" Aku nak buat balik lah rawatan psikologi, Aku tak sanggup tengok Durrah sedih. " Sebersalah yang menerpa di dadanya sejak trauma Aydan diketahui Durrah, membuatkan Aydan tekad untuk meneruskan rawatannya hinnga dia benar-benar pulih dari trauma itu.
" Jadi kau nak datang sini? Apa-apapun kau fikir masak-masak dulu, kalau kat Malaysia ada je doktor psikologi yang hebat kan? "
Ada benarnya saran Ashraf Syazrin abang sepupu Aydan itu. Sudah lama mereka tidak bersua kini jarak yang jauh memisahkan mereka sejak beberapa tahun itu. Niat Aydan menghubungi Ashraf untuk bertanyakan khabar, Akhirnya topik perbualan bertukar menjadi sesi berbagi masalah, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
" Memang Ada. Sejak Pakngah pergi Jepun Doktor John yang handle trauma aku. "
" Dengar cerita adik ipar kau pun Doktor psikologi kan? " Soal Ashraf lagi.
" Dia pernah belajar bidang tu. Belum sempat jadi doktor lagi. Tak apa lah aku rawat dekat sini je lah, kirimkan salam aku pada Pakngah. "
Misal kata Aydan pergi ke Jepun bagaimana keadaan isteri dan mertuanya? Niat dia ingin bawa Durrah bersama tapi tidak mungkin pula Durrah setuju dalam keadaan Puan zalina yang masih tidak boleh berjalan. Masakan dia sanggup menambah kemudaratan pada mertuanya jika di bawa sekali.
Pintu bilik dibuka , siapa lagi kalau bukan Durrah Haura. Manis senyuman di bibir munggil itu menerawang ke arah suami nya yang ralit dengan iPad kerjanya. Tidak puas kerja di pejabat. Waktu seharusnya menenangkan fikiran sanggup digadaikan semata-mata kerana kerja.
" bie jom turun bawah papa dan angah dah sampai. "
Lunak sahaja suara wanita seperti permata itu mempelawa suaminya turun ke bawah. Perlahan-lahan sahaja Aydan menoleh sekilas wajah isterinya yang tebal dek solekan membuat Aydan memusingkan badan dan bertatapan dengan Durrah yang baru sahaja melabuhkan punggung di sampingnya.
" Amboi merah nya maklong, nak tunjuk dekat siapa? "
Bibir dengan gincu berwarna merah di seka Aydan dengan ibu jarinya, cemburu mula menapak ke raut wajah muram lelaki itu. Durrah yang Aydan kenal tidak pernah mengenakan solekan yang tebal di wajah cantik semulajadi nya. Semasa mereka bersanding dulu pun Durrah hanya bersolek ringkas tidak terlalu berat mata memandang. Kelakuan Durrah sekali lagi menimbulkan segala prasangka buruk oleh suaminya.
" Kenapa bie lap? penat sayang touch up tadi. " Sugut durrah sedikit tegang, tangan yang tadi menyeka bibir di tepis Durrah agak kasar. habis hilang lah kecomelan wanita itu apabila riak wajahnya bertukar masam mencuka setelah gincu di bibirnya di seka Aydan.
" only I can see your beauty. Tak pernah-pernah makeup tebal macam ni nak tunjuk dekat siapa? "
tegas Aydan sedikit meninggikan suara. Kini dia menukar posisi dari duduk langsung bangun mencekak pinggangnya. Kali ni Aydan benar-benar meresahkan hati kecil isterinya itu. Di beri muka sikit, mula lah melebih si Durrah ini. Aydan memang pantang orang menjawab mulut nya, tambah-tambah lagi bila isteri sendiri mula merungut saat di tegur terlampau berhias.
" Bie baru je lap bibir tu dah mula nak jeling dengan bie? "
Mendongak ke wajah bengis Aydan membuatkan Mata Durrah mula berkaca. dengan pantas dia menykeka supaya tidak gugur di pipi gebunya. Manja juga wanita ini, baru sahaja di sentak dek kesalahannya, berubah langsung rona wajahnya.
" Sayang tak nak nampak pucat je. " Jawab Durrah sambil memuncungkan bibirnya.
" Tak nak nampak pucat pakai lipbalm bukan gincu. Bie tak suka sayang pakai makeup tebal tebal. " Ringkas sahaja kata-kata Aydan pada isterinya. Nampaknya lelaki itu sememangnya cemburu, tanpa banyak yang akan dihuraikan, Aydan lantas memulas tombol pintu bilik dan mengatur langkah keluar dari bilik tanpa memujuk isterinya.
" Kenapa dengan Mr Oyster tu? Tak akan aku pakai gincu pun nak marah. Lepas tu biarkan aku macam tu je. " Berona merah wajah Durrah, hati nya seakan dihimpit rasa kesal yang meluap-luap. Nak di lawan suami. Apakan daya terpaksa lah dia mengaku kalah sahaja dengan Aydan.
" Assalamualaikum " ucapan salam Aurell memecah keheningan suasana petang di rumah Aydan.
" Waalaikumussalam, cik cari siapa? " Celah Durrah, perempuan mana pula tiba-tiba datang di saat ahli keluarga sedang berkumpul, sudah lah pakaian yang di kenakan Aurell agak terdedah sehingga kan lurah dada masih ternampak.
Danial pantas menapakkan kaki nya di daun pintu rumah, dan menyekat pandangan Durrah pada Aurell yang berpakaian sedikit menjolok mata itu.
" Kakak tolong pinjamkan baju dekat dia. " Terjengket-jengket Adik lelaki Durrah mengintai ke dalam rumah, risau jika semua orang terperanjat dengan kemunculan seorang gadis yang berpakaian tak tumpah seakan pelakon Hollywood.
Tanpa melengahkan masa, tangan Aurell terus disambar durrah, laju sungguh kaki wanita itu mendaki anak tangga. Mujurlah tidak rebah tersungkur.
Pintu bilik tetamu di kunci setelah Durrah dan Aurell melangkah masuk ke dalam bilik itu. Mana lah tahu jikalau ada mata-mata yang hendak mengintip. Tak akan Aydan pula yang dituduh. Jauh panggang dari api jikalau Durrah berfikir begitu.
" Adik pakai baju ni, baju ni memang kakak siapkan untuk tetamu. Akak tunggu dekat luar ya? " Sehelai baju t-shirt lengan panjang dan sehelai seluar panjang. Sentap seketika gadis itu.
' Do I need to change this Blouse? Apa yang tak ok dengan pakaian i ni? ' bisik Hati kecil Aurell, Sudah terang lagi bersuluh dalam rumah itu pula ada suami-suami orang. Tak elok pula dipandang mereka.
" Akak! How do i look? " Soal Aurell melangkah keluar dari daun pintu bilik tetamu.
" Ha! Ni baru lah manis dipandang, barulah Danial suka. " Hidung Aurell di cuit Durrah, buntang mata gadis itu Durrah menyebut nama Danial. Apa yang Durrah sangka dengan si Aurell ini?
Tangan Aurell dituntun Durrah, langkah diatur menuruni anak tangga. Niat gadis itu akhirnya sudah berubah tajuk selepas dia dilayan seperti keluarga pula di rumah itu.
" Eh! Siapa ni? Kawan durrah ke? " Ujar Puan Bahira tersenyum manis.
" Buah hati Danial lah kan? " Bersahaja Durrah menjawab, tersedak lelaki itu ketika namanya dikaitkan dengan gadis pembawa malang itu.
" Eh no, no i bukan buah hati Danial. Sebenarnya i datang sini ada benda yang i nak jelaskan. " Pantas Aurell bangkang sangkaan mereka.
" Wah caya lah Danial, bawak balik awek! " Mencelah Fateh haru suasana jadinya. Wajah Danial dirautnya. Kesal dengan tuduhan itu.
Wajah tua Puan Zalina dipandang sekilas Danial. Dia sangka Puan zalina akan kecewa atau marah tapi sebaliknya, Puan Zalina menyulam senyuman manis sambil merenung gadis yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa.
" Macam ni biar i yang jelaskan. Masalah video yang hari tu. Kami masing-masing tak pernah mengenali antara satu sama lain pun. Kebetulan masa tu i nak lunch. Then he hit me. " Jari telunjuk dituju tepat ke arah Danial.
" Ewah-ewah awak yang langgar saya dulu!"
Danial pula tidak mahu kalah dari tuduhan Aurell.
" Encik Danial u lupa ke u yang langgar i dulu, You are in a hurry. "
Keluar sudah bahasa pasar gadis seorang ini.
" Eh kau orang ni sampai bila nak selesai kes ni kalau kau orang asyik bertekak je. " Tegah Aydan yang sedang berpeluk tubuh merenung pada mereka yang tidak berhenti berbalah.
" Jadi cik? " Soal Tuan Omar. sibuk bertengkar sampai kan lupa Danial perkenalkan nama gadis itu.
" Aurell zuri. Panggil Aurell je uncle"
" Masalah kamu semua ni dah merosakkan imej syarikat. Beberapa tahun syarikat Sumayyahent di tubuhkan belum ada lagi lah kes macam ni berlaku. "
Danial sudah mula runsing jika riak wajah Puan Zalina berubah, risau jika emaknya sedih dengan berita yang tak layak di ceritakan.
" Ya, Danial minta maaf sebab dah burukkan nama syarikat, apa yang kami boleh buat untuk tebus balik kesalahan kami? "
Sayup hati Danial niat nak perjelaskan sudah berubah. Terpaksa lah dia mengaku bersalah walaupun video itu hanyalah salah faham.
Menerawang ke arah wajah sayup Danial sekilas memandang ke arah Puan Zalina yang berkerusi Roda membuat Aurell dihimpit sebersalah.
' mesti banyak beban yang dia tanggung lepas video tu viral. Kesiannya Danial. Di sebabkan i jugak dia hampir jadi cacat. '
Ada juga belas kasihan Aurell pada Danial. Kalau tak kerana kecuaian dia, perut Danial tentu tidak berparut.
" Alah, senang-senang kau nikah je dengan si Aurell ni Danial, tutup terus kes. Lagipun badan kau dia dah pandang, dah tatap, maruah dia pulak dah jatuh masa tu. "
Berterus terang sungguh Aydan kali ini. Beberapa pasang mata merenung tajam pada Aydan. Terkedu mereka dengan kata-kata yang tak disangka akan dikeluarkan dari mulut harimau itu.
" I sanggup jadi isteri u! " Terkesima orang-orang di sekelilingnya mendengar tutur Aurell.
" Nikah kahwin bukan perkara yang main-main. kalau betul kamu dah buat salah, jangan lari. Bertanggungjawab lah. Anak ni perempuan, tak elok di biarkan maruahnya tercalar. "
Sampuk Puan Zalina dengan tenang, tiada lagi helah yang dapat di karang oleh Danial apabila Puan Zalina sendiri memberi lampu hijau kepada anak bongsunya. Masalah yang melanda Danial sudah diketahui Puan Zalina seketika tadi.
" Mak, mak percayakan adik tak buat semua tu? Semua tu salah faham je mak. " Danial mula mendekati Puan Zalina, berposisi duduk di antara dua sujud bertatapan Puan Zalina sambil tangan tua itu di genggam erat Danial.
" Dengar cakap mak. Walaupun semua tu salah faham antara kamu berdua tapi tak di mata masyarakat lain. " Tajam mata kaca Puan zalina menatap wajah sugul anak lelakinya.
" Betul tu Adik. Kau orang nak tutup mulut dan mata orang dengan perjelaskan pada mereka memang tak dapat lah. Bertanggungjawab lah adik lagipun cik Aurell ni setuju apa nak kahwin dengan kau, " Bicara Durrah. matanya memandang ke arah mereka bersilih ganti.
" Aurell ok je, sebab abang-abang Aurell pun akan suruh Danial buat benda yang sama macam aunty cakap. Diorang semua percaya yang I dengan Danial dah terlanjur. "
Penjelasan Aurell membuat Semua tercengang. Sampai di tuduh terlanjur reaksi gadis itu masih boleh tenang. Apa lagi mereka boleh buat, sudah mereka jelaskan masalah itu adalah kesalah fahaman sahaja tapi masih tidak di percayai jua.
Apakah yang di fikiran Aurell apabila di beri pendapat untuk menikah dengan lelaki itu? Bohonglah jikalau tiada sedikit rasa suka pada lelaki yang berwajah mirip seakan pelakon Korea itu, sudahlah maruah Danial telah hilang kerana tubuh sasa jejaka itu telah di tatap Aurell.
" Kau orang fikir lah sendiri dah besar panjang dah. pandai-pandai lah selesai kan masalah sendiri. Macam aku cakap. Kalau kau nak tutup tanggapan orang, menikah je lah. Lagi pun harga diri perempuan ni dah tentu tercalar teruk. "
Lantang sungguh si Aydan ini bila bersuara, langsung tak hiraukan perasaan tuan punya badan itu, apa yang harus didalih lagi? Pendapat yang di anjurkan Aydan dan yang lain ada betulnya juga.
" Woi Danial! Kau dengar tak Along cakap tu? Berangan pulak. "
Tersentak Danial dek lamunan yang menyinggah di fikirannya seketika tadi. Hati nya mula dihimpit rasa sudi berbaur rasa sebal.
" Aurell ! saya hantar awak balik " ujar Danial yang tadi di posisi duduk antara dua sujud kini bangun berdiri, kunci kereta di dalam mulut poket seluarnya di seluk keluar.
" Eh makan malam dekat sini terus lah. Lagipun mama masak banyak. "
Sudah menjadi kebiasaan Puan Bahira yang hobi memasak itu, kalau tidak dapat jamu sekampung tidak akan puas hatinya. Lantaran itu seminggu sekali pasti dia akan berkunjung ke rumah Anak tiri sulungnya untuk makan besar bersama keluarga.
" Takpa Aunty lagipun i nak bawak Danial jumpa dengan Abang-abang i. Sepatutnya pagi tadi lagi dia orang tunggu nak jumpa dengan Danial tapi dia ignore text i tadi buzy sangat dengan kerja. "
Berdekah-dekah orang-orang itu, saat Aurell mengadu dek sikap Danial yang polos ini. Menggeleng kepala Durrah dengan senyuman sumbing di ukirnya.
" Aurell telefon abang-abang kamu datang sini, uncle jemput nanti uncle bantu jelaskan. "
Berani Danial menolak pelawaan Tuan Omar? Tiada siapa dapat menebak apa yang ada di buah fikiran lelaki yang dianggap seperti bapa kandung sejak Danial bekerja dengan Aydan. Ada kalanya buah fikiran orang tua-tua lebih bernas jika dibandingkan dengan buah fikiran sesetengah orang-orang muda yang hanya hendak perkara yang mudah tanpa perlu berfikir.
Share this novel