Bab 21: Investigation

Romance Series 9772

"Puteri! Kamu buat ape tu? Masak eh?" kata aunty Puteri. Dia menjengah Puteri di dapur.

"Ye aunty Puteri tengah masak bubur nih untuk kawan Puteri sebab dia sakit aunty." kata Puteri yang tengah kacau bubur di dalam periuk.

"Wow, nampak sedap kat aunty takde ke?"

"Eh mestilah ada hari ni Puteri masak ikan siakap sambal, sayur kangkung dan akhir sekali lauk tempoyak. Puteri pun ada masak bubur lebih ni kalau aunty nak." kata aku panjang lebar.

"Wow tak sabar pulak aunty nak rasa masakan Puteri nih." kata aunty aku yang buka tudung saji di atas meja.

"Aik? Bukankah Puteri dah pernah masak kat aunty beberapa kali dah?" kata aku mengerutkan kening.

"Yelah kebelakangan ni kan kamu asyik sibuk jer aunty pulak dah lama rindukan masakan kamu." kata aunty aku.

Aku pulak dah jatuh kesian pada aunty aku.

"Hmm takpe aunty mulai hari nih dan hari lain kalau Puteri tak sibuk Puteri masak untuk aunty ya?" kata aku tersenyum padanya.

"Betui ke nih Puteri? Janji?" kata aunty aku.

"Yupp janji." jari kelingking kami berdua bercantum.

"Kawan Puteri tu sape? Kyran kan betui tak?" kata aunty aku. Waktu tu aku dengan dia tengah sedap menjamu selera. Nasib baik tak tersedak tadi lepas aunty aku cakap macam tu.

"Hmm ya. Aunty izinkan tak Puteri pergi rumah dia? Sebab dia dah chat Puteri dan bagi alamat rumah dia suruh Puteri pergi sana hantar makanan." kata aku dengan jujur sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Boleh jer. Takkan aunty tak bagi Puteri pergi cuma jangan lama-lama pulak dok kat sana nanti ya?"

"Hmm baik boss!" kata aku mengangkat tangan ke dahi seperti askar.

Selepas makan, aku sudah tempah grab supaya ikut alamat yang tertera di skrin telefon aku. Sebab aku tak reti sangat selok-belok jalan nih.

Dan selepas beberapa minit, kereta tersebut berhenti betul-betul di tepi pagar rumah yang besar kedebak. Selepas membayar apa yang patut aku turun daripada kereta tersebut dengan tangan yang membawa bekal makanan. Aku tengok pagar dia. Wow cantik ada ukiran halus lagi tinggi pulak tu ni kalau orang nak rompak memang tak boleh la gamaknya.

Aik! Ni rumah ke istana? Mengikut alamat dan fikiran logik ku yang ni lah rumahnya. Pffft kalau kat luar dah nampak mewah tambah kat dalam, lagilah mewah. Hehehe.

Aku nampak ada loceng di tepi pagar kiri aku. Aku apa lagi dengan sedikit teragak-agak aku tekan loceng sebanyak dua kali. Aku ada ternampak seperti ada rakaman suara di loceng tersebut.

"Siapa itu?" kata seorang wanita dari rakaman suara di loceng tersebut.

Aku berdehem seketika sebelum berkata.

"Saya kawan Kyran, Kyran ada tak?" kata aku.

"Oh kawan tuan Kyran. Sekejap ya?"

Aku mengerutkan dahi seketika dan pagar rumah dengan sendirinya terbuka. Mungkin wanita tadi guna alat kawalan untuk bukakan pagar. Serius teknologi sekarang semakin canggih nampaknya.

Aku masuk ke pekarangan rumah dan terlihat la seorang wanita yang seperti berpakaian maid datang ke arah aku.

"Hmm, kamu boleh masuk cik...."

"Puteri, panggil Puteri saja." kata aku menghadiahkan senyuman manis untuknya.

"Okey kamu boleh masuk Puteri sebab Tuan Kyran sekarang berada di bilik. Dato' dengan Datin pula takde di rumah. Mari kita masuk ke dalam dan mak cik akan tunjukkan bilik tuan Kyran." kata bibik tersebut mempersilakan aku masuk. Ouhh rupa-rupanya Datin dan Dato' takde. Fuhh nasib baik sebab aku pun rasa macam tak ready jer nak jumpa mak ayah dia walaupun aku pernah berkhidmat untuk ayah dia.

Aku hanya setia mengekori langkah nya dari belakang. Sepanjang perjalanan nak ke bilik Kyran. Sempat lagi aku cuci mata untuk lihat suasana di dalam rumah tersebut. Serius cantik giler rumah dia, aku yang masuk rumah orang kaya pun rasa macam janggal la pulak.

Sebelum tu aku ada ternampak gantungan gambar di dinding iaitu gambar Kyran dan keluarganya yang tersenyum lebar, waktu tu terlihat Kyran masih kecil dalam anggaran umur 6 tahun aku rasa. Serius waktu dia kecik tembam giler pipi dia tu macam chubby jer aku tengok tapi dah besar makin handsome dan tak chubby dah.

"Hmm Puteri? Nilah bilik tuan Kyran. Cuma dia masih tak sihat lagi. Kalau ada apa-apa kamu panggil mak cik ya?" kata bibik tersebut.

"Hmm tunggu dulu, nama mak cik siapa ya?" kata aku. Yelah dia masih tak perkenalkan nama dia siapa.

" Ohh panggil saja mak cik Zah. Kalau takde ape mak cik pergi dulu ya? Ada kerja sikit nih."

"Ohh terima kasih ya mak cik Zah."

"Ye sama-sama."

Aku menarik nafas panjang dan menghembus nafas sebelum ketuk pintu biliknya. Harap-harap dia tak tido lagi.

"Masuk, tak kunci pun." kata Kyran dari dalam.

Aku masuk ke dalam biliknya dan menutup perlahan pintu bilik tersebut. Aku tengok dia sedang sandarkan badan di kepala katil dan sedang layan phone sampai tak sedar aku berada di sini. Oh jadi ni lah kerjanya main game rupanya. Macam mana aku boleh tau sebab aku dengar seperti suara game yang tengah berlawan. Aik dia nih main PUBG ka?

Aku tersenyum miring sebelum jalan terjengket-jengket mendekati katilnya dan mencuit-cuit bahunya berkali-kali. Bekal makanan pulak aku letak di atas meja tepi katilnya. Aku membongkok badan dan melihat handphone dia dan ternyata benar dia tengah main game PUBG rupa-rupanya.

Kyran yang merasakan ada orang yang berada dekat dengannya dan menyentuhnya menoleh kepala ke kiri dan hampir terjerit melihat Puteri yang berada di sini. Puteri pulak hanya tayang sengih dan membuat piss di tangan.

Hampir tergelak aku melihat mukanya yang seperti terkejut sangat. Mungkin dia fikir orang yang masuk bilik dia tadi adalah mak cik Zah kut, hehehe.

"Awak buat ape kat sini, Puteri?" kata Kyran yang terduduk terus apabila melihat Puteri.

Aku pulak yang tertepuk dahi sendiri. Eh dia nih cepat pelupa eh? Semalam punyalah chat suruh aku datang rumah dia dan bawak makanan sedap-sedap. Adoi dia nih memang encik pelupa betul la.

"Halo Mr. Handsome, awak dah lupa ke yang awak tu yang suruh saya pergi ke rumah awak semata-mata suruh saya bawak makanan? Ha dah lupe?" kata aku yang mencekak pinggang. Aku menjentik dahinya perlahan.

"Adoi sakitlah cik kak! Dah la saya tengah demam nih." kata Kyran yang menggosok-gosok dahinya perlahan.

Aku tak berkata apa sebaliknya ketawa kecil dan menggelengkan kepala. Aku membuka bekal makanan yang berisi bubur tadi dan menyua ke arahnya.

"Nah ni bubur yang saya masak untuk awak. Awak makanlah." kata aku yang menyua bekas bubur beserta sudu yang sudah aku bawa.

"Ala awak tolong suapkan saya la boleh tak?" kata Kyran yang menunjuk mulutnya dan tersengih. Dia langsung tidak menyambut bekas tadi.

Adoi dia nih kang mengada betul lah. Macam budak baru umur 5 tahun pulak.

"Hmmm." aku hanya berhmm saja malas mahu berkata apa lagi. Aku duduk di tepi katilnya manakala dia duduk bersandar di kepala katil.

"Aaaaaa, kapal selam dah nak masuk." kata aku yang sudah siap sedia mahu menguapnya.

Kyran ketawa kecil sebelum membuka mulutnya.

"Macam mana sedap?"

"Hmm, awak suap saya bagi habis dulu baru saya bagitau rasanya." kata Kyran. Ceh sedap la tu ingat orang tak tahu kut.

Aku tengok dia asyik memandang aku sambil tersenyum-senyum apabila setiap kali aku menyuapnya. Setiap kali dia tersenyum jugak la aku terasa dalam hati aku nih seperti ada suatu perasaan yang sangat asing. Apabila dia tersenyum jugak la aku pasti terasa mahu tersenyum jugak. Entahlah kenapa dengan aku nih.

"Alright! Akhirnya habis jugak bubur! Licin pulak tu. Mesti sedap kan?" kata aku yang sudah tutup bekas tadi dengan tudung dan letak atas meja.

"Hmm s.." belum sempat Kyran mahu berkata apa Puteri sudah menghalang.

"Eh jap-jap!" kata aku yang buat tangan stop tepat-tepat di mukanya. Kyran pulak sudah mengerutkan keningnya. Nasib baik tak terkena hidung tadi.

Puteri menjatuhkan tangan dan mendekatkan mukanya. Dia asyik melihat di tepi bibir Kyran yang kelihatan sedikit comot.

Tanpa berfikir panjang Puteri mengelap bibir Kyran yang sedikit comot menggunakan jari jemari ku.

Aku terasa ada sentuhan lembut di tangan aku apabila memegang bibirnya. Aku memandang mata Kyran dengan tepat dan dia pun memandang aku.

Satu detik
Dua detik
Tiga detik

Kyran memegang tangan Puteri yang berada di mulutnya. Tangan yang lagi satu membelai rambut dan wajah aku dengan lembut.

Aku yang bagai baru tersedar dari mimpi terasa seperti ada sentuhan hangat di tangan dan di wajah aku.

Mata aku berkelip-kelip apabila memandangnya. Apabila aku dah tahu yang dia seperti mahu ambik kesempatan aku dengan automatiknya berdiri tegak di tepi katilnya.

"Puteri, saya nak awak tahu yang kalau saya demam atau sakit mommy saya pasti akan temankan saya tidur. Tapi mommy saya ada urusan yang sangat penting dengan kawan dia, jadi dia tak boleh temankan saya sampai saya tidur. Jadi saya nak awak tunggu sini lebih lama lagi boleh tak untuk temankan saya tidur?" kata Kyran yang sedikit pucat mukanya.

Aku pulak yang terdiam seribu bahasa apabila mendengar apa yang dia cakap. Mata aku masih merenung matanya yang sayu. Dapat ku lihat dia seperti merayu pada ku. Lengan aku pulak dia goyang berkali-kali seperti budak kecik.

"Hmm yelah tapi jangan buat saya kena temankan awak sampai malam pulak." kata aku yang menuding jari tanda amaran keras buatnya.

"Ye, saya janji. Awak cuma kena teman saya sekejap jer." kata Kyran yang siap angkat tangan lagi buat ikrar.

Aku duduk di tepi katilnya. Dan dia membaringkan tubuhnya di atas bantal. Mata dia masih terbuka luas sambil melihat aku. Aku mengeluh perlahan. Perlu ke aku dodoi dia macam budak bayi takpun bacakan buku tentang cerita dongeng untuk dia tidur? Argh mengarut!

Lama kitaorang diam sebelum aku berkata.

"Lama lagi ke untuk awak tidur?" kata aku yang sudah mula bosan.

Kyran tidak berjawab apa malah menghulurkan tangannya kepada aku.

Aku pulak tayang muka blur.

"Apa?"

"Hulurkan tangan awak sekejap untuk saya." kata Kyran.

Aku hanya ikut sahaja apa yang dia kata. Tangan kanan aku letakkan di tapak tangannya. Dia membelai lembut tangan aku sebelum dia letakkan di dadanya dan menggenggam tanganku erat dalam keadaan berbaring. Kyran mula memejamkan matanya.

Ouhh bagitau ler kalau perlukan tangan orang. Ni tak senyap daripada tadi dah pasaipa. Aku menepuk dahi ku dengan cukup perlahan. Tidak mahu dia terjaga pulak.

Aku memandang wajahnya dengan teliti dari dahi hingga ke bibir. Wajahnya saja cukup membuatkan siapa-siapa sahaja dengan mudahnya terjatuh cinta. Aku membelek wajahnya perlahan dengan teragak-agak menggunakan tangan cantik aku. Kut2 lah ada jerawat takpun jeragat ke. Hehehe.

Ouhh langsung takde! Serius suci bersih muka dia pulak tu! Hmm aku rasa mesti setiap masa dia jaga muka dia. Aku ketawa kecil sebelum berkata.

"Kyran, awak tahu disaat awak sentiasa bersama dan dekat dengan saya pasti hati saya berkata-kata mahu sentiasa bersama lagi dengan awak. Awak tahu sebabnya? Entahlah saya pun tak tahu. Tapi yang saya tahu awak selalu menggembirakan hati saya disaat saya bersama awak. Macam.....saya nih sangat senang apabila bersama dengan awak. Cuma tulah saya rasa awak dengan Farah adalah kawan yang paling saya sayang dan selesa."

Aku melihat mukanya sambil menongkat dagu dan tersenyum . Dia kelihatan seperti tertidur nyenyak siap berdengkur kecil lagi.

"Aha awak tahu Farah dah jadi penyiasat yang terhebat sekali. Semua kes dia boleh atasi. Hebatkan dia? Macam tak percaya pulak dia bekerja sebagai penyiasat." kata aku yang hanya bercakap seorang diri. Entahlah kenapa aku luahkan perasaan kat sini jugak la walaupun takde sape yang dengar.

"Sebenarnya saya dah jumpa dah dengan Farah dekat Filipina waktu dia bertugas sama kat situ cuma tulah dia asyik sibuk dalam mengendalikan kes dengan kawan dia. Tapi saya selalu contact dengan dia walaupun dia sibuk sehinggalah saya sekarang berada di sini. Tetapi tak lama lagi dia akan balik semula dekat sini nanti mesti dia dah tahu yang awak telah jadi artis terkenal, hehehe." kata aku ketawa kecil. Mesti Farah terkejut giler arh kalau dia tahu Kyran Andrew jadi artis. Cuma rindu pulak aku dengan dia.

Apabila aku rasa sudah cukup lama berada di situ. Lagipun dia dah tidur dengan nyenyak aku menggerakkan tangan kanan ku perlahan yang masih berada di genggamannya. Lenguh weh!

Aku mengangkat tangan dia perlahan yang berada di atas tangan ku. Dan akhirnya terlerai jugak daripada pegangannya. Aku meletakkan tangan dia semula di atas dadanya dengan perlahan-lahan. Aku mengambil bekas tadi dan beg tangan ku yang berada di atas meja dan cau daripada situ. Fuhh!

Selepas Puteri keluar daripada bilik. Kyran membuka matanya perlahan dan tersenyum kecil. Dia membetulkan kedudukannya di atas katil sebelum terlelap di situ.

************

"Puan muda, tuan Kyran selama ini mengintip kita. Dan pengintip tersebut telah mendapat maklumat pasal saya yang menyebarkan berita palsu itu. Puan muda tak risaukah kalau rancangan kita akan hancur nanti." kata seorang lelaki kepada seorang perempuan misteri tersebut.

Bibirnya yang memakai lipstik merah tua mula mencarik senyuman miring.

"Takpe Jack, biar saja mereka dapat tahu identiti kau dulu. Lagipun kau takkan tertangkap dengan polis selagi ada aku. Takpe kau terus saja perhatikan Puteri dan Kyran, aku nak tengok sama ada mereka masih bertahan untuk bersama ataupun tidak." kata perempuan tersebut.

"Jadi puan muda ada rancangan yang lebih baik untuk memisahkan mereka?" kata orang yang bernama Jack tersebut.

"Yeah, aku ada rancangan yang terbaru untuk kau. Aku nak kau dengan konco-konco kau buat sesuatu untuk aku. Takpe, pasal bayaran kau tak perlu risau, janji kau buat kerja kau dengan baik." kata perempuan tu lagi.

"Baik Puan Muda, nanti saya akan bagitau konco-konco saya." kata Jack yang hanya tersenyum miring.

Manakala perempuan tersebut sudah ketawa sinis.

"Aku takkan biarkan kau bahagia perempuan lain melainkan aku. Takpe, kau selalu tolak aku ya Kyran. Suatu hari nanti kau akan menyesal sebab pilih perempuan tu!" kata perempuan itu sambil menggenggam buku limanya.

*************

Balik-balik jer terus aku mandi dan berbaring di atas katil sebentar bagi melepaskan lelah.

Deringan telefon aku yang berada di dalam beg aku capai di tepi katil dan menjawab panggilan telefon tadi tanpa melihat nama si pemanggil.

"Halo?" kata aku membuka bicara. Tubuh aku hempas di atas katil dan telefon masih berada di telingaku.

"Hello beb! I have good news to you!" kata si pemanggil di talian sana dengan nada ceria.

Automatik aku lihat nama si pemanggil di skrin telefon dan ternyata rupa-rupanya Farah! Uish baru jer sebut pasal dia tadi. Macam tahu-tahu pulak.

"Awat beb apa yang good news sangat tu? Takkan kau dah nak kahwin betui tak? Hehehe." kata aku saja mahu menyakat gadis itu. Dia pun seperti aku masih single dan elegant. Heheh!

"Ish dia nih kang! Kesitu pulak dah dia! Ni ha aku nak bagitau yang aku nak balik dah!!" kata dia yang menjerit di talian sana.

Aku menjauhkan sikit telefon aku dengan telinga aku. Serius suara dia memang kuat giler! Ni kalau jerit lagi nih gerenti semua kaca akan pecah dengar suara dia. Tapi aku tak kisah sebab dia kata dia nak balik. Wuish aku dah boleh terbayangkan dah pipi chubby dia tuh. Muahehe!

"Wuish bila tu weh kau nak balik? Aku pun dah rindu kau nih." kata aku yang seronok sangat yang dia mahu balik. Aku memusingkan rambutku dengan jari jemari ku sambil tersengih.

"Kalau tak silap aku esoklah lagipun aku rindu sangat dengan kau dengan mak ayah aku nih." kata Farah. Yeah mak ayah dia tinggal sini dan kadangkala tu aku pasti akan menziarahi depa tapi sejak aku bekerja jadi penyanyi upahan nih dah lama lah pulak tak jenguk depa. Aku dengan aunty aku kan baru duduk sini dua bulan.

"Yeah tugas kau kat sana dah habis ke? Mak ayah kau dah tahu dah yang kau nak balik esok?" tanya aku bertubi-tubi. Yelah dia sebenarnya kerja kat sini tapi tulah dia diberi tugas untuk selesaikan kes yang baru kat Filipina dan kat situ jugak la kitaorang berjumpa. Tapi disebabkan aku berpindah ke sini dan dia kat sana kitaorang dah lama tak berjumpa walaupun hanya beberapa bulan jer tak jumpa.

"Yupp dah habis dah lagipun boss aku kata lepas siapkan kes kat sini aku boleh mintak cuti dan bolehlah aku luangkan masa dengan kau dan keluarga aku. Dan yang pasal mak ayah aku tu aku dah bagitau mereka awal-awal dah." kata Farah di talian sana.

"Ohh baguslah tu kau dah bagitau awal-awal dah. Kau mintak cuti berapa hari beb?"

"Hmm boss aku dah cakap yang dia bagi aku cuti sebulan tapi kalau ada kes yang memerlukan aku pasti aku kena jalankan kerja jugak."

"Ohh cukuplah la tu sebulan kau dapat cuti nanti kita bolehlah shopping sama-sama bukan?" kata aku yang sudah tak sabar mahu jumpa dengan dia esok. Ni aku mesti bagitau aunty pasal nih!

"Hmm betui tu! Nanti kat airport nanti kau nak jumpa aku tak esok nih?" kata dia di talian sana.

"Eh mestilah nak, kau kan BFF aku lagipun mak ayah kau pun mesti datang esok untuk jemput kau."

"Betui3 mereka ada kata nak jemput aku kat airport nanti, hehe." kata dia.

"Aku tak sabar nak tengok muka comel kau tu, muahehe!" kata aku.

"Aku pun tak sabar nak tengok muka cantik kau tu! Hihi."

"Hmm dahlah aku nak tutup panggilan nih tak sabar pula nak bagitau aunty aku kut2 lah dia nak datang ke airport sama esok." kata aku.

"Hmm tulah bubye jumpa esok my BFF. Moah!" kata dia.

"Hmm moah! Bubye." kata aku. Aku letak di telefon aku di atas katil. Mulut aku tak henti-henti senyum. Aku keluar daripada bilik dan terus ke bawah.

"Aunty! Puteri ada good news nih!" kata aku yang jerit terlolong-lolong seperti orang gila.

Tengok kat dapur takde, tengok kat ruang tamu tak de. Mungkin kat dalam bilik dia kut.

"Aunty!" kata aku yang menjengah ke dalam biliknya.

"Ye sayang."

"Aunty buat ape tu?" kata aku yang duduk bersila di atas katil di tepi aunty aku.

"Ni ha dok tengah reka baju baru yang akan diterbitkan nanti." kata aunty aku yang tengah melukis di atas buku. Aku tengok dia tengah melukis untuk mereka baju gaun yang cantik. Mungkin aunty aku nak buat baju baru lagi untuk dipromosikan.

"Wow cantiknya aunty lukis! Puteri yakin baju gaun yang aunty reka nih pasti mendapat sambutan hangat nanti." kata aku dengan gembira.

"Hmm ye lah tu ni apasal masuk dalam bilik aunty nih?" kata aunty aku yang menghentikan kerjanya. Dia hanya memfokuskan pada aku pulak.

"Hehehe Puteri ada good news nih nak bagitau aunty." kata aku.

"Ni gembira dan tersengih-sengih nih mesti ada apa-apa kan?" kata aunty aku yang turut tersenyum. Dia mencuit hidung ku dengan manja.

"Yupp betui tu aunty. Puteri nak bagitau yang...Farah dah nak balik ke sini aunty!" kata aku yang tersenyum menampakkan lesung pipit. Aku menepuk tangan ku berkali-kali seperti budak kecik.

"Ohh dia ke? Nampaknya nanti akan jadi meriahlah kat rumah nih sebab nanti dia akan selalu melawat Puteri betui tak?"

"Tula aunty, walaupun Puteri baru berpisah dengannya selama dua bulan tapi Puteri masih rindu jugak nak dengar gelak ketawa dia. Dia kan my BFF Puteri." kata aku sambil tersenyum semula.

"Aik Kyran tu pulak bukan BFF kamu?"

Ha'aa lah dia kan kawan aku jugak. Okey mulai hari nih aku akan anggap dia BFF aku, muahehe.

"Ye aunty betuilah yang Kyran pun BFF Puteri juga terlupa lah pulak. Hehehe." aku ketawa kecil. Aunty aku hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.

"Hmm yela tu BFF nanti kang jadi LYC pulak."

"Hah LYC? Apa maksud dia?" kata aku yang menggaru kepala yang tidak gatal.

"Lelaki Yang Dicintai muahahaha." kata aunty aku sambil gelak berdekah-dekah. Aku pulak dah terkelu lidah untuk berkata apa-apa.

Melihat muka Puteri yang hanya diam saja aunty nya bersuara.

"Laa aunty bergurau jer, Puteri tersinggung ke dengan kata-kata aunty?" Kut2 lah anak buah dia merajuk dengan dia pulak. Tapi Puteri bukanlah orang yang mudah merajuk sangat.

"Eh takpelah aunty, Puteri tak tersinggung pun dengan kata-kata aunty tu." kata Puteri. Namun selepas itu dia hanya diam saja. Macam mana kalau apa yang aunty kata tu akan betui-betui terjadi. Arghh nampaknya aku kena periksa sama ada hati aku jatuh cinta pada dia betul-betul ataupun tidak. Yeah betui tu aku kena cari punca kenapa aku rasa dia istemewa sangat bagi aku.

***********

Kyran's pov

Hari ni akan aku dapat kebenaran siapa punca yang menyebarkan berita palsu yang menyatakan aku dengan Puteri ada hubungan istimewa. Yeah, penyiasat upahan aku mengatakan bahawa dia dah dapat bukti siapa orang tersebut. Dan dia kata mahu jumpa aku di restoran berhampiran tempat shooting aku. Jadi aku hanya jalan kaki saja untuk sampai ke sana. Oh sebelum tu aku sudah sarungkan mask dan kaca hitam di muka ku. Aku jugak memakai pakaian hoodie di badan ku.

"Hai bro!" kata aku menyapanya.

"Ouhh, hai tuan Kyran." kata dia yang menunduk sedikit ke arah aku dan tersenyum. Aku membuang mask dan spek mata hitam ku dan letak di atas meja. Aku membalas senyumannya. Orang tak ramai sangat takpe lagipun rimaslah asyik pakai mask jer dengan spek mata hitam.

Selepas itu, kami berdua bersalaman dan berpelukan sebentar. Aku dengan dia duduk bersantai di tempat tersebut. Kaki aku silangkan seperti big boss.

"Tak mau order apa-apa ka, tuan Kyran?" kata dia.

"Takpe, eh jap saya belum tahu lagi kan nama awak? Nama awak siapa?" kata aku. Yelah kalau dia dah jadi pengintip aku mestilah kena tanya nama dia. Aku tengok pun dia masih muda dan handsome.

"Ohhh nama saya Mark. Panggil Mark je." kata dia.

"Ouh Mark, sesuai nama dengan orangnya." kata aku tersenyum mesra menampakkan lesung pipit. Aku meletakkan kedua-dua tangan di atas meja.

"Ohh terima kasih tuan Kyran sebelum saya terlupa saya mahu bagitau hasil siasatan saya pada tuan Kyran." kata Mark pada aku.

"Ye silakan." kata aku.

"Mengikut siasatan saya orang tu sangat licik dalam menjadi wartawan palsu dan ia dengan senangnya boleh menyebarkan isu berita kerana mempunyai bukti tentang gambar tersebut iaitu gambar tuan Kyran dengan perempuan tu. Jadi saya syak dia upah orang ataupun dia yang mengambil gambar tuan Kyran dengan perempuan tersebut di taman. Ini maklumat tentang lelaki nih." kata Mark yang menunjukkan beberapa kertas kepada aku. Siap ada gambar wartawan palsu tu lagi. Hmm macam orang gangster jer gambar dia nih.

"Nama orang nih adalah Sam Jackson. Umur dia 24 tahun dan dia adalah seorang kepada ketua gangster pada konco-konconya. Dia jugak pakar dalam merancang, mengintip, merompak dan akhir sekali membunuh. Saya syak dia jugak selalu bekerja untuk orang lain. Dia pernah ditangkap oleh polis tetapi berjaya melarikan diri." kata Mark yang menerangkan apa yang patut.

Aku pulak dah terlopong. What the fish? Patutlah gambar dia macam gangster.

"Ketua gangster? Maknanya...dia ketua penjenayah? Tapi kenapa mereka mahu kacau saya padahal saya bukannya pernah terjebak dengan hal nih?" tanya aku. Serius benda nih bukan boleh dibuat main-main. Benda ini jugak boleh membahayakan nyawa aku dan jugak Puteri.

"Itu saya tak pasti tapi saya rasa ada orang yang mengupahnya untuk mengintip tuan Kyran dan jugak menyebarkan berita palsu. Dan mungkin Sam Jackson ni bukanlah dalangnya yang sebenar."

"Maknanya ada orang yang dengki dengan saya dan awak rasa dalangnya adalah orang lain? Hmmh ternyata menjadi artis memang lah tersangat susah." kata aku menggepalkan tangan. Mark hanya mengangguk sahaja.

Aku menjadi artis ini bukanlah kerana keinginan aku tapi ianya semata-mata untuk mencari Puteri sebelum akhirnya aku dapat jumpa dia. Tapi aku tak sangka pulak semua ini akan terjadi. Aku mengurut kepala aku sebentar. Manakala Mark hanya melihat aku dengan simpati. Lama kami berdua diam sebelum aku bersuara.

"Buat masa ni saya nak awak siasat habis-habisan dulu.Tapi saya jugak takut keselamatan awak kalau..."

"Takpe, tuan Kyran. Selain bekerja sebagai penyiasat ni saya jugak pandai dalam mempertahankan diri. Tuan Kyran tak usah fikir banyak-banyak ya?" kata Mark tersenyum.

Yeah dia memang pernah mengendalikan kes ini dulu dan pernah dicederakan tapi kes ini jugak adalah kes yang paling berat untuk dia kendalikan buat masa ini sebab orang yang dia siasat nih bukanlah calang-calangnya malah dia takut kalau dia jugak tidak dapat kendalikan kes ini seorang diri. Tambahan pula, orang yang dia bekerja adalah orang artis.

Aku pulak mengerutkan dahi.

"Saya rasa awak perlukan pengawal peribadi seorang takpun pembantu untuk tolong awak siasat kes nih. Sebab saya takut nanti awak tak dapat kendalikan kes ini seorang diri." kata aku kepadanya. Aku bukanlah orang yang terlalu kejam nak biar dia sorang-sorang settle kes nih.

"Hmm baik tuan Kyran. Saya jugak ada seorang kawan yang pakar siasat seperti saya. Dan saya pasti dia boleh tolong saya."

"Baik, kalau ada apa-apa perkembangan atau masalah awak boleh telefon saya terus, okay?" kata aku.

"Yeah baik tuan Kyran." kata Mark. Kami berdua berbalas senyum.

Share this novel

miya
2020-04-19 23:56:55 

hahaha tulah thanks so much aina *~

@Autumn Levander
2020-04-19 17:02:06 

part main pubg tu.. hahaha. Menanti chapter baru.Bab baru ni best.


NovelPlus Premium

The best ads free experience