The Pearl Of My Life BAB 22

Drama Series 16236

SETELAH empat hari di Pulau Pinang. Sudah tiba Masanya Yusuf Aydan pulang ke Kuala Lumpur semula. Lepas ni Durrah Haura terpaksa kesepian lagi. Maklumlah bersuamikan lelaki yang berperanan penting di syarikat besar, membuat kan diri nya sentiasa rasa keseorangan.

Dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur. Kereta Audi R8 milik Aydan baru sahaja melepasi tol Pulau Pinang. Aydan yang melihat isterinya di sebelah, ralit melihat baju kurung yang dikenakan di tubuh wanita kecil molek itu.

" Kenapa? Tak cantik ke baju yang bie pilih tu? " ujar Aydan sekilas melihat tingkah isterinya yang termenung melihat baju yang di pakainya.

" Cantik. Pandai bie pilih sesuai ukuran badan sayang. "

Wajah ceria Durrah bertukar masam mencuka. Hanya tunduk dan masih bermain hujung baju yang di pakainya membuat Aydan terjentik ingin mengujar isteri nya.

" Sayang, kenapa ni? masam je muka. Tak happy ke nak balik KL semula? "

Aydan mencuit lembut dagu Durrah berpaling ke arahnya. Runsing Aydan melihat isterinya yang sayup itu.

" Bie ? Sayang nak tanya boleh? "

" Boleh sayang, sayang nak tanya apa? "

Aydan masih fokus dengan pemanduannya.

" Malam tu bie pengsan tiba-tiba. Kenapa ya? "

Soalan itu mula diajukan Durrah kepada Aydan. Aydan fikir Durrah sudah lupa akan peristiwa yang berlaku pada Aydan malam itu. Bingung Aydan yang berfikir apakah jawapan yang sesuai untuk mengaburi fikiran isterinya itu.

" Masa tu memang bie tak sedap badan nak demam. Mungkin bie stress sangat kut malam tu. Sampai kena tengking dengan isteri sendiri. " Tawa Aydan ingin mengaburi sangkaan isterinya.

" Bie ada penyakit apa-apa ke? "

Soalan yang dikhuatirkan Aydan akhirnya keluar dari mulut Durrah jua. Wajah nya mula redup sekilas memandang wajah mulus isterinya.

" Bie ada sorok sesuatu dari sayang? " Sekali lagi soalan itu diajukan. Durrah mula musykil melihat Aydan yang tiba-tiba diam membisu setelah Durrah mengajukan soalan itu.

" Sayang bie sakit kepala biasa je. Tak ada apa yang di runsing kan. " Tenang Aydan menjawab tanpa meragukan isterinya yang sememangnya sudah curiga dengan Aydan.

" Oh, jadi ubat dalam dashboard ni ubat sakit biasa lah ? " Dashboard di buka oleh Durrah tapi botol-botol ubat sudah di alihkan ke tempat lain oleh Aydan.

" Aik mana botol-botol tu? "

" Tu Vitamin-vitamin bie lah sayang. Sayang tak payahlah risau. Bie sihat je. Bie lapar nak makan Pizza lah. Kita pergi makan pizza nak? " Aydan cuba tukar topik perbualannya.

" Pizza? Wah ! Bie nak pergi makan PizzaHut? Sayang tak pernah makan PizzaHut. "

Aydan menghela nafas lega, Berjaya jugak Aydan merubah fikiran isterinya itu. Sudah menjadi lumrah setiap wanita kalau soal makan semua benda yang penting pun boleh lupa.

" Ok anything for my love "

Lega melihat isterinya yang mudah ditipu oleh makanan. Kali ini Aydan tahu taktik apa yang akan di gunakan ketika menghadapi soalan maut itu lagi.

*******
Di ruang pejabat, Tuan Omar menyerakkan beberapa keping kertas Data syarikat ke lantai. Hampir sahaja terkena ke muka Fateh.

" Macam mana data syarikat boleh kena curi? Siapa yang kendalikan data-data syarikat sebelum ni? " Amarah Tuan Omar kini memecahkan keheningan di antara mereka.

" Sebelum ni Amani yang uruskan Data syarikat. Tapi Angah dah pecat dia di sebabkan isu ni."

Tenang Fateh menjawab. Senang-senang dia memecat orang tanpa ada apa-apa penjelasan dari pihak yang di pecat. Fateh terlalu muda tak sepatutnya dia menyandang jawatan sebagai HR. hanya di sebabkan Fateh sahaja keluarga terdekat yang boleh dipercayai sebab itulah Aydan mengharapkan dia.

" Kamu call dia. Suruh dia datang segera. "

Bengang Tuan Omar menggesa Fateh memanggil Amani ke pejabat untuk membuat penjelasan. Berkali-kali telefon pejabat berdering. Mungkinkah khabar dari masalah syarikat itu telah tersebar meluas?

Sementara Fateh menghubungi Amani. Anis Farhana cuba mendekati Fateh. nampaknya Anis terlampau gemuruh melihat suasana pejabat yang huru-hara. Semua kakitangan di situ hilirmudik cuba mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang berlaku.

" Encik Fateh? " Tegur Anis kepada Fateh yang baru selesai membuat panggilan telefon.

" Ada apa kak anis? Saya tengah sibuk ni ? " Bukan masanya untuk dia mendengar perkara yang di kiranya tidak penting itu.

" Saya minta maaf Encik? "

Perkataan maaf yang terucap di mulut wanita itu membuat kan Fateh menghentikan langkahnya. Badan nya berpusing menghadap ke arah Anis yang duduk berlutut. Tangisan nya membuat kakitangan di situ terpanggil melihat apa yang terjadi pada Anis sehingga membuatkan wanita itu menangis teresak-esak.

" Saya minta maaf Encik. Data syarikat bukan cik Amani yang curi. "

Fateh yang mendengar ucapan Anis membuat kan marah nya bernyala-nyala. Terkejut kakitangan di situ mendengar penjelasan yang di beri Anis.

" Kalau bukan Amani siapa yang curi? "

Bentakkan Fateh membuat tangisan wanita itu semakin kuat.

" Saya yang curi data syarikat tu. Maaf kan saya Encik. Saya di paksa. Tolonglah Encik jangan lapor pada polis Encik. Saya merayu. "

Kerana takut akan hukuman yang lebih teruk jika dia terus ikut kehendak Lily. Sanggup dia berkata jujur. Apa yang Anis lebih takut. Jika dia di penjara kelak atas penipuan yang di buatnya, bagaimanalah keadaan anak-anaknya yang masih kecil.

" Tergamak kau ! Aku tak sangka perempuan yang nampak baik macam kau ni sebenarnya iblis. Saiful! call polis "

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lima bulan syarikat mengalami masalah besar. Dengan bantuan tuhan orang yang bersalah menyerah diri. Tak sangka orang itu adalah orang yang sangat dipercai Aydan dan Fateh.

" Saya mohon Encik, jangan lah laporkan saya kepada polis. Kesian lah anak-anak saya masih kecil encik. Saya di ugut Encik. ada orang yang paksa saya Encik."

Tindakan melampau Anis membuatkan Fateh kesal. Merayu Anis Kaki kanan Fateh dipautnya.

" Tolonglah Encik saya merayu pada encik. Hukum lah saya Encik saya sanggup tapi janganlah lapor saya pada polis. "

Saiful cuba meleraikan pautan Anis tapi di halang Fateh.

" Bagitahu aku siapa yang paksa kau?." Fateh cuba membongkok kan badannya soalan itu diajukan berbisik di telinga wanita itu.

Terketar-ketar Anis mengeluarkan telefon nya, gambar Lily di tunjukkan kepada Fateh. Tanpa bersuara. Tersembul biji mata nya melihat gambar tersebut.

' Lily Yasmin? Anak Allahyarham Dato'Ilham? '

mungkin Aydan tidak pernah mengenali Lily. tapi Fateh cukup mengenali Lily. Ketika dia masih kecil Lily lah yang menjadi teman rapatnya. Selepas kematian Dato'Ilham dia tidak pernah berjumpa dengan wanita itu lagi. Fateh mengatur sebuah rancangan untuk menumpaskan Lily, Bagaimanapun Anis tetap tidak dia lepaskan. Salah tetap salah.

" Apa-apapun kita selesai dekat balai."

Meraung Anis meronta-ronta merayu tidak di laporkan kepada Polis. Dia sangka kalau bercakap jujur dia akan dilepaskan namun sebaliknya. Kesalahan yang dia lakukan bukan lah perkara kecil. Mana mungkin Fateh melepaskan nya.

" Hannan? Siapa yang jaga anak-anak Anis selalunya? " Soal Fateh kepada Hannan teman sekerja Anis.

" Anak-anak dia duduk dengan emak dia encik. "

" Suami dia? "

" Dia dah lama bercerai. Jadi saya tak pasti suami dia dekat mana."

Fateh masih ada belas kasihan. Mungkin betul dia hanya menjadi kambing hitam atas khianat orang lain. Tapi dia tetap salah dan tidak boleh di maafkan tanpa sebuah pengajaran.

*********
Senang melihat isterinya yang sangat lahap makan sekeping pizza. Sampai comot birai bibirnya dengan sisa sos dari pizza itu.

" Sayang makan gelojoh sangat, macam budak-budak."

Geli hati Aydan melihat telatah Comel Durrah, tangannya menyeka mulut Durrah yang comot terkena sos dari pizza itu.

" Terima kasih bie. "

Tersenyum manis Durrah, riang hatinya setelah 25 tahun dia hidup dia tidak pernah makan Pizza. Dia hanya mampu melihat dari media sosial sahaja. Bagi dia, dia seharusnya mengumpul wang demi rawatan emak dan pengajian Danial ketika itu.

" Sama-sama sayang. Makan elok-elok nanti kita bungkus bawak balik untuk emak "

" Emak boleh makan pizza?"

Soal Durrah Hairan, setahu nya emak tidak boleh makan makanan berat seperti itu. Walaupun emak dah boleh mengunyah. Doktor tetap tidak galakkan emak makan makanan yang kasar.

" Oh, bie lupa. Tak apa lepas ni kita singgah kedai buah, kita beli buah mangga dekat emak. "

Durrah hanya menganggukkan kepalanya, pizza yang ke empat keping di suap ke dalam mulutnya. Lahap sungguh wanita itu makan. Sedang asyik melihat telatah Durrah yang comel itu, satu pesanan whatsapp di kirim oleh Fateh.

' Masalah besar. Isu syarikat dah masuk berita harian. Bukan Amani yang curi data syarikat tapi Anis Farhana '

Terkedu Aydan melihat pesanan yang dikirim Fateh. Rupanya dalang semua angkara itu bukanlah lah perbuatan Amani tapi perbuatan Orang yang selama ini dia percaya.

" Sayang lepas makan, sayang duduk rumah sekejap ya? Bie kena pergi ofis. Ada masalah "

wajah yang ceria bertukar menjadi suram mendengarkan kata-kata suaminya. Namun dia tetap melemparkan senyuman paksa tidak mahu suaminya beekecil hati.

Betul lah apa yang di fikir Durrah. Setelah pulang ke Kuala Lumpur dia mula kesepian. Apa boleh buat, dia tetap harus sabar dan sentiasa memahami tugas suaminya.

Beberapa jam kemudian di ruang mesyuarat, baru sahaja Amani melangkah kaki masuk. Fateh terus menundukkan kepalanya tanda bersalah.

" Maaf kan saya Akak. Tuduh tanpa bukti yang kukuh " Aydan menundukkan mukanya, perkataan maaf di ucap berkali-kali.

" Saya terkilan. Sepatutnya saya di beri peluang untuk perjelaskan, senang-senang saya di tuduh."

Gusar Amani. Tindakan Fateh cukup menyusahkan diri nya. Tindakan Fateh tak ubah seperti Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya, masalah sepatutnya di atasi dengan bijak bukan menjauhinya.

" Amani maaf kan uncle. Uncle bersalah, Fateh terlalu muda belum cukup matang kendalikan masalah. "

Dengan bersahaja Tuan Omar bersuara. Fateh terus mengalih pandangan nya. Memandang sekilas wajah tegang papanya.

" Maksud papa, salah Angah? "
Soal Fateh meninggi suara.

" See? Macam ni ke sikap seorang HR? Kamu masih banyak yang harus belajar. Papa tak pernah didik anak papa tak terima salah yang di buat. "

Bentak Tuan Omar menghentakkan tangannya di atas meja. Amani hanya mampu membekukan dirinya, tidak berani dia masuk campur hal anak beranak itu. Apa yang penting bagi Amani hanyalah mengakui yang dia langsung tidak bersalah dalam kes tersebut.

" Ok fine Angah masih muda. Masih banyak yang kena belajar. Tak apa lepasni papa suruh lah Amani ganti tempat angah. "

Gusar Fateh hatinya mendidih. Dia kesal mendengar kan kata-kata papanya tadi. Fateh mengatur langkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Tuan Omar tidak menyekat Fateh. Baginya anak bongsunya itu seharusnya belajar untuk terima nasihat bukan mudah menyalahkan orang lain.

" Bie masuk lah dulu mandi tukar baju dulu."
Pelawa Durrah pada Aydan. Baru sahaja pulang dari Pulau Penang. belum sempat Aydan rehat dari penatnya, terus di panggil ke pejabat.

" Tak apa lah, bie pergi sekejap je ok?. "

Kepala Durrah di usap lembut Aydan. Aydan membenamkan bibirnya di dahi Durrah. Sudah tentu Dia sebersalah dengan kelakuan nya itu. Tapi apakan daya kerja juga penting.

" Hati-hati bawak kereta. Assalamualaikum"

Tangan Aydan dikucup berlawanan. Senyum paksa tersungging di bibirnya. Melangkah ke pintu pagar rumah. Durrah menoleh ke belakang melihat suaminya tidak henti melambai ke arahnya. Manja betul Durrah selepas menjadi isteri Aydan ini. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia menjadi seperti belangkas ke mana-mana sahaja bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience