Bab 25: Karen

Romance Series 9772

Kyran's pov

"Hmm lambat lagi ke kawan awak mahu sampai Mark?" kata aku membuat muka bosan. Aku mengerling jam sekilas di tangan aku. Kaki aku goyang berkali-kali tanda bosan. Baru pukul 11.22 minit. Hmm maknanya aku tunggu kawan Mark hampir sejam lah ni. Ouhh my!

Opss sebelum itu aku mahu bagitau korang yang sekarang nih aku dengan Mark berada di tempat yang selamat iaitu berhampiran di tempat photo-shoot aku. Tempat nih selamat sebab takde orang jadi aku tak perlu risaulah kalau-kalau ada orang yang nampak muka aku.

"Ermmm saya dah mesej dia dah suruh datang sini dan dia kata dalam perjalanan. Tuan tak kisah mahu tunggu lagi?" kata Mark. Kadang-kadang geram juga dengan Farah. Hari first day pulak tu datang lambat. Kalau boss reject terus baru dia tahu!

Hmm sekarang aku dengan Mark sedang tunggu kawan dia untuk bantu Mark selesaikan kes yang aku alami nih. Haih tunggu punya tunggu tak muncul-muncul pun muka perempuan tu. Bukan setakat muka saja malah kelibat pun aku tak jumpa.

Aha! Baru aku teringat perempuan kan memang selalu lambat. Mereka kan kalau nak pergi mana-mana mesti kena pakai make-up dulu betui tak? Ala-ala mahu jadi macam muka macam princess lah katakan.

Mark yang melihat muka Kyran seperti nangka busuk mencantumkan kening.

'Aikk, dah kenapa dengan boss aku pulak nih? Tersenyum sana tersenyum sini. Dah macam tersampuk hantu lah pulak. Uish aku kena jaga-jaga nih kalau betuilah boss aku disampuk hantu aku perlu cepat bawak dia berubat. Nanti kang aku pulak yang terjangkit sama. Ish tak mau lah!' batin Mark. Dia menggosok-gosok bahunya berkali-kali.

Aikk dah kenapa pulak dengan si Mark nih? Muka macam baru nampak hantu jer.

Aku hanya mengangkat bahu saja tanda tidak tahu.

***********
Farah's pov

Alamakkk!! Aku dah lambat nih! Apasal pulak tibe-tibe ada jem pulak nih. Sekarang bukan waktu jem pun. Hmm mungkin ada orang kemalangan kut kat depan sana. Hmm takpelah aku mesej jelah dekat Mark kata aku lambat sikit. Aku harap sangat boss aku sabar lah tunggu aku nanti.

Yeah mula-mula Mark kata mahu jumpa aku. Tibe-tibe dia cakap mahu bawak boss dia. Aikk ape kes?

Cumanya aku tak sangka lah dia mahu bawak boss dia sekali. Haih aku pulak masih belum tahu-menahu kes apa yang aku akan settlekan nanti. Huh!

Aku membuka radio di kereta aku. Kut2 lah ada apa-apa yang menarik takpun ada berita sensasi ke. Lagipun takkan nak duduk tegak jer sambil tengok bonet kereta orang? Ish tak mo lah aku. Ape kata kita guna masa yang terluang nih dengan mengisi perkara yang berfaedah sikit. Muahehe!

Hah aku tahu! Kite relax-relax jelah kat sini hehehe.

Aku menyandarkan badan aku ke kerusi dan memejamkan mata mengambil ketenangan. Tangan aku letak di bawah luar tingkap kereta yang sedang terbuka. Lagu I Falling Love With You berkumandang di dalam kereta aku.

Angin sepoi-sepoi mengena ke muka aku membuat aku mencarik senyuman perlahan-lahan. Aku suka angin yang sepoi-sepoi.

Aku membuka mata perlahan. Automatik secara tak sengajanya aku terlihat ada seorang lelaki yang berada bersebelahan di kereta aku. Tingkap keretanya dibuka dengan luas jadi tak mustahillah aku ternampak dia.

Lama aku memandang dia. Aku pun tak tahu kenapa.Tambah dengan lagu romantik yang berkumandang di dalam kereta aku. Haih ko fikir nih scene cinta pandang pertama ke ape? Hahaha aku menggeleng kepala perlahan sebelum menyambung balik rehat aku tadi. Tapi secara tidak langsungnya lelaki itu secara tiba-tiba turut memandang aku.

Aku hanya menghadiahkan senyuman manis saja. Tapi yang dibalas hanya senyuman sinis darinya. Dan lelaki itu perlahan-lahan menoleh ke hadapan semula.

Dia memakai kaca mata hitamnya yang berada di kolar bajunya semula dan hanya memandang ke hadapan.

Aku menggenggam buku lima aku perlahan. Nafas aku tarik dan hembus bagi menenangkan hati yang panas nih. Huh! Dia fikir aku nih tertarik sangat dengan dia ke sampai nak tersenyum-senyum bagai?! Arhhh! Boleh pulak dia hadiahkan senyuman sinis dia untuk aku??! Nampaknya dia fikir aku nih perempuan murahan ke??!! Huh! Kalau aku jumpa lagi dia nih siap lah dia nanti aku penyek-penyek dia macam sambal cili baru ko tahu!!

Tangan aku buat seperti mahu penyek-penyekkan orang. Aku mengerling tajam ke arah lelaki itu sekilas sebelum terus menutup cermin di kereta aku. Lagu aku tutup tanda aku sekarang sedang badmood. Tak pasal-pasal mood aku dah hilang gara-gara lelaki tu! Dasar Mr. Arrogant betui lah!

Tangan aku silang ke dada dan hanya memandang ke hadapan. Aku membuat muka seperti cekodok basi.

Lelaki itu menoleh melihat kereta perempuan yang bersebelahan dengan dia seketika. Sekarang tingkap kereta perempuan itu automatik sudah tertutup.

'Mungkin marah sebab aku tunjuk senyuman sinis aku tadi. Hmm maybe ...' batin lelaki itu. Dia hanya menggoyangkan kedua-dua bahu saja tanda tidak tahu. Tanpa dia sedari dia menguntum senyuman manis perlahan-lahan.

Nih kalau perempuan lain tengok mesti cair. Tapi malangnya lelaki itu bukanlah orang yang jenis suka pada perempuan. Malah, bagi dia kalau bersama dengan perempuan sekalipun terasa membuang masa saja. Nampak sangat hatinya keras seperti batu.

************
Kyran's pov

Belum sempat aku mahu menegur Mark ada suatu suara yang lunak menerjah ke gegendang telinga aku.

"Haiii korangg!! Sorry lambat. Tadi ada jem kat jalan. Mungkin ada kemalangan sikit sebab tulah hehehe." dapat aku dengar suara perempuan itu yang sedang ketawa kecil.

Aku mendongak kepala aku perlahan-lahan untuk melihat mukanya. Hmm cantik. But sorry I am not interested. Lagipun hanya ada satu nama saja yang bersarang di hati aku. Yeah, Puteri Ilynia Khan. Hanya dia sahaja yang akan terus terpahat di hati aku buat selama-lamanya.

"Weh Farah apasal kau lambat sangat nih?? Kau tahu kan yang aku dengan boss dah tunggu kau nak dekat sejam dahh." kata Mark yang terus menarik tangan Farah supaya duduk bersebelahan dengannya. Dia terus mengacukan soalannya pada Farah sebaik sahaja mereka duduk.

"Laa kan aku dah cakap jalan J. E. M. tadi. Kau tak dengar ke?" kata Farah yang mengeja satu-satu perkataan jem.

Mark tidak berkata apa sebaliknya hanya menggeleng kepala saja sambil tersenyum.

Farah yang memandang Mark yang tersengih padanya beralih pula pandangan pada aku. Keningnya bercantum dibuatnya apabila melihat aku. Muka aku nih terlebih handsome ke ape sampai dia pandang aku macam tu.

'Aik kenapa macam pernah tengok eh muka dia nih?' batin Farah.

"Weh Mark betui ke nih boss kita?" kata Farah separuh berbisik. Mata Farah terjeling-jeling seketika melihat bossnya itu. Are you serius this is my boss?

"Amacam kau terkejut tak boss kita sapa?" kata Mark berbisik.

Mendengar kata-kata Mark lagilah menambahkan kekeliruan Farah. Dia mencantumkan keningnya lagi.

"Eh kenapa pulak aku nak terkejut? Aku bukannya kenai dia pun cuma tulah kenapa boss kite tu aku macam pernah nampak eh?" kata Farah yang sedaya-upaya cuba ingat di mana dia terlihat wajah lelaki itu dulu.

Aku yang melihat mereka berdua yang asyik berbisik-bisik menyilangkan tangan ke dada. Badan aku sandar di kerusi sambil melihat mereka berdua. Haih mereka layan aku nih macam halimunan ke ape?

"What? Kau tak kenal ke boss kite siapa Farah? Are you kidding me?" kata Mark membuat nada tidak percaya.

Bertambah kerut dahi Farah apabila mendengarnya.

"He's my boss right?" kata Farah masih tidak tahu bossnya siapa.

"Oh my god! Farah kau betui-betui tak tahu ke?" kata Mark.

"Ye Mark I don't know anything. Hey please tell me what really happen? Who is he?" kata Farah masih dalam berbisik. Dia memegang kedua-dua bahu Mark supaya berterus-terang dengannya. Tidak tahan lah dengan pertanyaan yang bermain di fikirannya.

Mark terdiam seketika membuatkan Farah semakin bingung.

'Haih kenapa dengan kawan aku pulak nih? Kena sampuk hantu tok Pak Din mana pulak nih?' batin Farah.

Haih kenapa aku rasa mereka berdua macam ada apa-apa eh? Tengoklah cara Mark pandang perempuan tu. Macam pandangan cinta. Aku lelaki jadi aku faham macam-mana pandangan lelaki terhadap perempuan.

Yeah aku rase Mark dah jatuh cinta dengan perempuan tu. Haih Mark...Mark...kata kawan tengok-tengok jatuh cinta nampak. Aku gelengkan kepala perlahan. Takpe, kita biar dulu mereka mahu berbual-bual. Nanti bila tiba masanya baru aku mulakan perbicaraan. Haih nampaknya aku kena jadi penonton wayang free untuk mereka lah nih. Aku menepuk dahi perlahan.

Mark terkebil-kebil seketika sebelum tersedar dari mimpi. Dia tahu yang Farah cuba sedarkannya tadi. Entah kenapalah time2 macam nih jugak dia mahu berangan.

"Eh kau nih Mark memang selalu berangan eh? Aku punyalah panggil kau tapi kau tak sahut-sahut." kata Farah membuat muka masam mencuka. Dia silangkan tangan ke dada.

"Hehehe sorry-sorry." kata Mark yang menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh Farah kau tak tahu ke yang orang yang kat depan kite nih ialah selebriti yang terkenal?" kata Mark yang berjaya membuat Farah terkejut.

Mata Farah membulat. Patutlah macam pernah nampak!! Yeah dia dah ingat dia ada nampak lelaki tu dalam majalah dan kadang-kadang dekat tv pun same!!

Kini, Farah melihat aku dengan reaksi yang sukar untuk aku tafsirkan. Tapi yang aku tau tu reaksi orang yang terkejut. Hmm mungkin Mark dah bagitau yang aku nih selebriti. Macam reaksi orang nampak hantu pulak gamaknya. Dengan mulutnya yang ternganga lagi. Hahaha apelaah!

Akibat Farah yang terlalu terkejut dia terbangun daripada duduknya.

"Diaa...dia..." aku lihat Farah menuding jari ke arah aku. Mungkin terkejut yang aku nih selebriti. Ala cik kak baru ko tahu ke yang aku nih selebriti? Hampeh betul!

Belum sempat Farah berkata apa Mark bertindak dengan pantas dengan menutup mulutnya. Dia meletakkan tangan Farah ke bawah daripada menuding jari ke arah aku.

"Eih kau pun satu Farah jaga adap sopan santun sikit boleh tak? And please don't be too happy and shocked okay? Dah macam muka kena sawan dah aku tengok." kata Mark yang berbisik. Dia ketawa kecil perlahan saja mahu mengusik Farah.

Farah pulak mukanya merah padam menahan marah. Dia mencengkak pinggang sambil memandang Mark dengan tajam.

"Eih Mark dah lama tak jumpa nih kau dah rindu dan teringin nak makan penumbuk aku ke ape?" kata Farah yang menunjukkan penumbuknya. Dia tersenyum miring pada Mark.

Mark pulak hanya mengangkat kedua-dua tangan tanda surrender. Tapi bibirnya tidak henti-henti menguntum senyuman pada Farah. Kalau dengan Farah jer mesti hatinya akan berbunga-bunga. Malah perasaan sedih pun boleh jadi happy kalau dengan dia.

"Ehem...ehem... ehem..." kata aku yang menyedari mereka berdua. Aku mengecilkan mata memandang mereka. Mereka nih....ada apa-apa ke?

Selepas dengar aku berdehem terus mereka berdua memandang aku. Nampak macam kelam-kabut pun ada. Almaklumlah tadi mereka buat aku nih macam tak wujud jer.

Farah dan Mark duduk berhadapan dengan aku. Masing-masing tunduk dan senyap seribu bahasa. Tidak tahu mahu mulakan perbicaraan yang mana.

"Jadi.....awaklah kawan Mark ya?" kata aku yang mulakan perbicaraan.

Farah melihat aku dengan lama.

"Ye, saya kawan dia. Jadi.... boleh saya tahu nama boss siapa?" kata Farah straight to the point. Nampaknya dia tidak kekok dengan aku. Malah sentiasa ceria. Hahaha aku fikir kawan Mark adalah orang yang pendiam. Tapi aku salah.

"Ouhh hampir terlupa nama saya Kyran Andrew. Boleh panggil tuan Kyran saja." kata aku yang menghulurkan tangan padanya untuk bersalam. Namun Farah hanya diam saja.

'Kyran Andrew??!! Kenapa aku rase macam familiar sangat eh nama tu? Jangan-jangan dia....' batin Farah.

"Ouhh selamat berkenalan. Nama saya Farah Mikayla. Boss boleh panggil saya Farah saja." kata Farah yang akhirnya menyambut salam perkenalan aku.

Manakala aku hanya angguk saja. Farah Mikayla eh? Hmm macam nama kawan aku jer.

"Ermmm boss, boleh saya tahu siapa nama ayah boss?" kata Farah. Mark menyiku lengan Farah sekilas dan membuat reaksi 'Apasal kau tanya dia macam tu?'.

Namun Farah hanya tayang sengih saja.

Pertanyaan Farah membuatkan aku terdiam seketika. Hmm kenapa dia tiba-tiba mahu tahu nama ayah aku pulak nih. Haih takpelah bagitau jelah kat dia lagipun Mark kata dia orang yang boleh dipercayai.

"Nama ayah saya ialah Johansson. Kenapa Farah? Ada apa-apa yang tak kena ke?" kata aku padanya.

Farah menepuk meja dengan kuat membuatkan aku dengan Mark terkebil-kebil seketika.

Pappp!

'Haah betuilah tekaan aku! Dia adalah Kyran Andrew Johansson. Kawan aku yang popular dekat sekolah tu. Orang yang paling dingin dengan perempuan. Haih, nasib aku tak lupa lagi nama dia hehe.' batin Farah tersengih-sengih.

"Farah, kau kenapa pulak nih? Apa yang sebenarnya terjadi?" tanya Mark. Risaulah jugak dengan kawan dia. Tibe-tibe balik dari Filipina dah berperangai pelik.

Farah tidak berkata apa malah terus berjalan ke arah aku perlahan-lahan dengan tak lupa senyumannya itu. Haah ni kenapa pulak? Uish hati aku pulak yang berdebar.

"Kyran!! Dah lama tak jumpa!!" kata Farah dengan selambanya menjerit keriangan.

Dah lama tak jumpa? Apasal dia cakap macam tu eh? Aku nih kawan dia ke? Cakap pasal kawan jangan-jangan dia adalah Farah Mikayla yang budak nerd kat sekolah aku tu tak.

Automatik aku berdiri daripada duduk.

"Awaaakk.....???" kata aku yang menuding jari padanya.

Farah mengangguk berkali-kali.

"Yeah!! I am your friend! Takkan kau dah lupa aku kut." kata Farah yang terus menumbuk bahu aku perlahan. Hahaha betui lah dia Farah!! Kawan aku dulu! Tak sangkalah pulak kawan aku yang jenis ulat buku dah jadi penyiasat persendirian! Haha bangganya aku dengan dia.

Aku tersenyum padanya.

Mark hanya terkebil-kebil saja melihat mereka berdua. Mungkin dia tak sangka mereka adalah kawan.

"Weh Farah tak sangka lah pulak kau dah jadi penyiasat persendirian eh? Hebatlah! Kagum aku dengan kau." kata aku yang tersenyum lebar. Gembira sangat dapat jumpa dia.

"Yelah ini kan Farah Mikayla? Hahaha apa-apapun kau lagi dahsyat lah bro. Kau jadi selebriti kut! Serius arh aku terkejut sangat kawan aku a.k.a boss aku adalah selebriti." kata Farah siap dengan perlian lagi. Dia memegang bahu aku.

"Hehehe takde ape lah. Mungkin ini takdir aku jadi selebriti." kata aku tersengih-sengih. Kalaulah Farah tahu yang aku jadi selebriti pun sebenarnya semata-mata hanya mahu cari Puteri.

Farah hanya angguk saja.

"Hey Mark, kalau kau nak tahu inilah kawan aku waktu kat sekolah dulu. Dialah orang yang paling popular dan paling diminati oleh ramai perempuan kat sekolah dulu. Tak sangka lah pulak dia sekarang dah makin popular. Malah digelar selebriti." kata Farah yang menjeling manja pada aku. Sajalah tu mahu menyindir aku.

"Ouhh hahaha patutlah." kata Mark yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Oh ya! Aku patut panggil kau boss ke atau Kyran? Hmm?" tanya Farah padaku. Dia menggerakkan keningnya berkali-kali. Aku menggaru kepala yang tidak gatal seketika.

"Hmm ikut suka kau lah Farah." kata aku yang mati akal.

"Hmmm aku panggil kau boss lah. Sebab kita nak bincang pasal kerja kan? Nanti nak panggil Kyran nanti rase macam tak sesuai pulak." kata Farah yang membuat gaya berfikir.

Aku hanya mengangguk sahaja.

"Tunggu apa lagi? Jomlah kita bincangkan perbincangan kita boss. Ermmm kes ape yang saya patut siasat sebenarnya nih." kata Farah yang terus duduk.

Aku dengan Mark turut duduk sekali. Muka aku kembali serius.

"Sebenarnya kes nih agak susah untuk settlekan. Awak boleh buat ke?" kata aku padanya.

"Hmmm belum cuba belum tahu bukan? Lagipun saya dah alami banyak kes yang susah. Jadi manalah tahu saya dapat settlekan kes nih dengan cepat." kata Farah dengan yakinnya.

"Mark, awak boleh terangkan kes ini pada Farah?" kata aku pada Mark.

Mark hanya mengangguk saja.

Dia membuka fail di atas meja dan memberikan pada Farah.

"Itu adalah identiti musuh kita. Sam Jackson. Dia adalah lelaki yang terkenal dengan sifatnya yang licik. Dia juga selalu membuat penjenayah di negara kita. Bukan itu saja. Dia juga adalah ketua bagi semua penjahat yang ada kat sini. Yeah setiap orang jahat dia ambik satu-satu. Semuanya untuk memastikan yang dia mempunyai ramai orang penjahat. Dan kalau ada orang yang enggan mengikut dia pun dia akan gunakan helah. Yeah, dia pasti akan gunakan wang haram yang dikumpulkannya itu untuk membahagi kepada mereka. Dengan syarat mereka semua patut mengikut semua kata-kata lelaki itu." kata Mark yang menerangkan apa yang patut.

Farah hanya mengangguk saja.

'Hmmm nampaknya kes nih agak bahaya jugak untuk aku atasi. Ianya boleh melibatkan nyawa aku.' batin Farah.

Aku dengan Mark menanti dengan sabar kata-kata yang akan keluar dari mulut Farah. Aduhh ini tak boleh jadi. Farah adalah kawan aku. Nanti macam mana kalau nyawanya terancam? Apa-apapun aku dah anggap dia sebagai kawan aku. Aku takkan layan kawan aku macam nih.

"Jadi...ape rancangan kite sekarang nih?" kata Farah yang sudah membuat kata sepakat. Nampaknya dia dah setuju nak settlekan kes nih.

"Farah, kau... betul-betul setuju ke nak settlekan kes nih? Aku takut nyawa kau akan terancam nanti." kata aku dengan risau.

"Hek eleh relax lah bro. Aku kan dah sampai sini. Takkan aku tak setuju kut nak settlekan kes nih. Lagipun aku datang sini untuk kita berbincang. Nanti tak pasal-pasal kau datang sini sia-sia pulak." kata Farah.

"Lagipun aku ni kan penyiasat persendirian yang paling hebat. So, don't worry lah ye?" kata Farah. Dia nekad untuk settlekan kes nih juga. Kalau dah pergi ke separuh jalan buat apa nak patah balik bukan?

"Hmmm..." Aku hanya berhmm saja. Farah...Farah yakin sungguh engko ye? Haih biarlah Kyran dia settlekan kes nih. Lagipun hanya dia saja yang boleh tolong kau.

Aku cuba pujuk diri aku sendiri.

"Farah, Mark. Kauorang perlukan bodyguard tak?"

Mendengar kata-kata aku terus mata Farah menjadi besar. Mungkin terkejut dengan pertanyaan aku tadi.

"Ish boss! Saye tak perlukan bodyguard lah. Please lah hidup saya takkan tenang kalau ada bodyguard." kata Farah merayu pada aku. Pulaak dah!

'Ish tak mo lah kite ada bodyguard. Aku paling tak suka ada orang yang asyik temankan aku. Haih buatlah kes nih bahaya sangat. Eh memang bahaya pun hehehe.' batin Farah.

"Hmm yelah. Kite tak payah upah bodyguard." kata aku yang mengalah.

"Hehe kalau boss nak upah bodyguard untuk diri boss takpelah." kata Farah. Aikk mengusik aku nampak!

"Ish tak maknenya. Saye pandai lah mahu jaga diri sendiri."

Akhirnya terburai juga ketawa kami berdua. Mark hanya tersenyum simpul saja melihat kami ketawa.

**********
Karen's pov

"Karen Anderson Khan!" jerit Tonny pada aku. Serta-merta aku tersedar daripada lamunan tadi.

"Hmmm?"

"Kau kenapa pulak nih? Asyik termenung sana termenung sini. Dah macam ikan temenung dah aku tengok hahaha." aku lihat Tonny iaitu kawan lama aku sedang ketawa besar pada aku.

Eih kerja gelak jer budak nih.

"Hmm Tonny? Semalam kakak aku hampir kena culik lah." kata aku yang akhirnya meluahkan perasaan yang terbuku.

"Habis tu kau selamatkan dia tak?!" kata Tonny sedikit terjerit. Aku dah bagitau semua cerita pasal kakak aku pada dia dari A hinggalah Z. Lagipun dialah yang orang pertama yang mahu berkawan dengan aku dan juga mahu menolong aku untuk temui kakak aku. Disaat aku putus asa untuk cari kakak aku dialah yang sentiasa memberi semangat pada aku.

"Ye, aku selamatkan dia."

"Habis, dia tahu tak muka kau?" kata Tonny.

"Hmm tahu, dia sempat lihat wajah aku sebab aku yang saja tunjuk. Lagipun dia bukannya tahu pun aku nih adalah adik dia. Cuma tulah aku ada bagitau kat dia yang muka dia sama dengan muka kakak aku yang terpisah selama ni." kata aku.

"Kau tak rase dia syak apa-apa ke kat kau?"

"Hmm aku tak rasa dia syak apa-apa. Sebab mungkin dia fikir adik dia dah meninggal dah. Maybe..." kata aku sedikit sedih.

"Karen, kau bersabarlah ye?" kata Tonny menepuk bahu aku perlahan.

Aku hanya tersenyum saja padanya.

"Karen aku hairanlah dengan kau." kata Tonny.

"Hairan kenapa pulak?" kata aku.

"Yelah, bilanya kau mahu terus terang dengan dia yang kau tu adalah adik kandung dia yang sebenar? Apa motif kau yang sebenarnya? Takpun kau yang takut kalau dia tak percaya pada kau. Macam tu?" kata Tonny.

"Hmm ya betui cakap kau. Aku takut dia tak percaya pada aku. Kau cuba bayangkanlah contoh kalau tiba-tiba ada orang yang mengaku dia adik kau yang sudah hilang bertahun-tahun. Dan kini, berada betul-betul di hadapan mata kau. Kau mesti terkejut kan? Dan agak-agaknya kau percaya tak kata-kata dia?" tanya aku pada Tonny.

Tonny hanya diam saja tidak berkata apa.

"Kau tak percaya kan? Jadi, kau tak paham situasi aku Tonny. Kau tak paham. Mau-mau kalau aku tiba-tiba mengaku yang aku adalah adik dia tak pasal-pasal dia telefon polis macam mana?"

"Tapi, kau memang takde bukti apa-apa ke yang mengatakan kau adalah adik dia yang sebenar? Kau boleh juga bagitau kat dia yang kau boleh buat DNA dengan dia kalau dia tak percaya." kata Tonny yang tidak mengalah.

"Kadang-kadang aku terfikir lah juga untuk buat macam tu. Dan aku pernah hampir mahu jumpa dengan dia dulu. Tapi, ada halangan pula yang aku hadap." kata aku yang mengurut dahi berkali-kali. Pening dengan situasi semua nih.

"Halangan? Halangan apa pulak yang kau hadap kali nih bro?" kata Tonny. Dia juga bersimpati dengan kawannya itu yang asyik tidak berhasil untuk menemui kakaknya. Tapi bila dia cakap dia dah bertentang mata kakak dia, dia pulak yang tidak mahu mengaku.

"Aku kan sentiasa intip dia. Tapi aku tak sangka lah pulak ada orang ketiga dalam hal nih. Yeah ada orang lain yang juga intip kakak aku. Aku kejar orang tu. Dan akhirnya aku ternampak dia masuk ke dalam rumah usang berhampiran dengan hutan."

"Habis tu orang tu nampak kau tak?"

"Tak, dia tak nampak aku. Setiap kali dia beralih ke belakang pasti aku dengan bijak akan sembunyikan diri. Last2 sekali dia tak tau lah yang ada orang intip dia tu."

"Hoho bijak eh kau nih Karen? Memang terbaiklah!" kata Tonny yang mengangkat ibu jarinya pada aku. Aku hanya mencarik senyuman simpul saja.

"Lepas tu, bila aku masuk jer rumah usang tu aku ada terdengar suara lelaki tu yang tengah bercakap dengan seorang perempuan. Mereka seperti...berbincang suatu rancangan jahat untuk menculik sorang perempuan esok malam. Dan bila aku dengar nama Puteri yang disebut oleh perempuan tu. Aku terkejut lah sebab dia nak culik kakak aku. Jadi malam semalam aku buat keputusan untuk pergi ke rumah kakak aku. Cuma waktu tu aku sedikit terlambat. Bila aku buat keputusan untuk pergi ke lorong rumah belakang kakak aku dia sekarang sedang dicekik oleh lelaki itu. Aku apa lagi terus jerit dan lawan mereka lah." kata aku yang menceritakan balik apa yang telah berlaku.

"Ouhhhhhhhhh, patutlah ada sedikit lembam kat tepi bibir kau tadi." kata Tonny yang hanya mengiakan saja kata-kata aku.

"Kau tahu Tonny, betapa terseksanya hati ini selama aku mencari dia? Aku kena culik sejak aku kecil lagi kut. Dan aku tak sangkalah pulak penculik itu jual aku pada orang lain. Dan sampai sekarang aku dijaga oleh ibu dan ayah tiri aku. Tapi kan bila aku fikirkan balik kalau aku tak kena culik dan dijual pasti aku dah jadi manusia yang lemah. Kau tengoklah ayah aku dulu yang pernah jadi mafia sentiasa mengajar aku untuk menjadi orang yang kuat. Dia tidak mahu aku jadi orang yang lemah. Sungguh aku sangat sayangkan ibu dan ayah aku."

Tonny hanya mendengar saja luahan hati Karen.

"Tapi, bila ayah aku tolong aku dan upah penyiasat untuk siasat kakak aku dan ibu dan ayah aku. Aku sudah tahu perkara yang sebenar. Rupa-rupanya...... Rupa-rupanya ibu dan ayah aku sudah meninggal..." suara aku tersekat-sekat dibuatnya. Yeah akhirnya air mata lelaki aku jatuh jua.

Tonny yang melihat aku menangis terus memeluk bahu aku.

"Kau harus kuat Karen. Kau harus kuat. Kau harus jadi seperti kakak kau. Dia juga terpaksa mengalami nasib yang sama seperti kau. Dia kehilangan ibu dan ayah dan dia juga kehilangan kau. Sampai sekarang dia tak tahu sama ada kau masih hidup ataupun tidak. Tapi kau, kau tahu kakak kau di mana sekarang. Kau tahu semuanya. Sungguh aku sangat kagum dengan kauorang yang sangat kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan yang perit ini. Dan aku yakin disebalik ini semua pasti kauorang akan happy juga nanti." kata Tonny yang cuba memujuk aku.

Aku meleraikan pelukan kami seketika dan tersenyum pada Tonny. Sungguh aku sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat yang baik seperti dia.

"Bila aku sudah tahu ibu dan ayah kandung aku sudah meninggal mama dengan papa aku banyak membantu aku. Mereka sokong aku. Sama seperti kau. Terima kasih Tonny. Sebab selama nih selalu setia menjadi kawan karib aku." kata aku padanya. Tonny hanya tersenyum saja melihat aku.

"Sama-sama. No hal lah bro." kata Tonny yang tersengih-sengih pada aku. Aku hanya membalas balik senyuman darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience