Bab 10: You are not understand

Romance Series 9772

Aku tak tahu apa itu erti cinta antara pasangan kekasih. Yang ku tahu cinta itu adalah buta dan pahit. Aku tak percaya pada namanya cinta kerana takut untuk merasa mencintai dan dicintai.

Aku sudah kehilangan ibu bapaku dan itu sudah membuatkan aku terasa betul-betul kehilangan, betul-betul sedih dan sakitnya apabila merasai kehilangan. Disebabkan itu, aku menjadi takut untuk mencintai dan menyayangi.

Dan aku hanya mempunyai aunty dan kawan aku sahaja iaitu Farah yang aku sangat sayangi. Aku harap sangat tuhan tidak mengambil mereka berdua dari aku.

Tetapi hari ini aku telah mendengar perkataan yang tak patut aku dengar sama sekali iaitu perkataan cinta.

"Kyran, mari ikut saya sekejap." kata aku menarik tangannya pergi ke tempat yang lebih jauh daripada orang ramai.

"Farah, saya mintak maaf tapi saya harus pergi. Ada sesuatu yang saya harus settlekan dengan dia nih." Sebelum itu sebab aku tinggalkan pesanan untuk kawan aku yang sorang ni dan terus pergi meninggalkannya.

'Hmm, kenapa muka dan nada kawan aku ni macam serius jer. Aku harap sangat takde apa yang buruk berlaku pada kawan aku yang sorang nih.' batin Farah sedikit risau.

Selepas aku yakin tempat ini betul-betul tiada orang baru lah aku boleh bercakap dengan dia. Aku melepaskan tangan aku yang memegang lengan dia.

Aku menyilangkan tangan ke dadaku dan menikam ke dalam anak matanya yang berwarna coklat cair.

"Boleh awak ulang kan sekali lagi apa yang awak kata kat saya tadi?" kata aku dengan angkuhnya.

"Okey, aku akan bagitau kau dengan jelas sekali lagi. Aku yang bernama Kyran Andrew buat pertama kalinya sudah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berjaya mencuit hati aku dalam diam. Perempuan itu adalah orang yang berada di hadapan aku sekarang ini." kata Kyran jelas dan padat.

Aku sangat terkejut apa yang dikatakannya itu. Aku menggelengkan kepala berkali-kali.

"Tapi kenapa saya? Kenapa saya yang awak harus cintai? Saya bahkan tak layak untuk di cintai dan disayangi. Hanya orang tertentu sahaja. Awak tolong cakap dengan saya kenapa awak dengan cepatnya boleh jatuh cinta dengan saya padahal kita dua baru kenal saja. Kenapa? Disebabkan wajah saya yang cantik ini awak dengan senangnya jatuh cinta dengan saya, am I right?" kata aku dengan sinisnya.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arahnya. Seperti tapak yang aku jalan seperti itulah jantung aku berdegup. Aku mendekatkan diriku dengannya.

Saja, saja aku mahu membuat lelaki itu takut dengan aku iaitu dengan cara mendekati. Tetapi tekaan aku meleset malah Kyran lagi mendekatkan jarak antara kami berdua walaupun jantungnya sudah rasa mahu terlompat keluar.

" Kau salah Puteri salah sama sekali aku bukannya jatuh cinta dengan perempuan bukan disebabkan rupa parasnya. Kau tahu Puteri hanya kau sorang sahaja yang boleh mencuit hati aku bahkan perempuan lain yang lebih cantik daripada kau tidak mampu mencuit hati aku walaupun sedikit. Hanya kau Puteri, disebabkan kelakuan dan karenah kau tidak semena-mena membuatkan hati aku tercuit, tapi kenapa aku tengok kau seperti tak suka dengan aku? Aku boleh berubah Puteri, aku mahu buat masa ini kau tolong lah jadi milik aku." kata Kyran. Dia memegang dagu aku supaya memandangnya.

Tidak semena-mena air mata aku jatuh mengalir laju di pipi. Yeah aku tak dapat tahan lagi daripada menangis. Dan itu berjaya membuat air mata aku jatuh ke tangan lelaki itu.

Kyran tersentak kerana tidak menyangka bahawa Puteri menangis disebabkan kata-katanya padahal dia tidak menyakitkan hati perempuan itu langsung. Takkan terharu dengan kata-katanya pulak.

Kyran melihat tangannya yang terkena air mata aku dan automatik kepalanya memandang aku yang juga memandangnya dengan muka yang telah dibasahi oleh air mata.

"Awak tak faham saya Kyran dan awak langsung takkan faham apa yang saya dah alami." kata aku dengan nada yang kendur.

"Cuba kau bagitau kat aku apa yang aku tak faham pasal kau dan .......dan kenapa kau tak boleh terima aku?" Dia memegang kedua-dua belah bahu aku dengan erat.

'Apa yang sebenarnya berlaku pada kau Puteri?' batin Kyran.

"Awak tak tahu jalan hidup perit saya macam mana. Disebabkan perkara itu, saya masih takkan lupakan dan perkara itu asyik menghantui saya. Saya pernah hampir untuk melupakan perkara itu tetapi sebaik sahaja saya mahu melupakan dan menjalani hidup saya dengan baik tetapi tiba-tiba perkara itu datang balik menghantui hidup saya." aku memandang Kyran dengan mata yang redup. Untuk keberapa kalinya aku air mata aku jatuh.

" Daripada mata awak yang saya lihat adalah kesakitan, ketakutan dan kerisauan. Saya lihat awak takut untuk mencintai orang. Am I right Puteri?" Dia mengelap air mata Puteri. Dah hilang dah ber aku kau kini panggilan bertukar menjadi ber awak saya.

Aku terkejut disebabkan apa yang Kyran cakap itu memang betul. Lama mereka berpandangan sebelum aku mahu berganjak pergi daripada situ.

"Awak mahu pergi mana Puteri?!" jerit Kyran di belakang aku.

"Saya nak balik. Dan stop jangan ikut saya, biarkan saya seorang diri." aku hanya mengangkat tangan tanda stop supaya Kyran tidak mengikut aku. Aku langsung tidak menoleh sedikit pun untuk melihat Kyran kerana sekarang ni aku sedang menahan perasaan sendiri.

Aku berjalan perlahan-lahan untuk ke rumah dan sepanjang perjalanan aku asyik menangis teresak-esak. Ya, aku lemah, aku terlalu lemah dan letih dengan semua ini.

Tiba-tiba guruh berdentum kuat dan turunlah hujan dengan lebatnya. Aku jugak dengan cepatnya mengalir air mata, tidak henti-henti aku menangis meratapi nasib aku selama ini. Habis mata aku sembab dan merah akibat menangis.

Aku tidak tahu kenapa aku terlalu sedih mungkin disebabkan kisah silam yang tidak mampu untuk aku lupakan sampailah bila-bila.

Habis pakaian aku lencun akibat hujan yang menimpanya.

"Hiks.....Hiks kenapa hati aku terlalu sakit dan pedih. Ya tuhan kenapa perkara itu asyik-asyik berlegar dalam fikiranku. Aku terasa.......aku terasa badanku sangat lemah." Sekarang ini akz berasa badan aku sangat lemah. Aku terasa sungguh sakit hati ini seperti kejadian itu baru sahaja berlaku padahal sudah beberapa tahun kejadian itu berlalu.

Aku menekan-nekan dada aku berkali-kali. Jantung aku berasa sesak. Ya, aku harus cepat balik dan makan ubat.

***************

Aunty's pov

Aku lihat Puteri hanya melihat televisyen di ruang tamu dengan pandangan yang kosong. Aku dapat tahu yang hanya jasad dia saja yang berada di sini tetapi otak asyik termenung sampai ke laut.

Ya, dia asyik termenung sampai tak sedar dirinya berada bersebelahan dengan dia.

"Puteri, kenapa termenung ni dah sampai ke London ke?" aku menepuk perlahan bahunya dan hal itu berjaya membuatkan dia tersentak. Orang yang jauh mengelamun mana taknya tersentak. Agak-agaknya nak tenung tv tu macam nak masuk dalam tv terus kut. Kena bertindak cepat nih takut nanti termengelamun lebih jauh tak ke susah nanti nak sedar dari realiti.

"Oii mak kau hantu ke London!" melatah Puteri.

" Aunty! Terkejut Puteri tau! aunty dah berapa lama dok sini awat Puteri tak sedar pun?"

"Bertuah punya budak! Mestilah kamu tak perasan aunty dok sini kamu kan asyik mengelamun sampai nak tertembus tv tu nasib tv tu bukan macam belon kalau tidak dah lama pecah dek tenungan kamu tu Puteri oii."

"Aunty dah lama perhatikan kamu Puteri kenapa sejak balik daripada hujan tadi kamu jadi termenung? Kamu sakit ke Puteri? Penyakit kamu datang balik?"

'Aduih patuit ke aku berterus-terang? Ala berterus-terang je lah benda ni bukan boleh dibawa main.' batin Puteri.

"Aunty Puteri mintak maaf tapi kejadian tu masih berada dalam ingatan Puteri malah setiap malam asyik menghantui Puteri dan hal itu..."

"Dan hal itu membuatkan penyakit Puteri datang balik?"

"Ye aunty." Aku lihat muka dia seperti muram dan hanya tunduk ke bawah. Haih ni tak boleh jadi nih.

Hisy patutlah aku tengok dia lepas balik tadi bukan main pucat lepastu dengan hujan lagi yang lebat. Kalau bukan disebabkan dia yang bagitau mahu balik sendiri waktu last minit mesti aku dah ambik dia daripada sekolah.

"Puteri?" aku mengangkat dagunya untuk melihat aku.

"Ye?"

"Kita pergi ke tempat asal kita, I mean Filipina, nak tak?" kata aku dengan lembut.

"Tapi Puteri kan baru saja pindah sekolah lagipun kita nak buat apa kat sana?"

"Takpe pasal sekolah Puteri biar aunty yang uruskan lagipun Puteri tak sihat kan jadi aunty nak bawak Puteri berubat kat doktor yang lebih pakar kat sana."

"Tapi kat sini Puteri jugak boleh berubat dengan doktor pakar." kata Puteri yang tidak mengalah. Entahlah dia rasa sayang nak tinggalkan sekolah baru dia. Lagipun dia ada kawan yang baik, mesti Farah sedih kalau dia dapat tahu yang Puteri nak pergi jauh.

"Sayang, lama kita tak pergi ke tempat tanah air kita, aunty bukan apa tapi aunty baru dapat call daripada seseorang yang aunty perlu ada kat sana kerana ada hal mustahak yang memerlukan aunty nanti jadi kita kena pergi sana jugak, Puteri tak kisah kan, sayang?" aku membelai rambut panjang Puteri. Sungguh aku sangat sayang pada dia walaupun dia hanya anak buah aku tapi aku anggap dia seperti anak aku sendiri.

"Hmm takpe lah aunty kalau cakap macam tu Puteri akan ikut jer semua rancangan aunty." kata Puteri mengalah.

"Betui nih Puteri setuju dengan cadangan aunty?"

"Betul aunty."

Selepas dia berkata begitu terus aku memeluknya dengan teruja, mana taknya aku dah lama tak visit ke sana iaitu tempat di mana Puteri dilahirkan.

Puteri jugak membalas pelukan aunty nya.

'Maafkan aku Farah sebab kena pergi jauh daripada kau mesti kau sedih kan aku nak pergi.' batin Puteri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience