Bab 2: New friend

Romance Series 9809

"Hish! agak-agaknya dia ikut aku tak? Mintak- mintak janganlah dia ikut aku." Aku yang asyik menoleh ke belakang terlupa pulak yang ada orang di hadapan aku. Disebabkan aku yang tak sempat mahu mengelak kami berdua terlanggar antara satu sama lain.

"Aduh! Saya minta maaf, ni semua salah saya." kata aku yang berasa bersalah. Haih inilah akibatnya sekiranya aku tidak menghadap ke depan. Disebabkan hentakan aku terlanggar dia aku terduduk di atas lantai. Aku mendongak sedikit ke atas untuk melihat gerangan siapa yang aku langgar.

Farah! Budak perempuan yang tunjukkan aku pejabat guru tulah!

"Hai awak! Awak tak apa-apa?" kata Farah yang menghulurkan tangan pada aku.

Aku menyambut tangannya balik dan bangkit daripada duduk. Punggung aku pun masih terasa sakit lagi akibat terlanggar dengan dia.

"Saya tak apa-apa, sorry lah awak sebab saya langgar awak tadi." kata aku.

Mintak2 jangan dia marah, mintak2 jangan dia marah.

"Tak apalah bukan salah awak pun saya okey jer." kata Farah sambil tersenyum manis.

Fuhh nasib2!

"Eh awak lah yang budak baru tu kan? Nama saya Farah Mikayla panggil Farah jer." kata Farah menghulurkan tangannya pada aku sebagai tanda perkenalan.

"Puteri Ilynia,boleh panggil Puteri saja." aku menyambut balik tangannya. Bibir aku tak henti-henti menguntum senyuman.

"Ermmm, Puteri can you be my friend? I really want you be my best friend, please?" kata Farah membuat muka comel. Siap tunjuk puppy eyes dia lagi.

Alolo comeynye dia.

Series aku rasa gembira sangat kalau aku dapat kawan.

"Sure! Saya gembira sangat sebab dapat kawan dengan awak, lagipun saya masih pelajar baru mesti susah nak dapat kawan kat sini."

"Okey bagus! Tapi awak kelas mana ya?"

"Ouhh saya kelas 4 Diamond, awak?"

"Wow! saya kelas 4 Bakti, maknanya kelas awak dengan saya bersebelahan saja lah!" kata Farah dengan teruja. Dia memegang kedua-dua tangan aku sambil menghayunkannya tanpa kekok. Aku pulak hanya tersenyum saja. Dapat ku rasakan yang dia memang betul-betul ikhlas mahu berkawan dengan aku.

"Dia ke? Tak sangka pulak kita kelas bersebelahan."

"Kan...okey jom lah kita pi kantin dok sembang kat sini lama-lama nanti kang tak dapat makan pula." kata aku ketawa kecil.

"Okey, jom!!" sepanjang perjalanan ke kantin banyak kami berdua bercakap tentang hal sendiri. Aku pulak sudah semakin biasa dan tak kekok lagi dengan dia. Dan dia pun sama juga seperti aku.

*************

Kringgg!!!!!

Akhirnya loceng balik sudahpun berbunyi! Fuh!!

Sedang aku elok berkemas untuk balik, tiba-tiba orang yang bersebelahan dengan ku membisikkan sesuatu betui-betui di telinga aku.

"Jumpa aku di belakang sekolah, kalau kau tak datang, kau akan tahu nasib kau nanti!" kata Kyran berbisik kuat di telinga aku.

Aku menolehkan kepala aku untuk melihat si dia yang berada dekat dengan telinga aku. Lama aku memandang dia.

Oh my!! kenapa lah aku beralih belakang nih! Haish nasib baik tak tercium dia tadi! Maka, aku cepat-cepat menghadap ke depan semula. Haih nasib baik orang dah balik dah.

Kyran hanya tersenyum sinis jer melihat perempuan itu menggelabah.

"Ingat! Kau jangan lambat pulak." bisik dia lagi pada telinga aku. Selepas meninggalkan arahan serta ugutan pada aku terus dia blah macam tu.

"Haish, kenapa lah dia nak jumpa dengan aku pulak ni aku ada buat salah ke? Eh betuilah aku buat salah tapi bukan salah aku pun salah dia juga kan? Ish takyah fikir panjang lah Puteri cepat kau jumpa dengan dia, cepat kau balik." kata aku bergumam sendirian. Aku mengemas meja aku secepat yang mungkin dan terus keluar daripada kelas itu. Orang lain pula sudah lama balik.

Akhirnya selepas berfikir panjang untuk ke belakang sekolah, sampai jugak ke destinasi!!

Aku lihat dia seorang lelaki yang sedang bersandar di dinding belakang sekolah dan memejamkan matanya.

Wah! Ni peluang aku nih!

Aku terjengket-jengket seperti pencuri untuk lebih dekat dengan dia.

Dan aku tengok dia masih tak perasan aku duk depan dia. Letih sangat ke encik abang? Yuck geli pulak panggil dia macam tuh.

Hmmm handsome2 tapi kalau handsome saja tapi perangai ke laut macam mana nak maju? Aku rasa nanti waktu besar mesti orang perempuan jengkel dengan perangai dia. Haha! Aku ketawa dalam hati.

"Oii! Kenapa kau tak gerakkan aku tadi?!"

"Oh ayam penyet! Aku rasa macam nak penyek-penyek kau!" kata Puteri melatah.

Ish kau! Kenapa mesti kau selalu buat aku terkejut arh! Hish malunya aku!!

Aku tengok dia sedang menahan ketawa.

"Hah! Gelaklah puas-puas! Awat tak gelak lagi?!"

Akhirnya terburai juga ketawa Kyran.

"Hahahahahahahaha!!!"

Ish geramnya aku!! Dah lah gelak macam hantu! Tapi dia kalau ketawa nampak lagi... Ish apa kau merepek nih Puteri??!

"Series aku dah lama tak gelak!! Hari ni first time ada seorang perempuan malah pelajar baru buat aku ketawa. Kau kira bertuah tau sebab dapat lihat wajah aku yang handsome ni apabila ketawa."

"Haaah, beerrrtuuaahhhh sangaaat!" ko ingat aku suka ke kau gelak macam nih, rasa nak tampar2 adalah. And one more thing kau ingat kau handsome sangat?!

"Sekarang, cakap! Apa yang kau nak dari aku! Aku dah lah nak balik dah ni!" kata aku tegas. Mana taknya bila orang siap sedia nak balik tengok-tengok kena stay sekejap jumpa dia. Eihh ape kes!

"Woo woo don't mad girl, aku suruh kau datang sini sebab...." Kyran mendekati aku perlahan-lahan.

Apabila aku sudah tiada ruang untuk lari daripadanya, dia mengurungkan aku menggunakan kedua-dua tangannya di atas dinding.

Ceh dia main dekat-mendekat pulak dengan orang, huh! Seumur hidup aku, aku tak pernah dekat dengan lelaki seperti ini. He's too much! Takpe aku ada silat kalau dia nak buat apa kat aku tahulah dia nanti!

"Sebab....?" kata aku yang dah tak sabar mahu blah daripada sini.

"Sebab kau dah malukan aku!!" kata Kyran menahan sabar di dadanya.

Hish power giler suara dia! Hish ingat orang takut ke? Main jerit kat muka orang pulak tu nasib baik air liur dia tak kena kat muka aku.

"Ouhh, yang pasal pagi tadi ke? Huh baru awak tahu apa itu erti malu dan segan. Yang pasai awak marah saya depan orang ramai tu awak fikir saya tak malu ke?!!" kata aku juga sangat marah dengan dia apabila fikirkan balik kejadian pagi tadi. Huh! dia ingat aku nih takde perasaan ke?

"Hish kau!!" Kyran menuding jari ke arah aku.

"Hah! Kenapa dengan saya pulak?"

"Huh! Nama kau siapa?"

Baru sekarang dia tanya nama aku? Yang aku perkenalkan diri aku depan kelas tu kau tak dengar pulak.

"Puteri Ilynia, panggil Puteri jer." jawab aku dengan malas sekali.

"Huh! Puteri....Puteri.., kau tu tak kenal aku siapa jadi lebih baik kau minta maaf kat aku sebelum aku buat lebih teruk kat kau nanti." kata Kyran yang membelai lembut di pipi aku. Yuck gelilah!

"Ish ape nih pegang-pegang! Ouhh saya mengaku saya tak kenal awak pun malah saya tak mau kenal pun siapa awak. Yeah! Awak mesti lelaki top kat sekolah ni kan.. pastu perempuan keliling sepinggang, heh ingat orang tak tahu ke?"

"Bukan yang tu jer aku lebih daripada apa yang kau kata Puteri, tapi disebabkan kau dah malukan aku kau kena buat sesuatu untuk aku."

Kyran membelai sekali lagi pipi aku menggunakan jari telunjuknya. Disebabkan geram dengan sikap Kyran aku menolak Kyran dengan kuat supaya tidak mendekati aku lagi.

"Kau..." aku menuding jari ke arahnya.

"Jangan harap aku nak ikut cakap kau!!!" kata aku menjerit. Aku pergi daripada tempat itu sebelum dia buat apa-apa yang bukan pada aku.

Tapi baru beberapa tapak aku melangkah, Kyran sudah memanggil aku namun aku hanya menunggu sahaja apa yang Kyran mahu katakan tanpa menoleh ke belakang.

"Puteri!!"

Kyran menoleh ke belakang untuk melihat aku yang membelakangi dirinya.

Kyran tersenyum sinis.

"Aku akan pastikan kau menebus kesilapan kau yang kau dah malukan aku depan orang ramai. Ingat tu!" kata Kyran yang menuding jari memberi amaran keras.

Aku menggenggam buku lima aku dengan erat.

Selepas itu terus aku pergi tinggalkannya seorang diri.

'Huh Puteri, kau belum tahu aku siapa, ingat! Akan aku buatkan kau dengar cakap aku dan ikut apa yang aku kata.' batin Kyran. Dia menggenggam buku limanya dengan erat sehingga menampakkan urat-urat di lengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience