Bab 35: Special people

Romance Series 9772

Aku tak tahu sama ada aku patut untuk bagitau Kyran pasal semua nih. Dan aku tak tahu sama ada ini adalah keputusan yang betul atau tidak. Tapi... yang aku tahu aku terpaksa bagitahu dia. Aku tak nak Farah pula jadi mangsa kena marah dengan bossnya sendiri. Aku tak boleh biarkan itu terjadi lagi.

"Kyran.....ingat lagi tak Balqish Sofea? Orang yang sudah lama tergila-gilakan awak sejak kecil lagi." kata aku memandang ke arahnya.

"Balqish Sofea? Kenapa dengan dia?" kata Kyran mengerutkan dahinya.

"Balqish Sofea tulaah dalang disebalik semua nih Kyran. Orang upahannyalah yang buat semua nih dan kita pulak... hanyalah mangsanya saja." kata aku. Dapat ku lihat wajah Kyran menjadi merah. Yeah dia sedang menahan marah.

Aku lihat tangannya sedang menggenggam penumbuk dengan erat seperti mahu menumbuk orang. Aku tak mahu dia jadi macam nih. Kyran tidak boleh terlalu mengikut emosi.

Aku dengan cepat memegang tangannya. Aku membelai tangannya dengan lembut. Cuba meredakan kemarahannya. Kyran perlahan-lahan melepaskan genggaman di tangannya. Dia memandang ke arah aku dengan lama. Aku hanya tersenyum.

"Kyran...tolong jangan terlalu mengikut emosi sangat. Awak tahu kan kalau terlalu mengikut emosi buruk padahnya nanti." kata aku yang masih memegang tangannya dengan lembut.

"Okey, saya dengar cakap awak. Tapi macam mana awak boleh tahu semua nih? Dan lagi satu parut di leher awak tu dia buat kan? Dulu waktu sekolah dengan selamba badak jer dia tampar awak dan sekarang...dia makin melampau!" kata Kyran. Namun dia sedaya-upaya cuba kawal kemarahannya demi Puteri.

"Ala awak nih kan saya cakap parut kat leher saya nih saya tak sengaja terkena dawai besi. Hmm takpelah kalau awak tak percaya. Tapi Kyran... please...saya mohon sangat-sangat tolonglah jangan bertindak melulu biar saya yang settlekan masalah nih." kata aku melihat ke arahnya. Tangan sudah lepas daripada memegang tangannya.

"Puteri Ilynia! Ini adalah masalah kita berdua. Jadi saya berhak untuk ambil tahu segalanya. Sekarang awak cakap dengan saya perempuan tu duduk mana? Dan awak berjumpa dia dekat mana? Please give me a clear explanation Puteri." kata Kyran memandang ke arah aku dengan tepat. Aku turut memandangnya kerana terkejut dia memanggil nama panjang aku. Orang lelaki memang macam nih eh? Lebih terlalu mengikut perasaan emosi sampai-sampai tidak fikir akibatnya nanti. Haih tak faham betul aku dengan orang lelaki.

"Kalau saya tak mahu cakap jugak awak nak buat apa?" kata aku menyilangkan tangan ke dada. Mata aku dengan tepat memandang ke arahnya.

"Kalau awak tak mahu juga bagitahu saya...." kata Kyran saja menggantungkan ayatnya. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah aku membuat aku terundur sedikit ke belakang.

Farah menggoyangkan kakinya berkali-kali. Tidak senang duduk dia dibuatnya di situ.

"Aduh.. Puteri dengan Kyran bincang apa pulak nih? Haihh dahlah tinggal aku seorang jer." kata Farah seorang diri. Lama dia memandang ke arah luar di muka pintu. Pasangan sejoli tu tidak pula menerjah ke penglihatannya.

Tiba-tiba telefon Farah mula berdering. Farah melihat pemanggil di talian hanya nombor saja. Tanpa membuang masa dia terus menjawab walaupun nombor yang tertera adalah asing baginya.

"Hello siapa di sana?" kata Farah.

"Hello boleh saya bercakap dengan Farah Milayla?" kata orang di talian sana.

"Yeah saya."

"Cik pernah bagi nombor phone pada doktor yang cik suruh buat DNA tu ingat tak?" kata nurse di talian sana.

"Ouhh ye betullah tu. Kenapa ya?" kata aku.

"Doktor ada bagitau yang cik boleh datang ke sini untuk ambil keputusan DNA."

"Ouhh dia ke? Kalau macam tu. Nanti saya datang. Terima kasih bagitau saya!" kata Farah teruja. Tidak sabar dia mahu tahu keputusan DNA Puteri dengan Karen. Mahu tengok sama ada Karen adik-beradik kandung Puteri ataupun tidak. Tapi dia pasti mereka berdua ada ikatan. Tengok muka ada serupa sikit pun dah tahu dah.

Farah yang tersengih-sengih seorang diri tiba-tiba ditegur oleh datin.

"Farah..." panggil datin dengan lembut. Farah tersentak. Kelam-kabut dia dibuatnya.

"Ye datin?" kata Farah.

Datin Arina sedikit mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah sekeliling.

"Aik, Puteri dengan Kyran pergi mana? Dah hilang ke?" kata datin Arina kehairanan.

Farah tersengih-sengih seketika. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Umm takpe datin. Saya tengok mereka pergi ke luar sekejap. Mungkin ada urusan penting sangat kut sebab tu mereka berdua cakap kat situ tu. Saya kat sini pun mereka tak bagi dengar datin." kata Farah ketawa kecil.

"Hmm yelah kalau kamu cakap macam tu. Nak ...tadi Dato' dengan Zain ada call. Mereka cakap mahu balik awal hari nih daripada tempat kerja. Katanya teringin mahu makan siang kat sini. Kamu tak kisah nak kalau mereka ada sekali kat sini? Sebab saya mahu ajak kamu dengan Puteri makan sekali. Takpe ke?" kata datin.

"Ohh datin mahu ajak kami makan kat sini? Hehe kalau macam tu saya tak kisah jer datin. Cuma Puteri tu jelah tak tahu lagi sama ada dia kisah ke tak. Lagipun dia yang ajak saya datang sini datin. Umm datin...kalau tak keberatan saya mahu tanya." kata Farah dengan berhati-hati.

"Hehe baguslah kalau kamu kata macam tu. Takpe, nanti kamu bagitau Puteri. Ye nak...kamu nak tanya apa?" kata datin.

"Zain tu siapa ye Datin? Hehe sebab teringin juga saya nak kenal-kenal dengan family datin nih. Zain tu sepupu Kyran eh?" kata Farah.

"Eh bukan. Zain tu abang Kyran." kata datin. Ringkas tapi padat.

Farah sedikit terlopong.

'Abang Kyran? Sejak bila dia ada abang nih? Hmm tak tahulah pulak aku dia ada abang.' batin Farah.

"Ohh saya hampir terlupa. Tadi Zain ada cakap yang dia mahu ajak kawan dia sekali makan kat sini."

"Oouh takpe datin." kata Farah tersenyum.

"Kalau begitu saya pergi dapur dulu ye?" kata datin. Belum sempat datin Arina mahu ke dapur Farah sudah menghalang.

"Umm datin, nak saya tolong datin tak kat dapur? Nanti kesian kat datin berperang kuali sorang²." kata Farah.

"Eih takpe nak. Bukan saya sorang jer yang masak. Ada jer bibik dua tiga orang tolong bantu sama. Lagipun nak kan tetamu jadi saya tak mahulah tetamu kena tolong pulak tuan rumah." kata datin tersenyum.

"Hehe okeylah datin kalau datin cakap macam tu." kata Farah tersengih. Dia hanya mengekori datin dengan ekor mata saja pergi ke dapur.

Kyran tersungging senyuman kecil di bibirnya. Tanpa aku duga dia menarik tangan aku dengan kuat membuatkan badan aku menjadi tidak seimbang. Aku terjerit kecil dan tersandar di dadanya.

Kyran menundukkan sedikit kepalanya menyamai kepala aku. Dia merapatkan bibirnya di telinga aku.

"Puteri... Puteri...awak nih orang yang degil jugak ye? Kepala batu. Takpe, kalau tak mahu bagitahu saya juga takpe. Saya mahu tengok sejauh mana awak mahu rahsiakan benda nih daripada saya." kata Kyran sambil berbisik.

Aku hanya diam. Jantung aku sekarang semakin lama semakin berdebar. Aku membuat keputusan menjarakkan sedikit antara aku dengan dia. Tak mahulah asyik bersandar kat dada dia. Eih Kyran nih kan...ada jer nak ambil kesempatan! Hampeh betul!

"Okey, kalau macam tu...shall we go now?" kata aku. Kyran hanya mengangguk saja. Dia ketawa kecil melihat aku sedikit bermuka pucat.

Belum sempat kami mahu masuk ke dalam rumah Farah sudah muncul di depan mata. Dia menyilangkan tangannya dan memandang ke arah kami dengan tajam.

"Kyran....kau masih marahkan aku? Sorry sebab aku tak jalankan tanggungjawab yang baik sebagai pekerja kau. Aku tak kisah kalau kau mahu pecat aku sekarang juga dah memang kesalahan aku. Nak buat macam mana kan..." kata Farah. Dia memandang ke arah Kyran meminta jawapan.

Aku memandang ke arah Kyran. Cuba memujuk dia supaya tidak pecatkan Farah melalui contact eyes. Tapi malangnya dia langsung tak pandang aku. Apa punya budak.

"Tak, aku tak marah kaulah Farah. Cuma...saja nak tengok reaksi kau macam mana nanti bila kena marah dengan boss sendiri. Kau kan kawan aku." kata Kyran mengenyit mata sebelah.

"Hek eleh tak marah konon! Nih aku nak bagitau kat kau Kyran. Kau tak payahlah kenyit mata bagai pada perempuan lain. Nih kalau perempuan lain tengok nih mesti gerenti cair. Aku takpalah aku tak cair dengan penangan kau. Ingat remember my advice!" kata Farah.

"Hehe kau tak payah risaulah. Hanya Puteri saja yang ada dalam hati aku. Perempuan lain takkan dapat kenyitan dari aku punye percayalah..." kata Kyran menepuk dadanya tanda bangga dengan diri sendiri.

"Hek eleh..anyway mommy kau ada masak kat dapur dengan bibik dia. Dia ajak aku dengan Puteri makan sekali. Ohh sebelum tu..mommy kau juga ada kata yang Dato' dengan abang kau mahu datang ke sini. Mahu makan siang kat sini. Kawan abang kau pun ada sekali." kata Farah panjang dan lebar.

"Apedia Farah? Datin ajak kita makan sekali? Dengan keluarga Kyran sekali? Huhu Farah aku kan tak suka ramai-ramai nih. Kau pun tahu kan." kata aku yang mula buat muka cemburut.

"Ala kau nih Puteri. Datin dah ajak tu. Macam tak sopan pula kalau kita tolak permintaan dia makan kat sini. Kau tak mahu makan free ke beb?" kata Farah.

"Betul cakap Farah tu. Awak betul-betul tak nak makan kat sini? Haah nanti abang saya ada. Saya nak perkenalkan dia pada awak dengan Farah. Awak tak teringin ke mahu jumpa dia depan-depan? Bukankah awak yang sibuk tanya pasal dia?" kata Kyran penuh tanda soal. Dia mengangkat keningnya sebelah memandang aku.

Hmm betul jugak apa yang Kyran cakap tu. Bukankah aku yang beria-ia mahu tahu siapa abang dia tu? Haduh Puteri ini peluang kau untuk cari tahu siapa sebenar abang Kyran nih. Takkan kau nak lepaskan peluang emas nih kut? Hmm...aku ikut jelah. Dalam keadaan terpaksa aku relakan. Ceyy gitewwww.

"Okeylah saya setujulah." kata aku yang terus setuju.

"Haah that's my bff! Macam nilah kawan aku. Sayang kau!" kata Farah terus memeluk aku. Aku hanya tersenyum nipis saja dan membalas pelukannya.

"Sayang kau juga." kata aku. Kini, aku, Farah dan juga Kyran duduk bersantai di ruang tamu. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Farah tengah seronok main phone. Kyran pun sama. Manakala aku pulak...tengah duduk termenung saja. Hmm nak main phone rasa bosan baik termenung jer. Kan senang.

Kyran pulak mengerling ke arah aku berkali-kali tanpa aku sedari.

"Mommy! Zain dah balik dah ni mommy. Daddy pun ada sekali." kata seorang lelaki. Tanpa ribut atau petir tiba-tiba ada seorang lelaki menjerit di muka pintu. Jap² Zain?! Kenapa mesti nama Zain?! I hate this name. Aku ingat lagi nama orang yang langgar ibu dan ayah aku tu. Nama dia Zain Danial! Nama tulah yang aku paling aku benci untuk didengar. Disebabkan nama itu hidup aku dah rapuh! Hmm tak mungkin dia orang tu kan? Hmm tak...tak mungkin. Lagipun ramai lagi orang nama Zain.

Zain mula menapak ke dalam rumah. Dia memandang ke arah aku dengan Farah dengan kerutan di keningnya. Sudah terpampang wajah dia yang sebenar. Jadi...dialah Zain ye? Abang Kyran. Muka dia sangat sama dengan gambar di dalam bilik Kyran. Dan ada iras-iras dengan muka Kyran. Nama pun adik-beradik. Tapi kan... kenapa aku tengok dia macam pernah nampak eh?

"Dik, siapa dua orang secantik bidadari nih dik? Baru jatuh dari langit eh!" kata Zain memandang ke arah kami berdua.

"Ohh Puteri, Farah. Kamu berdua ada di sini rupanya." kata Dato' tersenyum.

"Pa, pa kenal diaorang nih?" kata Zain bertanya pada papanya pula.

"Ahem adik perkenalkan yang nih Puteri dan yang nih Farah. Dua-dua kawan adik. Saja adik suruh mereka datang sini. Lagipun mommy ajak mereka makan sekali kat sini." kata Kyran. Dia pergi ke arah abangnya.

"Haah abang. Mommy kata abang nak bawak kawan abang datang sini. Mana orangnya?" kata Kyran yang sepertinya tercari-cari.

"Tuuuuu." kata Zain memuncungkan mulutnya mengarah pada seseorang.

"Audrey, mehlah datang sini dekat sikit. Apa yang nak malunya dengan keluarga aku nih." kata Zain.

Buat kedua kalinya aku terkejut. Apekah... Aku memandang ke arah abang Kyran. Audrey? Aduh Audrey Mikael ke?

Audrey pergi dekat ke arah kami. Dia tersenyum manis pada semua orang termasuk aku. Apabila matanya mula terpandang wajah aku dia terus memandang aku dengan lama. Aku turut memandangnya. Haihh kecil sungguh dunia nih. Atau...nih memang kebetulan aku jumpa dengan dia? Ohh jangan cakap dia jodoh aku!! Eh takkanlah. Hmm tak mungkin kut. Huhu...

"Aik kenapa semua orang berkumpul kat ruang tamu nih? Mehlah masuk dapur. Mommy dah masak untuk kamu semua. Bibik pun ada tolong tadi." kata Datin Arina mengajak kami makan.

"Mommy²! Tak sabarnya Zain nak rasa masakan mommy nih." kata Zain memeluk bahu mommynya.

"Haah tulaah mommy masak special tau hari nih." kata datin ketawa kecil. Aku lihat Datin Arina dengan Zain memang sangat rapat. Mesra betul!
Cemburunya aku dengan diaorang!

Dato' sudah mula pergi ke meja makan. Tinggal aku, Farah, Kyran dan Audrey di ruang tamu. Kami masih berpandangan antara satu sama lain.

"Puteri, jomlah pergi makan." kata Kyran mengajak aku. Dia memegang lengan aku. Mata Kyran tajam memerhati Audrey yang tidak berkelip memandang ke arah aku. Tanpa ku duga Audrey berjalan perlahan-lahan ke arah aku. Dia tersenyum manis.

"Tak sangka kita berjumpa lagi di sini ye Puteri Ilynia? Hmm orang selalu cakap kalau selalu terjumpa macam nih maknanya dia adalah jodoh kita. Mungkin... jangan-jangan awak jodoh saya tak?" kata Audrey. Dia tersenyum penuh makna. Aku tak tahu disebalik senyuman dia tu maksud apa? Dia ada niat jahat ke niat baik nih pada aku? Haih misteri betul!

"Kau siapa nak cakap dia jodoh kau bagai nih? Dan lagi satu jarakkan kedudukan kau dengan dia. Kau sangat rapat dengan dia sekarang nih. Baik kau pergi ke sana sebelum aku tolak kau supaya jauh sikit dari dia." kata Kyran dengan nada bergetar menandakan dia sedang menahan marah. Dia menggenggam buku limanya dengan erat.

"Woo woo relax brother!" kata Audrey. Matanya kini tertancap pada Kyran.

"Siapa brother kau?" kata Kyran dengan kasar. Dia menjeling tajam ke arah Audrey.

"Woo woo Kyran. Dahlah tu. Jomlah pergi makan. Semua orang dah duduk kat meja makan tu." kata aku cuba menyelamatkan keadaan. Silap hari bulan ruang tamu nih jadi terbalik pulak.

Farah memegang lengan Kyran dan juga aku. Dia segera menarik lengan kami pergi ke meja makan. Hehe nasib Farah tolong sama.

Audrey hanya memandang tajam ke arah mereka bertiga. Senyuman manis yang terukir di bibirnya menjadi senyuman sinis. Senyuman yang jahat. Perlahan-lahan dia turut mengekori mereka menuju ke meja makan.

"Wow datin! Sedapnnyee makanan tengok pun dah terliur dah nih." kata Farah. Dia sudah duduk di meja makan. Farah menjilat bibir atasnya. Matanya tak henti-henti memandang hidangan di atas meja. Almaklumlah rasa terliur lihat makanan semua atas meja nih. Farah...Farah...tapi kan aku pun rasa terliur juga nih. Tengoklah tu dengan ayam goreng berempah dia tu..lepas tu dengan udang galah masak sambal lagi. Lepas tu ada ketam masak lemak lagi. Lepas tu ada bebola udang dan ketam lagi. Wow! Semuanya makanan power² giler.

"Hehe tak makan lagi dah kata sedap." kata datin ketawa kecil.

"Hehehe sedaplah datin! Farah tengok saja pun dah tahu confirm sedap nih!" kata Farah ketawa. Kami semua turut ketawa dengan telatah Farah kecuali Audrey yang hanya diam membisu.

Aku mula mencedok lauk ketam masak lemak terlebih dahulu. Aku lebih prefer ketam walaupun aku alah pada makanan laut tapi aku tak kisah. Ketam nih pun dah boleh nampak memang segar. Wow mesti syedap nih! Aku tengok Farah sudah mula menyuap sudu yang sudah dicedok nasi beserta lauk ke dalam mulut. Hamboih! Cepatnya dia ambil lauk.

"Dik, abang tengok Farah nih kan cepat mesra dengan orang. Kalau dik dengan Farah kan abang setuju sangat-sangat. Rasa serasi gituw." kata Zain separuh berbisik di sebelah Kyran.

Mendengar kata-kata abangnya Kyran sedikit tersentap. Dia turut berbisik ke arah abangnya.

"Dik suka Puterilah abang. Dik sayang dia. Farah cuma dik anggap sebagai kawan saja." Zain hampir tersedak mendengar kata-kata adiknya.

"Kau seriuslah!" kata Zain berbisik dengan kuat.

Kyran hanya tersenyum saja menandakan jawapannya ialah ya.

"Tahniah dik! Akhirnya selepas sekian lama ada juga perempuan yang menarik perhatian adik." kata Zain gembira.

"Hmm tapi dia tak cintakan adiklah abang." kata Kyran mula bermuka muram.

"Jadi, kau tepuk sebelah tangan lah nih? Hmm abang tak rasa yang adik bertepuk sebelah tangan." kata Zain mengerling sekilas ke arah aku.

Aku mengerutkan dahi. Hmm dah kenapa diaorang nih? Berbisik-bisik lepas tu kerling-kerling orang? Hmm pelik. Cakap pasal aku kut. Jeng..jeng..jeng!

"Maksud abang?"

"Maksud abang. Tengok mata dia dalam-dalam dik. Cuba tengok mata dia ada cinta atau tidak? Sesungguhnya mata tak boleh tipu kita dik. Mulut bolehlah kata tidak tapi hati kita tak tahu." kata Zain yang sambung menyuap makanan.

Kyran hanya mendiamkan diri. Dia termenung seketika memikirkan sesuatu.

'Hmm betul juga cakap abang. Aku tak boleh percaya bulat-bulat yang Puteri tak cintakan aku. Tengoklah perbuatan dia pada aku kebelakangan nih. Sangat different daripada hari lain. Apa mungkin dia sudah sukakan aku? Bila tiba masanya aku akan cuba bongkarkan segalanya. Itu aku jamin.' batin Kyran.

Aku yang khusyuk makan tiba-tiba terasa dipandang lama oleh seseorang. Jap² bukan seorang tapi dua orang. Huwaaa! Siapa tengok aku nih?

Aku dengan perlahan-lahan mengangkat kepala aku sedikit. Okey orang pertama sudah dapat dikesan. Rupanya Kyran tengah memperhatikan aku. Almaklumlah aku berada di depan Kyran jadi senanglah kalau dia mahu pandang aku. Bila aku bertentang mata dengannya secara spontan dia memaling kepalanya ke arah lain. Hehe ingat orang tak tahu kut dia tengah pandang orang tadi. Aku tahulah aku cantik tapi tak payahlah pandang macam tu sekali. Okay now...orang kedua pulak.

Aku lihat Zain hanya makan dan sembang dengan ibu dan ayahnya. Siap bergelak ketawa lagi. Jadi bukan dia yang tengok aku. Aku pandang di sebelah kanan aku Farah takde pun dia pandang aku. Sikit pun tak! Hamboihh makan gelojoh nampak! Okey dato' dengan datin aku dah tau dah mereka tak tengok aku. Sekarang seorang jer yang aku belum pandang. Audrey. Hmm Audrey duduk di kerusi paling hujung daripada kami. Aku dengan secara automatik memusingkan kepala aku ke kiri memandang ke arahnya. Okey orang kedua sudah dapat dikesan. Yepp betul tekaan aku. Dia sedang memandang wajah aku bagaikan mahu tembus. Haah nih lagi sekor! Aduhh melalui psikologi aku kan cara dia pandang aku tu sangat lain dan aku rasa...dia sukakan aku. Bukan hanya suka tapi cinta. Macam Kyran juga. Hmm aku bukan mahu perasan tapi ini hanyalah psikologi semata-mata. Takpelah buat tak kisah jelah. Buat bodoh jer. Aku sambung semula aktiviti makan aku yang terhenti tadi.

"Hmm Puteri dengan Farah kerja apa ya? Nak tahu juga saya." Zain yang tiba-tiba menyebut nama aku membuat aku tersedak.

"Ahak...uhuk..uhuk.." aku batuk berkali-kali dek tersedak. Awwww pedih tekak!

"Nah." tanpa ku duga Kyran dan Audrey menyua segelas air pada aku secara serentak. Aku terkebil-kebil seketika. Apekah... Aduhh time² macam nih jugak lah korang nak sua air secara serentak ye? Aduhh gawat nih! Aku patut pilih air yang mana?

Dato', datin, Zain dan juga Farah masing-masing terkebil-kebil.

'Wow tak sangka Puteri orang yang famous juga eh? Tengoklah Kyran dengan Audrey bagi air secara serentak. Wow nih boleh buat drama nih. Cinta persegi. Haah gituwww. Tapi seriuslah! Tak sangka kawan aku suka Puteri. Hmm nih mesti mereka dua dah kenal nih.' batin Zain.

'Arghh seriuslah! Pemandangan apakah yang aku lihat nih? Macam drama bersiri terbaru nih.' batin Farah.

Kyran dengan Audrey berpandangan antara satu lain. Masing-masing mempamerkan pandangan tajam.

Huhu aunty tolong Puteri!!

Melihat aku yang sepertinya tidak tahu mahu memilih yang mana Audrey tersenyum manis. Dia perlahan-lahan menjatuhkan tangannya yang sedang memegang gelas air.

"Takpe Puteri. Ambillah air Kyran tu." kata Audrey. Aku terkebil-kebil seketika. Okey. Kalau kau cakap macam tu. Aku apa lagi terus menyambar air pada tangan Kyran dan meminumnya dengan rakus. Arghh leganya! Sudah hilang sakit di tekak.

"Terima kasih Kyran." kata aku tersenyum manis padanya.

"Sama-sama." kata Kyran yang juga mencarik senyuman manis. Auchh! Senyuman tu lagi.

Audrey mengenggam tangannya. Dia sangat tak suka kalau Puteri mempamerkan senyumannya pada lelaki lain.

'Sepatutnya aku yang dapat senyuman tu! Sepatutnya minuman aku yang Puteri patut ambil! Bukannya si lelaki selebriti tu! Arghh!' jerit Audrey di dalam hati. Urat-urat di tangannya kelihatan sangat jelas apabila dia menggenggam tangan.

"Ohh Encik Zain kata apa ya tadi? Boleh ulang sekali lagi? Saya belum dapat tangkap." kata aku tersenyum manis. Formal.

"Saya mahu tanya Farah dengan Puteri kerja apa ya? Saja tanya." kata Zain.

"Ouhh, saya kerja sebagai penyiasat persendirian encik Zain. Kawan saya pula dia hanya kerja sebagai penyanyi upahan betul kan Puteri?" kata Farah.

"Yepp betul sangat." kata aku tersenyum.

"Ouhh jadi Puteri penyanyi ye? Mesti sedap suara Puteri kan ketika menyanyi. Teringin juga saya nak dengar." kata Zain tersenyum.

Aku sedikit terdiam. Hmm mahu jawab apa ya?

"Puteri nih memang sedap pun suara dia. Suara dia seumpama semanis madu dan selembut gula kapas. Dulu waktu Zain duduk kat luar negara kawan papalah yang offer Puteri untuk menyanyi di majlis hari jadi Kyran." kata Dato'Johansson.

"Ouhh waktu tu. Patutlah." kata Zain ketawa kecil.

"Taklah Dato'. Janganlah puji melambung sangat. Suara saya biasa sajalah dato'." kata aku tersengih-sengih. Apalah Dato' nih kesitu pulak dia. Aku dahlah tak suka dipuji tinggi-tinggi sangat.

Mereka semua hanya ketawa kecil dan tersenyum saja.

"Puteri, saya ada terfikir mahu tawarkan kamu untuk menyanyi di majlis pesta anak kawan saya. Kebetulan kawan saya tanya ada penyanyi upahan tak. Jadi saya katalah yang saya ada orang yang sesuai untuk menyanyi. Dan orangnya adalah kamu. Kamu sudi ke Puteri nyanyi di pesta kawan anak saya nanti? Sebab kami sekeluarga pun pasti ada juga kat sana nanti sebab dia jemput kami sekeluarga. Jadi Puteri sudi ke?" kata Dato' Johansson menanti jawapan dari aku.

Haa sudah! Apa yang aku harus cakap nih?! Aku dahlah nak pergi ke luar negara lusa nih. Aduhh!

"Ermmm Dato'.... Maafkan saya tapi....saya tak boleh terima tawaran Dato'. Lagipun...saya dah berhenti jadi penyanyi upahan." kata aku tersenyum kelat.

"Ha? Kenapa Puteri? Ada apa-apa berlaku ke yang buat awak berhenti menyanyi?" kata Dato' Johansson. Farah, Zain, Kyran dan juga datin turut berasa hairan dan memandang ke arah aku.

"Errrr." aku sudah mati akal mahu menjawab soalan Dato' tu. Haih Kbat betul soalan nih!

"Hmm takpelah Puteri. Saya tak paksa untuk kamu jawab soalan saya. Saya faham. Takpe nanti saya cari penyanyi lain untuk kawan saya. Confirm mesti ada." kata Dato' tersenyum.

Aku turut tersenyum manis.

"Terima kasih Dato'." kata aku. Dato' hanya mengangguk saja.

"Ala baru nak ada peluang nak dengar suara Puteri. Tapi takpelah.." kata Zain. Aku hanya tersenyum kelat saja mendengar kata-katanya.

"Puteri, Farah betul nih kamu berdua mahu balik dah? Tak nak tinggal lagi lama sikit kat sini?" kata datin. Sekarang kami berdua sudah habis makan dan mahu balik. Hmm tak mahulah duduk sini lama-lama kat rumah orang. Tak selesa aku dibuatnya. Macam menyusahkan orang pulak. Dahlah datin jamu makan tadi.

"Takpelah datin. Datin jemput kami berdua makan pun kami berdua dah bersyukur sangat. Terima kasih ye datin, dato'. Puteri dengan Farah mintak diri dulu." kata aku memandang ke arah mereka sambil tersenyum manis. Zain dan Audrey aku tak tahu mereka sudah menghilang ke mana.

"Okeylah kalau kamu cakap macam tu." kata datin. Sebelum pergi sempat aku memeluk datin. Datin Arina pula sedikit terkejut. Tak sangka aku tiba-tiba memeluknya.

Semasa aku peluk sempat lagi aku berbisik pada telinganya.

"Datin, masakan datin sedap sangat. Thank you tau?" kata aku berbisik. Aku tersenyum lembut padanya. Datin Arina hanya tersenyum dan mengangguk.

Sementara Farah aku tengok dia sedang berbual dengan Kyran. Entah apa yang dicakapnya pun aku tak tahulah. Kyran pulak asyik tersengih dan mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk. Hmm musykil. Teringin juga nak tahu apa yang mereka sembang.

Aku terus pergi ke arah mereka berdua yang sedang berbual.Tetapi bila aku betul-betul berada di antara mereka. Mereka terus mendiamkan diri seperti patung macam takde pape yang berlaku. Lagilah membuat aku menjadi curiga. Haihh nih mesti ada apa-apa nih.

"Kenapa korang diam? Alo sembanglah macam tadi. Aku pun nak dengar juga." kata aku merengek seperti budak-budak.

"Hehe takde papelah Puteri. Kiteorang tengah sembang pasal kerja jer tadi. Kau jangan risau kami berdua tak mengata kau pun." kata Farah. Dia memeluk bahu aku mesra.

"Hmm betui nih hanya cakap pasal kerja tadi?" kata aku. Kyran dengan Farah hanya mengangguk saja. Masing-masing tersengih seperti kerang busuk.

"Hmm okeylah jomlah balik Farah." kata aku.

"Haah jom!" kata Farah.

"Kyran, ingat tau apa yang aku cakap tadi?" kata Farah mengerdip mata berkali-kali.

"Okey don't worry lah aku takkan lupa." kata Kyran mengenyit mata sebelah.

"Mata kau kenapa Farah? Asyik kerdip-kerdip jer. Bahaya nih. " kata aku yang melihat matanya dengan dekat.

"Eh takde papelah saja nak kerdip-kerdip mata. Kau ni pun jangan serius sangat. Saja nak bersenam mata. Hehehehe." kata Farah ketawa kecil.

"Hmm yelah."

Akhirnya aku dan Farah sudah sampai ke keretanya. Farah mula menstart ejen di kereta dan meluncur laju daripada sini.

"Puteri malam nih kita berkhemah dan berkelah di tepi pantai nak tak? Mesti best nanti kalau tidur di tepi pantai waktu malam." kata Farah teruja. Matanya fokus memandang ke hadapan ketika memandu.

"Okey kalau kau cakap macam tu aku setuju jer. Mesti best nanti. Hmm tapi kita berdua je kan yang pergi?" kata aku.

"Hehehe kalau aku cakap kita pergi bertiga macam mana?" kata Farah.

"Bertiga? Siapa pulak orang ketiga tu? Haih Farah kau jangan main-main." kata aku memandang ke arahnya.

"Main-main? Taklah Farah Mikayla bukan orang yang jenis suka main-main tau. Aku cakap serius beb. Akan ada orang special nanti yang akan join kita malam nih." kata Farah serius.

"Hmm okeylah. Tak sabar nak tahu orang istemewa tu." kata aku.

"Hehehe just wait and see." kata Farah mengenyit mata sebelahnya sekilas pada aku. Dia tersengih-sengih seorang diri.

"Ohh sebelum terlupa beb tadi kan waktu kau dengan Kyran berbincang kat luar rumah tadi kan lihat hospital ada call aku yang keputusan DNA kau dengan Karen sudah keluar beb." kata Farah.

"Dia ke beb?! Kalau macam tu jom kita pergi ke hospital sekarang. Tak sabar aku nak tahu keputusannya." kata aku teruja.

Farah hanya mengangguk saja. Arghh Karen... adakah dia adik kandung aku yang aku cari selama nih? Kalau keputusannya sama dan tepat tak dapat aku bayang perasaan aku nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience