Bab 5: Number phone

Romance Series 9772

Sekarang ni aku berada di kereta Kyran, ehem I mean kereta driver Kyran, hmm besalah orang kaya.

Huh! Sebenarnya aku dah tolak habis-habisan supaya dia tak menghantar aku balik tetapi dia bertekad juga untuk hantar aku balik maka aku pun hanya iyakan saja, nasib kau lah Puteri kalau aunty kau nampak kau balik dengan siapa.

Tapi serius kereta ni mewah aku yang duk sini pun rasa rendah diri pun ada sebab tak pernah duk dalam kereta yang mewah.

"Weh kau bagi nombor telefon kau." kata Kyran menghulurkan tangannya.

"Apasal pula?"

"Aku minta kau bagi jelah."

Aku smirk.

"Kenapa saya kena dengar cakap awak? Awak bukannya orang yang saya sayang pun nak ikut arahan bagai ni ." kata aku masih dengan sikap keras kepala.

Aku tengok dia mengeluh seketika mungkin letih melayan kerenah aku. Padan muka! Tadi paksa sangat orang suruh balik dengan dia.

"Habis tu kau nak aku buat kau sayang aku ke supaya kau ikut arahan aku?" Kyran memegang kedua-dua bahu Puteri.

Hey! Suka-suki jer nak pegang orang! Ingat orang ni kecik lagi ke nak suruh pegang-pegang. Nasib baik pemandu tu tengah ralit dok memandu.

Aku membisikkan Kyran kata-kata yang mungkin manis.

"Lebih baik awak lepaskan tangan saya sebelum saya jerit dekat sini biar pemandu awak dengar." bisik aku di telinganya.

Dia bisik balik di telinga aku.

"Kau aku dah lantik kau jadi kekasih aku jadi I need your number phone, please." bisik dia lagi di telinga aku.

Aku bisik balik di telinganya.

"Correction, saya yang mahu tolong awak and jadi kekasih pura-pura awak, so bukan awak yang lantik saya. And one more thing cara awak cakap ni macam saya ni perempuan murahan pula kalau awak cakap lagi saya macam tu, saya tak akan teragak-agak tolong awak lagi sampai bila-bila malah langsung takkan layan awak, ada faham?!" kata aku yang berbisik keras ke arahnya.

Bukan yang tu jer kalau kau cakap macam tu kat aku lagi Kyran, lembam kut muka kau nanti dengan tumbukan aku. Aku teringin nak kata macam tu kat dia tapi aku masih ada tahap kesabaran lagi walaupun nipis.

"Woo woo, aku mengalah I am so sorry okey." kata Kyran mengangkat kedua-dua tangan tanda surrender.

"Hah tau pun takut relaxlah bro!" kata aku tumbuk bahunya ala-ala manja.

'Mak ai tumbukan dia kasarnya! Nak berlawak pun agak-agaklah.' batin Kyran.

Tapi kan bila aku tengok muka dia balik memang kelakar sebab muka dia pucat macam takde darah mungkin tersentap dengan kata-kata aku tadi.

"Okeylah tu rumah saya, saya cau dululah ye." kata aku.

Sebenarnya aku rasa tak kesah pun kalau dia nampak rumah aku yang tak lah sebesar mana nih lagipun dia bukannya siapa-siapa pun bagi aku.

"Opps! Saya terlupa bagi telefon awak sekejap." kata aku menghulurkan tangan.

"Hah? Hmm nah." Dia menghulurkan handphonenya kepada aku.

"Your password?"

"1705"

Aku membuka passwordnya dan save nombor aku di telefonnya.

"Nah, saya dah save nombor telefon saya dalam telefon awak, saya pergi dulu."

Sebelum tu aku sempat kenyit sebelah mata aku dan tersenyum manis terhadapnya. Aku dah agak mata dia akan membulat dan terkejut.

Hahaha! Rasa syok pula kalau hari-hari buat dia terkejut.

Aku turun daripada kereta Toyotanya dengan perlahan. Aku menarik nafas dan menghembus nafas berkali-kali.

Haih nih kalau aunty aku nampak aku naik kereta mewah mesti dia akan tanya macam-macam nanti kat aku.

Tanpa berfikir panjang aku terus membuka kunci pagar dengan berhati-hati dan masuk ke dalam rumah.

Kyran's pov

"Uncle Laiman boleh jalan sekarang, kita balik ke rumah."

"Baik nak." kata Uncle Laiman.

'Puteri, why do you always make my heart pound when I'm close to you. Am I already fallen love with you?' batin Kyran.

**********

Hari ni aku akan berjalan kaki pergi ke sekolah kerana aunty aku sibuk bekerja di butik pakaiannya. Disebabkan butik dia sudah terkenal di media sosial dia sudah acap kali sibuk dengan kerjanya. Hanya masa tertentu sahaja kami berdua boleh meluangkan masa bersama.

Tetapi, aku faham dengan keadaannya yang sibuk dan tidak merungut pada kerjanya. Sejak mak ayah aku meninggal dia lah yang menyara hidup aku sampailah sekarang. Sungguh aku terhutang budi sangat pada dia.

Ouh yang pasal semalam tu .....

Imbas Kembali.....

Selepas aku berjaya membuka pagar dan menerobos masuk ke dalam rumah. Aku lihat suasana sangatlah kelam mungkin aunty aku dah tidur.

Tetapi belum sempat aku mahu membuka lampu di dinding tiba-tiba aku merasakan ada kelibat yang berdiri betui-betui di hadapan aku.

Kaki aku mula bergetar perlahan-lahan. Yupp kelemahan aku adalah hantu. Aku adalah manusia yang paling takut akan hantu.

Lepas tu aku cepat-cepat membuka lampu untuk melihat siapa yang berdiri di hadapan aku tengok-tengok....

" Opocot hantu kau mari sini aku nak tendang!" Aku siap buat gaya mahu tendang orang sambil pejam mata aku sebab aku lihat ada sesusuk makhluk ni yang bermuka putih dengan rambut panjang serabai.

"Hahaha! Apalah Puteri ni! Nih auntylah, aunty." suara aunty aku menerjah ke gegendang telinga aku.

Aku membuka mataku perlahan-lahan dan ternyata aku lihat aunty aku memakai bedak sejuk dengan rambut yang dilepas panjang.

Kus semangat! Tapi kan kalau tengok sekilas nampak macam hantu pun ada, Hahaha!

"Ala aunty ni kenapa pakai bedak sejuk malam-malam! Nasib baik Puteri tak tendang aunty tadi."

"Tulaah Puteri siap melatah dan buat gaya lagi nak tendang orang, Ish kelakar betuilah Puteri ni!"
kata aunty aku sambil ketawa.

Jap-jap sekarang ni kalau aunty aku dok sini daripada tadi maknanya dia nampak lah aku balik dengan siapa tadi. Oh My!!!

"Hehehe ermm, aunty tak tidur lagi ke?" aku soal aunty aku dengan hati-hati.

Jangan mintak dia tanya, jangan mintak dia tanya pasal tadi!

Namun tekaan aku meleset dia dah nampak aku naik kereta orang dan mula mengajukan pertanyaan.

"Baru awal lagi ni nak tidur, hah! Puteri pula kenapa balik lewat macam kelmarin dan lagi satu siapa yang hantar Puteri balik tadi dengan kereta mewah pula tu." tanya aunty aku bertubi-tubi.

"Ermmm aunty ni kenapa tanya banyak sangat Puteri nak menjawab yang mana satu nih?" aku duduk bersandar di atas sofa melepaskan penat.

"Siapa yang hantar Puteri tadi?"

" Kawan Puteri yang hantar."

"Hek eleh dia ke Puteri? Tengok-tengok boyfriend Puteri eh yang hantar." kata aunty aku mengusik aku lah tu.

"Taklah kawan Puteri jer aunty. Betul." kata aku cuba sedaya-upaya meyakinkan aunty aku.

Skip

"Haih nyantuk lah semalam lah ni aunty aku tanya banyak sangat soalan. Nasib baik aku sampai awal ke sekolah." bebel aku sendirian.

Belum sempat aku mahu masuk ke dalam sekolah, ada seseorang yang menarik tangan aku.

What the chicken! Siapa pula yang tiba-tiba kacau dan tarik tangan aku pagi-pagi buta nih?

Tapi aku hanya ikut saja di mana tempat dia mahu membawa aku. Sepanjang perjalanan dia menarik tangan aku, aku tengok tangannya yang memaut tangan aku lama.

Dan aku rasa kenal gerangan siapa yang selalu tarik tangan aku, siapa lagi kalau bukan....

Kyran!

"Hey awak! Berhenti kat sini sahajalah,awak nak cakap apa lagi ni sebenarnya." kata aku berhenti daripada jalan.

Kyran berdiri di hadapan aku dalam keadaan yang masih memegang tangan.

"Kau dah lupa dah ke? Pasal persetujuan kita semalam?" kata Kyran yang mengangkat kening sebelah.

"Tak, saya tak lupa lagi. So?" kata aku selamba.

Disebabkan geram dengan sikap Puteri entah ke sedar ataupun tidak, dia menjentik dahi Puteri perlahan.

"Auchh! Sakitlah! Apa yang awak buat ni Kyran?! " tanya aku. Aku rasa sekarang ni dahi aku dah sedikit merah akibat jentikan Kyran tadi.

"Hehehe, padan muka! Kau ni pun hari ni kan mission kita dan kau mahu tolong aku so kau kenalah berkepit dengan aku setiap kali waktu sekolah betui tak?"

" Laa, saya kena berkepit dengan awak ke hari-hari?" tanya aku tak puas hati.

"Yupp, dan mulai sekarang ni kita kena sentiasa bersama, understand?"

Oh no! Rasa menyesal lah pula buat persetujuan dengan dia!

"Hmmm" jawab aku malas tidak bersemangat.

"Jomlah kita masuk kelas nanti cikgu masuk, tak sabar pula aku nak perkenalkan kau pada perempuan yang tergila-gilakan aku tu yang aku dah ada girlfriend mesti mereka terkejut giler."

"Hmm" seperti biasa hanya hmm.

Tapi kan hari nih aku tengok dia happy semacam jer. Hahaha mungkin sebab dia terlalu excited mahu cemburukan perempuan lain yang asyik kejar dia kot. Haihh Kyran.. Kyran kesian kat kau sebab terpaksa jadi mangsa rebutan perempuan. Haha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience