Seperti Biasa sebagai umat Islam tiang ugama harus lah sentiasa tegak dan kukuh. jika salah satu dari tiang mula bergoyah alamat nya komponen-komponen lain juga akan mula runtuh. Selesai sahaja solat maghrib berjemaah Orang-orang itu mula memainkan peranan masing-masing. Seorang membantu di dapur, seorang lagi sedang berbincang fasal masalah yang masih belum ada noktahnya, seorang lagi tak habis menyakat isterinya. Tetapi di sebalik suasana yang sepertinya terpancar keriangan satu keluarga. Aydan dan Durrah masih berkelakuan tak ubah seperti budak sekolah rendah.
" Nampak kan sejadah ni berselerak dari tadi? Tengok! Elok ke di biarkan macam ni? " Bagai kerbau terkejut oleh gong reaksi Durrah mendengar arahan yang keluar dari mulut suaminya.
Tanpa mengeluarkan keluhan berat, lekas-lekas hamparan sejadah dilipat serentak dengan Aydan. Sesekali Durrah tidak melepaskan peluang mengerling sekilas wajah elok Aydan bersongkok di atas kepala. Tiba-tiba sahaja hatinya mula meronta-ronta minta dipuji suaminya.
' ego betul Yusuf Aydan tak pernah-pernah dia layan aku macam ni Kenapa Harini dia berubah mendadak? Takkan lah sebab aku makeup tebal siang tadi buat dia masih nak marah aku lagi? '
Keluhan hanya mampu dilepaskan dalam hati yang ketika ini bercampur aduk dengan berbagai-bagai rasa dek sikap Aydan yang tidak mengendahkan keberadaannya.
" Angah pergi kedai, beli keropok ikan, boleh goreng hidang dekat tetamu kejap lagi. "
Nama Fateh mula dilaungkan Puan Bahira dari sebalik ruang dapur . Lantas usikkan Fateh pada isterinya terhenti apabila namanya berkali-kali diseru. Sepertinya hanya dia seorang sahaja lelaki di dalam rumah tersebut. Mana tidaknya, asal saja pergi ke kedai pasti nama Fateh yang terlafaz.
" Angah! Biar Along lah pergi kedai, lagipun alang-alang Along nak pergi ATM cash Along dah habis. " Bersahaja Aydan menyerah dirinya untuk mengganti tugas adik kesayangan dia itu.
Membuntang mata Durrah melihat sekilas suaminya meninggalkan ruang tamu. kunci kereta yang bergantung di dinding itu di capai Aydan. Hamparan sejadah yang di lepit Durrah sebentar tadi pun disimpan ke dalam laci kabinet televisyen. Berlari anak Durrah mengikuti langkah Aydan yang dua depa di hadapan.
" Bie nak ikut? " Tak tumpah seakan seoarang anak minta di bawa ke kedai untuk membeli jajan. Sisi baju melayu Aydan di tarik Durrah lembut.
" Pergi tolong mama kat dapur. Isha seorang tak elok pulak. " Terjuih bibir wanita itu, rayuannya ditolak mentah-mentah. Seperti di hiris pisau yang tajam perasaan yang menerjah ke dalam hatinya ketika itu.
Aydan mengendahkan isterinya dan pintu kereta dibuka. Tak sampai hati Aydan memperlakukan isterinya begitu. Namun kelakuan Durrah seakan membentak siang tadi membuatkan Aydan murka di tambah pula belum ada perkataan maaf di ucap dari mulut isterinya. tidak akan di beri muka lagi pada Durrah yang bersikap tak tumpah seperti Chibi Maruko Chan itu.
" Sayang nak ikut juga! " Muncul sudah sifat asli wanita itu. Meluru membuka pintu kereta dengan cepat langkahnya, tempat duduk bersebelahan suaminya berjaya dia duduki.
Tanpa sedikit rasa malu menyinggah, tali pinggang keledar di tarik dan di pin kan. Sedikit kecewa Aydan dengan sikap protes isterinya. Tidak mungkin juga dia membentak isterinya untuk sekian kali. Tak fasal-fasal pula trauma datang menyerang lagi.
" Keropok ikan yang sedap susah nak ada malam-malam ni. Kalau tak ada kita beli keropok sayur lah. Keropok sayur pun sedap jugak." Selesa sungguh Durrah bercerita, Aydan sedari tadi hanya fokus pada pemanduannya sahaja. Apa yang diungkap durrah hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Kereta Audi R8 Aydan di tempatkan di parkir yang berdekatan dengan Pasaraya Rosyam Mart. Kerana Pasaraya itu berdekatan dengan kediamannya lagi menguntungkan masa untuk membeli apa yang di kirim Puan Bahira.
" Tunggu dalam kereta jangan keluar. " Masih tegas nada nya, lantas Aydan keluar dari kereta. Terkedu Durrah seketika, Apa guna dia ikut suaminya ke situ jikalau dia hanya diminta duduk di dalam kereta sahaja.
Lebih kurang 20 minit Durrah terperuk dalam kereta ditemani irama nyanyian dari radio, mulut nya terkebil-kebil mengikuti rentak lagu sandiwara cinta yang dinyanyikan oleh republik.
Jujurlah sayang aku tak mengapa,
Biar semua jelas tak berbeda,
Jika nanti aku yang harus pergi.
Ku terima walau sakit hati.
Tersentak seketika dari penghayatan dek pintu kereta dibuka Aydan. Satu yang disuruh beli sepuluh yang di belinya. Sungguh tampak sikap seorang bapa kepada seorang anak. Tersengih-sengih sendiri Durrah sambil membelek-belek beg plastik yang baru di hulur suaminya.
" Eh! Ada aiskrim? Kenapa satu je? Sayang punya tak ada ke? " Soal Durrah kerutkan dahinya.
" Bie tak makan aiskrim malam-malam. Makan lah " di sebalik ketegasan ada terselit juga sifat ihsan terhadap isterinya.
Durrah Haura dengan makanan tak dapat dipisahkan. Jangan disangka orang yang bertubuh kecil tidak bernafsu dengan makanan. Sekilas Aydan mengerling ke arah isterinya tawa yang di pendam mengetuk liang mulut supaya dilepaskan keluar. Tangan yang berada di stereng gatal-gatal beri petanda untuk menyeka mulut isterinya yang comot dek sisa coklat dari Aiskrim itu.
" Makan elok-elok sikit jangan bagi tumpah dalam kereta bie. " Suara garau Aydan menyentakkan suasana riang di hati Durrah.
Tanpa berkata apa-apa suapan terakhir di suap sekali gus ke dalam mulut. Panas sungguh hati Durrah ketika itu. Kasihan Durrah terpaksa hadap sikap suaminya yang tak tumpah seperti seekor katak, sedikit hujan banyak bermain, perkara yang sekecil semut pun hendak diperbesarkan. Mujurlah ada Aiskrim dapat juga dia meredakan bahang di hatinya.
" Dari tadi mama tak nampak kaklong kamu mana dia pergi? " Bingung Puan Bahira yang sedari tadi langsung tidak nampak kelibat menantu sulungnya itu.
" Kaklong ikut Along pergi kedai Ma, " jawab Alisya, satu teko berisi air kopi di bancuh untuk dihidangkan kepada tetamu yang sudah sampai sejak lima minit tadi.
" Tak apa lah, pergi lah hantar kopi tu. Bawak biskut ni sekali. "
Sepinggan biskut chipsmore di susun rapi di atas piring. Rancang Puan Bahira hendak menggoreng keropok ikan untuk di jamu pada tetamu yang datang, tapi keropok entah kemana anak menantu juga entah kemana perginya belum muncul-muncul lagi setelah setengah jam menunggu.
" Emir, Emir, kecik sungguh dunia ni. " Belakang bahu Afeef Emir di tampar perlahan Fateh. Tidak disangka Aurell zuri adalah adik kepada sahabat lamanya sejak di bangku sekolah menengah.
" Sama lah, lama jugak kita lost contact. "
" Maaf meganggu uncle dan keluarga malam-malam macam ni. " Celah Ali Qayyum merubah topik perbualan mereka.
" Tak jadi masalah. Lagipun uncle yang jemput kemari. Nak bincang fasal permasalahan Aurell dan Danial " Tergelak kecil Tuan Omar.
Danial dan Aurell memandang silih berganti wajah yang penuh rusuh itu, berkali-kali wajah sugul lelaki itu disapu dengan kedua tapak tangannya. Jangan lah disarankan Danial untuk menikahi Aurell, sungguh tidak dinafikan Aurell sememangnya seorang gadis yang cantik. Namun Aurell bukanlah ciri-ciri gadis kesukaannya.
" Assalamualaikum, maaf lambat sikit. " Ucapan salam di balik pintu menjeda perbualan mereka untuk seketika.
Dengan pantas tanpa mengerling ke arah tetamu yang Datang Durrah lantas meluru masuk ke dapur seraya tangannya menjinjing barang yang baru di beli tadi.
" Kami pun baru je sampai. Saya Ali Qayyum yang ni adik saya Afeef Emir, kami wakil Daddy kami datang ke sini. Maklumlah Daddy kami sekarang pun tak berapa sihat."
Usai berjabat tangan Aydan melabuhkan punggungnya bersebelahan Danial.
" Jadi isu sekarang ni melibatkan Aurell dan Danial dah jadi buah mulut masyarakat sekeliling. Di sebabkan Danial pulak pengurus di syarikat Sumayyahent Sdn Bhd.
Video tu pulak di tokok tambah oleh orang yang mencuri data syarikat kami. Jadi caption dalam video tersebut adalah fitnah je."
Tanpa basa-basi Aydan mengarang ucapan membela Adik iparnya itu. Terasa payau liur di telan Danial. Aurell pula tak henti merenung ke arah wajah Danial. Tak sabar sungguh nampaknya gadis itu hendak dijodohkan dengan Danial.
" Tapi Encik kami tak rasa video tu fitnah. Sebab dalam video tu dia orang ada dalam tandas seorang tak berbaju yang seorang lagi berlutut. Apa maknanya tu encik? "
Agak malu untuk diceritakan sebenarnya, tapi mahu bagaimana lagi. Isi video memang terpampang aksi mereka sebegitu. Jadi apa yang diterangkan Ali Qayyum itu tidak dapat dinafikan orang-orang disitu.
" Kan i dah jelaskan. I terlanggar Danial masa dekat restoran. Kuah tomyam tertumpah atas perut Danial. Jadi i cuma nak bantu dia sahaja tak lebih dari tu pun. Kalau you all semua tak percaya tengok ni! "
Kesan melepuh di tangan Aurell di tunjukkan pada semua orang. Lagi bertambah kesal Danial jadinya, ingatkan dia seorang sahaja yang derita. Malah Aurell juga sama.
" Zuri? Tangan kau! Kalau Daddy tahu mesti aku yang kena nanti."
Terkejut beruk Afeef Emir, habis akal dibuat Adik nya. Aurell zuri pula anak emas Dato' Azzam. Selepas kematian Mummy Aurell, Dato' Azzam lah yang merawat menjaga Aurell. Seekor nyamuk pun tak berani hinggap di tubuh anak kecil itu. Inikan pula parut di tangan mendidih lah hati Daddy nya tak lama lagi.
" Tangan awak pun kena jugak? " Gelisah tiba-tiba Danial mendekati Aurell tanpa tangan nya menyentuh. Nampak sepertinya rasa cinta sedang bergelora dan berputik.
" Uhum ! " Batuk pura-pura dilepaskan Fateh, bagi mengingatkan Danial jarak dirinya dengan Aurell di hadapan kedua Abang-abang Aurell yang mula buntang mata melihat tingkah Danial.
" Danial bukak baju u! "
" Hah? Bukak baju " teriak Danial. Orang-orang di situ terbeliak biji mata mendengar arahan Aurell.
Di dapur pulak Alisya dan Durrah berdekah-dekah tidak dapat lagi menahan ketawa mereka melihat drama mereka berdua itu.
" Tunjuk dekat dia orang semua perut u yang melepuh tu"
Teragak-agak Danial ingin menyelak bawah baju kurta yang di pakainya. Kesan parut di permukaan perut Danial ternyata lebar juga. Tak hairanlah kalau si zuri itu berasa kahisan dengan lelaki ini pun. Kerana kecuaian nya habis rosak ketampanan tubuh lelaki itu.
" Zuri ! Nasib baik tak mati budak ni. Gelembung pun ada tak kecut lagi. " Hari ini memang ramai yang akan sakit mata dek beberapa kali mata mereka terbeliak.
" Betul Abang, saya memang tak ada niat pun nak jatuhkan maruah Aurell. Saya pun tak tahu macam mana boleh ada orang rakam video kami. Hari tu kami dah cuba minta pengodam godam video tu. Tapi tak sangka video tu masih ada lagi. "
Canggung sesaat mendengar kan luahan hati Danial. Baik sungguh lelaki ini. Hati kecil Aurell ketika itu seperti menjerit-jerit saat Danial nyatakan dirinya tidak berniat untuk jatuhkan maruah gadis itu.
" Lepas ni Sebelum balik. Aurell dan danial buat satu video pengakuan. Cerita perkara yang sebenarnya berlaku dan masukkan dalam media sosial. Aydan boleh jadi saksi. Kalau mereka nak percaya, percaya. Tak nak percaya sudah. Asalkan kita dah jelaskan sehabis baik pada mereka. " Saran Tuan Omar segelas kopi diteguk perlahan.
Bernas juga buah fikiran Tuan Omar. Tidak usahlah Danial dijodohkan lagi dengan gadis pembawa malang itu. Lagipun tak sanggup dia berhadapan dengan Abang-abang Aurell yang seperti Hulk dengan Thor dalam filem Marvel's itu.
Share this novel