Malam mula menjelang ...
Sekarang jam di tepi katil aku menunjukkan pukul 10 malam. Mata aku pulak masih segar lagi untuk tido. Selalunya aku tido pukul 12 malam.
Okay! Sekarang ni aku nak buat apa? Hmm, fikir Puteri fikir. Aha aku tau nak buat apa. Mari kite scroll ig orang nak tak.
Tengok punya tengok takde ape pun yang best. Tapi secara tak sengajanya aku terjumpa ig orang yang mengatakan ada berita hangat kebabom yang berlaku pada petang tadi.
Artis popular iaitu Kyran Andrew telah mempunyai girlfriend!!
Mereka seperti rapat dan lama kenal tetapi dirahsiakan oleh orang ramai selama ini!!
Aku membaca satu-satu tajuk yang terpampang. Mata aku terbeliak besar apabila melihat gambar yang terpampang di skrin telefon aku.
Aku nampak gambar Kyran dengan seorang perempuan yang berada di taman. Gambar perempuan itu tak jelas tapi aku yakin itu adalah aku.
"Arghh! Kurang ajor punya manusia! Makhluk asing mana yang tangkap gambar aku dengan Kyran ni, eeei kalau aku dapat orang tu akan ku pastikan dia makan dengan penumbuk aku!" jerit aku seorang diri di dalam bilik. Tapi suara aku masih dapat dikawal lagi nanti aunty aku kata apa pulak aku jerit sorang-sorang macam hantu bunian.
"Arghh!" Aku mengusutkan rambut aku berkali-kali tanda aku stres. Ni kalau orang tengok ni mesti orang fikir aku hantu tengoklah rambut aku yang serabai giler.
Tapi sekarang nasi dah jadi bubur bukan menjadi nasi lemak. Haih kalau aku taulah jadi macam ni baik aku jadi penyiasat persendirian. Nasib baik gambar perempuan yang berada di tepi Kyran tu kelabu dan tak jelas mukanya kalau tidak dah lama maruah aku terjejas. Bukan sahaja maruah aku malah maruah aunty aku.
Aku membaca comment dari netizen di ig.
'Ceh bertuah sungguh perempuan tu sebab dapat orang artis, entah ke cantik ke tak perempuan tu aku pun tak tahu.'
'Ouh aku fikir Kyran tu bukan sukakan perempuan rupanya ada jugak perempuan yang dia suka. Ingatkan dah takde perasaan pada perempuan.'
'Tengok-tengok tu perempuan simpanan Kyran apa. Aku tak percayalah kalau perempuan tu cinta sejati Kyran, entah-entah perempuan tu untuk dipergunakan tak, hehehe.'
'Kyran, why do you not love me? I really love you you. I think she is not your taste right? I rasa I yang paling cantik apa daripada perempuan tu.'
'Hmm, Kyran you pergi taman dengan perempuan tu?! Yuckie I tak tahu pulak you suka melepak dengan perempuan just hanya sekadar hanya tempat kat taman! Eiiii not my taste okay?'
Apabila aku rasa hati aku panas bergelagak seperti bara api apabila membaca comment tersebut aku menggenggam buku lima aku di cadar katil aku dengan kuat. Cadar katil aku terasa mahu koyak dah.
Aku mengetap bibir aku dengan kuat. Aku rasa aku patut cari ketenangan sekarang ni. Bila-bila masa sahaja bilik ni akan jadi terbalik.
Aku berada di balkoni bilikku. Angin yang sejuk di waktu malam menerpa ke wajah aku. Walaupun suasana sejuk tetapi hati aku masih tak dapat disejukkan. Mata aku yang memandang jalan raya yang sesak dipejamkan seketika.
Rambut aku yang berterbangan disebabkan angin yang bertiupan aku biarkan saja. Selepas agak lama aku memejamkan mata, kepala aku tundukkan berlapikkan lengan aku. Aku masih dalam keadaan berdiri.
Aku menangis sepuas-puasnya di atas lengan aku.
"Kenapa? Kenapa? Kenapa aku masih tak dapat merasai kebahagiaan? Kenapa hidup aku selalu diselubungi oleh tangisan dan bukan manisan? Hiss....hiss...hiss.. aku letihlah dengan semua ini aku letih." Tangisan aku bergema di dalam bilik tetapi suara aku berusaha untuk dikawal, aku tak mahu aunty aku lihat aku menangis seperti ini.
"Ya Tuhan, apakah dosaku kenapa aku harus diuji seperti ini? Aku sudah lama tidak merasai kebahagiaan, kenapa hanya kesedihan sahaja yang menyelubungi hidup ku." aku mendongak ke langit yang membiru. Aku memejamkan mata seketika dan air mata aku mengalir dengan laju.
Aku rindukan keluarga aku. Aku sangat merindukan mereka kenapa waktu kemalangan hari tu aku tak mati jer dengan mereka. Boleh ke aku dapat jalani kehidupan aku seterusnya. Hanya aunty aku sahaja yang menjadi pembekal semangat untuk aku hidup. Dan aku hidup pun demi dia. Hanya dia sahaja yang aku ada dan sayang.
Tengah aku ralit melayan perasaan sendiri, telefon aku menyanyikan lagu Frozen tanda ada panggilan masuk.
Aku mengelap air mata yang masih keluar tanpa henti-henti. Telefon yang berada di atas katil aku capai dan berada di balkoni.
Aku tengok si pemanggil di telefon aku adalah hanya terpampang nombor dia saja. Kening aku bertaut apabila melihatnya. Argh jawab je la kut2 ada benda yang penting.
Sebelum itu sempat aku betulkan suara sebelum aku meletakkan telefon di telinga aku.
"Helo?" suara serak seperti baru lepas menangis kedengaran oleh si pemanggil di talian sana.
"Halo, awak tak apa-apa kan?" kata seorang lelaki di talian sana.
"Ouh Kyran rupanya, saya tak apa-apa." kata aku cuba berselindung.
Pasal petang tadi aku tidak salahkan Kyran malah aku salahkan orang yang mengambil gambar kami secara diam. Sungguh dia sangat licik dalam hal ni, macam-manalah aku boleh tak perasan ada orang perhatikan kami berdua.
"Puteri, saya tahu awak tak okay sekarang ni saya pun dah tahu yang ada orang yang tangkap gambar kita pasal petang tadi. Saya jugak dah telefon orang pakar supaya siasat benda ni dengan teliti dan cari orang tersebut awak jangan risau ya?" kata Kyran di talian sana.
"Ouhh okay." kata aku tidak cakap banyak.
"Ni semua salah saya Puteri kalaulah saya tidak buang mask waktu tu semua ni takkan berlaku. Disebabkan saya, maruah awak terjejas tolong maafkan saya Puteri?"
"Ala relax lah my friend, ini bukan salah awak pun ini salah orang tu jer. Lagipun dalam gambar tu muka saya tak jelas pun, awak jangan risaulah ye?" kata aku cuba memujuk dia.
"Tapi, tapi banyak netizen yang comment bukan-bukan pasal awak, saya tak boleh terimalah orang kutuk awak! Kalau boleh sekarang jugak saya nak bersihkan nama awak!" kata Kyran yang marah pada dirinya. Di talian sana, Kyran mengenggam buku limanya dengan erat.
Aku ketawa kecil mendengarnya.
"Is sokay dear, dah lah saya nak letak handphone ni." kata aku dengan lembut.
Manakala Kyran pulak terasa hatinya berbunga-bunga apabila Puteri memanggil dia dear.
"Halo? Awak masih ada kat situ lagi kan?" kata aku mengerut kening kenapa dia tiba-tiba diam di talian sana.
"Yeah saya masih ada kat sini, kenapa?" tanya dia balik pada aku. Aku mengeluh perlahan.
"Saya mahu letak telefon dulu lah lagipun saya nak tido dah nyantuk."
"Ouhh dia ke? Good night sayang, I love you." kata Kyran di talian sana.
Ouh tidak!! Jangan cair hati! Haha apala.
"Hmm, ye darling good night too." kata aku tutup panggilan antara kami dua.
Aku tersenyum sendirian, agak-agaknya reaksi dia macam mana eh lepas aku berkata begitu. Terkejut tak hehehe. Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidur supaya dapat melupakan kejadian tadi walaupun hanya sebentar.
"Kakak, ayah nak cakap sikit dengan kakak boleh?"
"Boleh, ayah nak cakap apa." kata Puteri. Waktu kecil pun masih bijak dalam berkata-kata.
Ibu dan ayah Puteri berpandangan sebentar.
"Puteri, ayah dan ibu mahu cakap yang kami berdua sentiasa menyokong dan menyayangi Puteri walaupun kami berdua takde di sisi Puteri. Puteri kena ingat tu ya sayang?" kata ayah Puteri. Sekali-sekala dia melihat Puteri melalui cermin di belakang.
Ibu Puteri pulak berkata.
"Betui tu sayang, mama nak kamu sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan ya?Bila sudah tiba saatnya nanti kamu jangan fikir yang kami berdua sudah tinggalkan kamu ya? Ibu dan ayah akan sentiasa bersama Puteri. Puteri kena ingat itu ya sayang?" kata ibu Puteri.
Ibu Puteri membelai rambut Puteri perlahan-lahan di tempat duduk belakang. Manakala Puteri pulak masih tak faham apa-apa yang sedang berlaku.
"Kenapa mama dengan papa cakap macam tu?" Puteri dengan lajunya bertanya.
Belum sempat mama Puteri mahu berkata apa. Kereta mereka dilanggar dengan sebuah kereta yang sangat laju membelah jalan di hadapan mereka. Waktu tu pulak hujan dengan lebatnya menuruni laju ke tanah.
Srekk..Boooom.....
"Ergh, ibu ayah..." kata Puteri yang bersuara menahan kesakitan di badannya. Kepalanya berdarah dan banyak luka di badan. Dia mengerdipkan mata berkali-kali kerana pandangannya yang kabur.
Puteri terpaku sebentar melihat ibu dan ayahnya yang berdarah teruk. Ibunya luka teruk di badan disebabkan kaca yang banyak tertusuk di badan. Ayahnya pula sudah meninggal akibat terhantuk kepala pada stereng. Kepala ayahnya banyak mengalirkan darah. Serta merta dia menangis. Dia menggerakkan badan ibu dan ayahnya berkali-kali.
"Ibu, ayah! Bangunlah!"
Ibu Puteri masih belum meninggal tapi dia merintih menahan kesakitan di badannya.
Dia berkata perlahan.
"Pp..Puteri lari daripada sinn..ni nanti kereta meletup." kata ibu Puteri yang membuka mata sedikit.
"Ibu...Puteri tak mahu keluar sorang jomlah kita keluar sama-sama daripada kereta ni ibu..hiss ibu Puteri takut....hisss kenapa ibu dan ayah luka teruk ni." Dia menggerakkan lengan ibunya berkali-kali.
"Pergi daripada sini cepat Puteri! Ergh kat sini bahaya, kalau Puteri tidak mahu keluar daripada kereta ibu tidak akan bercakap lagi dengan Puteri." kata ibu Puteri yang masih bertahan.
Puteri berhenti menangis dan dengan polosnya dia turun daripada kereta. Yeah dia takut kalau ibunya tidak mahu lagi bercakap dengannya.
"Dik! Jauhkan diri daripada kereta tu!!" datang seorang lelaki yang dengan cepatnya mendukung Puteri untuk mengelakkan daripada terkena letupan.
Boooom!
Letupan itu membuatkan Puteri dan lelaki itu sedikit terpelanting.
Lelaki itu masih sedarkan diri selepas letupan tetapi Puteri seperti tidak sedarkan diri.
"Dik, bangun dik...bangun.." kata lelaki itu menggerakkan Puteri.
Puteri membuka perlahan matanya dan menggeleng kepalanya berkali-kali kerana kepalanya sangat sakit akibat hentakan kemalangan tadi.
Puteri bangun daripada atas tanah dan mengerutkan keningnya tentang apa yang telah terjadi.
Apabila melihat orang ramai yang bertungkus-lumus mahu memadamkan api sekarang dia sudah tahu yang kereta ibu dan ayahnya meletup.
"Ibu, ayah!!! Jangan tinggalkan Puteri!!" Puteri menjerit dan mahu pergi ke kereta tersebut tetapi dihalang oleh lelaki tadi.
"Jangan dik bahaya! Ibu dan ayah dik dah meninggal mereka dah takde selamanya dik." kata lelaki tadi yang memeluk Puteri daripada belakang supaya dia tidak mendekati kereta itu.
Serta-merta Puteri mengalirkan air mata. Itu tak mungkin...tak mungkin ibu dan ayah dah meninggal.
"Argghhh! Ibu, ayah janganlah tinggalkan Puteri! Puteri tak dapat hidup tanpa ibu dan ayah!" selepas Puteri meraung dan menangis akhirnya dia tidak sedarkan diri di situ.
************
"Argghhhhh!" Dengan serta merta aku bangkit daripada tidur. Air mata aku mengalir di pipi tanpa ku sedar.
"Mimpi tu....mimpi tu muncul lagi, aku fikir mimpi itu sudah tiada ternyata ia muncul lagi." Peluh sejuk mula merintik di dahi aku.
"Arghhhh!" aku mengusutkan rambut aku dan menyembamkan muka di lutut ku. Aku memeluk lutut ku dengan rapat, badan aku mula bergetar hebat. Yeah aku yakin penyakit aku datang balik.
Akhirnya tangisan aku bergema di dalam bilik ku di keheningan pagi. Hati aku berasa terlalu sakit. Nafas aku tidak teratur dan peluh sejuk mula membasahi di mana-mana.
Dada aku terlalu perit, aku menumbuk dada aku sekuat hati. Bibir aku ketap dengan kuat. Yeah aku rasa aku perlu makan ubat.
Aku dengan cepatnya turun daripada katil dan mencari ubat di dalam laci meja solek ku.
Bekas ubat pil itu aku buka. Dalam keadaan tangan aku yang bergetar hebat aku mengambil pil dengan banyak. Aku menelannya sekali gus. Botol yang berada di atas meja aku ambil dan meminumnya dengan rakus.
Aku mengambil ubat pam pula dan menyedutnya berkali-kali bagi menstabilkan nafas aku semula.
Aku terduduk di atas lantai dan memeluk lutut aku. Air mata aku tak henti-henti mengalir. Akhirnya aku tertidur di atas lantai.
************
"Good morning aunty!" kata aku menuruni tangga. Seperti biasa setiap pagi pasti aku akan mencium pipi aunty aku terlebih dahulu.
Apabila aunty aku melihat muka aku dia tercengang sebentar. Aku pulak buat muka pelik, adoi dia perasan ke.
"Hey kenapa ni." kata aunty aku yang memegang dagu aku supaya melihatnya.
Yeah terdapat sedikit lingkaran hitam di bawah mata aku. Muka aku pulak kelihatan seperti pucat mungkin aku tak cukup tidur semalam.
"Kenapa apa?" kata aku pura-pura tidak faham.
"Puteri cuba cerita dekat aunty, kamu tak cukup tidur kamu buat apa semalam? Ke mimpi tu datang balik?"
Malah aku hanya mengangguk. Anggukan aku membuatkan aunty aku terkejut.
Aunty aku menarik tangan dan kami duduk di kerusi makan. Dia berada di tepi aku.
"Jadi penyakit lama kamu datang balik?" aunty aku memegang tangan aku lembut.
Aku hanya mengangguk sahaja.
"Takpe, kalau begitu buat masa ni aunty rasa baik tak payah pergi butik lagi sebab aunty mahu sentiasa berada dengan kamu, aunty risaulah takut ada benda yang terjadi pada kamu lagi." kata aunty aku yang sangat risau dengan keadaan aku.
"Takpe ke aunty? Pelanggan tak ramai nanti kat butik?" tanya aku lembut.
"Pasal butik aunty tu tak payahlah kamu risau sekarang ni aunty cuma risaukan kamu sorang jer."
"Terima kasih aunty, sebab selama ni sentiasa bertungkus-lumus menjaga Puteri." kata aku memeluk aunty aku dengan erat. Aunty aku membalas pelukan aku.
'Puteri, sampai bila kamu mahu jadi macam ni, aunty yakin dan berharap sangat supaya kamu bahagia dan melupakan kisah perit itu.' batin aunty Puteri.
Share this novel