Bab 15: You're the same people

Romance Series 9809

Keesokan paginya......

Puteri's pov

"Huwarghh!! Selamat pagi semua!" kata aku kepada bilik ku dalam keadaan masih mamai.

Aku duduk di atas katil dan mengerdipkan mata berkali-kali, cahaya yang menerobos dari tingkap menusuk ke dalam mata aku.

Aku menahan tangan di muka ku supaya cahaya tidak mengena muka ku lagi. Haih ni mesti aunty yang buka tirai ni.

Okey! Let's go bath!

"Laaa, laa, laa, laa, laa, laa." Seluar jean panjang dan baju T-shirt My Little Pony telah tersarung elok di badan ku.

Rambut yang basah aku lap dengan tuala. Sikat yang berada di atas meja solek ku menjadi sasaran aku untuk menyikat rambut ku yang panjang kedebak hingga ke pinggang.

"Aduih! Susah kebenor sih nak sikat rambut, dah lah panjang kedebak." membebel aku seorang diri.

Few minutes later.....

Aku teliti diri ku di cermin meja solek yang telah aku sikat rambut, aku hanya membiarkan rambut aku dilepaskan tanpa mengikatnya terlebih dahulu supaya rambut aku menjadi kering.

Aku turun ke bawah dan wow bau haruman makanan yang aunty aku masak menusuk ke lubang hidung ku. Huhu perut dah berbunyi dondang sayang minta diisi.

"Selamat pagi aunty!" kata aku mencium pipinya ketika dia menyediakan makanan di atas meja.

Aku tengok makanan di atas meja adalah nasi goreng sosej, wow yommy-yommy.

Aku membasuh tangan aku terlebih dahulu. Pinggan dan sudu sudah terletak elok di atas meja.

Ketika aku makan dengan lahap aunty aku bersuara.

"Kenapa kamu balik lambat semalam Puteri? Dato' Johanson suruh kamu buat persembahan sampai lewat malam eh?" tanya aunty aku sambil mencedok nasi ke dalam mulutnya.

Aduih, patut ke aku berterus-terang? Anyone help me.

"Ermmm ya aunty, semalam Dato' Johanson suruh Puteri buat persembahan 2 kali sebab tu la."

Hehehe terpaksa lah aku tipu sunat.

"Habis tu siapa yang hantar kamu? Takkan kamu balik dengan taksi?" tanya aunty aku lagi.

Aku pulak sudah menggaru kepala. Wahai otak yang pandai cepatlah kau cipta alasan. Aha aku tau nak cakap apa.

"Yeah aunty memang betul Puteri tak balik dengan taksi sebab anak Dato' Johanson yang tawarkan Puteri untuk balik bersamanya. Lagipun mommy dan daddy nya tak kisah pun dia hantar Puteri balik." kata aku berterus-terang. Yelah nak cari alasan apa lagi kalau bukan berterus-terang, kan3.

"Ouhh, eh jap-jap maknanya kamu balik dengan seorang artis lah ni?" kata aunty aku dengan nada tidak percaya.

Aku yang sedang minum air tea hijau tersedak apabila mendengar aunty aku berkata begitu.

What??! Anak dia artis??! Kenapa aku tak tau pun? Dah memang wajar lah kau tak tau Puteri, kau kan dah lama tak tengok drama kat televisyen.

"Ehem, minum air banyak-banyak supaya tekak tu tak sakit, haih kamu ni macam mana boleh tersedak?" bebel aunty aku. Hehe nasib baik aku tak tersembur kat makanan kalau tidak, ish3 tak ke naya.

Selepas aku mengikut apa yang aunty aku kata, aku melontar bermacam-macam soalan pada aunty aku.

"Wuish dia ke aunty dia artis? Kenapa aunty tak bagitau Puteri dari dulu? Nama dia siapa aunty? Dia artis popular ke aunty?"

"Ish kamu ni pun lontar soalan macam lontar bola bertubi-tubi cubalah lontar soalan satu-satu supaya aunty tak pening dengan soalan kamu tu."

"Hehehe sorry aunty, betui ke dia adalah seorang artis? Dia memang popular? Aduih kenapalah Puteri boleh tak tahu ni?" kata aku menyilangkan dada dan memuncungkan bibir tanda tidak puas hati.

"Kalau kamu nak tahu habiskan cepat makanan tu kalau dibiarkan lama tak sedap lepas makan baru aunty jawab semua soalan kamu tu."

Selepas aunty aku bercakap macam tu aku dengan lahapnya makan sampai habis.

Selepas makan dan berkemas kami berdua duduk bersantai di ruang tamu.

"Hah ceritalah pasal dia aunty ceritalah." kata aku menggoyang-goyang lengan aunty aku. Dah macam kanak-kanak Ribena yang meminta coklat daripada ibunya pulak.

"Ye sabar-sabar aunty mahu ceritalah ni, bagi soalan kamu tu aunty yakin dia adalah artis yang popular sebab aunty tengok dalam kaca tv dia banyak muncul tapi cuma kamu je yang tak perasan, mana taknya asyik sibuk membuat persembahan la mereka lagu la sampai tak sempat mahu tengok tv. Kalau tengok pun asyik tengok cerita hantu jer." membebel aunty aku. Aunty aku ni kalau membebel memang nombor satu.

"Hehehe sorry lah aunty sebab asyik sibuk jer sampai takde masa nak luangkan masa dengan aunty tapi kan aunty, aunty tau tak nama dia siapa?" Yelah sepanjang aku dengan dia bersama aku tak pernah pun tanya nama dia. Malah dia yang asyik tanya nama aku. Bila aunty aku cakap yang dia artis teringin jugak nak tahu nama dia. Hehehe!

"Aik waktu dia bersama dengan kamu tu kamu langsung tak terdetik nak tanya nama dia? Aunty fikir kamu dah tau nama dia." kata aunty aku mengangkat kening sebelah.

Aduih aunty ni ke situ pulak dia.

"Hehehe entahlah aunty mungkin Puteri terlupa kut nak tanya nama dia." mana taknya kalau asyik dia jer dok tanya nama orang.

"Haih macam-macam lah kamu ni, kalau kamu nak tau nama dia adalah Kyran Andrew Johanson, amacam sedap tak nama dia?"

Kyran Andrew Johanson? Kyran Andrew......macam pernah dengar jer nama tu eh jap-jap dia.....

Bukankah lelaki yang pernah satu kelas dan satu sekolah aku dulu? Yang dia waktu tu dia popular kat sekolah? Yeah aku masih ingat lagi nama panjang dia Kyran Andrew cuma tak tahu la pulak yang ayah dia adalah Dato' Johanson.

"Nama dia pun dah sedap apatah lagi orangnya kan cuma aunty tak tahu lah pulak yang kamu berdua boleh terserempak dengan dia aunty pun baru tau yang dia adalah ayah kepada Dato' Johanson."

Aku hanya membiarkan aunty aku bercakap dan terus memikirkan dia. Serius berita ni betul-betul mengejutkan aku. Orang yang pernah satu sekolah dan pernah express perasaannya pada aku adalah orang yang sama yang aku jumpa semalam? Wuish dahsyat, apakah ini dinamakan takdir dan jodoh? Ecewah!

'Haih kenapa pulak dengan anak saudara aku ni termenung fikir pasal dia ke?' kata aunty Puteri di dalam hati.

"Puteri?... Puteri??! Kamu dah mengelamun kat mana dah ni." aunty aku melambaikan tangannya ke muka aku. Aduih macam mana boleh termelamun ni.

"Ye aunty? Kenapa?"

"Kamu ni asyik termenung jer fikir pasal dia eh?" Eh macam mana aunty aku boleh tau? Dia ada guna ilmu magic ke? Hisy pelik bin ajaib.

"Ermmm takpelah aunty Puteri nak masuk ke bilik sekejap." kata aku yang mahu menganjak pergi daripada situ.

'Haih tak mau mengaku lah tu sebab asyik fikir pasal lelaki tu, haih apelah nasib kamu Puteri tak kahwin-kahwin sampai sekarang.' kata aunty Puteri dalam hati. Dia menggeleng kepalanya berkali-kali.

*************

Pada setiap petang memang hobi aku adalah menyanyi dan hari ini aku akan membawa gitar bersama ku sambil menyanyikan lagu di luar rumah.

Aku duduk di atas buaian berhampiran dengan rumah ku. Buaian itu seperti kerusi alas dan aku sudah sediakan bantal untuk duduk dengan selesa.

Jari-jari runcing aku mula memainkan gitar dengan baik.

**********

Kyran's pov

Huh nasib baik aku dah habis shooting dan sekarang aku rasa inilah masa yang sesuai untuk ke rumahnya.Yeah aku dah bagitau pada manager aku yang hari ini aku ada hal penting jadi manager aku tak payahlah ikut aku setiap masa.

Tetapi dalam masa yang sama jugak aku akan sentiasa berhati-hati daripada bertembung dengan orang. Aku jugak sentiasa membawa mask dan cermin mata hitam sebagai pelindung aku daripada dikerumuni oleh orang ramai. Yeah memang selalu aku harus pakai mask setiap kali mahu keluar.

Selepas beberapa minit dalam perjalanan, aku berhenti di suatu rumah. Yeah aku yakin inilah rumahnya.

Tetapi tidak mungkin untuk aku masuk ke dalam jadi aku membuat keputusan untuk tunggu di luar. Yeah aku perlu tunggu dia keluar daripada rumah sebab aku cuma mahu mengambil gambar dia untuk disiasat oleh manager aku.

Aku tahu keputusan yang ku buat ni adalah kedengaran bodoh tapi firasat aku mengatakan yang dia pasti akan keluar daripada rumah pada petang ni. Aku harap sangat rancangan aku ni berjaya lagipun aku bukannya suka sangat tunggu orang ni.

Sementara menunggu perempuan tu aku ralit melihat handphone aku kut2 lah ada perkembangan terkini daripada media sosial yang menceritakan pasal aku.

Aku memang lah terkenal daripada kaca tv tapi tak semestinya aku terkenal di media sosial. Aku jugak paling pantang kalau orang muat naik gambar aku di media sosial.

Tunggu punya tunggu akhirnya tekaan ku tepat pada sasaran yang perempuan tu akan keluar dari rumah tapi bukannya keluar dari rumah untuk ke mana malah hanya duduk santai di luar rumah sambil membawa gitar.

Maka aku cepat-cepat turun daripada kereta sebelum tu aku telah memakai mask dan cermin mata hitam di muka ku. Aku membengkok sedikit badan dan melihat dia dari celah-celah pagar. Aku rasa dia mahu menyanyikan lagu sebab tulah dia membawa gitar ke luar rumah.

Hmm, why I always imagine him?

Is he the person that I loved?


Hmm, I have no sense of what

I am feeling right now


I hope one day I would never

see him again

But why this fate finds us again

Ouhh, I still remember his smile,
his mouth, and everything to him

Ouhh, I still remember that time

he express his feeling to me


But, I just left from his life

without any news


I know I'm cruel but to me
he deserves a better girl than me


Ouhh, I'm not worthy of being

loved and better left behind


Ouhh, I wish you happy

without me

Lagu nih....lagu ni kenapa macam ditujukan untuk aku dan sekarang aku rasa dah yakin yang dia adalah orang yang sama selepas dia menyanyikan lagu tu. Puteri Ilynia, yeah dialah orang yang ku cari selama ini.

Disebalik mask yang ku pakai terbit senyuman manis iaitu senyuman yang sudah lama tidak muncul di bibir aku.

Puteri's pov

Semasa aku menyanyikan lagu ini aku masih ingat lagi di saat pertama kali aku melihatnya, disaat pertama kali dia mendukung ku, disaat pertama kali dia merawat luka ku dan dia orang pertama jugak la yang meluahkan perasaannya terhadap aku.

Aku masih ingat lagi waktu tu...

"Okey, aku akan bagitau kau dengan jelas sekali lagi aku yang bernama Kyran Andrew buat pertama kalinya sudah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berjaya mencuit hati aku dalam diam. Perempuan itu adalah orang yang berada di hadapan aku sekarang ini."

Yeah perkataan tu, sentiasa tersemat dalam minda ku. Aku tidak akan boleh lupakannya, entahlah kenapa tapi yang ku tahu dia tak patut luahkan perasaannya pada aku pada waktu tu.

Tengok lah sekarang ni kitaorang berjumpa semula tapi dalam keadaan masih tak kenal antara satu sama lain. Tetapi aku yakin hari ini dia dan aku sudah tahu identiti diri masing-masing. Tapi aku jugak tahu dia terlebih dahulu tahu identiti aku yang sebenarnya dari semalam manakala aku baru tau hari ini.

Cuma aku rasa sedikit bangga dan terharu kerana dia telah membuktikan yang dia boleh hidup dengan baik tanpa aku. Aku fikir dia pasti akan membenci aku selepas tahu aku adalah orang yang dia suka sewaktu di sekolah. Mesti sampai ke hari ini dia merasakan yang maruahnya dipijak-pijak. Kalau aku jadi dia pun pasti aku akan berasa sedih, marah, kecewa dan sebagainya.

I'm proud of you Kyran Andrew, but I hope all of us will never see each other again.

Puteri masih tidak tahu yang dia diperhatikan, sementara lelaki itu pulak membuka mask mukanya dan berkata.

"Kita akan berjumpa lagi Puteri Ilynia, disaat itu tiba aku akan pastikan kau akan jadi milik aku buat selama-lamanya. Just wait and see." kata Kyran tersenyum misteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience