Saya boleh jadi gila. Saya boleh jadi orang yang tidak betul." kata Kyran.

Aku sedikit tersentak. Tetapi mata aku masih tidak berkalih dari memandangnya.

"Kenapa awak kata macam tu? Kalau saya ditakdirkan mati dulu awak tetap kena terima. Awak kena telan semua nih walaupun...walaupun ianya sangat pahit dan sakit. Awak harus kuat. Awak tak boleh jadi macam saya. Awak tahu kan saya pernah kehilangan orang yang saya sayang. Dan...itu sangat membuat saya terkesan. Bahkan saya pernah mahu bunuh diri Kyran.."

"Yeah awak pun kata macam tu kan Puteri. Saya pun pasti akan jadi macam tu. Saya akan jadi gila kalau awak tinggalkan saya. Dan awak mahu tanya saya soalan nih bukan kerana awak mahu tinggalkan saya kan? Betui tak?" kata Kyran mengecilkan matanya memandang aku.

Aku terdiam. Haah kantoi! Hmm apa yang aku harus cakap nih?!

"Entahlah Kyran..kita tak pasti dan tak tahu pun masa depan macam mana nanti. Mungkin di masa depan kita akan berpisah. Who knows right?" kata aku tersenyum.

"Tak, awak tak boleh kata macam tu Puteri. Awak ialah nyawa saya. Saya tak mahu awak kata macam tu lagi. Awak janji dengan saya. Yang awak takkan kata macam tu lagi. Promise?" kata Kyran yang menunjukkan jari kelingkingnya pada aku.

"Hehe janganlah serius sangat. Apalah awak nih. Okeylah saya janji takkan kata macam tu lagi." kata aku yang mencantumkan jari kelingking aku dan juga dia.

"Hmm sekarang saya nak tanya awak pulak boleh ke awak hidup tanpa saya? Dan kalau saya pergi jauh dari hidup awak...awak akan merana ke?" kata Kyran yang memandang aku dengan dalam.

Aku terdiam seketika. Hadihhh soalan Kbat nih. Apasal Kyran tanya macam tu kat aku pulak nih. Hadihh macam mana ya?

"Ohh terlupa awak kan anggap saya hanya sebagai kawan saja. Jadi, kalau saya pergi dari hidup awak pun...awak pasti takkan merana sangat kan?" kata Kyran ketawa kecil.

Aku sedikit tersentap mendengar Kyran berkata begitu.

'Kyran... kenapa awak kata macam tu? Kalaulah awak tahu Kyran sekiranya awak pergi jauh dari hidup saya. Saya pasti akan lebih merana. Malah hidup saya pasti tak akan macam dulu lagi. Saya pasti takkan bahagia lagi Kyran kalau awak tak berada di sisi saya.' batin aku. Aku hanya memandang dirinya dengan mata yang sayu. Senyuman hambar mula terbit perlahan-lahan di bibir aku. Senyuman yang menyimpan segala sakit dan derita.

************

Karen pov

"Kamu cakap kamu sudah jumpa kakak kamu, right?" kata ayah aku yang bertentang mata dengan aku. Sekarang kami berdua berada di ruang tamu rumah kami.

"Yeah daddy Karen dah jumpa dengan kakak Karen dan Karen yakin yang dia adalah kakak Karen ibu, ayah. Cuma...buat masa nih dia belum tahu yang Karen adalah adik dia." kata aku menundukkan kepala.

"Kamu perlukan bukti nak..untuk menunjukkan yang kamu adalah adik kepada dia. Sebab daddy tak rasa yang dia akan percayakan kamu tanpa bukti yang kukuh. Kamu kena buat ujian DNA." kata ayah aku.

"Yeah daddy, Karen dah bertindak dengan awal. Kebetulan kawan kakak karen tu dia sudah tahu yang Karen adalah adik Puteri. Cuma dia agak tak percaya jadi dia buat rancangan untuk buat DNA. Dan...Karen yakin dia dah bagitau pada kakak Karen untuk dia buat ujian DNA." kata aku.

"Kakak Karen tu macam mana ya agak-agaknya mesti cantik kan Karen?" kata ibu aku tersenyum manis.

"Ha'aa mommy. Bagi Karen dia adalah wanita yang sangat cantik. Bertuah Karen dapat kakak seperti dia." kata aku ketawa kecil.

"Tapi...."

"Tapi apa nak..."

"Mommy...daddy...karen rasa kakak Karen tak selamat. Hidup dia seakan-akan tak tenteram. Kesian kat dia daddy dia adalah orang yang baik. Tapi ada jer orang mahu aniaya dia. Karen takkan biarkan itu terjadi lagi daddy. Karen dah kehilangan ibu dan ayah kandung Karen tapi Karen tak mahu kehilangan dia lagi." kata aku yang agak sedih.

"Kenapa kamu tak bagitau awal-awal? Ingat nak...kalau ada musuh di depan mata pastikan musuh itu mendapat pengajaran. Tapi ingat...jangan bertindak melulu. Jangan menggunakan kekerasan dulu. Bila perlu...baru guna kekerasan." kata daddy aku memberi nasihat.

"Okey daddy, Karen pasti akan ingat nasihat daddy. Lagipun Karen dah pandai dah dalam berlawan orang nih. Semuanya dari tunjuk ajar daddy sendiri. Terima kasih daddy sebab ajar Karen selama nih. Untung tau Karen dapat daddy dengan mommy nih." kata aku tersenyum manis pada mereka berdua.

Ibu dan ayah aku hanya tersenyum dan mengangguk saja.

Kakak....tak sabarnya adik nak tunggu disaat kakak sudah tahu yang adik adalah adik kandung kakak yang hilang dulu. Mesti kakak jadi sedih dan terharu sebab dapat jumpa dengan adik nanti... selepas sekian lama berlalu..

***********

Puteri pov

"Kyran jom kita balik teruslah hujan dah berhenti nih. Lagipun nanti awak demam pulak. Eihh dahlah awak baru sembuh daripada pembedahan tu." kata aku risau.

"Hmm betul nih? Awak nak balik dah?" kata Kyran.

"Beeetuulll." kata aku membuat nada meleret. Aku ketawa kecil.

"Hmm okeylah kalau gitu jom kita balik." kata Kyran.

"Okey!" kata aku yang hanya tersenyum.

Perjalanan kami hanya senyap sahaja. Krik..krik..jer sekarang nih. Aku memandang Kyran yang memandu dengan fokus ke hadapan. Hehe muka dia handsome walaupun tengah memandu. Pffft!

Tiba-tiba terlintas fikiran lain dalam kepala aku.

"Just give me three days..lepas jer tiga hari aku akan tinggalkan dia. Pandai-pandailah aku mahu bawak diri dan aunty aku jauh daripada sini."

"Betui nih apa yang kau cakap nih Puteri? Lepas jer tiga hari kau mahu pergi daripada sini? Kau janji dengan aku kan? Sebab aku paling pantang kalau orang mungkiri janji pada aku. Heh kau dengar sini Puteri kalau kau mungkir juga janji kau pada aku...tahulah Balqish Sofea mahu buat apa nanti kat kau!"

Aku hanya memerhati saja setiap segenap muka Kyran. Aku mahu tatap dia puas-puas. Fikiran aku tidak henti-henti teringat pasal janji aku tu.

Aku tak mau sedih. Air mata tolonglah...jangan mengalir hari nih..aku tak mahu kau hadir buat sementara nih. Lepas jer bila tiba saatnya aku mahu tinggalkan Kyran.... barulah kau mengalir sepuas-puasnya.

Aku memejam mata seketika. Aku memegang dada aku dan menggenggamnya. Masih ada lagi kesakitan di sini. Dan kesakitan ini takkan berakhir sampailah bila-bila sekalipun.

Kyran mengerling sekilas ke arah Puteri.

'Hanya tuhan saja yang tahu sekiranya saya tak dapat memiliki awak Puteri...jantung saya pasti akan seakan-akan mati. Hati saya pasti akan sangat sakit. Seolah-olah sakit tu sebati dengan diri ini. Tolonglah....jangan tinggalkan saya...' batin Kyran yang memandang ke arah Puteri sebelum kembali memandang ke arah jalan raya.

Akhirnya sudah sampai ke rumah aku. Kereta Kyran berhenti betul-betul di tepi pagar.

"Terima kasih sebab sudi hantar saya balik." kata aku tersenyum. Setelah membuka tali pinggang kereta belum sempat aku mahu keluar daripada kereta Kyran sudah memegang lengan aku.

Dari lengan hingga ke tangan dia pegang.

"Puteri, kenapa dengan leher awak tu? Dah lama saya perhati. Dari kelmarin lagi. Macam ada parut jer saya tengok kat leher awak tu." kata Kyran yang memerhati parut di leher aku dengan lama.

Ohh my!! Ternyata dia...dia nampak. Hadihh mestilah dia nampak Puteri oih takkan dia tak nampak kut. Hmm tepuk dahi jap.

"Takde papelah Kyran...parut nih...parut nih cuma terkena dawai besi. Haah dawai besi dekat pagar rumah saya nih. Hari tu saya nak keluar rumah nak buka pagar haah waktu tulaah terkena." kata aku tersengih. Puteri dah berapa kali kau tipu orang nih! Haduihh..

"Ouhh patutlah. Awak nih...cuai betul!" kata Kyran yang mencubit pipi aku.

"Aduh aduh sakitlah!" kata aku mengaduh sakit. Aku mengambil tangan Kyran yang mencubit pipi aku. Muka dah nampak reaksi tidak puas hati.

Kyran pulak dah ketawa berdekah-dekah.

"Hadihh apalah awak nih. Sakit perut saya sebab gelak tau." kata Kyran. Gelak ketawanya masih tersisa.

Tanpa ku duga Kyran mendekatkan mukanya ke arah aku. Dia membelai lembut leher aku.

"Eihh apalah awak nih. Tak usah pegang-pegang. Don't worry I'm okay." kata aku yang menjauhi sedikit darinya.

Sorry Kyran...

Kyran tidak berkata apa. Dia kembali menegakkan badannya.

"Takpe, saya faham. Jumpa esok my princess.." kata Kyran tersenyum lembut.

"Jumpa esok Kyran Andrew...semoga esok adalah hari yang paling baik untuk kita." kata aku penuh makna.

Dan esok adalah hari terakhir kita bersama...

Kyran tidak berkata apa hanya tersenyum saja. Aku keluar daripada keretanya. Sebelum tu sempat aku lambai padanya sebelum kereta meluncur laju daripada sini.

************

Kyran pov

Aku masuk ke dalam bilik dan hempas pintu perlahan. Tubuh terus aku baring di atas katil yang empuk nih. Kegelapan mula menerjah ke segenap ruang mata ku.

Seorang perempuan yang berambut panjang dan berpakaian cantik mula datang ke arah aku. Aku tersenyum lebar.

"Puteri...awak ke tu? Cantiknya awak..." kata aku yang memandangnya tanpa berkelip. Dia tak berkata apa sebaliknya hanya tersenyum lembut. Wajahnya sangat manis beserta senyuman.

Sekarang dia betul-betul berada di hadapan aku. Senyuman lembutnya tidak henti-henti terukir di bibirnya. Tanpa ku duga dia memegang kedua-dua tangan aku. Dan baru aku tahu dia ajak aku menari dengannya.

Aku tersenyum dan sangat gembira menari dengannya. Aku memusingkan tubuhnya. Kami sangat gembira. Selepas itu Puteri memegang pipi aku dengan lembut. Dia rapatkan wajahnya dengan muka aku membuat aku terpejam mata seketika.

"Selamat tinggal Kyran..." mendengar satu ayat yang keluar daripada mulutnya automatik membuat aku terbuka mata. Dan tengok-tengok Puteri sudah hilang. Lesap di depan mata. Aku tercari-cari di mana kelibatnya. Aku menolehkan badan aku berkali-kali. Tapi kat sini kosong. Takde apa-apa pun disekitar aku.

"Arghh!" automatik aku jerit dan terus duduk di atas katil. Peluh mula merintik di dahi aku. Mimpi. Aku mimpi rupanya. Aku memegang kepala aku. Aku mimpi di siang hari. Orang tua-tua selalu cakap kalau mimpi di siang hari maknanya mimpi tu akan jadi kenyataan. Entahlah kalau betul ataupun tidak.

Aku mengusap muka aku berkali-kali. Hati aku berdebar-debar. Seolah-olah akan ada perkara yang buruk nanti akan terjadi. Telefon yang berada di tepi katil aku capai. Aku menaip nombor seseorang sebelum melekapkan telefon ke telinga aku.

"Aik Kyran bukan tadi jumpa ke? Apasal telefon? Dah rindu eh?" kata satu suara lunak menerjah ke gegendang telinga.

"Puteri...saya nak awak datang ke rumah saya sekarang juga boleh?" kata aku.

"Hah?? Datang ke rumah awak? Adihh awak dah kenapa? Bukankah awak baru hantar saya ke rumah? Peliklah awak nih. Ada urusan mustahak sangat ke sampai awak nak suruh saya datang nih?" kata Puteri di talian sana.

"Iye mustahak. Mustahak sangat-sangat. Entahlah hari nih saya rasa tak sedap hati pulak. Saya nak awak datang sini please? Takpe awak tak payah naik teksi awak ikut dengan Farah datang ke rumah saya. Okey?" kata Kyran.

"Hmm okeylah kalau awak cakap macam tu. Sebab mesti meriah nanti kalau ada Farah. Hehehe.."

"Hehe okeylah bye² dear." kata Kyran.

"Yepp bye²" aku meletakkan panggilan aku dengan Puteri. Dada aku pegang. Adakah mimpi tadi...akan benar-benar terjadi? Tolonglah... janganlah bagi mimpi tadi jadi kenyataan. Aku tak mahu. Mimpi ini lebih teruk daripada mimpi hantu. Aku bangkit daripada duduk di atas katil. Hmm mungkin sebab aku tak dengar cakap mommy aku tadi suruh mandi dulu. Manakan tidak aku terus tidur dan tak mandi. Dahlah kena hujan tadi. Baik aku mandi cepat sebelum kena demam.

**********

Puteri pov

"Betul ke nih rumahnya Puteri?" kata Farah yang memandang rumah agam yang sangat cantik.

"Betullah tu." kata aku. Hehe mungkin sebab ini first time Farah datang sini. Jadi mesti dia agak terkejut tengok rumah Kyran sebesar nih.

"Ala Farah kau tak payah terkejut lah. Kyran kan orang kaya. Jadi, tak mustahil kalau rumah dia sebesar nih." kata aku ketawa kecil.

Farah hanya mengangguk saja. Akhirnya kami keluar daripada kereta. Sekarang kami berdua berada betul-betul di hadapan pagar Kyran.

Aku yang dah terbesa dengan rumah nih menekan tombol loceng di pagar. Automatik pagar dengan sendirinya terbuka.

"Puteri, agak-agaknya datin dengan dato' ada tak eh?" kata Farah.

"Entahlah beb. Datin mungkin ada kut kat dalam." kata aku. Dan betul sangkaan aku datin menyambut kami di muka pintu.
"Ouhh Puteri dengan Farah rupanya silakan masuk nak." kata datin tersenyum manis. Kami berdua hanya ikut saja dan masuk ke dalam rumah.

"Puteri, Farah kamu berdua duduk sini sekejap ye? Saya nak buatkan air untuk membasahkan tekak sikit. Hari tu Puteri datang saya tak buat pun air. Kali nih biar saya buatkan air untuk kamu berdua." kata datin tersenyum.

"Eihh takpe datin." kata aku.

"Eihh takpelah tunggu sini. Yang pasal anak saya tu biar saya panggilkan suruh dia turun sini. Asyik perap kat bilik jer keja dia." kata datin.

"Hehehe okey datin." kata aku dengan Farah serentak.

Selepas kelibat datin sudah hilang di depan mata Farah mula mencuit lengan aku.

"Wow Puteri...rumah Kyran memang luar biasa lah!" kata Farah separuh berbisik. Matanya rambang memerhatikan sekeliling rumah nih.

"Haah tulaah. Ahem, kawal sikit perangai kau tu Farah. Jangan kau pi bergatai pulak mahu sentuh barang orang pulak ye." kata aku. Farah apa lagi. Habis muncung lah mulutnya apabila aku kata macam tu.

"Eihh kau nih! Macam aku budak kecik pulak nak tegur bagai nih." kata Farah menunjukkan riak tidak puas hati. Dia menyilangkan tangannya ke dada.

Lihat Farah tidak puas hati lagilah buat aku geli hati. Aku ketawa kecil.

"Nak... Puteri dengan Farah sudah sampai tu kat bawah. Datanglah turun bawah pulak. Asyik orang jer datang ke bilik dia." kata Datin Arina pada anaknya. Dia mengetuk pintu bilik Kyran berkali-kali.

Kyran membuka pintu biliknya apabila mendengar suara dari ibunya di luar pintu.

"Okey mommy... Kyran turun bawah." kata Kyran akur.

"Haah macam tulah anak mommy!" kata Datin Arina tersenyum. Kyran hanya tersengih saja seperti kerang busuk.

"Beb beb..tu Kyran dah turun tu." kata Farah menggoyang lengan aku.

"Haah² aku nampak. Eihh tak yahlah goyang lengan orang! Nanti terputus lengan aku kang." kata aku memegang lengan aku.

"Hehehe.." Farah hanya ketawa kecil saja. Aku hanya tersenyum saja dan menggelengkan kepala. Aku tengok Kyran hanya tersenyum simpul pada kiteorang. Dia siap menyelit tangan dia dalam poket seluar lagi. Ceyyy ada gaya tu.

"Kalian semua borak dulu ye mommy nak pergi buat air jap." kata datin.

"Baik mommy." kata Kyran.

Kyran duduk di atas sofa berhadapan dengan aku dan juga Farah. Masing-masing senyap berbisu sebelum aku bersuara.

"Ahem² kenapa awak suruh saya dengan Farah datang sini? Awak kan ada cakap urusan mustahak. Jadi apa yang mustahaknya?" kata aku mengangkat kening sebelah.

"Ha'aa apa yang mustahaknya Kyran. Kau rindu Puteri dah eh?" kata Farah tersenyum meleret. Sajelah tu mahu mengusik aku. Aku membuat isyarat pada Farah suruh diam. Farah hanya tersengih saja melihat aku.

"Macam nih....Farah, awak dah siasat perkara yang saya suruh siasat tu?" kata Kyran kembali serius. Dia memandang tepat ke arah Farah.

'Aduihh dia cakap pasal kerja lah pulak. Huhu aku dahlah satu habuk pun tak siasat apa lagi nih. Haihh tengoklah tu dah buat dah reaksi serius dia tu. Haduihh cik jantung dah berdebar-debar dah..dek angkara takut kena marah oleh boss. Kawan sendiri huhu..' batin Farah. Tidak senang duduk dibuatnya apabila Kyran memandangnya begitu.

"Farah...awak langsung tak siasat apa-apa lagi ke pasal kes yang saya cakap tu? Awak tahu kan saya dah suruh awak mulakan kerja tu. Kalau susah sangat awak tak payahlah bekerja dengan saya." kata Kyran yang masih memandang tajam ke arah Farah.

Farah hanya diam saja. Lidahnya seakan-akan glue untuk berkata-kata.

Aku memandang ke arah Farah. Alahai kesian kat Farah kena marah. Haduhh sebenarnya Farah dah tahu jawapan yang sebenar sebab tu dia tak siasat. Dah aku kan bagitau pada dia hari tu. Aduh aduh apa yang aku harus lakukan nih? Haihh kalau bukan disebabkan aku yang mahu rahsiakan pasti Farah tak kena marah macam nih. Haihh Kyran... Kyran..tak sangka awak adalah orang yang garang rupanyee.

"Kyran, awak ikut saya jap. Ada sesuatu saya mahu bagitau." kata aku padanya. Aku mula bangkit daripada duduk dan pergi sedikit jauh daripada Farah. Ada sesuatu yang aku mahu bicara dengan Kyran nih.

Kyran mengerutkan dahinya. Tapi dia hanya ikut saja.

"Hmm apa yang awak nak cakap dengan saya?" kata Kyran menyilangkan tangan ke dada. Matanya tepat memandang ke arah aku.

"Kalau saya cakap saya dah tahu siapa orang yang hebohkan kita di media massa dan siapa orang yang tembak awak..awak akan percaya?" kata aku.

Kyran sedikit tersentak. Dia menjatuhkan tangannya dan kini berdiri tegak di hadapan aku. Reaksinya seakan-akan sedikit terkejut dengan kata-kata aku.

"Puteri, apa maksud awak?" kata Kyran. Aku memandangnya dengan lama. Wajah aku hanya beriak tenang tapi Kyran tidak. Fikirannya penuh dengan tanda soal.

'Apa maksud Puteri sebenarnya eh?' batin Kyran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience