The Pearl Of My Life Bab 10

Drama Series 16236

MALAM PERTAMA bagi pasangan yang baru di ijab kabulkan. Bilik pengantin yang cantik dan indah dihiasi cadar baldu berwarna merah dan dilapik pula dengan sehelai kain putih yang suci. Durrah merapikan tempat tidurnya. Kain putih yang di lapik ke atas tilam ditarik durrah dan di simpan ke dalam laci.

"Ish ni mesti kerja ibu." Durrah syak mak leha yang menaruh kain putih itu. Keluarga mereka memang sangat sinonim dengan adat dan budaya orang dulu-dulu.

"Assalamualaikum sayang" Aydan melangkah masuk ke dalam bilik. Langkah nya makin rapat dengan Durrah. Tubuh Aydan memeluk Durrah dari belakang.

"Waalaikumussalam"

Durrah membiarkan diri nya dalam pelukan Aydan. Dia tidak membantah.

"Terima kasih sebab terima bie jadi suami sayang"

Aydan duduk di atas katil dan Durrah duduk di samping nya. Tangan durah di pegang erat.

"Kenapa awak pilih saya? Awak tak pernah hubungi saya langsung untuk bincang perkara ni." Dengan lembut Durrah menyoal Aydan.

"Awak? Panggil bie, sayang kena biasakan diri dari sekarang panggil bie."

Tangan Aydan mengelus lembut pipi merah isterinya.

"Sejak kali pertama bie jumpa sayang. Bie dah jatuh cinta pandang pertama. Bila bie dapat tahu sayang dah ada Fikri bie kecewa."

"Tapi awak masih nak kahwin jugak dengan saya?"

" Sayang, kekasih tak semestinya jodoh. Selagi masa tu sayang bukan isteri dia kenapa bie tak boleh menikahi sayang?"

Durrah terkedu mendengar ucapan Aydan yang masih menggenggam erat tangan nya.

Tangan Aydan perlahan menarik Durrah baring. Baju melayu yang di pakai Aydan di buka. Perlahan Aydan mencium dahi isteri nya lalu turun ke pipi dan bibir mungil Durrah di kucup perlahan. Durrah gementar hati nya meronta-ronta. Bagaimana harus di hadapi situasi ini. Bersama dengan suami yang dia tak cinta?

"Sayang dah sedia?" Tanya Aydan sambil membuka butang baju tidur dipakai isterinya.

"Awak ! "

Durrah bangun terduduk menepis tubuh Aydan yang ada di atas tubuhnya.

"Kenapa sayang ? Sakit ke? Bie ada tekan dekat tempat yang sayang tak selesa?"

Aydan risau dia terlalu gelojoh sehingga tak sengaja menyakiti isterinya.

"Saya tak sedia. Perkahwinan kita terlalu cepat. tentang diri awak pun saya tak kenal."

"Oh, dah tu kenapa sayang setuju masa kadi tanya tadi?" Soal Aydan dengan nada yang perlahan.

Durrah tercengang dengan soalan suami nya. Durrah merasa bersalah pada Aydan. Durrah tidak sepatutnya tanya begitu. Kini Aydan sah menjadi suaminya. Dia sepatutnya menghormati dan menunaikan kewajiban seorang isteri.

"Saya.. saya minta maaf. Saya tak .."

Durrah cuba memujuk Aydan. Walaupun Aydan berkecil hati dengan jawapan yang diberi Durrah, Aydan menghormati keputusan isterinya itu.

"Tak apa malam ni kita rehat bie tutup lampu dulu."

Mendengar jawapan Aydan membuat kan gadis itu sangat bersalah. Lampu di matikan, Aydan tidur di samping Isterinya. Aydan terasa kaku selepas hak nya di tolak.
Untuk mengelakkan Durrah tahu akan trauma Aydan. Aydan memilih untuk keluar dari bilik itu seketika mengambil angin malam untuk tenangkan hati nya.

Aydan melangkah kaki keluar dari bilik itu. Durrah menoleh agaknya Aydan betul-betul kecil hati dengan percakapan nya tadi.

'kesian pulak dekat dia. Mesti terasa hati dengan aku. Durrah, Durrah dia tu suami kau. Sepatutnya kau tak boleh buat dia kecik hati macam tu.'

Bercakap sendiri di dalam hati. Durrah cuba paksa untuk pejam mata seketika menunggu Aydan balik ke dalam bilik semula.

"Eh abang Aydan tak tidur lagi? Malam ni kan malam pertama."

Danial yang sedang menonton televisyen ditemani emak di samping mengusik manja Abang iparnya itu.

"Aku rasa aku kena buat rawatan lagi. Aku taknak kakak kau tahu aku ada trauma."

Aydan mengelus dada nya. Danial yang mendengar kata-kata Aydan terus bangun dan duduk di samping Aydan. Perlahan danial menggosok belakang Aydan.

"Tarik nafas dan hembus. Abang cuba istighfar pejam mata. Tenang kan fikiran Abang." Dengan kemahiran yang Danial ada dapat membantu sikit meredakan kan trauma Aydan.

Durrah merasa tidak sedap hati. Makin lama dia pejam mata makin dia merasa lagi bersalah pada Aydan. Dia cuba keluar dari bilik itu mencari Aydan. Melangkah ke ruang tamu melihat Danial meredakan Aydan. Durrah musykil apakah yang di lakukan Adiknya pada suami malangnya itu.

"Adik kenapa dengan abang?" mendekati danial nada durrah seperti makin gelisah melihat suami nya yang pucat.

"Kakak abang Aydan ni sebenarnya"
Belum sempat Danial habiskan ucapannya Aydan memegang sekilas lengan Danial isyarat supaya tidak bagitahu pada isterinya akan trauma yang dialami.

"Awak jom kita masuk awak macam tak sihat ni." Durrah mendekati Aydan memujuk suami masuk dan berehat di dalam bilik.

"Bie tak larat nak bangun sayang, sayang pergi lah tidur dulu. Bie ok."

Dengan lembut Aydan menolak pelawaan isterinya. Bukan apa, Aydan takut jikalau Durrah kecewa dengan keadaan Aydan jika trauma nya datang lagi.

"Bie saya akan jaga bie lepas ni. Jom kita masuk, dekat luar ni sejuk nanti bie lagi sakit."

Pujuk Durrah sekali lagi.

Entah kenapa dengan pujukan isterinya itu gejala trauma yang dialami itu makin reda. Namun dia masih berpura-pura lemah ingin mendapatkan perhatian isteri comel nya itu.

"Adik bantu kakak papah abang kamu masuk ke bilik. Kakak nak rebus air panas sekejap."

Durrah melangkah kaki ke dapur.

"Baik kakak."

Danial membantu Aydan ke dalam bilik, danial keluar pintu bilik di biarkan terbuka jikalau Aydan panggil mudah didengari.

Aydan yang berbaring di katil menggosok dada nya.

'aku memang kurang kasih sayang sangat ke? Bila Durrah pujuk aku, tiba tiba je gejala itu berkurangan. Hari tu dekat hospital sekali.'

Bisik hati Aydan. Durrah masuk ke dalam bilik pintu bilik dikunci. Durrah melabuhkan punggungnya di samping Aydan.

"Bie minum air suam ni dulu."

Aydan mendengar suara lembut isterinya, membuat kan hati nya berbunga-bunga.

"Terima kasih sayang"

Aydan memegang lembut tangan isterinya.

"Kenapa?"

"Sebab sudi panggil bie."

"Saya kena biasakan diri jugak kan? Lagipun bie dah jadi suami saya."

Bahagia mendengar kan kata kata Durrah. Malam ini Aydan dah boleh tidur lena dengan di temani bidadari di sebelah.

...........

Pagi-pagi di temani bunyi burung menyanyi, petani-petani turun ke sawah. Danial menyiapkan sarapan. Sementara itu Ayong datang dari pintu belakang.

"Assalamualaikum tak jawab dosa."

Ayong terus melangkah kaki masuk ke dapur.

"Waalaikumussalam dah Jawab tak dosa"
Danial yang sedang membasuh kuali menjawab Salam dari Ayong.

"Eh ! Anak bujang yang masuk dapur? Mana yang lain?

Sindiran Ayong di sokong Danial. Makin kuat mereka menyindir dua orang pengantin yang tidak tahu nak bangun lagi.

"Ya lah kakyong, orang lain bahagia menyulam cinta, kita ni hanya mampu menyulam roti jala."

Ketawa Ayong mendengar kan Danial bermadah.

"Kau tak pergi kejutkan diorang ke?" Saran ayong pada Danial.

"Buat apa? Malas lah nak ganggu."

"Ni bukan soal ganggu. Matahari dan naik tinggi diorang masih tak bangun lagi. Tak elok kalau macam tu. Subuh diorang bangun ke tak?"

Danial hanya menjongket bahu sahaja. Menikmati roti jala air tangan nya. Pandai sungguh anak bujang ini memasak.

Manakala Aydan dan Durrah masing-masing sedang nyenyak mengulit mimpi. Mendengar kan nada dering telefon bimbit milik Aydan, pelukan suaminya di lepaskan.

"Hello?" Durrah menjawab dengan nada nya yang masih mengantuk.

"Along? Jadi tak nak balik KL petang ni?"

"Awak, awak ni adik awak call"

Aydan yang tengah mamai menarik Durrah dan di peluk erat isterinya. Tidak perasan panggilan telefon belum di matikan.

"Sedapnya peluk isteri bie ni."

"Awak ni adik awak telefon lah" Aydan terus melepaskan pelukannya dan menjawab panggilan Fateh.

"Along takkan tidur lagi kot. dah pukul 8.30am dah."

Terkejut mendengar jawapan Fateh terus melihat jam di telefon nya.

"Sayang bangun mandi cepat. Kejap lagi kita nak balik KL" mengelus lembut pipi gebu isterinya. Durrah menyambung mimpi yang tergendala akibat panggilan telefon tadi.

"Sayang ! Kita tak solat subuh ke?"

"Subuh?"

Dengan pantas Durrah bangun dari mimpi nya. Masing-masing terus bergegas ke bilik mandi. Durrah dan Aydan cuak melihat Ayong dan Danial yang sedang menikmati sarapan. Aydan tidak menghiraukan mereka terus masuk ke dalam bilik mandi. Durrah dengan segan silu duduk di kerusi menyapa mereka.

"Selamat pagi. Makan roti jala je"
Durrah tersengih seperti kerang busuk.

"Ya lah, roti jala je yang sempat." Ayong Menjeling nakal kepada sahabat nya.

"Nyenyak betul korang tidur. Sampai tak sedar langit dah cerah."

Danial menyindir kakak nya itu. Durrah hanya tersenyum malu.

Keluar Aydan dari bilik mandi hanya bertuala tanpa baju. Melihat kan Ayong di meja makan. Aydan terus bergegas masuk ke bilik dan memakai pakaian nya. Sementara giliran Durrah pula mandi.

Di meja makan Aydan dan Durrah menikmati roti jala yang di masak oleh Danial sambil ditemani adik ipar. Sementara Ayong menguruskan emak.

" Danial lepasni kau duduk rumah kondominium aku. Mak biar duduk dengan kami."

Aydan memberi saranan nya sambil menghirup secawan kopi.

"Baik abang"

"Sayang, kejap lagi kemas barang-barang emak dan sayang. Hari ini kita pindah duduk KL"

"Kenapa cepat sangat? Saya belum siap apa-apa lagi."

Jawab durrah menatap tulus mata suaminya.

"Bie kan kerja sana. Sayang pun kena ikut tinggal dekat sana lah. Lagipun bie akan upah doktor merawat sakit emak."

Jawapan Aydan menyenangkan hati Durrah. Akhirnya mak akan dirawat. Selama ini dia beradik itu selalu memikirkan cara untuk mengumpul wang demi rawatan untuk emak. Mujurlah ada suami yang baik hati dan penyayang yang sanggup berbakti pada mertuanya.

........

Di kediaman Tuan Omar. Fateh menemani Mama dan papa nya menikmati sedikit kuih muih. Jarang keluarga ini makan makanan yang berat ketika sarapan. Untuk mengelakkan daripada mengantuk apabila perut sudah kenyang.

"Abang perasan masa majlis akad nikah hari tu Durrah macam tak gembira langsung."

Tuan Omar membuka kata. Fateh memandang sekilas ke arah Tuan Omar.

"Mana papa tahu dia tak happy? Biasalah tengah gugup apa pun dah tak fikir." Jawab ringkas Fateh.

"Ke Along kamu je yang bersungguh-sungguh nak menikah dengan Durrah sedang kan dia tak sukakan Along kamu?"

Tuan Omar bertegas sambil menatap ke arah Fateh.

"Papa ni macam penyiasat pula."

"Lagipun abang. Kan aydan yang pilih nak bercinta selepas nikah. Perlahan-lahan lah mereka pupuk Cinta tu."

Puan Bahira tahu Tuan Omar risau jikalau hanya Aydan sahaja yang mencintai Durrah tapi Durrah sebaliknya. Naluri sang Ayah juga sama seperti ibu. Melihat kan reaksi menantunya seperti tidak gembira dengan perkahwinan tersebut mengundang pelbagai prasangka Seorang bapa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience