Bab 12: Impossible

Romance Series 9772

Selepas beberapa tahun kemudian.....

Kyran pov

Cut!

"Okey, kita bersurai semua boleh balik." kata director kepada semua pekerjanya termasuk actor.

"Kyran, kamu boleh balik, oh yeah malam ni takde shoot jadi kamu boleh luangkan masa dengan keluarga kamu lagipun esok hari jadi kamu kan?" kata director Zoey menepuk bahu aku.

'Ni mesti mommy yang suruh balik awal ni.' batin aku.

"Hmm, betui ni Zoey?" aku memanggilnya Zoey kerana aku anggap dia seperti kawan aku sendiri. Apa korang ingat Zoey orang tua ke, tak Zoey tu dia sebenarnya muda, handsome dan masih single lagi kot macam aku haha.

"Ye betuilah, kau ingat aku nak tipu kau ke? Dah pi balik pi balik yang pasal shoot malam tu kau tak payah risaulah."

"Hmm of course lah aku kena risau aku kan pelakon yang terkenal dan terhandsome sekali di Asia jadi mestilah banyak director yang mahu ambil aku untuk berlakon." kata aku sedikit berlagak.

"Hah mulalah sikap riak dia. Dah-dah pi balik pi balik." kata Zoey menolak-nolak belakang Kyran supaya balik.

"Ish, sabarlah nak halau orang pulak dia nih." kata Kyran tersenyum. Dia masuk ke arah kereta dan pergi daripada sini. Sebelum tu sempat dia melambai ke arah Zoey.

"Ish biarlah ta ta selamat memandu!!" kata Zoey melambaikan tangan dan senyum menampakkan lesung pipitnya itu.

*************

Aku sudah sampai ke rumah ku dan mula mahu melangkah ke rumah. Aku menarik nafas dan menghembus nafas terlebih dahulu.

"Mommy!! Oh mommy Kyran dah balik dah ni." kata aku membuka kasut untuk masuk ke rumah.

"Hah Kyran kamu mari sini sekejap mommy nak cakap sedikit dengan kamu." mommy aku memegang lengan aku menyuruh aku duduk di atas sofa di ruang tamu.
Setelah kami dua duduk di atas sofa aku mula bertanya.

"Hah mommy kenapa ajak Kyran balik awal ni bukankah Birthday Kyran esok?"

Papp!

"Adoii sakitlah mommy." haha memang anak mommy betui. Aku menggosok-gosok peha ku yang terasa pedih, sapa lagi yang buat kalau bukan mommy kesayangan aku tu.

"Isy kamu ni sibuk bekerja je kan, cari perempuan untuk jadi menantu mommy tak mau nak jugak bekerja sampai lewat malam." ha mulalah tu nak cakap pasal perempuan.

"Ala, mommy ni hari lain tak boleh ke cakap pasal perempuan. Ha daddy, dia pergi mana?"

"Hah mulalah tu kamu nak tukar topik lain ayah kamu tu dia pergi invite kawan dia lah tu untuk majlis esok malam nanti."

"Oooooo." aku hanya berooh saja.

"Oo tak oo kamu kena cari pasangan kamu jugak nanti!" kata ibu Kyran tegas iaitu Datin Arina.

"Aduihh apasal pulak sebut pasangan pulak ni mommy?" kata aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.

"Tak yah dok buat muka macam tu ingat comel sangat ke mommy tak kira kamu kena cari pasangan untuk esok malam untuk menari dengan kamu. Kalau boleh mummy nak kamu cari lah pasangan siapa pun asalkan dia single dan baik. Tapi kalau kamu tak dapat cari mommy boleh jer tolong carikan, hehe."

"Aduih mommy ni memang semua orang kena ada pasangan ke untuk majlis malam nanti walaupun tu majlis Kyran sendiri?" aku menunjukkan diri aku sendiri.

"Yeah, mommy tak kira suka atau tidak kamu kena cari pasangan untuk menari dengan kamu nanti, keputusan mommy MUKTAMAD!" kata mommy aku siap menekan lagi perkataan muktamad tu. Adoihh mommy ni macam dalam drama TV3 pulak yang memaksa anak dia berkahwin. Erk!

Datin Arina menepuk perlahan pehanya dan bangkit daripada duduk tanpa menoleh ke arah anaknya.

"Aduih, macam mana aku nak cari pasangan untuk majlis aku nanti. Arghh!" aku mengocak rambut aku dengan kasar tanda stres.

***********

Keesokan malamnya.....

Malam ni kami akan berparti di tempat dewan. Yeah, daddy dan mommy aku buat keputusan untuk upah orang dan buat kat dewan. Bukan apa majlis aku ni kan dah macam majlis perkahwinan memang akan meriahlah nanti.

Cuba teka aku datang dengan siapa? Jawapannya adalah.........aku datang seorang diri. Yeah yang pasal amaran mommy aku tu biarlah mommy aku carikan aku perempuan mana-mana ke asalkan perempuan tu hanya pasangan aku untuk menari je. Not more than that.

Huhu sedihnye kena menari dengan orang yang tidak dikenali. Kalau abang aku pulak dia dah ada isteri. Setelah aku turun daripada kereta, apabila aku mahu ke dewan tersebut tiba-tiba ada seseorang yang melanggar aku.

Aku dengan cepat memaut pinggangnya daripada terjatuh dan kini kedudukan kami sangat dekat. Ya, aku tahu dia seorang perempuan, aku mendongak kepala untuk memandangnya dan dia pun melihat aku. Aku bertentang mata dengannya membuat aku terpana seketika. Perempuan ini sungguh cantik di mataku seperti kali pertama aku berjumpa dengan si dia.

Kami berpandangan sebentar dan aku lihat dia cepat-cepat menormalkan balik kedudukannya dan berdiri setentang dengan aku.

"Saya mintak maaf, saya betul-betul mintak maaf, maaf ya encik saya nak kena cepat saya pergi dulu." Belum sempat aku menjawab apa dia sudah pergi.

Suara tu! Suara tu macam familiar je bagi aku. Tak semena-mena aku teringat padanya. Haih tak mungkin, aku menggeleng kepala berkali-kali.

Aku melupakan kejadian sebentar tadi dan aku dengan berpakaian tuxedo masuk ke majlis tersebut. Aku lihat ramai perempuan yang asyik melihat-lihat aku sambil tersenyum-senyum malah ada yang bergelar isteri pun masih memandang aku. Eeii pantang tengok orang handsome sikit mulalah tu. Aku menggelengkan kepala perlahan kerana aku dah biasa melalui situasi ni iaitu selalu diperhatikan. Huh! Macam lah aku ni orang alien. Tapi memang tak dinafikan pun orang pandang, aku kan handsome, anak datuk malah menjadi pelakon yang terkenal sampai aku penat mahu larikan diri daripada wartawan. Huh!

"Ouhh anak mommy come mari duduk." Mommy mengajak aku duduk. Aik pelik bin ajaib, dia tak nampak ke yang aku sekarang ni hanya seorang diri tanpa mana-mana perempuan. Haha tak mungkin mommy aku dah lupa kot.

" Anak mommy yang handsome ni nak makan apa , ada puding, kek dan macam-macam lagi."

"Takpe mommy makan dulu biar Kyran yang ambil sendiri makanan." aku tengok mommy aku siap bersuap bagai lagi dengan daddy aku, haha sweet betul! .

Aku hanya tersenyum dan memerhatikan gelagat orang ramai di hadapan aku. Kebanyakannya orang kaya-raya yang ada di sini dan ada jugak Dato' dan Datin, iaitu kawan mommy aku dan daddy aku. Tengok baju dengan kasut pun dah tau dah.

Tapi kejadian tadi kenapa asyik berlegar-legar dalam fikiran aku. Siapa dia sebenarnya eh? Kenapa dia seperti familiar sangat? Suara dan wajah hampir sama dengan si dia. Tapi tak mungkin lah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience