The Pearl Of My Life Bab 15

Drama Series 16236

"mana bie ni kata nak video call"

Durrah yang dari tadi hilir mudik menunggu panggilan video dari Aydan.

"Dia dah janji nak video call." Durrah melihat ke arah panggilan yang tidak dijawab mencebik bibir mungil nya itu.

Setelah Tuan Omar dan Puan Bahira berangkat pulang hanya tinggal emak dan Durrah sahaja di rumah. Mati akal Durrah tidak tahu apa yang hendak di buat nya.

"Kakak emak nak tidur." Tercungap-cungap emak bertutur. Kesian emak asyik di kerusi roda naik lenguh badannya.

"Baik emak"
Durrah mendorong emak dengan kerusi roda ke bilik.

********
"Danial kau pasti ke? Aku rasa lebih baik kau bawak pergi jumpa doktor. Risau pulak aku takut jadi apa-apa"

Abang saiful menyarankan Danial mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Aydan ini.

"Kan saya cakap lepas makan ubat nanti ok lah dia."

"Ish kau ni Danial keras kepala sungguh"

Naik hantu abang saiful dibuat nya dengan tindakan Danial.

Danial lebih tahu apa yang harus dilakukan kan nya. Dia lebih Arif soal trauma yang dihadapi Aydan. Jika dibawa jumpa doktor masalah jadi lebih besar. Aydan tidak mahu isterinya tahu akan trauma yang dihadapi nya. Kerana ia akan disalah erti oleh orang lain suatu hari nanti. Biar dirinya sahaja yang menghadapi sakit itu seorang diri.

Jam menunjukkan tepat pukul 3:30 petang. Aydan sudah sedar tapi kepalanya masih merasa sedikit pusing akibat terlalu lama lelap suhu badannya pula sedikit panas.

"Aydan u okay? Nak i picit kan kepala tak"
Ujar Amani yang tidak tahu malu.

"Taktik ni dah banyak orang pakai. Aku takkan termakan. Kalau kau nak kerja lama dekat sini, teruskan kerja kau. Kalau tak kau boleh keluar"

Aydan memicit kepalanya sendiri tanpa menghiraukan godaan Amani.

"Eleh ! Jual mahal i boleh keluar lah tapi kalau u nak apa-apa bagitahu i sebab Danial pergi jumpa klien."

Tersentak seketika mendengar jawapan Amani. Bila masa pulak Danial di tugaskan berjumpa dengan klien. Selepas syarikat menjadi huru-hara tempoh hari, Di syarikat itu hanya dua orang sahaja yang dipercayai boleh berjumpa klien. Hanya Aydan dan Fateh sahaja.

"Kak zah masuk"

"Ya Aydan?"

Kak zah ialah salah satu supervisor di Sumayyahent SDN BHD merangkap kakak saudara sebelah ibunya.

"Siapa yang arahkan Danial jumpa klien?"
Tegas Aydan.

"Danial yang suka rela. Tadi akak dah telefon fateh tapi dak dapat. Aydan pulak tak sedar tadi. Klien dah tunggu jadi Danial yang pergi."

Panjang berjela yang dihurai Kak zah kalau si Aydan masih tak faham tak tahu lah.

"Baik lah. Terima kasih kakzah"

"Sama-sama"
Sahut kak zah dan beredar dari situ"

Situasi di pejabat menjadi kacau bilau dengan masalah nama baik syarikat. Kerja yang bertimbun-timbun yang harus
disiapkan. Apa yang di dalam fikiran Aydan ketika ini ialah selesaikan kerja nya.

Durrah berkali-kali menghubungi Aydan tapi tidak dijawab nya. Danial pun sama sahaja tidak menjawab panggilan. Sepanjang hari hati Durrah gelisah. Aydan sudah berjanji tapi dimungkiri.

"Kenapa dorang tak angkat call ni sibuk sangat ke sampai tak boleh nak jawab panggilan sekejap?"

Durrah mengeluh geram.

SETELAH selesai jumpa klien Danial melangkah masuk ke pejabat dan bawakan semangkuk bubur nasi untuk Aydan isi perut ketika buat kerja.

"Maaf kan saya encik. Saya terpaksa jumpa klien sebab tiada siapa yang sanggup. Dan dah disetujui pun."

Sebelum ditanya lebih baik Danial perjelaskan kalau tidak tamat lah riwayat nya hari ini.

"Lepas ni kau berhenti jadi pengurus peribadi aku"

Dengan tegas Aydan bersuara

"Abang jangan lah macam ni saya banyak komitmen. Kalau saya di buang mesti kakak marah kan abang"

Rayu Danial dengan muka sepuluh sen nya itu.

"Lepas ni kau ganti tempat Mira"

Mata Aydan terus tertumpu pada komputer.

"Sebagai pengurus?"
Soal Danial seperti tidak percaya. Kebetulan Mira sahabat kepercayaan Aydan itu cuti bersalin, sebab itu kerja banyak tertangguh.

"Ya. Lagipun aku kesian dekat kau. Sejak kau jadi pengurus peribadi aku. Kau langsung tak ada masa dengan life kau. Jadi pengurus pon tak banyak cuti jugak sekurang-kurangnya ada lah sedikit masa untuk diri sendiri."

"Terima kasih Abang. Abang dah ok ke?"

"Tak ok pun kena buat-buat ok. Aku kena lawan trauma ni."

Danial mengangguk baru saja ingin melangkah keluar Aydan sambung perbicaraan nya.

"Demi kakak kau"

Ketulusan Aydan sangat membuat kan Danial yakin. Masalah trauma Aydan tidak menampakkan suatu impak yang besar bagi Danial. Namun yang mengalami nya sahaja yang tahu betapa seksanya trauma itu.

Danial keluar dari pintu syarikat dengan niatnya ingin makan tengahari sebelum memulakan pekerjaan nya sebagai pengurus sementara. Tiba-tiba dia melanggar seorang gadis yang terburu-buru sehingga tak nampak orang di depan.

"Alamak ! Habis baju aku" kesal Danial mengelap baju nya yang ditumpahi kuah tomyam itu.

"Eh sorry i tak nampak" gadis itu cuba membantu lap baju Danial menggunakan kain sapu tangan milik nya.

"Aduh ! Panas tahu tak kalau macam ni boleh mati aku hari ini" Danial meraung kesakitan, sudah lah ramai yang melihat. cepat-cepat dia berlari ke pejabat semula.

Gadis itu berbelah-bagi mana yang harus di kejar dulu lelaki yang bengis itukah atau makanan tengahari nya. Sempat lagi dia mengangkat mangkuk dan dulang dan diletakkan di atas meja. Wang Rm50 di selitkan di bawah dulang tanda ganti rugi.

Gadis itu mengejar Danial sehingga sampai di pejabat. Dengan gaya wanita itu yang juga seperti wanita bekerjaya sekuriti di situ melepaskan dia masuk.

Danial melepaskan baju nya di dalam tandas. Dan mencuci badannya yang terkena kuah tomyam itu.

Gadis itu hanya tunggu di luar tandas sahaja, dia ingin masuk tetapi takut di salah erti pula orang di sekelilingnya.

"Hello, Najmi i ada kat Sumayyahent SDN BHD. tolong datang sini dan bawak kan kemeja dalam loker i sekarang. I ada dekat tepi tandas lelaki tingkat bawah.

Malang tidak berbau sudah lah kerja banyak yang tertunggak. Hampir sahaja kulit badannya melecur akibat gadis yang cuai itu.

"Fon aku? Aduhai fon pulak tinggal dekat atas."

Danial cuba basahkan kain sapu tangan milik wanita itu dan di lap pada tubuh nya yang sedikit sasa itu.

"Arghhhhhhhh !!!! Pedih nya"

Mendengar kan jeritan Danial gadis itu terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan orang sekeliling lagi.

"Kenapa sakit sangat ke? Meh sini i tolong"

Kain itu dirampas gadis yang berambut sedikit pendek itu. Danial pula menjadi pelupa yang mereka berada di dalam tandas lelaki.
Telefon gadis itu berdering kelam kabutnya dia menjawab sambil tangan kanannya bantu menyeka badan Danial. Terperanjat pekerja di situ yang menggunakan tandas melihat ada nya gadis dan lelaki. Situasi menjadi buah mulut para pekerja di situ.

"Cik Aurell ni baju yang cik mintak"

'oh nama dia Aurell' bisik hati Danial yang sedang menahan perih.

"Encik pakai baju ni dulu. Saya akan tolong basuhkan baju encik yang kotor tu."

Gadis yang bernama Aurell menghulurkan telefon nya kepada Danial.

"Encik masukkan nombor telefon encik senang untuk i nak hubungi encik. Apa-apa pun i tetap akan ganti rugi. Pejabat i hanya di sebelah bangunan ni je."

Terkedu Danial melihat tindakan nya jatuh air muka Danial kali pertama dia sukarela berikan nombor telefonnya kepada orang yang tidak di kenali.

"Cik Aurell ya? Cik memang dah buang masa saya banyak sangat"

Sambil menahan kesakitan itu. Danial meluahkan isi hati yang amat kesal dengan dengan kemalangan yang menimpanya hari ini.

"Sorry sangat atas eksiden ni. Tapi i kena pergi sekarang nanti i akan call Encik."

Dengan bersahaja Aurell menjawab lalu pergi dari situ. Bertambah berang Danial kemeja yang di pinjamkan itu pula ialah kemeja wanita.

"Kerek betul minah ni. Dah lah bagi baju perempuan. Malang betul lah kau ni Danial"

Kusut masai rambut di buatnya kerana begitu resah. Danial menghiraukan pandangan orang ramai terhadap nya dan terus beredar dari situ. Terlihat sungguh muka nya yang begitu bengis.

"Hei korang masa aku keluar dari tandas tadi aku nampak encik danial dengan seorang wanita dalam tandas lelaki"

Mulalah sesi buat mulut di pejabat antara pekerja dan pekerja

"Serius lah ! Sapa perempuan tu?"

"Aku tak kenal lah tapi perempuan tu seksi gila weh!"

Datang lah pula orang yang ketiga

"Apa dia? Seksi? Amboi bukan main lagi Danial tu noh. Nampak macam Alim sangat"

Seterus dan seterusnya

"Terkejut aku keluar dari tandas tadi perempuan tu siap melutut pegang perut Encik Danial. yang lagi buat aku terperanjat Encik Danial bukak baju weh" mulut lelaki ini boleh tahan juga bisa nya mengalahkan perempuan.

"Apa bukak baju"
Teriak salah seorang dari pekerja disitu. Danial dengan pantas nya berjalan masuk ke dalam ruang pejabat nya. Mesyuarat tingkap mereka bubar setelah melihat Danial melangkah masuk.

******
Harum semerbak bau tumisan sambal sotong yang di masak Durrah untuk makan malam nanti. Sebaik Durrah membuka peti ais. Durrah mengeluarkan satu bekas yang di ikat rapi dengan reben. Dengan sangat hairan di buka nya bekas itu. Rupanya-rupanya itu adalah sebekas buah berangan.

"Masya Allah. Buah berangan rupanya"
Ketawa bahagia Durrah melihatnya.

Dia mula teringat detik-detik Aydan mula mendekati dirinya. Dengan buah berangan ini lah Aydan cuba memikat hati nya yang masa itu menjadi milik orang lain. Kulit buah berangan di kupas dan di suap ke mulut. Walaupun sedikit dingin tapi rasa nya tak berubah. Tetap sedap di makan.

Telefon Durrah berdering dengan pantas nya dia menjawab.

"Hello bie! Janji nak video call sayang tunggu lama tau"

"Hei perempuan ni aku lah."

Terkejut mendengar suara itu Durrah melihat nama yang tertera di skrin telefon. Rupanya Ayong yang menghubungi nya.

"Oh ! Kau Ayong."

"Amboi rindu kan Encik suami rupanya sampai tak tengok dah sapa yang telefon tu."

Sindir sahabat nya yang sudah sebulan tak berjumpa.

"Kau sihat?"
Durrah terus tukar topik perbualan malu jika selalu disindir begitu.

"Aku sihat kau dekat sana macamana dah ada ke belum isinya?"

"Apa lah engkau ni. Mak asyik tanya kau tau sejak dah boleh bercakap ni."

"Ye ke? Nanti kau kirimkan salam aku pada emak. Ni aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau"

"Pasal apa?"

Perempuan bila dah mula bersembang lupa segala benda.

"Lusa aku pergi KL. Aku dah dapat kerja dekat Butik Zuri tu."

"Wah tahniah. Aku jugak yang menganggur. Kau dan jumpa rumah sewa? Kalau kau tak jumpa lagi nanti aku mintak Danial tolong carikan."

"Takpa dorang ada sediakan hostel. Ala kau menganggur pun bulan-bulan masyuk duit nafkah. Isteri pengarah lah kata kan."

Tidak suka Durrah dengan pujian menggunung itu. Bagi Durrah semua sama sahaja. Nikmat yang Allah beri itu tidak hanya dia sahaja. Tapi pada semua hambanya. Yang membezakan ialah nikmat yang kita peroleh dari bermacam sisi. Jadi syukur dan teruskanlah dengan kehidupan kita yang sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience