Bab 23: The trap

Romance Series 9772

Farah's pov

Kringgg...Kringg..

Telefon aku mula berbunyi. Aik siapa pulak malam-malam telefon nih. Aku yang tengah berus gigi ni terpaksa berkumur sebentar sebelum menjawab panggilan tersebut. Yeah aku baru habis mandi. Bathrobe pula dengan eloknya tersarung di badan aku.

Aku tengok pemanggil di skrin telefon aku.

Mark! Uish lama pulak tak dengar suara dia. Kalau korang nak tahu Mark ni pun kawan sekerja aku juga. Dia pun macam aku jadi penyiasat. Kadang-kadang kami dua bekerjasama dalam mengendalikan kes.

"Halo Mark? Lama tak dengar suara kau, hehehe." kata aku tersengih. Badan aku sandarkan di kepala katil.

"Yo my friend! Sorry kacau kau malam-malam ni." kata Mark di talian sana. Suaranya seperti bersalah pada aku. Hmm ni mesti ada apa-apa nih. Haih.

"Takpe it is okay, cuma kau telefon ni mesti ada apa-apa kan?" kata aku. Aku memang dah syak mesti ada apa-apa nih.

"Hehehehe." kata Mark ketawa kecil. Terasa teragak-agak pun ada mahu berkata.

Aku mengeluh perlahan. Dapat didengari oleh Mark di talian sana.

"Kenapa? Boss kau mintak pertolongan aku ke? Tak pun kau yang tak boleh uruskan kes ni seorang diri?" kata aku dengan malas. Yeah aku dengan Mark pernahlah diupah untuk bekerjasama dalam kes sebab itulah kitaorang boleh jadi kawan.

Menjadi penyiasat persendirian ni memanglah bayarannya lumayan tapi bukannya senang mahu siasat, mau-mau kalau kes tu bahaya tak ke naya? Aku menggulingkan badan aku di atas katil banyak kali. Balik daripada Filipina tadi pun tak habis letih lagi nih. Punyalah jauh aku pergi merantau ke negara sana semata-mata nak siasat apa yang patut.

"Kes ni adalah kes yang berat untuk aku hadapi jadi aku betul-betul perlukan pertolongan kau sebab hanya kau sorang saja yang boleh tolong aku. Boss aku pun tak kisah kalau aku ambik pembantu untuk uruskan kes nih. Pasal bayaran kau tak payah risau." kata Mark di talian sana.

Aku mengerutkan dahi seketika.

"Kes berat eh? Cuba kau terus terang dengan aku kes berat yang macam mana tu?" kata aku padanya. Takkan Mark yang profesional ni pun tak boleh uruskan seorang diri? Adoih!

"Aku tak boleh terangkan pada kau dalam telefon ni, esok pagilah kita jumpa boleh kan?" kata Mark. Lagipun kitaorang sudah lama tak berjumpa.

"Hmm takpelah kalau kau cakap macam tu. Esok kita jumpa mata aku pun sudah makin memberat nih." kata aku.

"Farah, maknanya kau sudi tolong aku lah ni?!" kata Mark dengan nada ceria.

"Ye aku sudi tolong kau lah Encik Mark oii, hehehe." kata aku mengusik.

"Eh kau jangan guna panggilan tu eh? Aku ni muda setahun kut daripada kau." kata Mark tak puas hati dengan panggilan tu.

Ceh dia ni kang! Macamlah aku ni tua bangka umur 70-an. Hampeh betul!

"Hahaha yelah okey bubye aku nak tido awal ni." kata aku yang sudah menguap.

"Hmm yelah bye." kata Mark yang sudah letak panggilan.

Aku kerling jam di tepi katil aku baru pukul 9 malam. Nampaknya kena bagitau ibu dan ayah aku nih mesti depa terkejut yang aku kena bekerja pula. Tapi dalam masa yang sama boss aku dah bagitau yang kes aku yang dekat Filipina tu dah settle dah. Yahoo! Jadi takde masalah lah kalau aku uruskan kes yang lain pula.

************

"Boss, saya rasa mereka berdua makin lama makin rapat dah macam suami isteri dah saya tengok." kata Jack tersenyum miring. Dia tahu berita ni pasti akan membuatkan angin bossnya tak baik. Mesti nanti bossnya itu akan terkejut dan melenting. Maklumlah bossnya itu tergila-gilakan sangat dengan lelaki tu.

"Ha??! Kenapa? Kau nampak mereka sedang buat apa?!" kata perempuan tersebut. Dia menggenggam buku limanya dengan kemas. Dapat dilihat dengan jelas mukanya yang merah padam menahan marah.

"Huh saya tengok mereka saling berpelukan dan berciuman lagi waktu saya intip mereka siang tadi. Haih nampaknya mereka berdua memang serasi dan bahagia betul. Agak-agaknya boss juga masih ada kesempatan lagi ke mahu pisahkan mereka?" kata Jack dengan lagak sinisnya. Senyuman sinis tidak henti-henti dia pamerkan. Dia duduk di atas kerusi tidak jauh daripada boss dengan selamba badaknya itu. Kaki dia silangkan ke atas sambil menghisap puting rokok di tepi bibirnya. Bau asap rokok mula menusuk ke lubang hidung perempuan itu.

"Kau jangan kurang ajar sangat dengan aku ya Jack? Kalau tidak aku potong gaji kau baru tahu! And lagi satu kau bergurau je kan dengan aku pasal mereka..." belum sempat perempuan itu mahu habiskan kata Jack sudah mencelah.

"Kalau boss fikir yang saya bergurau maknanya boss salah. Sam Jackson tidak pernah bergurau jadi boss kena terima apa yang saya cakap tadi. Kalau boss tak percaya tidak mengapa saya hanya menjalankan tanggungjawab saja." kata Jack yang menghembus asap rokok di tepi bibirnya.

"And lagi satu kalau boss rasa saya kurang ajar nampaknya boss masih tak mengenali saya. Saya tidak kisah kalau boss mahu kurangkan bayaran saya sebab saya boleh jer cari boss lain. Boss kena ingat eh saya bukannya orang yang jenis mohon pertolongan daripada orang tapi orang yang jenis mintak tolong dari saya. Ingat itu sikit." kata Jack. Dia membuang puting rokok di atas lantai dan memijaknya dengan kasar.

"Lagipun boss kena bersyukur tau sebab saya masih ada rasa hormat lagi pada boss." kata Jack lagi membuatkan perempuan itu sedikit tersentap. Jack hanya tersenyum sinis saja.

'Kau fikir aku nih hamba kau ke perempuan? Huh! Sam Jackson tidak pernah jadi hamba siapa-siapa.' batin Jack.

'Aduhh apa yang aku buat nih. Aku terlupa pulak yang orang kat depan aku nih siapa. Huh silap besar aku cakap macam tu kat dia tadi walaupun aku adalah bossnya. Baik aku mintak maaf dulu sebelum dia tolak mahu jadi upahan aku. Lagipun aku perlukan dia untuk musnahkan hidup Puteri dengan Kyran. Yeah hanya dia saja yang boleh aku harap.' batin perempuan tu. Siapa tak nak Sam Jackson. Orang yang paling kejam, tiada belas kasihan, handal dalam membunuh, menculik dan memusnahkan hidup orang. Dia adalah memang terkenal dengan kekejamannya itu. Memang patut kalau orang ramai mahu mengupahnya untuk berbuat kejahatan.

"Ermmm Jack, aku betul-betul mintak maaf. Aku mohon tolong jangan cari boss lain. Aku betul-betul perlukan kau untuk hancurkan hubungan mereka tu. Selagi mereka bersama selagi tu hati aku takkan tenang. Kau tahu kan yang hidup aku akan berakhir tanpa lelaki itu?" kata perempuan tersebut mencantumkan kedua-dua tangan dan letak ke bibir seperti memohon pada lelaki itu.

Jack hanya memerhati saja muka cantik bossnya itu. Dia tersenyum sinis seketika.

"Muka kau memang cantik dan aku yakin ramai orang lelaki sukakan kau tapi sayangnya kau malah lebih utamakan lelaki itu. Kau sanggup korbankan masa, wang dan juga...." kata Jack saja mahu gantungkan ayatnya.

Dia membengkok sedikit badannya dan mendekati perempuan itu perlahan. Membuatkan perempuan itu sedikit terkejut.

"Dan juga maruah kau." kata Jack berbisik. Cukup membuatkan perempuan itu tersentap. Jack tersenyum sinis semula apabila melihat muka terkejut perempuan itu.

Jack adalah seorang yang tidak mudah untuk jatuh cinta malah mahu pandang pun tidak mahu. Tak seperti kawannya yang playboy dan rambang mata dengan perempuan. Tapi entahlah kenapa dia tertarik dengan perempuan yang di hadapannya itu. Kadang-kadang terleka dengan mata hijau perempuan tu. Yeah bagi dia perempuan tu seperti ahli sihir yang mampu memukau pandangan lelaki termasuk diri dia sendiri. Tapi tulaah dia berminat dengan artis terkenal tu.

Tidak lama kemudian perempuan itu bangkit terus daripada sofa sambil menjerit. Dia membelakangi lelaki itu sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Yeah memang pun! Memang aku sanggup gadaikan masa,wang termasuk maruah aku pada lelaki itu! Malah gadaikan nyawa pun aku sanggup lah. Tapi kalau kau rasa aku ni perempuan murahan aku tak kisah. Kau cakaplah apa-pun kat aku, aku langsung tak kisah pun."
perempuan itu menoleh ke belakang sebentar melihat Jack yang duduk di atas sofa sambil menyandarkan tubuhnya. Tangan dia silangkan ke dada sambil melihat perempuan itu dengan tajam.

Perempuan itu berjalan perlahan-lahan ke arah tempat duduk lelaki itu. Dia membongkok badan sedikit untuk melihat lelaki itu.

"Aku nak malam esok juga kita jalankan rancangan kita. Ingat! Pastikan rancangan aku berkesan. Jangan biarkan ada orang nampak apa yang kau buat. Kalau perempuan itu melawan kau pukul je dia sampai pengsan dan kau seret saja dia pada aku." kata perempuan itu menuding jari pada Jack. Dia memberi amaran keras pada lelaki itu supaya rancangan ini berjaya tanpa ada cela sedikit pun.

Jack hanya tersenyum saja.

"Yeah bossku! Don't worry lah, Sam Jackson tidak akan sesekali gagal dalam rancangannya." kata Jack sambil menepuk-nepuk dadanya dengan bangga. Boleh nampak tahap kesombongan dan berlagak dia tu.

"Bagus, inilah yang dinamanya Sam Jackson right?" kata perempuan itu yang menepuk-nepuk bahu Jack seketika. Jack hanya mengangguk dengan sekilas saja. Senyuman sinis tidak lekang-lekang dari bibirnya.

************

Puteri's pov

Aku rasa perkara ni semakin berlebihan. Yeah aku dah lama rasakan yang ada orang intip aku selama ini. Sejak hari yang ada orang yang mengatakan aku dengan Kyran mempunyai hubungan istimewa dan sudah terkenal di media massa ada orang yang perhatikan aku selama ini. Di mana saja aku pergi mesti dia akan sentiasa ikut. Macam dia tu jadi guard aku pulak.

And guess what, aku langsung tak bagitau pada siapa-siapapun mahupun Kyran yang aku rasa diri aku selalu diperhatikan selama ini. Padahal aku sentiasa bersama dengan dia, haih. Eh jap-jap sebut pasal Kyran aku rasa ada orang yang berkemungkinan cemburu aku dengan Kyran bersama.

Aku petik jari seketika. Eh awatlah aku tak terfikir eh macam tu selama nih. Boleh jadi jugak kalau orang tu atau upahan dia yang selalu perhatikan aku. Dan...kalau betullah orang itu cemburu mungkin dia juga selalu intip Kyran. Ha! Mungkin bukan aku sorang yang kena intip. Hahaha bijak jugak aku ni eh? Hehe sempat lagi puji diri sendiri.

Eh tapi tak mungkin orang tu mahu intip saja kan. Mungkin dia boleh upah orang untuk buat benda yang buruk pada aku mahupun Kyran. Haih nih dah boleh jadi kes polis. Dan nyawa aku dan Kyran juga boleh dalam bahaya. Hmm betui tu!

Haih patutkah aku telefon Kyran dan bagitau hal ni sekarang jugak? Hmm aku boleh jer telefon suruh jumpa dia kat tempat biasa. Ha call jelah!

Aku menekan-nekan nombor Kyran dan mula membuat panggilan.

Aik tak dapat hubungi? Aku menghubungi lagi sekali dan keputusannya masih sama. Asyik-asyik terdengar voicemail saja. Hmm mungkin dia letih dan tidur awal takpun bateri dia dah kong ke.

Haih kenapa malam nih aku tak sedap hati eh? Entahlah hati aku asyik berdebar-debar malam nih. Macam akan ada benda yang buruk terjadi pulak. Hmm aku harap sangat semuanya baik-baik saja malam ini.

Let it go! Let it go!

Lagu Frozen di telefon aku mula berbunyi tanda ada panggilan masuk.Aku dengan cepat melihat si pemanggil di skrin telefon aku.

Farah lah!

Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut dengan nada ceria.

"Helo beb! Apasal kau call aku nih, takkan dah rindu aku kut? Hehehe." kata aku ketawa kecil.

"Hmm pasal rindu tu biar aku fikir panjang dulu eh?." kata Farah dengan nada mengusik.

Ish dia nih kang! Nak jawab soalan aku tu kena fikir panjang eh? Awat tak cakap nak fikir sampai tahun depan terus. Hampeh betul!

"Hahaha tak lawak pun. Kau call aku ni sebab apa pulak, hmm?"

"Buat pengetahuan anda saya call anda malam-malam ini kerana mahu bertanya bilakah kita akan bertemu nanti?" kata Farah. Saja mahu buat dengan nada formal. Macam nak temu duga pulak.

"Amboi kau bukan main lagi buat nada formal eh? Hmm ikut suka kau lah. Kau kan baru balik daripada Filipina. Jadi kau kenalah luangkan masa dengan ibu dan ayah kau dulu betui tak?"

"Lagipun anak-anak perlulah luangkan masa dengan ibu bapa dulu barulah boleh bersama dengan kawan. Ingat ya cik kak ibu dan ayah kau dah lama rindukan kau jadi kau kena bersama dengan diaorang dulu. Yang pasal kejutan aku tu kau tak yah lah risau eh? Tak lari pun kejutan aku tu. Nanti lama-lama kau tahulah nanti." kata aku yang dah mula mahu membebel. Eh dia ke baru mahu mula. Dah membebel macam nenek moyang adalah. Aku ketawa dalam diam.

"Ish kau ni Puteri! Buat aku rasa bersalah lah pulak mahu bekerja balik." kata-kata Farah yang berada di corong telinga aku membuatkan aku terdiam sebentar. Apakah? Aku terkelu lidah sebentar.

"Halo2 ni diam nih mesti terkejut biawak kan?" kata Farah. Firasat dia mengatakan yang dia akan dimarahi oleh Puteri nanti. Farah menjauhkan sedikit telefon dari telinganya. Dah boleh agak dah yang Puteri akan menjerit kat telinga dia nanti. Dalam kiraan:

Satu
Dua
Tiga

"Weh!! Kenapa kau nak kerja balik ha?! Bukankah kau dah ambil cuti sebulan?! Ish kau ni baru jer aku nasihat pasal ibu dan ayah tadi. Apa tak berkesan ke nasihat aku tu??" kata aku separuh menjerit. Eih dia nih nak kena kut.

Farah yang mendengar suara Puteri yang dah terhenti mendekatkan balik telefon ke corong telinganya. Kus semangat! Nasib baik sempat bertindak awal-awal.

"Ish kau nih Puteri. Dengarlah dulu apa yang aku cakap ni. Ni tak, mai jerit jer kat telinga orang! Nasib baik tak pekak tau?" kata Farah. Tak mo lah dia berterus terang dengan Puteri nanti kena kecam habis-habisan puler.

Aku hanya ketawa terbahak-bahak saja mendengar kata-kata Farah tadi.

"Hahaha apelah nasib kau ya? Hihi. Okey silakan explain kat aku apa yang membuatkan kau mahu kerja ni?" kata aku kembali serius. Yelah Farah kan asyik bekerja ja. Tak pernah-pernah mahu cuti ha tapi bila jer boleh cuti tup2 apa kes kena kerja balik pulak.

"Ahem ceritanya macam nih. Aku ada kawan sekerja aku, nama dia Mark." belum sempat Farah habiskan ayatnya aku dah potong.

"Mark mana beb? Marketing ka?"

"Hish la. Maih mana marketing pulak nih. Aku ada sebut marketing ke tadi?" kata Farah dengan nada bosan. Ni tak bukan lagi mahu mengarut lah ni. Hmmh dah tahu sangat dah.

"Hehehe okey sambung please."

"Lepas tu, baru tadi dia ada call aku. Dia kata dia perlukan bantuan aku untuk siasat kes nih. Lagipun boss dia tak kisah pun kalau suruh dia ambik pembantu. Jadi dia mintaklah tolong aku sebab katanya tak boleh uruskan kes seorang diri. Amacam kau mahu halang aku lagi ke?" kata Farah. Saja mahu melihat sama ada kawan dia masih mahu menghalang dia lagi ataupun tidak. Tadi punyalah jerit dekat telefon. Hehehe!

Aku pulak yang terkelu lidah untuk berkata apa-apa. Adoi buat malu saja ma.

"Ouhh hehehe. Manalah aku nak tahu yang dia mintak tolong kau. Kau pun satu awat tak gitau awal-awal? Tadi aku marah kau pun sebab mak kau kan pernah bagitau aku yang kau selalu bekerja tanpa cuti dan rehat. Ha sebab itulah aku sebagai kawan harus menasihati kau. Supaya kau tu stop bekerja dan rehat. Lagipun kesian kat mak ayah kau kan." kata aku membebel. Eh aku membebel macam aku nih mak dia la pulak. Muahehe!

"Eh kau punyalah tadi terjah orang tanpa bagi explain pun kau masih nak salahkan aku ya? And pasal aku kuat bekerja tu. Yeah i admit it. Tapi aku buat semua tu kan semata-mata mahu menyara hidup ibu dan ayah aku. Lagipun aku sudah larang untuk mereka bekerja. And kau janganlah risau Puteri lepas habis kes ni jer aku terus ambik cuti dan luangkan masa dengan keluarga aku dan juga kau." kata Farah sambil tersengih.

"Ha that's my girl! Macam tulah kawan aku. Akhirnya kau dengar juga cakap aku eh?" kata aku ketawa kecil seketika. Terasa hati ini sedikit senang apabila bercakap dengan Farah. Tapi macam manapun hati aku nih masih tidak sedap hati. Yeah macam ada something wrong pulak.

"Yeah betui tu! Oklah beb aku nak tidur dah nih esok dah nak kerja." kata Farah sambil menguap. Matanya terkebil-kebil seketika menahan kantuk.

"Hahaha dah agak dah. Farah Mikayla memang sentiasa tidur awal bukan?" kata aku saja mahu menyebut namanya yang lagi satu. Dah lama aku tak panggil nama panjang dia, muahehe.

"Ish kau nih saja eh mahu sebut-sebut nama panjang aku. Ha oklah bubye, good night tau?." kata Farah.

"Hahaha ya, good night my bff." kata aku yang terus menutup panggilan antara kami berdua. Aku mahu keluar daripada bilik dan hendak ke dapur. Terasa tekak ini keringlah pulak.

Namun belum sempat aku mahu buka tombol pintu bilikku. Handphone aku berdering tanda notifikasi chat masuk.

Aku dengan malas dan longlai datang menghampiri ke katil aku. Punggung aku hempas ke katil dengan kasar.

Aku lihat nama kepunyaan chat tersebut ialah tertulis secret. Muahehehe nasib baik tak tulis secret admirer teruih tadi. Kalau tidak dah lama aku block. Hahaha jahat kan aku?

Namun ketawa aku mati. Mulut aku terkumat-kamit membaca mesej tersebut dengan mata aku yang mula terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang ku baca ini. Handphone yang ku pegang sudah lama mendarat di atas lantai.

'Kyran sekarang berada dalam bahaya! Dan sekarang dia berada di lorong rumah awak. Ada orang cuba mahu perangkapnya. Dan sekarang dia sedang terlentang dalam keadaan yang lemah. Darah banyak mengalir di badannya. Awak harus cepat pergi ke sana sebelum terlambat!' ha itulah mesej yang dihantar oleh orang yang dinamanya secret itu tadi.

Kepala aku geleng berkali-kali tanda tidak percaya dengan apa yang dilihat sebentar tadi. Mata aku terasa panas seperti hendak menangis.

Aku memegang dada aku yang berasa teramat sesak. Dada aku turun naik cuba menstabilkan nafas aku kembali. Tangan aku mula bergetar perlahan-lahan. Yeah, penyakit aku datang balik.

Aku tidak menunggu lama sebaliknya terus bangun dan mencari ubat di dalam laci. Seperti biasa tangan aku bergetar-getar apabila mahu mengambil ubat tersebut. Aku menelan ubat biji yang pahit tu dengan laju tanpa meminum air. Nak ambik air kosong kat dapur pun terasa badan ini lemah. Aku jugak mengambil ubat pam dan mengedutnya sebanyak tiga kali.

Akhirnya nafas aku kembali okey. Tapi yang harus aku risaukan adalah keadaan Kyran. Aku seperti tak percaya yang sekarang ni dia berada dalam bahaya. Patutlah hati aku lain macam sangat malam nih. Rupanya.....eh jap macam mana kalau itu hanyalah perangkap semata-semata.

Adoi patutkah aku pergi? Hati aku mengatakan yang aku harus pergi ke lorong tersebut manakala fikiran aku mengatakan yang itu hanyalah perangkap semata-semata.

Bak orang pepatah kata lebih baik kalau kita mengikut kata hati kita sendiri. Hmm......baiklah aku akan ikut kata hati aku sendiri.

Aku dengan pergerakan laju membuka almari aku dan mengambil jaket hoodie aku terlebih dahulu. Hoodie aku sarungkan ke tubuh aku sekali gus. Sebelum itu sempat aku mengambil topi hitam di almari aku.

Aku keluar daripada bilik ku dan mula turun ke bawah dengan berhati-hati. Hati aku terasa bersalah pulak mahu tinggalkan aunty aku seorang diri terutamanya pada waktu malam. Almaklumlah aku kan selalu meminta izin daripada aunty aku sebelum mahu keluar rumah tapi kali ini...lain pulak jadinya.

Takpelah aku mahu pergi sekejap saja kan. Aku buka pintu utama rumah ini dan menutup kembali dengan perlahan. Tidak mahu pulak aunty aku perasan.

Aku berlari anak-anak pergi ke lorong tersebut iaitu lorong belakang rumah ku. Sebaik aku sampai terasa bulu roma menjadi tegak. Mana taknya disebabkan lorong ini hanyalah sepi dan sedikit gelap. Lorong ini hanyalah diterangi dengan cahaya lampu jalan.

Sungguh lama giler aku tak lalu lorong nih. Tapi masalahnya takde pun tanda-tanda yang ada orang kat sini. Nak kata Kyran ada kat sini lagilah mengarut sebab yang ada kat sini hanyalah aku.

Aku tersenyum sinis seketika. Sudah aku agak yang ini hanyalah perangkap semata-semata. Yang pasal chat tu hanyalah cubaan mahu mengumpan aku. Huh! Orang ini sungguh bijak dan teliti. Berani saja dia mengguna-gunakan nama Kyran untuk mengumpan aku ke sini.

Aku memejamkan mata seketika. Yeah, mereka sekarang berada di belakang aku. Dapat aku rasakan itu. Are you ready Puteri? Untuk menghadapi mereka depan-depan?

Yeah I am ready!

Aku menoleh ke belakang. Dan tekaan ku tepat. Terdapat dua belas orang lelaki yang berpakaian hitam sedang berada di hadapan aku. Oh sebelum terlupa mereka semua juga memakai mask yang berwarna hitam jadi aku tidak dapat mengecam wajah mereka. Aku menggenggam kedua-dua buku lima aku dengan erat. Bibir aku ketap memandang mereka semua yang juga memandang aku.

Huh! Sanggup mereka mahu melawan seorang perempuan? Dahlah ramai pulak tu lelaki kat sini. Macam manalah aku nak lawan dengan mereka semua nih! Walaupun aku nih pernah belajar ilmu mempertahankan diri di sekolah dan juga di rumah tapi tak bermakna aku sebagai perempuan boleh mengalahkan lelaki kuat yang berjumlah dua belas orang! Argh mereka semua memang betul-betul mencabar diri aku lah!

Salah seorang lelaki datang perlahan-lahan ke arah aku. Dan aku yakin itu mungkin ketua mereka. Mungkin.

Dia mendekati aku setapak demi setapak membuat aku berganjak ke belakang. Woo woo kau nak buat apa dengan aku pulak nih?

Lelaki itu memandang aku dengan tajam dan aku juga dengan berani membalas balik renungan itu tidak kalah tajam juga. Macam mahu berlawan mata pulak. Dia sekarang berada beberapa inci saja dengan aku.

Aku mencarik senyuman sinis perlahan-lahan.

"Kenapa? Kauorang mahu buat apa dengan aku ha?! Kauorang mesti datang semata-mata demi arahan boss korang kan?!" kata aku yang mula menyinga. Mata aku bertentang mata seorang demi seorang sambil menuding jari. Amarah aku bila-bila masa saja boleh meletop kebaboom sekarang ini.

Tiba-tiba tanpa ku dapat jangka orang yang berada di hadapan aku nih menepuk tangan berkali-kali. Tidak lupa juga dengan gelak ketawa menjengkelkan dia tu. Ish dengar jer suara ketawa dia macam nak tumbuk-tumbuk jer muka tu sampai lembam mata sebelah.

"Hahahaha, this girl memang bijak betul! Korang apa lagi, haa tepuklaah." kata lelaki di hadapan aku tersebut. Dia menoleh melihat geng-geng dia seketika. Kan betul apa yang aku cakap yang lelaki kat hadapan aku nih adalah ketua mereka.

Maka, di sini dipenuhi dengan tepukan gemuruh dari mereka semua. Ish diaorang main tepuk tangan pulakk. Aku menepuk dahi perlahan.

Selepas ketuanya berhenti menepuk tangan automatik geng-geng nya turut berhenti menepuk tangan. Kini, ketuanya bertentang mata dengan aku semula. Dapat aku rasakan disebalik mask itu dia sedang tersenyum sinis sekarang.

"Yeah memang betul cakap kau. Kitaorang datang ke sini demi arahan boss kitaorang. And my name is Jack. Aku adalah ketua daripada gangster dari mereka semua. So, kau....masih belum kenal aku secukupnya. Jadi kau tak payah lah nak cari pasal dengan aku. Boleh tak Puteri Ilynia? Eh should I call you Puteri?" kata lelaki itu pada aku. Tidak kalah sinisnya. Aku tak berasa terkejut sangat apabila dia mengetahui nama aku. Dia tahu nama aku dekat mana lagi kalau bukan boss dia yang bagitau bukan?

Dia membelai rambut aku seketika dengan tangan jijik dia tu membuatkan api amarah aku sudah mahu meletop.

"Eh jangan kau berani sentuh aku dengan tangan jijik kau tu!" kata aku menolak badannya sekuat hati. Lelaki yang bernama Jack itu hampir terjatuh dibuatnya lepas aku tolak dia.

"And lagi satu...aku tak payah cari pasal dengan kau? Eh kaulah yang cari pasal dengan aku! Kau fikir kau tu hebat sangat ke?! Hak tuih!" kata aku meludah. Tapi taklah meludah padanya. Aku bukanlah orang yang kejam sampai macam tu sekali. Lagipun saja aku mahu sakitkan hatinya.

Aku lihat lelaki itu berdecit.

"Kurang ajar kau punya perempuan!" jerit Jack pada aku. Yang buat aku terkejut adalah dia mencengkam dagu aku dengan kuat. Membuat aku merintih sakit.

"Arghh! Ss..sakitt.." kata aku yang memegang tangannya yang berada di dagu aku. Aku memejamkan mata seketika menahan sakit yang teramat. Sakit dia seperti mahu remuk tulang dagu aku dibuatnya.

Manakala lelaki itu pulak hanya ketawa jahat. Dia sangat suka apabila orang merintih sakit disebabkan dirinya.

Aku tidak hanya berdiam diri malah dengan beraninya menampar pipi dia dengan kuat. Kini, dia tidak lagi mencengkam dagu aku sebaliknya memegang pipinya yang berasa sakit. Dapat aku dengar tamparan hebat yang aku hadiahkan padanya tadi.

Dia melihat aku dengan tajam. Tetapi langsung aku tidak gentar dengan pandangan dia tu. Cuma yang aku risaukan sekarang adalah macam mana dengan keadaan aku nanti. Dapatkah aku lihat cahaya matahari esok pagi nanti? Dapatkah aku lihat wajah aunty aku, Farah dan juga..... Kyran buat kali terakhir?

Lelaki yang bernama Jack itu langsung menghayunkan tangannya pada aku tapi sempat aku elak dengan menundukkan kepala aku. Tangannya yang tadi aku pegang dan aku terus pulas sekuat hati membuatkan dia menjerit kesakitan. Aku menendang dadanya dengan kuat sehingga dia terjelupuk di atas tanah seketika menahan sakit di lengan dan juga di dada.

Aku menyentuh hidung aku sekilas seperti orang gangster. Huh kan dah kena dengan penyepak terajang aku. Baru ko tahu langit tinggi ataupun rendah. Tapi buat masa nih aku tak boleh senang dulu sebab aku bila-bila masa sahaja boleh jadi mangsa serangan daripada geng-geng dia tu. Dan berkemungkinan jugak ketua dia pasti akan belasah aku cukup-cukup sebab aku cari pasal dengan dia tadi.

Lagipun yang pasal aku belasah dia tadi pun adalah hanya kebetulan. Tak mungkin ketua gangster yang terkuat ni pun dengan senangnya boleh tumbang bukan? Aku tak boleh pandang rendah dengan diaorang nih. Adoi agak-agaknya macam mana aku mahu lepaskan diri eh?

Lari. Yeah lari adalah keputusan yang paling baik buat masa nih.

Belum sempat Jack mahu berkata apa aku mula melangkah seribu tapak pergi daripada situ. Tapi salah seorang daripada geng lelaki itu dengan pantasnya menarik tangan aku sebelum sempat aku mahu lari. Dia menumbuk pipi aku dengan kuat.

Aku sekali lagi merintih sakit. Darah mula keluar dari tepi bibir ku. Pipi aku terasa mencucuk akibat tumbukan hebat daripadanya tadi. Dan aku yakin sekarang bibir aku menjadi lembam. Fuh hampir-hampir saja terkena mata.

Darah aku mula menyirap. Berani aja dia menumbuk aku?!

"Kau pehal arhh tumbuk aku?! Sanggup eh kau tumbuk seorang perempuan yang tidak bersalah?! Dasar lelaki tak guna!" kata aku padanya. Mata aku sedikit berair disebabkan tumbukannya yang kuat tadi. Yeah aku hampir menangis tetapi sedaya upaya aku tahan supaya air mata tidak keluar. Sungguh aku tak mahu diaorang fikir yang aku adalah perempuan lemah walaupun kadangkala aku juga boleh jadi lemah.

Apabila lelaki itu mahu angkat tangannya lagi pada aku, aku dengan cepatnya memegang lengannya dengan kuat. Aku berpandangan mata dengan dia. Mata aku dengan jelas menunjukkan yang sekarang nih aku sudah sangat marah. Kesabaran ku hanya senipis kulit bawang saja.

Lelaki itu berusaha mahu lepaskan genggaman aku pada lengannya. Mungkin sakit sebab aku mencengkam lengannya dengan kuat.

Aku tersenyum sinis melihat dia yang berkerut kening menahan sakit. Tapi melihat saja lelaki itu berada dalam kesakitan kawannya yang lain mula melonggarkan genggaman aku pada lengannya. Aku mengerutkan dahi. Akhirnya terlepas juga genggaman itu.

Salah seorang dari mereka meletakkan kedua-dua tangan aku di belakang seperti polis yang mahu tangkap seorang penjenayah.

"Lepas! Aku cakap lepas!" kata aku cuba meleraikan pegangan lelaki itu di tangan aku dari belakang. Namun aku tak berdaya untuk bergerak lagi disebabkan kedua-dua pergelangan tangan aku yang mula sakit. Lelaki itu terlalu kuat.

Jack mula ketawa berdekah-dekah apabila melihat musuhnya yang tidak berdaya untuk bergerak lagi. Yeah, sekarang nih dia berada betul-betul di hadapan aku. Dia mengangkat dagu aku dengan kasar supaya memandangnya.

Jack mengeluarkan suatu pisau dari koceknya. Dia menari-nari kan pisau itu betul-betul di pipi aku. Aku memejamkan mata dengan rapat. Tidak sanggup mahu melihat sekiranya pisau tersebut menusuk ke pipi aku. Pasti tidak tertanggung sakitnya apabila digores ke pipi aku nanti. Peluh mula membasahi di kulit aku di mana-mana.

Tangan dan kaki aku mula bergetar perlahan-lahan. Sedaya upaya aku tahan supaya badan aku tidak menggigil. Yeah aku tak mahu penyakit aku datang balik!

Jack pulak tersenyum sinis. Sangat senang hatinya apabila perempuan itu takut padanya. Nampak sangat yang badan perempuan itu mula menggigil.

Jack dengan senangnya membuang topi aku dari kepala. Muka aku kini sudah nampak dengan jelas oleh lelaki itu.

"Wow tak sangka pulak di sebalik topi ini kau lagi cantik eh? Hahaha patut aja pelakon tu sukakan kau kan. Muahahaha!" kata Jack yang masih tidah henti dengan gelak ketawanya itu.

Sementara dia sedang gelak ini adalah kesempatan untuk aku cepat melarikan diri.

Aku tendang celah kangkang lelaki yang berada di hadapan aku itu sekuat hati membuatkan lelaki itu terduduk seperti melutut. Dia menjerit kesakitan. Sementara kawannya yang lain datang ke arah ketuanya cuba melihat keadaan bossnya sama ada okey ataupun tidak. Huh sakit sangat ke boss? Aku tersenyum sinis sebentar.

Lelaki yang memegang tangan aku itu pula aku hentak dengan kepala aku di mukanya dari belakang. Dan hal itu berjaya membuat lelaki itu melepaskan tangan aku semula. Kepala aku keras jadi tiada masalah lah kalau aku boleh hentak kepala aku dengan orang lain. Tapi kepala aku boleh sakit juga di belakang disebabkan kepalanya yang agak keras juga. Aku memegang kepala yang aku hentak tadi perlahan. Masih okey lagi.

Aku dengan kesempatan yang ada mula berlari seribu tapak pergi daripada situ.

"Sh't! Korang tunggu apa lagi cepatlah kejar dia!" kata Jack menjerit dengan kuat. Mungkin marah sebab perempuan itu dengan mudahnya boleh melarikan diri.

"Baikk boss!" kata mereka serentak dan mengejar Puteri dari belakang.

Aku toleh ke belakang dan aku lihat mereka semua sedang mengejar aku. Oh hell! Laju juga eh mereka lari? Ada guna kuasa halilintar ke ape nih. Adoii nampaknya keadaan aku semakin bahaya.

Tapi bukan itu saja yang aku patut risaukan. Yang aku patut risaukan adalah kesihatan aku juga.

Larian aku mula semakin perlahan. Dada aku sekarang berombak-ombak. Yeah aku tak boleh lari laju terlalu lama sebab asma aku mula datang.

Tapi aku kuatkan juga larian aku dalam keadaan yang terpaksa. Walaupun keadaan aku sekarang memang agak teruk tapi aku teruskan juga larian.

Oh tidak! Aku pergi ke jalan yang salah! Patutlah lama giler nak sampai rumah rupa-rupanya aku dah sesat! Dan yupp....depan aku sudah ada jalan mati.

Manakala mereka yang berada di belakang sudah ketawa jahat. Mereka semua mula mendekati aku perlahan-lahan.

Akhirnya aku terduduk dalam keadaan lemah. Aku tekan dada aku dengan kuat yang berasa sakit. Yeah aku dari dulu memang mempunyai asma yang teruk sejak aku dilahirkan. Dan sekarang aku terpaksa menanggung pulak deritanya.

Oh ya!! Aku ada bawa ubat pam tadi sebelum datang ke sini! Yeah aku simpan di poket hoodie aku sebab aku rasa yang aku perlu untuk bawanya.

Tanpa berlengah lagi aku terus celupkan tangan aku ke dalam poket. Tetapi apabila aku baru sahaja memegang ubat pam tersebut salah seorang daripada mereka terus rampas ubat aku. Oh tidak! Aku betul-betul perlukan ubat tu!!

Dada aku mula turun naik. Aku cuba menarik nafas perlahan dan menghembusnya dengan baik tapi tidak berjaya. Nafas aku terasa tersekat-sekat dibuatnya.

"Bbagi aku...bbalik..ubat tu!!" kata aku jerit sekuat hati padanya. Suara aku sedikit bergetar apabila mahu bercakap.

Manakala orang tadi hanya berdiri seperti tunggul tidak berbuat apa-apa sambil melihat aku sahaja tanpa belas kasihan. Mereka semua lebih suka aku mati gamaknya.

"Hahaha tak sangka pulak... perempuan bijak dan cantik seperti kau nih ada penyakit eh? Kau ada serangan jantung ke? Takpun asma?" kata Jack yang sudah datang ke arah aku perlahan-lahan. Hish cepat giler lelaki tu ada kat sini! Manakala lelaki itu tadi sudah memberi ubat tersebut pada Jack, iaitu bossnya.

Huh! Aku benci kau!

"Kenapa? Kau betul-betul perlukan ubat nih?" kata Jack yang menggoyang-goyang ubat itu pada muka aku.

Jack mencengkam rambut aku dengan kuat membuatkan aku menjerit. Dah lah sekarang nih aku cuba bernafas dengan dalam. Cuba mahu mengambil oksigen yang ada. Yeah aku harus bertahan.

Aku harap sangat akan ada makhluk tuhan yang akan tolong aku nanti. Aku mohon tolonglah! Sungguh aku terasa begitu terseksa sekarang ini. Disebabkan tidak dapat tahan akhirnya aku menangis juga. Yeah kali nih aku sudah tidak kuat. Aku memejamkan mata dengan rapat sambil berdoa dalam hati semoga akan ada orang yang dapat tolong aku nanti. Walaupun aku tahu pasti mustahil akan ada orang dekat sini tapi manalah tahu kalau ada keajaiban yang berlaku ka.

"Woi! Kau lepaskan perempuan itu sekarang! Sebelum aku belasah kauorang sorang demi sorang!" muncul suatu suara ini di hadapan kami. Kami semua mendongak mencari suara tersebut. Sungguh aku sangat berterima kasih pada lelaki itu yang sudi mahu tolong aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience