Menghitung hari menunggu masa dan saat menjadi isteri. Inai di tangan menjadi penyeri Raja sehari. Busana putih di pakai bagaikan puteri. Haruman Jasmin mewangi seluruh tubuh sang permaisuri. Durrah haura gadis putih bermata jingga idaman para lelaki. Namun dirinya sebentar lagi akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak dia cinta.
Hari yang bermakna bagi Durrah dan keluarga. Hari di mana dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki juga pilihan hati nya. Namun apabila dia melabuhkan punggung di atas kerusi pelamin, lelaki yang duduk di depan kadi bukan lah Fikri.
"Kenapa dia?" Ayong di sebelahnya di tarik Durrah soalnya perlahan sambil mengetap bibir tanda geram.
"Durrah dengar, pinangan haritu bukan dari Fikri. Tapi pinangan tu dari Aydan. Orang yang sarungkan cincin itu mama aydan." Perlahan Ayong meredakan hati sahabatnya.
Air mata berharga mengalir perlahan. Membasahi birai tudung bawal bewarna putih. Hati nya meronta-ronta ingin meraung. Tangisan terus mengalir tidak henti. Tapi apakan daya majlis telah dipenuhi orang ramai. melihat emak yang duduk di atas kerusi roda membuat kan hati nya lagi pedih. mana mungkin dia teriak di majlis seperti ini. dia tidak mahu emak malu dengan sikap nya.
'ya Allah kuat kan hati ku. Kuat kan hati ku demi emak. Mungkin ini lah jawapan sebenar istikharah ku. Bantu lah aku melupakan orang yang tak selayaknya ya Allah.'
bisik suara hati gadis mutiara itu. Menatap mata emak, mulutnya seperti terkunci tidak tahu apa yang ingin dikatakan.
"Saya kena tanya dulu lah sebelum di akad nikah kan. Pengantin perempuan Durrah Haura binti Abdul Rahman adakah kamu setuju dikahwinkan dengan Yusuf Aydan bin Mohammad Omar tanpa paksaan?"
"Ya saya setuju"
Durrah menjawab soalan kadi dengan yakin tanpa ragu ragu. Danial terharu melihat kakaknya yang tidak mengikut kata hati apabila dijodohkan dengan bukan pilihan hati nya.
"Jadi, pengantin lelaki pun dah setuju mari kita mulakan. Bismillahirrahmanirrahim Aku nikahkan Yusuf Aydan bin Mohammad Omar dengan Durrah Haura binti Abdul Rahman yang di wakil walikan adik nya kepada ku dengan mas kahwin Rm 1000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Durrah Haura binti Abdul Rahman dengan mas kahwin sebanyak Rm1000 ringgit tunai."
Hanya dengan sekali lafaz sahaja Durrah Haura sah menjadi isteri serta sepenuh hatinya kini milik Yusuf Aydan. Gembira melihat Aydan pelukan haru papa nya merubah suasana menjadi sayu.
Air mata Durrah terus menbasahi pipi gebunya. Rasa sedih bercampur haru. Durrah melontar sekilas senyuman kepada emak. Air mata emak di kesat lembut oleh Danial.
Ketika Aydan membaca Taklik air mata jantan nya menghentikan bacaan itu. Memandang sekilas ke arah gadis yang telah menjadi isteri nya sebentar tadi. Danial dan fateh meredakan suasana hati jejaka tampan itu.
"Papa!" Nama yang pertama di panggil. Aydan terlalu gemuruh. Risau pulak jika trauma nya datang menyerang.
Durrah yang panik melihat situasi mula menjadi kacau itu bangun berhadapan terus menatap mata Aydan tanpa menyentuh.
"Awak! Saya tahu awak gemuruh. Saya tahu awak boleh buat." Makin sayu hati Durrah memberi kan kata kata semangat untuk lelaki tanpa cinta nya.
Senyuman terukir di bibir Aydan. Perasaan gemuruh pergi sekilas melihat wajah sayu isterinya. Aydan kuatkan hati nya membetulkan duduknya dan meneruskan bacaan taklik yang tertunda tadi.
Sesi Batal air sembahyang. Aydan bangun dan melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Kali pertama dia akan menyentuh isterinya gemuruh yang dia rasa membuat kan tangan nya menjadi sejuk serta menggigil.
"Kenapa tangan menggigil tu? Dah sah jadi isteri dah. dah boleh pegang, dah tak haram dah."
Usikan kadi membuat semua tetamu ketawa melihat pengantin lelaki yang terlebih gemuruh dari pengantin perempuan.
"Bismillahirrahmanirrahim Anna uhibbuka fillah. tahibuni fi sabil allahi.
ajealni akhar min 'ahibik
(Aku cintaimu kerana Allah. Dunia akhirat ku kerana Allah)"
Cincin permata di sarung ke jari manis isteri nya. Tangan sejuk isteri di genggam ketat Aydan. Ciuman pertama isteri di tangan nya mengusir rasa gemuruh. Aydan membalas ciuman nya di dahi isteri. keringat gemuruh itu tidak menghalang ciuman pertama Aydan pada Durrah.
"Tahniah encik akhir nya sah jadi abang ipar saya."
"Apa encik, encik? Lepasni kau kena panggil aku abang."
Danial berasa kekok dengan Saranan Aydan supaya memanggil nya abang. Sudah setahun lebih bekerja Danial tidak pernah memanggil bos nya dengan panggilan lain selain encik. Hari ini dia kena biasakan dirinya untuk memanggil Abang.
"Durrah ya ?"
Sapa Puan Bahira dengan mesra. Durrah bangun di samping emak membalas sapaan Puan Bahira dengan hormatnya.
"Ya makcik.."
Terkesima seketika Puan Bahira mendengar perkataan Makcik dari mulut Durrah. Tergelak kecil Makcik itu.
"Panggil mama. Kita belum berkenalan lagi kan? Hari tu masa bertunang sekejap sangat sampai tak tahu nak sembang apa."
"Maaf mama Durrah tak tahu."
"Tak apa mama faham. Untung Aydan dapat Durrah. Cantik comel. Pandai jaga emak."
Pujian yang di lemparkan pada menantunya sangat membuat kan Durrah senang. Dia mula ingat kembali keluarga Fikri tidak menyukai dirinya hanya kerana emak yang sakit. Tetapi berbeza dengan keluarga Aydan. Yang menerima baik emak.
"Durrah, mama nak pesan suami itu anugerah Allah untuk wanita yang bergelar isteri. Cinta tu boleh dipupuk bila bila saja. Hanya hati kita kena ikhlas terima takdir yang dah ditulis ini. Aydan anak yang baik. mama dan papa yakin Aydan pasti takkan sia-sia kan Durrah."
Panjang lebar puan Bahira bercerita Durrah hanya membalas dengan anggukan dan senyumn tipu sahaja. Mungkin sakit hati masih terasa mana tidaknya dia berasa seperti di tipu oleh keluarga tentang siapa gerangan yang bakal menjadi suaminya
Tiada kalimat yang pantas diucapkan kecuali rasa syukur kepada Tuhan yang maha esa atas selesai nya majlis kesyukuran sebelah perempuan. Majlis berjalan dengan lancar, para tetamu menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan oleh katering.
Lengan Danial di tarik Durrah. Langkah yang laju memasuki bilik pengantin. Pintu bilik di kunci.
"Adik ! Puas buat kakak macam ni?"
Menggigil seluruh tubuh Durrah, genggaman tangan nya menunjukkan diri begitu marah dengan tindakan Adik nya yang di anggap keterlaluan itu.
"Apa yang adik buat?" Dengan senang Danial menjawab.
"Kenapa dia? Kenapa bukan Fikri?"
"Fikri tak bagitahu kakak yang dia kena kahwin dengan orang lain?"
Terduduk Durrah mendengar kata-kata Danial. Sekali lagi air mata nya mengalir. Sudah naik sembab mata pengantin baru kerana begitu kecewa di hari pernikahan.
"Fikri datang jumpa adik. Dia bagitahu dia terpaksa lepaskan kakak sebab keluarga dia nak kahwin kan dia dengan orang lain. Dia yang larang adik bagitahu kakak sebab dia taknak kakak cari dia dekat rumah. Dia taknak makcik Senah hina kakak lagi."
Danial duduk di sebelah Durrah, tanggan Durrah di genggam erat oleh Danial.
"Kakak percayalah ini jodoh kakak yang sebenarnya. ada hikmah di setiap ujian yang Allah berikan. Berhenti lah ingat dia. Kita hanya habuk di mata mereka."
Durrah kehabisan kata-kata. Dia tidak tahu bagaimana harus menggambarkan situasi hati pada suami nya nanti. Apa yang harus dia lakukan untuk mendapatkan kembali semangat yang hilang? Adakah dia akan berterus terang tentang perasaan dia pada Aydan?
Dari luar pintu bilik Aydan mencuri dengar perbualan mereka. Aydan tahu kalau isterinya suka kan lelaki lain. disebabkan dia yakin dengan jawapan istikharah nya dia jadikan Durrah sebagai pemilik hati nya.
"Assalamualaikum. saya nak tumpang solat asar sekejap ya?"
Aydan mengetuk pintu dari arah luar. Danial bergegas membuka kunci pintu lalu keluar dari bilik pengantin. Danial memberi ruang kepada Aydan kalau-kalau ada yang ingin dia bicarakan dengan Durrah.
"waalaikumussalam" Jawap Durrah hati nya seperti gementar melihat jarak Aydan perlahan mendekati dirinya.
senyuman nakal yang terukir di bibirnya membuat kan hati durrah berdegup laju.
'kenapa dia pandang aku macam tu? jangan jangan dia nak buat sesuatu pada aku? tapi, aku isteri dia yang sah. dia boleh je kalau nak..'
Fikiran Durrah yang kotor itu membuat kan ekspresi muka nya senang di baca Aydan. Makin dia gementar makin dekat Aydan dengan nya.
"bie nak solat asar. bie tunggu sayang ambik wudhuk kita solat sama sama" Jarak dirinya dengan Durrah boleh dikatakan sangat rapat sehinggakan Durrah seakan boleh mendengar detak jantung Aydan.
'dia bahasakan diri dia bie? dan bahasa kan diri aku sayang? aku dengan fikri pun bahasa kan diri saya dan awak je'
bisik Hati Durrah. cepat sungguh Aydan memainkan peranannya sebagai seorang suami tak bagi ruang langsung pada Durrah untuk menerima situasi begitu. namun apakan daya status isteri telah sah dipikul nya.
"Ok saya pergi ambik wudhuk"
Dengan pantas dia bangun dari katilnya dan keluar dari pintu bilik yang panas itu. Aydan hanya tergelak kecik melihat sikap comel isterinya.
"Rupanya dia tergugat jugak dengan aku"
bicara Aydan sendiri.
Di luar para tetamu sudah berkurangan. Puan Bahira dan tuan Omar mencari Aydan tetapi tak tahu kemana pergi anak sulungnya itu. Hari sudah petang.
"eh Danial ! Aydan mana ? kami nak balik hotel ni!"
Tuan Omar yang melihat jam di tangan menanyakan Danial mana anak lelakinya menghilang.
"Encik Aydan dekat dalam bilik"
"Apa? dekat dalam bilik. Angah pergi panggil Along malam ni dia kena tidur hotel dulu. selepas bersanding baru mereka boleh bersama."
Mendengar kan suara Tuan Omar yang lantang itu tetamu yang tersisa ketawa lucu melihat gelagat pengantin sorang itu.
Sedang elok Aydan dan Durrah selesai solat Pintu bilik pun di ketuk fateh. Aydan yang berkain pelikat berbaju singlet membuka pintu.
"ada apa?"
Fateh melihat abangnya dari atas ke bawah. fikiran kotor nya datang lagi.
"Along dah?"
"dah"
Dengan bersahaja Aydan menjawab. Durrah melihat sahaja akan suaminya tidak berkata apa. hanya duduk di atas katil Hanya berbalut sepasang telekung.
"Along. papa cakap malam ni Along kena tidur hotel dulu. esok selepas bersanding baru along boleh bersama. Along ni memang tak sabar sangatlah."
Fateh lajukan percakapan nya. dia pulak yang berasa malu melihat situasi begitu. kotor sungguh fikiran Fateh ni ya.
"Apa benda nya? kitorang memang bersama. tapi bersama solat asar. Kau tak solat ke?"
Danial yang melihat situasi ketawa riang. melihat kan Fateh yang malu. muka Fateh bertukar menjadi kemerahan. dia hanya sampai kan apa yang harus disampaikan. dan dia melihat apa yang di lihat. tapi di tak berfikir apa yang Abang nya fikir. itu lah Fateh Adik yang lurus bendul.
Share this novel