Bab 14: Dance

Romance Series 9772

Ape lah nasib aku tak dapat balik ke rumah huhu sedih.Yeah, seorang lelaki handsome sekarang ni masih berhadapan dengan aku. Jap-jap kenapa aku rasa macam kenal dia eh? Argh mungkin tu perasaan aku je kot.

"Hmm, awak masih mahu halang saya daripada balik ke?" kata aku. Aku mencubit-cubit kedua-dua jari aku sambil menundukkan kepala aku ke bawah. Gitar aku sandang di bahu jadi tiada masalah untuk aku bawanya. Aku mencebikkan bibir. Hehe ramai orang kata kalau aku buat macam ni comel and yupp aku cuba nak meraih simpati dia.

'Hisy comelnya perempuan ni comel jer aku tengok dia macam Puteri pun ada, erk.' batin Kyran.

Tanpa Puteri sedar Kyran mendekatkan jarak lagi antara mereka berdua. Dia memegang kedua-dua bahu Puteri dan hal itu berjaya membuat Puteri terkejut giler sehingga beg gitarnya terjatuh. Ni lah akibatnya kalau terkejut sangat .

"Oi mak kau ada tangan mari kita lawan!" melatah aku. Aku, dengan melatah masih tidak dapat berjauhan. Hehehe.

Puteri memandang terus ke arah Kyran dan mengurut dadanya yang berdebar kerana terkejut dengan kedatangan Kyran yang secara tiba-tiba berada di depan matanya dari jarak dekat. Haiya mamat ni nak kena makan dengan penumbuk aku kut gamaknya.

Aku jugak terkejut kerana tiada hujan tiada ribut mai pegang bahu orang sesuka hati jer pastu dok tengok orang macam nak telan pun ada. Haih nasib baik muka handsome kalau tidak dah lama aku bagi penumbuk.

Aku menarik nafas panjang dan menghembus kasar. Aku melawan balik tentangan daripada dia.

"Ya? Kenapa encik pegang bahu saya ni? Pastu kenapa encik pandang saya sampai nak tertembus otak ni? Saya ada buat apa-apa ka yang membuat encik marah pada saya?" kata aku dengan nada lembut sekali mampu membuatkan sesiapa sahaja cair.

Yeah, kalau perempuan lain mesti takut dengan renungan tajam pak dingin dia ni tapi kalau aku langsung tak membuatkan aku takut. Macam mana aku tau dia dingin aku hanya teka jer. Ini kerana aku dah banyak kali melalui detik ni.

Sejak aku bekerja sebagai penyanyi upahan ramai orang yang mahu tackle aku untuk jadi girlfriend mereka tapi aku tolak mentah-mentah. Yelah mereka anggap aku macam perempuan murahan kot. Biasalah lelaki, pantang tengok perempuan cantik sikit mulalah nak menggatal.

Tapi ada jugak la mahu main kasar dengan aku disebabkan mereka marah tak dapat bersama dengan aku. Tapi aku dengan senangnya boleh menumbangkan mereka. Tapi kebetulan mereka jer lelaki lemah kalau lelaki kuat mungkin aku tak dapat kalahkan. Sebab kekuatan lelaki kan lebih kuat daripada perempuan.Tapi kan lelaki depan aku ni lain daripada yang lain yeah dia kan anak Dato' tapi sombong tahap gaban. Tengok gaya pun dah tau dah. Huh! Okay berbalik pada tadi.

Kyran tidak menjawab pertanyaan Puteri malah menanya tentang lain.

"Siapa sebenarnya kau? Kita pernah berkenalan?" tanya Kyran menikam anak mata Puteri.

Belum sempat Puteri mahu menjawab apa Kyran tengking padanya.

"Aku tanya sekali lagi who are you really?! Kita pernah berjumpa atau tidak?!" Kyran memaksa Puteri untuk bercakap. Dia menggerakkan bahu Puteri berkali-kali. Ha sudah! Dah ketagih nak tau nama aku ni dah pasaipa terlebih makan ubat cacing ke? Haih.

"Apa awak nih pegang-pegang orang?!" aku menolaknya dengan kuat sehingga terlepas pegangan tangan lelaki itu di bahu aku. Lelaki itu jugak tidak mendekatinya lagi.

"Kenapa? Awak nak tahu sangat kan siapa saya sebenarnya?! Takpa biar saya bagitau nama saya pada awak supaya awak tak kacau hidup saya lagi!" aku marah padanya semula sehingga turun naik dada aku dibuatnya. Dia ni takkan suka aku pulak kan. Eh takkanlah.

Aku melangkah perlahan-lahan ke arahnya dan dia masih sabar menanti apa yang aku akan katakan nanti.

Aku melangkah satu tapak ke hadapan.

"Nama"

Aku melangkah satu tapak lagi.

"saya"

Dan aku melangkah satu tapak lagi.

"sebenarnya"

Aku melangkah satu tapak lagi ke hadapan dan berjaya mendekatinya.

Kyran pulak sudah berdebar-debar jantungnya tadi mendengar kasut tumit Puteri yang melangkah perlahan-lahan ke arahnya.

Aku mencekak pinggang dan mendongak ke arahnya. Kami berdua berpandangan sebentar. Dia yang memandang aku dengan mata yang penuh 1001 pertanyaan manakala aku memandangnya dengan pandangan cinta ceii lawak jer takkan pandangan cinta. Aku hanya melihatnya dengan pandangan biasa saja.

Mata biru aku menikam matanya yang berwarna coklat cair.

Satu saat

Dua saat

30 saat

Haih ni tak boleh jadi kenapa lah aku renung dia nanti kang terjatuh cinta macam mana.

Aku menepuk dahi dengan kuat dan itu lagi membuat muka Kyran berkerut melihatnya.

"Aduihh sakitnyee." aku mengaduh perlahan cukup hanya aku saja yang mendengarnya. Hisy awatlah aku tampar dahi kuat sangat nasib baik tak benjol sebijik.

"Ehem, ye berbalik pada tadi, Nama. Saya . Sebenarnya. Ialah.." aku saja menyebut satu-satu saja mahu membuat dia takut.

Belum sempat aku mahu menyebut nama aku. Ada seorang wanita ni menegur kami.

"Kyran!" panggil mommy Kyran.

'Hah mommy, apa dia buat kat sini pulak!' batin Kyran menepuk dahi perlahan.

"Yy..ya mommy, ada apa panggil Kyran?" sahut Kyran sedikit tergagap.

'Aduih, mommy ni masa-masa ni jugak la mommy nak panggil Kyran.' batin lelaki itu sambil mengeluh perlahan.

Datin Arina berbisik perlahan pada telinga Kyran.

"Kamu tidak ajak dia menari bersama kamu ke Kyran?"

Kyran menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'Aduih kena ajak ke? '

"Kalau kamu tak mahu ajak dia mommy boleh jer suruh kamu menari dengan perempuan lain, so kamu ada dua pilihan nak menari dengan perempuan tu ke atau perempuan yang mommy pilih?" kata Datin Arina separuh berbisik siap terselit ugutan lagi di situ.

'Aduihh, tak mau lah aku menari dengan perempuan lain, perempuan ni pun aku tak kenal, jap-jap bagus jugak idea tu kalau aku ajak perempuan ni menari dengan aku nanti aku bolehlah tanya nama dia sebab kami ada masa untuk bersama, yupp aku mesti tahu nama dia siapa.' batin Kyran.

Sementara Puteri pulak menayangkan muka pelik dengan mereka berdua nih. Haih ibu dengan anak saling berbisik? Ni mesti ada apa-apa ni.

"Takpe mommy, Kyran membuat keputusan mahu menari dengan perempuan tu je lah." kata Kyran masih berbisik.

"Kalau macam tu mommy setuju sangat sebab mommy suka perempuan tu nanti kamu kenal kenalkanlah dia untuk mommy ya? Hah pergilah ajak dia sama ada sudi ke tak mahu menari dengan kamu? Haih ke kamu malu?"

'Aduih mommy kata aku malu? Takpe mommy biar Kyran buktikan pada mommy.' batin Kyran.

"Mommy tengoklah nanti Kyran akan pastikan dia menari dengan anak mommy yang handsome ni, percayalah mommy." kata Kyran dengan yakin sekali siap memuji sendiri lagi.

"Hisy, Kyran...Kyran apa-apa jelah, ni mommy nak masuk dalam nak layan tetamu kamu pergilah pujuk dia, tapi kalau dia jadi menantu mommy boleh jugak." kata Datin Arina bergelak ketawa perlahan dan terus beredar dari situ. Kyran pulak hanya mengekori dengan anak mata.

Sementara aku yang hanya terpacak kat situ saja tanpa membuat apa, mahu melangkah seribu tapak beredar daripada situ.

Tetapi apabila aku mahu melangkah pergi daripada tempat itu ada suatu suara yang memanggil aku.

"Hey you! Tunggu jangan balik lagi." panggil Kyran.

Dia melangkah beberapa tapak mendekati Puteri yang masih membelakanginya.

Haih! Nak apa pulak dia nih, aku dah lah nak balik ni nak berehat. Baru dok terbayang-bayang dok tidur atas katil yang empuk.

Aku menoleh ke arahnya dan mendekatinya dengan membuat muka 'kau nak apa aku dah nak balik nih!'

Kyran membongkokkan sedikit badannya dan menghulurkan sebelah tapak tangan pada Puteri.

Aku pulak sudah buat muka blur. Ni nak ajak kahwin ke apa nih. Erk mintak simpang jelaah aku tak mau kahwin dengan dia. Eh tapi takkanlah...

Kyran mula berbicara.

"Awak, sudikah awak menari dengan saya malam ini?" sudah tukar gelaran berawak saya pulak. Hisy pelik ..pelik..

Gulp! Aku menelan air liur kasar. Ni ape kes tiba-tiba ajak orang menari? Tapi.....tapi aku tak kenal kau lah.

Apabila melihat perempuan tu yang hanya mendiamkan diri Kyran berganjak di hadapan untuk membisik di telinga Puteri.

"Aku nak kau menari dengan aku malam ni, kau tahu kan yang aku nih anak Dato' Johanson jadi nak tak nak kau kena menari dengan aku jugak." bisik Kyran sambil tersenyum sinis.

Manakala Puteri pulak terasa seperti dirinya dicabar dan dipijak-pijak maruahnya. Dia menggepalkan buku limanya perlahan-lahan.

Kyran kekalkan balik kedudukannya tadi iaitu menghulurkan tangan kepada Puteri. Dia membuat isyarat mata supaya Puteri menerima huluran tangannya.

Huh! Kau ugut aku eh? Tadi punyalah main berawak saya pastu beraku kau? Huh! Mentang-mentang anak Dato' mulalah nak main ugut-mengugut orang. Hisy geramnya!!

"Tapi kalau saya tak nak?" kata aku tak mahu mengalah.

"Kalau kau tak nak...."

Kyran mendekatkan lagi jaraknya dengan Puteri. Dia menyamakan kedudukan mukanya dan muka Puteri. Terdapat secarik senyuman sinis yang membuatkan siapa-siapa saja geram apabila melihatnya.

"Kalau kau tak nak, aku boleh jer upah orang dan intip kau seperti kau orang penjenayah. Kau jugak tidak akan hidup dengan aman dan akan sentiasa diperhatikan, kau nak macam tu?" kata Kyran.

Hal ini jugak membuatkan kemarahan Puteri membuak-buak seperti rebusan air yang mendidih sehingga tertumpah daripada periuknya.

Takpe Puteri sabar....kau nak ke hidup kau selalu diperhatikan walau di mana saja kau berada dan buat apa, tak nakkan so dalam keadaan yang penuh keterpaksaan kau kena ikut jugak cakap lelaki tu kalau kau nak hidup kau aman dan tenteram. Itulah kata hati yang aku katakan.

Takpe-takpe hari ini aku dengar cakap kau hari ni saja kalau kita berjumpa lagi jangan harap aku nak tegur kau dan ikut apa yang kau cakap.

Aku menyambut huluran tangan lelaki itu dengan malas. Huh tak ikhlas pun ada.

"Baik saya setuju. Wahai anak Dato' . Tapi ingat saya ikut cakap awak ni tak ikhlas tau dan saya buat semua ni pun sebab saya nak hidup saya tenteram jer, ingat perkataan tu!" kata aku dengan tegas. Siap terselit perli lagi.

Dasar lelaki suka paksa orang!

"Good! That's my girl." kata Kyran tersenyum sinis.

"I am not your girl okay? Remember that!" kata aku jugak membalas senyumannya iaitu tak kira kalah jugak dengan sinis.

Sebelum aku masuk, sempat aku ambil gitar aku dan letak di tempat yang selamat. Huhu nasib kau tak rosak gitar!

************

Huh! Malam ni adalah malam yang paling malang sekali dalam hidup aku iaitu kena menari dengan lelaki yang tak dikenali. Huh! Aku mengeluh buat keberapa kalinya.

Aku hairan kenapa kena menari bagai nih padahal majlis birthday lelaki ni je kot. Yeah anak Dato' Johanson mestilah semuanya kena perfect bukan?

Kyran's pov

Malam ni aku akan menari dengan perempuan yang berada di hadapan aku. Yeah, semua ciri-ciri yang terdapat perempuan tu memang sama dengan orang yang aku cari iaitu mata biru, bulu mata yang lentik, hidung mancung yang terletak elok di situ, kulit yang cerah dan akhir sekali bibir yang merah bak delima. Semua serbi kena dengan orang yang ku cari.

Tapi dia cuma...ada satu jer yang masih kurang.
Rambut dia, warna merah keperangan tapi perempuan yang ku kenal dulu rambut dia coklat cair. Ish apa yang kau merepek nih Kyran! Entah-entah dia bukan perempuan yang kau cari tak. Tapi itu tak mustahil kalau dia tukar imej dia jadi rambut colour lain. Arghh pening-pening.

Huh! Alangkah indahnya kalau aku dapat menari dengan si dia dan bukan perempuan yang berada di hadapan aku ni.

Rentak lagu mula dimainkan. Semua lampu mula dipadamkan dan terarah kepada lampu bagi orang yang menari.

Sebenarnya, hari ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh menari pada malam ini tetapi mommy aku tu yang memaksa anaknya untuk menari dengan perempuan lain. Huh! Katanya aku ni akan tua kalau tak kahwin sampai sekarang jadi kena belajar untuk mencintai apa punya statement la, aku baru 25 tahun kut.

Aku dengan dia tak tahu nak menari macam mana, yelah keadaan kami sangat kekok sekarang ni .

Puteri's pov

Kan aku dah cakap kitaorang pasti akan kekok mahu menari punya, awatlah dalam ramai-ramai perempuan aku jugak yang dia nak menari. Ish tak suka betui lah nampaknya balik lambat jugakla aku malam ni.

Aku tengok lelaki itu menghulurkan tangan dan aku menyambutnya dengan baik tanpa soal.

Dia menarik tangan aku supaya berada di bahunya dan tangan yang lagi satu berada di dadanya. Haih mintak-mintak jangan blushing sudah. Erk!

Aku tengok dia memegang pinggang ramping aku dan kami menari tapi disebabkan aku yang tersilap langkah, aku dengan tak sengajanya tersandar di dadanya. Dapat aku dengar degupan jantung darinya.

Kyran yang tidak menyangka perempuan tu akan terjatuh dan menyandar tubuhnya terkejut dan menjadi kaku, dia mengangkat kedua-dua belah tangan tanda tidak mahu tersentuh perempuan tu. Yelah, nanti dikira mengambil kesempatan pulak.

Aku pulak cepat-cepat menstabilkan balik kedudukan aku dan meminta maaf padanya.

"Ops sorry entah macam mana boleh tersilap langkah tadi. Sorry eh sebab tersentuh awak."

Kyran menjatuhkan balik tangannya dan hanya mengangguk.

"Kau........tak apa-apa kan?"

Aku lihat dia memandang aku dengan mata redupnya.

Wuish caring jugak mamat ni.

"Ye, saya tak apa-apa pun." kata aku teragak-agak.

Aku tengok dia memusingkan tubuh aku sambil tangan kami berdua yang bercantum.

Dia menarik tangan ku dan menyandarkan tubuh aku yang membelakangi di badannya. Yeah, itulah orang dok menari sekarang ni. Kami masih berpegangan tangan.

Kepala aku menoleh ke belakang dan waktu tu jugak dia melihat ku dari belakang. Disebabkan aku yang menoleh ke belakang automatik dia tercium pipi aku.

Ouh tidak! Apa yang ku buat ni! Aku cepat-cepat beralih ke depan semula dengan jantung yang mengepam dengan laju. Wuish bahaya....bahaya....

Yang aku pun satu pi beralih belakang tu pasaipa! Hisy tak guna kau Puteri!

Tanpa Puteri sedar Kyran menguntum senyuman yang manis menampakkan lesung pipitnya tanda kelakar dengan karenah Puteri yang kelam-kabut.

'Haih nasib aku lah tercium pipi orang lain, huh pecah rekod kut dalam hidup aku tak pernah tercium atau cium pipi orang lain selain mommy aku, bertuah kau perempuan kau adalah perempuan pertama yang ku cium selain mommy aku.' batin Kyran.

Aku memusingkan tubuh aku berkali-kali dan akhir sekali di sambut olehnya.

Aku tengok dia masih menyambut aku dalam keadaan memegang pinggang aku dan kedua-dua tangan aku yang memeluk lehernya, padahal lampu telah dibuka dan semua orang sudah habis menari.

"Hey awak, boleh lepaskan saya? Semua orang dah habis menari dah pun dan sekarang mereka tengok kita." aku berbisik ke arahnya dan hal itu berjaya membuat dia sedar semula dan cepat-cepat menstabilkan kedudukan aku balik.

'Aduih macam mana aku boleh ralit tengok muka dia pulak, hisy buat malu lah kau ni Kyran.' batin Kyran menggaru kepalanya.

Manakala aku pulak rasa macam nak sorok muka dalam bawah meja je sekarang ni disebabkan terlalu malu. Tetapi aku masih ada batas dia lagi.

Semua orang yang melihat wayang free tadi menepuk tangan masing-masing ke arah kami berdua termasuk mommy dan daddy Kyran.

Aku pulak yang mahu mengambil gitar aku dan cau daripada tempat ni. Sekarang dah nak habis majlis buat apa tunggu lagi kan, huhu mesti aunty aku tunggu lama kat rumah.

"Hey , tunggu dulu." kata seseorang di belakang aku. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu.

Haih ape lagi nih tak habis-habis nak menyusahkan orang kalau nak hantar orang balik takpa jugak.

Aku hanya menoleh melihat dia dengan pandangan kosong dan mengangkat sebelah kening tanda kenapa.

"Kau dah nak balik dah ke?" tanya lelaki itu.

Ko rase? Aku nak balik ke atau nak pukul kau? Huh! banyak tanya betul.

"Eh tak lah saya nak balik ke hati awak." kata aku dengan jengkel.

"Ish aku tanya betul-betul nih."

Ish tak faham-faham lagi ke lelaki ni? Ke buat-buat tak faham. Aduh gawat sih.

"Ye saya dah nak balik dah ni cik abang oii." kata aku.

"Tak, aku bukan apa aku cuma nak hantar kau balik ye lah disebabkan aku kau balik lewat malam kan. Dan sekarang pukul 11 lebih kalau kau tak sudi balik dengan aku nanti kang ada hantu teksi pulak malam-malam macam ni." kata Kyran sambil tersenyum sinis. Dia mahu berganjak pergi tetapi dihalang oleh tangan aku.

Weh awat dia cakap macam tu!! Aku dah lah takut hantu ni.

"Errr awak janganlah tinggalkan saya, ye saya terima untuk balik dengan awak, please hantar saya balik." kata aku dengan tangan masih menjalar di lengannya.

Ouh lepas kau cakap macam tu kau nak blah macam tu jer. Huh not easy man!

Kyran menoleh badannya untuk melihat Puteri. Hampir tergelak dia dibuatnya selepas melihat muka pucat Puteri.

Huh! Nampak sangat takut dengan hantu.

"Baik, saya tak tinggalkan awak jom mari ikut saya ke kereta." kata Kyran.

Aku hanya membiarkan dia pergi terlebih dahulu dan diikuti oleh aku di belakangnya.

Lagipun Kyran dah mintak izin daripada mommy nya untuk hantar Puteri balik, siap terima usikan daripada mommy nya lagi lepas tu.

Perjalanan mereka diisi dengan suara Puteri yang menunjukkan jalan untuk ke rumahnya.

Puteri sudah pindah ke rumah yang baru selepas berpindah ke sini. Rumah lama Puteri pulak sudah dijual jadi nampaknya dia berada di rumah lain pulak. Besar tu tidaklah terlalu besar hanya sederhana sahaja.

"Okey dah sampai!! Thanks so much sebab hantar saya balik ye?" kata aku mengambil gitar aku dan keluar daripada keretanya selepas melihat dia hanya mengangguk.

Tetapi lelaki itu memanggilnya di tingkap keretanya dan hal itu membantut perbuatan aku untuk membuka pagar rumah.

"Hey kau! Nama kau siapa? Kau tak bagitau aku pun lagi!" jerit Kyran di dalam kereta.

Tingkap yang memang terbuka di tempat sebelah pemandu memudahkan aku untuk melihat mukanya.

Aku merendahkan sedikit kepala ku untuk menyamakan tingkap kereta tersebut.

"My name is Puteri Ilynia, you just call me Puteri okay." kata aku .Aku kelipkan mata ku sebelah dan tersenyum manis padanya.

Sempat aku lihat dia terkejut besar selepas mengetahui nama aku sebelum aku berjaya membuka pagar rumah.

'Haih dah kenapa dengan dia tu, sampai terkejut dengar nama aku, dari tadi aku pelik kenapa dia asyik tanya nama aku.' batin aku sambil menggaru kepala. Aku hanya menjungkit bahu sahaja dan mengetuk terlebih dahulu pintu sebelum melangkah masuk ke rumah.

'What?!! Nama dia.... adalah Puteri Ilynia? Perempuan yang pernah pura-pura jadi girlfriend aku dulu? Oh my I can't believe it! Ni tak boleh jadi aku harus upah orang untuk siasat dia dulu sama ada mahu percaya dia adalah orang yang sama ataupun tidak, ye aku perlu siasat dia dulu.' batin Kyran dan keretanya yang meluncur laju daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience