Bab 11: Will never let she go

Romance Series 9772

Percaya atau tidak yang esok aku akan fly ke ticket untuk ke Filipina? Huh! Yeah aku orang Filipina sebab tu lah ramai orang tergila-gilakan aku sejak sekolah rendah lagi tapi aku tak sangka pulak aku berjaya membuat lelaki yang sombong,dingin, kaya dan popular kat sekolah tu boleh jatuh cinta dengan aku.

Hmm, tapi bila difikirkan balik kesian pulak kat dia yelah aku kan sekarang nak pergi tempat jauh daripada dia. Haih! Takpe kalau ada jodoh pasti kita akan bertemu nanti, ceywahh! Hehehe.

Hah tentang Farah! Macam mana lah aku boleh lupa pasal dia aku mesti bagitau dia nih pasal aku nak pindah. Ouh sebelum tu aku nak bagitau yang aunty aku pergi uruskan yang patut di sekolah sebab aku kena ke sekolah sana. Haih tak patuit... tak patuit...

Aku menekan nombor Farah dan membuat video call di wassap. Hehe, teringin jugak nak tengok muka terkejut dia nanti, cantik ke hodoh? Hehehe. Aku tersenyum miring seperti penjahat yang melakukan jenayah.

Akhirnya selepas menunggu beberapa minit, terpampang jugakla muka Farah yang rupanya dah gaya macam tak cukup mandi dah, aik mesti tak mandi nih!

"Ehh Farah! Awak tak mandi lagi eh? Tengok macam ada air liur basi jer kt pipi tu. Aip aip awat baru bangkit tidur nih tahulah dah hari ni cuti tapi sekarang dah pukul 10.30 lah cik kak oii apa lah anak dara tidur lewat nih." aku pulak yang membebel macam mak nenek.

"Weh dia ke ada air liur?!" aku tengok dia membuntangkan matanya dan cepat-cepat mengelap air liur kat pipinya berkali-kali. Hahah! Padahal mana ada air liur pun.

"Kurang ajor Puteri ceh sampai hati kata macam tu kat kite padahal mana ada pun air liur nya." Farah memuncungkan bibirnya.

"Eihh tak payahlah nak merajuk bagai dengan kita nih, kite nak bagitau sesuatu nih kat awak."

"Lagipun mana ada sampai hati takat jantung je lah, muahahaha." sambung aku lagi.

"Awak kalau buat lawak memang nombor satu eh?"

"Hehehe saya tak tau pulak apa-apapun saya nak bagitau awak sesuatu nih."

"Aik, kenapa serius kebenor suara awak nih?"

"Yeah, saya nak bagitau yang....saya nak pindah ke Filipina dan sekolah di sana."

"What?! Weh tapi kenapa?! Awak baru seminggu dok sekolah sini tapi kenapa awak nak pindah pulak?"

Aku tengok dia terkejut kebenor dengan kata-kata aku tadi haih memang lah terkejut dah kawan baik nak pindah kan? Huhu!

"Entahlah Farah aunty saya ada kata yang ada someone perlukan aunty saya kat sana. Awak tahu aunty saya kerja doktor kat sana tapi dia berhenti kerja dan mulakan bisnes kat sini tapi entahlah orang masih perlukan aunty saya kat sana haih." aku mengeluh. Sebenarnya aku dah ceritakan semua cerita tentang kehidupan ku pada kawan aku. Dia jugak turut bersimpati dengan aku atas kehilangan ibu bapa dan....jugak adik aku.

"Huhu, maknanya awak nak tinggalkan saya sorang-sorang lah ni buat selama-lamanya macam tu?" aku tengok muka dia pun dah nak nangis dah. Ouhh, she's so cute!

"Ala busyuk2 tu, aik awak dah lupa ke? Sekarang kan zaman dah moden jadi kita masih boleh berhubung lagi walaupun tak jumpa depan-depan. Takpe, nanti lepas kita besar kita jumpa dalam beberapa tahun lagi lah ye?" kata aku cuba memujuk dia tapi aku pulak yang terasa mahu menangis.

"Betui nih? Janji?"

"Yupp, janji!" kalau dia ada depan mata aku dah lama aku peluk dia ketat-ketat.

Selepas kami meluahkan perasaan antara satu sama lain. Dia mula berbicara.

" Jap, kan awak nak pergi esok pagi maknanya waktu majlis semalam adalah perjumpaan kita yang terakhir kan?"

"Ye, jadi?"

Aku tengok dia mencarik senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"So maknanya waktu Kyran jumpa awak tu adalah perjumpaan yang terakhir kan?"

Ouh cakap pasal Kyran pulak, tadi menangis tak berlagu sangat.

"Ya, jadi..maksud awak?"

"Wuish kalau Kyran tahu tu perjumpaan terakhir awak dengan dia mesti dia sedih giler." kata Farah. Hmm dia ke?

"Takpe, kalau kitaorang ada jodoh kami akan jumpa tapi kalau lah saya dengan dia jumpa nanti waktu besar saya cuma nak jadikan dia kawan saja tak lebih daripada itu." kata aku nekad.

"Pulak, apa kurangnya Kyran tu di mata awak? Saya rasa dia perfect apa?"

"Tak, bukan itu maksud saya. Awak tahu kan saya adalah seorang perempuan yang paling susah sekali nak jatuh cinta?" kata aku.

"Hmm, tulah awak ni macam takde perasaan langsung Puteri selalunya lelaki yang takde perasaan rupanya perempuan pun ada jugak."

"Of course lah saya ni kan perempuan yang different daripada yang lain hehehe." kata aku ketawa kecil.

"Hah mula lah tu sikap riak dia." kata Farah saja mengusik.

Kami berdua hanya ketawa antara satu sama lain.

**************

Farah's pov

Tengah aku dok ralit mengulang kaji di perpustakaan tiba-tiba ada satu makhluk tuhan ni mengapa aku.

"Tsk, kau ada nampak tak kawan kau, I mean Puteri?"

Manakala aku hanya memandangnya. Haih! Kesian kat kau Kyran, Puteri pun dah lama tinggalkan tempat ni dan pergi ke Filipina.

"Saya harap awak bersabar ye Kyran?" kata aku. Ceh macamlah Puteri tu dah meninggal. Ha mintak simpang!

"Apasal pulak?"

"Puteri dah lama pergi ke negara dia iaitu dekat Filipina dia dah tak jadi duduk sekolah ni dan akan bersekolah di sana."

Aku tengok muka dia habis muram dengan kata-kata aku. Nampak sangat dia tak happy dengan khabar nih.

"Tapi kenapa?" kata Kyran.

"Entahlah dia kata aunty dia yang suruh tapi nak buat macam mana kan mungkin ini takdir dia untuk pergi ke sana." kata aku cuba memujuk.

Lepas aku bercakap begitu terus dia pergi. Sebelum itu sempat aku tengok dia mengalirkan air mata. Wah! First time aku tengok Kyran Andrew menangis hanya disebabkan seorang perempuan. Puteri saya kagum giler dengan awak! Saya pasti dia dah jatuh cinta dengan awak.

Aku hanya mengukir senyuman manis perlahan.

************

Ada seorang lelaki yang sedang berjalan perlahan-lahan di tempat yang tidak ramai.Ya, dia berada di belakang sekolah dan hanya tempat itu sahaja yang dia boleh menyembunyikan perasaannya.

Kyran's pov

Aku tak sangka perjumpaan semalam adalah kali terakhir aku berjumpa dengan dia. Waktu tu jugak aku masih ingat dia menangis di depan aku selepas itu meninggalkan aku seorang diri. Sungguh aku tak sangka itu adalah perjumpaan terakhir buat kami berdua.

"Puteri, kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku? Kalau bukan disebabkan aku yang berani luahkan perasaan pada kau pasti semua ni takkan terjadi."

Akhirnya air mata lelakinya jatuh jua, ya aku menangis. First time aku menjadi lemah disebabkan perempuan yang tinggalkan aku.

"Takpe Puteri. Walaupun kau tinggalkan aku, aku berani jamin akan mencari kau sampai ke lubang cacing sekali pun, aku takkan sesekali lepaskan kau Puteri, takkan sesekali."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience