Bab 6: Announcement

Romance Series 9772

"Are you ready girl?" tanya Kyran bersebelahan aku.

Yeah! Ready untuk dikecam oleh perempuan.

"Hmm, I ready." kata aku lemah semangat. Huh, siapa yang bersemangat untuk kena kejam oleh netizen nanti. Sapa-sapa sila angkat tangan!

"Ehem! Attention class!" aduih nak buat pengumuman lah tu. Waktu tu cikgu tak boleh masuk dalam kelas kerana ada mesyuarat jadi kesempatan ini jugak lah Kyran mahu membuat pengumuman.

Maka riuh rendah lah kelas ni seperti pak cik dan mak cik yang bersuara riuh rendah mahu membeli barang di pasar.

Aku tengok ramai pelajar kelas ni asyik dok berbisik-bisik dan menjeling-jeling ke arah aku.Yelah siapa tak cemburu perempuan dok sebelah crush.

"Yeah Kyran, ada apa-apa ke kau nak cakap kat kami semua?" tanya Rafael iaitu ketua kelas kami.

"Ye, sebenarnya benda ni tak penting pun dan bukan tentang hal sekolah tapi bagi aku hal ini penting untuk bagitau pada korang semua yang aku dah berpunya." kata Kyran sambil memeluk bahu aku acah-acah mahu mesra. Ceh! Saja lah tu nak menyemarakkan lagi kemarahan pelajar perempuan kat sini.

"Dan orang tu ialah Puteri, yeah dia adalah girlfriend aku so takde siapa yang boleh mengganggu hubungan kami berdua."

Aku tengok semua budak perempuan mula hangin dengan aku. Aku dapat rasa kalau boleh lihat dengan mata kasar mesti ada asap yang keluar daripada telinga mereka. Lepas tu dengan emoji muka yang sangat merah. Hahaha! Aku ketawa dalam hati.

Tapi yang membuatkan aku rasa terkejut dan tak sangkanya apabila ada seorang ni yang bangkit daripada duduknya dan terus menampar pipi aku dengan kuat sehingga terkena pada bibir aku.

Sakit dia memang tak terkata sampai membuatkan bibir aku sedikit berdarah. Ya, aku dapat rasakan ada darah yang keluar daripada bibir aku. Wah ini sudah melebih dan kesabaran aku sudah sangat nipis!

Papp!

"Arghh! Sakitnyaa!!" dia memegang pipinya sambil mengaduh sakit.

Pap!

Kali kedua aku menampar pipinya lagi sehingga berdarah bibirnya seperti aku.

Haih Puteri jangan berangan itu cuma angan-angan kau jer. Takkan kau nak naik tangan kat budak ni kut. Nanti kalau aku tampar kang balik mengadu domba kat mak ayah dia pulak pastu bagitau kat pengetua sekolah dan akhirnya aku dibuang sekolah.

Eiiii tak mau aku kena buang sekolah!

Aku mengelap bibir aku yang berdarah menggunakan jari acah-acah gangster gitewwww. Tidak mahu berangan dah seperti tadi.

"Woi!! Kau pehal tampar pipi dia?!" Kyran mula mengamuk dan mahu naik tangan pada perempuan itu tetapi di halang oleh Rafael. Malah yang lain pula hanya berkerumun pada kami semua. Ceh! Nasib baik kat sekolah ni dilarang membawa telefon kalau tidak mesti dah kena viral ni. Aku tak mau jadi artis percuma!

Aku tengok name tag nya adalah Balqish. Haih Balqish... Balqish, kan dah terkena dengan jerkahan si bapak ayam. Jap-jap tapi kenapa dia marah sangat arh dengan Balqish.

Takkan disebabkan kes dia tampar aku kau pun nak tampar dia balik. Takpun dia suka aku tak? Oh mintak simpang! Aku tak mau dia suka aku!

"Hey bro bawak bersabar nanti cikgu masuk kelas ni dan denda kau atas sebab mencederakan perempuan, takpe kau bawak dulu Puteri pergi bilik rawatan. Aku tengok macam serius kesan lembam kat pipi dia tu." kata Rafael berusaha untuk memujuk Kyran.

Berkemungkinan besar kalau Kyran buat masalah kat sekolah ni boleh jadi buah mulut orang. Kan Kyran tu terkenal di sekolah ni jadi berita ini hanya bagai angin yang lalu saja sudah tersebar di satu sekolah sekiranya Kyran mencederakan perempuan.

Aku tengok dia menggenggam buku limanya dan hanya mengikut saja apa yang dikatakan oleh Rafael.

Tapi yang paling membuatkan aku terkejut daripada kes tampar tadi adalah dia mendukung aku ala bridal style.

Hah sudah! Ouh jangan cakap dia angkat aku sampai bilik rawatan. Helo! Aku cedera kat pipi dan mulut saja bukannya kat kaki!

"Hey awak! Lepaskan saya! Saya tak nak awak dukung saya lah! Saya masih punya kaki yang sihat lagi walafiat untuk jalan lah!" jerit aku. Aku menepuk dadanya sekuat hati supaya dia turunkan aku tapi masih degil juga.

"Ish diamlah! Kalau kau tak mau dok diam aku baling kau kat atas lantai ni! Kau nak tak?!" marah Kyran sambil menikam anak mata Puteri yang berada di dukungannya itu. Banyak mata yang memandang ke arah mereka berdua tambah dengan posisi mereka sekarang. Habis jatuh rahang mereka apabila melihatnya. Nasib baik takde cikgu yang melihat wayang free tadi.

Mak ai! Garangnya lelaki ni, eh awat tak kuatkan lagi suara tu bagi satu sekolah dengar. Huh!

Selepas dia cakap macam tu aku hanya mendiamkan diri aku sahaja tapi bukan sebab takut dengan dia, cuma takut kalau dia tiba-tiba lepaskan aku atas lantai. Patah lah wei pinggang aku nanti!

Aku memeluk lehernya supaya tidak terjatuh.

Tetapi lain pula yang terjadi pada Kyran. Habis pucat muka dia lepas aku peluk leher dia tadi. Nasib baik tak pengsan terus tadi.

Akhirnya sampai juga kami di bilik rawatan selepas mengalami beberapa rintangan dan cabaran iaitu menjadi tontonan orang ramai.

"Kau duduk sini biar aku buh ubat kat bibir kau." kata Kyran yang mengambil kapas dan membasahkan sedikit untuk mengelap darah di tepi bibir aku.

Tetapi dengan cepat aku menghalangnya.

"Tak, biar saya yang buat sendiri." kata aku nekad. Ish dah lah dukung orang tadi! Lepas tu nak tolong aku pulak. Punyalah aku tahan malu tadi waktu dia dukung aku. Eh jap waktu dia dukung tadi aku nih tak berat ke?

"Tak, biar aku jer yang buat kau tu dok senyap sikit." kata Kyran yang saling tak mengalah antara satu sama lain.

Aku hanya menyilangkan dadanya dan memandang ke arah lain. Okey fine!

Huh! Orang nak buat tak bagi!

Kyran hanya menggelengkan kepalanya sahaja dan meneruskan kerja yang tertangguh tadi.

"Auchh! Perlahan sikit boleh tak?"

'Ish budak ni memang tak tahan sakit betui!' batin Kyran.

"Ye, tahan lah sikit macam budak-budak lah kau ni!"

Lagilah bertambah merajuk aku!

"Eihh! Jangan nak muncungkan mulut ye cik kak. Hah dah siap pun!" kata Kyran.

"Okey, dah siap kan jom masuk kelas!" kata aku mahu bangkit daripada duduk.

"Eh tunggu!" Kyran memegang lengan Puteri dari belakang.

Aku hanya menolehkan kepala untuk memandang Kyran. Aku hanya menaikkan kening sebelah sebagai pertanyaan kenapa.

Kyran mendekatkan kepalanya dengan muka aku. Dia merendahkan sikit kepalanya untuk melihat muka Puteri dengan lebih dekat.

Kyran memegang pipi aku dan membelai dengan lembut.

Aku pula terkedu, terbeliak, terkejut, terkilan dan banyak lagi ter yang tak mampu terungkapkan.

Aku mengeraskan tubuh badannya. Entahlah tiba-tiba badannya tak dapat bergerak.

" Pipi kau.... masih sakit lagi?" tanya Kyran lembut.

Wow amazing!! Kyran Andrew mengambil berat pasal perempuan!

Series arhh! Aku tak mimpi kan sekarang nih?!

Aku mengambil tangan Kyran yang masih berada di pipinya dan melepaskannya.

"Ouh encik Kyran, saya tak apa-apa don't worry okay?" kata aku.

"Dah jom! Masuk kelas." tanpa Puteri sedar dia telah menarik tangan Kyran.

Namun Kyran hanya membiarkan sahaja Puteri memegang tangannya.

Tuk..Tuk..

"Masuk!" kata guru di dalam kelas tersebut.

Maka, mereka berdua pun masuk ke dalam kelas.

"Kyran, Puteri kamu berdua pergi mana tadi?"

"Ouh ni ha Puteri dia cedera sikit sebab tu laah saya bawa dia pergi bilik rawatan cikgu." kata Kyran.

"Ouhh takpe sila duduk ke tempat duduk kamu sebab saya mahu buat pengumuman." kata cikgu Zaity.

Aku tengok Balqish asyik-asyik jegil matanya seperti burung hantu yang mahu menerkam aku. Menyeramkan!

Ouhh patutlah tangan kami masih bertaut patut semua dok tengok semacam tadi. Aik! Bila masa pulak aku pegang tangan dia! Oh malunya!!

Maka, aku cepat-cepat lepaskan tangannya dan duduk di tempat aku. Kyran pula duduk di sebelah aku.

Aku hanya menghiraukan pandangan orang lain dan menumpukan perhatian tentang pengumuman apa yang cikgu mahu bagitau.

"Okay class! Hari ini pihak sekolah membuka peluang untuk mana-mana pelajar yang mahu membuat persembahan nyanyian untuk majlis sempena perayaan hari jadi untuk pengetua sekolah pada hari Sabtu ni. Majlis ni bermula jam 8 malam jadi sesiapa boleh nyanyi untuk membuat persembahan nanti. Individu yang berminat untuk menyertai pertandingan menyanyi di majlis nanti sila mencatat nama di kertas yang cikgu sediakan ini." kata cikgu Zaity.

Wow! Ada pertandingan menyanyi laah, ini kesempatan aku ni untuk menyanyi.

Apabila kertas tu datang kepada aku maka cepat-cepat aku isi nama.

Kyran yang melihatnya pula tak menyangka bahawa aku suka dalam bidang nyanyian.

"Tsk, kau suka menyanyi ke Puteri?" tanya Kyran di tepi aku.

"Ha'aa! Saya suka menyanyi dari kecik lagi, hehehe." kata aku ketawa kecil.

Kyran hanya ber ooh ria sahaja.

"Puteri, waktu majlis nanti kau nak pakai baju apa?"

"Ermmm" aku mengetuk dagu berfikir sejenak.

"Tak tau, nanti tengoklah dulu." kata aku menggoyang kedua-dua bahu aku tanda tidak tahu.

"Nanti kat majlis nanti kau nak nyanyi lagu apa?"

"Ish adalah. Secret." kata aku menjeling manja ke arahnya.

'Huh! Berahsia bagai pulak perempuan nih.' batin Kyran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience