Bab 29: Surgery

Romance Series 9772

Aku terus melangkah keluar dari hospital tapi tanpa aku sedari aku terlanggar seseorang.

Kedebukk!!

"Awww sakit." kata aku. Haihh memang kalau aku langgar orang pasti aku akan jatuh. Pffft!

"Sorry mak cik. Mak cik tak apa-apa kan?" kata aku yang mendongak memandangnya. Mata aku terbuntang apabila melihat gerangan orang yang melanggar aku tadi.

Aunty!!

"Puteri? Puteri kenapa boleh duduk sini nih? Puteri nak pergi mana?" kata aunty aku yang membantu aku untuk berdiri.

"Ermmm.... Puteri...." kata aku yang sudah buntu mahu berkata apa. Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal seketika.

"Puteri tak pergi mana-mana pun aunty. Saja ambik angin kat sini." kata aku berbohong.

"Ouhh dia ke? Nih aunty dah bawak baju kat Puteri untuk pakai. Puteri salin lah nanti kat tandas ya?" kata aunty aku yang memberikan baju pada aku.

"Thanks aunty. Okey jomlah kite masuk aunty. Dah nak malam nih." kata aku yang menarik tangan aunty aku.

Aku mengapit lengannya di sisi aku. Kepala aku lentok di bahunya sambil termenung seketika.

Aunty aku hanya tersenyum saja dan menepuk tangan aku manja beberapa kali.

'Kyran...selagi awak masih berada di dalam. Selagi tu hati saya tidak akan tenang. Alangkah bagusnya kalau awak berada di depan mata saya sekarang nih. Kalau awak berada di depan saya dah lama saya peluk awak erat-erat tapi awak...berada di dalam sana. Sedang bertarung nyawa. Oh tuhan ... tolong selamatkan Kyran untuk aku. Walau apapun terjadi...' batin aku.

Aku dengan aunty aku masuk ke dalam hospital. Aku tengok Audrey masih berada di sini. Aikk takde keja ke dia nih? Asyik duduk sini jer. Baik aku tanya dia.

"Aunty, aunty duduk sini sekejap ya? Puteri nak pergi kat situ sekejap." kata aku meminta izin.

Aunty aku hanya mengangguk saja.

Aku pergi ke arah Audrey yang sedang bersandar di dinding. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Kakinya juga turut disilangkan dan hanya menunduk kepala saja. Tidak bergerak langsung. Diam jer.

Haihh dah pasel apo pulek?

Audrey yang merasakan ada orang berada di hadapannya mendongak ke arah aku. Dia memandang aku dengan dalam. Gulp! Aku menelan air liur dengan kasar.

Lama dia memandang aku sebelum aku bersuara.

"Awak dah kenapa?" kata aku sedikit teragak-agak. Haihh jangan lelaki nih penghisap dadah sudah! Seram jer aku tengok dia. Dah lah baru kenal jer.

"Puteri...." kata Audrey perlahan.

"Yaa...." kata aku menunggu jawapan darinya.

"Awak tak ingat ke waktu pertama kali kite jumpa tu? Dekat airport tu?" kata Audrey.

"Errrr...." kata aku buntu. Tidak tahu mahu berkata apa.

"Ha'aa lah yang tu kisah lama. Bahkan dah bertahun-tahun. Takkan awak nak ingat pulak kan." kata Audrey. Dia tersenyum pada aku.

"Takpe, meh saya terangkan macam mana kita boleh jumpa waktu pertama kali tu." kata Audrey.

Aku hanya mengangguk saja. Akhirnya dia cerita daripada A hinggalah Z.

Mengikut cerita dia fikir punya fikir ha'aa lah aku pernah kejadian seperti itu? Tapi kat mana eh? Secara spontan akhirnya aku teringat pada 9 tahun yang lalu. Ketika aku masih remaja dan terserempak dengan seorang lelaki nih di airport.

Imbas kembali~

Kedebukk...

Tibe-tibe aku dengan dia terlanggar dengan kuat antara satu sama lain. Habis telefon aku jatuh rosak dibuatnya. Aunty aku pulak sedang ambik tiket untuk ke Filipina.

"Oh sorry2 awak saya tak nampak awak tadi. Ala phone awak pecah ke? Nak saya ganti?" kata seorang lelaki nih. Dia membuang kaca mata hitamnya. Kami berpandangan antara satu sama lain. Serentak. Aku tengok dia sedikit terkaku melihat aku. Hahaha dah terkena cinta pandang pertama eh? Hahaha mengarut jer kau nih Puteri.

"Ouhh is sokay. Takpe saya juga yang salah sebab tak tengok ke depan." kata Audrey.

Hahaha aku tengok dia macam umur sebaya jer dengan aku.

"Hmmm is sokay. Takpe phone saya boleh saya belikan yang baru punya. Don't worry la." kata aku tersenyum. Alamakk ade nombor Farah dengan Kyran kat situ! Aku dah lah tak hafal nombor mereka lagi. Haiyaa! Nampaknya sepanjang aku dekat Filipina aku tak boleh contact mereka lani. Huhuhu~

"Tapi...," sebelum dia berkata apa aku terus memotong percakapannya.

"Hahaha is sokay lah bro. Don't worry be happy okey?" kata aku yang membuat piss padanya. Aku tersenyum manis padanya.

Lelaki itu terkebil-kebil seketika. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Melihat dia hanya diam aku hanya terus pergi mendahuluinya. Nanti aku tersesat mahu jumpa aunty aku pulak kat airport. Haah aku tak mo tersesat kat sini.

Dengan selamba aku hanya terus pergi mendahului lelaki tu saja tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Audrey hanya melihat dengan ekor matanya saja. Dia tersenyum miring.

'One day, when we grow up I will make you mine. No matter how it goes.' batin Audrey.

Skip ...

"Awak...." kata aku yang menuding jari ke arahnya.

"Ya...saya lelaki yang awak langgar kat airport tu." kata Audrey.

"Tapi... tapi macam mana awak boleh tau yang saya orang yang sama. Awak dapat cam muka saya sampai sekarang?" kata aku sedikit terkejut. Dia boleh ingat aku walaupun aku dah besar? Uuuu~~

"Yepp saya dapat cam lagi muka awak. Sebab itulah waktu kita jumpa tadi pun saya terkejut. Tak sangka takdir menemukan kita kat sini kan?" kata Audrey.

Aku hanya berhmm saja dan tersenyum kecil.

'Kalaulah awak tahu Puteri yang saya selalu mengingati awak sejak kat airport hari tu. Walaupun dah beberapa tahun yang lalu saya tetap tak dapat lupakan awak. Sungguh terasa terseksa juga selepas beberapa tahun akhirnya saya dapat jumpa juga dengan awak Puteri.' batin Audrey.

"Awak buat apa kat sini? Tak mau balik ke?" kata aku.

"Hmm saya mahu teman awak boleh?" kata Audrey tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya.

Haih aku tanya dia dia tanya aku balik.

"Hmm tapi aunty saya boleh temankan. Awak tak perlulah teman saya." kata aku teragak-agak. Macam mahu usir dari sini lah pulak. Adihh aku bukan mahu usir tapi tak mau susahkan dia jer. Lagipun buat apa dia nak teman aku. Kitaorang bukan kawan pun bukan kekasih pun apatah lagi saudara.

"Ouhh awak nak halau saya eh?" kata Audrey saja mahu duga.

"Eh tak2 lah. Tak halau pun lah. Cuma...saya tak mahu susahkan awak. Tu jer." kata aku dengan cepat menafikan.

Audrey ketawa kecil. Dia memandang aku dengan tepat.

"Awak nih...saya gurau jelah. Takpe, saya boleh balik tapi... can you give your number phone?" Please.." kata Audrey.

"Hmm...." aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mahu bagi ke tak eh? Hmm nanti tak bagi kata orang sombong pulek. Hahaha bagi jelaah. Haihh nampak macam dia nak mengorat aku jer. Sebab asyik mahu bersama dengan aku. Ecewaahh perasannya kau Puteri! Tak yahlah fikir panjang-panjang sangatlah.

"Ermm give your phone." kata aku.

Dia hanya memberikan saja pada aku.

Aku menekan-nekan di skrin phone nya.

"Nah ni nombor saya. Buh lah nama apa yang awak nak untuk nombor saya tu. Saya pergi dululah ye? Lama dah aunty saya tunggu tu." kata aku padanya. Aip aip macam mahu cepat beredar jer kau nih Puteri. Hahaha takpelah tak mo ler kite duk sini2 lama. Nanti berkulat orang kata.

Audrey hanya tersenyum saja melihat nombor yang terpampang di skrin telefonnya.

"Akhirnya... dapat juga nombor kau." kata Audrey
tersenyum manis seorang diri.

**********

Karen pov

Sekarang nih aku sudah berada betul-betul di hadapan bangunan hospital yang megah ini.

Aku keluar daripada kereta. Kaca mata hitam aku pakai menyerahkan lagi ketampanan aku.

(Fiuhh sempat lagi puji diri sendiri.)

Aku masuk ke dalam hospital dan bertanyakan tentang pesakit yang bernama Kyran Andrew.

"Hmm mahu tanya kak." tanya aku di kaunter hospital.

"Ya?"

"Pesakit yang bernama Kyran Andrew Johansson ada tak kat hospital nih?" kata aku.

"Ouhh yang artis tu ke? Okey sekejap ya?" kata nurse tersebut.

Aku hanya mengangguk saja.

"Ada. Dia sekarang berada di bilik pembedahan. Encik boleh terus ke sana dan belok ke kiri. Haah encik boleh tunggu kat situ." kata nurse tersebut.

"Ouhh terima kasih ya?" kata aku mempamerkan senyuman manis. Nurse tu hanya mengangguk saja dan membalas balik senyuman dari aku.

Aku berjalan ke arah laluan yang dikatakan oleh nurse itu tadi. Aku ada mendengar suara perempuan yang aku sangat kenal. Dan aku yakin tu suara kakak aku. Aku menyintai melihatnya dan dia sedang bersama dengan.... aunty? Aunty aku ke tu?

Tiba-tiba dada aku berasa sebak apabila melihat aunty juga turut berada di situ.

"Aunty....lamanya kite tak berjumpa. Karen...Karen rindu sangat kat aunty dan juga kakak." kata aku dengan nada yang cukup perlahan. Cukup hanya aku seorang saja yang dengar.

Aku memandang mereka berdua lama. Perlahan-lahan aku mengambil dompet yang berada di poket seluar aku dan mengambil sekeping gambar yang lama.

Gambar itu menunjukkan gambar aku yang masih kecil yang berada di dukungan ibu aku. Manakala kakak aku yang juga masih kekanakkan berada di dukungan ayah aku. Di tepi ibu aku turut ada aunty aku yang tersenyum manis. Di samping itu turut ada adik-beradik ayah aku dan juga ibu aku.

Kami semua sangat gembira waktu tu. Masing-masing tersenyum lebar dalam kamera. Dan....macam mana aku dapat gambar nih..

Imbas kembali~

Waktu tu aku masih berumur 14 tahun. Aku ada ternampak seorang perempuan nih. Dan dia berjalan mendahului aku. Aku memandangnya ke arahnya. Dan akhirnya aku ada ternampak suatu gambar nih dan aku tau itu adalah gambar perempuan tu. Mungkin dia tercicir.

"Eh kak.." kata aku. Malah perempuan tu sudah pergi jauh mendahului aku. Dia tidak mendengar panggilan aku.

Dengan perlahan-lahan aku mengalihkan gambar tersebut. Jantung aku bagai terhenti apabila memandang gambar tersebut. Ni kan gambar.... keluarga kandung aku?! Aku masih ingat lagi rupa kakak aku masih kecil dan juga ibu dan ayah aku.

Spontan otak aku menjelajah kembali saat-saat detik perpisahan aku dengan mereka.

Waktu tu aku masih berumur 5 tahun. Waktu tu aku bermain bersama-sama dengan kakak aku di luar rumah. Cuma....tak sangka waktu tu akan ada peristiwa yang pahit yang kami takkan jangka.

"Adik, adik tunggu sini sekejap ye...kakak mahu pergi tandas sekejap. Ingat duk sini saja tau..jangan nakal-nakal.." kata Puteri pada aku. Dia masih berumur 7 tahun.

Karen hanya angguk saja. Dia bermain batu dan menggelunsurnya di atas gelongsor mainan.

Puteri sempat mencium pipi tembam adiknya sebelum masuk ke dalam rumah.

Baru beberapa minit tiba-tiba ada suatu kereta yang asing mendekati Karen. Ade sekumpulan lelaki yang keluar dari kereta tersebut. Mereka memandang antara satu sama lain dan tersenyum sinis. Mereka membuat isyarat supaya menculik anak ini dan menjual kepada orang lain.

Karen yang masih kecil tidak tahu apa-apa. Dia memandang ke arah sekumpulan jahat tersebut.

Ade seorang lelaki yang mendukungnya dan membawanya masuk ke arah kereta. Karen berkata perlahan.

"Ibu... kakak..." dia menggapai tangan kecilnya dan melihat rumah ibu dan ayahnya. Tapi takde siapa pun yang dapat menolongnya. Akhirnya dia dibawa pergi daripada situ. Kereta yang asing tadi meluncur dengan laju pergi daripada sini.

"Puteri, mana adik kamu? Kenapa kamu duduk sini? Adik mana?" kata ibu.

"Duk kat luar ibu. Tadi Puteri duduk kat tandas sekejap. Mehlah ibu kita main sama-sama kat luar." kata Puteri dengan ceria. Dia menarik tangan ibunya ke luar rumah.

Ibunya hanya tersenyum saja.

"Aikk, mana adik ibu? Tadi Puteri betul-betul tinggal dia kat sini sekejap. Takkan dia pergi merayau kat tempat lain?" kata Puteri. Hampir menangis dibuatnya apabila adiknya sudah tiada.

"Takpe, biar ibu cari. Mungkin adik ada merayau kat mana kot. Puteri pergi masuk rumah jap. Biar ibu cari. Nanti ayah balik Puteri bagitau ye?"

"Tak nak. Puteri nak ikut juga ibu cari adik. Disebabkan Puteri lah adik hilang." kata Puteri yang sudah mengalir air mata. Dia menangis tersedu-sedan. Habis basah pipi gebunya. Perasaan bersalah membuak-buak di hatinya.

Ibu Puteri menyamakan kedudukan mukanya dan juga anaknya. Dia membelai lembut pipi anaknya itu.

"Dah lah jangan nangis-nangis. Kita fikir yang baik-baik saja ye? Mungkin adik pergi merayau je tu."

"Kalau Puteri degil juga nak ikut ibu takpe ibu izinkan. Yang penting jangan nangis-nangis dah okey?" kata ibu Puteri. Perasaannya juga sangat tidak sedap hati. Dia dapat rasakan yang anak dia berada dalam bahaya. Tapi sedaya-upaya cuba untuk menepis perasaan tu. Tidak mahu berfikir negatif.

Puteri hanya mengangguk saja mendengar kata-kata ibunya itu.

Aku tersedar daripada lamunan sebentar. Tanpa aku sedar air mata mengalir laju di pipi aku. Adakah dia....kakak aku? Sekiranya dia kakak aku, akan aku menjejakinya sampai dapat. Aku melihat gambar tersebut dan tersenyum manis. Senyum dalam tangisan.

Imbas kembali tamat~

Aku membelai-belai gambar kakak aku, ibu bapa aku dan juga aunty aku. Sungguh kakak aku comel sangat waktu kecil. Begitu juga dengan ibu dan ayah aku. Tampan dan cantik. Lama aku berada di sini. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku balik. Aku menoleh ke belakang untuk balik. Tiba-tiba........kedebukk!! Ada seseorang yang melanggar aku.

Aku lihat dia mahu jatuh tapi sempat aku peluk pinggangnya dari jatuh. Aku memandang ke arahnya. Haihh spoil mood betuilah! Orang baru nak balik tibe-tibe kena langgar dengan minah nih pulak. Tak pasal-pasal aku kena peluk pinggangnya daripada terjatuh.

Farah terkejut apabila orang yang melanggarnya tadi memeluk pinggangnya dengan kejap. Dia memandang ke arah lelaki itu.

Farah terpaku seketika. Bukankah ini lelaki yang..
.. tersenyum sinis pada aku hari tu? Waktu dalam kereta tu? Ting! Ha'aa lah dia lah lelaki yang sama tu. Kata Farah di dalam hati.

Aku memandang perempuan itu dengan teliti. Humm macam kenal jer. Kami memandang antara satu sama lain. Lama kami seperti begini sebelum aku terus melepaskan pinggangnya dan memperbetulkan kedudukannya kembali. Nanti tercair hati pulak kalau lama-lama tengok dia macam nih. Eeii menyeramkan!

"Awak?! Awak lelaki yang...yang tersenyum sinis pada saya hari tu kan? Yang sombong tahap tinggi melangit tu? Betui tak cakap saya?" kata Farah. Dia memandang lelaki itu dengan tepat.

Ouhh perempuan nih rupanya. Patuit macam kenai jer batang hidung tu.

Aku hanya mengangkat bahu aku saja tanda tidak tahu.

Farah mengecilkan matanya.

'Eihh kecik besar kecik besar je aku tengok dia nih! Buat gerak bahu pulak! Macam lah dia tua sangat sampai tak ingat bagai. Hampeh betul!' batin Farah.

"Saya pergi dulu eh?" kata aku yang mahu mendahuluinya. Hahaha cepat sungguh ko mahu pergi ye Karen.

"Tunggu dulu!" kata Farah. Dia menoleh badannya dan menuju ke arah aku. Dia berada di hadapan aku. Siap menyilangkan tangannya ke dada lagi. Perlahan-lahan terbit senyuman sinis dari bibir perempuan itu.

"Hari tu. Hari tu saya terpandang awak dari dalam kereta. Tapi bila awak pandang saya balik. Awak siap bagi saya tersenyum sinis eh? Saya punyalah senyum manis pada awak tapi awak balas senyuman lain? Macam orang bagi bunga tapi awak bagi duri." kata Farah dengan sinisnya. Dia memandang aku dengan tepat.

Dahi aku berkerut. Ala macam tu pun nak ambil hati ke cik kak? Hahaha tak faham betul aku dengan perempuan...hadihh!

"Ye, saya ingat perjumpaan pertama kite tu? So what? Saya tak kenal awak. Awak pun tak kenal saya. Ke....awak jatuh hati dengan saya? Hmm?" kata aku menggerakkan kening berkali-kali.

"Eh taklah siapa cakap? No-no saya langsung tak suka dengan awak apatah lagi mahu jatuh cinta malah saya rasa awak nih orang yang jengkel tau? Buat saya sakit hati jer hmmh." kata Farah membalas paku buah keras balik.

"Hek eleh apa-apa jelah." kata aku yang turut jengkel dengan dia. Eihh minat nih tak faham betul aku dengan dia.

Aku terus pergi daripada sini tanpa meminta keizinan terlebih dulu padanya.

Farah hanya jeling sekilas saja melihat lelaki itu pergi.

Farah pov

Aku mahu pergi ke arah Puteri dan juga aunty tetapi ada suatu benda yang menarik perhatian aku. Gambar?

Aikk gambar lelaki itu ke? Hmm ambik jelahh nanti kalau jumpa dia aku bagi balik. Hahaha tak pandai jaga barang betul. Nasib aku yang dapat kalau orang lain mesti hanya buat tak peduli saja nih. Hehehe~

Aku membongkok badan aku sedikit dan mengambil sekeping gambar tersebut. Aku mengibas-ngibas sedikit kut2 lah ada habuk.

Aku tengok gambar tersebut. Humm cantik. Semua nih keluarga dia? Hahaha hebat. Mesti dia happy mempunyai keluarga yang besar. Hmm nih mesti gambar dia waktu dia kecil. Hehehe comel betul pipi dia tu. Macam nak makan-makan jer buat sup. Ish merepek jer aku nih. Baik aku pergi cepat kat kawan aku yang sorang tu. Nanti merajuk pulak aku datang lambat.

Aku dengan cepat memasukkan gambar tadi ke dalam poket seluar aku. Dan pergi ke arah aunty dan kawan aku.

"Puteri....." kata aku yang mula melangkah ke arahnya. Dia memandang wajah aku dan tersenyum. Dan aku tahu itu adalah senyuman yang hambar.

"Haii aunty, aunty apa khabar?" kata aku yang memeluknya. Aku tengok aunty aku sedang memegang tangan Puteri dengan erat. Mungkin cuba untuk memujuk dan memberi semangat. Haihh nampak macam sedih bebeno kawan aku yang sorang nih.

"Hahaha khabar baik. Farah pun sihat? Lama bebeno aunty tak jumpa Farah. Akhirnya dapat juga kita bertemu." kata aunty tersenyum pada aku.

"Sihat je aunty. Tulah aunty lama tau Farah tak jumpa aunty. Waktu sepanjang Farah bekerja ada jer kekurangan sesuatu." kata aku memeluk bahu aunty. Walaupun nih aunty Puteri tapi aku anggap dia juga aunty aku. Malah waktu berjumpa pertama kali dengan aunty Puteri pun aku dah rapat dengan dia. Memang aku nih jenis cepat rapat dengan oranglah.

"Hmm? Kekurangan sesuatu? Kekurangan apa?" kata aunty yang tidak faham dengan maksud aku.

Aku ketawa kecil.

"Yepp aunty kekurangan sesuatu. Farah kekurangan kasih sayang dari aunty, ibu dan ayah Farah dan juga Puteri." kata aku dengan ceria.

Aku mengerling sekilas ke arah Puteri. Haihh monyok jer aku tengok dia nih. Haihh nih tak boleh jadi. Aku tak mahu dia murung lagi.

"Hahaha ade-ade jelah kamu ye Farah. Dahlah pergi tengok kawan kamu nih. Monyok jer keja." kata aunty.

Aku hanya mengenyit mata aku sebelah tanda setuju. Aku pergi ke arah Puteri dan duduk di sebelahnya pula.

Aku memeluk bahunya.

"Puteri.... kenapa nih? Awat macam sedih jer?" kata aku.

"Hmm? Takde papelah is sokay." kata Puteri dengan nada kendur. Macam orang tak makan jer aku tengok dia nih.

"Dah call ibu dan ayah Kyran?" kata Puteri.

"Hmm dah. Cuma...aku bagitau mereka buat masa nih jangan datang. Sebab aku tau Kyran kena bedah bukan?Jadi mesti mengambil beberapa jam nih untuk selesai. Jadi aku suruh mereka datang esok jelah." kata aku.

Puteri pov

"Ouhh okey, baguslah kalau kau cakap macam tu. Hmm tapi datin dengan dato' tak tanya ke kenapa anak dia kena tembak?" kata aku.

"Tanya tu memang tanya. Tapi aku jawab jangan risau sebab nanti kawan saya yang akan terangkan apa yang terjadi. Haah macam tu lah aku cakap beb. Sebab aku betul-betul tak tahu mahu cakap apa." Kata Farah. Dia memegang tangan aku. Mungkin takut kalau aku marah.

"Hehe is sokay lah. Takpe. Memang patut pun kau cakap macam tu. Jangan risau lah aku tak marah pun la." kata aku. Aku memeluk Farah.

"Hehehe, betui nih?" kata Farah.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum saja.

"Hmm aunty.." panggil aku pada aunty aku.

Aunty aku yang dah lama melihat gelagat aku dengan Farah menyahut panggilan aku. Aku memegang tangan aunty aku.

"Aunty balik lah ye..sebab dah malam dah ni. Kesian pulak kat aunty kena teman Puteri. Takpe aunty balik dulu dengan Farah. Biar Puteri seorang diri kat sini." kata aku.

"Habis tu Puteri okey ke tinggal sorang-sorang kat sini? Kalau ada orang jahat macam mana? Aunty risaulah tinggal Puteri sorang-sorang." kata aunty aku risau.

"Ha'aa betui apa yang aunty kau cakap tu Farah. Tak elok tau orang perempuan duk sini sorang-sorang. Tambah dengan keadaan kau sekarang nih." kata Farah yang juga risau pada aku.

Aku tersenyum pada mereka berdua. Aku memegang tangan aunty aku dan juga Farah. Almaklumlah aku duduk di kerusi tengah manakala Farah berada di kiri aku manakala aunty berada di kanan aku. Serius aku rasa terharu sangat dengan mereka dua kerana sudi berada di samping aku.

"Aunty...Farah...Jangan risau pasal Puteri ye? Nanti kalau lepas jer doktor keluar daripada bilik pembedahan baru Puteri balik. Okey?" kata aku cuba memujuk mereka berdua supaya balik. Aku tak suka lah kalau aku menyusahkan orang terutamanya orang yang aku sayang. Aku lebih rela susahkan diri aku daripada susahkan orang lain.

"Tapi..." belum sempat aunty aku berkata apa aku memotong percakapannya.

"Aunty, please..." kata aku memohon padanya.

Aunty aku mengeluh perlahan.

"Jadi, kamu memang betul-betul mahu duduk sini seorang diri? Hmm?" kata aunty aku meminta kepastian.

"Yepp Puteri tetap dengan keputusan Puteri." kata aku degil.

"Farah, kau boleh tak teman aunty aku tidur malam nih? Please...aku risaulah kalau aunty aku tidur sorang-sorang." kata aku. Yelah aunty aku kan tinggal sorang-sorang kat rumah. Malam pulak tu. Hati aku takkan tenang kalau aku tinggalkan aunty aku seorang diri di waktu malam.

"Okey takpe. Malam nih aku bermalam di rumah kau. Nanti pandai-pandailah aku call dengan mak ayah aku nanti. Okey?" kata Farah.

"Okey." kata aku tersenyum manis padanya.

"Haah macam ni lah kawan aku. Yang suka smile. Tak mau lah asyik muram jer hehehe." kata Farah yang memegang kedua-dua pipi aku.

Mendengar kata-kata dia lagilah senyuman aku semakin lebar.

"Okey I am smile. Sekarang kau dengan aunty boleh balik. Kesian kat aunty tu." kata aku yang meletakkan tangannya dari pipi aku.

"Amboi-amboi halau pulak dia. Okeylah aku balik dulu. Jomlah aunty." kata Farah memegang lengan aunty aku.

"Eh2 tunggu jap. Biar aku peluk aunty aku dulu." kata aku.

Aku memeluk aunty aku dengan erat sebelum meleraikannya kembali.

"Amboi sayangnya kau dengan aunty kau ye Farah." kata Farah mengusik lagi.

"Hahaha biaq pi ler kat kite. Hah pi lah cepat keja mengusik jer kawan kite nih." kata aku ketawa kecil.

"Hehehe okey2." kata Farah tersengih seperti kerang busuk.

"Jalan tu baik-baik ye? Ingat Farah jaga aunty aku baik-baik." kata aku sedikit menjerit.

"Yee, don't worry. Hati-hati kalau nampak hantu tau." kata Farah. Kelibat aunty dan Farah semakin menghilang dari kornea mata aku.

Ish Farah ni kata ada hantu pulak. Sajelah tu mahu mengusik orang. Eih dah lah orang takut dengan hantu huhu. Takpe..takpe Puteri relax-relax tak mungkin ada hantu kat sini. Huh betui tu. Aku menggosok kedua bahu aku berkali-kali. Seram sejuk duduk sorang-sorang.

Selepas dua jam akhirnya doktor selesai juga membedah Kyran. Fiuhh nasib dua jam saja kena tunggu.

"Doktor, macam mana dengan kawan saya? Lancar tak pembedahan tadi?" kata aku terus berdiri daripada duduk melihat doktor keluar daripada bilik pembedahan. Jantung aku berdebar menanti jawapan dari doktor.

Tanpa sesiapa sedari ada seseorang yang memerhatikan mereka berdua.

"Ermmm syukur pembedahan ke atas kawan awak berjalan lancar cuma...dia banyak kehilangan darah tadi jadi saya dah letak darah yang sama jenis dalam badan dia. Jadi, tiada masalah lah untuk dia membuat pembedahan. Cuma...buat masa nih dia tak sedarkan diri lepas pembedahan dan sekarang dia telah dipindahkan ke wad biasa." kata doktor tersebut.

Aku melafazkan syukur apabila doktor berkata begitu. Perasaan gembira membuak-buak dalam hati aku. Akhirnya... akhirnya Kyran selamat. Saya tahu awak kuat Kyran. Saya tahu awak pasti akan berjaya juga nanti dalam bertarung nyawa.

"Doktor, boleh saya jenguk kawan saya di wad biasa?" kata aku gembira.

"Boleh, tapi jangan lama-lama sangat sebab patient perlukan rehat secukupnya." kata doktor tersebut.

"Okey doktor. Thanks so much." kata aku menghadiahkan senyuman manis.

Doktor tu hanya mengangguk saja.

"Hmm awak boleh terus straight dan kat situ terletak di wad biasa. Tempat kawan awak duduki." kata doktor tersebut.

Aku hanya mengangguk saja. Doktor tadi pulak sudah pergi meninggalkan aku.

Sekarang aku mengikut apa yang doktor tadi katakan iaitu arah menghala ke wad biasa. Tempat wad Kyran duduki.

Seorang perempuan misteri turut mengikut jejak langkah Puteri untuk ke wad biasa.

Akhirnya sampai juga aku ke tempat yang betul. Perlahan-lahan aku pulas tombol pintu dan terpampang lah suatu jasad seorang lelaki yang sedang terbaring.

Perlahan-lahan aku menuju ke katilnya. Aku menggenggam buku lima aku melihat dia terbaring seperti begitu. Mata aku sayu memandang dirinya yang terbaring dengan kaku.

Aku berada betul-betul di tepi katil Kyran. Dengan sedikit teragak-agak aku mencuba untuk mencapai tangannya.

Perempuan itu juga memerhatikan gelagat mereka berdua di cermin muka pintu.

Terus aku duduk ke atas kerusi di tepinya. Mata aku berair melihat keadaannya. Aku mengangkat tangannya dan mengenggam tangannya dengan erat. Aku mencium tangannya dengan lama. Mata aku pejam dengan rapat. Setitis air mata mengalir jatuh di pipi aku.

"Kyran... maafkan saya?...kalau bukan disebabkan saya semua nih takkan terjadi kan?" kata aku.

Aku memandang ke arahnya. Tangannya aku bawa ke pipi aku.

"Kyran..waktu kejadian tu kan...bila saya tahu awak kena tembak kan saya tak tahu dah nak buat apa. Saya sangat buntu dan sangat sedih. Hati saya tak kuat lihat awak berdarah lagi Kyran... serius Kyran saya... saya sangat takut kalau kehilangan awak. Ibu dan ayah saya dah tinggalkan saya. Malah adik saya pun dia dah tinggalkan saya. Dan saya tak mahu awak pulak orang keempat yang tinggalkan saya. Saya...tak mahu.." kata aku sedih. Aku memegang tangan Kyran di pipi aku dengan erat.

"Takpelah Kyran...saya pergi dulu lah ye.. doktor tak bagi saya lawat awak lama-lama. Nanti esok saya datang lagi. Haah ibu dan ayah awak pun akan datang tau?" kata aku. Namun Kyran hanya diam saja membisu. Matanya masih terpejam dengan rapat.

Sebelum aku keluar daripada bilik wad tersebut sempat aku cium dahi Kyran dengan lembut. Aku memegang tangannya dengan erat sebelum lepaskannya kembali. Aku menganjak beberapa langkah ke belakang melihat dia untuk kali terakhir. Dan aku terus menoleh ke belakang dan pergi daripada sini.

Aku mahu pergi cepat daripada sini sebelum perasaan sedih aku semakin bertambah melihat dia asyik terkaku dan terbaring.

Perempuan itu dengan cepat menyembunyikan diri daripada terlihat oleh Puteri. Akhirnya Puteri hanya pergi mendahului dirinya begitu saja. Dia tersenyum sinis.

Perempuan itu mengambil telefon bimbitnya dan menelefon seseorang.

"Jack, culik perempuan perampas itu dan bawakan ke tempat kita. Sudah tiba masanya untuk aku berjumpa dengannya." kata perempuan tersebut dengan sinisnya.

Jack yang memahami maksud bossnya hanya menuruti perintah.

Akhirnya perempuan itu meletak panggilan antara mereka berdua. Dia melihat Kyran yang terlentang di atas katil melalui cermin muka pintu. Dia memulas tombol pintu dan pergi ke katil Kyran.

Dia duduk di atas kerusi di tepi katil Kyran. Dia membelai tangan Kyran dengan lembut.

"Kyran, maafkan saya please? Upahan saya langsung tertembak awak. Maafkan dia eh?" kata perempuan itu. Dia sedikit sedih melihat Kyran yang terlentang di sini.

"Tapi awak juga yang salah Kyran. Apasal lah awak pergi tahan badan awak dekat perempuan tak guna tu? Huh kalau bukan awak yang halang dia mesti jasad perempuan tu yang berada di atas katil nih. Dan bukannya jasad awak." kata perempuan itu.

"Huh takpelah sayang, saya pergi dulu ye? Nanti saya lawat lagi. Saya doakan awak cepat-cepat sembuh tau? Dan cepat-cepat masuk dalam genggaman saya." kata perempuan itu ketawa kecil.

Sebelum dia keluar sempat dia cium pipi Kyran dengan lembut. Perempuan itu terus keluar daripada bilik wad Kyran. Sepanjang perjalanan keluar dia tersenyum sinis.

'Huh Puteri Ilynia Khan, kau tunggu nasib kau nanti! Biar kau tahu siapa aku sebenarnya dan siapa yang tentang kau selama ini. Hahaha mesti kau terkejut aku siapa nanti.' batin perempuan itu. Senyuman sinis masih tidak lekang-lekang dari bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience