Bab 16: Finally, we meet again

Romance Series 9811

"Aunty! Aunty tengok cerita apa tu?" Aku lompat atas sofa dan duduk sebelah aunty aku.

"Ha Puteri! Mehlah tengok cerita ni syok tau kalau Puteri nak tau cerita ni jugak la anak Dato' Johanson yang berlakon tu." kata aunty aku sambil makan keropok lekor.

Ouhh ni lah anak Dato' Johanson eh, handsome jugak bila dia masuk tv. Eh Puteri apa yang kau merepek nih!

"Micheal! Why you do this to me? Why? Apa yang kurang nya I di mata you?" kata perempuan tu di kaca tv.

"Takde apa, saja aku nak kita dua berpisah lagipun kau bukannya layak jadi perempuan aku pun." kata Kyran dengan sinisnya di kaca tv.

Hahaha watak sikap sombong dan playboy memang sesuai sangat watak dia ialah Kyran. Pandai eh director ambik Kyran jadi watak tu memang sesuai sangatlah. Aku bagi lima bintang kat dia!

"How dare you Michael?!! I hate you! I hate you! Apabila suatu hari nanti aku akan balas dendam pada kau!" kata perempuan tu sambil menumbuk-numbuk dada Michael.

"Balas dendam? Huh! Ingat aku takut ke? Kau dengar sini perempuan! Kau dengan mak kau tak guna tu takde bezanya, dasar pengikis harta! Memang tak layaklah kau jadi perempuan aku nak jadi kawan aku pun tak hingin lah." kata Micheal dengan sinisnya sambil menunjal-nunjal kepala perempuan tu yang basah dengan air mata.

Ouh jadi perempuan tu pengikis harta? Isy memang patut pun lelaki tu berpisah dengan perempuan tu.

"Huh, memang perempuan macam ni eh suka mengikis harta orang lelaki pastu suka kecewakan hati lelaki? Bagi aku semua perempuan sama saja takde bezanya dengan perempuan lain." kata Micheal lagi.

What?! Kau kata semua perempuan sama? Heh ni tak boleh jadi ni! Kau fikir lelaki pun baik sangat ke? Argh director pun satu awatlah buat skrip macam tu. Aku menggepalkan buku lima ku perlahan.

Aku harap sangat perempuan kat luar sana yang tengok cerita ni tak terasa hati. Haih!

Sementara aunty yang sedar dengan kelakuan Puteri menegurnya.

"Haih setakat drama macam tu takkan nak sentap Puteri tak yahlah kamu ambik hati sangat dengan kata-kata lelaki itu."

Buku lima yang ku genggam terlerai. Aku hanya tersenyum pada aunty aku.

"Takde lah aunty cuma Puteri rasa dia pandai sangat berlakon dalam drama ni sebab tulah teremosi sikit tu." kata aku tersengih seperti kerang busuk.

Sedang aku ralit melihat drama tersebut aunty aku bersuara lagi.

"Esok Puteri free kan?" tanya aunty aku.

"Ye aunty, kenapa aunty nak Puteri bantu aunty kat butik?"

Ha'a aku nak bagitau korang yang sepanjang aku dengan aunty aku berada di Filipina pekerja aunty lah yang tolong uruskan di butiknya. Malah butik aunty semakin terkenal dan banyak dari keluarga berada seperti Datin yang mahu membeli baju di butik aunty aku. Jadi memang tidak dinafikan lah yang butik aunty aku tu laris.

Tapi korang jangan ingat aku tak tolong pulak aku tolonglah kalau ada masa yang lapang.

"Ha'aa, esok pasti adalah hari yang sibuk jadi kamu kena jugak bantu aunty tau?"

"Ye aunty, jangan risau lah Puteri kan selalu bantu aunty kat butik?"

"Ye betui sayang, terima kasih tau? Sayang Puteri ni ha." kata aunty aku memeluk aku.

"Puteri pun sayang aunty." kata aku dengan nada yang lirih. Entahlah tiba-tiba teringat arwah ibu aku.

***********

"Puteri, tolong layan pelanggan tu sekejap aunty nak kena layan pelanggan lain pulak ni." kata aunty aku.

"Baik aunty."

"Ya? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" kata aku kepada pelanggan tersebut.

"Sebenarnya kami berdua mahu menempah baju kahwin, boleh tunjukkan baju kahwin yang mana paling cantik?" tanya salah seorang pasangan tersebut.

"Ada, encik dengan cik tunggu sebentar ya?"

"Yeah baiklah."

*************

Kyran's pov

"Weh Zoey satgi waktu shooting pukul berapa?" tanya aku.

"Hmm, dalam pukul 3 macam tu lah kenapa kau tanya? Kau nak balik dulu eh?"

"Sekarang ni baru pukul 1 shooting pulak pukul 3 jadi memang sempat lah untuk aku pergi ambik baju kat butik."

"Aik sejak bila kau pergi butik nih? Ke mommy kau yang suruh kau ambik baju dia?"

"Ha'aa mommy aku lah yang suruh, tadi dia telefon aku katanya tak sihat sikit hari ini."

"Wuish mommy kau tak sihat? Habis tu siapa jaga dia kat rumah?"

"Bibik aku lah siapa lagi, kalau nak harapkan ayah dan abang aku mereka berdua sibuk, ish kau nih." kata aku menumbuk bahu kawan ku itu.

"Weh ape nih main tumbuk-tumbuk orang kalau nak pi tumbuk masuk lah pertandingan gusti tu haih aku jugak yang menjadi sasaran."

"Hek eleh macam tu pun dah sakit tak macho langsung." kata aku ketawa kecil sehingga menampakkan lesung pipit.

"Wuish lama aku tak tengok kau senyum macam ni bro, kan lagi handsome kalau kau senyum macam ni hari-hari."

"Ish, tak payah puji sangatlah, bye aku nak gerak dulu nih."

"Hmm bye."

**************

Aku turun daripada kereta dan seperti biasa memakai mask dan kaca hitam. Haih penatlah jadi orang artis nih.

Sebaik sahaja aku membuka pintu butik tersebut ada seorang perempuan ni menegur aku.

"Helo encik selamat datang ke butik kami ada apa-apa yang encik perlukan?" kata perempuan tu sambil menundukkan sedikit badannya.

Sebaik perempuan tu tidak menunduk badannya dapat ku lihat mukanya dengan jelas.

What?! Perempuan ni buat apa kat sini? Wuish kuat sungguh jodoh kami berdua.

Kami berdua berpandangan sebentar dapat ku lihat dia sedikit mengerutkan keningnya mungkin pelik kerana aku memakai mask. Dia kan masih belum tahu siapa aku sedangkan kami dua dah kenal antara satu sama lain.

"Ehem." aku berdehem sebentar sebelum bersuara.

"Ye, saya nak baju yang telah ditempah oleh Datin Arina?" kata aku bersuara sedikit lain supaya dia tak tahu yang aku adalah Kyran.

"Ermmm, boleh saya tahu encik ni siapa?" tanya dia dengan sopan santun.

"Oh saya adalah driver kepada Datin Arina hari ni dia tidak sihat jadi dia suruh saya ambik baju tempahan dia. Ouhh awak jangan risau saya bukan orang asing pun."

"Ouh baiklah encik tunggu sebentar ya? Saya mahu ambil bajunya."

Aku hanya mengangguk sahaja. Sementara menunggu dia aku hanya membelek-belek baju di situ.

Semua baju kat sini cantik belaka. Patutlah kebelakangan ni mommy aku suka tempah baju kat sini. Ni kalau mommy aku yang tak suruh ambik baju dia nih mesti sampai sekarang aku tak tau yang ni butik dia. Tapi betui ke ni butik dia? Ke dia kerja kat sini?

"Ouh encik ni baju dia." kata Puteri sambil menunjukkan sepasang baju yang berplastik.

Aku hanya menyambutnya dengan baik. Sewaktu aku mahu melepasi dia sempat aku selitkan kertas yang baru saja aku tulis tadi di celah tangannya. Selepas itu terus aku keluar daripada butik tu dengan hati yang senang.

Sementara Puteri pulak sedikit terkejut kerana seorang lelaki yang bertopeng tadi ada selitkan kertas di tangannya.

Maka, dia cepat-cepat buka kertas yang dipegangnya. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam hatinya.

Wait for you at nearby park this afternoon on

5 pm. This is important!


From,

Your love

'What?! Daripada your love? Bukankah dia cakap yang dia tu driver Datin Arina? Bila masa pulak aku bercinta dengan driver dia dan sejak bila pulak aku ada kekasih ni? Aduih patut ke aku pergi petang ni, macam mana kalau ada hal penting argh!' jerit Puteri dalam hati. Yeah dia buntu sekarang sama ada dia harus pergi ataupun tidak.

***********

Pada petang ni aku akan berjumpa dengan Puteri. Yeah lepas habis saja shooting terus aku datang ke sini. Penat tu memang lah penat tapi ada banyak perkara yang aku mahu tanya dia. Aku harap sangat dia datang ke sini, yeah kalau dia tak datang pasti aku akan rasa kecewa.

Aku duduk di atas bangku yang berada di taman tersebut. Aku perhatikan jer ramai kanak-kanak yang seronok bermain.

************

Puteri's pov

Patutkah aku pergi jumpa dia eh petang ni? Macam mana kalau dia orang jahat? Aduih tapi hati aku kuat mengatakan yang aku harus pergi ke taman tu petang ni. Argh ikut sahaja lah kata hati aku ni nanti menyesal pulak di kemudian hari.

Aku menyalin baju dengan cepat. Petang ni aku akan memakai baju yang santai iaitu seluar track dan baju T-shirt. Rambut aku yang panjang ke pinggang aku ikat ponytail dan melebihkan sedikit rambut di depan. Dan siap! Yeah aku tak perlu kut pakai make up lagipun muka aku still nampak cantik tanpa make up.

Aku mengambil beg tangan ku di atas meja solek dan keluar daripada bilik.

Sebelum tu aku mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada aunty aku.

Alasan yang ku beri adalah mahu ambik angin sambil mengayuh basikal. Tapi memang betul pun aku mahu kayuh basikal, lagipun taman tu dekat jer dengan butik aku. Butik aku pulak dekat dengan rumah aku.

Crekk..

Aku berhentikan basikal aku di suatu tempat. Yeah aku sudah sampai di tempat ni tapi mana orang nya.

Cari punya cari akhirnya aku ada ternampak seorang lelaki ni yang memakai mask dan kaca mata hitam sambil duduk di atas bangku.

Aku rasa dia lah orang nya, siapa lagi kalau bukan dia seorang jer yang pakai mask.

Aku melangkah perlahan-lahan ke arahnya dan akhirnya aku berada betul-betul di hadapan tempat dia duduk. Aku menegurnya terlebih dahulu.

"Encik ni ka yang mahu jumpa saya di taman ni?" kata aku. Aku tengok dia mendongakkan kepala perlahan-lahan.

Dia membuka kaca mata hitam nya dan mata kami bertembung. Aku menunduk kepala aku untuk melihatnya sementara dia mendongak kepala untuk melihat aku.Walaupun dia buka kaca mata hitam nya tapi aku still tak dapat kenal dia lagi.

Jap-jap kenapa aku rasa macam pernah lihat eh mata dia?

Selepas agak lama kami berpandangan akhirnya dia bersuara.

"Finally, we meet again Puteri Ilynia." suaranya yang seperti aku kenal menerjah ke gegendang telingaku.

What?! Dia tau nama aku? Tapi takkan dia orangnya. Aduih kalau betul dia orangnya kenapa dia nak jumpa dengan aku nih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience