Bab 8: Am I beautiful?

Romance Series 9772

"Aunty! Aunty buat apa tu?" jerit aku yang mahu turun daripada tangga.

"Ye! Aunty kat sini nih!" jerit aunty aku di ruang tamu.

"Wah aunty tengok cerita hantu ke?" kata aku gembira dan melabuhkan sofa bersebelahan aunty aku.

"Ha'aa Puteri kan suka tengok cerita hantu lagipun malam Sabtu kan selalunya ada movie jadi aunty layan je lah."

" Tulaah tv nih macam tahu-tahu pulak yang Puteri nak tengok cerita hantu, hehehe." aku ketawa kecil.

"Ouh dia ke? Ermmm Puteri?"

"Ye aunty?" aku yang sedang ralit tengok tv memusingkan badan untuk melihat aunty aku.

"Nanti esok malam ni Puteri nak pakai baju apa?"

"Entahlah aunty rasanya Puteri pakai baju besa-besa je kot."

"Laa kenapa tak bagitau kat aunty?"

"Takpe aunty, tak payahlah beli baju baru buat bazir duit jer." Yelah aunty aku kan dah banyak tolong aku takkan aku nak susahkan dia pulak.

"Tak maksud aunty kamu boleh pakai gaun yang arwah ibu punya sebab seingat aunty dah simpan semua baju arwah ibu kamu, aunty yakin ada baju sesuai sangat untuk Puteri pakai nanti."

"Hah dia ke aunty? Wah bestnya mesti gaun arwah ibu Puteri cantik kan?"

"Ye memang pun, Puteri nak cuba try dulu?"

"Nak, nak, nak!"

"Jom kita ke bilik aunty sebab aunty simpan banyak baju arwah kepunyaan ibu."

"Terima kasih aunty! " Aku rasa seperti mahu menangis pun ada apabila memikirkan arwah ibu aku.

Ibu adalah seorang wanita yang sangat cantik dan diminati oleh ramai kaum lelaki. Tetapi hanya ayah aku sorang jer yang dapat memenangi hati ibuku. Ibu, ayah semoga kalian tenang di sana. Aku mengusap air mata aku dengan cepat supaya tidak dilihat oleh aunty aku.

************

Keesokan harinya....

Kyran's pov

"Hmm agak-agaknya sekarang Puteri buat apa eh? Ermmm nak call atau tidak ? Call atau tidak? Call je lah."

Aku buat keputusan untuk call dia. Hehe, saja nak kacau dia waktu-waktu ni.

Jap hari tu dia save nombor dia dekat handphone ni tapi dia save pakai nama apa eh.

Tiba-tiba aku terjumpa suatu nama yang menarik perhatian aku dalam contact phone nih. Huh! Dia save 'Your naughty girl' dalam handphone aku? Berani jugak dia eh?

Aku tersenyum sendiri dan menelefon dia.

Puteri yang manis ada panggilan, sila angkat sila angkat.

"Haih sapa pulak yang call aku nih? Nombor pun aku tak kenal, arhh angkat je lah kut2 lah ada panggilan penting."

Aku menjawab panggilan tersebut dan terdengar lah suara lelaki di talian sana yang menerjah ke gegendang telinga aku. Jap2 dia Kyran ke? Macam suara dia.

"Halo? Ni siapa yang call saya ya?"

"(Tersenyum miring) Aik kau tak kenal aku ke..... my naughty girl?" jawab talian di sana.

Aku mengetap bibir dengan kuat. Haih rasa bersalah pula buh nama tu dalam handphone dia.

Aku memicit kepala aku sebentar dan menjawab panggilan tersebut.

"Huh! Kau Kyran? Apasal kau call aku nih? Aku takde masa lah nak berhubung dengan kau."

Ambik kau! Perkataan yang paling manis aku lontarkan.

"Woo woo janganlah marah ye aku nih takkan kau tak kenal suara aku?"

"Kenal, keeenaaaal sangat-sangat. Hah awak call saya ni dah kenapa?"

"Kau jadi pergi kan majlis untuk malam nih? Bukan apa kut2 lah kau tu malas sangat nak pergi."

Hey! What the cat! Dia kata aku malas.

"Takde maknanya saya malas nak pergi awak tu lah mungkin akan terlalu malas,malas dan malas untuk pergi ke majlis nanti lagipun awak tu lelaki mestilah tak suka majlis-majlis bagai ni kan betui tak darling?" kata aku dengan sinisnya.

'Arhh, dia kata aku malas heh nasib baik dia panggil aku darling kalau tidak siap lah dia nanti.' batin Kyran.

"Ouhh no2 kata-kata kau salah sama sekali apa-apapun malam ni kan kau akan menyanyi so aku mestilah hadir kan untuk bagi semangat kat kau tak gitewww."

"Hisy dah lah saya letak telefon dulu bye!"

"Eh kejap-kejap! Malam nih sapa yang hantar kau ke sekolah?"

"Huh! Untuk pengetahuan awak encik Kyran aunty saya akan hantar dan ambil saya kat sekolah untuk malam nih jadi awak tak yah susah-susah ye? "

"Hmm, is sokay."

Automatik aku letak panggilannya itu yelah nak cakap apa lagi letak je lah.

***************

"Puteri dah siap dah ke tu, lama kebenor kamu siap nanti lambat pula kamu nak pergi majlis." panggil aunty aku dari bawah.

"Ye2 Puteri dah siap dah ni aunty." aku turun daripada bawah dengan gaun yang telah tersarung elok di tubuh aku.

"Wah cantiknya Puteri! Aunty bila tengok Puteri nih rasa macam arwah ibu hidup balik pula." kata aunty aku yang mahu menangis.

"Ala aunty ni jangan lah nangis nanti tak comel tau? Puteri nak menangis lah kalau macam nih." kata aku cuba memujuk. Aku memegang tangan aunty aku.

"Aipp dia pun! Tak, aunty tak nangis pun jomlah nanti lambat pula kita nak pergi."

"Betui nih aunty dah tak nangis dah ni?" kata aku untuk kepastian.

"Ye, betui aunty tak nangis dah jomlah kita pergi nanti lambat pulak." kata aunty aku yang menarik tangan aku.

"Hmm okey jom."

"Nanti waktu Puteri nyanyi nanti Puteri jangan nervous pulak ye, Puteri cuma kena nyanyi dengan tenang tanpa mempedulikan orang ramai yang memandang Puteri." kata aunty aku memberi nasihat.

"Hehehe ye aunty Puteri tau." kata aku tersenyum manis ke arah aunty aku.

***********

Aku berjalan perlahan-lahan ke dewan di mana ramai pelajar dan guru riuh-rendah dalam majlis ini.

Aduih mana Farah ni aku dah lah seorang diri nih.

Kyran's pov

Aku melihat ada seorang perempuan yang memakai pakaian gaun berwarna putih campur merah jambu yang sedikit bercorak bunga menarik perhatian aku.

Adakah tu Puteri? Kalau benar tu dia, aku rasa dia lah orang yang paling cantik sekali yang aku lihat daripada sebelum-sebelum nih.

Aku membuat keputusan untuk datang ke arahnya dan menyapa disebabkan dia keseorangan.

Aku bagitau pada kawan-kawan aku bahawa aku mahu pergi sebentar.

Aku membawa jus tembikai dan orange bersama aku dan pergi ke arahnya.

Puteri's pov

Haih bosan lah kalau macam ni dok sorang-sorang, cikgu pun tak bagitau lagi bilanya nak buat persembahan. Aku mengeluh sebentar.

"Hai Puteri, kau seorang diri je ke?"

Aku lihat ada orang menyapa aku dan aku kenal sangat suara tu. Siapa lagi kalau bukan si Kyran.

Aku mendongak sedikit ke atas disebabkan aku duduk manakala dia berdiri.

Automatik aku terpaku dan berdiri melihat dirinya yang begitu sempurna di mataku.

Aku lihat dia mengenakan pakaian formal dan sangat sesuai di tubuhnya.

Bila aku lihat dia berpakaian macam nih dia nampak seperti orang dewasa yang berumur 20 an daripada umur 16 tahun.

Haih kenapa dengan kau nih Puteri? Kenapa kau tak boleh berganjak mata daripada melihat dia.

Aku tengok dia melambaikan tangan ke arah aku. Oh my! Aku termenung tengok muka dia tu pasaipa! Untuk keberapa kalinya aku dah malu!

Aku lihat dia mendekatkan dirinya pada aku dan berbisik sesuatu di telinga aku.

"Why? Kau terlalu terpegun dengan muka aku yang handsome ni. Am I right?" kata Kyran yang berbisik.

Ouh no! Why this man always praise himself?

Aku hanya menjulingkan mata ke atas tanda jengkel dengannya.

"Hey kenapa aku rasa kau ada kekurangan sedikit. I mean kau masih ada sesuatu yang kurang pada diri kau sekarang nih."

Kurang? Apa yang kurang? Isy macam-macamlah!

"Apa yang kurang encik Kyran lagi bijaksana?" kata aku tersenyum padanya.

"Rambut kau. Aku tengok kau selalu sangat ikat rambut kau."

"Ish biarlah kat saya nak buat apa pun dengan rambut saya nih sama ada nak lepas atau tidak apa kaitan dengan awak pulak?"

Tanpa meminta izin pada aku terlebih dahulu, dia sudah merungkai ikatan rambut aku yang sudah payah aku ikat menjadi kemas.

Ouh Puteri sabar jelah dengan dia nih.

Aku sudah malas mahu marahnya kerana membazir air liur jer bertekak dengan dia nih.

" Hah baru cantik kalau kau lepas rambut, aku yakin mesti akan ada orang puji dengan kecantikan kau ni." kata Kyran yang menselitkan rambut ke telinga aku.

"So, awak rasa saya cantik juga? Am I right?"

Kyran tidak menjawab apa malah hanya menyuakan jus oren pada aku.

"Ala saya tak mau jus oren." kata aku sedikit merengek.

"Habis? Kau nak air apa?"

"Saya nak air tu." aku memuncungkan mulut ke arah jus tembikai yang di pegang oleh Kyran.

"Air ni? Tapi aku dah minum dah tadi."

"Takpe-takpe awak bagi jer air tu yang penting saya tak mau jus oren saya nak jus tembikai jugak." kata aku nekad dengan keputusan aku.

Kyran hanya mengikut apa yang dikatakan oleh aku. Malas mahu bertekak.

Akhirnya kami berdua bertukar tangan.

Kyran pula hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat aku yang minum jus tembikai dengan rakus. Dahaga wei dari tadi tak minum!

'Walaupun dahaga still memilih minuman.' batin Kyran yang menggeleng kepala berkali-kali. Dia mencarik senyuman manis perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience