The Pearl Of My Life Bab 14

Drama Series 16239

SUBUH yang diberkati Tuhan, Hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi. Suhu menjadi sejuk membuat kan tidur menjadi lelap.

"Danial pergi kejutkan Aydan dengan Durrah, Papa ajak solat berjemaah dekat bawah."

Arah Puan Bahira kepada Danial yang masih mamun.

Durrah yang sedang mandi membiarkan suaminya tidur sebentar lagi. Dia kesian akan suaminya yang bekerja keras malam tadi.

"Kakak, Abang bangun. Papa ajak solat jemaah."

Pintu bilik di ketuk bertalu-talu mata Danial menjadi kuyu kerana terlalu mengantuk. Mana tidaknya semalaman dia menemani emak dan mertua kakak nya, menonton drama sehingga sanggup korbankan masa rehatnya.

"Kakak ! Bangun lah subuh dah ni" menguap lah Danial seperti harimau yang mengaum.

Terjaga Aydan dari mimpi setelah mendengar suara di balik pintu biliknya

"Ya lah aku bangun lah ni." Mencapai tuala, langkah nya menuju ke pintu bilik air.

"Sayang sampai hati tak tunggu bie" nada seakan merajuk. Durrah membuka pintu bilik air, tangan Aydan di tarik masuk ke dalam bilik air tersebut. Senyuman nakal dilirik di bibir lelaki itu.

Setelah selesai mandi bersama, mereka bersiap-siap untuk solat jemaah bersama keluarga di bawah. Sebaik sahaja pintu bilik di buka, Durrah terperanjat melihat Danial yang tertidur di depan pintu.

"Danial ! Apahal tidur kat sini?"

Aydan mengejutkan adik ipar yang bergulung seperti tenggiling itu.

"Ya lah ! Papa suruh kejutkan solat jemaah sekali. Saya ketuk berkali-kali tapi tak jawab."

Tanpa membuang masa Danial terus turun ke bawah untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim. Kemudian Aydan dan Durrah menyusur Danial turun ke bawah.

*******
KRISIS rumah tangga Fateh nampak nya berlarutan hingga pagi ini. Nampaknya status nikah gantung mereka seperti belum ada penamat lagi. Melihat keadaan isterinya yang berusaha tinggalkan impian dan cita-cita demi sentiasa di sisi dirinya membuat kan Fateh menyesal dengan ucapannya semalam.

"Baju Abang Sayang dah gosokkan ada dalam Almari." Tunjuk Alisya. Sementara itu cadar katil dikemas dan bantal tidur di tepuk, di susun dengan rapi di atas katil.

Fateh hanya melihat sekilas Alisya yang tidak endah pada dirinya yang sebentar lagi akan berangkat ke pejabat.

"Abang nak pergi pejabat. Sayang nak abang hantar pergi rumah kaklong?"

Alisya hanya menggelengkan kepala sahaja. Melihatkan reaksi isterinya begitu Fateh mula berang. Dinding bilik di tumbuk dengan sekuat hati dan terus keluar dari situ.

Tersentak Alisya melihat situasi itu. Pedih nya hati mendengar tumbukan suaminya itu. Air mata tidak mampu ditahan lagi. Berkali-kali menggosok dada untuk tenangkan hati nya.

Melihat akan tangan nya sedikit luka itu membuat Fateh bertambah berang. Apa lagi yang harus dia lakukan. Pujuk sudah, mengalah pun sudah tapi masih tidak dapat mencairkan hati isterinya yang keras itu. Nombor telefon Aydan mula didail.

"Hello Along ! Angah nak cuti hari ni tak sihat sikit."

"Alah kau, aku faham lah. Cuti lah dua hari"

"Terima kasih Along"

Ikutkan sangat amarah nya tangan yang tidak bersalah terluka. Melangkah semula kakinya ke dalam bilik melihat isterinya berbaring di atas katil. Dengan egois nya lelaki ini dia tidak hiraukan alisya. Fateh mengganti baju kemeja nya dengan baju t-shirt.

"Saya nak balik rumah mami."

Alisya menyatakan hasrat nya yang masih dalam keadaan berbaring.

"Ok siap-siap saya hantar"
Sekali lagi ego fateh menggunung.

"Tolong lepaskan saya"
Tidak kuat menahan sebak nya. Bercucuran lah air mata seorang isteri.

Mendengar kan suara isteri yang sedu sedan menangis membuat kan hati ego Fateh meluruh.

"Sayang ! Tak perlu suruh abang buat benda yang abang takkan buat."

Mendekati Alisya, memeluk erat tubuh kecil isterinya.

"Mula-mula pukul dinding lama-lama pukul isteri."

Perkara yang ditakuti seorang wanita ialah baran seorang lelaki. Hanya kerana perasan baran yang sekelumit kelamaan akan membuat kan seorang hilang kawalan untuk berfikir.

"Abang minta maaf. Abang takkan buat lagi."

Makin kuat pelukan Fateh pada alisya. Untuk meredakan hati isterinya yang luluh akan sikap nya sebentar tadi.

******
Di bilik Aydan bersiap-siap berangkat ke pejabat. Durrah masuk ke dalam bilik melihat Aydan sudah siap memakai baju kerja nya.

"Bie kerja? Bie kan baru balik kelmarin. Takkan nak pergi kerja."

Sayu wajah Durrah baru sahaja nak bercinta dengan suaminya malah harus ke pejabat pula.

"Ala comel nya isteri bie ni. Angah minta cuti jadi bie kena pergi."

Mengusap lembut bahu isterinya.

"Seminggu bie tinggalkan sayang, sayang rasa rindu sangat dekat bie. hari ni bie kena kerja pulak"

Durrah akui selama seminggu Aydan tinggalkan diri nya di rumah. Durrah berasa rindu teramat sangat pada Aydan sehinggakan dia tidak selera makan.

"Baik lah macam ni. Sampai je bie dekat pejabat, kita video call. Sampai sayang puas tatap muka bie yang hensem ni."

"Janji"

"Ya bie janji"

Bibir dengan lipstik di kucup lembut Aydan. Sebaik turun dari tangga. Puan Bahira menjemput pasangan bagai pinang dibelah dua tu duduk bersarapan.

"Mesranya merpati dua sejoli ni." Usik Puan Bahira yang sedang bantu menyuapkan emak makan.

"Eh mama biar Durrah yang suap emak"
Segan pula melihat Puan Bahira pula yang melayan besannya.

"Takpelah Durrah pergi teman kan Aydan makan."

Mendengar kan ucapan Puan Bahira Durrah terus ke dapur. Tuan Omar yang serius membaca surat khabar menyapa menantu nya yang baru masuk ke dapur.

"Durrah. Mari makan"

"Papa dah makan"
Ujar Durrah yang baru duduk di samping Aydan.

"Papa dah makan dah tunggu kamu lambat sangat."

Ucapan papa seperti nya menyindir anak dan menantunya. Mana tidaknya dari semalam kehadiran Tuan Omar dan Puan Bahira tidak di endahkan mereka.

"Along, tolong lah tegur adik kamu tu. Dia masih muda teguran orang tua taknak dengar langsung."

"Kenapa papa ada apa-apa yang tak kena ke dengan syarikat?"

Soal Aydan musykil mendengar kan pemasalahan Fateh.

"Syarikat buat masa sekarang masih tak jumpa lagi siapa dalang disebalik masalah tu. Tapi masalah Angah ni takde kena-mengena dengan syarikat."

Tuan Omar melipat surat khabar dan diletakkan di atas meja.

"Cuba kamu tegur dia. Suruh dia jadi seorang lelaki yang matang. Semalam papa perasan isya ada berasa hati dengan percakapan dia semalam."

Durrah seperti tidak wujud di situ hanya tenang dan menikmati mi goreng yang dimasak Puan Bahira.

"Ya ke tak perasan pulak"
Aydan menyuap sesudu mi goreng ke dalam mulutnya.

"Macam mana nak perasan, awal sangat masuk tidur."
Cukup pedas sindiran yang di lemparkan Tuan Omar sehinggakan mereka berdua tersedak serentak .

Tuan Omar mengukir senyuman. Geli hati melihat tingkah anak menantu nya. Lega hati seorang bapa melihat akan kebahagiaan anak-anaknya. Apa lagi yang diharapkan mereka ketika usia perlahan sudah lanjut. Itu lah kasih sayang yang tidak ada bandingnya.

******

DI PEJABAT longgokan fail dan dokumen berselerak di atas meja. Baru sahaja Aydan menjejakkan kaki ke pejabatnya bermacam masalah yang berlaku.

"Aku musykil lah dekat empat bulan masalah ni selesai lagi. Fateh ni buat kerja ke tak sebenarnya"

kelihatan riak wajah Aydan sudah bertukar seperti Hulk. takut pula Danial nak mendekati majikannya.

"Danial kau panggil abang saiful"

"baik encik"

Orang lain yang dipanggil orang lain yang datang.

"hai Aydan. nak kopi tak" gedik amani masuk mendekati Aydan. walaupun dia tahu Aydan telah menikah, usaha mendekati Aydan tidak akan pernah berhenti di benak fikirannya.

"Amani please aku tak ada masa nak bergurau dengan kau. banyak masalah harini."

Aydan menghiraukan amani. komputer di buka nya nama syarikat Sumayyahent SDN BHD terpampang di halaman utama internet. membuak-buak amarahnya ketika melihat berita yang tidak benar mengenai syarikat nya itu.

Amani melihat perubahan pada diri Aydan memanggil Danial.

"Dan ! Dan ! tolong Aydan tu "

teriak Amani meminta tolong

"Abang tarik nafas. hembus. abang saiful tolong angkat encik Aydan letak dekat sofa."

Saiful dan Danial cuba menopang aydan. nafas nya terlalu sesak.

"Dan bawak lah pergi Hospital."
panik Amani

"tak perlu trauma ni akan reda lepas makan ubat."

Danial menolak pelawaan amani. Trauma Aydan sebenarnya semakin pulih tidak perlu bawak jumpa doktor. mungkin di sebabkan dia terlalu gelisah dan kenangan lalu pula muncul secara tiba-tiba membuat kan dia mengalami panic Attack dan secara tiba-tiba trauma itu datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience