Bab 24: I miss you my dear sister

Romance Series 9772

Apelah nasib aku apabila terperangkap dalam umpan orang jahat yang tak guna nih. Huh! Adakah hidup aku akan berakhir seperti ini? Tidak akan adakah orang yang mahu tolong aku. Kalau ajal aku dah sampai sekalipun biarlah aku jumpa dengan aunty aku buat kali terakhir.

Biarlah aku peluk dia, cium dia dan mengucap selamat tinggal pada dia sebelum itu. Andai hidup aku akan mati muda. Aku terima. Lagipun aku teringin sangat mahu jumpa dengan arwah ibu dan ayah aku. Nafas aku semakin lama semakin kendur. Mata aku mula semakin memberat. Kegelapan semakin lama menghampiri aku. Yeah disebabkan aku tak dapat ubat itu aku sudah tahu yang nyawa aku pasti akan terancam. Dada aku sakit. Tidak dapat aku tanggung lagi.

Jack yang melihat aku semakin lama mahu menutup mata bertindak dengan pantas.

"Eh-eh, kau kenapa nih?" kata Jack. Dia tidak mengenggam lagi rambut aku malah memegang badan aku bagi menahan aku daripada tumbang.

"U..bb..at." kata aku dengan nafas tersekat. Mata aku semakin lama semakin memberat.

Jack yang memahami maksud aku terus memberi ubat pada aku.

Aku dengan pantasnya menyedut ubat aku tersebut dengan rakus. Akhirnya...nafas aku kembali okey. Aku tersenyum seketika.

"Hmmm kau dah okey dah kan? Sekarang boleh aku culik kau." kata Jack dengan selambanya membuatkan mata aku membulat. Dia siap menggerakkan keningnya lagi pada aku.

Alamak!! Dia nih.... betul-betul.. melampau. Huh tak habis-habis nak dengar cakap boss dia tu? Ape bernilai sangat kah aku nih sampai mereka nak culik aku ha?? Kurang asam bin asam keping betuilah!

Belum sempat aku berkata apa Jack mahu menutup mulut aku dengan suatu kain. Dan aku yakin kain itu ada ubat yang boleh membuatkan orang pengsan. Yeah aku rasa dia cuba untuk buat aku pengsan! Oh aku takkan biarkan!!

Aku mahu mencakar pipinya tetapi terkena pulak pada mask yang dipakainya itu. Mask itu terjatuh daripada mukanya. Kini, aku akan dapat melihat mukanya dengan jelas! Geng-geng Jack mula bertindak untuk menolong ketuanya itu tapi Jack dengan pantas mengangkat tangan supaya tidak bercampur tangan dalam hal nih. Mereka hanya faham dan akur saja melihat isyarat Jack supaya tidak mengganggunya. Aku pulak mendongak perlahan-lahan muka aku untuk melihat wajah lelaki yang bernama Jack itu yang sebenar.

Terasa gementar lah pulak untuk tengok muka dia. Manalah tahu kalau muka dia ada parut ke pastu dengan ada misai ke. Pastu ada kulit menggelupas ke. Eyak rasa geli apabila bayangkan macam tu. Harap-harap muka dia tak macam tulah.

Aku membulatkan mata aku sebentar melihat dia yang juga turut melihat aku. Wow boleh tahan handsome! But I don't care! Setakat muka handsome buat apa kalau perangai macam syaitan.

Aku lihat dia tersenyum sinis. Arghh aku benci senyuman itu! Macam nak makan penampar aku adalah!

Dia dengan pantas memegang kedua-dua tangan aku menggunakan tangannya bagi mengelakkan aku lari daripadanya. Aku meronta-ronta supaya dia lepaskan kedua-dua tangan pergelangan aku.

"Lepaskan aku!! Kau tak boleh culik aku pada boss kau!! Aku nih hanyalah satu-satunya harapan untuk aunty aku! Kalau aku tak ada nanti siapa yang akan jaga dia?! Kau memang langsung tak kesian kan aku ke?!" kata aku menjerit. Sambil-sambil itu aku meronta-rontakan tangan supaya dia lepaskan aku. Sekali dia lepaskan aku akan pastikan badan dia melayang jauh kok Perak! Baru tau dengan muka dia!

"Memang. Memang aku langsung tak kesian kan kau! Kau siapa untuk aku kesian? Mana mungkin aku akan kesian kan orang yang macam kau nih!Hahahahaha! Anyway muka aku terlalu handsome ke sampai kau boleh pandang aku macam tu? Hmm?" kata Jack. Mulalah tu nak buat muka macam cekedek basi. Menyampah betul dengan sikap perasan dia tu! Bagi penumbuk sebijik kang baru tahu!

Aku tersenyum sinis. Kepala aku berpaling ke kiri tidak mahu melihat dia.

Rahang aku mula bergerak-gerak. Ko fikir dengan muka handsome kau tu aku heran sangat ke?! Pergi jahanam kau dengan muka kau tu!

Aku menjerit-jerit dalam hati aku. Bibir aku ketap cuba menahan amarah yang membuak-buak. Mata aku pejam seketika cuba mengambil ketenangan.

"Huh saya tak sangka lah pulak Mr. Jack nih orangnya handsome bukan? Tapi kan ...." kata aku yang berpaling semula melihatnya. Aku membuat nada meleret. Saja mahu menggantungkan ayat tadi.

"Tapi kan apa..." kata dia yang mengangkat kening sebelah ke arah aku. Aku tidak berkata apa sebaliknya menggoyang-goyang jari telunjuk aku berkali-kali supaya menyuruh dia mendekati aku.Okey inilah saatnya yang aku nantikan!

Sebaik saja muka Jack berdekatan dengan muka aku. Aku dengan pantas menghentak kepala aku dengan dahinya dengan kuat. Dapat aku dengar bunyi hentakan itu. Hal itu berhasil membuat dia kesakitan.

Dahi Jack mula mengeluarkan sedikit darah perlahan-lahan. Aku tengok Jack menyentuh dahinya yang sedikit berdarah itu. Kedua-dua tangan aku pulak dia sudah lepaskan jadi aku dengan automatiknya berdiri tegak di hadapannya yang terduduk.

"Kurang ajar!!!" kata Jack menjerit dengan kuat. Auchh! Kalau dengar lama-lama nih gerenti boleh pekak nih!

Tanpa aku duga dia mencekik leher aku dengan kuat membuatkan badan aku sedikit terangkat.

"Arghh...Le..ppa..s.kan a..ku." kata aku dengan suara tersekat-sekat. Terasa sakit dan pedih teramat di leher aku. Oksigen aku hirup sedalam-dalamnya tapi tidak boleh. Dia mencekik aku terlalu kuat. Adakah ajal aku sudah sampai? Adakah takdir aku hanya sampai sini saja?

"Woi kau lepaskan perempuan itu sekarang! Sebelum aku belasah kauorang sorang demi sorang!" Suara seorang lelaki yang asing menerjah ke gegendang telinga aku.

Aku tidak dapat menoleh melihat siapa yang menjerit tadi tapi hanya boleh menjeling dengan ekor mata saja.

Aku lihat seorang lelaki yang aku tidak kenali datang menghampiri kami. Lelaki itu memakai jaket hitam dan menutupi sebahagian mukanya. Jadi aku tak dapat lihat dengan jelas wajah lelaki itu.

Jack terperanjat seketika. Dia tidak menyangka masih ada orang lagi dekat lorong yang terpencil ini. Jack tersenyum sinis seketika.

Dia melepaskan leher aku dengan serta-merta membuatkan aku terjatuh terjelepuk di atas tanah. Argh!

Sekarang kaki aku pulak yang terasa sakit. Yelah disebabkan lelaki keji itu melepaskan aku secara tiba-tiba. Huh dasar lelaki kejam! Seumur hidup aku inilah pertama kali aku berjumpa dengan lelaki yang paling kejam sekali. Langsung takde lembut sikit dengan perempuan. Yeah mulai hari nih, akan aku ingat semua perbuatan dia pada aku! Sampailah aku mati. Perbuatan dia nih memang tidak patut untuk dimaafkan! Aku menggepalkan buku lima aku dengan erat.

Selain itu Jack pula tersenyum sinis. Sekali lagi dia menepuk tangan. Tidak lupe dengan ketawa berdekah dia itu.

"Huh tak sangka pulak perempuan cantik nih ada hero penyelamat eh? Macam dalam drama kartun badman yang tolong wonderwoman tu ke? Hahahaha! Berani kau mahu tolong perempuan nih? Kau tak tahu ke yang jumlah kami ramai? Satu lawan 12 kau rase?" kata Jack yang menyilangkan tangan ke dada tanda berlagak. Dia menunduk kepala melihat aku seketika sebelum melawan pandangan dengan lelaki itu.

"Huh! Nampaknya kau pandang remeh dengan aku. Kau fikir aku tak dapat lawan kauorang semua nih? Nak tahu siapa yang lagi kuat meh lah lawan. Kita tengok siapa yang menang, dan siapa yang loser." kata lelaki itu dengan nada sinisnya juga. Aku terkebil-kebil melihat lelaki itu seketika. Aku mencarik senyuman perlahan-lahan.

Kemarahan Jack semakin meningkat. Dia menggenggam buku limanya dengan erat sehingga dapat aku lihat urat-urat yang keluar dari tangan itu tadi. Huh! Habislah kau Jack! Punyalah tadi kau dengan geng-geng kau serang aku. Sekarang inilah padahnya. Aku harap sangat lelaki itu dapat kalahkan semua orang jahat nih.

"Baikk! Kita lawan! Teman-teman, serang lelaki ini sekarang!! Kalau boleh hapuskan dia sekaligus!!" kata Jack yang menjerit pada konco-konconya.

Mereka hanya akur sahaja sebelum mengempung lelaki itu. Masing-masing mengeluarkan pisau. Aku tertekan air liur seketika. Serius arhh!! Aduhh orang lain ada pisau. Dia pula...hanya bawak diri saja ma. Ko rase?

Lelaki itu tersenyum sinis apabila mereka mengempung dirinya. Langsung tidak gentar dengan mereka yang mengacukan pisau padanya.

"Hiyarghhh!!" salah seorang lelaki daripada geng itu mula menyerang terlebih dahulu.

Dia mahu menusuk ke dalam perut lelaki itu. Tetapi dihalang dengan tangkas. Lelaki yang memegang pisau itu dia pegang dan sekelip mata menikam lengan lelaki itu dengan sendirinya. Lelaki itu menjerit kesakitan.

"Huh sakit? Apa kata dengan ini pulak." kata lelaki si penyelamat itu tadi dan terus menendang perut lelaki itu dengan kuat. Membuatkan mangsanya terpelanting perlahan.

Haih aku panggil lelaki itu si penyelamat lah kan senang. Tak tau nak panggil apa, hehehe. Tapi serius arhh mangsa itu dengan sekaligus saja dia boleh menikam? Auchh! Sakitnya! Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak mahu melihat darah. Sebenarnya aku takut darah! Aku tidak boleh nampak darah kalau tidak badan aku pasti dengan automatiknya menjadi lemah.

"Hiyarghhh!!" dua orang mangsa seterusnya mula berlari ke arahnya untuk menyerang. Mereka berdua mahu menyerang lelaki itu secara serentak tetapi lelaki itu hanya relax kaku saja tidak bergerak.

Akhirnya dia bertukar kedudukan posisi di tempat lain membuatkan dua orang lelaki itu terlanggar antara satu sama lain. Mereka berdua terduduk seketika.

Lelaki si penyelamat aku tadi mengambil peluang dengan mencengkam rambut mereka berdua secara serentak. Dapat aku dengar jeritan dua orang lelaki tersebut.

Lelaki itu terus menghentak kepala mereka antara satu sama lain dengan kuat.

"Argghhh!!" jerit mereka berdua. Mereka berdua terbaring lemah. Mungkin tidak sanggup lagi untuk berlawan.

Akhirnya lelaki si penyelamat tadi membelasah mereka semua habis-habisan. Habis semua orang tumpas disebabkan dirinya. Aku ternganga mulut seketika. Serius lelaki ini betul-betul......hebat. Nih kalau perempuan lain yang dia selamatkan nih mesti dah cair. Hahaha malangnya aku bukannya orang perempuan yang mudah melting pun. Aku lain daripada yang lain okey? Hehehe.

Lelaki si penyelamat tadi pulak berdiri beberapa langkah berhadapan dengan Jack.

"Tsk..tsk..tsk.. haih sayangnya. Konco-konco kau dah tumbang dengan cepat. Macam manalah kau ajar mereka berlawan eh? Takpa, sekarang nih tinggal kau dan aku saja." kata dia sedikit mengejek. Saja mahu membuat Jack marah. Walaupun aku tak nampak mukanya dengan jelas tapi dapat aku lihat senyuman sinisnya itu.

Aku menoleh melihat dua orang lelaki di hadapan aku berkali-kali. Uish adakah akan ada perlawanan sengit nanti? Arghh! Apa yang aku harus lakukan nih?!

Dua orang lelaki itu pula bertentangan mata. Seorang sedang menyilangkan tangan acah-acah relax manakala seorang lagi menggepalkan penumbuknya. Aku duk bayangkan ada aura api dalam penumbuknya itu. Hahaha! Yeah kelihatannya Jack semakin marah. Macam nak makan orang dah aku tengok.

Tanpa aku duga Jack secara spontan berlari ke arahnya dan menumbuk pipinya dengan pantas seperti kilat. Benda itu berlaku terlalu pantas. Aku pulak ternganga mulut. Tidak terkata aku dibuatnya.

Lelaki itu tidak berkata apa sebaliknya dengan selamba hanya mengusap dengan ibu jari di tepi bibirnya yang sedikit berdarah.

Lelaki itu tidak marah. Dia hanya memandang Jack dengan tenang saja. Masih lagi terbit senyuman sinis di mulutnya.

"Baguss! Kau memang pantas eh? Macam mana pulak dengan nih??" kata dia yang juga menghadiahkan penumbuk padu ke pipi kiri Jack.

Jack menggerutu kesal perlahan apabila dia juga turut terkena penumbuk yang sama di pipinya.

Aku lihat mereka berdua mahu berlawan lagi tapi aku dengan cepat berdiri dengan susah payahnya memisahkan mereka berdua daripada berlawan. Punyalah susah aku mahu bangkit tadi gara-gara kaki aku yang sakit. Yeah aku tidak tahan lagi dengan keadaan itu. Cukup-cukuplah lelaki itu telah tumpahkan darah disebabkan aku. Aku bukannya kejam mahu melihat mereka terus-terusan berlawan tanpa henti.

"Stop!! Berhenti berlawan boleh tak??!" kata aku yang menjerit ke arah mereka berdua. Aku mendepangkan tangan bagi menghalang mereka daripada bergaduh. Aku sekarang ni berada di kedudukan tengah manakala Jack berada di kanan aku dan lelaki itu berada di kiri aku. Aku mengeluh seketika.

"Please lah I don't want any people hurt again. Jack, kau tu pun satu! Aku harap sangat tolonglah jangan sakiti aku! Lepaskan aku boleh tak?! I need some space." kata aku dengan lirih. Aku menoleh melihat dia. Jack menggelengkan kepala perlahan. Dia menyilangkan tangan ke dada dan melihat aku dengan tajam.

"No! No! No! Aku takkan sesekali lepaskan kau Puteri! Malam nih juga aku mahu bawak kau pada boss aku!" kata Jack yang terus menyambar lengan aku.

Lelaki itu tidak berdiam diri malah menarik tangan kiri aku pulak. Sekarang aku pulak yang jadi mangsa tarik diaorang.

Ape mereka fikir aku nih anak patung ke nak tarik bagai-bagai nih! Ish macam budak kecik betuilah! Aku mengeluh seketika.

"Dia aku punya! Lepaskan dia!" kata Jack.

"Tak, kau tu yang patut lepaskan! Kau fikir kau akan berjaya ke ambik dia? Langkah mayat aku dululah!" kata lelaki itu.

Aku terdiam seketika. Lelaki nih siapa eh? Kenapa dia ambik peduli sangat dengan aku? Padahal aku dengan dia bukannya kenal antara satu sama lain pun. Ke.. dia yang kenal aku? Ahak famous jugak eh aku nih? Hahaha sempat lagi puji diri sendiri.

"Korang berdua!! Aku kira sampai satu hingga tiga. Korang mesti juga lepaskan aku kalau tidak.."

"Kalau tidak apa? Hmm?" kata Jack yang terus potong percakapan aku. Dia mengangkat kedua-dua keningnya. Huh Jack ..Jack..kau pandang rendah dengan aku eh?

"Kalau tidak...aku gigit tangan seorang demi seorang!" kata aku dengan tegas.

Jack menghamburkan ketawanya manakala lelaki itu hanya mendiamkan diri saja. Ouhh kau fikir aku nih main-main ke? Huh! Kau silap.

"Kenapa? Kau tak percayakan aku?" kata aku pada Jack. Jack tidak berkata apa sebaliknya hanya ketawa berdekah-dekah saja. Ish boleh dia tak percaya kata-kata aku! Takpe-takpe tunggulah aku nak buat apa nanti kat dia!

"Satu...dua...." kata aku mula mengira lambat-lambat. Lelaki yang selamatkan aku tadi telah lepaskan tangan aku. Fuhh lega sikit tangan!

Hahaha tinggal lagi sekor je lagi.

"Tiga." sebaik aku berkata tiga aku terus menggigit tangan Jack sekuat hati membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan. Seperti harimau yang kelaparan sedang menggigit mangsanya pulak.

"Argh sakit! Ye2 aku lepaskan tangan kau. Dah lah tu gigit tangan aku." kata Jack yang tak dapat menanggung lagi kesakitan.

"Hahahaha! Tahu pun sakit! Tadi cabar orang sangat kan. Buwerkk!" kata aku menjelir lidah padanya. Saja mahu sakitkan hati lelaki itu.

Jack yang melihatnya terus mahu tampar muka aku tapi lengannya dipegang kuat oleh lelaki tadi supaya tidak mengena ke muka aku.

"Berani kau masih nak pukul dia lagi?!!!" kata lelaki itu yang terus menghamburkan kemarahannya.

Aku pulak terkejut, terkelu dan macam-macam ter lagi. Tak sangka yang Jack mahu menampar aku tadi. Aku berpaling ke kiri. Terasa ada air mata yang mengalir di pipi aku. Aku pejamkan mata. Aku harap sangat yang semua nih hanya mimpi buruk semata-mata.

Lelaki itu perlahan-lahan menoleh ke belakang melihat Puteri yang memejam mata erat. Dapat dia lihat air mata perempuan itu.

Automatik dia mencengkam kolar baju Jack dengan kuat.

"Aku. Nak. Kau. Pergi. Daripada. Sini." kata dia menyebut satu-satu. Bila-bila masa sahaja dia boleh tumbuk lelaki itu sekiranya tidak dapat sabar lagi.

"Kalau aku tak nak...?" kata Jack yang tidak takut. Dia tersenyum sinis.

"Kalau kau tak nak...."

Lelaki itu mengambil telefon di poket jaket hoodie nya dan menghayun-hayun ke muka Jack. Dia tersenyum sinis.

"Kalau kau tak nak aku akan telefon polis dan mengatakan ada sekumpulan lelaki yang mahu menculik dan mencederakan seorang perempuan! Amacam kau mahu pergi dari sini atau...kau mahu aku sumbat kau dalam penjara ha?!!" kata lelaki itu menjerit.

Jack berasa telinganya sedikit berdesing apabila lelaki itu menjerit.

"Woo woo kalau kau nak jerit pergi jerit kat tempat lain lah! Bukan dekat telinga aku!" kata Jack juga marah. Lelaki itu hanya diam sahaja. Seronok melihat Jack marah.

"Okey2 aku pergi." kata Jack yang mengalah. Dia mengangkat kedua-dua tangannya tanda surrender. Lelaki itu pula sudah lepaskan kolar bajunya.

"Tapi kau jangan ingat kita habis takat sini saja. Sebab bila-bila masa sahaja perempuan itu boleh berada dalam bahaya. Jadi, pandai-pandai kau lah ya mahu jaga dia." kata Jack yang hanya menepuk bahu lelaki itu sekilas sebelum pergi daripada tempat itu. Sebelum itu sempat dia melihat Puteri yang terkaku seperti tunggul yang mengerutkan dahi sambil pejamkan mata. Jack hanya tersenyum sinis saja melihat perempuan itu.

Dapat aku dengar perbualan mereka berdua. Mata aku kembali buka. Aku lihat Jack dengan geng-geng nya yang tercedera hanya ikut daripada belakang pergi daripada sini.

Aku melihat lelaki itu dan dia juga melihat aku. Akhirnya dapat aku lihat dengan jelas muka dia tu.

"Awak tak apa-apa?" kata dia yang mengambil berat terhadap aku.

"Yeah, sokay saya tak apa-apa. Awak pulak?" kata aku yang sedikit canggung.

'Alangkah bagusnya kalau aku dapat peluk dia. Sungguh inilah kali pertama aku dapat lihat dengan jelas kakak aku yang begitu cantik dan terpesona. Alangkah bagusnya kalau aku dapat meluahkan perasaan yang aku sudah lama merindukan dia.' batin lelaki itu yang tidak berkelip memandang Puteri.

"Awak...awak?! Awak tak apa-apa? Kenapa diam?" kata aku yang mengajukan soalan bertubi-tubi. Kening aku bercantum melihat dia yang memandang aku tanpa berkelip.

Renungan itu! Renungan dia ...begitu sayu. Dapat aku rasa dia seperti mahu menangis. Entahlah tapi renungan itu seperti mempunyai 1001 kesakitan. Dan cara dia pandang aku tu...ada terselit perasaan kasih dan sayang. Macam dia dah lama kenal aku pulak.

"Oh yeah I'm fine. Sorry teralit sikit tadi." kata dia tersenyum manis pada aku.

"Ouhhh okey, saya pergi dulu ya?" kata aku yang mahu pergi. Tak mahulah asyik berada di sini lama-lama berdua-duaan dengan dia pulak. Lagipun aku tak kenal dia dan kaki aku pula sakit kalau tunggu sini lama-lama dibuatnya. Nih semua salah lelaki kejam tulah! Haish!

"Eh awak...tunggu." kata dia yang memanggil aku. Kaki aku tidak jadi melangkah apabila dia memanggil aku. Aku menoleh melihat dia.

"Ya kenapa?" kata aku.

"Ermmm boleh saya..."

"Boleh saya apa?" kata aku sedikit mengerutkan dahi. Dia seakan-akan teragak-agak untuk berkata-kata.

"Boleh saya peluk awak?" kata dia. Mata aku membulat apabila mendengar permintaan dia.

"Yeah saya tahu permintaan saya nih agak melampau tapi muka awak.... seperti serupa dengan kakak saya. Sebenarnya saya dan kakak saya dah lama terpisah. Jadi sampai hari ini saya masih belum dapat jumpa dia. Saya amat rindukan dia sebenarnya. Boleh saya peluk awak seketika? Sebab saya mahu lepaskan rindu saya pada kakak saya. Walaupun hakikatnya awak bukanlah kakak saya." kata dia panjang dan lebar.

'Alangkah bagusnya kalau dia tahu yang orang berada di hadapan aku nih adalah kakak aku yang sebenar-benarnya. Yeah aku yakin dialah kakak aku. Selepas bertahun-tahun akhirnya aku dapat lihat dia. Sungguh ini adalah detik yang paling indah untuk aku.' batin lelaki itu.

Kakak? Aku terkelu lidah seketika. Aku pun kehilangan adik aku juga. Tapi tak mungkinlah dia adik aku. Adik aku dah meninggal disebabkan penjahat yang menculik dia sebelum kemalangan ibu dan ayah aku lagi.Tak mungkin dia hidup dan tak mungkin juga kalau orang yang berada di hadapan aku nih adalah adik aku sendiri.

Yeah Puteri kau tak boleh berharap yang adik kau hidup. Manalah tahu dia dah mati disebabkan orang jual organ dia. Ha itulah kata-kata hati aku sendiri. Tidak semena-mena mata aku mula berair. Aku lap mata aku berkali-kali. Tidak mahu lah menangis depan lelaki nih.

Lelaki itu pula terkejut melihat aku menangis. Yeah dah dapat baca dengan jelas reaksi dia tadi.

"Hahaha, saya tak menangis pun lah. Cuma..ada habuk tadi sebab tulah." kata aku berbohong.

"Ouhhh... yang permintaan awak tadi tu...saya okey jer kalau awak nak peluk saya. Anggaplah saya nih sebagai kakak awak. Okey?" kata aku membuat tanda okey. Bibir aku kuntum senyuman manis untuknya.

Apabila aku telah memberi keizinan dia terus memeluk aku dengan erat.

'Akhirnya... akhirnya aku dapat peluk dia juga selepas sekian lama.' batin lelaki itu. Air mata lelakinya akhirnya jatuh jua.

Aku pulak secara perlahan-lahan membalas balik pelukannya itu. Sungguh. Sungguh aku sangat rindukan adik aku. Ya tuhan!

Betapa terseksanya hati ini menanggung kerinduan yang teramat. Disebabkan aku tak dapat tahan daripada menangis akhirnya turun juga air mata aku dengan lebat sekali.

Seandainya dia adalah adik aku pasti aku akan jaga sebaik mungkin dan tidak akan sesekali lepaskan dia. Seandainya adik aku masih hidup, teringin aku mahu sampaikan salam rindu dan kasih aku padanya. Seandainya dia berada dekat dengan aku pasti akan aku dakap nya dengan erat bagai tidak mahu lepas.

Done chapter 24!! Hehe sorry tau kalau chapter kali nih pendek. Apa-apapun selamat berpuasa korang!! Piss!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience