The Pearl Of My Life Bab 3

Drama Series 16236

Di pagi hari suasana yang indah, embun pagi perlahan jatuh ke atas dedaun. Burung-burung terbang mencari makanan.

"Selamat pagi encik! Pagi ni saya sempat beli kan nasi lemak makcik leha je." Selalu nya Danial sediakan makanan yang di masak sendiri untuk Aydan. Kali ni Danial tidak sempat masak untuk Aydan kerana
terlupa kunci jam

"Selamat pagi! Tak apa lah nasi lemak pun sedap jugak. Jom makan sekali lepas ni kita terus gerak." Nasi lemak yang sedap pun di suap ke dalam mulut Aydan.

"Hari ni tak ada apa apa rancangan encik. Esok ada meet and great dengan ejen dari nilai. Malam pula ada majlis makan malam dekat Hotel The Zon bersama usahawan muda."

Begitu lah kerja Danial setiap hari selain menjaga bos nya, dia juga akan mengingatkan jadual harian bos nya.

"Batalkan apa-apa program esok dan lusa Kita balik kampung."

"Tapi encik majlis meet and greet tu wajib encik"

"Bukan muflis pun kalau aku tak pergi majlis tu."

Keras kepala Aydan dari dulu memang tak ada siapa yang boleh melembutkan.

"Harini kita balik kedah ya encik?"

"Harini kita balik Sekinchan"

Jawapan Aydan menghairankan Danial.

"Sekinchan dekat dengan kampung saya encik" senyum Danial sambil garu kepala nya yang tidak gatal.

"Yes thats right" aydan menjeling dan tersenyum sinis.

"Habislah Bos nak pergi rumah pulak kena bagi tahu kakak ni." (Suara hati Danial ternyata begitu runsing sekali).

Aydan seakan boleh membaca buah fikiran pembantu peribadi nya itu terus menghulurkan secawan kopi yang masih ada kopi kepada Danial.

Danial terus menuang kopi ke dalam cawan itu. Kuat sungguh hairan danial kepada Aydan hampir tumpah kopi itu.

"Eh ada lagi kopi ni. Maaf encik, nasib baik tak tumpah." Gelabah Danial berlapang dada nya.

"Danial, danial risau betul kau aku nak pergi kampung kau. Jangan risau kakak kau bukan taste aku." Tipu Aydan kepada Danial, kalau tidak hasrat nya untuk melihat Gadis seperti mutiara itu musnah.

Danial menghubungi Durrah tapi tidak di jawab. Danial terus menghantar pesanan kepada kakak nya sebelum mereka memulakan perjalanan.

'kakak adik nak balik kampung hari ini'

'balik je lah, selama ni kau balik tak bagitahu pun.'

'adik bawak bos adik'

'kenapa pulak bos kau nak marah kakak ke?'

'dia nak merasa suasana kampung sambil melawat mak je.'

'nak tidur sini ke?'

'jangan risau bos adik tak akan tidur dekat rumah tu. Dia kan berlagak.'

'ok baik'

selesai danial ber gosip dengan Durrah, mereka meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sekinchan.

DI RUMAH DURRAH

Di bawah pokok jambu, pohon yang rendang itu. Durrah dan sahabat nya Ayong sedang mengait baju yang ditempah oleh pelanggan atas talian mereka.

Durrah dan Ayong dahulunya masing-masing belajar di universiti yang sama. Bidang yang di ambil mereka juga sama. Mereka suka menjahit. Selepas mereka mendapat segulung diploma mereka hanya duduk di rumah menunggu panggilan pekerjaan. Sambil itu mereka membuka tempahan baju kait di atas talian.

"Ayong lepas ni kau tolong aku masak ya."

"Selama ni kau masak tak pernah ajak aku pun. Kau nak ajak aku makan sekali ya." Sindir Ayong kepada Durrah.

"Danial nak balik harini. Dia nak bawak bos dia sekali." Mata Durrah yang tertumpu pada kaitan nya.

"Bos dia nak datang? Eh bos dia tu hensem tak?" Ayong terus melepaskan kaitan nya.

"Hensem" dengan bersahaja Durrah menjawab.

"Ok kejap lagi kita nak masak apa ya?" Gedik Ayong.

"Ayong kau jangan nak gedik sangat kau tu tunang orang." Nada Durrah mengigati sahabat nya itu.

"Gurau sikit tak boleh. Kau nak masak apa ni?" Ayong menukar suasana, meredakan hati Durrah yang marah itu.

"Memandang kan danial nak balik. Aku nak masakkan dia makanan kesukaan dia. Aku nak masak ikan patin tempoyak."

"Ok aku faham, ikan patin aku lah yang jadi mangsa kan?." Ayong menyoal Durrah.

"Mestilah aku nak dua ekor" Durrah selalu mengambil ikan patin dari kolam ikan Ayong.

Bapa ayong pak saad memelihara ikan sungai di kolam buatan nya sendiri. Ikan patin yang dipelihara pak Saad masih belum membiak dengan banyak. Tetapi demi sahabat yang baik hati itu. Ayong sanggup memberi dua ekor ikan patin untuk Durrah.

DI DALAM KERETA AUDI R8. KERETA MILIK AYDAN.

Dalam perjalanan Danial sedang memandu kereta milik Aydan. Manakala Aydan di sebelah nya asyik melihat suasana sawah padi di perjalanan menuju ke kampung danial.

"Encik kenapa kita tak naik kereta Proton vios je? Lagi luas dan selesa kalau encik nak baring." Tanya Danial kepada Bos nya.

"Kereta ni dah lama aku tak pakai. Kalau di biarkan lama nanti rosak pulak." Jawab Aydan kepada soalan Danial.

Semasa dalam perjalanan danial ternampak ada seorang peniaga yang menjual buah berangan di pinggir jalan. Danial memberhentikan keretanya dan meminta izin Aydan untuk keluar membeli.

"Encik saya berhenti sekejap ya. Saya nak beli kan kakak saya buah berangan tu."

"Kakak kau suka makan buah berangan ke?" Soal Aydan seperti ingin tahu.

"Eh, ini kegemaran dia encik. Masa kecil dulu kami selalu makan..."

Danial tergelak kecil melihat sikap bos nya yangsedemikian. Aydan juga tidak pernah bercinta. Walaupun usia Aydan sudah 26 tahun, sikap nya itu seperti ke anak-anak kan.

usai masuk ke dalam kereta danial melihat ke arah Aydan sambil tersenyum.

"Encik beli banyak-banyak ni untuk siapa?"

"Aku beli untuk kakak kau lah." Aydan menjawab dengan bersahaja.

"Encik suka kakak saya ke?" Soal danial mata nya terus memerhati ke arah bos nya itu.

"Danial! Dengan siapa kau tanya ni?" Aydan senyum sinis.

Danial tanpa berkata apa-apa terus meneruskan perjalanan yang tertunda itu.

SETELAH SELAMAT SAMPAI KE KAMPUNG SEKINCHAN.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sekinchan itu memakan masa selama dua jam. Sampai sahaja di rumah Danial. Danial mempersilakan Aydan masuk ke dalam rumah Aydan yang tidak semewah rumah nya.

Dari kecil Aydan tidak pernah merasa hidup susah. Dia seakan kekok ketika naik ke atas rumah kayu itu.

"Duduk lah encik sofa tu bersih." Danial seakan perli bos nya itu. Berani sungguh si Danial ni.

Aydan menghiraukan percakapan danial. Dia terus melihat sekeliling dan turun ke dapur meletakkan plastik buah berangan di atas meja makan.

Durrah sangka kan sahabat nya Ayong terus masuk ke dapur dari pintu belakang sambil memegang setangkai bunga kantan.

"Ayong, cepat nya kau pergi kedai." Durrah yang tidak memakai tudung. Rambut panjangnya di ikat menjadi tocang satu. Setelah dia perasan Aydan ada di situ dia terus lari mencapai tudung nya yang berada di ampaian belakang rumah.

Aydan hanya mampu tergelak kecil melihat kecomelan kakak danial itu.

Danial turun ke dapur kerana terdengar suara kakak nya menjerit.

" Mak mana kakak?" Soalan pertama yang keluar dari mulut danial selepas melihat kakaknya itu.

"Mak ada kat atas dalam bilik. Mungkin mak tengah tidur. Tadi mak baru je lepas makan ubat." Laju nya Durrah menjawab. Jantung nya seperti berdegup kencang selapas terperanjat tadi.

"Danial kata awak suka makan buah berangan." Aydan menyapa Durrah.

"Oh ya! Terima kasih banyak. Saya memang suka buah berangan ni. Tuan duduk lah dulu saya naik atas sekejap."

Durrah meninggalkan Aydan seorang diri di dapur.

Aydan menjenguk masakan Durrah. Dia sangkakan gadis itu lupa menutup api masakkan nya sehinggakan kuah tempoyak menjadi kering.

Aydan menggunakan kepakaran nya. Tanpa memakai apron. Aydan menambah sedikit air. Tambahkan daun kesum dan bunga kantan. Aydan juga ternampak ada buah kundur di atas sinki. Dia ambil dan potong buah kundur tersebut lalu di masukkan ke dalam masakan tersebut.

Danial turun ke dapur melihat bos nya sedang memasak, Dia tidak hairan melihat bos nya itu memasak.

"Bos perlu kan apa apa lagi?" Soal Danial.

"Tak ada apa dah. Aku cuba tambah air je. Masakan kakak kau ni hampir nak hangus tadi." Aydan menutup api dapur.

Danial membantu Aydan mencedok lauk ke dalam mangkuk. Sementara Aydan bantu membasuh perkakas dapur yang tertumpuk di dalam sinki.

Di halaman rumah ternyata suara Fikri Aiman memberi salam. Fikri ialah kekasih hati Durrah. Fikri juga seorang guru di kampung itu mula jatuh cinta dengan gadis ini sejak di zaman universiti lagi.

Lelaki yang tinggi lampai berkulit sawa matang itu tidak mungkin ditolak oleh gadis seperti Durrah. Ciri-ciri yang ada pada Fikri cukup meyakinkan Durrah untuk mencintai nya.

"Assalamualaikum Haura" panggil Fikri dari arah luar.

"Waalaikumussalam"

Durrah menjenguk di balik pintu, dia tidak sangka yang datang itu kekasih hatinya.

"Eh, awak! Masuk lah Danial ada balik" Durrah menjemput Fikri naik ke rumahnya.

Selalunya Fikri tidak akan naik ke rumah Durrah jika tiada Danial. Maklumlah masing-masing bukan siapa-siapa lagi. Nanti ada pulak orang yang bercakap buruk pasal mereka.

Ayong baru pulang dari kedai. Motor LC nya di parkir di tepi tangga rumah. Mulut membebel seorang diri marah akan kereta yang masuk ke parkir motor nya.

"Kereta buruk siapa lah parkir dekat tempat moto aku ni. Takut sangat kereta dia kena hujan kot." Marah punya pasal si Ayong lupa menanggalkan helmet di kepala.

Durrah dan fikri turun ke dapur melihat dua jejaka itu menyiapkan hidangan.

"Eh kakak lupa tempoyak kakak atas dapur." Durrah baru teringat kan masakan bergegas ke dapur melihat periuk yang di gunakan tadi telah di basuh.

"Dah siap dah encik Aydan tolong sambung masakan akak yang tak sempat siap." Danial mencelah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan.

Aydan melihat ke arah lelaki yang berdiri bersebelahan dengan Durrah itu. Dia hanya menunggu saat Durrah perkenalkan lelaki itu kepadanya.

"Eh! Fikri bila balik?" Sapaan pertama dari Danial.

"Kelmarin lagi aku balik. Hari ni singgah nak melawat makcik sekejap sebelum balik ipoh" Jawab fikri sambil bersalaman dengan Danial.

"Eh! Kenal kan ini bos aku dari Kuala Lumpur Encik Aydan" Danial memperkenalkan Aydan kepada Fikri.

Fikri berjabat tangan dengan Aydan. Aydan menyambut baik salam fikri.

"Saya Fikri kekasih Durrah" belum Aydan tanya terus Fikri memberi tahu bahawa Durrah itu kekasih nya.

Nampak nya muka dua jejaka ini masing-masing berubah menjadi kemerahan.

Fikri tergugat dengan kehadiran lelaki lain di dalam rumah itu. Dia melihat tatapan Aydan pada Durrah lain macam sekali.

"Hai! Dah sampai dah orang jauh." Suara Ayong dari atas yang sedang turun dari tangga kedengaran sangat teruja sekali.

Hubungan Ayong dengan Danial sangat rapat seperti adik beradik kandung.

Di meja makan terhidang beberapa jenis lauk pauk kampung. Ikan patin masak tempoyak salah satu hidangan utama kegemaran Danial.

"Wah encik! Pandai jugak encik masak ikan patin tempoyak ni. Saya tak pernah makan sesedap ni." Puji Danial pada Aydan.

Suasana mula menjadi canggung.

Layanan Fikri yang sungguh mesra dengan Durrah memeritkan pandangan Aydan.

"Durrah kau ke yang masak tempoyak ni? Kenapa lain rasanya." Ayong mencelah sambil berkali-kali menghirup kuah tempoyak itu.

"Encik tambah apa dalam kuah ni tadi?" Durrah menyoal Aydan mata nya menatap tulus ke anak mata Aydan.

"Awak rasa? Tak akan tak nampak apa yang saya letak kat dalam tu" aydan menjawab nada nya seakan seperti orang yang sedang cemburu.

Danial melayani bos nya itu, Ayong yang merasakan sesuatu tentang mereka berdua terus merubah suasana.

"Encik Aydan. Encik aydan dah kahwin?" Soal Ayong sebelum menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Belum, saya baru bertunang." Aydan menjawab. Tangan kanannya di celup ke dalam mangkuk berisi air bersih.

Durrah tersedak. Fikri hairan melihat Durrah tersedak. Dia berfikir Durrah dan Aydan ada menyembunyikan sesuatu pada nya.

"Aik ! Encik, bila pulak encik bertunang? Kenapa saya tak tahu?" Soal Danial yang terkejut dengan kata kata Aydan.

"Masa dekat hospital haritu. Tapi tak sangka tunang aku tu ada lelaki lain." Aydan mengeluarkan kain sapu tangan dari mulut poket seluarnya dan mengelap mulut.

Durrah hanya mendengar kan sahaja kata kata yang keluar dari mulut Aydan. Dia tidak berani mencelah takut nya kekasih nya akan buruk sangka pada nya.

"Ish, ish, ish, jahat betu tunang encik kan. Dah dapat lelaki yang hensem, tinggi putih macam ni pun boleh cari lelaki lain lagi. Kalau saya lah tunang encik tu memang buta lah saya ni."

Ayong yang seronok bercakap itu tidak tahu gadis yang dimaksudkan aydan itu kawan baik nya sendiri.

Aydan hanya mengetap bibirnya Menahan emosi.

Danial yang melihat keadaan bos nya itu sangat faham gerak geri itu. Danial meredakan suasana hati bos nya tidak mahu trauma nya datang di saat begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience