Bab 3: Smiling

Romance Series 9809

Seorang perempuan yang masih memakai pakaian uniform sekolah sedang melamun di sepanjang jalan sehingga dia tak sedar yang dia sudah sampai di rumahnya.

"Haih, dia ingat dia siapa suka-suki nak arah orang, arghh! Geramnya! Aku benci dia! Aku benci!" kata aku membebel seorang diri.

"Hah! Baru balik! Puteri pergi mana balik lambat ni? Aunty risau tau tak nasib baik tak report polis tadi."

Aunty aku yang secara tiba-tiba bersuara di pagar rumah membuatkan aku terkejut bukan kepalang.

"Oh mak jebon mana yang datang!" melatah aku. Aku mengurut dada berkali-kali.

"Aunty! Janganlah buat Puteri terkejut! Kalau macam ni hari-hari mesti Puteri boleh heart attack." kata aku.

"Apa aunty-aunty! Kamu tu Puteri kenapa balik lambat waktu first day sekolah? Ada orang buli Puteri eh?" kata aunty aku.

Haha memang ada orang buli aku pun.

"Ya, eh-eh bukan aunty tak, ye tak takde sapa pun yang buli Puteri." kata aku dengan yakin sekali. Fuhh nasib baik tak ketahuan!

"Betui nih? Tak tipu?"

"Yupp! Betui aunty." kata aku.

"Hmm jomlah masuk dah nak malam nih." kata aunty aku.

"Okey boss!" kata aku yang mendabikkan tangan seperti polis traffic pulak gamaknya.

************

"Puteri!! Bangun, Puteri! Dah lewat dah ni hari ni kan hari kedua Puteri sekolah?!" jerit aunty aku di luar bilik.

"Hmm ya, betuilah hari ni Puteri sekolah, Puteri dah bangkit dah ni!"

"Harghh! Nyantuknya... Ish malas lah pula nak pi sekolah, cepat Puteri bangkit kau tak boleh tidur balik nanti kau lambat pergi sekolah." kata aku bergumam sendirian.

Disebabkan aku terlalu malas mahu bangkit daripada tidur, aku hanya menggeselkan badan ke katil saja dan tiba-tiba...

Kedebukk.!! Bagai nangka yang terjatuh di dahan pokok aku terjatuh dari katil.

"Aduhh sakitnya. Haih macam manalah aku boleh terjatuh daripada katil nih!" kata aku yang cuba bangkit dari atas lantai. Rambut aku habis kusut dibuatnya. Nih kalau orang tengok nih mesti mereka fikir aku ni orang gila. Pffft!

"Ni semua salah kaulah Puteri! Sibuk sangat tengok tv semalam sampai dah lewat malam baru nak tidur. Hish!" kata aku yang mengalahkan diri sendiri.

Aku melihat jam di tepi katil seketika. Serta-merta mata aku membulat.

"Arghh! Alamak!! Aku dah lewat dah!!" terus aku bangkit dengan semangatnya dan terus pergi ke bilik air sampai terlupa nak ambik tuala.

**********

"Bye aunty! Puteri pergi sekolah dulu!" aku bersalam dan mencium pipi aunty aku.

Disebabkan sudah lewat untuk pergi ke sekolah aku tidak sempat untuk sarapan pagi. Haih apalah nasib!

"Hmm, nak aunty hantar tak?"

"Eh takpe-takpe aunty. Lari lebih senang kut hehehe." kata aku tersengih.

"Tapi boleh ke Puteri lari. Puteri kan mudah penat. Nanti kalau pengsan nanti siapa nak bertanggungjawab?" kata aunty aku risau.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Takpe aunty, Puteri ada ubat dalam beg nih. Aunty jangan risau ya?" kata aku yang menunjukkan beg aku.

"Hmm okeylah kalau kamu cakap macam tu. Pergilah." kata aunty aku.

"Okey, aunty bubye." kata aku yang melambai ke arah aunty aku seketika sebelum pergi daripada sini."

"Huh..huh.. penatnya! Ubat.. ya ubat baik aku sedut cepat." kata aku seorang diri. Aku menyelongkar di dalam beg aku sebelum menemukan ubat. Aku sedut beberapa kali dan nafas aku kembali okey.

Fuihh! Nasib baik dapat lepasi pagar sekolah. Punyalah aku lari macam terkejar anjing tadi haha! Okey sekarang kita masuk ke kelas. Nanti cikgu masuk nanti tak ke naya.

Baru beberapa lagi tapak hendak ke kelas aku secara tiba-tibanya terlanggar orang.

Kedebukk!! Buat kedua kalinya aku terjatuh.

Tapi bila aku mahu terjatuh saja ada sepasang tangan yang menarik tangan aku membuatkan aku tersandar di dadanya dan terpeluknya aku berasa lega sebab akhirnya punggung aku tak sakit juga.

Aku yang mahu melihat si empunya badan yang menolong aku mahu mendongak untuk memandangnya dan hal ini membuatkan aku terbeliak biji mata apabila melihatnya.

Kyran!

Dalam banyak-banyak manusia kenapa aku mesti jumpa dengan kau! Dah lah dalam kelas hari-hari aku kena hadap kau. Rasanya aku boleh naik gila kalau hari-hari macam ni.

Dan aku lihat dia pun terkejut melihat aku yang dilanggarnya tadi. Ceh buat muka datar pulak dia nih. Ingat orang tak tahu kut dia terkejut tadi.

Hisy! Yang dia tengok muka orang macam nak telan hidup2 ni pasaipa pulak. Opps! Aku terlupa kedudukan kami masih dekat sebab tu dia tengok semacam tadi. Nasib baik aku tak korek mata dia tadi.

Maka, cepat-cepat aku jauhkan diri aku sedikit.

'Huh! Rupanya kau!' batin Kyran.

"Sorry, sorry sangat-sangatlah ye and thanks sebab tolong saya tadi, bye saya pergi dulu! Saya dah lambat ni!"

"Cuih, aku tau dia akan lari juga! Hisy, orang macam dia ni memang suka lari eh?" kata Kyran yang menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tanpa dia sedar dia mencarik senyuman manis perlahan.
. "Fuhh! Nasib baik cikgu tak masuk lagi dalam kelas, kalau tidak naya kena denda nanti dah lah hari ni baru hari kedua aku dok sini."

Akhirnya aku membuat keputusan untuk duduk dan mengeluarkan buku teks biologi kerana lepas ni akan ada subjek biologi.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang baru sampai di pintu untuk masuk ke kelas secara automatiknya budak perempuan kelas aku ni menjerit tak tentu pasal dengan kehadirannya itu.

Suasana yang riuh-rendah membuatkan aku yang sedang elok mahu terpejam mata di atas meja secara automatiknya berdiri tegak untuk lihat makhluk tuhan yang manakah yang berada di tepi pintu kelas itu. Hish menganggu ketenteraman aku jelah budak perempuan ni.

Aku menggosok kedua belah mata aku berkali-kali untuk melihat sama ada aku bermimpi ataupun imaginasi saja.

Aku begitu terkejut kerana apa yang ku lihat ni memang betul.

Biar benar?!

Orang yang berada di depan pintu kelas ternyata memang Kyran yang memandangnya tanpa berkelip. Ceh! Maknanya betuilah yang dia ni terkenal dekat sekolah ni pastu menjadi peminat bagi semua wanita?

Yuck! Perempuan sekarang ni memang takde taste ke?

Tapi aku lihat dia langsung tak mempedulikan orang lain dan dengan selambanya dia duduk di atas tempat bersebelahan dengan aku.

Aku tengok banyak pelajar perempuan yang suka menjerit-jerit tu kelihatan tak gembira langsung dan sedikit kecewa mungkin dengan sikap Kyran yang dingin tu.

Helo girls! I think korang semua tak yahlah suka pada si lelaki dingin ni sebab buat malu tujuh keturunan jer korang semua asyik dok bersorak dan tersengih-sengih tapi takde balasan pun. Walaupun susah untuk lupakan korang semua kena move on juga. Setakat muka handsome buat apa tapi perangai macam apa tah.

Haih teringin nak kata kat depa macam tu tapi tak yahlah nanti kena kecam pula.

Aku terasa seperti ada orang memandang aku, aku lihat belakang ada orang dok main dan ada yang tidur, aku lihat ke tepi kiri aku ada orang bergosip, aku dongak ke atas ada siling dengan air-cond yang terpasang dan terakhir sekali aku tengok kat bawah nampak kasut aku saja adalah tapi takde pun tanda-tanda orang yang memandang aku.

Pabila aku rasa ada orang yang memandang aku bersebelahan kanan aku ni dan ku rasa iaitu si dia automatik aku pusing kepala aku balas pandangan dia balik.

Apa pandang-pandang ada hutang seratus ribu ke dengan aku?

Haish ni adalah scene saling memandang ke ni? Dia nak apa ni kat aku sebenarnya asyik dok pandang orang jer? Apa muka aku nih terlebih cantik ke?

Aku hanya menghadiahkan senyuman comel untuknya dan yang ku pasti senyuman tu tak ikhlas.

And finally! Dia tak pandang aku!! Tepuk sikit! Hah barulah senang nak belajar kalau macam nih, ish pi mana pula cikgu comel ni takkan terjumpa dengan crush sendiri kut?

Kyran's pov

Entahlah kenapa aku seronok sangat tengok muka dia padahal bukannya cantik pun tapi yang ku tahu hutang dia dengan aku belum selesai.

Aku lihat dia seperti tercari-cari sesuatu mungkin dia merasakan seperti ada orang memandangnya.

And then dia berpaling pada aku dan turut melihat aku dengan muka naifnya itu.

Dan aku lihat dia mengukir senyuman manis sambil menongkat dagu memandang aku dan hal itu berjaya membuatkan aku terasa seperti di awang-awangan.

Jadi, aku membuat keputusan untuk tidak lagi memandangnya. Haih! Kenapalah aku rasa senyuman dia itu begitu cantik di pandangan mata aku eh? Haih nih tak boleh jadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience