The Pearl Of My Life Bab 5

Drama Series 16236

Di kediaman Tuan Omar. Puan Bahira sedang menggoreng cucur udang. cucur udang Puan Bahira ialah kuih yang sangat di sukai Aydan. hari-hari Puan Bahira kirim pada Anak bongsunya Fateh. Fateh Ridzwan adalah adik bongsu Aydan.

Fateh adalah HR di syarikat Sumayyah ENT. sebelum ke pejabat mesti Fateh akan membawa kiriman Mama nya itu. Walaupun Aydan hanya lah anak tiri nya. kasih sayang dia terhadap Aydan sama seperti Fateh. Cuma entah bila lah Aydan dapat anggap diri nya itu seperti emak kandung nya.

"Angah ! mama dah siap kan cucur udang satu untuk Angah, satu untuk Along. Along punya tak ada kucai. kuah kacang ni Along kamu tak suka sejuk. nanti panaskan dalam microwave dulu."

hari hari benda yang sama keluar dari mulut Mama nya.

Fateh hanya mengangguk. kerana hari hari Puan Bahira bercakap benda yang sama. sikit pun tidak membuatkan Fateh cemburu dengan keprihatinan lebih Mama nya pada Aydan.

.......

Di pejabat sedang mengalami masalah. syarikat Sumayyahent SDN BHD telah di label sebagai syarikat yang tidak amanah. dari mana pula datang nya desas desus yang begini. masalah yang sebegini selalunya mesti diatasi terlebih dahulu oleh Fateh.

Mana tidaknya Trauma Aydan belum pulih sepenuhnya. dia risau jika Aydan mengalami trauma itu lagi.

"macam mana pulak kita boleh di label tak amanah? yang uruskan klien hanya aku dan Aydan je."

Marah Fateh terus menyinsing lengan kemeja nya. panas sungguh hati nya bila ada orang yang berani merosak prestasi syarikat yang di usahakan Oleh abang nya.

"saya rasa ada dari kita yang senyap senyap menjual idea syarikat encik." Danial memberikan saranan nya.

Danial yang menguruskan Aydan 24 jam setiap hari. dia cukup tahu siapa yang pulang awal, siapa yang kerja lebih masa. cuma dia tidak memiliki bukti kukuh untuk menuduh siapa yang telah melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Aku nak kau beritahu Guard CCTV semak Gerakan yang mencurigakan. semak balik siapa yang selalu balik lambat."

Dinding yang tak bersalah itu selalu menjadi tempat melepaskan geram Fateh. Fateh keluar mendapatkan Aydan. Fateh masuk ke dalam pejabat Aydan, Aydan dah terbaring di atas Lantai. wajah nya pucat mata nya menjadi merah.

"Danial Call Doktor john!" teriak Fateh gelabah melihat keadaan Aydan begitu. dalam sebulan lebih dari lima kali dia menghadapi trauma itu. Sakit yang di rasakan hanya Allah yang tahu.

kemeja Aydan di lepaskan oleh Fateh. kulit nya yang putih mulus itu memang mudah menjadi merah jika badan nya panas.

Setelah Di rawat Doktor John, Aydan memang mengalami trauma Mnemophobia itu lagi. seakan dia mengingati semula kisah silam yang pernah terjadi pada dia.

"Aydan sebenarnya boleh pulih. dia perlukan sokongan dari orang yang dia sayang. dia perlukan kasih sayang tu. jangan bagi dia banyak tekanan. selalu lah bagi masa pada dia. kesian Abah tengok Aydan ni." Doktor john mengelus lembut kepala Aydan yang berbaring di sofa.

"terima kasih Abah. kami dah curi masa abah terlalu lama." Fateh memeluk Abah ucapan terima kasih tidak putus dia ucapkan. tak tahu lah apa lah yang Mama dia rasa jika Mama nya tahu Aydan masih tidak pulih dari trauma.

'Along, Angah akan jaga Along angah akan pastikan Along sentiasa bahagia. selagi angah hidup angah janji Along.' Bisik hati Fateh.

Fateh adalah adik yang sangat baik. dahulu ketika dia dibuli di sekolah, Aydan pernah mencari orang yang memukul Fateh. Aydan pernah ditikam di bahagian kanan lengan nya. sampai sekarang parut itu masih ada di tubuh Aydan. sejak itu juga trauma aydan menjadi bertambah teruk.

DI KONDOMINIUM AYDAN

Di luar hujan turun dengan sangat lebat. Usai solat maghrib Aydan merenung ke arah balkoni. Aydan teringat akan mimpinya semalam. Dia bermimpi seorang gadis datang memberi sehelai kain. Apabila Aydan bertanyakan nama nya. Gadis itu hanya menyebut 'Mutiara'.

Aydan memberanikan dirinya menelefon Tuan Omar. Sudah berapa lama dia tidak pulang ke rumah Papa nya itu. Ego sungguh Anak lelaki Tuan Omar ini.

"Assalamualaikum Papa. Papa sihat?"

Aydan melabuh kan punggung nya di sofa. Pintu balkoni di biarkan terbuka. Suasana malam yang sejuk menjadikan Aydan lagi bersemangat untuk bercerita dengan papa nya.

"Waalaikumussalam. Ya sihat. Fateh bagitahu kelmarin Along pengsan dekat pejabat betul ke?"

"Ya papa. Tapi Along dah ok dah."

"Along telefon ni sebenarnya ada benda penting."

"Ya apa dia Anak papa."

"Along nak kahwin."

"Alhamdulillah. Papa kenal ke papa tak kenal? Tak apa lah dengan siapa pon. papa seronok akhirnya anak papa nak kahwin."

Reaksi gembira tuan omar menyenangkan hati Aydan.

"Dia bukan kekasih Along papa. Dia hanya orang yang Along suka. Aydan nak buat dia jadi isteri Along."

Tuan Omar terdiam. Rupanya anak dia tidak bercinta. Tuan Omar hanya risau jikalau hanya Aidan sahaja yang suka kan gadis itu. Namun dia tidak berani berkata tidak pada anaknya itu.

"Papa tolong Pinang kan dia untuk Along."

Tuan Omar mengiyakan soalan Aydan. Takut jika terguris hati anak nya pulak.

Danial membawa sepotong kek Lobak merah untuk bos kesayangannya itu. Entah kenapa tiba-tiba malam ini bos nya bertukar selera pulak nak makan kek.

Baru sahaja Danial mahu pergi ke dapur mencuci pinggan bekas makanan nya Aydan mengajak dia duduk berbual-bual.

"Kalau aku nak masuk meminang kakak kau dengan siapa aku nak jumpa." Soal Aydan dengan serius.

Mata Aydan menatap tulus bakal adik iparnya itu.

Danial terkesima. Tiba-tiba sahaja Aydan menanyakan soal itu. Dia mula merasakan yang bos nya itu benar-benar nak jadikan kakaknya seoarang isteri.

"Jumpa saya lah kot. Sebab saya yang akan jadi wali kakak nanti." Tiba-tiba pulak danial menjadi gagap.

Mana tak nya selama ni Aydan seorang yang serius. Susah nak ajak bergurau. Kali ni dia boleh berubah hanya penangan seorang perempuan.

"Ok baik lah Aku nak kahwin dengan kakak kau. Biar aku yang uruskan semua dokumen nikah. Esok kau buat salinan kad pengenalan kakak kau. Semua dokumen yang di perlukan."

Gelojoh sungguh Aydan. Danial pulak mengangguk setuju.

Danial pelik seorang diri.

"Bos ni dah buang tebiat ke? Gelojoh sangat nak kahwin entah kakak setuju ke tak, nak kahwin dengan dia"

Danial tergelak kecil melihat telatah Aydan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience