Bab 13: Mystery woman

Romance Series 9772

Happy Birthday Kyran!

Semua orang mula menyanyikan lagu happy birthday untuk aku. Haha macam budak-budak pulak.

"Nak, kamu boleh tiup lilin atas kek tu tapi sebelum tu kamu kena lah buat hajat terlebih dahulu." kata Datin Arina.

Aku membuat hajat dan memejamkan mata.

'Semoga aku dipertemukan semula oleh dia.'

Ya, itu adalah hajat aku selama ini setiap tahun pasti itu adalah hajat aku iaitu mahu dipertemukan semula oleh dia.

Aku meniup lilin dan diselangi tepukan gemuruh untuk aku. Semua orang happy untuk aku tapi aku...sampai sekarang masih tidak happy. Sebab itulah sampai sekarang aku tidak kahwin-kahwin dan menolak semua pinangan dari perempuan yang mahu kahwin dengan aku. Hanya dia sahaja yang tersemat dalam hatiku. Ini kerana dia adalah pencuri hati aku.

Kek coklat bercampur vanila yang di atasnya buah strawberi dipotong oleh mommy aku. Dia menyuapkan sedikit kek untuk aku.

"Kyran, hari ni daddy telah upah orang untuk menyanyi lagu untuk memeriahkan lagi majlis ini. Kamu tidak kisah kan?" kata daddy aku iaitu Dato' Johanson.

"Ohh dia ke daddy takpe Kyran tak kisah jer."

"Ouhh okay lah kalau kamu cakap macam tu sebab nanti perempuan tu akan buat persembahan." daddy aku menepuk-nepuk bahu aku berkali-kali sambil tersenyum.

Aku hanya tersenyum manis.

Perempuan? Ouhh maknanya dia perempuan.

Aku lihat perempuan itu akan menyanyikan lagu. Jap,tu bukankah perempuan misteri yang melanggar aku tadi? Yeah, aku yakin itu adalah perempuan yang langgar aku tadi.

"Malam ini saya akan menyanyikan lagu 'I Know' pada korang semua." Aku tengok dia membawa gitar ke platform. Yeah aku rasa dia akan menyanyi sambil memainkan gitar.

Kalau korang nak tahu perempuan tu memakai gaun berwarna putih separas lutut dan rambutnya yang dilepas panjang hingga ke pinggang. Dan itu telah menyerlahkan lagi kecantikannya.

Semua orang mula tertumpu ke arahnya termasuk aku. Arhh situasi ni macam aku dah alami dulu dan hati aku terasa tertarik padanya, padahal aku tak pernah rasa perasaan ni terhadap mana-mana perempuan yang lain selain hanya dia seorang. Apa mungkin itu dia? Takpa akan aku siasat benda ni nanti.

Gitar mula dimainkan dengan baik dan saat itu jugak dia mula menyanyi.


There is a beautiful girl

who always feeling sad

I doesn't know what happiness mean

But now I already knows


I know that I always weak

with all this one


But in the same time I was

a strong girl


I can't escape it because

he is my everything


I tried to reach his hand
but I wondered if I could be with him

Oh, it's hard to me to make a decision
For to be with him or leave him alone

Oh, I can't stand it alone

I could not see he crying alone


Oh, it's so made me weak

and infinite pain


Oh, I want to make him happy

without sadness and suffering


I want to always by his side

But that can't be allowed


I know I can't let it go

so easily


I know it's hard but

let me suffer

. I am more willing to suffer

and get sick than lose him


Than lose him(×2)


Ouhhh....ouhhh....ouhhhh

Semua orang menepuk tangan kecuali aku. Entahlah kenapa aku rasa seperti sudah mengenalinya dan aku melihat dia senyum pada semua orang hingga menampakkan lesung pipitnya.

Senyuman itu! Senyuman itu aku kenal sangat! Itu adalah senyuman manis yang selalu membuat jantung aku berdegup kencang. Dan sekarang jantung aku jugak mula berdegup seperti dup dap dup dap. Macam baru lepas lari peringkat antarabangsa pulak.

Aku mula memanggil daddy aku untuk bertanya lanjut pasal perempuan tu.

Aku pergi ke daddy aku yang rancak berbual dengan kawannya.

"Daddy, boleh Kyran cakap sikit dengan daddy?" kata aku membisikkan di telinganya.

"Maaf ya kawan-kawan nanti kita bersembang lagi saya ada hal sikit dengan anak saya." daddy aku mula memberitahu kawan-kawannya untuk mengundurkan diri sebentar.

Selepas kawan-kawan daddy hanya mengangguk dan tersenyum aku dengan daddy aku mula pergi ke tempat yang tidak ramai orang.

"Ha ada apa yang kamu nak cakap ni Kyran?"

"Kyran? Kyran....Kyran?!"

"Hah? Ouhh sorry daddy tadi Kyran termenung."

"Ha ingat daddy tak tahu ke yang kamu sibuk dok tengok perempuan tu? Ouhhh.... sekarang daddy tahu kamu nak cakap pasal perempuan tu eh?" usik Dato' Johanson.

Aduihh macam mana boleh terkantoi tengok anak dara orang pulak nih.

"Ha daddy Kyran nak cakap pasal dia lah, daddy tahu tak siapa dia sebenarnya,ouh I mean nama dia?"

Sekarang aku lihat daddy aku pulak yang buat muka terkejut. Haha mungkin tak sangka apa yang dia kata tu betul.

"Ouhh, pasal nama dia tu daddy tak tau sebenarnya kawan daddy lah yang sponsor dia kat daddy sebab dia kata perempuan tu pandai menyanyi dan banyak orang kagum dengan nyanyiannya Kyran pun tahu kan yang suara dia memang merdu jadi tak hairanlah banyak orang mengupahnya untuk menyanyi."

"Ala habis tu daddy memang tak tahu langsung apa-apapun pasal maklumat tentang dia?" tanya aku sedikit kecewa.

"Yang daddy cuma tau ibu dan ayah dia meninggal dunia tak tahu sebab apa tapi dia hanya tinggal dengan aunty dia seorang."

Ouhh jadi ibu dan ayah dia dah meninggal? Kesiannya..

"Hmm, takpalah daddy sorry kacau daddy tadi Kyran pergi dulu ada hal sikit ni."

Yupp, aku harus cepat pergi ke perempuan tu sebelum dia lesap depan mata aku.

"Ha, abang kenapa dengan anak kita tu macam tergesa-gesa jer?"

"Entahlah tapi kan abang rasa dia ada suka someone lah."

"Ouh dia ke abang? Siapa perempuan tu? Dia baik tak?" kata Datin Arina gembira mendengar anaknya suka seseorang.

Yelah, selama ni anak dia tak pernah langsung suka mana-mana perempuan malah mahu memandang perempuan tu sikit pun tak nak.

"Abang rasa dia ada perasaan pada perempuan yang menyanyi tadilah."

'Wah macam tak sangka pulak perempuan tu dengan senangnya berjaya membuatkan anak aku jatuh suka walaupun dengan nyanyian saja, hehehe menarik .' kata Datin Arina sambil tersenyum.

"Yang awak ni dok tersengih-sengih sorang ni mesti nak ajak anak kita menari dengan perempuan lain kan?" kata Dato' Johansson menuding jari pada isterinya.

Huh! ingat tak tau sangat dengan perangai isterinya yang asyik memperkenalkan perempuan pada Kyran.

"Ha'aa tapi malam ni Kyran pasti akan menari dengan perempuan tu awak hanya tengok dan lihat saja."

"Eihh yakinnya awak, lagipun yang saya bagitau Kyran suka dengan perempuan tu silap hari bulan tengok-tengok dia tak suka macam mana?" Dato' Johansson menggerakkan keningnya berkali-kali.

"Ish tak, saya yakin Kyran suka dengan perempuan tu sebab tadi saya ada nampak Kyran kejar perempuan tu dan sekarang ni saya rasa Kyran mesti ajak perempuan tu menari dengan dia punya lah." kata Datin Arina dengan yakin sekali.

"Hmm, yelah tu."

*************

Puteri's pov

Apabila aku rasa kerja aku sudah habis aku mula mahu pulang ke rumah dan meluangkan masa dengan aunty aku.

Tetapi, belum sempat aku mahu keluar daripada situ ada seseorang yang memanggil aku.

"Awak! Tunggu dulu!" suara yang aku yakin seorang lelaki mula memanggil aku.

Hisy! Kacau line betuilah orang nak balik. Siapa pulak yang memanggil aku nih. Jangan hantu sudah!

Aku menoleh ke belakang perlahan-lahan dan aku lihat ada seorang lelaki yang memang handsome rupa parasnya menatap aku dengan dalam.

Kami berpandangan sebentar sebelum dia mendekatkan diri ke arah aku.

Hah-hah ni apasal pulak nak dekat-dekat dengan orang, ouhh kau jangan! Aku ada silat ni bila-bila masa ja aku boleh tumbangkan kau.

"Eh awak jangan dekat! Kalau tidak nahas nanti!" kata aku mengangkat kedua-dua tangan tanda suruh dia berhenti mendekati aku.

Aku tengok dia sudah berhenti daripada mendekatiku.

Ha pandai pun! Dengar cakap orang jugak ek dia ni.

Sekarang ni jarak kami berdua tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Aku mula menyoal siasat.

"Ermmm, encik ni siapa? Kenapa tiba-tiba panggil saya? Saya ada buat salah ke?" aku tunjuk diri aku sendiri.

"Ouhh maaf, tapi boleh saya tahu nama awak?"

Ouhh ni sudah melebih! Aku tak kenal dia jadi kenapa aku kena bagitau nama aku kat dia pulak! Haih ni dah menyalahi ajaran undang-undang!

"Maaf ye encik, saya tak kenal encik pun jadi saya tak boleh bagitau nama saya pada orang yang tak dikenali termasuk encik." aku bersuara lembut padanya.

'Aduihh dia jual mahal pulak! Apa yang aku harus buat eh untuk tau nama dia lagipun ini jer kesempatan aku untuk dekati dia. Tak, aku tak boleh mudah berputus asa, ya manalah tahu dia adalah orang yang aku cari selama ni lagipun suara dia, suara dia memang mirip sekali dengan Puteri.' batin Kyran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience