The Pearl Of My Life Bab 19

Drama Series 16236

Selesai solat subuh seorang diri. Aydan melipat sejadah yang digunakan ketika solat, dan di simpan ke dalam Almari. Menerawang sekilas ke wajah merah isterinya, Aydan cuba menggerakkan isterinya yang lena di ulit mimpi tanpa mendekati atau menyentuh sang isteri.

"Sayang bangun ! Dah subuh, nanti subuh gajah pulak"
Baju kemeja bewarna merah di sauk ke Badan tegap nya.

Sedikit tersentak mendengarkan suara parau suaminya. Durrah merentang-rentangkan anggota badan sebaik sahaja bangun dari tidurnya.

"Bie dah ok ke?"

Melihat suaminya berpakaian kemas membuat Durrah hairan dan terkedu. Masakan waktu seawal pukul 6:45am Aydan ingin berangkat ke pejabat. Selalunya Aydan sengaja melengah-lengahkan masa ke pejabat hanya kerana ingin lebih masa bersama isterinya. Soalan Durrah di abaikan Aydan.

"Bie tak sehat lagi kan? Hari ni bie tak payah pergi kerja ya? Sayang buatkan bubur nasi lauk kangkung kicap untuk bie"

Durrah mendekati suaminya, tangan kanannya menekap pada dahi Aydan. Dia ingin tahu jika sakit Aydan sudah kebah atau belum. Melihatkan Aydan yang diam membatu saat ditanya membuat dia tersentak mengingatkan kembali apa yang berlaku tadi malam sehingga kan suaminya bertukar menjadi pendiam.

'Ya Allah ! Patutlah suami aku tak bercakap langsung. Semalam aku dah sakitkan hati dia. Mesti dia kecewa teruk dengan aku.'

Perasaan yang kesal datang bertimpa-timpa. Malu Durrah, bagaimana cara dia berdepan dengan suaminya setelah aydan berkecil hati dengan kata-kata nya.

"Bie ! sayang.."

"Saya kena pergi Pulau Pinang Empat hari. Danial tak ikut. Jaga emak elok-elok."

Saya? Kenapa Aydan membahasakan dirinya begitu? Sedang kan dia lah yang selalu beria mencipta panggilan manja suami isteri itu.

"Kenapa tiba-tiba bie? Bie tak bagitahu sayang pun nak kena pergi outstation? Bie ! Sayang minta maaf. Sayang terlalu ikutkan perasaan semalam."

Masih berdiri di depan almari pakaian. Aydan membatu. Mendengar kan kata-kata isterinya membuat kan Aydan meragui ketulusannya.

"Tak apa. saya dah maafkan, Lagi pun saya terlalu fikirkan perasaan saya sampai lupa fikir hati saya. "

Kata-kata Aydan membuat hati Durrah bagai kaca hempas ke batu. Kolam matanya sudah berkaca. Akhirnya pipi gebunya dihujani air mata kecewa.

"Tak perlu pura-pura cinta kan saya kalau dalam fikiran awak masih ada lelaki lain. Ya ! Saya salah sebab dah menikah dengan kekasih orang" Aydan memegang wajah sayu isterinya.

Aydan melepaskan segala yang terbuku di hati nya. Tipulah kalau dia tidak sedih melihat airmata isterinya yang jatuh itu. Namun dia harus tegas dengan pendirian nya. Bukanlah niat dia ingin menghukum hati isterinya. Cukup hanya ingin mengajar isterinya menerima takdir yang telah tertulis.

"Saya tinggalkan kad ni untuk awak. Nafkah awak untuk bulan ni. Khamis baru saya balik."

Aydan mengucup lama dahi isterinya. Tubuhnya tenggelam dalam pelukan. Apa yang harus Durrah lakukan untuk menghalang Aydan dari tinggalkan Durrah dalam keadaan hati masing-masing tidak tenang.

Durrah sendiri ragu-ragu dengan perasaan dirinya sekarang. Dia sudah mula sayang kan Aydan tapi pada masa yang sama dia masih rindukan Fikri. Dua orang lelaki dalam hati seorang perempuan.

Jam menunjukkan waktu makan tengahari telah tiba. Ayong keluar kan bekal yang di bawa nya dari rumah sewa. Nasi putih dan tomyam daging itulah menu tengahari Gadis yang baru merantau ke negeri orang.

"Bau apa ni?"
Aurell keluar dari daun pintu pejabatnya setelah bau tomyam menembusi masuk ke ruang kerja nya.

"Maaf cik ! Dah ganggu masa cik. Saya pergi makan dekat tempat lain ya." Risau Ayong jika telah melanggar peraturan di tempat kerja.

"Eh ! Tak apalah U boleh makan kat sini. I nak mintak sikit tomyam tu boleh?" Aurell tersengih malu.

"Boleh cik."

Dengan pantas tomyam di bahagi dua ke dalam mangkuk. Ingatkan dia akan dimarahi majikannya tapi sebaliknya. Sikap Aurell yang terlalu ramah dengan bawahan nya membuat kan pekerja di situ senang bekerja lama dengan Aurell.

"Emm ! Sedapnya u masak sendiri?"

"Ya cik." Ayong mengangguk.

"Saya memang pantang kalau ada tomyam. Walaupun pun i pernah accident kerana tomyam. tapi itu tak membuat kan i benci nak makan tomyam."

"Cik pernah accident kerana tomyam? Encik kena langgar dengan kereta ke motor?" Soal Ayong ingin tahu.

"Bukan accident macam tu lah" Aurell tergelak kecil.

"I terlanggar dengan sorang staf dari syarikat Sumayyahent Sdn Bhd tempoh hari. Ala lelaki yang buat kecoh kat sini kelmarin tu." Suapan terakhir Aurell di suap ke dalam mulut.

"Danial?"

"U kenal dia? Boyfriend U ke?"

"Eh ! Bukan boyfriend. saya ni lebih kurang macam kakak angkat dia lah, kakak dia tu kawan baik saya dekat kampung. Pengarah dekat syarikat Sumayyahent Sdn Bhd tu pulak Abang ipar Danial."

"Ohh ! I see. Tapi dia memang poyo. Sorry i terjujur pulak "

Terbahak-bahak Aurell mentertawakan adik sahabatnya. Ayong juga turut geli hati mendengar majikannya terhibur atas umpatan beliau terhadap Danial.

"Uhuk ! Siapa pulak yang sebut nama aku ni."
Tersedak Aydan ketika sedang ralit menyelesaikan tugasannya. Tiba-tiba telefonnya berdering, nama Kakak ku yang kolot tertera di skrin telefon.

"Assalamualaikum Adik abang Aydan pergi Penang kan?"

"Walaikumusalam , ya kenapa?" Tangan Danial leka menaip papan kekunci komputer nya.

"Bagi kakak alamat hotel Abang?"

"Kakak nak buat apa? Abang Aydan kerja lah kat sana."

"Adik ! Tolong kakak, kakak kena jumpa Abang Aydan jugak." Tangisan Durrah membuat Danial tak keruan.

"Kakak bergaduh dengan abang Aydan ke?"

"Tolong hantar alamat abang Aydan ye dik?" Tak putus usaha Durrah merayu Adik nya.

"Kakak nak pergi sana ke? Nak pergi dengan apa? Mak siapa nak jaga? Esok baru saya cuti. Nanti saya bagitahu abang dulu." Jelas Danial panjang berjela.

"Kakak dah mintak tolong Alisya jaga emak. Kakak boleh pergi sendiri naik bas. Adik jangn bagitahu Abang, nanti dia jauhkan diri pulak kalau tahu kakak nak pergi sana. Adik hantar alamat ya?"

"Ya lah , ya lah," Danial menghela nafas perlahan.

*******
G HOTEL GURNEY GEORGETOWN

"Akhirnya ! Yusuf Aydan Tuan Omar ! Dah lama kita tak jumpa." Sapa Dato Yahaya salah satu rakan kongsi Tuan Omar.

"Dato' apa khabar" saling berjabat tangan

" Alhamdulillah baik ! Dah besar panjang anak sulung Omar ni. Single or taken? "

Usik Dato' Yahaya pada anak buah nya itu.

"Aydan dah kahwin Dato'"

"Alhamdulillah. dah Berapa orang anak?"

"Belum ada lagi, kami baru menikah nak masuk empat bulan dah."

Mendengar soalan Dato' Yahaya Aydan terus teringatkan Durrah. Apalah yang Durrah sedang buat di rumah.

" Mana isteri? Tak bawak sekali ke?"
Dato' Yahaya melihat sekeliling mencari kelibat isteri kepada Anak buahnya itu.

" Isteri Aydan jaga emak kat rumah. Maklumlah emak strok tak boleh berjalan."

Aydan menyambung lamunan nya yang terhenti tadi. Seharian ini Aydan langsung tidak menghubungi isterinya itu. Durrah pun terus mendiamkan diri. Satu mesej pun tidak dikirim.

" G hotel Gurney? Alhamdulillah, sampai jugak Georgetown. Mana nak cari dia ni?"

Setibanya di Georgetown. Durrah tak ubah bagai rusa masuk ke kampung. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Pulau Pinang. Kagum nya melihat keindahan bandar itu. Sampai lupa tujuan utama nya ke situ. Telefon bimbit di keluarkan dari perut beg tangan nya. Nombor Danial di dail.

" Hello Adik ! Kakak dah sampai Georgetown dah. Dah dekat depan Hotel ni. Tapi kakak tak tahu nak masuk macam mana?"

Durrah tidak henti melihat sekeliling.

" Kakak masuk je tunggu kat lobi. Abang Aydan sekarang ada majlis makan malam dengan business partner dia. Nanti Abang aydan akan lalu jugak kat lobi tu. Atau kakak nak saya call bagitahu Abang?"

"Tak payah ! Kakak tunggu je dekat lobi."

Kedegilan mula menguasai diri wanita itu.
Durrah melabuhkan punggung kecil nya di sofa setelah melangkah masuk ke ruang menunggu di Hotel. Sudah satu jam Durrah menunggu namun batang hidung Aydan pun tidak kelihatan sehingga membuatkan Durrah terlelap di sofa itu.

Bersahaja Aydan berjalan, ke dua tangan di masukkan di sisi poket seluar slek nya. Melangkah masuk ke ruang menunggu di Hotel. Aydan memandang sekilas ke arah penyambut tetamu tiba-tiba langkah nya terhenti setelah melihat seorang wanita bertubuh kecil seakan isteri nya.

"Takkan Durrah. Pelanduk dua serupa kut. "

Aydan terus kan langkah nya dan abaikan wanita itu. Hati mula menjadi gelisah seperti merasakan wanita tadi itu Durrah. Walaupun dia baru mengenali isterinya tapi dia terlalu yakin kalau isterinya itu tidak akan tinggalkan emak seorang diri di rumah.

" Hello ! Danial kau tidur kat rumah aku malam ni, tengokkan Durrah dan emak."

"Aik ! Abang tak jumpa kakak ke?" Danial soal kebingungan.

Aydan tercengang mendengar kan jawapan Danial. Patutlah dia merasakan tidak senang hati dari tadi rupanya wanita itu sememang nya Durrah. Tanpa membuang masa. Aydan terus keluar mendapatkan Durrah.

"Cik ! Cik ! Maaf cik, cik tak boleh tidur kat sini."

Mendengar kan suara itu Durrah tersentak dari lelap nya.

" Maaf cik, suami saya ada check in dekat hotel ni. Bilik suami saya 305. "

Durrah bangun dari duduknya dan menanyakan soal suami nya di hotel itu.

" Cik ada pas? Kalau cik tak ada pas. Cik tak di benarkan naik atas."

Wajah nya mula menjadi sayu. Sekali lagi Telefon di keluarkan di mulut beg tangan nya. Nombor Aydan mula di dail nya. Sekian lama berkeras akhirnya terdetik juga untuk menghubungi suaminya.

Keluar dari daun pintu kotak besi itu. Aydan terus berlari mendapati isterinya. Langkah terhenti sebaik sahaja melihat isterinya yang ingin melangkah keluar dari hotel itu.

" Durrah Haura !"

Suara itu menghentikan langkah nya. Durrah menoleh ke belakang. Aydan terus mendekati Durrah tubuh kecil nya di peluk ketat oleh Aydan. Dahinya di kucup kuat. Hati aydan bagai nak pecah setelah tahu wanita tadi ialah isterinya. Durrah memecahkan tangisan dalam pelukan Aydan. dia merasa sangat di pinggir oleh suami nya jikalau dia hampir di usir dari situ.

" Dia isteri saya." Hanya tiga patah perkataan sahaja yang di katakan Aydan kepada penyambut tetamu si situ.

Tangan Durrah di tarik Aydan menuju ke bilik. Kehadiran nya tanpa membawa kelengkapan diri hanya ditemani beg tangan nya sahaja.

Melihatkan suaminya yang menggetap bibir membuat Durrah membekukan kata. Mana tidak nya seorang wanita berseorangan pula di tempat yang asing baginya memang sangat membahayakan nyawa. Namun yang harus dimarahi bukan lah Durrah tapi Danial. Kerana sanggup tidak beritahu tentang kedatangan isterinya. Nahas lah Danial jika Aydan pulang nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience