Bab 7: Did him like me?

Romance Series 9772

"Aunty!! Puteri dah balik!" jerit Puteri di dalam rumah.

"Ye! Aunty kat dapur ni!"

"Aunty!!" Puteri memeluk aunty dari belakang.

"Haih apa nih balik-balik dah peluk orang dengan tak mandi lagi bau busuk!" kata aunty nya yang saja-saja menutup hidung.

Aku yang tadinya senyum sampai ke telinga sudah mula memuncungkan mulutnya. Laa aunty ni orang baru nak gembira.

Aku dengan aunty memang tak kalah macam mak dengan anak sangat manja antara satu sama lain.

"Ala aunty ni kata orang bau busuk pula nanti lah Puteri mandi sekarang ni Puteri nak bagitau good news nih dekat aunty." kata aku dah tak sabar mahu bagitau pada aunty.

"Hah berita gembira apa pula ni nak kata Puteri lulus peperiksaan tapi lambat lagi nak ada peperiksaan."

" Aunty ni ke situ pula, Puteri nak bagitau ni yang hari Sabtu akan ada majlis hari jadi pengetua kat sekolah Puteri dan semua pelajar boleh memainkan peranan untuk membuat persembahan di pentas termasuk menyanyi! Jadi Puteri dah tulis nama untuk membuat persembahan kat pentas nanti." kata aku yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Ouhh patutlah seronok semacam nih rupanya dah ada peluang nak menyanyi."

"Yelah aunty pun tau kan yang Puteri ni dah lama tunggu peluang untuk menyanyi kali terakhir Puteri nyanyi pun waktu sekolah rendah."

"Hah ni kalau dah lama tak menyanyi ni suara masih lagi merdu tak?" kata aunty saja mahu mengusik aku.

"Ish aunty ni Puteri masih ada bakat lagi lah dalam nyanyian takpa hari ni hari Khamis jadi tinggal sehari lagi Puteri nak berlatih bersungguh-sungguh dulu baru lah waktu kat pentas nanti tak nervous sangat."

"Hmm okey lah kalau Puteri cakap macam tu aunty okey saja dengan semua keputusan Puteri, dah lah pergi mandi dulu pastu nanti turun makan aunty ada masak makanan kegemaran Puteri nih."

"Ouhh dia ke? Terima kasih aunty!! Sayang aunty!" kata aku mencium pipi aunty aku dengan manja.

Aku menaik tangga untuk ke bilik dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibir.

"Puteri...Puteri aunty lama sangat tak tengok Puteri gembira macam nih sejak kematian ibu dan ayah." kata aunty tersenyum hambar.

***********

"Laa, laaaa, laaa, laa!" Puteri menyanyi sambil terlompat-lompat dalam perjalanan ke sekolah.

Pin...pin...pin

"Puteri!! Masuklah dalam kereta aku nih!" jerit Kyran di dalam kereta. Dia menurunkan cermin tingkap untuk melihat aku.

"Oi mak kau terberanak lapan!" Melatah aku. Aku siap terbuat gaya mahu silat lagi. Dengan cepat aku mengurut dada berkali-kali. Muka aku sedaya-upaya tahan supaya tidak blushing.

"Hahahahaha! Apalah kau nih Puteri asyik-asyik melatah tak tertahan aku nak gelakkan kau nih hahaha!" Kyran ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya.

Aku pula sudah merah padam menahan marah dan malu.

Arghh! Lelaki ni saja kan nak buat aku marah!! Aku menghentakkan kaki berkali-kali tanda protes.

"Hishh, kau! Aku benci kau! Kau mari sini!" kata aku yang terus menuju ke keretanya. Memang nak kena dengan aku nampaknya. Sudah tukar ber awak saya jadi ber aku kau dah.

Aku mengetuk pintu tingkap kereta Kyran berkali-kali. Kalau pecah sekali pun ada aku kisah!

"Hey you! Buka kereta nih kalau berani datanglah dekat sini sikit!" jerit aku. Nampaknya marah sungguh Puteri dengan Kyran.

"Woo woo relax! Calm down kau nak pecahkan pintu kereta aku ke apa nih?" Kyran keluar daripada keretanya. Dia menghampiri Puteri dan memegang kedua-dua bahu Puteri supaya bertenang.

"Argh! Awak tau tak saya nih cepat terkejut? Eihh awak saja kan nak bagi saya terkejut hari-hari macam nih." Puteri menumbuk-numbuk dada Kyran berkali-kali.

"Hey! Calm down dear, I am sorry okay?" kata Kyran. Dia memegang tangan Puteri supaya tidak lagi menumbuknya. Sakit weih kena tumbuk!

Huh! Ni apasal takde ribut takde taufan panggil orang dear pulak. Hish!

"Huh! Don't touch me saya nak pergi sekolah nih nanti lambat." kata aku yang mahu menganjak pergi daripada sini.

"Hey! Nanti dulu! Biarlah aku hantar."

Aku hanya membuat tangan stop supaya berhenti menganggunya. Dia langsung tidak menoleh kepala untuk melihat Kyran.

"Haih! Perempuan.... memang suka merajuk ke? Ish tak faham lah aku dengan perempuan nih." kata Kyran yang terus masuk ke dalam kereta.

"Uncle Laiman hantar saya pergi sekolah, saya rasa dia tak mau tumpang dengan saya, jom?" kata Kyran yang sudah berada di dalam kereta.

"Hmm okeylah kalau kamu kata macam tu."

Puteri's pov

"Ish malu-malu! Dah berapa kali ni aku malu depan dia sebab termelatah? Nasib kau lah Puteri!" kata aku menepuk dahi aku berkali-kali.

"Akhirnya dah sampai jugak ke sekolah! Aduih nanti nak kena berhadapan dengan lelaki tu pulak kat kelas." kata aku dengan muram.

Aku melangkah ke dalam pagar dan menghadiahkan senyuman manis buat abang pengawas yang menjaga pintu pagar.

"Eh tu bukan Farah ke?"

"Farah?! Is that you?" jerit aku. Aku pergi dekat padanya kerana aku yakin itu adalah Farah.

"Ouh hai Puteri! Baru sampai ke?"

"Ye baru sampai. Semalam awak tak datang sekolah ke Farah?"

"Ha'aa semalam saya tak datang sebab sakit perut sangat sebab tu tak datang tu." kata Farah.

"Ouh dia ke? Takpe, patut saya cari awak kat kelas semalam takde jadi saya syak awak tak datang apa-apapun saya ada nak bagitau awak sesuatu nih."

"Bagitau apa? "

"Tadi semalam cikgu ada bagitau dekat kelas saya yang hari Sabtu akan adakan majlis hari jadi pengetua sekolah kita jadi pihak sekolah membuka peluang untuk sesiapa sahaja yang boleh membuat persembahan di atas pentas termasuk menyanyi jadi saya offerkan diri untuk menyanyi di atas pentas sebab menyanyi adalah hobi saya."

"Wow hebatnya awak! Awak memang pandai menyanyi eh? Saya tak tau pula takpe hari Sabtu nih saya datang majlis tu pukul berapa?"

"Pukul 8 malam balik pula mungkin 11 malam baru habis tapi cikgu ada bagitau murid-murid boleh balik awal kalau ada ibu bapa yang tak larat mahu mengambil anak-anak waktu malam-malam ."

"Hah, okey Puteri! Terima kasih sebab bagitau kat saya kalau awak tak bagitau mesti saya tak tau sampai lah esok hehehe."

"Aaiikk awak kan ada kawan lain juga nanti mereka bagitau kat awaklah kalau bukan saya yang bagitau." Heran, pelik bin aneh dengan kawan aku nih bukankah dia juga ada kawan lain selain aku?

"Entahlah Puteri mereka macam tak ikhlas kawan dengan saya. Saya rasa hanya awak saja yang boleh jadi kawan saya forever and ever. Heheh" kata Farah ketawa kecil.

"Takpe saya ada. I will be your best friend forever and ever .Eihh kerja dok gelak je kan dah lah comel geramnya meh sini sikit nak cubit."

"Aduihh sakitlah Puteri apa nih cubit-cubit orang nanti pipi dah tak tembam lah."

"Takde maknanya tak tembam tapi nampak cute sangat awak nih."

Hahaha! Akhirnya berjaya juga buat dia lupa pasal tadi.

"Awak lagilah nampak cute and beautiful, ha gitewww!" kata Farah siap buat gaya lagi memuji aku.

"Ish tak payahlah puji tinggi-tinggi sangat nanti kembang semangkuk kang sapa yang susah saya jugak kan susah nk cover face nanti."

"Hahaha! Lawaklah awak nih Puteri."

Maka mereka berdua bergelak tawa bersama-sama.

"Weh sekarang pukul berapa dah jomlah kita masuk kelas."

"Hah jomlah! Nanti lambat masuk karang."

Kringgg....

Seperti biasa ramai pelajar yang kelam-kabut mahu balik termasuk aku juga.

"Eh kau tunggu!" Kyran berlari untuk mendapatkan aku. Hahah kesian!

"Ye, ada apa-apa yang saya boleh tolong?" kata aku mencarik senyuman lembut.

Aku tengok dia seperti termenung sejenak sambil melihat aku.

Ish apasal pulak dengan dia nih. Tengok orang sampai tertembus otak dah pasai pa?

"Awak....awak ...awak?!" Aku melambai-lambai tangan ke muka dia.

"Hah? Eh kenapa?"

"Awak tanya saya kenapa? Saya yang patut tanya awak dah kenapa pandang saya macam dah nak tertembus otak?" kata aku.

Haih macam-macam lah kau nih Kyran.

'Aduihh terkantoi pulak tengok dia tadi yang kau tu pun satu Kyran apasal lah kau tengok dia macam nak terkam hidup-hidup, haih aku rasa aku patut berubat nih.' batin Kyran.

"Halo? Halo?!"

"Hah? Kenapa?"

"Saya kata kenapa awak panggil saya tadi, saya dah nak balik dah ni haih awak ni asyik-asyik mengelamun."

Buatlah aku nak tengok sangat dia melamun buang masa adalah.

"Hah aku nak ajak kau balik dengan aku nak tak? Lagipun aku dah hafal jalan nak ke rumah kau nanti tak payahlah kau nak tunjukkan jalan nanti kat aku ."

Hmm nak ikut atau tak eh? Nak ikut tak eh? Hisy pepatah melayu kata apa rezeki jangan ditolak kan? Orait aku ikut.

"Baik, dengan senang hati saya sudi untuk balik dengan awak, mana kereta driver awak?"

"Sini tuan Puteri, silakan." kata Kyran mempersilakan Puteri lalu terlebih dahulu.

Hahah! Sajelah tu.

*************

"Oraitt dah sampai , saya pergi dulu?" kata aku.

"Eh tunggu!"

"Ya?" kata aku yang menoleh ke arahnya. Dah kenapa pulak dia panggil aku?

"Nanti esok waktu pukul 8 malam saya ambik awak boleh tak?" kata Kyran dengan teragak-agak.

"Ermmm, tengoklah dulu ye?" kata aku tak pasti. Nanti kalau berjanji nanti tak dapat tunaikan pulak.

"Hmm okay." kata Kyran sedikit kecewa.

Sebelum turun aku sempat lihat muka dia yang sedikit tidak gembira lepas aku cakap macam tu. Kyran ...Kyran kenapa kebelakangan ni kau layan aku dengan baik eh? Ke dia suka aku? Mintak-mintak janganlah kau suka aku Kyran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience