Bab 17: I challenge you

Romance Series 9772

Aku menyilangkan tangan ke dada ku dan bertentang mata dengannya.

"Encik, jangan buang masa saya boleh tak? Encik ni siapa? Kenapa encik nak jumpa saya? Kita berdua kenalkah?" kata aku melontarkan soalan bertubi-tubi kepada nya.

"Yeah, kita dua memang pernah kenal dan SANGAT kenal." kata Kyran menekankan perkataan sangat.

"Kenal? Macam mana kita dua boleh kenal?" kata aku yang masih menyilangkan tangan ke dada dan bertentang mata dengannya.

Kyran berdiri daripada duduk dan berhadapan dengan Puteri. Dia membuka perlahan-lahan mask yang dipakainya dan terpampang lah wajahnya yang sebenar.

Aku terlopong melihat dirinya. Sah betul sangkaan aku dia adalah Kyran kenapa dia nak jumpa aku pulak nih.

"Awak? Tapi kenapa awak nak jumpa saya? Awak kan dah jadi artis lagipun macam mana kalau orang ada nampak muka awak nanti tak ke naya?" kata aku.

Kyran mendekatkan jaraknya dengan Puteri. Dia memegang pipi Puteri dan mengelusnya dengan lembut menggunakan jari runcingnya.

"Kenapa? Awak mesti dah tau kan yang saya adalah Kyran anak Dato' Johanson. Lagipun kenapa kita tak boleh bertemu lagi seperti dulu? Saya rindukan awak Puteri rindu sangat tapi kenapa awak macam tak suka saja kita dua jumpa kat sini?" kata Kyran, yeah serta merta sudah tukar gelaran berawak saya.

"T..Tak saya suka dan senang apa dapat jumpa kawan sekolah saya lagi cuma macam tak percaya pulak sekarang awak dah jadi artis. Lepas tu sekarang makin handsome dan segak, cuma yang buat saya tak sangka orang yang menari dengan saya hari tu adalah awak, yang pasal sudi ke tak saya nak jumpa awak tu saya sudi jer cuma awak la yang asyik sibuk dengan shoot kan?" kata aku sedikit gugup.

Tangan Kyran yang memegang pipi Puteri beralih ke tangan Puteri.

Dia mengambil tangan Puteri dan menciumnya dengan lembut bagai Puteri nih adalah kekasihnya.

Aku pulak sudah terkaku, tadi pegang pipi sekarang cium tangan aku pulak. Entahlah kenapa aku tak larang dia berbuat begitu padahal aku paling tak suka orang lelaki pegang aku. Hmm, mungkin dia terlalu rindukan aku kut sebagai kawannya maybe? Jadi aku biarkan lah dia sentuh aku.

Kyran mengelus perlahan kedua-dua tangan Puteri dia menatap Puteri dengan mata yang sayu.

"Puteri, saya mohon sangat dengan awak tolong jangan tinggalkan saya lagi, tolong jangan tinggalkan saya tanpa berita? Jangan seksa hati saya lagi yang telah lama menanggung kerinduan yang teramat dan sakitnya apabila awak tinggalkan saya?" Kyran menitiskan air mata dan hal itu berjaya membuatkan aku terkejut.

Entah perkara apa yang merasuk aku, aku terus memeluknya dengan erat. Mungkin aku tak sanggup melihatnya terus-terusan menangis.

Aku menepuk perlahan-lahan belakangnya dengan lembut seperti seorang ibu yang menenangkan anaknya. Yeah aku dapat rasakan bahunya terhinjut-hinjut mungkin menahan satu perasaan iaitu perasaan apabila merindui seseorang. Yeah aku dapat rasakan perasaan tu, perasaan apabila orang tinggalkan kita dan perasaan apabila sakitnya merindui, mencintai dan menyayangi seseorang itu tetapi dia tinggalkan kita seorang diri dalam keadaan tergapai-gapai bagai kehidupannya telah gelap tanpa seseorang itu.

Apabila aku memeluknya aku bersuara dengan lirih dan lembut.

"Maafkan saya?"

"Sebab?" kata dia bernada sedih yang masih berada dalam dakapan aku.

"Sebab tinggalkan awak tanpa berita." kata aku bersuara lirih. Aku rasa mahu menangis pun ada apabila mendengar rintihan dia.

Aku tengok dia meleraikan pelukan kami berdua. Dia mengelap air mata yang berada di pipinya.

"Takpe, asalkan awak kembali ke pangkuan saya. Tapi awak jangan nangis pulak dah tak cantik muka tu nanti." aku tengok dia menghadiahkan aku senyuman manis. Senyuman yang sangat ku rindui dan senyuman yang mampu membuatkan sesiapa saja cair apabila melihatnya.

Dia mengelap air mata ku menggunakan ibu jarinya.

"Eh dia tu yang dok menangis macam budak kecik kata kat kite pulak." Maka kami berdua ketawa bersama-sama. Haih rindu pulak aku dengan dia waktu kat sekolah. Padahal kat sekolah dulu aku dengan dia tidaklah serapat begini tetapi bila dah besar jadi rapat pulak.

"Dah dah gelak tu, silakan duduk tuan Puteri patik mahu bicara sedikit dengan tuan Puteri ni." kata Kyran mempersilakan aku duduk.

"Baiklah tuan hamba beta akan ikut arahan kamu." kata aku balik. Kami berdua ketawa kecil sebelum duduk di kerusi bangku.

Aku melihat ramai orang sudah semakin berkurangan dekat sini. Mungkin mereka pergi ke taman lain.

"Hmm Puteri?"

"Ya?" aku memusingkan badan aku sepenuhnya untuk melihat dia. Aku tengok dia pusingkan badan seperti aku. Kami berdua berpandangan sebentar.

"Puteri, kenapa sepanjang awak berada di Filipina awak langsung tak contact saya? Awak tahu kan.. setiap hari saya menunggu panggilan daripada awak, tapi kalau saya yang telefon awak pulak yang tak jawab kalau saya messages awak pulak tak reply messages saya. Awak tahu kan sewaktu saya mendapat tahu yang awak telah pergi ke Filipina, hidup saya.....jadi kosong, hidup saya terasa begitu sunyi dan gelap tanpa awak di sisi." kata Kyran sambil menundukkan kepala.

Aku pulak yang jadi serba salah. Aku tak contact dia pun ada sebab munasabah tau? Aku bukanlah orang yang sekejam apa yang dia cakap tu.

"Hey, look at me." kata aku dengan lembut.

Apabila aku tengok dia masih menundukkan kepala aku mengangkat dagunya dengan lembut supaya melihat aku.

Kami berdua berpandangan dan aku menghadiahkan senyuman yang paling manis untuknya. Aip aip ni senyuman ikhlas tau.

"Kyran, saya tak contact awak selama ni saya ada sebab dia tersendiri. Sebab dia adalah handphone saya tu secara tak sengajanya saya terlanggar orang waktu ke airport nak ke Filipina jadi handphone saya tu jadi pecah dan rosak. Jadi saya rasa waktu tu lebih baik saya beli handphone lain dan handphone yang lama tu pulak ada nombor telefon awak dan saya dah buang dah pun. Jadi sebab tulah saya betul-betul tak boleh contact awak, maafkan saya Kyran?" kata aku panjang dan lebar. Disebabkan jarak kami terlalu rapat aku sedikit bergetar apabila bercakap.

Tapi aku berasa bersalah sangat selepas dia cakap begitu. Takkan dia tak boleh hidup tanpa aku. Takkanlah...

"Is sokay." kata Kyran yang melihat Puteri tanpa berkelip. Mata dia sedikit sembab kerana baru lepas nangis.

"Apabila kita lama tak jumpa awak semakin lain daripada yang lain and you're so beautiful in my eyes. Hanya awak sahaja yang saya pandang dan hanya nama awak saja yang tersemat di hati saya." kata Kyran yang menunjukkan dadanya. Seakan-akan dia mahu memberitahu yang dia sangat menyayangi Puteri.

Aku pulak sudah terkaku seperti patung. Dia.....dia masih cintakan aku ke?

"Dia ke? Saya rasa ada perempuan yang lebih cantik dan baik daripada saya. Takkan awak tak pernah pandang mereka sedikit pun. Lagipun awak kan handsome, bergaya, artis. Mesti ramai giler peminat awak terutamanya perempuan."

Aku tengok Kyran ketawa kecil selepas aku berkata begitu. Haih ape yang kelakarnya, tak faham betui aku dengan dia.

"Hehehe, apelah awak ni. Awak masih fikir yang saya mencintai awak sebab kecantikan awak? Tak Puteri, awak salah. Hanya awak sahaja yang boleh mencuri hati saya dan saya jugak akan sentiasa jadi milik awak."

Kyran, jadi milik aku? Series lah....dia terlebih makan ubat Panadol ke ape nih?

"Dan saya pasti akan membuatkan awak suatu hari nanti jadi milik saya selama-lamanya. Saya jugak akan mengambil hati awak yang selama ini awak tutupkan hati untuk mana-mana lelaki bukan?"

Huh! Boleh percaya ke ni?

"Takpe, saya cabar awak Kyran Andrew saya hanya akan bagi awak dua bulan sahaja untuk buatkan saya jatuh cinta dengan awak. Saya yakin orang macam awak pasti hanya dalam masa sekejap jer boleh mencairkan mana-mana hati perempuan, am I right?" kata aku mencabarnya. Heh apa yang kau buat nih Puteri?!

"Takpe saya terima cabaran awak, tapi kalau saya berjaya pikat hati awak, awak nak buat apa?" kata Kyran menggerakkan kening berkali-kali.

Aku mendekatkan jarak aku kepadanya. Aku tersenyum comel dan mengambil tangannya dan diletakkan di dada aku.

"Kalau awak berjaya memikat hati saya yang dah lama tertutup rapat seperti di gam gajah saya akan pastikan supaya saya sentiasa bersama awak dan menjadi milik awak." kata aku. Aku melepaskan tangannya daripada genggaman aku.

Yeah, aku terasa seperti mencabar diri aku sendiri. Aku tahu walaupun sekeras-kerasnya hati manusia ianya pasti akan menjadi lembut. Aku tahu perkara itu tapi, entahlah kenapa aku mencabar diri aku sendiri.

Lagipun kalau aku cintakan dia, layakkah aku bersamanya? Layakkah aku untuk dicintai dan disayangi?

"Takpe saya akan berusaha untuk dapatkan diri awak dan awak pasti akan jadi milik saya." kata Kyran membelai tanganku lembut.

Aku hanya tersenyum kecil. Entah lah aku pun tak pasti ape yang aku buat nih, cuma...aku takut kalau suatu hari nanti dia pasti akan buat aku terperangkap dengan namanya cinta.

"Awak, jomlah kita balik nanti kang aunty saya marah." kata aku. Yelah takkan nak duk sini sampai ke besok pagi pulak kan.

Aku berdiri dari tempat duduk ku tetapi ada suatu tangan yang memegang tanganku dengan lembut. Kyran bangkit daripada duduk.

Kening aku diangkat sebelah tanda kenapa.

"Saya mahu nombor telefon awak boleh? Nanti bolehlah saya telefon awak bila saya free." kata Kyran yang membuat antara ibu jari dengan jari kelingking di telinga.

Aku menghulurkan sebelah tangan ku padanya tanda meminta sesuatu.

Malah Kyran meletakkan tangan di tapak tangan Puteri dan menggenggamnya erat.

Eh dia ni kang! Orang mintak telefon yang dia pi bagi tangan dia tu dah pasaipa!

"Ehem, saya mintak telefon la bukan tangan awak." kata aku yang melihat tangannya bersatu dengan tangan ku.

"Ouhh....nah." dia menghulurkan handphonenya pada aku. Kini, tangan kami berdua tidak bertaut lagi.

Aku membuka password di handphonenya. Macam mana aku tahu password nya adalah kerana aku masih ingat lagi password sewaktu dia memberitahu aku dulu.

"Heh, nampaknya awak masih belum tukar password lagi." kata aku tersengih seperti kerang busuk.

"Dan saya tak sangka pulak yang awak masih ingat lagi password saya." kata Kyran.

"Yeah otak saya masih belum nyanyuk lagi la." aku memberi handphone kepada tuan badan balik selepas memasukkan nombor aku.

"Awak belum nyanyuk lagi ke atau......." Kyran mendekatkan dirinya dengan Puteri.

Aku pula melangkah perlahan-lahan ke belakang.

"Atau?" kata aku dengan gugup.

"Atau awak yang selama ni fikirkan saya, betui tak?" kata Kyran dia berhenti melangkah mendekati Puteri. Di hujung bibirnya terdapat senyuman nakal.

Hmm, ko rase?

"Hmm, soalan awak tu KBAT sangat lah. Apa kata awak..." aku berganjak pulak mendekatinya perlahan-lahan.

"jawab soalan tu mengikut kata hati awak sendiri. Kalau saya bagitau tak bestlah kan jadi awak carilah jawapan sendiri ya?" jari telunjuk aku diletakkan di dadanya berkali-kali. Aku mencarikkan senyuman misteri buatnya. Ha gituw!

Tanpa aku sedar dia memegang jari telunjuk aku yang diletakkan di dadanya. Oh Tuhan!

Ha ambik ko Puteri! Kan dia dah sentuh kau yang kau pun satu pi sentuh dia tu dah pasaipa! Saja cari nahas lah kau nih! Huh! Takpe benda macam ni kacang jer.

Dengan beraninya aku memegang tangannya dan melepaskan jari aku daripada genggaman. Aku jugak melepaskan tangannya semula.

"Hmm, saya pergi dulu lah ya?" kata aku yang mahu berganjak tapi ada suatu suara ni yang menerjah ke gegendang telingaku.

"Sebelum awak pergi saya nak tanya awak datang sini naik apa?" kata Kyran kepada Puteri yang membelakanginya.

Aku menolehkan badan untuk melihatnya.

"Tuu." Aku memuncungkan bibir ke arah basikal aku yang terletak berdekatan dengan sebuah pokok.

Apabila aku tengok dia seperti mahu kata sesuatu aku dengan pantasnya bercakap.

"Awak jangan risau sebab taman ni kan berdekatan dengan butik aunty saya, butik aunty saya pulak berdekatan dengan rumah saya. Jadi don't worry okay?" kata aku padanya.

"Oooo." Kyran beroh ria saja.

Aku pulak tanpa berkata apa lagi pergi daripada tempat itu. Cuaca pulak semakin kelam nanti tak pasal-pasal aunty aku pulak yang membebel.

Apabila aku sampai ke basikal aku sempat aku lihat dia melambaikan tangan ke arah aku. Aik dia nih tak mau balik ke apa.

Aku membuat isyarat tangan menguruh dia balik. Dia pulak membuat isyarat tangan supaya suruh aku balik dulu. Hmm, lantak kau la Kyran.

Aku pun ada nampak sebuah kereta yang mewah. Hmm, mungkin tu kereta dia.

Aku apa lagi cau daripada situ la. Sebelum tu sempat aku lambai tangan pada dia.

Sepanjang perjalanan ke rumah ku yang memakan masa beberapa minit, sempat lagi aku menyanyi lagu ikan kekek mak iloi iloi, ikan gelama mak ilai ilai.

Kyran's pov

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah kereta ku. Aku berjaya masuk ke dalam kereta dan mula menutup pintu. Sebelum aku startkan ejen sempat aku cari nombor telefon dia di handphone aku. Aku mahu cari nama apa yang dia buh dalam handphone aku.

'Your naughty girl'

Serta merta aku tersenyum manis apabila melihat skrin telefon aku. Your naughty girl, masih seperti nama yang sama seperti dulu. Dia masih ingat lagi detik-detik dia bersama Puteri sewaktu di sekolah.

Pertemuan kami yang pertama mulai dari kebencian tetapi setiap kali kami berdua bersama akan lahir perasaan iaitu menyukainya. Tetapi perasaan itu jugak semakin bertambah dan perasaan itu bukan hanya sekadar suka sahaja malah bertukar menjadi cinta dan sayang. Yeah hanya dia seorang sahaja yang mampu membuatkan hati aku tertarik.

Aku tersenyum manis sebelum menstartkan ejen keretaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience