Bab 30: Jack's past

Romance Series 9772

Aku yang baru keluar daripada hospital tiba-tiba ada dua orang lelaki asing datang menerpa ke arah aku. Tetapi apa yang membuat aku lebih terkejut mereka malah menarik kedua tangan aku dengan kasar dan mahu memasukkan aku ke dalam sebuah kereta hitam yang asing.

Ohh aku takkan biarkan! Aku melawan balik mereka berdua. Aku meronta-ronta supaya dilepaskan tangan tetapi mereka sangat kuat. Aku terpaksa guna cara aku sendiri iaitu dengan menggigit tangan salah satu dari mereka.

Aku gigit sekuat hati supaya salah seorang lepaskan tangan aku. Sakit. Teramat sakit apabila ditarik tangan dengan paksa. Aku pasti mesti kedua pergelangan tangan aku akan merah akibat terlalu kuat menarik.

Salah seorang menjerit kesakitan dan akhirnya dia lepaskan tangan aku. Tinggal sekor je lagi. Aku tak guna taktik ini lagi malah aku terus tendang alat sulit dia dengan kuat sehingga dia menjerit kesakitan. Hahaha jerit macam sajat pulak tu.

Okey aku harus cepat pergi daripada sini. Tapi baru empat lima langkah ada seseorang yang berada di hadapan aku secara mengejut. Aku tak dapat brek langkah aku dan akhirnya aku dengan dia terlanggar dengan kuat.

Aku yang terlanggar dia tertindih di atas badan dia dan dia berada di bawah aku. Dia mengaduh sakit kerana aku yang berada di atasnya. Hahaha padan muka engko!

Fiuhh nasib aku berada di atas lelaki nih. Mau2 mesti aku terjatuh terjelulupuk di atas tanah nanti.

Aku memandang wajah lelaki itu. What?!! Sam Jackson yang aku langgar tadi?! Huh maknanya dia memang nak halang aku daripada pergi. Aku tengok dia juga memandang aku. Dia tersenyum sinis pada aku.

"Beratnya kau Puteri! Nasib tak remuk tau badan aku." kata Jack. Eiih berdesing jer telinga aku dengar dia kata macam tu. Ape aku nih berat sangat ke? Nak kata sebesar gajah takpun. Sebesar zirafah lagilah tak. Hampeh betul!

Aku tak berkata apa sebaliknya terus bangkit daripada baring di atas badannya. Eihh jijik pulak aku bila tertindih atas badan dia. Tengok jer badan macam tegap tapi nak tanggung aku macam nak tanggung bangunan KLCC pulek. Nampak sangat badan tak cukup kalsium.

Hehehe okey stop mengutuk.

"Ingat tak tau kau tengah mengutuk aku dalam hati kan Puteri? Heh tak baik la." kata Jack pada aku.

"Amboi-amboi kata orang tak baik. Ko tu baik sangat ke?! Kau pernah sakiti aku sekarang kau mahu culik aku pulak? Heh kau fikir tu benda yang baik ke?" kata aku memulangkan paku buah keras balik padanya.

Huh lega sikit hati lepas marah dia tadi. Tapi aku tahu dia takkan lepaskan aku begitu saja. Mesti dia mahu culik aku punya! Heh berani dia nak culik aku di tempat awam? Orang yang lalu lalang pun buat tak kisah jer dengan aku. Hmm mungkin mereka fikir yang Jack abang aku yang mahu bawak aku balik dan aku sebagai adiknya yang suka berfoya-foya sampai malam dan tak suka balik. Haah mungkin orang fikir macam tu.

"Kau diam sikit eh Puteri? Jangan sampai aku kerat lidah kau tu." kata Jack dengan keras. Sudah datang sisi Jack yang kejam dan jahat.

"Kenapa? Kau malu kan? Betui tak apa yang aku cakap? Sam Jackson." kata aku dengan sinisnya.

Jack tidak berkata apa sebaliknya hanya menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Cuba bersabar dengan kata-kata Puteri yang menyakitkan.

'Takpe Jack sabar. Jangan sampai kau cederakan perempuan ni lagi. Tadi boss kau suruh culik perempuan ni je kan? Bukannya suruh cederakan dia. Jadi kau kena sabar Jack. Takkan dengan seorang perempuan kau tak boleh sabar?' batin Jack cuba memujuk diri sendiri.

"Okey kalau kau cakap macam tu. Tapi...aku takkan culik kau secara paksa. Tapi kau yang akan secara rela nya mahu diculik." kata Jack memandang tepat ke arah aku.

Aku sedikit tersentak dengan kata-kata nya. Maksud dia...dia akan culik aku secara aku rela? Rela diri sendiri diculik macam tu?

"Macam mana? Macam mana kau akan buat aku rela hati untuk diculik? Kau mahu umpan aku dengan apa pulak kali nih?" kata aku yang menyilangkan tangan ke dada. Mata aku memandang tepat ke arahnya.

"Well, look at there. Tengoklah ada seorang perempuan yang baru keluar daripada hospital tu." kata Jack yang menuding jari ke arah perempuan itu.

Perempuan? Tapi siapa? Aku tak berkata apa sebaliknya hanya ikut saja apa yang Jack katakan.

Aku nampak ada seorang perempuan yang tinggi lampai memakai spek mata hitam. Dia siap menyisir rambutnya ke tepi telinga. Perempuan itu hanya dengan selamba pergi mendahului aku dan masuk ke kereta yang berwarna putih berdekatan dengan kereta yang warna hitam yang Jack dan konco-konconya mahu culik aku tu.

"Who is that girl? Are she your girlfriend?" kata aku. Yeah, aku nampak perempuan tadi. Tengok gaya memang perempuan tu cantik. Tapi, aku tak dapat lihat mukanya disebabkan perempuan tu yang memakai spek mata hitam.

Jack sedikit terbuntang matanya mendengar kata-kata aku.

"Girlfriend? Are you serious Puteri? She is not my girlfriend but....my boss." kata Jack.

Kini, aku pulak yang terbuntang mata.

"What?! Maknanya... perempuan tu... perempuan tu adalah.... orang yang selalu mahu jatuhkan aku? Orang yang mahu pisahkan aku dengan Kyran? Orang yang upah kau supaya intip aku dan Kyran? Orang yang suruh kau supaya tembak Kyran? Betui tak cakap aku Jack?!" kata aku sedikit menjerit.

Serius aku betul-betul memang terkejut. Ianya memang di luar kotak fikiran aku. Tapi, kenapa bossnya tiba-tiba mahu muncul kan diri depan aku? Hmm nih mesti ada apa-apa nih.

"Yeah, dia lah orangnya yang sentiasa mahu jatuhkan kau. Dialah orang yang selalu mahu pisahkan kau dengan Kyran. Dialah orang yang mengupah aku untuk intip korang. Tapi... yang pasal dia suruh aku untuk tembak Kyran tu kau salah. Tapi dia yang suruh aku untuk tembak kau Puteri. Cuma, last2 lelaki tu yang sempat lihat aku pegang pistol dan akhirnya dia halang kau daripada terkena peluru pistol." kata Jack dengan terus-terang.

Terasa hati ini seperti dilontar-lontar jarum yang bisa dan menyakitkan dan akhirnya tertusuk dengan dalam. Dan sakitnya itu lebih sakit daripada sakit apa pun. Kerana sakit yang di dalam lebih sakit daripada yang diluar.

"So, boss kau suruh kau culik aku? Macam tu?" kata aku padanya. Aku memandang Jack dengan pandangan kosong. Sudah tiada rasa terkejut di dalam hati. Malah diganti dengan perasaan yang sakit teramat.

"Yepp, boss aku mahu jumpa kau. Katanya sudah tiba masanya untuk kau jumpa dia." kata Jack.

Aku melihat kereta warna putih itu . Aku tidak dapat melihat perempuan itu kerana tingkap keretanya yang gelap.

Mata aku kembali memandang Jack.

"Aku kena jumpa dia?" kata aku yang menunjuk diri aku sendiri.

Jack hanya mengangguk tanpa reaksi.

"Eh jap-jap boss kau yang mahu jumpa aku kan tapi kenapa pulak aku yang kena pergi jumpa depan-depan dengan dia? Hey aku bukan kuli dia lah nak suruh-suruh bagai nih." kata aku dengan beraninya. Hey perempuan tu dah lah dalang di sebalik aku dengan Kyran sakit pastu dia mahu suruh-suruh aku pulak. Macam lah aku nih kuli dia! Entah-entah apalah nanti dia akan lakukan pada aku.

"Puteri..kau tak nak jumpa dalang sebenar yang sakitkan kau dan juga Kyran ke? Kau tak mahu lihat wajah sebenar dia? Sedangkan dia telah banyak sakitkan kau dan juga Kyran secara mental dan juga fizikal. Kau memang betui-betui tak mahu tahu identiti sebenar dia?" kata Jack.

Mendengar kata-kata Jack aku menggepalkan buku lima aku dengan erat. Aku mengetap bibir aku dengan kuat.

"Huh jadi kau kata mahu buat aku dengan rela nya kena culik. Rupa-rupanya kau guna taktik nih ye Jack? Kau...kau memang mencabar aku lah Jack!" kata aku yang memegang kuat kolar bajunya. Orang lain yang lalu-lalang hanya jeling-jeling saja pada aku dan Jack. Langsung mereka tak berkata apa.

Dada aku pulak turun naik menahan kemarahan yang membara.

Jack melihat tangan aku yang memegang kolar bajunya. Dia tersenyum sinis dan aku benci sangat senyuman itu! Senyuman itu.. adalah senyuman yang mampu membuat siapa saja sakit hati. Kalau boleh aku mahu koyak-koyak jer mulut dia tu daripada tersenyum sinis.

"Jadi...kau memang tak mahu jumpa boss aku? Hmm?" kata Jack.

Aku dalam kebingungan sebentar. Hati aku mengatakan mahu jumpa tapi fikiran aku mengatakan itu semua hanya suatu perangkap. Tapi, tak mungkinlah suatu perangkap kan? Kalau suatu perangkap takkanlah Jack mahu susah payah mahu jumpa aku kat sini.

Eh jap-jap perempuan tu baru keluar dari hospital kan tadi? Maknanya tadi dia pergi melawat Kyran lah! Eh awatlah aku tak perasan kelibat dia kat hospital tadi. Hmm ni tak boleh jadi aku rasa aku harus jumpa dengan perempuan tu sekarang juga. Aku mahu tahu sebab kenapa dia selalu ganggu aku dan juga Kyran? Hidup aku takkan tenteram kalau belum tahu siapa perempuan tu sebenarnya.

Perlahan-lahan tangan aku leraikan pegangan di kolar baju Jack. Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

"Okey. Aku akan jumpa boss kau tu. Mana kereta kau yang patut aku masuk?" kata aku.

"Yang tu. Kereta hitam tu. Kau duduk di tempat belakang." kata Jack.

Jack menyuruh salah satu konconya membuka pintu untuk aku. Sebelum aku masuk sempat aku menjeling sekilas pada Jack.

Jack hanya tersenyum segaris saja dan membiarkan jelingan tajam dari aku. Dia duduk bersama aku di tempat belakang. Kereta dengan lajunya meluncur laju membelah jalan.

Sepanjang perjalanan aku meramas baju aku. Bukan sebab takut tapi sebab tidak sedap hati. Yelah aku seorang saja. Macam seekor rusa dikelilingi oleh sekelompok singa.

Jack yang melihat Puteri seperti tidak selesa hanya tersenyum sinis saja.

Semoga tiada apa-apa lah yang berlaku pada aku nanti. Tapi walau apapun yang terjadi aku mahu tetap tahu siapa perempuan tu sebenar. Dan kenapa dia buat semua perkara terkutuk nih?

Akhirnya selepas beberapa minit sampai juga kami ke destinasi. Aikk kat manakah ini? Kereta ini betul-betul berhadapan dengan suatu rumah yang bagi aku sangat usang. Rumah tu bagai ditinggalkan bertahun-tahun. Rumah ini juga mempunyai tiga tingkat. Hmm mungkin ini tempat diaorang buat rancangan jahat untuk aku dan Kyran.

"Okey sudah sampai. Sekarang kau boleh keluar." kata Jack di tepi aku. Jack sudah lama keluar meninggalkan aku.

Aku membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta. Wow rumah nih agak menakutkan tapi agak hebat juga sebab dia boleh bertahan sampai sekarang.

"Kita kena masuk rumah ni ke?" kata aku.

"Eh taklah kita kena masuk dalam semak hutan sana tu." kata Jack menuding jari ke arah semak-samun di sana.

"What? Semak hutan kat sana tu? Are you serious Jack?" kata aku tak percaya.

"Hahaha kau percaya Puteri? Yelah kat dalam rumah usang tu lah apa lagi. Punyalah rumah tu betul-betul duk depan mata kau boleh kau tanya lagi." kata Jack ketawa kecil. Seronok juga pekenakan Puteri nih.

Eihh2 dia main-mainkan orang pulak! Eiii berani dia main-mainkan aku. Tapi...bila tengok dia ketawa kecil tadi dia macam... seperti orang yang baik..kan bagus kalau dia sentiasa tersenyum manis dan bukan tersenyum sinis.

"Huh tak sangka lelaki yang sekejam seperti kau pandai buat lawak eh?Ouhh kau kan Sam Jackson...Sam Jackson mestilah suka mempermainkan orang." kata aku tersenyum sinis memandangnya.

"Of course ler. Okey jomlah boss aku dah lama masuk tu. Sekarang kita masuk." kata Jack yang sudah pergi meninggalkan aku.

"Eihh Jack! Tunggulah!" kata aku. Haih dia nih tak sabar-sabar betul! Macamlah bangunan ni ada kaki mahu lari daripada manusia. Pffft!

Akhirnya aku masuk juga ke dalam rumah usang tersebut. Kami berdua menaiki tingkat kedua. Kata Jack, bossnya ada di tingkat dua.

Haih cik jantung makin lama makin berdebar-debar. Terasa mahu berperang bawa senjata pun ada.

Akhirnya aku betul-betul berada berhadapan dengan perempuan itu. Aku lihat perempuan itu membelakangi aku. Jadi aku masih tak dapat lihat mukanya dengan baik.

"Who are you? Kenapa kau selalu kacau aku dan Kyran? Ke...sebab kau minat Kyran? Macam tu? And last2 kau mahu kacau hidup aku sebab aku rapat dengan dia. Betui tak apa yang aku cakap?" kata aku dengan beraninya.

Jack hanya memerhati saja percakapan aku dengan perempuan itu.

Selepas beberapa minit menunggu jawapan dari perempuan tu akhirnya dia mengeluarkan suara juga.

"Aku bukan saja minat Kyran. Malah aku tergila-gilakan dia dan mahu memiliki dia." kata perempuan tu yang perlahan-lahan menoleh badannya ke arah aku. Dia membuang kaca mata hitamnya. Akhirnya terpampang lah wajahnya yang sebenarnya. Perempuan itu tersenyum sinis pada aku.

"Kau siapa? Aku tak kenal kau pun." kata aku yang masih tak kenal dia.

"Kalau kau mahu tahu nama aku adalah.... Balqish Sofea..kau masih ingat tak dulu waktu persekolahan? Waktu pertama kali aku tampar kau?" kata Balqish.

Dengar jer nama Balqish Sofea spontan otak aku menjelajah balik di saat dia menampar pipi aku ketika di sekolah. Aku menggeleng kepala berkali-kali sambil melihat muka Balqish yang ketawa sinis pada aku.

Dada aku turun-naik melihat dia. Tangan aku genggam sekuat yang mungkin.

"Huh rupa-rupanya kau lah dalang sebenarnya Balqish? Kau memang jahat betullah! Kau memang perempuan yang licik!" kata aku jerit padanya.

Jack hanya beriak tenang saja melihat aku dengan Balqish. Tidak mahu campur urusan kami berdua.

"Dah tahu kebenarannya buat apa nak tanya lagi?" kata Balqish yang saja-saja lihat kukunya. Dia goyang kaki berkali-kali. Saja mahu sakitkan hati aku.

"Sekarang kau cakap dengan aku. Kau. Nak. Apa. Sebenarnya?" kata aku dengan keras.

Balqish memandang aku dengan tepat. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah aku dengan kasut tumitnya itu.

Akhirnya dia berhenti betul-betul di hadapan aku. Hanya dua tapak saja yang memisahkan kami.

"Aku nak... Kyran Andrew Johansson. Kau rela beri dia pada aku? Huh?" kata Balqish.

Aku terdiam seketika. Tidak tahu mahu berkata apa. Kyran cintakan aku bukannya dia! Kalau aku cakap ya mesti Kyran akan kecewa benar dengan aku. Lagipun... lagipun aku suka dia.. Kalau aku cakap ya Kyran mesti takkan bahagia dengan Balqish. Bahkan akan dua hati yang retak dengan teruk. Tak, aku takkan bagi Kyran pada perempuan nih!

"Kalau aku cakap no..kau mahu buat apa? Hmm?" kata aku tersenyum sinis.

"Hahahahaha..." Balqish ketawa besar. Dia memandang ke arah aku. Ketawanya sudah berhenti. Dia memandang aku dengan tajam seperti helang yang mahu menerpa mangsanya. Tapi aku tak takut pada pandangan tu malah aku lawan balik pandangannya tidak kalah tajam.

"Kau.... memang nak kena dengan aku betullah Puteri!! Huh nampak sangat kau tak mahu lepaskan Kyran pada aku! Kau cintakan dia ke ha?!!" kata Balqish yang jerit kuat pada aku. Fiuhh boleh pekak telinga aku nih dengar suara dia. Tengoklah mata dia yang terbeliak luas pada aku. Nampak sangat Balqish memang berdendam pada aku.

"Ye! Memang aku cintakan Kyran! So what?! Aku pun ada perasaan juga. Kyran selalu berkepit dengan aku. Bahkan dia selalu menggoda aku. Kau fikir aku tak cair ke?" kata aku memandang tepat ke arahnya.

"Kau tak patut sayang dan cintakan dia Puteri..kau tak patut.. bahkan kau tak layak berada di samping dengan dia!" kata Balqish dengan suara yang lantang.

"Kenapa? Kenapa aku tak layak cintakan dia? Habis kau layak ke cintakan dia? Kau layak ke bersama dengan dia? Kau tak fikir perasaan sebenar dia? Dia cintakan aku lah Balqish bahkan dia selalu bagitau yang aku nih...hak milik dia. Nampak sangat dia tak boleh hidup tanpa aku. Dan kau pulak Balqish...kau fikir dia cintakan kau ke? Kyran Andrew kalau dia cintakan seseorang itu. Hanya dia saja yang dapat bertakhta di hatinya. Dan kau pulak...tak dapat halang cinta kami. Cinta kami bagai bersatu. Bahkan seluruh alam ini takkan dapat halang cinta kami berdua." kata aku yang berjaya membuat Balqish semakin membulat matanya. Bahkan aku lihat dadanya turun naik memandang aku.

"Argghhh!!!" jerit Balqish yang terus menggenggam kedua-dua bahu aku dengan erat. Kuku dia mengena ke kulit aku. Sakit dia... memang tak terkata.

"Balqish... Lepaslah...sakit..." kata aku yang melihat tangannya yang berada di kedua-dua bahu aku. Aku cuba meronta-ronta tapi pegangannya sangat kuat di bahu aku. Hampir keluar air mata aku dibuatnya memandangnya.

"Huh sakit..baru kau tahu sakit kan Puteri? Habis tu sakit hati aku nih kau tak tahu pulak. Hey..kau dengar sini perempuan tak guna! Kyran tu lelaki... lelaki pasti akan dengan mudahnya jatuh ke tangan perempuan. Lelaki dia pasti takkan setia benar dengan perempuan. Malah habis melepaskan nafsu mereka barulah dia mencari perempuan lain. Macam seekor kumbang. Bila dah habis hisap madu kat bunga tersebut mulalah dia suka merayap ke bunga lain. Malah kumbang tu suka sungguh mera.."

"Balqish!!!" kata aku jerit sekuat hati padanya. Aku menggeleng kepala berkali-kali. Memandang dia dengan pandangan yang tidak percaya.

Malah Jack yang mendengar kata-kata Balqish turut berasa geram. Jack mengenggam buku limanya dan memandang bossnya itu dengan tajam. Yelah Jack kan lelaki. Malah kalau orang lelaki dengar kata-kata Balqish nih mesti mereka akan marah dan kecil hati.

"Balqish! Apa yang kau katakan nih?! Tak semualah lelaki macam tu. Tak semua lelaki kat dunia yang macam apa yang kau katakan tu. Malah kau fikir lelaki semua sama ke?" kata aku yang berkerut kening memandangnya. Tangannya sudah tidak lagi mencengkam bahu aku malah dia memandang aku dengan tajam.

"Yes! Memang pun! Bagi aku semua lelaki sama jer termasuk Kyran. Nanti bila Kyran berada dalam genggaman aku pandai-pandailah aku goda dia cukup-cukup. Biar hati dia pulak cair dan jatuh hati dengan aku. Waktu tu pulak aku akan lihat air mata kau jatuh berderai dan akan lihat betapa kecewanya hati kau nanti apabila melihat aku dan Kyran bersama. Hahaha lepas tu kau bolehlah kut rasa diri kau tu memang tak dihargai dan rasa dihina secukup-cukupnya." kata Balqish dengan sinis.

Setiap kata-kata yang dilontar dari mulut Balqish perlahan-lahan menggores hati aku dengan kasar. Seakan-akan aku begitu hina di matanya. Aku memandang ke arahnya dengan air mata yang penuh bertakung di tubir mata.

"Kau takkan...kau takkan sesekali berjaya Balqish. Aku percaya pada Kyran. Dan aku yakin...dia pasti akan setia dengan aku. Malah kalau kau rampas dia sekali pun kau hanya akan dapat jasad dia saja. Malah hati dia... takkan sesekali kau dapat memiliki. Kerana nama aku...telah mengisi sepenuhnya dalam hati Kyran." kata aku padanya.

Balqish sedikit tersentak. Turun-naik dadanya memandang aku. Nampaknya kata-kata aku tadi turut menghiris hatinya. Tapi betuilah apa yang aku cakap tadi hanya nama aku saja yang terukir di hati Kyran. Tak mustahillah kalau dia dapat memiliki Kyran tapi hati Kyran... takkan dapat sesekali dia miliki.

"Argghhh!!" Balqish menjerit dengan kuat. Ada suatu meja yang berkarat dia tolak begitu saja. Kedua-dua bahu aku sedikit ternaik mendengar hentakan meja yang jatuh dengan kuat. Nampaknya dia makin marah dengan aku.

Tak lama selepas itu takde angin takde ribut Balqish ketawa terbahak-bahak seperti orang gila. Naik seram aku melihat dia nih. Ape layar otak dia dah terputus ke ape?

"Hahaha kau cabar aku eh Puteri?! Maknanya kau langsung tak mahu serahkan Kyran pada aku? Kau rela ke... kalau..." Balqish saja menggantungkan ayatnya. Dia berjalan-jalan perlahan-lahan ke arah aku. Berdebar-debar jantung aku menanti apa yang akan dia kata.

"Kau rela ke kalau...roh kau terpisah dari jasad kau?!" kata Balqish yang terus mengeluarkan pisau dari poketnya dan menghulur ke leher aku.

Tindakan Balqish betul-betul membuat aku terkejut. Tindakan dia memang di luar kotak fikiran aku. Huh jadi dia betul-betul mahu bunuh aku?

Jack yang turut berada di situ terkejut apabila bossnya melakukan tindakan yang diluar kawalan. Dia mencuba menghalang bossnya itu.

"Boss apa yang boss buat nih?!" kata Jack sedikit menjerit. Dia cuba menahan pisau di tangan Balqish daripada tergores leher aku.

Disebabkan dia menghulur pisau ke arah leher aku. Aku terpaksa mendongak sedikit ke atas. Tapi mata aku masih setia memandang dia.

Perlahan-lahan bibir aku menguntum senyuman sinis.

"Kau...tak takut mati ke? Kau tak takut aku kerat leher kau nanti dan buat kepala kau terpisah dari jasad?!" kata Balqish yang pelik dengan diri aku.

Jack turut berasa pelik dan hairan dengan aku.

"Kau berani ke bunuh aku? Kau berani? Sekarang kau terus terang dengan aku. Selama nih kau pernah ke bunuh orang? Kalau pernah...dah berapa orang dah kau bunuh? Satu? Sepuluh? Atau... Beratus-ratus?" kata aku dengan sinisnya.

Mendengar kata-kata Puteri Jack sedikit kagum. Sebab Puteri bukanlah perempuan yang pengecut. Dulu ya dia memang pengecut tapi sekarang tidak lagi.

Buat kesekian kalinya Balqish menjadi tersentap dengan kata-kata aku. Malah terasa maruahnya seperti dicabar-cabar.

Balqish terdiam seketika. Tangan kirinya mengenggam buku lima dengan erat.

Disebabkan pisau terlalu rapat dengan leher aku. Leher aku mengeluarkan sedikit darah. Pedih.. memang pedih tapi aku terpaksa tahan.

Akhirnya Balqish menjatuhkan pisau. Jack mengeluh lega. Nasib bossnya itu masih dalam keadaan terkawal. Tapi leher aku pulak... yang jadi mangsa.

Jack membisikkan sesuatu di telinga Balqish. Kening aku bercantum dibuatnya melihat mereka berdua. Mereka dua terjeling-jeling pada aku. Hmm nih mesti mereka sedang rancang sesuatu jahat untuk aku nih. Oh Tuhan! Ujian apa pulak yang aku harus hadapi kali nih?

Akhirnya Jack dan Balqish tidak berbisik lagi. Balqish memandang aku dengan tajam. Aku meramas baju aku dengan kasar. Apa pulak rancangan Balqish kali ini?

"Puteri... Puteri...kau seperti boneka aku Puteri. Yang selalu aja terpaksa menanggung kesakitan kerana aku. Dan aku pulak seperti pengatur hidup kau." kata Balqish dengan sinis. Dia berjalan mengelilingi aku.

"Siapa kau Balqish mahu kata kau pengatur hidup aku? Kau bukan tuhan pun. Kau hanya manusia saja. Jadi tak payahlah kau mahu sombong kan diri sangat eh?" kata aku yang memandang ke hadapan tanpa melihat ke arahnya.

Tanpa aku duga dia mencengkam kedua pipi aku dengan kuat. Sakitnya tidak terkata. Aku seperti hambanya pula yang sesuka hati mahu seksa aku secara fizikal dan juga mental.

Akibat tidak dapat menanggung kesakitan yang tak terhingga air mata aku jatuh jua di hadapannya. Ya, aku lemah. Aku sangat lemah.

"Heyy what's wrong? Tadi kan kau punyalah kata pada aku yang aku nih bukan tuhan lah apalah sekarang kau menangis pulak? Huh! Dah habis kata-kata kau tu? Hahaha aku fikir kau nih berani dan kuat. Tak sangkalah pulak kalau aku cengkam dagu kau macam ni pun kau nangis." kata Balqish yang lebih kuat mencengkam pipi aku.

Aku tak dapat berkata apa kerana cengkaman di kedua pipi aku terlalu kuat.

Dia ketawa sinis lagi pada aku. Ya, dia bahagia. Dia bahagia lihat aku menderita macam nih. Dasar perempuan licik!

Balqish yang melihat aku semakin derita akhirnya lepas juga cengkaman dia di pipi aku.

"Hey kau dengar sini dasar perempuan perampas! Aku nak kau tinggalkan Kyran sebelum aku...."

"Before what?" kata aku sedikit lemah. Aku membelai lembut kedua pipi aku. Masih dapat rasa sengal-sengal yang sakit di pipi aku dek angkara perempuan licik itu. Mata aku berkerut memandang Balqish menunggu jawapan darinya.

"Sebelum aku buat Kyran hilang ingatan pada semua orang termasuk kau sekali Puteri!" kata Balqish. Aku terkejut, terkelu dan terkedu. Dada aku berasa sesak memandang Balqish yang tersenyum sinis pada aku. Tidak aku sangka sampai macam nih sekali dia mahu pisahkan aku dengan Kyran.

"Tak Balqish...tak..kau tak boleh lakukan macam tu pada Kyran termasuk keluarganya. Aku boleh terima kalau Kyran lupa ingatan tentang aku. Tapi tak sesekali terima kalau Kyran lupa ingatan terhadap orang disekelilingnya, terhadap orang yang menyayanginya. Macam mana dengan keluarga Kyran nanti? Mesti ibu dan ayah Kyran lebih sedih kalau Kyran lupa ingatan tentang mereka..iaitu anak kesayangan mereka sendiri... yang mereka jaga Kyran seperti tatang minyak yang penuh selama ini. Yang mereka didik dengan penuh kasih sayang selama ini." kata aku memandang tepat ke arahnya. Aku bersuara kembali.

"Dulu, aku pernah merasakan kasih sayang antara ibu bapa aku waktu kecil. Tapi bila kejadian malam itu berlaku semuanya berakhir dengan cepat. Termasuk kasih sayang ibu dan ayah aku. Semuanya seakan-akan hanyalah mimpi. Sudah tidak ada lagi aku merasakan kasih sayang dari ibu dan ayah aku walaupun hanya sekecil zarah sekalipun. Aku bahkan hampir kehilangan kewarasan aku dulu. Dan aku tidak mahu membiarkan ibu dan ayah Kyran merasakan hal yang sama seperti aku. Memang anak mereka masih ada tapi hanya jasad saja yang bersama dengan mereka nanti. Bahkan Kyran pasti akan keliru dengan semua ini. Kerana tidak tahu langsung apa yang terjadi termasuk indentiti nya. Ohh aku sesekali takkan biarkan itu terjadi Balqish. Takkan sesekali." kata aku yang terus memandang tepat ke arahnya.

'Kata-kata Puteri juga sedikit demi sedikit memberi kesan pada aku. Sungguh aku sangat sayangkan arwah adik aku. Dan arwah adik aku juga sama sedikit seperti Puteri. Berani, tabah, manis, ceria dan sebagainya. Seperti kata-kata Puteri aku juga turut kekurangan kasih sayang daripada adik aku yang tersayang. Manakan tidak...dia pergi terlalu awal meninggalkan aku.' batin Jack yang melihat Puteri dengan tepat.

"Kalau begitu kau dengar lah cakap aku..kan senang..hidup Kyran juga yang akan senang nanti kalau kau takde. Kita tak payah mahu gaduh-gaduh bagai. Kau cuma harus blah daripada hidup Kyran. Tu jer." kata Balqish menyilangkan tangan ke dada dan memandang aku dengan tepat.

"Memang. Betul apa yang kau cakap tu Balqish. Aku tak patut hadir dalam hidup Kyran..Tapi macam mana aku mahu tinggalkan dia seorang diri? Sedangkan dia sedang sakit dan memerlukan orang yang dia sayang untuk berada di sampingnya..." belum sempat aku mahu menghabiskan ayat Balqish sudah potong percakapan aku.

"Heyy apa susah ibu dan ayah Kyran kan ada biarlah dia jaga anak kesayangan dia tu." kata Balqish menjeling tajam ke arah aku.

Erghhh sabar jelah aku dengan perempuan nih!

"Yeah memang pun. Ibu dan ayah Kyran ada..so bolehlah mereka jaga anak mereka sendiri tapi...kau dengar sini Balqish.. Kyran walaupun dia sayang pada aku..tapi dia tahu aku menganggap dia hanya seperti kawan dan sepanjang kami bersama sekalipun aku hanya menganggap dia seperti kawan saja. Not more than that. And what dia sedang sakit jadi aku pun haruslah juga sentiasa berada di sampingnya. Kerana kawan sentiasa berada di samping kawan terutamanya sedang sakit. Kau pun sendiri pun pernah ada kawan juga Balqish. Please...just give me three days...hanya tiga hari saja...lepas tu aku janji pandai-pandailah aku bawak diri dan aunty aku pergi jauh daripada sini." kata aku memandangnya dengan pandangan kosong.

"Betui nih apa yang kau cakap nih Puteri? Lepas jer tiga hari kau mahu pergi daripada sini? Kau janji dengan aku kan? Sebab aku paling pantang kalau orang mungkiri janji pada aku. Heh kau dengar sini Puteri kalau kau mungkir juga janji kau pada aku... tahulah Balqish Sofea mahu buat apa pada kau nanti!!" kata Balqish dengan keras. Dia menuding jari betul-betul di hadapan muka aku.

Aku tidak melihatnya sebaliknya air mata yang berada di kedua-dua tubir mata aku mengalir dengan laju di pipi aku. Jack hanya menundukkan kepalanya ke bawah. Perasaan simpati semakin kuat dirasakannya.

'Maafkan aku Puteri... maafkan aku...' batin Jack.

Aku memandang ke arah Balqish dengan pandangan kosong.

"Kau jangan risaulah Balqish.. Puteri Ilynia takkan sesekali mungkir pada janjinya.." kata aku. Buat kesekian kalinya air mata aku jatuh berderai. Dengan kesakitan yang teramat di hati aku. Maka air mata juga dengan serentaknya boleh mengalir laju di pipi aku.

'Maafkan saya Kyran....mungkin takdir memang mahu memisahkan kita..mungkin kita tak layak untuk bersatu...dan mungkin...sudah tiba masanya untuk saya pergi jauh daripada hidup awak.. Kyran Andrew Johansson...' batin aku. Aku menggenggam buku lima aku dengan erat. Biarlah kuku di tangan aku menikam ke kulit aku..aku tak kisah..aku memejamkan mata aku dengan rapat. Air mata menitis ke pipi aku..aku harap sangat semua ini hanyalah mimpi buruk semata-mata.

Akhirnya....aku keluar juga daripada rumah usang nih. Tapi aku tak sangka... kesakitan di lubuk hati aku...lepas aje keluar daripada rumah usang nih semakin sakit dibuatnya berbanding sebelum aku masuk ke rumah usang nih.

Tidak aku sangka juga lepas saja aku masuk rumah ni aku keluar dengan kecederaan di leher aku...kedua pipi aku yang berasa sakit...kedua bahu aku yang berasa sengal..huh! Perempuan tu.. benar-benar gila..

Aku meramas baju aku dengan kuat. Aku memandang kosong ke hadapan. Kaki aku... sedikit terhuyung-hayang..tidak aku tahu arah tuju aku untuk ke mana...mahu balik ke rumah..huh aku tak tahu. Sebab dari ke sini hingga ke rumah aku.. entah-entah jauh.

Dengan kaki aku yang sedikit terhuyung-hayang.. tengoklah aku mahu jalan kaki pun...sudah tidak larat. Tiba-tiba ada suatu suara lelaki menerjah ke gegendang telinga aku.

"Wait! Tunggu dulu!" kata Jack yang berada betul-betul di belakang aku. Aku tidak menoleh ke belakang tetapi hanya memberhentikan langkah tanpa memandang sedikit pun ke arahnya.

"Puteri...biar saya hantar awak balik..awak tak tahu arah untuk ke rumah awak..sebab tiba-tiba jer saya hantar awak datang sini. Jadi biarlah saya hantar awak eh?" kata Jack.

Aku tidak berkata apa sebaliknya hanya membisu saja. Pandangan aku hanya kosong saja.. manakala fikiran aku menerjah balik kenangan manis aku ketika bersama Kyran. Dari perasaan benci dan jengkel terhadap Kyran semasa di sekolah sampailah datang perasaan cinta terhadap Kyran ketika besar. Malah perasaan cinta itu sudah lama bersarang di hati ini..cuma aku saja yang tidak sedar. Malah.. perasaan cinta aku pada Kyran juga semakin bertambah sehari demi sehari. Sehingga cinta itu melebihi sayangnya terhadap diri aku sendiri. Ya, sekarang...aku dah lebih sayang dan cintakan Kyran lebih daripada sayang dan cinta aku pada diri sendiri.

Cuba korang fikir macam mana aku mahu tinggalkan Kyran nanti? Ianya teramat susah..teramat susah untuk aku lupakannya nanti. Malah aku rasa dada aku sesak mahu tinggalkannya lagi buat kali kedua. Sudah cukuplah dulu aku lari ke Filipina tanpa pengetahuan darinya dan sekarang...aku mahu tinggalkannya pulak?

Jack mengerutkan dahinya.

"Hmm diam jer Puteri nih. Baik aku pergi cepat ke arahnya." monolog Jack perlahan.

Jack berjalan dengan cepat dan akhirnya dia betul-betul berada di hadapan aku. Dengan teragak-teragak Jack memegang kedua-dua bahu aku. Dia memandang aku dengan tepat.

"Puteri.... kau...kau kenapa nih?" kata Jack. Jack berada hairan. Walaupun dia pegang bahu aku tetap aku diam membisu. Mata aku hanya kosong memandang ke hadapan. Langsung tak bertentang mata dengan Jack.

Jack berada hairan.

'Haihh kalau aku sentuh dia sikit pun dia marah dan maki gila kat aku tapi bila aku sentuh bahu dia pun dia tak cakap apa-apa? Malah hanya mengelamun saja. Pelik. Ini tak boleh jadi. Aku harus buat sesuatu.' batin Jack.

"Puteri...kau meh sekejap duk sini. Aku nak tanya kau something nih." kata Jack. Dia membawa aku ke tepi dan kat situ ada dua batu yang besar. Kami duduk di situ sebentar.

"Kau demam eh?" kata Jack yang terus memegang dahi aku. Namun aku hanya buat tak layan saja. Mata aku still memandang kosong ke hadapan.

"Puteri... please jangan buat aku macam nih. Kenapa kau diam jer nih? Kau sakit eh? Kau sakit sebab boss aku cederakan kau kan? Aku tengok muka kau pucat sangat." kata Jack. Dia memandang leher aku yang sedikit berdarah.

"Meh aku bersihkan sedikit darah kau tu." kata Jack. Jack melekap hujung baju di lengannya di leher aku. Dia membersihkan darah aku dengan kain di hujung baju lengannya.

"Puteri...aku tahu kau sangat sedih Puteri. Bila aku kenal kau Puteri aku dah boleh agak kau adalah perempuan yang berani, tabah, naif, ceria, kadang-kadang tu kuat melawan pun ada dan yang paling penting kau suka senyum. Kau suka memberi kebahagiaan pada orang lain. Kau rela hidup kau jadi merana, kau rela hidup kau susah asalkan hidup orang lain tidak merana. Kau lebih suka buat hidup orang menjadi happy dan tak selalu sedih seperti kau. Kau ialah perempuan yang hebat Puteri. Tak ramai tau perempuan yang kat luar sama ciri macam kau nih. Patutlah Kyran suka sangat pada kau." kata Jack ketawa kecil.

"Kau tak payah puji aku lambung-lambung sangatlah Jack. Kau tengoklah aku ni...kau kata aku kuat? Tabah? Macam tu? Kau tak tahu Jack..kau tak tahu. Aku nih adalah sebenarnya orang yang sensitif, degil dan kadang-kadang tu aku cepat jatuh. Aku cepat lemah. Sebenarnya perangai aku yang sebenar dulu adalah orang yang suka pendiam,suka pendam perasaan, antisosial, suka membiarkan orang menindas aku dan aku suka bersendirian. Sejak sekolah rendah aku bahkan selalu diejek oleh pelajar-pelajar di kelas aku. Mereka mengejek aku takde ibu bapa lah..aku nih kesunyian la..aku nih seperti mayat hidup lah apalah macam-macam lagilah mereka ejek. Selepas itu barulah aku dengan aunty aku buat keputusan untuk pindah ke sini. Kami orang Filipina dan kisah pahit kami akan kami sentiasa kenang. Dan bila jer aku pindah sini aku dah tukar perangai aku yang dulu. Aku dah jadi semakin berani.. bahkan sudah tidak ada lagi orang yang menindas aku. Cuma tak sangka...disebabkan aku pindah ke sini juga semua nih berlaku. Aku dah jatuh cinta dengan seseorang. Dan seseorang itu adalah Kyran cuma...tak sangka last2 sekali takdir pula yang tidak memihak pada kami." kata aku ketawa kecil. Ketawa dalam tangisan.

Kata-kata aku sedikit sebanyak melembutkan hati Jack. Dia memandang ke arah aku.

"Kau pernah depression Puteri?" kata Jack.

"Pernah. Banyak kali." kata aku masih termenung.

"Aku dah agak. Mengikut kata-kata kau tu kau mesti boleh dapat depression. Puteri kau nak tahu kisah silam aku yang sebenarnya?" kata Jack.

"Kisah silam? Hmm apedia?" kata aku yang akhirnya memandang ke arah Jack.

"Kalau kau nak tahu aku ni pernah masuk penjara atas sebab membunuh. Dan aku telah bunuh kedua ibu bapa aku sendiri." kata Jack. Dia memandang ke arah aku. Mahu lihat reaksi aku macam mana. And yupp reaksi aku sangat terkejut.

Tak sangka pulak aku zaman sekarang semakin kejam. Ada lagi anak yang sanggup bunuh ibu bapa? Kalau aku..aku betul-betul tak sanggup.

"Macam mana boleh jadi sampai macam tu? Apa yang terjadi sebenarnya?" kata aku yang kembali memandang Jack dengan pandangan kosong.

"Ini semua kerana ibu dan ayah aku Puteri.. sebenarnya ayah kandung aku dah meninggal beberapa tahun yang lalu disebabkan kanser paru-paru. Ibu aku jadi down. Dia sangat sedih dan kecewa pada arwah ayah aku yang tinggalkan kami terlalu awal. Tapi aku pun ada adik juga Puteri. Adik aku masih kekanakkan baru berumur 6 tahun jer. Waktu tu pulak aku masih berumur 15 tahun. Aku masih bersekolah waktu tu. Disebabkan ibu aku terlalu sedih. Dia minum arak di clubbing. Dan sejak itu...ibu aku dah makin suka pergi clubbing. Entah apa-apa lah ibu aku lakukan kat sana. Suatu hari bila waktu malam selepas aku tidurkan adik aku ibu aku mahu bersiap untuk pergi ke clubbing. Dia sangat berpakaian seksi waktu tu. Aku dah tak boleh sabar lihat ibu aku macam nih terus-terusan dan aku mula ikut ibu aku waktu malam tu pergi clubbing. Tapi Puteri...aku tak sangka...aku tak sangka itu akan terjadi." kata Jack yang hampir mahu menangis. Cuba mahu mengawal perasaan. Tidak mahu lah dia menangis depan perempuan.

Ouhh patutlah...Jack mungkin terbunuh ibu nya sendiri. Dan ayah yang Jack cakap tu..mungkin ayah tiri..maybe...

Dada aku menjadi sebak pulak mendengar cerita dia. Aku mahu tahu apa yang terjadi selepas itu. Dan aku lihat dia mahu menangis tetapi sedaya upaya tahan supaya tidak menangis. Haihh orang lelaki macam nih eh? Ego. Tak mahu menangis depan perempuan.

"Jack..aku mohon.. keluarkanlah air mata kau tu. Kau berani dan sudi mahu kongsikan kisah silam kau pada aku jadi kau kena berani juga menangis depan aku Jack. Kau tahu bila seseorang itu nangis hatinya boleh menjadi sedikit tenang. Sebab dengan tangisan kita dapat meluahkan segala-galanya apa yang terbuku di hati kita." kata aku. Aku memegang bahu Jack.

Selepas dengar kata-kata aku Jack terus menghamburkan tangisannya. Dia menangis teresak-esak.

"Aku tak sangka ibu aku...dah ada hubungan istimewa dengan orang lain. Ye, ibu aku jatuh cinta dengan orang yang suka datang kat clubbing tu. Macam mereka selalu ber date di clubbing. Tapi aku tak sangka dia terlalu cepat mencari pengganti ayah aku. Sedangkan ayah aku baru meninggal jer. Tapi... yang aku tak dapat terimanya adalah dia pernah terlanjur dengan lelaki tu di clubbing. Dan aku waktu tu aku tak dapat terima lelaki tu sebagai ayah tiri aku. Tapi ibu aku kahwin juga dengan dia! Dan disebabkan itulah aku semakin benci dengan ibu aku! Aku benci dia Puteri... sebab tanpa pengetahuan aku dia sudah kahwin dengan lelaki tu. Dan sejak ibu aku kahwin tulaah dia dah jarang meluangkan masa dengan anaknya. Ibu dan ayah tiri aku menetap di rumah kami.Tapi setiap aku pergi sekolah jer aku terpaksa tinggalkan adik aku manakala ibu aku pulak pergi bekerja cari rezeki. Ayah tiri aku hanya duk relax saja tak mahu kerja tapi ibu aku tak kisah. Dia rela buat apa saja demi ayah tiri aku. Tapi akhirnya kejadian hitam tu berlaku waktu tu pulak aku baru balik dari sekolah. Dan bila aku sampai jer dalam bilik adik aku..aku nampak...ayah tiri aku sedang rogol adik aku. Rupa-rupanya selama ini sejak pertama kali kehadiran ayah tiri aku ke rumah aku...adik aku selalu dicabul dan dirogol. Patutlah sejak tu adik aku dah makin pendiam. Rupa-rupanya si jantan s**l tu yang buat adik aku teruk sampai macam tu sekali!!" kata Jack menjerit dengan keras. Dia masih ingat lagi detik-detik dia bersama adik dia. Detik-detik adik dia kena rogol tu.

Aku sedikit terkejut mendengar Jack menjerit. Dalam masa yang sama aku simpati dengan dia. Akhirnya aku buat keputusan untuk memeluk dia. Aku mahu tenangkan dia.

Jack sedikit terkejut apabila Puteri memeluknya secara tiba-tiba tapi dia betul-betul perlukan pelukan selama nih. Bahkan selama ini dia sudah lama tidak dipeluk oleh siapa-siapa. Kali terakhir pun ketika dia memeluk arwah ayah kandungnya sendiri. Jack memejamkan mata seketika. Cuba menenangkan perasaannya yang sedang sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience