Bab 26: Are you fallen love with me?

Romance Series 9772

Puteri's pov

We know that we can't be together
But you still took me away with you

Ouhhh you are so romantic when with me
You are always protect me from danger

But, when unfortunate started to come
You were always next to me

When I cry you cry
When I happy you are also happy

When I'm sick
You care so much to me

When I feel lonely and worthless
You always cheer me on


Ouhh you are the man that I love the most
It feels so good to be with you

But I realize, we cannot to be together
It's because of my other life

While you life is different too

I can't be with you
But, once this feeling starts to love you

I can't separated with you for just a little bit

Ohhh, it really hurts when I to break up with you

But to me the most painful thing...
Is that you forgot me

Ohh I still remember our memories together
But you... forgot about it

Oh my god if he wasn't my mate
Then lose my feeling to him

Because of the pain in my heart
I cannot bear anymore

Aku menyanyi lagu dengan penuh perasaan. Tapi, aku harap sangat lirik lagu yang aku gubah ni aku tak jadi macam perempuan tu. Yang dicintai tapi last2 ditinggalkan oleh lelaki itu sendiri. Semua orang yang berada di sini hanya berseronok saja. Banyak orang yang asyik duk gelek-gelek.

Oh ya sebelum tu aku nak bagitau yang aku nyanyi kat tepi jalan ecewah lawak ja aku nyanyi kat clubbing jadi tak mustahillah kalau banyak orang asyik duk berseronok dan menari sakan. Eihh tak suke lah kat sini! Dengan suasananya yang bising lagi lah. Pastu bau arak lagi pula tu. Hmm aku harus cepat pergi daripada sini.

Kalau nak ikutkan hati aku tak maulah berada kat sini pastu menyanyi pulak tu. Lagipun ni first time aku ada kat clubbing. Cuma tulah boss kat sini paksa jugak aku nyanyi sebab katanya aku nih suara mantap lah. Nak cari orang lain payahlah. Aku nih baik hati lah apelah. Ish ada-ada je kan?!

Hahaha takpelah baik aku cau daripada sini dengan cepat. Tapi sebelum tu aku harus ambik upah dulu daripada boss aku. Takkanlah aku nak cau terus tanpa mengambil upah betui tak? Aku dengan berhati-hati pergi ke meja boss aku di mana dia dengan kawan-kawan lelakinya sedang minum arak. Mereka tengah bergelak sakan pulak tu. Bau arak menusuk ke hidung aku membuatkan aku serta-merta menutup hidung.

Aku nih dari keluarga yang baik. Malah keluarga aku tak pernah-pernah minum arak. Jangan kata minum sentuh pun tidak. Jadi sebab tulah aku dari kecik memang dilatih supaya tidak minum arak. Heran pula aku dengan diaorang asyik-asyik minum arak. Asyik-asyik minum arak. Buatlah arak tu sedap sangat. Hampeh betul!

"Ermmm boss, mana upah saya?" kata aku terus straight to the point. Hidung aku picit supaya tidak terbau arak tapi masih juga ada bau. Lepas ambik duit teruih aku mahu cau daripada sini. Tak tahanlah aku dengan orang ramai yang bising kat sini. Dah macam lembu nak beranak pulak bunyinya. Hampeh! Huhu nasib akulah terpaksa berada di sini.

"Aiyoyo inilah upahan penyanyi yang tauke upah tu? Dah lah cantik pastu pandai menyanyi pulak tu. Nih kalau dia jadi isteri saya ni mesti syok lah saya nanti." kata salah seorang kawan daripada boss aku.

Yuckie, dasar lelaki gatal! Dah lah lelaki. Pastu gatal pulak tu! Eee dah lah gatal macam ulat bulu! Eihh dia siap jilat bibir dia dengan lidah dia? Pastu sambil tengok-tengok aku. Mata pun bukan main teliti duk menjelajah kat badan aku. Siap tengok aku daripada atas hingga bawah lagi. Eihh terajang kok Alor Setiaq baru hiang tiau!

"Hahaha bukan you dah lihat persembahan dia tadi? Kalau you nak tau dia masih single lagi ma." kata boss aku. Siap dengan dialek Cina lagi.

What?!! Apasal kau dah bagitau yang aku masih single?!! Ohh kau ingat mentang-mentang aku nih penyanyi upahan kau, kau fikir kau boleh cakap macam-macam ke kat aku pasal kawan kau?! Eihh aku tak minat lah nak ada boss macam kau! Arghh silap besar aku terima tawaran dia tadi.

"Ala you nak balik dah ke? Okeylah ini bayarannya. Apa-apa nanti I call you lah ye?" kata tauke itu yang menyuakan duitnya pada aku. Serta-merta aku ambil dan selup di poket seluar track aku.

"Saye rase inilah perjumpaan terakhir kite boss. Saya tak mahulah berada di sini lagi. Jadi boss tak yahlah susah-susah mahu contact saya lagi ye?" kata aku dengan berhati-hati. Tidak mahulah terkurang ajar pulak. Lagipun dia kan dah tua. Kawannya yang tadi pun umur hampir sebaya dengan dia. Hahaha dah tua-tua tapi masih mahu menggatal!

"Ala kenapa pulak I tak boleh contact your punya phone. Lagipun you adalah penyanyi yang hebat tau? Orang ramai pun suka dengan you." kata boss aku lagi.

Oiit orang cakap orang tak mahu ada contact dengan dia lagi dia tak paham bahasa ke ape?! Eihh jangan bagi aku bagi penampar free pulak pada orang tua nih. Nanti tak pasal-pasal muka jadi senget!

"Ala biar je lah kat dia tauke. Mungkin dia tak selesa kat sini." kata kawannya yang hok si gatal tu. Mata dia asyik-asyik kerlip pada aku. Dah pasel ape dia nih! Jangan bagi aku korek biji mata tu sudah!

Belum sempat boss aku mahu kata apa. Aku dengan cepat potong percakapannya.

"Arghh lantak pilah apa-apapun yang penting saya tetap tak mau jadi penyanyi upahan boss lagi. Ada paham?!" kata aku yang sedikit terjerit. Nih kalau dia tak setuju lagi nih aku bagi penampar free terus.

Disebabkan jeritan aku ramai orang mula memandang kami. Adoii kan dah jadi perhatian orang. Kau lah ni Puteri dah pasal ape kau pi jerit tadi! Aku menampar dahi aku perlahan.

Tauke melihat aku sekilas.

"Takpe-takpe you all boleh sambung aktiviti balik ya? Perempuan ni ada sakit mental sikit sebab tulah." kata tauke tersebut kepada semua orang.

Selepas mendengar kata-kata lelaki itu terus orang ramai kembali meneruskan aktivitas mereka.

Aku menggepalkan buku lima aku. Dia cakap aku sakit mental??!! Hahaha sabor jelah. Ingat Puteri dia cakap macam tu pun sebab saja-saja ja supaya tidak menarik perhatian orang. Bukannya dia mengata kau pun.

Aku cuba pujuk hati aku. Perlahan-lahan buku lima aku terlerai.

"Baik. Kalau you cakap macam tu silakan pergi. Pintu duk kat hujung sana." kata boss tersebut dengan sinisnya. Lelaki itu menuding jari ke pintu sana.

Aku mengetap bibir mendengar dia berkata begitu. Okey fine!

Tanpa berlengah lagi aku terus pergi ke pintu. Tapi apa yang ku duga ada seseorang yang menarik perhatian aku. Dia sedang menyilangkan tangan ke dada dan menyandar bahu kiri di pintu sambil melihat aku dengan lama.

Apa? Dia? Macam mana dia boleh ada kat sini?

Belum sempat aku mahu pergi ke arahnya sekumpulan dari lelaki datang ke arah aku secara tiba-tiba. Mereka sedang menghalang jalan aku.

Kening aku bercantum melihat mereka semua.

"Wow! Ada perempuan cantik lah." kata salah seorang daripada lelaki itu.

Mereka semua memandang aku seperti mahu menelan hidup-hidup gamaknya. Aku pulak yang tak selesa.

"Marilah cik. Kita berseronok nak tak? Service awak berapa? Sebab kitaorang semua mahu merasa." kata salah seorang daripada mereka lagi. Mereka semua tengah mengelilingi aku sambil memandang aku dari atas hingga ke bawah. Ada secalit senyuman nakal daripada diaorang.

Aku membuntangkan mata dengan luas apabila sudah faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu tadi.

Apa?!! Diaorang fikir aku nih pelacur ke?!! Arghh kalau aku tak duk sini pasti semua ini takkan terjadi!!

Tapi, aku memandang semula lelaki yang berada di pintu tadi. Aku tengok dia menggepalkan tangannya dan aku tahu dia sangat marah.

Yeah, lelaki itu adalah Kyran. Jadi tak mustahillah kalau dia marah sangat.

"Woi!! Kau lepaskan perempuan nih! Sebelum aku pecahkan muka kauorang satu demi satu!" jerit Kyran. Sekarang kami pula yang menjadi perhatian orang ramai.

"Woo woo kenapa nih guys? Ada apa-apa masalah ka?" kata tauke tersebut. Yelah ini kan club dia jadi mestilah semua masalah dia kena settlekan.

Sekumpulan lelaki tadi hanya memandang antara satu sama lain. Mereka membuat isyarat supaya tidak mengganggu lagi perempuan itu.

Akhirnya sekumpulan lelaki tadi sudah bla daripada sini. Fuhh nasib! Haha takut ler tu!

Aku pulak tanpa membuang masa menarik tangan Kyran pergi daripada sini. Tauke hanya aku biarkan saja.

Selepas kami keluar dengan selamat Kyran masih menayangkan muka ketatnya itu. Ish semacam jer aku tengok muka dia nih. Dah macam orang tengah tahan berak jer gamaknya. Haha!

Aku ketawa di dalam hati.

"Ala Mr. Kyran tengah marah ke? Janganlah marah nanti cepat berkerut tau muka tu." kata aku membuat nada comel. Cuba memujuknya. Tak mo lah lihat muka ketatnya lagi.

Muka aku tayang reaksi paling comel padanya. Aku mengerdipkan mata aku berkali-kali.

Namun Kyran hanya membuat riak datar saja melihat aku. Perlahan-lahan mukanya berpaling ke arah lain. Mungkin tidak terpedaya dengan muka comel aku tadi.

Tapi ada secalit senyuman manis perlahan di hujung bibir Kyran. Dia berpaling ke arah lain pun supaya Puteri tidak tahu yang dia sekarang sedang tersenyum.

'Ouhh Puteri kenapalah kau buat muka macam tu? Geram jer aku tengok. Fuhh nasib dia tak nampak aku tersenyum tadi.' batin Kyran.

Aku pulak dah buntu mahu pujuk dia macam mana. Haih kalau tidak selalunya kalau aku buat muka comel dia selalu cair kenapa hari ni tidak pulak? Hmm kena buat sesuatu nih.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal seketika cuba berfikir macam mana mahu pujuk dia. Haha merajuk macam budak-budak pula dia nih.

"Ala kenapa muka masyam semacam jer? Hmm?" kata aku yang memegang kedua-dua pipinya supaya dia melihat aku.

Kyran terkebil-kebil seketika melihat aku. Mungkin tidak sangka aku akan memegang mukanya.

Melihat Kyran yang hanya berdiam diri saja aku melepaskan semula tangan aku di mukanya.

"Hmm takpelah kalau awak tak mahu cakap dengan saya. Saya pergi dululah." kata aku yang hanya memandang bawah saja. Aku perlahan-lahan membelakanginya dan melangkah satu demi satu tapak ke hadapan pergi daripada sini.

Tapi, Kyran dengan cepat memegang tangan aku dan menarik aku ke dalam dakapannya.

Aku pulak tercengang apabila sedar-sedar jer terus berada dalam dakapannya.

"Tolong jangan pergi Puteri. Maafkan saya sebab saya berlakuan macam budak-budak tadi. Tolong jangan merajuk please?" kata Kyran memeluk aku dengan erat. Dia memejamkan mata. Perasaan bersalah perlahan-lahan datang menerpa ke hatinya.

Aku pulak hanya tersenyum saja biarpun Kyran tidak dapat melihat senyuman aku.

"Takpe, saya tak merajuk pun. Jangan risau ya?" kata aku yang membalas pelukannya.

"Betui nih?" kata Kyran meminta kepastian.

Aku meleraikan pelukan kami.

"Ya betui. Ke....awak yang mahu saya merajuk nih?" kata aku mengecilkan mata melihatnya.

Kyran menjentik perlahan dahi aku.

"Auch! Sakitlah." aku memegang dahi aku. Fuhh nasib tak benjol sebijik! Kalau tidak aku bagi tumbukan sebijik baru tahu.

"Sakit tak sakit saya mahu tanya awak. Apasal tadi awak pergi ke club? Awak tahu kan kat dalam bahaya?" kata Kyran menyilangkan tangan ke dada. Matanya tepat memandang aku.

"Ala awak kan tahu saya ni bekerja sebagai penyanyi upahan. Jadi ada orang upah saya untuk nyanyi kat tempat sinilah. Orang tu paksa saya jadi nak buat macam mana saya terpaksa setuju je lah untuk menyanyi kat sini." kata aku membuat muka selamba badak.

"Haah awak pulak kenapa boleh ada kat sini? Awak ekori saya sampai sini eh?" kata aku menuding jari padanya. Aku mengecilkan mata melihat dia.

Kyran hanya beriak biasa saja.

"Taklah, saya tak ekori awak pun. Perasan jer lebih." kata Kyran tersenyum sinis. Saja mahu membuat aku sakit hati lah tu!

"Hek eleh, habis tu macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini? Ha ha jawablah." kata aku menggerakkan kening berkali-kali.

"Farah. Kawan kita. Dialah yang bagitau kat saya." kata Kyran cukup membuatkan aku sedikit terkejut.

"Awak dah jumpa dengan dia?" kata aku.

"Yupp, dan kalau awak nak tahu dia bekerja dengan saya tahu tak?"

"Bekerja dengan awak? Macam mana boleh..."

"Panjang ceritanya." kata Kyran memotong percakapan aku.

"Pendekkanlah cerita." kata aku yang tidak puas hati dengan jawapannya.

"Jomlah kita pergi ke tempat lain. Nanti saya cerita kat awak." kata Kyran.

"Janji?" kata aku menghulurkan jari kelingking.

"Yupp janji." kata Kyran yang menyambungkan jari kelingking aku dan juga jari kelingkingnya.

"Ha macam tulah." kata aku yang tersenyum manis padanya.

Kyran tergeleng-geleng kepala seketika. Perlahan-lahan dia mencarik senyuman manis pada aku.

"Ermmm kita sekarang ni nak pergi ke kereta awak ke?" kata aku yang menoleh kepala melihatnya. Kami sedang berjalan-jalan sekarang ni.

"Ha'aa tu kereta saya dah nak sampai dah." kata Kyran yang menuding jari ke arah keretanya.

"Eh-eh jap." kata aku yang memegang kedua-dua lengannya supaya berhenti. Badannya aku toleh ke arah aku.

Kyran pula sedikit terkejut. Dia memandang tangan aku yang berada di kedua-dua lengannya.

Opss! Patutlah dia tengok semacam tadi rupa-rupanya tangan aku masih memegang lengannya.

Serta merta aku melepaskan pegangan aku di lengannya.

"Hehehe sorry-sorry." kata aku yang mengangkat kedua-dua tangan aku.

"Kenapa tadi berhenti? Awak tak sudi ikut saya ke? Hmm?" kata Kyran yang mencelupkan kedua-dua tangan ke dalam poket seluar. Dia memandang wajah aku dengan tepat.

"Ehehehe, bukan apa..awak cakap kita nak pergi ke suatu tempat kan. Tapi kita nak pergi mana?" kata aku yang menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tersengih-sengih padanya. Haih kenapalah kau banyak sangat tanya dia Puteri oii.

'This girl... memang comel betul. Aku harap sangat perempuan yang berada kat hadapan aku nih akan jadi milik aku selama-lamanya. Aku berani janji takkan biarkan seorang lelaki pun yang mengambilnya dari aku sampailah aku mati. Akan aku jamin itu.' batin Kyran.

Melihat Kyran yang asyik melihat aku sambil tersenyum membuatkan kening aku bercantum. Hahaha muka aku nih cantik sangat ke sampai dia pandang aku macam tu? Haha pandang macam nak tembus otak jer gamaknya.

"Kyran..Oh encik Kyran. Dah pergi ke London ke tu?" kata aku yang melambai-lambai ke mukanya.

"Ha? Apedia?" kata Kyran yang sudah tersedar dari lamunannya.

Hahaha sedar pun!

"Awak ni..time nih jugak lah nak melamun. Tadi, kite panggil kenapa tak sahut?" kata aku yang menyilangkan tangan ke dada. Kening aku angkat sebelah padanya.

"Hahaha takde melamun apelah cuma duk fikir tentang cerita kartun Ninja Turtles je tadi. Bilanya nak main episod terbaru." kata Kyran tersengih-sengih. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hahaha serius arhh awak pun minat kartun? Samelah dengan kite jugak." kata aku yang menumbuk bahunya perlahan.

"Hahaha iya?" kata Kyran yang ketawa kecil.

"Yupp, oh ya awak tak jawab pun soalan saya tadi. Sebenarnya kita nak pergi mana nih?" kata aku.

"Ouhh secret ler. Mana boleh bagitau." kata Kyran yang mencuit hidung aku sekilas. Bibirnya tidak henti-henti menguntum senyuman.

"Hmm secret lah sangat." kata aku membuat muka bosan.

"Ala janganlah merajuk sayang, nanti awak tahulah tempat itu kat mana lepas kita pergi sana." kata Kyran.

Sayang? Uish aku salah dengar ka? Aku memegang dada aku perlahan. Entahlah ada suatu perasaan yang hadir dalam hati aku. Cuma aku tak pasti perasaan apakah itu?

"Apa? Awak panggil saya sayang?" kata aku yang menuding jari ke arah diri sendiri.

"Ha'aa sayang. Kenapa? Saya tak boleh panggil awak macam tu?" kata Kyran yang menyilangkan tangan ke dada. Dia mendekatkan mukanya ke arah aku.

"Ha? Bb..bukan apa cuma kite r.rasa peliklah." kata aku. Serta-merta aku tutup mulut. Aihh bila masa aku ada penyakit gagap ni?

Kyran ketawa kecil.

"Hahaha Puteri... Puteri...ke awak yang dah jatuh hati dengan saya nih? Hmm?" kata Kyran.

Adoii awatlah dia duduk dekat sangat dengan aku nih?

"Hahaha saya? Jatuh hati dengan awak? Memang taklah. Lagi satu apasal awak duk dekat sangat dengan saya nih?" kata aku.

Aku menolak dadanya perlahan supaya dia menjauhi jarak sikit daripada aku. Haihh cik jantung. Kau jangan nak berdegup sakan eh? Dah lah aku nih ada asma. Aku memegang dada aku yang berdebar. Tolonglah jangan berdebar... Berhentilah.

"Hmm jomlah kite dah lewat nih." kata Kyran. Aku tengok muka dia sedikit kecewa. Dah tak tersenyum seperti tadi.

"Haah jom." kata aku. Dada aku pulak sudah tidak berdebar.

'Haihh jarang aku dapat perempuan macam kau nih Puteri. Sungguh keras hati kau untuk kau jatuh hati pada aku. Kalau suatu hari aku tak dapat kau lelaki lain pun takkan dapat kau juga Puteri. Itu janji aku.' batin Kyran.

***********
Sam Jackson pov

Huh sekarang nih aku dengan geng-geng aku berada di hadapan boss aku. Habis mengamuk dia dibuatnya lepas aku gagal laksanakan misi.

Aku dengan wajah tenang hanya hadap saja kemarahannya.

"Huh kata ini Sam Jackson lah yang tak pernah gagal lah apelah. Tengok-tengok gagal juga misi korang! Aku mintak suruh culik perempuan tu je pun apa yang susah sangat ha?!! Bukannya aku suruh kauorang lari 100 meter sampai sejam pun! Benda macam ni pun boleh gagal! Huh kata ni kerja senang lah dengan hanya petik jari boleh settle lah apelah! Tengok-tengok habuk pun takde! Mana bakat korang selama nih? Dah hilang? Huh sia-sia jer aku ambik korang jadi upahan aku!! Aku fikir korang akan berjaya rupa-rupanya tidak! Habis musnahlah harapan aku untuk culik perempuan tu nanti! Ha itu pun tak boleh fikir ke?!" kata perempuan itu a.k.a boss aku.

Aku memasukkan kedua-dua jari telunjuk aku ke telinga. Suara dia...mak aihh kuat macam mikrofon! Haihh tak pasal-pasal aku kena dengar bebelan dia. Asyik-asyik membebel..asyik-asyik membebel. Macam mak nenek jer perempuan nih.

"Dah habis marah?" kata aku.

Perempuan itu tidak berkata apa sebaliknya hanya jelingan saja yang diberikannya pada aku. Nampaknya marah bebeno dia pada aku.

Habis turun naik dada perempuan tu. Mungkin penat sebab membebel tak henti-henti tadi. Tulaah membebel lagi macam mak nenek kan dah penat! Aku ketawa di dalam hati.

"Ala apa susah kita culik perempuan tu malam nih pulak la kalau rancangan kita semalam tak jadi. Lagipun semalam ada orang selamatkan dia mungkin malam nih sudah tidak ada dah untuk orang selamatkan dia. Semalam nasib dia bertuah mungkin malam nih nasib dia malang. Kite tak tahu." kata aku cuba memujuk boss aku.

"Cakap senanglah! Masalahnya macam mana nak buat dia keluar daripada sangkar dia tu? Tikus kalau dah tahu akan ada ular yang mahu mengancamnya mestilah dia akan lebih berhati-hati. " kata perempuan itu.

"Tapi tikus juga bila-bila masa saja pasti akan dimakan juga. Kalau bukan ular yang makan mesti akan ada haiwan pemangsa lain juga yang akan makan betui tak? Tapi, ular kan selalunya bijak dan tangkas jadi tak kiralah sehebat mana tikus tu lari ular pasti akan guna teknik menyamar juga. Kalau dah dekat dengan tikus tu pasti dia akan terus menyambar." kata aku.

"Hmm maksud kau kita kena guna rancangan lain?"

"Yupp, ape kata kita cederakan perempuan itu. Gunalah apa cara sekalipun asalkan dia rasa disakiti, dikecewakan, diabaikan atau dimalukan. Boss kata nak buat hidup perempuan itu sengsara dulu pastu barulah bunuh kan? Jadi, buat apa kita nak culik dia. Kita kan ada banyak taktik untuk sakitkan perempuan itu. Betui tak?" kata aku tersenyum sinis.

Perempuan itu memetik jari seketika. Senyumannya kembali lebar.

"Ha'aa lah! Bijak sungguh kata-kata kau! Kenapa lah aku terfikir nak buat macam tu selama nih. Hahaha apa-apapun aku tarik balik kata-kata aku tadi. Kau memang boleh diharap betul! Memang berbaloilah aku upah kau Jack." kata perempuan itu yang menepuk-nepuk bahu aku.

Aku hanya tersenyum sinis saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience