Bab 28: Hospital

Romance Series 9772

"Bertahan Kyran...please..demi saya. Awak kena hidup tau..nanti kalau tak macam mana saya mahu bersembang dan bersemuka dengan awak lagi. Saya tahu awak pasti kuat Kyran.." kata aku.

Air mata yang menitis ke pipi aku kesat dengan kasar. Mata aku tak berkelip memandang dirinya yang diusung untuk ke bilik pembedahan. Aku turut berada di sampingnya sambil memegang sebelah tangannya. Ya sekarang nih dia sudah berada di hospital. Dan matanya masih tertutup rapat.

Akhirnya sudah sampai ke bilik pembedahan kecemasan. Aku tak boleh menemaninya.

Perlahan-lahan tangan aku yang berpaut pada tangannya mahu terlerai. Akhirnya doktor membawanya pergi ke bilik pembedahan. Serta-merta air mata aku jatuh. Adakah Kyran masih dapat peluang untuk hidup? Walaupun keadaannya seperti tadi?

'Saya tunggu awak Kyran..Saya akan tunggu..'

Serta-merta aku duduk di atas kerusi. Aku membengkok badan aku sedikit dan menutup muka aku. Akhirnya keluarlah tangisan aku di situ juga. Darah kering di tangan aku biarkan saja dan juga baju aku yang berlumuran darah Kyran.

Tiba-tiba aku merasakan ada suatu tangan yang memegang bahu aku. Aku tidak mendongak memandangnya kerana aku tahu dia adalah lelaki si penyelamat aku tadi.

"Awak... Berhentilah nangis..Awak nak air? Saya boleh belikan." kata lelaki itu pada aku.

Perlahan-lahan aku mendongak memandangnya. Mata aku sudah sembab akibat terlalu banyak menangis. Air mata masih berada di tubir mata aku. Bila-bila masa saja boleh jatuh.

Aku mengangguk kepala aku perlahan. Tekak aku pun sudah kering dan berasa dahaga.

"Okey saya boleh belikan. Tapi sebelum tu..." kata lelaki itu. Dia membengkok badannya dan menyamakan kedudukan mukanya dengan aku. Dia memandang aku dengan tepat.

Tanpa aku duga dia menyapu air mata di pipi aku dengan lembut menggunakan ibu jarinya. Dia tersenyum manis pada aku.

"Dahlah jangan sedih-sedih ya? Nah..awak ambik sapu tangan saya. Laplah air mata kat pipi awak tu. Dah nampak pucat sangat dah saya tengok muka awak nih." kata lelaki itu. Dia menyeluk ke dalam poketnya dan mengambil sapu tangan. Dia memberikan pada aku.

Dengan teragak-agak aku sambut jugak sapu tangan tu. Aku menyapu muka aku menggunakan sapu tangannya. Hidung aku yang sedikit berair aku lap.

"Terima kasihlah awak. Nanti saya pulangkan ya sapu tangan awak nih? Sebab saya kena cuci dulu." kata aku padanya.

"Boleh jer tapi awak pergilah basuh tangan dan baju awak tu sikit sebab darah banyak kat tubuh awak nih." kata lelaki itu memandang aku.

"Hmm okey lah. Awak tunggu sekejap ya? Saya nak pergi ke toilet ladies." kata aku yang bangkit dari duduk.

Dia hanya mengangguk saja.

Aku mencuci tangan aku berkali-kali menghilangkan bekas darah Kyran. Sakit. Sakit lihat darah orang yang kite sayang terkena banyak di tangan dan baju kite. Entahlah aku... perasaan aku tak sedap hati. Aku takut kalau Kyran tak dapat bertahan dan tak dapat diselamatkan. Aku takut...

Aku lihat di cermin toilet. Hanya aku seorang saja yang berada di sini.

"Aku, Puteri Ilynia. Dengan berani bersumpah. Sekiranya Kyran tidak dapat diselamatkan. Maka....aku akan terus menerus salahkan diri aku sampailah aku mati...biar apapun yang terjadi. Akan aku jamin itu." kata aku dengan keras. Aku menggenggam buku lima aku dengan kuat.

Buat kesekian kalinya air mata aku jatuh laju mengalir di pipi. Mati aku sakit kerana terlalu banyak menangis.

**********

"Hmm awak...boleh saya pinjam telefon awak? Sebab telefon saya tertinggal kat rumah. Saya nak telefon keluarga kawan saya, aunty saya dan kawan saya yang lagi satu sekejap boleh?" kata aku memohon padanya. Aku baru saja keluar daripada toilet.

"Okey boleh. Awak telefon dulu saya mahu belikan awak air." kata lelaki itu yang menyua telefonnya pada aku. Aku hanya tersenyum lembut saja padanya sebelum mengangguk. Dengan berhati-hati aku ambik telefonnya. Nanti kalau tak berhati-hati kang jatuh pulak nanti.

Melihat lelaki itu mahu pergi aku bersuara perlahan.

"Hmm awak..." kata aku. Dia menoleh ke belakang melihat aku.

"Ya?"

"Terima kasih. Sebab bawakan kawan saya ke hospital." kata aku tersenyum lembut padanya.

Dia juga membalas balik senyuman pada aku.

"Sama-sama." kata lelaki itu.

"Hmm nama awak siapa? Saya terlupa nak tanya pulak."

"Audrey Mikael. Panggil Audrey saja." kata lelaki itu.

"Audrey Mikael...." secara tidak sedar aku menyebut namanya perlahan.

"Ouhh nama saya Puteri Ilynia. Panggil Puteri saja." kata aku.

"Puteri Ilynia? Hmm cantik nama tu. Seperti secantik juga tuannya." kata Audrey. Namun di ayat terakhir dia hanya menyebut perlahan saja. Cukup hanya dia seorang saja yang dengar.

"Apedia Audrey? Saya rasa macam ada dengar awak sebut ayat terakhir tadi." kata aku mencantum kening seketika.

"Eh takde papelah. Saya pergi dulu ya?" kata Audrey seperti mahu menjauh dari aku. Aku hanya mengangguk saja. Aku hanya mengekori dengan ekor mata saja melihat dia pergi.

Aku menggoyangkan kedua-dua bahu aku. Lantak pi la kat dia. Hehehe.

Aku berfikir sejenak. Eh jap!! Aku mana tahu nombor telefon keluarga Kyran!! Aduhh ape yang aku harus lakukan nih?!!

Takpelah! Aku call Farah dululah. Manalah tahu dia ada nombor telefon keluarga Kyran.

Aku mula menekan-nekan di skrin telefon sebelum diletakkan ke telinga.

Baru beberapa saat kedengaran suara perempuan yang aku sangat kenal menerjah ke gegendang telinga aku.

"Hello, siapa nih?" kata di talian sana.

"Hello Farah! Weh aku ada berita gempar nih nak bagitau kat kau." kata aku terus straight to the point.

"Hmm Puteri ke nih? Macam dia je." kata suara di talian sana.

"Yelah aku lah Puteri Ilynia. Kawan kau. Heh macam tak kenal suara aku pulak dia nih."

"Aikk kenapa nombor kau lain beb? Kau guna telefon sapa?" kata Farah.

"Siapa yang aku guna telefon nih tak penting tapi ada yang lebih penting aku mahu bagitau kat kau." kata aku kembali serius.

"Apedia? Macam serius jer nada kau nih Puteri." kata Farah di talian sana.

"Yepp memang serius pun. Hari nih Kyran masuk hospital. Dia kena tembak." kata aku.

"Hah?!! Kena tembak??! Macam mana boleh...Okey Puteri aku akan pergi ke sana jumpa kau sekarang. Kau jangan risau sangat ye?" kata Farah memberi semangat.

"Entahlah panjang ceritanya macam mana Kyran boleh tembak tu. Nanti-nantilah aku cerita ya?" kata aku.

"Okey aku pergi sana sekarang. Cuma kau kena relax tau. Jangan sedih-sedih sangat." kata Farah risau.

"Yepp okey. Weh sebelum tu aku nak tanya kau ada nombor keluarga Kyran tak? Sebab aku tak tahulah nombor telefon keluarga dia." kata aku.

"Ada. Takpe nanti aku telefon. Don't worry eh?" kata Farah.

"Okey." kata aku. Aku tutup panggilan aku dengan Farah.

Aku call aunty aku pulak. Mesti dia risau aku tak balik-balik nih.

Tupp..tup..

Ahem2

Aku perbetulkan sedikit suara. Nanti aunty aku tau pulak yang aku baru menangis.

"Hello nih siapa?" kata aunty aku di talian sana.

"Hello aunty. Nih Puteri nih hehehe." kata aku. Mesti aunty aku terkejut kenapa aku guna nombor lain padahal aku guna telefon orang. Hehe.

"Puteri? Macam mana boleh..."

"Puteri guna telefon orang aunty sebab telefon Puteri tinggal kat rumah." kata aku potong percakapannya.

"Ouhh Puteri duk kat mana sekarang nih?"

"Puteri...ermmm Puteri duk kat hospital aunty." kata aku.

"Hospital?! Kenapa? Puteri sakit eh?" tanya aunty aku risau.

"Taklah aunty. Kyran. Kyran yang sakit aunty." kata aku berterus terang.

"Kyran sakit? Tapi sakit apa? Teruk ke dia sakit Puteri?" kata aunty aku di talian sana.

Aku terdiam seketika.

"Teruk aunty... sangat teruk..." kata aku dengan lemah. Aku sedaya-upaya tidak menangis.

'Puteri..kau kena kuat.. Kau tak boleh menangis. Nanti aunty kau lagi risau.' batin aku cuba memberi semangat. Aku menarik nafas dan menghembus perlahan.

"Takpe Puteri aunty pergi ke sana sekarang ye? Puteri jangan risau sangat okey? Aunty datang sekarang." kata aunty aku.

"Hmm betui nih aunty? Okeylah kalau aunty cakap macam tu." kata aku.

"Eh aunty, sebelum tu aunty tolong bawakan baju untuk Puteri ya? Sebab baju nih lekat kat darah Kyran." kata aku.

"Haah okey Puteri." kata aunty aku.

Aku tutup panggilan aku dengan aunty aku.

Aku tengok lampu di pintu bilik pembedahan masih merah. Hmm mesti lepas beberapa jam baru selesai pembedahan. Fuhh! Aku mengeluh perlahan.

Aku mengurut-ngurut kepala aku. Tangan aku tongkat di atas riba.

Selepas beberapa minit lelaki itu datang balik. Dia membawa air mineral dua.

"Okey awak. Nah minumlah." kata lelaki itu menyua air pada aku. Aku dengan cepat menyambut kembali air mineral di tangannya.

Aku buka penutup di botol mineral aku dan minumnya dengan rakus. Serta-merta aku teringat pada kisah aku dengan Kyran dulu.

"Okey, aku akan bagitau kau dengan jelas sekali lagi. Aku, yang bernama Kyran Andrew buat pertama kalinya sudah jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berjaya mencuit hati aku dalam diam. Perempuan itu adalah orang yang berada di hadapan aku sekarang ini."

"Saya nak awak tahu yang hati saya sentiasa sayang dan mencintai awak walaupun apapun yang terjadi. Awak hak milik saya. Seluruh badan awak, seluruh hati awak dan jiwa awak..."

Serta-merta air mata aku jatuh. Air mineral sudah setengah lebih aku minum.

"Awak.. kenapa nih?" kata Audrey. Dia mengambil botol mineral aku dan letakkannya ke tepi.

Aku menoleh ke arah lain. Aku memejamkan mata aku dengan rapat. Tidak mahu dia lihat aku nangis.

Audrey pula dengan teragak-teragak mengangkat tangannya perlahan untuk membelai rambut Puteri. Namun tangannya terhenti daripada melakukan itu. Dia meletak tangannya kembali. Dia menarik nafas perlahan dan menghembusnya.

"Cuba awak bagitau pada saya. Macam mana kawan awak boleh cedera?" kata Audrey memandang ke arah aku.

"Ss..saya tak tahu. Waktu tu saya dengan Kyran elok saja bersembang. Kami sangat mesra waktu tu. Tapi waktu tu kami tak balik lagi sebab saya petik bunga kat situ awak tahu kan? Tapi lepas beberapa minit tiba-tiba dia lari ke arah saya dan terus memeluk saya." kata aku teringat seketika pada kejadian tadi.

"Pastu?" kata Audrey.

"Pastu saya terdengar bunyi tembakan yang dilepaskan. Dan bunyi itu sangat kuat. Saya terkejut sangat waktu tu sebab bunyi tembakan tu betul-betul dekat dengan saya. Dan lepas tu saya sedar bahawa Kyran yang jadi mangsa. Ddia..dia cedera teruk sangat...dan belakang dia banyak berdarah.."

"Hiss.. hiss..nih semua salah saya!! Kalau lah saya tahu kalau ada orang kat situ yang mahu bunuh kami. Kalaulah saya tak petik bunga semua nih takkan terjadi lah. Dan sekarang...saya betul-betul bersalah sangat pada kawan saya." kata aku meramas rambut aku dengan kuat. Aku memukul-mukul kepala aku berkali-kali.

Audrey terbuntang mata seketika.

"Heyy berhenti! Jangan sakiti diri awak sendiri boleh tak??! Stop beating your head please...kalau kawan awak tahu awak jadi macam nih mesti dia lagi sedih lagipun nih bukan salah awak pun." kata Audrey yang menahan kedua-dua tangan aku dari memukul.

Aku memandang tepat ke arahnya.

"Awak cakap nih bukan salah saya?? Habis tu salah siapa?!" kata aku sedikit emosional. Aku nih mudah sensitif jadi dengan cepat aku boleh melenting. Aku harap sangat penyakit murung aku tak datang balik.

"Salah lelaki tu! Lelaki tu yang tembak awak kan? Jadi stop salahkan diri awak sendiri. Saya yakin kawan awak pasti akan sembuh percayalah..." kata Audrey.

"Saya rasa baik awak bertenang dulu. Ni kan kat tempat awam. Tak eloklah kalau awak menjerit-jerit kat sini." kata Audrey. Dia melihat-lihat sekeliling. Nasib baik la orang tak lalu sangat kat tempat menunggu nih.

Aku tidak berkata apa sebaliknya hanya diam saja. Aku lihat kedua-dua tangannya yang masih memegang tangan aku.

"Ouhh sorry...sorry.." kata Audrey mengangkat kedua-dua tangannya.

"Saya mahu tanya awak lagi satu jer soalan lagi. Awak dengan Kyran ada musuh ke? Kalau tidak ada musuh pasti semua nih takkan terjadi." kata Audrey.

"Saya tak tahu. Tapi kawan saya tu pelakon. Jadi awak mesti pernah nampak kat kaca tv kan?" kata aku.

Audrey hanya mengangguk saja.

"Hmm setahu saya. Saya dengan Kyran langsung takde musuh kecuali..." kata aku yang baru teringat sesuatu.

"Kecuali lelaki itu yang tembak kawan saya!!" kata aku sudah dapat meneka. Eihh awatlah aku tak terfikir macam tu pun!

"Lelaki? Lelaki yang mana pulak nih?" kata Audrey yang langsung tidak tahu apa pun.

"Sam Jackson. Mr. Cruel tu..." kata aku perlahan. Aku menggenggam botol mineral di tepi aku sampai remuk dibuatnya.

*********
Jack pov

Papp!!

Boss aku menampar pipi kanan aku dengan kuat. Nampaknya dia marah bebeno dengan aku.

"Uishh berani eh boss kite tampar Jack? Dia tak takut ke?" konco-konco aku mula berbisik antara satu sama lain.

Papp!

Sekali lagi dia menampar pipi kiri aku lagi dan kali ini bibir aku sedikit berdarah.

Aku hanya mengusap bibir aku yang berdarah menggunakan jari runcing aku saja. Muka aku hanya beriak tenang saja.

"Dah habis dah pukul saya hmm?" kata Jack.

"Erghh tak!! Aku kalau boleh macam nak tembak kau je dengan pistol nih macam mana kau tembak Kyran tu." kata perempuan itu yang menekan-nekan dada aku berkali-kali menggunakan jari telunjuknya. Dia membelek-belek pistol aku yang aku tembak pada Kyran tadi.

Matanya hanya tertumpu pada pistol tersebut.

"Tembaklah... kalau itu buat boss senang." kata aku beriak tenang saja. Aku tersenyum padanya.

"Kau.. kau jangan cabar aku ye Jack?! Nanti peluru nih tembus jugak dekat jantung kau nanti." kata boss aku yang membulatkan matanya kepada aku.

"Huh Sam Jackson tak takut pada apa-apa lah!! Dulu aku yang sendiri bunuh ibu dan ayah aku. Aku tak takut pun malah sanggup jer. Tapi kalau kau pulak sanggup ke bunuh upahan kau sendiri? Huh?" kata aku yang mendepangkan kedua-dua tangannya tanda riak. Aku ketawa sinis padanya. Sudah bertukar dah berawak saya jadi beraku kau.

"Akku..Aku..." perempuan itu sudah tidak tahu mahu berkata apa. Mukanya sedikit pucat.

Aku tersenyum sinis.

"Kenapa tak tembak lagi? Hmm? Tembak jelah ape susah sangat." kata aku yang memegang tangannya yang sedang memegang pistol. Aku letak pistol di tangannya ke arah dada aku. Mata aku memandang tepat ke arahnya. Dapat aku rasakan tangannya sedikit bergetar.

"Jack..kau buat ape nih?" kata perempuan itu cuak.

"Huh kau kata nak bunuh aku sangat kan? Habis tu bunuh je lah!" kata aku. Aku tersenyum sinis. Sudah agak yang dia takkan sanggup untuk membunuh.

"Lepas! Lepas tangan aku!" kata perempuan itu menjerit-jerit meronta supaya dilepaskan tangannya.

Aku dengan selamba terus lepas tangannya dan pistol tersebut terus jatuh ke atas lantai.

Perempuan itu menarik nafas lega. Dia mengocak sedikit rambutnya dan memandang aku dengan tepat.

"I know. I know your past Jack. Dan aku simpatikannya. Takpelah, aku rasa...sudah tiba masanya untuk aku keluar daripada sangkar aku sendiri." kata perempuan itu.

Aku mengerutkan dahi seketika.

"Boss nak keluar? Keluar untuk lawat Kyran? Macam tu?" kata aku kembali bersikap formal.

'Jack-Jack kau nih macam ada dua personaliti la. Sekejap aku-kau sekejap boss-saya. Haih tak faham betul aku dengan kau nih Jack.' batin perempuan tu.

"Ha iyalah. Kau fikir aku mahu duduk diam tanpa buat apa-apa je ke? Orang yang aku sayang kena tembak dan masuk hospital. Kau fikir aku tak risau ke?" kata boss aku.

"Hmm okey fine. Tapi kalau boss terserempak dengan perempuan tu macam mana?" kata aku sedikit risau.

"Huh! Pasal perempuan tu kacang jelah aku mahu settlekan. Takpe kalau aku terserempak sekalipun mana mungkin lah dia dapat kenal aku."

"Hmm baik. Kalau boss cakap macam tu."

**********

Karen pov..

Aku duduk di atas katil aku. Badan aku baring sambil melihat siling rumah ku.Sudah lama aku tidak intip kakak aku. Agak-agaknya apa khabar dia sekarang eh? Aku dah lama tak intip kakak aku pun sebab ayah aku sakit. Tak sampai hati pulak mahu tinggalkan dia walaupun mommy aku jaga.

Hmm tapi tiba-tiba malam nih rasa tak sedap hati pulak. Rasa berdebar-debar pulak dada aku nih. Haih mintak-mintak semuanya okeylah. Aku meletak telapak tangan di dada aku. Mata aku terkebil-kebil memandang siling dan juga kipas yang bergerak-gerak.

Kring...kring..

Tiba-tiba telefon aku berdering menandakan panggilan masuk.

Aku ambil telefon aku di tepi katil dan tengok di skrin telefon aku. Tonny lah! Serta-merta aku angkat panggilan.

"Hello Tonny. Haihh dah apasal kau call aku malam-malam nih Tonny? Hmm?" kata aku sedikit pelik kawan aku yang sorang nih tibe2 call malam-malam.

"Weh Karen! Aku ada sesuatu yang sangat penting nak bagitau kat kau nih!!" kata Tonny sedikit menjerit.

"Woo woo Tonny...calm down bro. Haah benda apa yang penting sangat kau nak bagitau nih?" kata aku. Jantung aku pulak berdegup kencang menanti jawapan darinya.

"Karen, aku rasa aku ada nampak kakak kau la. Sebab mengikut gambar yang kau pernah tunjuk tu memang betul-betul mirip kakak kau. Dan dia berada di hospital sekarang nih. Kebetulan aku pun ada kat hospital juga jenguk sepupu aku yang sedang sakit. Tak sangkalah pulak boleh jumpa kakak kau kat sini." kata Tonny dengan terus terang.

"Ape?! Hospital? Kakak aku sakit ke Tonny?" kata aku sedikit terkejut.

"Aku tak rasa kakak kau sakit bro. Sebab aku tengok dia sihat walafiat saja. Cuma aku tengok dia sangat sedih sekarang nih. Mungkin kawan dia yang sakit." kata Tonny.

"Kawan? Hok selebriti terkenal tu ke?" kata aku.

"Hmm rasanya lah kot." kata Tonny tidak pasti.

"Hmm takpelah aku pergi ke sana sekarang. Kau bagi alamat kat aku melalui wassap. Aku datang ke sana sekarang." kata aku yang sudah bangkit daripada baring.

"Kau nak datang ke sana? Hmm yelah. Kalau kau cakap macam tu." kata Tonny di talian.

Aku terus tutup panggilan aku dengan Tonny. Hmm kawan eh? Si pelakon terkenal tu ke? Hmm takpelah baik aku pergi sekarang.

Aku hanya memakai baju t-shirt dan seluar track saja dan menyarung hoodie di tubuh aku.

"Mommy!!" kata aku yang jerit ke arahnya.

"Uish terkejut mommy. Haihh ni apasal pakai hoodie bagai nih? Kamu nak pergi mana?" kata mommy aku. Puan Maria.

"Hmm Karen nak pergi tengok kakak Karen." kata aku berterus-terang. Lagipun ibu dan ayah angkat aku kan dah tau pasal keluarga aku yang sebenar dan juga kisah silam aku.

"Ouhh kakak kamu. Okeylah kalau kamu cakap macam tu. Yang pasal daddy kamu tu kamu jangan risau lah. Mommy kan ada." kata mommy aku yang tersenyum manis pada aku. Aku cium pipinya dengan lembut.

"Thanks mommy sebab jaga daddy kesayangan Karen tu hehehe." kata aku ketawa kecil.

"Eeei mommy pun bukan mommy kesayangan Karen ke?" kata mommy acah-acah mahu merajuk.

"Eh siapa kata mommy pun ibu kesayangan Karen juga tau hehehe." kata aku.

"Apapun mommy hari nih mommy nampak comel sangat hari nih." kata aku yang kelipkan mata aku sebelah. Saja mengusik.

"Eihh kamu nih ade-ade jelah pi lah sana." kata mommy aku acah-acah mahu halau.

"Okey2 Karen pergi dulu hehe." kata aku.

Aku keluar daripada rumah dan terus ke kereta aku. Senyuman tidak lekang-lekang dari bibir aku. Rasa bersyukur sangat sebab dapat ibu dan ayah angkat aku. Walaupun ibu dan ayah kandung aku dah meninggal tapi aku tak kekurangan kasih sayang dari ibu dan ayah cuma...kakak aku lah yang kekurangan kasih sayang ibu dan ayah.

Tiba-tiba rase sebak apabila memikirkan kakak aku. Akhirnya kereta aku melucur laju daripada situ.

***********

Puteri pov

"Saya dah agak! Saya dah agak semua nih salah lelaki tu awak. Kenapalah saya tak terfikir dari tadi." kata aku meramas baju aku dengan kuat.

"Tapi siapa?" kata Audrey. Dia terkebil-kebil tidak tahu menahu apa-apa.

"Saya pergi dulu." aku tidak jawab soalannya sebaliknya terus bangkit daripada duduk dan mahu pergi daripada sini tapi dihalang oleh Audrey. Dia memegang tangan aku supaya berhenti.

"Tunggu!" kata Audrey. Aku tidak menoleh kepala melihatnya sebaliknya hanya tunggu ape yang dia mahu katakan.

"Awak mahu pergi mana? Kawan awak tengah sakit kan.. Awak sanggup ke tinggalkan kawan awak sendiri. Melihat awak begitu sedih disebabkan kawan awak kena tembak nampak sangat awak betul-betul sayangkan dia. Tapi sekarang awak mahu pergi macam tu je ke?" kata Audrey.

Kata-katanya menyentuh hati aku. Tapi...tapi aku kena pergi dekat lelaki tak guna tu! Disebabkan dia Kyran masuk hospital! Takkan aku duduk macam nih saja tanpa berbuat apa?

Aku menoleh melihat dia. Mata aku memandang tepat ke arahnya.

"Disebabkan lelaki itu kawan saya kena tembak. Disebabkan lelaki itu kawan saya dalam keadaan yang teruk. Awak mahu saya duduk diam macam nih saja ke lepas tahu kebenarannya? Hmm?" kata aku.

"Awak ada bukti ke yang mengatakan lelaki itu tembak kawan awak? Lagipun siapa lelaki tu? Awak langsung tak terangkan pada saya siapa lelaki tu?" kata Audrey juga tidak mahu mengalah.

Aku mengeluh seketika. Rambut aku sisir ke telinga dan memandangnya dengan tepat.

"Walaupun saya takde bukti sekalipun. Awak tiada hak untuk halang saya. Lepaskan tangan saya boleh tak?" kata aku yang melihat tangannya yang berada di tangan aku.

"Tak, saya takkan lepaskan." kata Audrey nekad.

'Entah apa-apa lah perempuan nih mahu buat nanti.' batin Audrey.

"Saya kata lepas. Lepaslah!" kata aku. Aku memegang tangannya yang berada di tangan aku. Cuba untuk merungkai pegangan kuat darinya.

Mak aihhh kuat giler dia pegang tangan aku. Habis sakit dibuatnya. Haihh ni tak boleh jadi nih! Dia kuat aku pun mesti kuat.

Akhirnya aku buat keputusan untuk gigit saja tangannya.

"Arghh2 sakit." mengaduh Audrey. Akhirnya dia lepaskan juga tangan aku.

Ha ambik ko! Rasekan gigitan bisa dari Puteri Ilynia. Muahehe...

Selepas dia lepaskan tangan aku terus aku jalan selaju mungkin pergi daripada sini.

Audrey tidak terkata. Dia tidak dapat menghalang Puteri daripada pergi. Dia melihat tangan yang digigit tadi. Serta-merta dia mencarik senyuman manis perlahan.

'Puteri Ilynia. I will make you be mine.' batin Audrey tersenyum sinis.

Author: Hahaha rupa-rupanya ade sotong di sebalik mee ye..muahehe~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience