Bab 1: New school

Romance Series 9772

Nama aku adalah Puteri Ilynia. Aku hanya dibesarkan oleh aunty aku. Ibu dan ayah aku pulak dah lama meninggalkan sejak aku kecil. Aku juga boleh dikatakan kekurangan kasih sayang antara ibu bapa aku. Aku teringin sangat mahu merasakan nikmat berkasih sayang dengan orang yang kita sayang tapi aku? Aku hanyalah dapat meraih kasih sayang terhadap aunty aku.

Aku sentiasa anggap aunty aku sebagai ibu kandung aku sendiri. Aunty aku nih berasal daripada keluarga belah ibu dan hanya dialah yang paling aku rapat. Lagipun dia keseorangan sejak kehilangan suaminya dan tidak mempunyai anak jadi akulah yang akan dia anggap sebagai anak sendiri. Huhu sahih kan?

Okay sekarang nih aku dalam perjalanan untuk ke sekolah baru aku. Disebabkan aku pandai dalam semua pelajaran aunty aku mahu aku bersekolah di tempat yang pandai lagipun sekolah ni dekat dengan rumah kitaorang. Dengar cerita lah kan sekolah tu ada banyak lelaki dan perempuan yang handsome dan cantik belaka.

Tapi kalau orang cantik dan handsome tu mesti kaya kan dan kalau orang kaya tu mesti sombong kan tapi orang kata apa tah 'Don't just a book by it's cover' so tak semuanya orang macam tu.

Tapi kan... agak-agaknya ada ke orang yang sudi mahu kawan dengan aku yang tak berapa cantik dan sederhana nih. Oh my!!.. Sanggupkah aku untuk hadapi dalam kesunyian dan kesepian.

Ceh buat drama pula. Aku tak kisah jer sunyi ke sepi ke bagi aku besa jer sebab perkara dua tu dah menjadi sebahagian daripada hidup aku.

"Okay, dear, we've arrived to your news school!! Are you ready dear to start a new life with new school?" kata aunty aku iaitu Anis. Lagipun aunty aku still awet muda lagi. Dan sekarang dia cuba bagi semangat pada aku.

Padahal aku langsung tak bersemangat langsung malah tak sudi pun nak bersemangat.

"Yeah aunty,I am ready takpelah aunty Puteri pergi masuk sekolah dulu nanti lambat pulak.

"Hmm yelah, Puteri nanti hati-hati tau dekat sekolah nanti, kalau ada orang buli Puteri, bagitau je kat aunty nanti aunty tumbuk-tumbuk dia."

"Hehehe, hmm yelah Puteri akan ingat pesanan aunty."

Aunty aku nih sayang betui kat aku. Dia bagitau aku supaya hati-hati macam aku nak pi berperang pulak bawa senjata.

Selepas itu aku salam dengan aunty aku dan berpeluk dahulu.

Kini, aku terpacak betul-betul di hadapan pagar sekolah yang bagi aku sangatlah besar dan aku yakin mewah. Aku mengeluh seketika.

Sedang aku ralit memerhatikan sekolah yang tersergam indah ni, tiba-tiba ada suatu suara yang memang aku tak kenal di belakang aku.

"Ehemm, boleh kau tepi sikit tak? Kau menghalang jalan aku nak lalu lah."

Ceh dia tegur aku sebab tu ke? Suka- suki nenek dia je kan arah orang, yang tepi jalan aku nih yang sangat luas dan bukan main banyak ruang kat sini jugak nak lalu. Hampeh betuilah.

Lelaki itu memandang aku dari atas hingga ke bawah. Dah pasai pa dia nih!

'Hmm budak kat hadapan aku nih rupanya budak baru. Huh! Silap besar hari nih dia terserempak dengan aku.' batin lelaki itu tersenyum sinis.

"Oii budak! Kau tak faham ke maksud aku? Aku kata tepi tepilah orang nak lalu pun tak boleh lah."

What?! Kau panggil aku budak eh? Habis tu kau tu dewasa sangat ke? Eihh tak boleh jadi nih!

"Hey you! Jalan nih punyalah sangat besar lagi kau nak salahkan aku yang lalu jalan nih? Kau fikir jalan nih mak bapak kau punya ke?!" kata aku menuding jari betui-betui di hadapan mukanya. Arghh! Aku dah tak boleh sabar dengan dia lagi. Dasar pemalas!

Pelajar yang menggunakan jalan yang sama untuk ke sekolah turut memandang mereka berdua. Eihh ternganga mulut pulak tu!

Amboi cik kak dan abang semua kenapa tak boleh nganga luas lagi mulut tu macam mulut buaya yang akan menunggu mangsanya? Ceh hampeh betul!

Orang yang di hadapan aku nih aku rasakan sedikit tersentap dengan kata-kata aku. Baru padan dengan muka engko.

Sebelum dia berkata apa, terus aku pecut lari 200 meter meninggalkannya begitu saja tanpa menoleh ke belakang. Bukan kerana takut dengan dia okey! Cuma aku malas nak bergaduh dengan dia. Bukannya dapat faedah pun dapat buang masa aku dan buat pagi aku tak indah adalah!

"Huh...huh akhirnya berjaya jugak aku lepaskan diri daripada dia." kata aku tercungap-cungap. Aku mengambil udara oksigen sedalam-dalamnya. Fuhh! Akhirnya nafas dapat aku stabilkan semula. Almaklumlah aku ada asma.

"Aduih jalan nak pi pejabat kat sekolah ni kat mana pula, nanti lambat pula nak masuk kelas." kata aku seorang diri. Aku garu kepala aku yang tidak gatal.

Akhirnya aku memilih untuk bertanya pada seorang pelajar perempuan cantik yang kebetulan berada di hadapan aku.

"Ermmm saya nak tanya. Pejabat kat sekolah nih kat mana ya sebab saya new student kat sini." kata aku. Aku lihat name tag di bajunya adalah Farah.

"Ouhh budak baru, awak boleh belok ke kiri dan terus lagi, hah itulah pejabatnya." kata Farah menghadiahkan senyuman manis kepada aku, aku turut membalas balik senyuman darinya.

"Terima kasih banyak-banyak yer. Saya pergi dulu."

"Hah sama-sama."

'Ouhh she so cute! Tapi nama dia siapa eh.' batin Farah.

Aku pun ikut jalan seperti yang diberitahu oleh Farah. Dan akhirnya aku lihat pejabat guru nih sangat mewah dan besar.

Aku masuk ke dalam pejabat di mana guru yang akan menguruskan keperluan aku nanti.

Tiba-tiba ada seorang guru yang datang kepada aku dengan pemakaian yang cantik.

"Ermmm kamu Puteri Ilynia kan, yang budak baru yang akan transfer kat sekolah ni?"

"Ye saya, cikgu."

"Ouhh nama saya cikgu Bella, dan saya akan menguruskan keperluan kamu nanti."

"Di sini ada kertas yang tertulis tingkat dan kedudukan kelas kamu nanti, dan di sini saya sudah menyediakan baju uniform untuk kamu, nanti sebelum masuk kelas kamu perlu tukarkan baju kamu dengan baju ni, sebab sekolah ni menyediakan baju uniform sekolah untuk setiap pelajar." kata Cikgu Bella lagi.

Ternyata baju uniform sekolah ni berlainan daripada sekolah lain, wow interesting!

"Cikgu kalau takde apa-apa saya pergi dulu." Belum sempat aku mahu pergi, cikgu Bella sudah memanggil aku.

"Eh tunggu! ni kunci untuk loker kamu di sekolah ni dan kertas yang saya bagi tu dah tertulis nombor untuk loker kamu nanti."

"Ouhhh terima kasih cikgu." aku menyambut kunci loker aku yang berada di tangan cikgu itu.

Sepanjang perjalanan untuk ke tandas menyalin pakaianku, sempat aku ralit memerhatikan sekolah yang sangat besar, kat luar pun dah nampak macam istana apatah lagi kat dalam kan.

Patutlah aunty aku beria-ia memujuk aku untuk transfer sekolah nih. Mesti kat tandas nanti bersih giler.

Selepas beberapa minit menyalin pakaian, aku melihat diri aku di cermin yang memakai uniform paras lutut dan siap ada reben lagi dekat leher aku. Series baju depa power giler.

Pakaian yang aku pakai tadi diletakkan di dalam bag. Now! Get ready for my new class! Huh harap-harap jelah bukan si pemalas yang aku jumpa tadi tu.

Akhirnya selepas banyak mendaki tangga untuk mencari kelas, sampai jugak ke kelas aku. Aku lihat nama kelas ini adalah 4 Diamond.

Oh tidak!! Mereka sedang belajar lah, hmm mesti aku kena perkenalkan diri aku nih dah lah aku ni pemalu takpe Puteri, tarik nafas... hembus. Tarik nafas hembus... You can do it, Puteri!!

Aku mengetuk terlebih dahulu pintu kelas aku sebelum masuk. Selepas guru tersebut memberi arahan aku masuk dalam kelas aku dan...

Yupp betui cakap aku semua orang pandang aku dan saling berbisik antara satu sama lain. Oh my!! Aku lihat banyak reaksi-reaksi pelajar di kelas aku nih, ada yang buat muka kagum, ada yang buat muka terkejut, ada yang muka cemburu dan ada yang buat muka datar.

"Okay class! kita ada pelajar baru! Sila perkenalkan diri kamu terlebih dahulu."

Aku cuba untuk menenangkan diri aku dulu sebelum perkenalkan diri.

"Hai! Nama saya Puteri Ilynia! Boleh panggil saya Puteri saja." selepas aku berkata begitu maka riuh lah suara pelajar dalam kelas aku nih. Entah yang dibincangkan aku pun tak tahu.

"Attention class!! Please shut up your mouth! " kata guru tersebut dengan tegas. Akhirnya kelas menjadi sepi dan tidak bising. Haha tahu pun takut!

"Okay Puteri! Nama saya adalah Teacher Merry, kamu boleh duduk di sebelah Kyran, Kyran! Sila angkat tangan kamu."

Dengan angkuhnya dia mengangkat tangan. Eh jap2 tu bukan ke.... Oh tidak!! Takdir apakah ini, disebabkan dia aku dah hilang mood untuk belajar.

Aku duduk bersebelahan dengan meja dia. Fuhhh muka bukan main serius lagi. Takde secalit senyuman pun.Aku rasa kalau kucing nampak muka dia nih mesti dia lari terkontang-kanting. Haha!

Ceh aku tengok dia langsung tak tengok muka aku apa aku tak cukup cantik ke. Ish merepek arhh kau nih Puteri. Dan satu lagi dia asyik termenung kat luar tingkap. Almaklumlah meja dia kat tepi tingkap. Bukan cikgu jer dia tak tengok sangat aku nih dia langsung tak pandang agak-agaknya dia tahu tak yang akulah marah dia pagi tadi.

Sepanjang masa belajar, aku hanya tumpukan apa yang cikgu ajar kat depan sehinggalah tiba waktu rehat.

Aku menoleh ke kiri untuk melihat si dia sama ada dia masih bernafas ataupun tidak. Kut2 lah dah mati ke.

Aku tengok lelaki tu sedang baring di atas meja membelakangi aku. Lengannya menjadi bantal di atas kepala lelaki itu.

Memang patut pun aku panggil dia pemalas!

Aku mendekatkan jarak aku sedikit dengan dia melihat sama ada dia tidur ataupun tidak. Tetapi lain pulak yang terjadi.

Dia tiba-tiba menolehkan kepala berhadapan betui-betui di muka aku dalam keadaan mata yang tertutup.

Fuhh nasib baik tak tercabut jantung aku!

Apabila lelaki itu sedang elok memejamkan mata di atas meja serentak itu dia membuka mata. Mungkin dia merasakan ada orang yang berada dekat dengan dia.

Aku pula yang melihat lelaki itu membuka mata secara tiba-tiba lagilah terkejut sakan.

Apatah lagi kedudukan kami yang dekat. Kami berdua berpandangan sebentar sebelum aku menjarakkan jarak sedikit antara kami berdua.

'Dia nih nak ambik kesempatan kat aku ke apedia.' batin Kyran.

"Maaf ye awak, saya tak bermaksud nak dekat dengan awak tadi cuma saya mahu bangunkan awak untuk bagitau yang sekarang nih dah masuk waktu rehat. Kalau macam tu saya pergi dulu lah ye."

Belum sempat Kyran menjawab apa aku sudah lesap di depan mata.

'What?!! Adakah tu perempuan yang malukan aku tadi? Kurang ajar kau perempuan! Takpe, takpe kau tunggu. Berani saja kau malukan Kyran Andrew depan orang ramai, huh!' batin Kyran mengenggam buku limanya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience