" bie ada dekat mana ni? Sayang dah habis checkup ni."
Tak sabar sungguh mak buyung seorang ini. Sejak mengandung Durrah mula jadi seorang yang tidak penyabar. Biasa lah ibu mengandung ada kala hormon mereka tak stabil.
" Bie baru nak pergi dekat kereta ni, sayang jangan keluar lagi duduk je dalam klinik tu. "
Tergesa-gesa tanpa memikirkan orang sekeliling suaminya lantas masuk ke dalam kereta. Panggilan mula di matikan. Tak boleh Fokus jika Durrah masih dalam panggilan. Asyik merapu sahaja mulut nya. Semua tak kena.
" Ish Yusuf Aydan ni! Anak mama mesti lapar kan kejap kita pergi cari kedai makan. "
Berkeroncong Perut boyot itu minta di isi, mana tidaknya Hampir dua jam dia seorang diri berjumpa doktor untuk periksa kandungan yang sudah masuk lima bulan. Datang dengan suami, oleh kerana terlalu sibuk akan kerja yang tak pernah sudah terpaksa Aydan tinggalkan Durrah periksa kandungan seorang diri. mula naik berang wanita itu menunggu sudahlah lama, mengatur langkahnya dengan beg tangan dijinjit sungguh bahaya tindakan Durrah kali ini. Nasib lah selamat sampai ke sebuah restoran mamak yang tak jauh dari klinik tadi.
" Mamak order "
Tercungap-cungap dia menghela nafas lega, walaupun jarak yang tidak jauh namun terasa sesak dadanya. Kalau tidak kerana lapar dia pun tak mahu ke situ seorang diri, malu yang menerjah harus dia ketepikan kerana fikir ada bayi di dalam perut yang harus di beri makan. Kalau dia seorang boleh sahaja dia ikat perut sementara pulang ke rumah.
" Hari ni saya belanja awak "
Sepinggan nasi kandar berlaukkan Ayam tandoori bahagian atas paha, di kenakan pulak dengan kuah campur memang kegemaran Durrah sejak zaman bujang lagi.
" Wah sedapnya terima kasih ane! "
Seronok punya seronok saat Durrah mendongak kepalanya riak wajah ceria bertukar serta merta menjadi cemberut. Orang yang dia benci, orang yang telah khianat perasaan nya kali ini benar-benar di depan matanya. Kerusi di hadapan Durrah di tarik perlahan. Lantas Lelaki itu melabuhkan punggungnya Durrah pantas bangun dari duduknya, namun saat itu pinggang nya berasa tidak kuat. Terduduk semula melepaskan lenguh seketika.
" Awak ok ke? "
" Awak buat apa dekat sini? Pergilah nanti suami saya datang. "
Durrah masih ragu-ragu dengan hatinya. Airmata sampai kan tidak sabar untuk merembes keluar dari bola matanya. Tidak dia duga Fikri muncul lagi dalam hidupnya. Kali ini bukanlah airmata rindu yang keluar membasahi pipinya. Tapi airmata yang penuh kebencian.
" Suami? Suami awak biarkan awak jalan sorang-sorang? Kesian awak tak apa anggap lah saya belanja awak kali ini tanda maaf saya dekat awak. "
Sinis senyuman lelaki itu memeritkan lagi hatinya yang mula membahang. Kuala Lumpur bukanlah besar mana. Setakat Durrah Haura isteri kepada Pemilik syarikat Sumayyahent SDN BHD itu penuh di ruang majalah inikan pula di laman sosial.
" Kebetulan saya baru balik dari penjara melawat isteri saya. "
Dengarkan tutur kata Fikri membuat Durrah memaksa pandangan yang sepatutnya tidak di pandang. Terperanjat juga terdengar perkataan Penjara itu.
" Isteri awak masuk penjara ke? " Bersahaja Durrah mengajukan soalan pada sosok lelaki di depan matanya.
" Saya tak akan salahkan suami awak. Lagipun tindakan isteri saya memang keterlaluan jugak. Tapi saya syukur kalau suami awak tak buat macam ni mungkin Lily tak akan berubah sampai bila-bila. "
Apa yang cuba disampaikan Fikri masih mengelirukan Durrah. Apa kaitan Suaminya dengan isteri kepada Fikri. Mahu ditanya tapi nanti panjang pula jadinya takut pulak jika ada mata-mata yang memerhatikan gerak geri dia.
" Anggap awak tak pernah kenal saya dalam hidup awak. "
Sakit pinggang belum lega namun dia harus kuatkan diri untuk pergi dari situ.
" HAURA! "
Nama yang meniti di bibir Fikri menggerakkan hati kecil itu untuk menoleh buat kali terakhir.
" Awak tak payah lari dari saya. Saya takkan berniat buruk dekat awak. Duduk lah makan sementara tunggu Aydan datang. Saya dah nak balik. Makanan ni jangan lupa makan saya dah bayar kan. "
Sekeping kad dikeluarkan dari dompet di letakkan tepat di sisi pinggan nasi.
" Walaupun kita tak boleh jadi pasangan tapi kita masih boleh jadi kawan. Kawan yang takkan makan kawan. Kalau awak ada apa-apa masalah call lah saya bila-bila masa."
Tanpa menunggu jawapan Durrah, lantas dia mengatur langkah pergi dari situ. Benci benci jugak, rezeki jangan di tolak. Tanpa perasaan malu kerusi yang masih panas bekas duduknya tadi dia duduk lagi. Masih ingat lagi Fikri akan kegemaran Durrah. Tersengih Durrah seketika ucapan dari Fikri masih terngiang-ngiang. Bagi dia apa salahnya jika dia tetap menganggap Fikri seperti seorang sahabat sedangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.
'Ok lah lepas ni dah tak ada lagi dah perasaan dekat awak. Saya terima jadi kawan awak. '
Kad nama di simpan ke dalam saku beg tangan. Haruman nasi kandar itu menusuk ke dalam rongga hidung wanita itu. Tak boleh tahan lagi seketul Ayam tandoori di pinggan mula dia cubit masuk ke dalam mulut. Sungguh lahap dia makan sampai lupa akan suaminya.
" Eh mana Durrah ni. Orang call tak angkat. "
Bukan sekali perkara seperti itu terjadi. Asalkan Aydan tinggal Durrah sebentar sahaja terus merayau entah ke mana. Berkali-kali nombor telefon isterinya didail tapi tidak dijawab. Tidak sampai seminit kelibat isterinya muncul di pandangnya. Terkedek-kedek Durrah berjalan seperti itik pulang petang lantas berang Aydan hilang memandang wajah isterinya.
" Sorry bie baby lapar "
Muncung sedepa bibir munggil Durrah nasib di tempat awam kalau di rumah sudah tentu bibir muncung itu di cengkam Aydan.
" Melampau lah perangai sayang ni. Banyak kali dah sayang buat bie risau. Fon mana? "
Begitulah sikap Durrah sejak berbadan dua. Sikapnya kadang lebih sensitif kadangkala lebih agresif. Boleh dikatakan Aydan sangat sabar melayan karenah isterinya seorang itu. Mujurlah Alahan Aydan pun sudah hilang.
Tanpa menjawab soalan suaminya pantas Durrah meluru masuk ke dalam kereta. Keluh Aydan menggeleng kepalanya.
" Pakai seat belt! "
Tali pinggang di pin. Enjin kereta Audi R8 mula di hidupkan.
" Sayang pakai seat belt! "
Nada Aydan sedikit membentak biarpun Durrah hanya mengendahkan sahaja arahan suaminya. Sekali lagi keluhan berat di keluarkan. Tali pinggang keledar di samping Durrah Aydan tarikkan dan pin.
" Sayang taknak pakai seat belt! Perut sayang sengkak. " Tali pinggang keledar dibuka Durrah.
" Tak bolehlah sayang, bahaya lah. Nanti kena saman karang. " Dah mula main tarik tali pula tali pinggang keledar yang tidak mahu di kenakan isterinya.
" Oh, bie takut kena saman rupanya bukan sayang kat sayang pun "
Sudah mula Drama air mata yang di arah oleh Durrah Haura ini. Sudahlah kerja di pejabat masih berlonggok, isteri pula buat perangai.
" Apa sayang ni? Kita ni sayang kan nyawa dia tu. "
" Kita? Siapa pulak kita tu? Bie tak pernah berbahasa dengan sayang macam tu. "
Kali ini memang sabar sungguh Yusuf Aydan seorang ini. Taknak pula trauma dia menyerang saat itu. Dia sanggup di serang trauma daripada terpaksa melayan karenah pelik isterinya.
Mahu tak mahu perjalanan harus diteruskan. Durrah pula sepanjang perjalanan pandangan nya tetap tak beralih dari melihat jalan. Merajuk agak nya, sampai kan wajahnya berona merah seperti guava.
" Sayang"
Sebungkus coklat Toblerone dihulurkan.
Langsung merubah suasana hati Durrah. Senang sungguh Aydan memancing isterinya. Hanya bermodalkan makanan sebagai umpan terus cair hati yang beku tadi.
" Best nya jadi orang mengandung kan hari-hari di layan bak puteri raja. "
Lebar senyuman di lirik Durrah ketika Coklat Toblerone mula digigit.
" Kalau macam tu sayang kena mengandung selalu lah. "
Nakal kerlingan mata dan senyuman sinis di wajah Aydan. Bukan makin malu malah makin gedik Durrah mendengarkan cadangan suaminya itu.
" Kalau bie nak berapa orang anak? "
Tangan Durrah mula meraba-raba paha suaminya, kali ini sikap agresif pula datang secara tiba-tiba. Kalau sikap yang begitu takkan meluat lah Aydan.
" Kalau bie, bie nak lima orang. Ramai-ramai lagi meriah. " Mengerling sekilas pada wajah manja isterinya, tiba-tiba mood rajin hilang dari dirinya. Mahu sahaja dia menemani isterinya sepanjang hari. Tapi apakan daya kerja juga penting demi menyara keluarga besarnya.
" Anything for my husband. "
Durrah merehatkan kepala di bahu tegap suaminya. Tangan di paha masih tidak beralih.
" Bie boleh tak bie tak payah pergi pejabat. "
" Mana boleh sayang bie banyak kerja nak buat. "
" Macam ni, sayang ikut bie pergi kerja lah. "
Berani dia jawab tidak, elok-elok mood isterinya baru nak membaik, jika di endahkan nanti mula tarik muka.
" Ok! "
Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Aydan sudah cukup mengembirakan hati isterinya.
Riang rasa hati, sayang juga Aydan pada Durrah. Mahu tak sayang nak dapatkan dulu punya lah susah. Bila dah dapat terpaksa lah dia lakukan yang terbaik untuk isterinya takkan dia sia-siakan cinta yang dia miliki sekarang.
" Danial jap lagi kau kemas pejabat Aydan. Ambik ni pandai-pandai lah kau nak buat macamana. "
Baru sahaja nasi lemak yang di beli tadi pagi di suap ke dalam mulut, Datang pula tugas baru. Bantal dan selimut yang di bawa Fateh di letakkan di atas meja kerja Danial.
" Takkan lah saya kena tidur dekat pejabat kut. Lagipun kerja saya semua dah selesai. "
Tak pernah dia buat tidur di pejabat kerana kerja sepanjang dua tahun bekerja di situ.
" Ish kau ni! Bos kau lah ni dia suruh letak dekat pejabat dia. "
Apa pula yang jadi pada mereka berdua sampai kan Aydan sanggup mengarahkan Fateh menyediakan bantal dan selimut. Adakah mereka bergaduh? Keluhan berat dilepaskan Danial, dia amat Lah faham sikap kakak nya itu. Danial fikir pasangan itu pasti berkelahi.
Mengangguk dan turuti sahaja kehendak Aydan. Tak di buat nanti di label pekerja paling derhaka pulak.
" Asyik aku je kena. Dalam syarikat ni punya lah ramai staf. Aku jugak yang disuruhnya, "
Di campaknya bantal dan selimut ke atas sofa. Sambil mulut tak berhenti mengomel.
" Merungut? Aku potong gaji baru tahu. "
Terperanjat langsung Danial memusingkan badannya menghadap ke arah suara yang menerjah dari arah belakang.
" Eh kakak? "
Tertawa kecil Durrah, celupar sungguh mulut Danial, lantas mengerling ke arah Danial yang sedang cekak pinggang,
" Kenapa kakak datang sini? "
" Kenapa kakak yak boleh ke datang pejabat suami kakak sendiri?"
Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kenapa lah dia setuju Nikahkan majikannya dengan Kakak dia. Tak tenteram jiwa lelaki seorang ini.
" Sayang baring kat sofa ni, kesian anak dalam perut tu nanti. Bie nak buat kerja, nak apa-apa cakap kat Danial "
Sebelum mula kerja Arahan harus diberitahu dahulu. Maklumlah isteri dia sedang mengandung macam-macam ragam aneh akan berlaku bila-bila masa sahaja. Sebelum perangai aneh Durrah muncul, Danial lah yang ditugaskan melayan kerenah kakak nya itu.
' lagi-lagi aku! Diri aku pun tak terjaga, nak jaga kakak pulak. Apa guna aku kahwinkan dia dengan si Aydan ni kalau sudahnya aku jugak yang kena. '
Senyum manis riak wajah Danial ketika mendengar suruhan Aydan. Tapi di dalam hatinya lain pula yang dia tutur. Mungkinkah hari ini hari terakhir Danial kerja di situ? Mahu sahaja dia meletakkan jawatannya tapi apakan daya Durrah itu kakak kandungnya sendiri, masakan dia berbuat perkara yang menyentuh hati kecik gadis mutiara itu.
Dari sudut kerja Aydan hanya berjarak empat meter sahaja dengan jarak ruang bincang di bilik pejabat itu. Tak fokus Aydan melihat isterinya berdiam sahaja melihat dirinya yang sedang bekerja.
" Kenapa sayang bie tak fokus lah. "
Tangan yang sedari tadi menaip komputer langsung dia topang dagunya dan merenung ke arah isterinya yang asyik dengan memek muka comelnya itu. Kalaulah tidak ada tugas hari ini sudah lama Durrah di bawak pulang ke rumah dan berkurung sahaja dalam bilik.
" Sayang bosan lah. "
Berkali-kali mata Durrah Di kerlip. Faham lah Aydan apa maksud isterinya.
" Danial masuk "
Sekali lagi nama lelaki malang itu di panggil Aydan. Gelabah Danial Mana sempat lagi diketuk pintu kalau dah si Aydan memanggil.
" Kerja kau dah siap "
Laju Danial anggukkan kepalanya.
" Habis tu kenapa kau tak balik lagi? "
Posisi tangan Aydan beralih memeluk tubuh tegap nya.
" Saya nak balik lah ni. Tadi saya solat Zohor kejap. "
Terlupa pulak Aydan sudah masuk waktu solat Zohor. Ralit sangat dia mengerjakan tugasnya tambah pula ada orang yang selalu memerhatikan kerjanya.
" Oh, aku nak pergi solat kejap. Kau belikan apa-apa yang Durrah nak. Kesian dia bosan. "
' habis aku ni tak kesian ke? Dari tadi tak sempat nak rehat? '
Naik berang Danial di buatnya. Aydan ini sungguh tak faham perasaan anak buahnya merangkap adik iparnya itu. Apalah nasib Danial sudahlah cinta dia terhadap juruwang di Guardian itu menolak cintanya. Nampaknya dia akan berterusan ditindas Abang dan kakak jika dia masih belum menikah.
Share this novel