Bab 22: Do you love me?

Romance Series 9772

Hai my readers miya update lagi nih sebab ada part yang tak kena dan ada part yang tak habis lagi sorry ya? Hehehe.

"Farah!!" jerit aku padanya. Dia berlari-lari anak ke arah aku dengan beg berat bagasinya itu. Kami berpelukan erat sebelum tersenyum. Aku memegang kedua-dua tangannya. Wuish serius arh ni Farah!

"Farah! Kau.....kau masih tak ada beza lah nampak macam sama jer lepas kita jumpa kat Filipina." kata aku membelek mukanya. Farah mula memuncungkan bibir dan menyilangkan tangan ke dada.

"Ceh kau nih Puteri baru jumpa hari nih je terus sindir aku ko fikir aku nih ahli sihir ke, hari nih muka macam Tzuyu esok muka macam Kim Ji Won ha macam tu?" kata dia muncungkan mulutnya.

"Waduhh parah ini kok mulutnya makin muncung ya?" kata aku cuba dengan loghat Indonesia. Ahak biaq pi lah kalau salah pun aku bukannya orang Indonesia pun.

Malah Farah hanya mendiamkan diri, saja mahu lihat sejauh mana Puteri mahu memujuknya.

Aku berdehem sebentar. Nasib baik aku nih orang yang pandai memujuk orang.

"Ahem, tak sangkalah pulak cik Farah masih sukakan artis Korea ya? Hehehe okey gini cik Farah yang sangat cantik lagi menawan, saya mengaku yang anda memang..." belum sempat ayat aku mahu habis dia sudah potong bicara aku. Hampeh betul!

"Ish dah lah tu kau puji aku, lagipun bukannya aku merajuk dengan kau pun saja ja mahu uji kau samada kau sayang aku ataupun tidak." kata Farah tersengih-sengih.

"Hahaha sekarang kau dah tahu kan yang aku sayangkan kau." kata aku mencubit pipi gebunya.

"Arhh3 sakitlah." kata Farah yang membuat muka cemburut. Kurang asam punya Puteri!

Manakala aku pulak sudah ketawa berdekah-dekah sambil menekan perut. Lucu pulak apabila lihat muka cemburut Farah.

"Eh dok sibuk sembang nih aku tak jumpa lagi dengan mak ayah aku. Aik mereka tak jadi datang sini ke?" kata Farah yang menggoncangkan tubuh ku berkali-kali, adoi pening doh! Aku lihat dia seperti tercari-cari ibu dan ayahnya. Macam kucing nak beranak jer aku tengok. Takpun macam ayam betina yang tercari-cari di mana telurnya.

"Ha'aa lah mana mak dan ayah kau eh?" kata aku yang sudah blur. Aku turut tercari-cari seperti Farah. Haish perlu ke aku jadi penyiasat persendirian. Haha mengarut jer!

Eh jap bukankah tadi aunty Marissa ada kata nak pergi toilet, uncle Haris pulak nak pergi beli air untuk anak kesayangannya nih? Hahaha pelupa betul kau nih Puteri! Aku menepuk dahi ku perlahan.

Belum sempat aku mahu bagitau Farah kelibat ibu dan ayah dia menerjah ke kornea mata ku.

"Weh Farah tu bukan mama dan papa kau?" kata aku yang muncungkan bibir ke arah suatu tempat. Sekarang kitaorang masih di airport jadi keadaan di sini memang agak bising.

"Sorry mama lambat tadi pergi toilet. Papa pulak pergi beli air ni ha." kata ibu Farah. Puan Marissa. Puan Marissa dan Encik Haris tersenyum-senyum melihat anaknya yang kelihatan cantik. Mungkin rindu dengan anaknya sama sebab terpaksa berpisah selama beberapa bulan atas urusan kerja.

Farah berjalan perlahan-lahan ke arah ibu dan bapanya. Farah memeluk ibu bapanya dengan erat. Aku pulak terasa seperti mata ku panas mungkin mahu menangis melihat mereka. Rindunya aku dengan ibu dan ayahku! Alangkah bagusnya aku dapat memeluk mereka seperti itu dan menangis di pelukan mereka. Hanya tuhan saja yang tahu betapa terseksanya jiwa ini merindui mereka.

"Mama dan papa apa khabar?" kata Farah yang mulakan bicaranya. Dia melepaskan pelukannya dan tersenyum manis ke arah orang tuanya.

"Sihat sangat, kamu pulak macam mana?" kata Encik Haris.

"Farah pun sihat cuma tulah tak cukup rest nih nyantuk lah pulak." kata Farah. Hahaha nak manja-manja ler tu.

"Laa dia ke? Takpe boss Farah kan dah bagi cuti sebulan jadi kamu bolehlah rehat-rehat betui tak?" kata Puan Marissa yang memegang bahu Farah dengan lembut. Farah memegang tangan ibunya yang berada di bahunya sambil tersengih.

"Hah betui tu mama lagipun Farah nak rehat-rehat dan manja-manja dengan mama dan papa dulu hehe."

Manakala Puan Marissa dengan Encik Haris hanya saling memandang dan tersenyum.

Ibu Farah ni walaupun dah berusia tapi tetap cantik dan awet muda. Ni kalau ibu aku ada mesti dia cantik macam ibu Farah. Aku termenung seketika sambil tersenyum.

"Ouhh mama dengan papa tunggu sekejap ye Farah nak cakap dengan Puteri sekejap." kata Farah. Ibu bapanya hanya mengangguk sahaja.

"Puteri.. oh Puteri tengah termenung ke?" kata Farah melambaikan tangannya.

"Ha? Ha kenapa ada orang pakai kostum Spongebob Squarepants hari ni ke weh?" kata aku yang mula mengarut. Mata aku terkebil-kebil melihatnya. Haih nasib baik tak termelatah tadi.

Selepas aku berkata begitu automatik giliran Farah pula yang menghamburkan gelak ketawanya berdekah-dekah.

"Hahaha serius lah waktu time2 macam nih jugak kau fikir pasal kartun nampak sangat perangai kau tak berubah lagi still minat kartun sampai sekarang, hahahaha." kata Farah yang menghamburkan gelaknya sekali lagi dekat dengan muka aku. Hampeh betul! Aku buat muka 10 sen padanya. Ni sajalah nih nak balas dendam sebab aku gelak kat muka dia tadi.

Haih inilah yang dinamanya Farah gelak memang tak berlapik betul tapi aku pun lebih kurang sama jugak dengan dia. Hehehe!

Tudiaa gelak, nih tak boleh jadi nih. Patutkah aku panggil ambulan untuk datang mai ambik. Aku menggelengkan kepala perlahan. Baik aku bersuara sebelum benda yang lebih teruk akan terjadi.

"Helo Mrs. Farah, kalau nak gelak pun janganlah gelak kat muka aku. Ish dengan gelakmu saja boleh membuat orang lari lintang-pukang tau tak? Tu ha tu mak ayah kau dok tengok jer kau tak malu ke?" kata aku memuncungkan bibir pada ibu dan ayahnya yang tersengih-sengih. Farah hanya berhenti gelak. Dia mengelap sedikit air mata yang berada di tubir matanya. Gelak sampai terkeluar air mata hahaha apa apaan sih.

"Weh kau pilah balik kesian kat mak ayah kau tu tunggu kau."

"Aku nak balik dah la ni kau tu takpe ke balik seorang diri, tak mau tegur mak ayah aku dulu ke?"

"Ouhh betui jugak na terlupa pulak aku nih." kata aku menepuk dahi. Lagipun aku bukannya tak tegur langsung aku dah tegur dan rancak berbual lagi dengan mak ayah dia sebelum anak dia sampai sini lagi. Hahaha mak ayah dia memang penyayang betuilah. Tak rasa kekok pun dengan mak ayah dia.

"Uncle, aunty balik dulu ya dengan Farah nanti Puteri balik naik teksi." kata aku tersenyum ramah.

"Takpe ke Puteri?" kata Encik Haris risau.

"Takpe don't worry uncle." kata aku. Aku memegang tangan Farah sebelum berkata sesuatu padanya.

"Takpe, kau luangkan masa dulu dengan aunty dan uncle nanti kalau ada masa yang sesuai kita jumpa lagipun ada someone special untuk kau jumpa nanti." kata aku mencarik senyuman lembut. Aku menggoyang-goyang kedua-dua tangan Farah berkali-kali. Dia pun memegang dan menggoyang tanganku berkali-kali.

"Someone special? Siapa?" kata Farah sudah blur. Mungkin hairan kalau aku ada kawan lain selain dia.

"Ala rahsia lah mana boleh bagitau awal-awal." kata aku mengenyit mata sebelah padanya.

"Hmm yelah. Kau pun balik lah nanti kita jumpa eh?"

"Yupp don't worry be happy." kata aku yang membuat piss sambil tersengih. Kami berdua ketawa kecil dan berbalas pelukan sebentar sebelum meleraikannya.

"Hmm kalau Puteri cakap macam tu tak jadilah kita nak makan bersama sebab aunty ada buat masakan kegemaran Farah."

Aku menoleh ke arah Puan Marissa dan berkata.

"Laa dia ke? Takpe nanti kita makan sama-sama ya sebab Puteri ada urusan sikitlah." kata aku.

"Ye takpe aunty faham nanti kalau ada masa datanglah rumah aunty ya?" .

"Baiklah aunty." kata aku buat keberapa kalinya tersenyum lagi.

"Uish mama masak makanan kegemaran Farah? Thank you mom!" Kata Farah memeluk lengan ibunya sekilas. Manakala aku hanya jadi pemerhati setia saje.

"Uncle balik dulu lah ye Puteri?" kata Encik Haris.

"Ye uncle hati-hati ya apabila memandu jangan terlanggar kereta orang sudah hehe." kata aku ketawa kecil.

"Kamu nih ada-ada jelah, uncle kalau memandu memang sentiasa cermat ape." kata Encik Haris.

"Hahaha." kami berdua bergelak ketawa sebentar sebelum Farah dengan keluarganya pergi daripada sini. Sempat lagi Farah lambaikan tangan pada aku. Aku hanya melambainya balik beserta senyuman.

Aku check phone aku iaitu wassap aku dengan Kyran.Ya, tadi dia ada wassap aku tapi aku tak balas sebab tak sempat.

"Helo my sweetheart can we meet at the park like that day?" ha itulah kata-kata yang dia wassap tadi pada aku. Aku pulak tersenyum hingga ke telinga seperti orang kurang siuman.

"Halo Mr. Handsome. Yeah we can meet at the park like that day. Just wait for me a few minutes, I'll be there." kata aku membalas balik wassap nya. Belum sempat aku mahu pergi daripada situ telefon aku berbunyi tanda notifikasi masuk.

Aku melihat ada notifikasi wassap masuk dan ternyata Kyran, uish cepat gila dia online takkan dia tunggu aku reply daripada tadi kut.

"Okey dear, see you there." katanya di wassap phone aku. Siap bagi emoji love dan senyum belaka lagi, haha. Aku tak menjawab apa sebaliknya pergi daripada tempat itu. Kaki aku pun terasa lenguh sebab daripada tadi berdiri.

*************

"Hmm, pak cik berhentikan kereta kat sini saja, ya?" kata aku tersenyum pada pak cik teksi tersebut. Dia hanya ikut apa yang aku cakap.

Aku membayar apa yang patut sebelum turun daripada teksi. Hmm hari nih tak ramai sebab cuaca masih terik lagi. Aipp dia nak jumpa aku kat sini buat apa eh?

Cari punya cari akhirnya aku dapat merasakan yang dia berdiri membelakangi aku di bawah pohon yang redup.

Aku tersenyum miring sebelum berjalan terjengket-jengket ke belakangnya. Hahaha saja nak surprisekan dia.

Aku harap sangat orang di depan aku nih Kyran sebab tengok bentuk badan pun macam dia jer. Aku menutup matanya menggunakan kedua-dua tangan aku sambil membelakanginya.

"Guess who I am?" kata aku dengan nada kebudak-budakan padanya. Saja mahu bagi dia keliru. Dalam hati aku berharap yang orang ni adalah Kyran kalau tidak mesti malu giler.

Lelaki itu memegang dengan lembut tangan yang berada di matanya.

"Puteri is that you right?" kata Kyran tersenyum.

Suara lelaki yang aku sangat kenali menerjah ke gegendang telinga ku.

"Yeah you are right." kata aku yang sudah lepaskan tangan dari mukanya.

Badan dia toleh ke arah aku. Dapat aku lihat dengan jelas muka tampannya itu.

Kami berbalas pandangan sebentar sebelum tersenyum. Hati aku pasti akan tenang apabila melihat raut wajahnya, tak tahulah sebab kenapa.

"Puteri, sebenarnya saya nak ajak awak pergi ke tempat yang special, awak nak tak ikut saya?" kata Kyran dengan nada lembut suaranya. Dia menunduk sedikit kepala untuk melihat Puteri kerana Puteri yang sedikit rendah berbanding dia.

Aku mengerutkan dahi selepas dia berkata begitu. Tambah cuaca matahari yang sedikit terik dan sinar munusuk ke mata aku membuatkan aku terpaksa menadah tangan ke dahi sambil memandangnya.

"Ermm boleh, tapi kita pergi makan dulu boleh tak? Sebab saya langsung tak makan tengahari lagi." kata aku padanya. Aku lihat dia ketawa kecil menampakkan lesung pipitnya.

"Laa dia ke? Saya memang dok ingat nak ajak awak makan dulu sebab saya pun tak makan tengahari lagi nih." kata Kyran tersenyum.

"Awak jangan senyum macam tu boleh tak?" kata aku padanya.

"Kenapa?"

Aku mendekatkan diri sedikit padanya. Kaki aku jinjat sedikit dan berbisik di telinganya.

"Sebab senyuman awak boleh buat saya cair." kata aku berbisik. Aku tersenyum semanis mungkin dan mengenyit mata aku sebelah khas untuknya.

Kaki aku mula melangkah ke belakang tanpa melihatnya. Baru beberapa tapak ke hadapan aku merasakan yang dia masih tak ikut aku dari belakang.

Aku menoleh melihat dia yang terpacak seperti tunggul di situ. Aik dia nih kata nak pergi makan.

Aku menghembus nafas perlahan sebelum mendekatinya semula. Ada apa-apa masalah ka dia nih?

Kedua-dua bahu aku gerakkan tanda tidak tahu kenapa dengan dia. Tanpa berfikir panjang aku terus memegang lengannya pergi daripada situ. Huhu kesyiannye kat perut aku yang sudah lama minta diisi.

Ni kalau tak isi sekarang perut aku nih aku boleh pengsan gamaknya nih. Dah lah waktu pagi aku just makan roti je, huhu harap kau sabar wahai perut.

************

Kami telah tiba di suatu restoran tetapi malangnya tempat itu terlalu ramai orang dan meja dengan kerusi pun berdekatan dengan orang. Kut nak ada meja dan kerusi yang khas untuk orang bersendirian. Huh!

Yeah sekarang nih aku dan Kyran berada di kereta sambil mata melihat orang yang ramai di restoran tersebut.

"Saya rasa baik kita pergi ke tempat restoran lain yang sunyi sikit sebab awak tahu saya ni kan pelakon, jadi seboleh-bolehnya saya tak mahu diaorang nampak muka saya kalau ada orang ramai kat restoran hari ni." kata dia yang berasa bersalah pula pada Puteri sebab dia yang pilih restoran ni. Tengok-tengok tak boleh makan sebab orang ramai sangat.

Aku melihat wajah lelaki itu. Nampaknya dia seperti bersalah pada aku.

"Hey look at me." kata aku dengan perlahan.

Selepas Kyran melihat muka aku, aku sekali lagi bersuara.

"Don't make that guilty face to me because it's not your fault." kata aku tersenyum.

"Aha saya ada idea yang membolehkan kita tak payah cari restoran lain." kata aku padanya. Lampu mentol mula menyala di kepala aku.

"Apedia?" kata Kyran yang sudah tidak sabar.

"Ape kata kalau saya bungkus jer makanan yang kita nak makan dan makan dalam kereta." kata aku yang menggerakkan kening berkali-kali. Bibir aku tidak henti-henti tersenyum.

Kyran mendiamkan diri sebentar sebelum berkata.

"Tapi.." belum sempat dia berkata apa aku telah letakkan jari telunjuk ke bibirnya tanda diam.

"Syyyyh, awak tak perlu berkata apa jangan risau okey awak kan telah jadi selebriti yang terkenal. Saya tak maulah disebabkan saya bersama dengan awak nanti saya pulak yang jadi perhatian orang. Hehehe." kata aku ketawa kecil padanya.

Kyran memegang tangan Puteri perlahan yang masih berada di bibirnya dan hal itu sudah membuat Puteri sedar yang dirinya sangat dekat dengan Kyran.

What the heck! Apa yang aku buat nih?! Aku menjerit di dalam hati.

Mata Puteri terkebil-kebil memandang ciptaan tuhan yang sangat indah di matanya. Tanpa dia sedari diri dia sudah teralit memandang wajah tampan Kyran.

Kyran ketawa kecil sebelum mengepit hidung Puteri menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya.

"Arghh sakitlah!" kata aku yang mengusap-usap hidung aku. Kut2 lah hidung aku dah patah ke? Nanti sapa pulak nak ganti. Hish!

"Awak nih kenapa buat macam tu kat saya?" kata aku dengan nada gangster. Aku menyilangkan tangan ke dada sambil kening aku angkat sebelah.

"Saja, kenapa?" kata Kyran yang hanya beriak biasa tanpa ada bersalah sedikit pun.

Ish boleh pulak dia buat muka kerek dia tu, tumbuk kang baru tahu!

"Kenapa awak tanya nanti hidung saya ada yang senget ke patah ke awak nak ganti ke?" kata aku membuat muka jengkel. Tangan masih aku silangkan ke dada.

"Hahaha takde maknanya nak patah dan senget cuma saya nak tanya awak satu soalan jer dan saya nak awak jawab dengan jujur soalan saya nih." kata Kyran yang sudah tidak ceria seperti tadi. Muka dia terus tukar 100% menjadi serius.

Uishh bila dia serius macam nih buat aku jadi seram sejuk lah pulak. Lagi satu, soalan apa pulak kali nih dia nak bagi?

"Hmm awaaakk kenapa serius sangat muka nih." kata aku dengan nada leret. Jari telunjuk aku sentuh bahunya berkali-kali dengan reaksi yang comel cuba memujuknya. Serius aku tak mahu dia buat muka macam tu seram weh!

Kyran memegang tangan Puteri dan dengan spontan menarik tangan tersebut supaya Puteri mendekatinya. Aku pulak sudah terkejut biawak dan mata aku terbeliak dengan luas apabila melihatnya. Yeah buat kedua kalinya aku dengan dia berada dengan jarak dekat semula. Oh no!

Peluh mula membasahi di dahi aku walaupun dalam kereta nih sudah dibuka aircond. Sedaya upaya aku tarik tangan aku semula dari genggamannya.

"Jawab saya Puteri adakah awak akan jujur mahu jawab soalan saya ini?" kata Kyran. Matanya menusuk ke dalam mata aku membuat aku memejamkan mata seketika.

Auch renunganmu sungguh menusuk ke kalbu!

Aku membuka mata aku perlahan dan memandangnya dengan tepat sebelum bersuara dengan sedikit tergagap.

"Yy..ya saya akan jujur tapi aa..awak bagitahulah pada saya soalan apa yang sangat serius tu."

"Adakah awak sudah jatuh cinta dengan saya atau...awak sudah pun memang cintakan saya?" kata Kyran tanpa berdalih lagi. Matanya masih tertumpu pada Puteri menanti dengan sabar jawapan apa yang akan dia berikan nanti. Cik jantung pulak sudah berdegup dengan laju.

Soalan tu? Rupa-rupanya dia nak tanya aku dengan soalan tu?! Aku terasa seperti paku dituju bertubi-tubi ke arah aku. Adoii apa yang aku harus jawab nih!

"Ss..saya, saya tak tahu. Saya memang tak tahu dan untuk jawapan tu saya pun sendiri cuba untuk cari jawapannya. Please jangan desak saya Kyran buat masa nih. Saya sendiri pun tak pasti perasaan apa sebenarnya yang saya hadapi sekarang nih. Kadang-kadang hati ini berasa senang apabila bersama dengan awak dan kadangkala jugak hati ini berasa sakit apabila bersama dengan awak. Jadi saya tak tahu samada saya menganggap awak sebagai kawan saja atau lebih daripada itu." kata aku dengan perlahan. Cukup hanya aku dan dia saja yang dengar. Kepala aku tunduk tanpa melihat ke arahnya.

Kyran berasa terkelu lidah untuk berkata apa-apa. Dia melepaskan tangan aku perlahan dan hal itu berjaya membuat aku menghembus nafas lega. Aku menggosok perlahan tangan aku yang sedikit merah.

"Sorry." kata Kyran. Perkataan yang cukup padat dan jelas bagi aku.

Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum lembut.

"Takpe, is sokay." kata aku.

"Tangan awak merah ke?" tanya Kyran prihatin. Dia membelai lembut tangan aku membuatkan aku terdiam.

"Argh nih semua salah saya kalaulah saya tak berkasar dengan awak pasti tangan awak tak merah." kata Kyran mencengkam rambutnya.

"Hey mana ada tak sakit pun nanti legalah tangan nih." kata aku.

"Betui nih?" kata dia.

Aku hanya mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk.

"Hmm awakk, makanan apa yang awak nak untuk saya bungkus nanti? And pasal bayaran tu awak tak payah risau biar saya yang belanja awak pulak kali ini." Yelah takkan nak duk sini tanpa makan apa-apa kut. Dari tadi asyik duduk dalam kereta ni jer. Perut aku dah lapar giler nih.

Kyran mendiamkan diri sebentar sebelum menjawab.

"Ikut suka awak makanan apa pun saya tak kisah." kata Kyran.

"Okey baik, tuan Kyran, hehehe." kata aku mendabik tangan ke dahi sebelum ketawa kecil manakala Kyran hanya menggelengkan kepala perlahan sebelum tersenyum. Dia hanya mengekori dengan ekor matanya apabila melihat Puteri memasuki kedai restoran tersebut.

"Arghhhh! Kenapa awak susah sangat nak terima saya dalam hidup awak Puteri, kenapa begitu susah untuk saya cairkan hati awak. Takpe, takpe saya takkan semudah itu berputus asa Puteri, saya akan buat awak berada dalam genggaman saya apabila saat itu sudah tiba saya takkan sesekali lepaskan awak buat selama-lamanya. Kau lari aku kejar." kata Kyran dengan nada yang cukup menggerunkan. Dia menggepalkan buku limanya dan tersenyum miring.

************

"Wow cantiknya tempat nih! Saya tak pernah tahu pun yang kat sini ada tempat yang secantik nih." kata aku dengan mata yang bersinar-sinar. Aku lihat sebuah danau yang mempunyai tasik yang sangat jernih. Bunga teratai dan bunga orkid turut ada di situ. Sungguh tempat ini teramatlah cantik. Matahari pulak sudah tidak terlalu panas.

Jadi rupa-rupanya kat sinilah tempat istemewa yang Kyran nak bawa aku tu! Wow I like it.

Kyran hanya tersenyum sahaja apabila melihat keceriaan dalam wajah Puteri. Sungguh kalau Puteri gembira dia turut akan gembira juga. Bagi dia Puteri mempunyai wajah yang sangat manis berbanding gula-gula dan dia sangat tenang apabila memandangnya.

"Awak, mehlah duduk sini dekat tepi saya." kata aku. Bibir aku tidak henti-henti menguntum senyuman.

Kyran hanya duduk sahaja di tepi aku yang duduk bersantai di tepi tasik sambil memeluk lutut. Rambut aku yang panjang dibiarkan sahaja berterbangan. Kami sekarang sedang duduk di atas rumput di tepi tasik tersebut sambil menikmati pemandangan yang indah di depan mata. Kedengaran jugak kicauan burung yang sedang terbang.

Lama kami berdiam sebelum aku bersuara.

"Kyran?"

"Ya?" kata Kyran yang menoleh kepala ke arah aku.

"Boleh saya tahu macam mana awak boleh jatuh cinta dengan saya? Padahal saya berada di sekolah tu dulu taklah sampai dua minggu. Tengok-tengok awak dah jatuh cinta dengan saya. Boleh saya tahu apa yang menarik sangat pada diri saya yang membuatkan awak cepat sangat jatuh cinta?" kata aku.

Kyran terdiam sebentar sebelum menarik nafas dan menghembuskan perlahan.

"Hmm kalau saya cakap awak lain daripada yang lain, awak percaya tak?" kata Kyran yang turut bertanya semula pada aku.

"Lain daripada yang lain? Maksud awak?" tanya aku sambil mengerutkan dahi.

"Yeah lain daripada yang lain. Awak adalah perempuan yang langsung tak berkenan dengan lelaki handsome malah orang yang bekerjaya pun awak tak pandang, seakan-akan awak takde perasaan langsung pada lelaki." kata Kyran.

"And lagi satu, waktu kat zaman sekolah dulu yang sebelum awak pindah lagi saya adalah pergi ke pejabat guru untuk hantar beberapa kertas yang penting untuk cikgu tapi secara tak sengajanya saya terjumpa fail peribadi awak. Yeah disebabkan rasa ingin tahu yang mendalam saya terpaksa membaca semua tentang diri awak dalam fail tu. Waktu tu jugak lah saya sudah tahu yang ibu bapa awak sudah lama meninggal dan awak tinggal dengan aunty awak. Sejak itu jugalah, saya lihat muka awak hanya ceria saja dan hati saya mula menyukai awak. Perasaan suka itu lama-lama bertukar menjadi sayang dan cinta." kata Kyran tersenyum pada Puteri.

Aku pulak sudah terdiam seribu bahasa tidak tahu mahu berkata apa. Aku memejamkan mata seketika dan memandang Kyran semula yang turut memandang aku. Angin yang sepoi-sepoi membuat ku sedikit tenang.

"Jadi awak nak kata yang awak jatuh cinta dengan saya sebab saya nih orang yang tabah, sabar, tidak memilih lelaki dan baik macam tu?" kata aku bernada perlahan.

Kyran hanya mengerut dahi. Tak tahu mahu angguk ataupun tidak.

"Awak salah Kyran. Awak salah menilik diri saya yang sebenar. Disebalik senyuman saya ini sebenarnya ada duka yang mendalam. Dan kesakitan masih berbekas di sini." kata aku yang menunjuk hati aku di dada.

"Sebenarnya saya bukannya orang yang kuat malah saya seorang yang sangat lemah dan selalu tumbang. Tetapi saya teruskan juga kehidupan saya walaupun bagi saya ianya tersangatlah sukar." kata aku lirih.

Kyran tidak berkata apa malah hanya merenung mata biru Puteri yang cantik itu dengan perasaan sendu.

"Boleh saya tahu, macam mana ibu bapa awak meninggal?" kata Kyran.

Aku mengeluh perlahan.

"Takpe, kalau awak rasa ianya sukar untuk dicerita saya tak paksa awak cerita."

"Takpe, saya okey jer. Lagipun tak salah kan saya ceritakan masa lalu saya pada awak." kata aku tersenyum. Kyran hanya mengangguk sahaja.

Akhirnya Puteri menceritakan dari awal hinggalah habis di mana ibu dan ayahnya mati dilanggar di Filipina iaitu tempat kelahiran dia disebabkan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sebab tulah dia pindah ke sini bagi melupakan kisah yang pahit itu. Lagipun bukan kejadian tu saja yang buat dia terpaksa pindah ke sini.

"Dan sejak itu jugalah saya menghidap Major Depressives Disorders (MDD) dan Anxiety Disorders. Penyakit Anxiety saya mula teruk and always suffered difficult in breathing, sweating in a cold place and shaking heavily. Sejak itu juga saya mula berpindah ke sini." kata aku berhenti seketika apabila bicara.

Mendengar tentang itu Kyran berasa terkejut. Dia mempamerkan muka yang sukar untuk aku tafsirkan dan yang pasti muka itu sangat lembut. Dia memegang tangan aku dan jari jemari aku dibawa ke bibirnya. Dapat aku rasakan sentuhan hangat di bibirnya. Hmm mungkin dia cuba untuk tenangkan aku.

"Awak tahu Kyran, setiap malam saya selalu bermimpi tentang kejadian itu disebabkan saya terlalu overthinking pasal realiti yang saya hadapi. Saya boleh terima ibu dan ayah saya meninggal akibat kemalangan tetapi saya tidak boleh terima mereka mati disebabkan kena langgar dengan orang. Ya, saya tak boleh terima hakikatnya itu. Dan saya takkan sesekali maafkan orang tu mahupun mendekati dengan keluarganya saja." kata aku yang sudah berlinangan air mata. Pipi aku sudah basah dengan air mata. Tangan kiri aku genggam seerat yang mungkin menahan perasaan marah dan dendam.

Kyran yang sudah melihat air mata Puteri tidak dapat menahan diri daripada memeluknya. Dia memeluk Puteri dengan erat sambil membelai lembut rambut Puteri.

Aku pulak terkedu. Tidak sangka pulak dia akan memeluk aku.

"Nangislah, nangislah sepuas-puas mungkin yang awak mahu. Saya akan sentiasa mendakap awak dan sentiasa berada di sisi awak di mana awak sedih mahupun takut. Saya juga mahu awak tahu yang saya sentiasa mendokong awak dari belakang. Sekiranya awak jatuh atau tumbang saya akan sambut, sekiranya awak sedih atau takut saya pasti akan dakap dan menyapu air mata awak. Jadi janganlah sentiasa menangis kerana awak bukanlah keseorangan." kata Kyran tersenyum lembut. Dia meleraikan pelukan sebentar dan menyapu air mata aku dengan lembut menggunakan ibu jarinya.

Aku hanya ralit memerhatikan dia yang menyusap perlahan pipi aku dan memeluknya dengan erat secara tiba-tiba. Tangisan aku pecah juga di situ. Yeah aku betul-betul perlukan pelukan darinya. Muka aku sandarkan di dadanya. Dapat aku dengar degupan jantungnya.

Kyran sedikit terkejut dan hanya membalas pelukan erat Puteri. Dia mencium ubun-ubun di rambut Puteri sebentar sebelum membelai rambut Puteri dengan lembut.

Few minutes later....

"Awak tak rasa lenguh ke sebab selalu kekal kedudukan ni?" kata aku. Badan aku selesa saja memeluknya sebab kepala aku sandar di dadanya, manalah tahu dia lenguh kaki ke lengan ke, kite tak tahu. Tangan dia pulak masih membalas pelukan aku.

"Hmm buat masa nih tak." kata Kyran.

Hek eleh seronok lah tu dapat pelukan dari orang yang dicintai. Ceywahh.

"Puteri?"

"Hmm?" kata aku meleraikan pelukan kami berdua. Tak mahu lah aku asyik peluk dia lama-lama dia bukannya suami aku pun.

"Kalau saya tanya nih awak akan sedih lagi tak?" kata Kyran. Perasaan ingin tahu Kyran membuak-buak jadi dia terpaksa tanya Puteri hari nih juga.

"Eh taklah tadi kan saya dah puas dah nangis, tanyalah awak nak tanya apa?" kata aku.

"Awak tahu siapa identiti orang yang langgar kereta ibu dan ayah awak tu?" kata Kyran teragak-agak.

"Tahu, sebab semasa kejadian tu kebetulan ada someone yang beritahu aunty saya yang kereta yang melanggar ibu dan ayah saya tu adalah kawannya sebab nombor plat kereta tersebut dia sangat kenal dan dia yakin itu adalah kereta kawannya kerana sangat serupa." kata aku.

"Dan selepas kejadian itu kawan dia adalah hantar gambar lelaki itu di telefon aunty saya. Dia juga memberitahu yang kawan dia sudah tidak bekerja dengan dia malah sudah pergi ke luar negara. Dan sampai sekarang gambar itu masih disimpan di telefon aunty saya kerana saya yang memintanya." kata aku. Aku paling tak puas hati selepas lelaki tu langgar kereta ibu dan ayah aku, waktu tu jugak lah aku pengsan dan sedar-sedar lelaki itu sudah lari ke oversea. Dasar lelaki pengecut! Tapi aku masih ingat lagi muka lelaki itu sampai sekarang, nasib baiklah kawan dia tolong aku dulu.

"Awak yang suruh simpan? Tapi kenapa?" kata Kyran. Dia mengerutkan dahi seketika.

Aku diam sebentar sebelum kami berdua berpandangan. Muka aku automatik menjadi serius semula.

"Kalau saya cakap yang saya simpan gambar dia untuk balas dendam, awak percaya tak?" kata aku padanya. Bibir aku kuntum senyuman sinis.

"Ha balas dendam? Tapi awak sendiri yang bagitau yang waktu tu hujan lebat mungkin orang tu tak sengaja langgar kereta ibu bapa awak kita tak tahu." kata Kyran. Dia tak menyangka pula Puteri yang baik hati nih boleh menyimpan dendam terhadap orang lain.

"Tapi waktu tu jugak lah ada orang bau minuman alkohol dalam kereta lelaki tu!" kata aku yang terlebih emosi. Yeah menurut orang ramai lelaki itu mabuk ketika memandu. Disebabkan hujan dan terlalu mabuk jugak lah lelaki tu secara mudahnya boleh langgar kereta ibu dan ayah aku.

Kyran sedikit terkejut. Dapat dia lihat api kemarahan dalam mata Puteri.

Aku pulak baru tersedar yang aku dah tinggikan suara padanya. Adoi ape yang kau buat nih Puteri! Aku mencengkam rambut ku perlahan. Dapat Kyran melihat dengan jelas yang muka Puteri sedang stres dan serabut dengan semua nih.

Kyran memegang kedua-dua pipi Puteri perlahan.

"Kalau awak rasa dengan membalas dendam boleh memuaskan hati awak saya tak kisah cuma saya nak tanya dulu pada awak. Adakah awak sanggup libatkan diri awak dengan kes bunuh ni? Adakah awak sanggup digelar pembunuh atau....awak sanggup mencemarkan maruah aunty awak ataupun....awak memang tak takut sekiranya awak dihukum nanti di penjara? Ataupun....."

Belum sempat Kyran mahu habiskan ayatnya Puteri menjerit sambil menangis.

"Saya tak tahu! Ss..saya tak tahu Kyran. Ss..saya saya tak tahu." kata aku menjerit seperti orang gila. Tangan aku tutup kedua-dua telinga aku sambil memejamkan mata. Mata aku pulak nampaknya hampir merah disebabkan terlalu menangis. Yeah nampaknya aku masih tak boleh berhenti menangis.

Tapi yang aku tau aku tak mahu dengar apa-apa! Aku tak mahu!

Kyran memegang kedua-dua belah tangan yang berada di telinga aku. Dia meletakkan tangan aku ke bawah secara perlahan. Tangannya dibawa ke pipi aku.

Kyran berganjak ke hadapan mendekati aku dan mencium dahi aku dengan lembut. Dapat aku rasakan kasih sayang yang dia curahkan pada aku.

Tanpa aku sedari aku memejamkan mata seketika dan membukanya semula.

"Awak tahu..dalam hidup ni memang ada bermacam-macam dugaan tetapi awak harus kuat Puteri. Awak tak boleh terus menyimpan dendam macam nih. Awak kena fikir sama untuk masa depan awak nanti. Awak nak ke maruah awak dan aunty awak terjejas?" kata Kyran yang mula menghujahkan nasihat pada Puteri. Dia memegang kedua-dua bahu Puteri. Sebelum Puteri melakukan perkara yang tidak sepatutnya baik dia halang sebelum perkara yang lebih buruk akan terjadi.

Aku hanya terdiam sebentar cuma menghadam kata-katanya tadi. Yeah aku bukanlah orang yang jenis pendendam. Disebabkan ego dan nafsu akulah aku jadi macam nih. Aku langsung tak mempedulikan masa depan aku. Dan aku terlupa yang aku jugak punya keluarga iaitu aunty aku sendiri yang aku anggap sebagai ayah dan juga ibu. Yeah kalau aku memilih untuk membalas dendam hidup aku dan aunty aku akan musnah. Arghh kenapalah aku tak terfikir semua ni dulu! Aku tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan emosi aku dan aku juga tidak mahu perasaan dendam, marah, sedih, takut dan kecewa menguasai diri aku sepenuhnya.

Aku melihat muka Kyran yang menunjukkan reaksi yang sukar untuk aku tafsirkan. Yang aku tahu disebalik reaksi itu penuh dengan kerisauannya pada aku. Yeah dia takut sekiranya aku melakukan perkara yang salah. Dan disebalik reaksi tu jugak lah aku dapat rasakan yang dia sangat menyayangi aku.

Hati aku pulak yang semakin pedih. Aku tak tahu sebabnya kenapa.

Selepas lama aku mendiamkan diri sambil memandangnya dan yang pasti dia juga memandang aku dengan mata yang sayu seolah-olah merayu pada aku. Aku bersuara padanya. Nada aku seakan-akan kehabisan suara tapi digagahkan juga untuk bersuara. Aku berdehem sebentar. Mungkin disebabkan terlalu banyak menangis.

"Terima kasih Kyran, terima kasih kerana sedarkan saya. Yeah saya akan mencuba sedaya-upaya untuk tidak berdendam lagi demi aunty saya, demi masa depan saya dan jugak....demi awak." kata aku.

Kyran sedikit kaget dengan ayat terakhir Puteri sebentar tadi. Perasaan yang mula berbunga-bunga itu ditepis sejauh mungkin. Tidak mahu terlalu berharap. Mungkin Puteri kata macam tu pun disebabkan dia hanya menganggap Kyran sebagai kawan sahaja. Yeah itulah yang difikirkan oleh Kyran.

"Sama-sama kasih." kata Kyran tersenyum manis.

"Dahlah tak mau nangis-nangis nanti makin sembab pula mata tu. Nanti bila nak balik nanti aunty awak kata apa pulak, tak ke naya." kata Kyran mencuit hidung aku. Aku hanya ketawa kecil saja.

"Hmm betui jugak ape yang awak cakap tu, mesti aunty saya akan mula bertanya macam-macam nanti." kata aku mengeluh seketika. Yelah walaupun aku dah messages aunty aku yang hari ni balik lambat sikit tapi aunty aku mesti akan tanya macam-macam jugak, macam polis traffic pun ada juga takpun macam detective conan. Tak gituwww.

"Hmm nanti waktu balik awak jangan cakap kat aunty awak yang saya yang buat awak nangis pulak eh sebab awak yang terlebih bawa emosi sangat tadi macam dalam drama bersiri sedih pulak." kata Kyran yang ketawa terbahak-bahak. Saja mahu mengusik gadis itu.

Aku hanya tayang penumbuk saja betul-betul di hadapan muka Kyran. Kyran pulak angkat kedua-dua tangannya tanda surrender.

"Hahahaha." aku pulak yang ketawa berdekah-dekah. Sungguh lawak muka dia tadi. Pandai jugak eh dia buat aku ketawa.

Manakala Kyran hanya tersenyum sahaja melihat Puteri ketawa. Yeah dia lebih suka kalau gadis itu ketawa berbanding sedih.

Bila teringatkan balik kata-kata Puteri tadi, kalau dia berada di tempat Puteri pasti dia jugak akan geram dan berdendam. Arghh tiba-tiba sakit hati pulak dengan orang tu. Sapedia eh orang yang langgar kereta mak ayah dia tu. Kalau dia tahu orangnya siapa pasti dia takkan maafkan orang tu sampai bila-bila. Dia jugak akan memastikan yang hidup lelaki tu akan hancur sepertimana hati gadis itu hancur dengan berderai. Hmm disebabkan kes nih jugalah hati Puteri menjadi keras seperti batu. Dia juga seakan-akan tidak ada perasaan terhadap lelaki. Yeah mungkin inilah sebabnya dia sukar untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience