Bab 4: Deal

Romance Series 9772

Kringgg!!!

Huh! Akhirnya rehat juga! Semua orang mula berlari-lari untuk pergi ke kantin, atau membuat hal masing-masing. Aku pula? Mahu pergi ke kantin bersama Farah.

Yupp, aku dengan Farah sudah semakin rapat antara satu sama lain.

Kalau korang nak tahu orang sebelah aku ni pergi mana aku pun tak tahu sebab lepas habis belajar saja dia sudah lesap depan mata aku.

" Puteri, awak nak makan apa nanti?"

"Hmm, makan roti je lah."

"Ni mesti awak diet eh? Betui tak?"

Hmm aku diet ke?

"Tak, saya tak diet pun lagipun berat badan saya masih normal lagi cuma teringin nak makan roti je, hehehe."

"Hah! Okeylah saya tolong belikan awak roti lagipun saya pun nak makan roti jugak. Eh jap awak nak makan perisa apa,?"

"Dia ke Farah, terima kasih, awak boleh beli perisa apa pun takpa."

"Okey"

Tengah aku ralit melihat gelagat orang di kantin, ada seseorang yang berjaya membuatkan aku mahu terus melihatnya.

Nak tahu sebab apa?

Sebab banyak mata yang memandang ke arahnya, terutamanya kaum hawa. Ceh! Handsome sangat ke dia tu?

Aku tengok dia pergi ke tempat di mana banyak kaum lelaki ada kat situ. Hmm, maybe tu semua kawan dia.Hah! Elok lah sangat ingatkan dah takde kawan.

" Puteri! I bring you bread!!"

"Opocot kau roti canai sedap!"

"Hahaha! Puteri awak lapar roti canai eh?"

"Hah? Dia kut entahlah tiba-tiba kata roti canai sedap."

"Hahaha! Saya tak sangka pula yang awak ni cepat melatah."

"Hehehe, sekarang awak dah tahu kan?".

Farah hanya menggangguk, dia memberikan roti bun perisa coklat pada aku.

Wow! Perisa coklat! I like it.

"Terima kasih, Farah! Perisa coklat memang kesukaan saya pun."

"Ouh dia ke? Makanlah."

"Ermmm, Farah?"

"Ya?"

"Awak kenal tak seorang lelaki ni dengar kata dia terkenal kat sekolah ni and dia satu kelas sekali dengan saya."

'Jap, dia cakap pasal Kyran ke?' batin Farah.

"Apatah nama dia? Ikan? Kiran? Ranki? Hah tak ingatlah."

"Hahahahahaha! Bukanlah, nama dia Kyran. Haish apalah awak ni awak boleh panggil dia ikan,Kiran dengan Ranki. Nampak sangat yang awak tak suka dia kan?"

"Hehehe mana lah saya hafal pun nama dia siapa and yupp! Saya langsung tak suka dengan dia." kata aku berterus-terang.

"Ouh dia ke? First time saya jumpa dengan perempuan yang tak suka lelaki walaupun dia handsome, famous dan kaya iaitu awak sendiri."

"Ouh dia ke? Maknanya saya orang yang bertuah lah ni sebab kali pertama awak jumpa orang yang seperti saya?" kata aku menunjukkan diri aku sendiri.

"Yupp! First time sebab banyak kut pelajar perempuan yang tergila-gilakan dia, saya rasa muak pun ada."

"Kan.. saya pun macam tu. Jap, awak pun tak suka dia?"

"Saya? Dulu saya sukalah tapi sekarang saya dah tak suka dah." kata Farah berterus-terang.

"Ouhh.." kata aku yang hanya beroh ria saja. Eh jap-jap nama panjang dia apa eh? Hahaha teringin pulak nak tahu.

"Ermmm Farah, nama panjang dia awak tau?" kata aku terus straight to the point.

"Tahu sangat lah nama panjang dia Kyran Andrew Johansson, kenapa awak suka dia pula ke?"

"Eh ke situ pula awak ni, tak lah saya cuma tanya jer."

Nama dia memang..cantik, tapi perangai macam apatah. Kucing aku pun elok lagi perangai daripada dia.

"Puteri, kalau awak nak tau Kyran tu dia tak suka pun kat perempuan malah perempuan asyik dok kejar dia, tapi tak taulah kalau..."

Sekarang aku baru tahu yang dia tak suka perempuan ingatkan dia nih playboy rupanya tak, hehe baguslah kalau macam tu. Sebab nanti takde lah dia mainkan perasaan orang perempuan. Betui tak?

"Kalau....?"

"Kalau awak berjaya buat Kyran tu sukakan awak, muahahaha."

"Ish apa nih, Farah! Tak maulah saya buat dia suka kat saya. Tak sesuai langsung saya dengan dia." aku menampar lembut bahu Farah.

"Dia ke? Kat mulut kata lain tapi kat hati sebaliknya mungkin, hahaha." kata Farah, sajalah tu nak usik aku.

Aku menyilangkan tangan aku ke dada dan beralih memandang ke arah lain. Merajuk!

"Alololo, janganlah merajuk."

"Hehehe taklah, okey sekarang dah pukul berapa ni? Jomlah masuk kelas nanti lambat." kata aku yang baru tersedar. Roti bun aku sudah habiskan.

"Pukul 10.30 nih. Okey sekejap saya mahu makan bagi habis dulu." kata Farah yang terus makan dengan cepat. Almaklumlah tak boleh makan dalam kelas.

Hahaha nampak comey jugak Farah ni kalau makan dengan cepat. Macam kelam-kabut pun ada, hehehe.

***********
Aku masuk ke kelas seperti biasa selepas waktu rehat dan aku nampak si dia yang melihat aku dengan tepat.

Aku pula hanya buat muka selamba dan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan dia dengan anggun sekali.

Huh! Dah kenapa pula dengan dia ni, termakan ubat cacing ke?

Loceng sudah berbunyi menandakan semua pelajar boleh balik. Dan sekarang aku dengan dia saja dalam kelas sekarang ni. Haih kenapalah selalu ada part macam ni.

Maka, aku pun cepat-cepat kemas barang dan cepat pergi daripada sini.

Belum sempat aku mahu keluar daripada kelas dia sudah tarik tangan aku ke luar.

"Ish apa ni?! Lepaskan orang boleh tak?! Tolong saya! Ada orang nak buat sesuatu kat saya!" jerit aku histeria.

Dia menutup mulut aku menggunakan tangannya itu.Takpe! Kau main kasar dengan aku ya Kyran.

Aku gigit tangannya sekuat hati yang berada di mulut aku.

"Arghh! Sakitnya!! Eihh apa kau ni aku takkan buat apalah kat kau!" dia melepaskan tangannya daripada mulut aku dan mengaduh sakit.

Ouh dia ke? Asal tak bagitau kan dah kena dengan gigitan bisa aku.

"Apa yang awak nak daripada saya sebenarnya hah?!"

Ish tak habis-habis nak kacau orang!

"Takde apa, aku cuma nak bagitau kau yang hutang kau dengan aku masih ada!" kata Kyran.

Laa hutang apa pula ni?

"Hutang apa yang awak cakap ni nak kata saya hutang duit dengan awak tak, nak kata saya hutang budi dengan awak lagilah tak." kata aku dengan jengkelnya.

"Kau ada hutang dengan aku pasal kau malukan aku depan orang ramai tu."

"Laa kes itu tak habis-habis lagi ke? Ish awak ni macam budak-budak lah macam tu pun nak simpan dendam." kata aku kesal dengan sikap dia .

"Tak, kes tu takkan habis kalau kau buat sesuatu kat aku."

Aku menaikkan kening sebelah.

"Awak nak suruh saya buat apa supaya kes tu selesai? Jadi girlfriend awak? Huh?" kata aku yang menyilangkan tangan ke dada. Kepala aku lihat ke arah lain selain memandangnya. Lebih baik tengok ke arah lain nanti tak pasal-pasal aku tertumbuk muka handsome dia tu.

"Yeah betui cakap kau. Jadi girlfriend aku." kata Kyran tersenyum sinis.

Automatik aku pandang dia dengan tepat. Mata aku menjadi bulat melihatnya.

"What?!!! Oh no way!" kata aku yang bantah habis-habisan.

"Nanti aku tak habis cakap lagi, yang kau buat terkejut lebih ni pasaipa."

Helo! Dia tanya aku yang aku terkejut lebih ni pasaipa ni melibatkan hidup dan mati aku kut!

"Aku kata aku nak kau pura-pura jadi girlfriend aku supaya nanti takde sapa yang akan kacau aku terutamanya perempuan."

"Ouhh jadi awak trauma pasal perempuan lah ni? Hmm?" kata aku. Hampir tergelak aku dibuatnya.

"Tak aku tak trauma pun dengan perempuan cuma aku rimas je sebab setiap kali aku ada mesti banyak perempuan yang asyik cuba nak mengurat aku."

Alololo kesyiannye dia jadi rebutan ramai perempuan lah, hahaha.

"Tapi kenapa awak pilih saya supaya pura-pura jadi girlfriend awak?"

"Sebab aku tengok kau langsung tak suka aku malah apatah lagi dekat dengan aku dan aku rasa kau lain daripada yang lain jadi aku pilih je lah kau sebagai kekasih aku."

Ayat kau 100% aku setuju! Hahaha.

Nak tolong ke tak eh nanti kalau tak tolong nanti dia akan terus-terusan kacau aku pula lagipun kesian kat dia pula sebab hidup dia tak aman dengan perempuan, haha rasa kelakor bila fikirkan balik.

"Saya setuju untuk tolong awak tapi dengan satu syarat."

"Apedia?"

'Ish perempuan ni banyak songeh pula.' batin Kyran.

"Kalau saya tolong awak, awak kena janji dengan saya yang awak takkan kacau saya lagi. ".

"Hmmm."

"Ish janjilah elok-elok." aku menyuakan jari kelingking aku.

"Ya, I am promise." kata Kyran yang menyatukan jari kelingking aku dengannya.

"So, kita dah deal antara satu sama lain?" Kyran pula menyuakan tangannya untuk berjabat.

Dengan senang hati aku sambut balik tangannya itu.

"Yeah, we are deal."
. Akhirnya terbit juga senyuman antara kami berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience