Bab 20: Sick

Romance Series 9772

"Ala, awak tak rasa ke yang orang akan tengok nanti sebab saya pakai baju dress dekat kedai makan?" kata aku yang memegang dan melibas-libas baju yang aku pakai nih. Rasa awkward la pulak.

"Laa kenapa pulak awak nampak cantik macam princess apa di mata saya lagipun ada je orang pakai dress waktu jalan-jalan bukan sekadar pergi majlis je tau?" kata Kyran mencuit dagu aku. Siap tunjuk senyuman menggoda dia lagi pada aku.

"Ooohh so sweet nya awak nasib baik saya tak kembang hidung semangkuk tadi, hehehe." kata aku yang tersenyum menampakkan lesung pipit.

"Laa awak baru tahu ke kalau awak nak tahu saya lah lelaki romantik tau, cuma saya je yang tak tunjuk pada orang lain. Hanya orang yang saya sayang saja yang saya manja-manja." Kyran memegang tangan Puteri dan diletakkan di pipinya.

"Errrrrrr...." aku pulak dah kehabisan kata-kata.

Aku menarik tangan aku semula perlahan-lahan dari tangannya.

"Errr jomlah kita pergi makan nanti lambat pulak kita balik kan?"

"Ha jomlah." kata Kyran. Sebelum tu dia memakai mask terlebih dahulu sebelum masuk ke kedai makan bagi mengelakkan daripada dikumpul oleh orang ramai walaupun orang dah tahu yang Puteri tu hanya sekadar kawan dia saja. Lagipun dia tak suka orang selalu memerhatikan dia.

Aku tidak berkata apa sebaliknya hanya berjalan beriringan dengan dia untuk masuk ke kedai makan. Aku tengok ramai pulak hari ni orang makan.

Kami berdua memilih tempat di hujung sekali bagi mengelakkan berdekatan dengan orang ramai.

"Ye cik dan encik nak order apa?" kata seorang perempuan yang mahu mengambil order. Aku tengok dia mengerutkan kening mungkin pelik sebab Kyran pakai mask.

"Yeah, give me coffee latte with a cheese cake?" kata Kyran. Aik dia ni tak makan nasi ke apa? Nak kata diet bukankah kek tu jugak boleh menggemukkan?

Perempuan tu hanya mencatat apa yang Kyran mahu dan bertanya pada aku pulak.

"Ermm I want orange juice with fried rice ya?" kata aku pada perempuan tu.

Perempuan tu hanya mengangguk dan berlalu daripada situ sebelum tu sempat aku berterima kasih padanya.

"Aik bukan awak tak suka orange juice eh?"

"Entahlah cita rasa saya dah berubah mungkin." kata aku. Lama kami menyepi sebelum aku memulakan bicara. Mungkin makanan hantar lambat sebab ramai sama air pulak sudah ada atas meja.

"Kyran, nanti kalau awak nak makan awak nak makan macam mana? Takkan nak makan sekali dengan mask betui tak?" Aku mendekatkan kepala aku kepadanya kerana meja yang menghalang antara kami berdua. Lagipun tempat ni ada kerusi dua dan meja satu je untuk dua orang duduk.

Kyran ketawa kecil. Dia mendekatkan meja yang menghalang mereka bagi melihat Puteri dengan lebih dekat dengan tangan yang bercantum di atas meja.

Ha elok la sangat kau pandang aku, aku pandang kau.

Kyran membuka mask yang berada di mukanya dan diletakkan di atas meja. Dan hal itu membuatkan aku ternganga luas dan automatik melihat sekeliling kut2 lah ada orang yang memandang kami.

"Hmm awak tak rasa takut ke kalau2 ada orang nampak awak?" kata aku memandang nya tanpa berkelip. Kedua-dua tangan aku letakkan di atas meja.

"Kenapa? Bukannya kat sini ada orang ramai pun lagipun kita pilih tempat yang takde orang boleh nampak kan?" kata Kyran yang mengangkat kening sebelah.

Ha'ah betui jugak apa yang dia kata tu. Eh jap-jap nanti orang nak hantar makanan kau nak buat macam mana pulak.

"Habis tu kalau perempuan tadi mahu hantar makanan kat sini awak nak buat apa pulak?" kata aku yang menggerakkan kening berkali-kali.

"Eh awak ni naif betui la nampak cute jer takpe nanti kalau perempuan tu nak hantar makanan saya pakai la balik mask tu." Kyran dengan cepatnya mencubit pipi Puteri tanda geram.

"Aip-aip tangan tu jangan dok cubit orang." aku menepis tangannya laju yang berada di pipi aku.

"Kenapa? Saya comel sangat kan tak gituw!" kata aku siap buat gaya tangan ke muka dengan nada level coffident nya. Ish perasan lebih nya aku nih!

"Eh-eh perasan eh awak nih padahal bukan comey mana pun awak ni, hahaha." kata Kyran yang saja mahu menyakat gadis itu.

Ohh ayat mu sungguh menusuk ke kalbu! Hek eleh ingat orang tak tau yang dia saja nak mengusik orang tadi pun kata aku nih comel.

"Ish dia ke awak tak mengaku yang saya ni comel tadi kenapa mengaku tadi ha-ha jawab!" kata aku yang menuding jari ke arahnya. Padahal aku bukannya marah dia pun saja mahu tegas dengan dia. Lagipun dia dah terkantoi, hahaha nak usik orang pun agak-agaklah.

Kyran menurunkan jari telunjuk Puteri yang mengarah ke mukanya. Dia pamerkan senyuman manis pada Puteri.

"Ye-ye saya mengaku yang awak adalah perempuan cantik dan comel sekali dan perempuan yang pertama yang mencuri hati saya ." kata Kyran yang meletakkan jari telunjuk Puteri di dadanya.

Auch! Ayat kau sungguh sweet dan hampir mencairkan hati aku! Erk!

Aku tengok ada pelayan perempuan tadi mahu hantar makanan la!! Dengan cepat secepat kilat aku ambik mask yang berada atas meja dan terus memakai ke mukanya. Disebabkan tindakan aku yang kelam-kabut dan secara tiba-tiba Kyran sedikit tersentak. Hahaha apalah.

Sebelum pelayan tu sampai ke meja kami untuk menghantar makanan sempat aku kelipkan mata aku sebelah dan tersenyum sengih pada Kyran. Pelayan tadi aku yakin dia masih tak nampak muka Kyran lagi.

"Nah cik, encik makanannya sudah sampai selamat menjamu selera ya?" kata pelayan perempuan tersebut.

"Yeah terima kasih ya?" kata aku.

"Sama-sama." kata pelayan tersebut sebelum pergi ke tempatnya.

"Yommy-yommy!" aku mengambil sudu yang telah diberikan oleh pelayan tadi dan mula menjamah nasi goreng. Aku tengok dia hanya menjamah kek saje, serius lelaki ni memang unik betul makan kek jer.

Kyran hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat Puteri yang mula makan dengan gelojoh.

Selepas beberapa minit saje aku dah habis makan tapi aku tengok dia yang makan kek pun masih tak habis lagi. Dah la tadi tengok orang sampai tak senang duduk jadinya aku nih.

"Hmm awak?" kata aku.

"Ya?" kata dia yang menongkat dagu dua-dua belah tangan pastu dok tersengih-sengih tengok orang. Ish nasib baik handsome dan kawan aku tau kalau tidak dah lama aku bagi penampar sulong aku.

Aku pulak menongkat dagu sebelah melihatnya sambil tersenyum.

"Awak memang tengah diet eh sekarang ni?"

"Diet? Tak la kenapa awak cakap macam tu?"

"Ooo ingatkan tengah diet, takde pape lah saje tanya sebab tadi kan awak kata lapar tapi tengok-tengok awak makan kek jer mana nak kenyang kalau makan kek je betui tak?"

Kyran ketawa kecil apabila mendengarnya. Patutlah dari tadi asyik dok berkerut muka tu rupanya pasal dia makan kek je. Haih lawak betul!

Kening aku mula bercantum melihat dia ketawa. Ouhh cik jantung ni memang tak henti-henti berdegup melihat dia ketawa. Dah la ketawa tu nampak lesung pipit, rasa macam comel la pulak kalau lelaki ada lesung pipit. Hehehe.

"Dari tadi saya tengok awak asyik buat muka pelik rupanya pasal ni rupanya, memang la kat dalam kereta tadi saya ada kata yang saya lapar tapi saya lapar kek dah lama tak makan kek sebab tu la lagipun saya dah makan tadi sebelum jumpa awak." kata Kyran yang berterus-terang.

"Oooooooooo." kata aku yang beroh saja.

"Amboi..... amboi panjangnya huruf o tu tak boleh panjang lagi ke?" kata Kyran. Dia mencuit hidung Puteri sekilas.

Aku pulak dah buat muka masam sambil menyilangkan tangan ke dada. Badan aku sandarkan di kerusi sambil melihat dia.

Aku tengok kek dia baru makan sikit, nasi aku pulak dah lama licin. Mana taknya kek tu tak habis sebab asyik dok perhatikan orang jer. Haih.

"Tuu kenapa kek tak habis lagi tak sedap ke?" tanya aku yang mengangkat kening sebelah. Badan ku masih sandar di kerusi.

"Sedap tapi..."

"Tapi?"

"Tapi saya takde selera la nak makan." kata Kyran yang juga menyandar di kerusi dan menyilangkan tangan seperti Puteri. Saja mahu ikut pergerakan Puteri.

Aku mengeluh seketika sebelum berdiri daripada duduk dan pergi ke sebelahnya. Badan aku bongkok kan dan tangan aku dilekapkan di dahinya.

Tindakan Puteri yang selamba ini membuatkan jantung Kyran berdegup kencang kerana Puteri yang berada dekat dengannya.

"Hmm suhu badan awak macam panas la awak nak demam ke?" kata aku yang sudah tidak membongkokkan badan dan menjarakkan sedikit antara kami berdua. Aku hanya berdiri di sebelahnya dan menunduk memandang dia yang masih duduk di atas kerusi.

Selepas Puteri berkata begitu Kyran dengan cepatnya melekapkan tangan ke dahi dia dan memang tepat lagi bersuluh yang suhu badan dia terasa panas. Mungkin dia tak cukup rehat sebab tulah boleh demam.

"Ha'aa la saya demam jomlah kita balik lagipun saya nak berehat ni badan dah rasa penat dan tak selesa." kata Kyran.

"Okey jom." kata aku yang mahu mengambil beg di atas kerusi tempat aku duduk.

Aku melihat kek yang masih di pinggan nya, nampak macam sedap terliur pulak aku.

"Hmm awak, kek tu macam mana?" kata aku yang muncungkan bibir ke arah kek yang separuh dimakan itu. Hisy membazir betul!

Kyran yang sudah memakai mask semula dan sudah berdiri mula melihat kek yang dimakannya. Dia jugak sudah letakkan wang lebih di atas meja, baki tu usah dikata dia sudah banyak duit dah pun jadi takde masalah kalau tak ambik baki.

"Ooo pasal kek ni saya tak lalu la nak makan." kata Kyran melihat Puteri.

"Laa dia ke? Takpelah kita balik je la lagipun awak tak sihat tu." kata aku yang menarik lengan Kyran beredar daripada situ. Kyran pulak melihat tangan Puteri yang menjalar di lengannya sepanjang mereka ke kereta dia. Haih berangan la tu.

Kami dua masuk ke dalam kereta dan meluncur balik ke rumah masing-masing. Sepanjang perjalanan nak ke rumah aku dia bersuara.

"Awak, kalau saya nak mintak permintaan daripada awak boleh?" kata Kyran dengan nada meleret.

Aip aip siap buat nada lagi eh?

"Hmm tengoklah dulu kalau saya mampu untuk tunaikan permintaan awak tu." kata aku tidak memandangnya.

Kyran yang tengah memandu hanya menjeling sekilas.

"Awak, tengah saya sakit nih mesti tak lalu nak makan dah." mengadu Kyran.

Aku menoleh melihat dia. So what?? Takkan kau nak suruh aku masak dan jaga kau seperti suami dan isteri. Erk!

"Jadi?" tanya aku padanya. Perkataan yang cukup padat dan jelas aku utarakan pertanyaan.

"Saya nak awak ......" kata Kyran masih mahu berteka-teki.

"Awak nak saya......" kata aku jugak buat nada meleret.

"Saya nak awak masak sedap-sedap untuk saya boleh? Sebab saya teringin sangat nak merasai air tangan awak. Saya dah la tak lalu makan makanan lain dah ni." kata Kyran yang masih tumpu pada pemanduan.

Aku mengeluh seketika.

"Kenapa ni? Awak tak pandai masak ke?" kata Kyran apabila melihat Puteri seperti diam sahaja.

"Eh tak la. Kalau awak nak tahu ciri saya jugak adalah pandai dalam memasak tau?"

"Ohh dia ke? Tak tahu la pulak."

"Ha'aa saya ni kalau memasak memang pandai la dan kalau awak nak tahu rasa dia memang meletop kebaboom la jawabnya." kata aku. Sempat lagi puji diri sendiri.

"Wow meletop kebaboom eh? Kalau macam tu saya nak awak memasak masakan yang paaaaliiiiiing sedap untuk saya." kata Kyran. Siap memanjangkan lagi perkataan 'paling' tu.

"Takpe saya akan masak sedap-sedap untuk awak biar awak sentiasa ingat rasa masakan saya sampai bila-bila." kata aku tersengih.

"Oooh takpe kita tengok dulu sedap atau tidak, kalau sedap saya bagi lima bintang kalau tak sedap saya bagi.....aha dua bintang jer amacam?" kata Kyran siap menggerakkan kening dia lagi. Mata dia menoleh Puteri sekejap sebelum menumpukan kepada pemanduannya.

Ish dia ni kang! Macam tak yakin jer aku pandai masak.

"Takpe2 we will see." kata aku sambil tersenyum miring.

"Okey dah sampai!" kata Kyran yang sudah berada di tepi pagar rumah ku.

"Okey terima kasih lah awak sebab belanja saya makan tadi. Terima kasih jugak pasal siang tadi." kata aku yang membuka tali pinggang dan sudah galas beg.

"Eh terima kasih jer?" kata Kyran yang memusingkan badan ke arah Puteri.

"Ha'aa la terima kasih jelah awak nak suruh saya buat ape lagi?" kata aku yang dah buat muka pelik. Ni mesti nak suruh orang buat ape nih.

Kyran meletakkan jari telunjuk nya ke pipi dia dan hal itu dengan refleks nya berjaya buat aku terkejut biawak dan ternganga.

Aku cepat-cepat tutup mulut aku yang ternganga dan menolak pipinya perlahan.

Aku jugak dengan lajunya cepat menampar bahunya sehingga buat dia mengaduh kesakitan.

Papp..

"Adoi tak yahlah tampar-menampar orang cik kak oii kalau nak menampar pun pi la masuk pertandingan tampar-menampar." kata Kyran berceloteh sambil menggosok bahunya yang terasa pedih kesan tamparan hebat daripada gadis itu.

"Alololo busyuk2 tu sakit eh? Sorry lah." kata aku yang acah-acah ambik peduli. Aku menggosok-gosok bahunya bagi menghilangkan sakit yang masih berbekas.

Lama Kyran memerhatikan Puteri yang sibuk menggosok bahunya. Dia memegang tangan Puteri dan hal itu berjaya memberhentikan pergerakan Puteri tadi.

Puteri mengerutkan kening dan bertentang mata dengan Kyran.

Sekarang ni jantung aku dah mula berdegup laju. Tak mungkin...tak mungkin dengan cepatnya aku dah jatuh cinta. Tak, aku rasa jantung aku berdegup laju mungkin disebabkan kedudukan kami dekat maybe tapi kalau bab jatuh cinta nih.....aku tak pasti. Sungguh....aku tak pasti.

Pabila aku memandangnya aku terasa seperti berada di awang-awangan entahlah kenapa aku terasa ralit memandang mata dia yang aku rasa sangat cantik di mata aku. Kening yang tidak terlalu tebal, mata yang berwarna coklat cair, hidung mancung yang terletak elok di situ dan akhir sekali... mempunyai bibir yang merah seperti pakai mulut merah pulak.

Adakah ini dipanggil cinta? Kenapa aku terasa ada suatu perasaan yang hadir dalam hati aku. Cuma aku tak tahu perasaan apakah itu.

Apabila aku rasa seperti ada tangan yang memegang pipi aku. Aku berasa terkejut merasai sentuhan hangat di pipi aku.

"Takpe Puteri saya faham, suatu hari nanti saya pasti akan buat awak jatuh cinta pada saya dan suatu hari nanti saya pasti akan buat awak luahkan perasaan awak terhadap saya. Saya akan menunggu saat itu tiba dengan sabar biarpun lambat sebab...." kata Kyran yang saja menggantungkan ayat tadi.

"Sebab?" kata aku yang sudah tak sabar nak tahu sebabnya.

"Sebab hanya nama awak sahaja yang berada dalam hati dan fikiran saya sampai lah bila-bila." kata Kyran yang mengalihkan tangan daripada pipi aku dan menyentuh tangan ku untuk diletakkan di dadanya. Dapat ku dengar degupan laju jantungnya dengan jelas.

Auch ayat kau! Sungguh aku rasa terharu dengan kata-kata dia. Kyran, sekiranya kita ada jodoh sekalipun tapi tak bermakna kita boleh bersama sebab antara awak dengan saya hanya bagai enggang dengan pipit atau bagai cawan dengan gelas.

Aku menunduk kepala aku perlahan. Kalaulah awak faham keadaan saya Kyran, kalaulah...Cuma yang saya tahu cinta itu buta dan saya harap sangat tidak jatuh cinta pada awak Kyran. Biarlah saya tidak merasai apa itu cinta antara kekasih kerana bagi saya ianya langsung tak bererti dalam hidup saya. Tetapi sekiranya saya telah jatuh cinta pada awak, saya pasti akan bersama dengan awak sekiranya tidak ada halangan bagi kita berdua.

"Takpelah Kyran saya masuk dulu lah ye? Nanti aunty saya tertunggu-tunggu pulak." kata aku yang menarik perlahan tangan aku daripada pegangan di dadanya. Aku tengok dia hanya mengangguk perlahan.

Kyran hanya mengekori dengan ekor anak matanya apabila Puteri sudah selamat masuk ke rumahnya.

'Puteri, akan aku buat segala-galanya untuk kau bagi membuktikan bahawa besarnya cinta aku pada kau. Dan aku jugak akan pastikan kau sentiasa gembira dan senang apabila berada di sisi aku. Hal ini jugak akan membuatkan kau perlahan-lahan jatuh suka pada aku.' Batin Kyran yang telah berazam di dalam hatinya untuk memikat hati Puteri secara perlahan-lahan. Dia mencarik senyuman manis dan pergi daripada tempat itu.

************
Aku menyandarkan tubuh aku di pintu utama rumah ku. Aku termenung seketika dan masih terngiang-ngiang lagi kata-katanya pada aku tadi.

Tanpa Puteri sedar aunty dia sudah lama perhatikan dia dari tadi dok tersandar kat pintu sambil termenung dan tersenyum.

Dia berjalan terjengket-jengket mendekati Puteri dan mahu mengejutkan gadis itu.

Aunty dia memegang bahu Puteri perlahan dan hal itu success buat Puteri melatah.

"Oi cinta yang tak ku rela!" melatah aku. Aku melihat aunty aku dan itu lagi membuatkan aku terkejut biawak. Adoi mesti aunty aku nampak aku termenung tadi. Serius arh buat malu jer.

"Aip aip cinta ape yang kamu tak rela nih?" kata aunty aku menyilangkan tangan ke dada. Adoi apasal lah aku termelatah macam tu tadi.

"Errr aunty dari tadi dok berdiri kat sini ke? Awat Puteri tak tahu pun."

"Macam manalah kamu nak tahu Puteri oi kamu tu kan asyik dok termenung sana tersenyum sini. Ni mesti kamu dah terjatuh cinta tak dengan anak Dato' Johanson tu?" kata aunty aku sambil menuding jari.

"Adoi aunty sejak bila pulak aunty jadi detektif Conan pulak nih?" kata aku menggaru kepala ku yang tak gatal.

"Sejak tadi. Lagipun aunty kebetulan nampak kamu kat sini dan tengok-tengok kamu tengah termenung. Memikirkan dia eh?" kata aunty Puteri. Siap tersenyum miring lagi. Adoi aunty ni suka sungguh mengusik orang.

"Tak la, ha aunty ada nampak Puteri dalam tv tak siang tadi?" kata aku yang cuba ubah topik. Beg aku letakkan di atas sofa dan pergi ke dapur untuk mengambil air. Terasa tekak kering lah pulak.

'Ubah topik la tu ingat orang tak tahu.' batin aunty.

"Ye aunty ada nampak. Aunty tengok kamu dengan dia memang serasi sangat untunglah kamu dapat orang artis." kata aunty aku yang ikut aku pergi ke dapur. Aku yang tengah duduk dan minum air tersedak apabila mendengar aunty aku kata begitu.

Haih aku rasa aunty aku nih boleh jadi orang pengusik kut. Aduhai.

"Aunty, Puteri masuk bilik dulu lah ye nak berehat." kata aku yang sudah penat. Lagipun dah melekit dah badan aku nih. Aku tengok jam di dinding baru pukul 6 petang.

"Hmm yelah."

Sebelum aku masuk ke bilik sempat aku cium pipi aunty aku terlebih dahulu.

'Haih aku rasa Kyran sukakan Puteri la cuma aku
rasa mesti sekarang ni Puteri jual mahal. Haih Puteri...Puteri bilalah kamu nak kahwin. Kamu berhak untuk bahagia semula nak.' batin aunty Puteri. Dia mengeluh seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience