MALAM MENJELMA, Durrah hanya berkurung di dalam bilik. Sementara di luar saudara mara yang lain bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis persandingan Besok. Berkali-kali nombor telefon Fikri didail. Tetapi nombor itu sudah tidak digunakan lagi.
Sepanjang hari dia menangisi seorang lelaki yang bukan siapa-siapa lagi. Mata nya yang semakin bengkak kerana menangis tak henti membuat kan dia hilang keyakinan untuk bersanding besok. Pintu bilik dibuka akhirnya dia melangkah keluar juga. Melihat pada papan nama di samping pelamin itu langkah kaki nya terhenti. Tulisan yang tertulis nama nya dengan lelaki yang bukan dia impikan.
'Durrah Haura dan Yusuf Aydan? Ya Allah Kenapa aku masih tak boleh lupakan Fikri di saat aku sudah menjadi isteri kepada Aydan. Macam mana aku nak hilangkan rasa sayang aku pada dia yang pernah menjadi cinta pertama aku Ya Allah.'
Berdiri kaku dan menatap ke arah nama itu lah yang masih dilakukan Durrah. Danial memeluk bahu Durrah dari belakang. Dia cuba meredakan suasana hati Durrah yang sedang membara itu. Namun ditepis Durrah tanpa berkata apa-apa.
Walaupun hari itu hari yang menyedihkan bagi Durrah namun hari tu menjadi hari yang penuh bersejarah bagi Aydan. Merenung ke arah sepasang baju melayu songket bewarna ungu lembut yang akan di pakai pada majlis sanding esok.
"Along ! mengelamun apa pulak tu? Rindu dekat isteri ke?"
Aydan tersentak dek terjahan seorang gadis. Rupanya-rupanya adik sepupu nya Eshal Khadeeja. Eshal adalah anak kepada Doktor nasir. Sudah berapa tahun mereka berpisah kerana Eshal melanjutkan pembelajaran di turki. Kini Eshal pulang untuk meraikan hari kebahagiaan abang sepupunya itu.
"Eh ! Sapa suruh balik? Pergi lah belajar sana! Tak payah balik. "
Usik Aydan memecahkan suasana. Sudah lama dia tak bergurau dengan adik sepupunya itu. Sekarang masing-masing dah dewasa. Gurauan pun sudah berubah tak sama macam dulu.
"Dulu Eshal nak kahwin dengan Along, Along taknak. Sekarang dah kahwin dengan orang lain"
Dahulunya Eshal pernah berhasrat ingin dinikahkan dengan Aydan. Tetapi perkara itu tidak mungkin terjadi kerana keluarga mereka tidak galakkan menikahi saudara mara walaupun dalam islam di benarkan menikahi sepupu.
"Mimpi lah kau shal, Along dah kahwin dah. Along sayang isteri Along sorang je."
"Selamat pengantin baru Along sampaikan hadiah ni pada kaklong ya. Eshal mungkin tak pergi majlis sanding esok. Hati ni tak kuat.
Eshal menghulurkan sebungkus hadiah untuk Durrah. Sempat lagi dia mengusik Aydan. Mereka berdua dulu nya seperti anjing dengan kucing, pantang bejumpa selalu bertengkar. Setelah beranjak dewasa hubungan mereka ibarat carik carik bulu ayam.
Malam semakin tua. Durrah masih belum tidur. Keras sungguh hati wanita sorang ini.
Mana tidaknya susah untuk melupakan orang yang betul-betul kita sayang yang Kita percaya telah tewas dengan kata-kata hasutan manusia.
"Kakak, Malam ni biar adik yang jaga mak. Adik tahu kakak marah dengan adik. Tapi percayalah Abang Aydan betul-betul cintakan kakak. Adik cuma nak bagitahu adik tak bersubahat dengan sesiapa untuk sakit kan hati kakak. Ini yang terbaik untuk kakak. Jangan menangis kuat sangat esok nak bersanding. Selamat malam kakak. Adik sayang kakak."
Pujuk Danial di luar pintu. Durrah merasa sebak mendengar kata-kata adiknya. Memeluk tubuh yang dingin. Tangisan yang entah ke berapa kali yang ditangisi nya hari ini.
'kenapa awalnya harus sayang kalau akhirnya jadi benci. Kenapa awalnya harus rindu kalau akhirnya tak dimiliki. Kenapa awalnya tak berterus terang kalau akhirnya harus meninggalkan'
.....
HARI YANG DINANTIKAN, Busana indah dari songket ungu lembut persis seperti Adat zaman dahulu mengindahkan suasana persandingan. Pelamin bewarna putih dihiasi dengan jambakan bunga lavender sangat menarik perhatian tetamu yang datang. ketibaan pengantin lelaki diiringi paluan kompang serta selawat ke atas nabi s.a.w.
Ke dua mempelai masuk ke dalam rumah dan duduk bersanding di atas pelamin. Mereka kelihatan sama cantik seperti cincin dengan permata. Fateh memainkan peranannya sebagai seorang jurugambar tidak berbayar. Menggunakan bakat yang dia ada untuk mencipta memori indah untuk tatapan dan kenangan masa depan.
"Bie perasan mata sayang sembab. Sayang menangis ke semalam? Menangis sebab apa?"
Aydan yang perasan reaksi isteri nya tak seperti selalu. Hari ni Durrah banyak berdiam. Kadang membuat Aydan berkecil hati namun Aydan harus kuat memujuk hati sang isteri kembali ceria seperti sedia kala.
"Kalau sayang tak larat kita berehat dulu. Lagipun semua dah selesai."
Aydan memeluk samping bahu Durrah. Tangan isterinya di usap lembut. Durrah tidak menolak layanan suaminya. Kerana dia tahu dia tidak akan boleh lari dari tanggungjawab seorang isteri.
"Saya sakit kepala lah saya nak rehat dulu." Rayu Durrah tangan Aydan mula di lepaskan.
"Bie temankan sayang ya"
Menawarkan diri untuk menemani sang isteri, tetapi tawaranya ditolak. Apa kata keluarga jikalau ke dua pengantin masuk ke dalam bilik di saat semua keluarga sedang berkumpul di luar. Tak elok pula begitu. Jadi di biarkan Durrah sahaja berehat kerana Aydan faham situasi hati isterinya yang memerlukan sedikit masa untuk reda.
"Mana Durrah mama dan papa nak balik dah ni."
Sebelum pulang Tuan Omar bertemu dengan Aydan. Niat nak betemu dengan menantunya sebelum berangkat namun Tuan Omar memilih untuk tidak meganggu rehat Durrah.
" Terima kasih papa dengan bantuan papa hari ini. Nanti Along sampaikan salam Papa dan mama pada Durrah."
Akhirnya terucap juga nama Mama di bibir Aydan. Selama bertahun-tahun Puan Bahira mencari cara melembutkan hati anak tirinya yang keras itu. Akhirnya hati yang seperti batu itu bertukar menjadi tanah liat setelah bertemu cinta nya.
"Baju sanding ni mama hadiah kan pada Along dan Durrah. Simpan lah jadikan kenangan mama Yang reka khas untuk kamu berdua."
Merenung sayu ke arah wajah redup Puan Bahira. Rupanya Baju sanding itu di reka sendiri oleh nya. Sudah lama baju itu di simpan khas untuk anak tirinya.
"Angah cakap baju ni istimewa. Tapi dia tak cakap dari mama."
Aydan menggenggam tangan tua mama nya.
"Mama yang tak bagi angah beri tahu. Sebab taknak Along tolak pemberian mama ni" pipi sang anak di elus lembut sang ibu. Tangisan bahagia keluar membasahi pipi sang ibu. Sudah lama dia impikan untuk diterima oleh anak tirinya. Tidak sia-sia usahanya berdoa siang malam pada Tuhan yang maha esa.
.......
Di sudut baca yang berselerak dengan longgokan buku-buku. Kertas bertaburan merata-rata. Fikri seperti tidak tentu arah, hati nya kecewa melihat beberapa foto perkahwinan Durrah dan Aydan yang di unggah danial dalam laman sosial. Walaupun dirinya sudah menikah namun perasaan nya pada Durrah seakan tidak ada penamatnya.
"apa ni ! U berselerak nya bilik ni. U buat apa tu? ."
Datang lah isteri yang pura-pura baik di hadapan nya itu. Nur Lily Yasmin nama yang bermaksud cahaya bunga bungaan itu tidak menggambarkan sifat aslinya. Wanita kebanggaan Makcik Senah itu penuh dengan kepalsuan.
"Keluar ! Aku tak suka orang masuk dalam ruang kerja aku"
Bentak Fikri tanpa melihat wajah palsu isterinya itu.
"Kenapa dengan U ni? Langsung tak ada hormat pada I. I ni isteri U."
Lily terus duduk di atas riba Fikri. Godaan Lily membuat kan Fikri tidak berdaya.
"Sekarang I kat depan mata U. Lupakan kisah silam u yang dulu. Orang di sana dah bahagia. Kita yang dekat sini kenapa nak sedih?"
Walaupun Fikri tidak boleh melupakan Durrah. Namun godaan nakal Lily membuat kan Nafsu Fikri tercabar. Lily di dukung dan di bawa Fikri masuk ke dalam biliknya.
"I nak u hari ni." Fikri membaringkan lily. Bibir nya dikucup berkali-kali. Desakan manja lily membuat kan Fikri tidak boleh menahan diri lagi.
.......
Selepas selesai solat maghrib, yang di imamkan Aydan. di iringi dengan bacaan doa oleh Danial. Durrah yang baru terjaga dari tidurnya tidak sedar sudah malam. Lena sungguh Durrah tidur. Durrah yang masih berbaju pengantin itu mencapai tuala dan terus melangkah keluar dari biliknya. Kain tuala menutupi kepalanya terus menuju ke bilik air. Aydan yang perasan kelibat isterinya itu ketawa kecil.
Aydan duduk di samping emak yang duduk di atas kerusi roda. Aydan mengucup tangan emak.
"Emak. Terima kasih dah lahirkan seorang puteri yang baik. Puteri yang cantik. Walaupun Aydan bukan pilihan hati dia. Aydan janji dengan mak Aydan akan jaga dia elok-elok. Aydan janji dengan mak Aydan tak akan sia-sia kan dia."
Emak hanya mampu melihat, dan hanya mampu mendengar sahaja. Hanya air mata menjadi isyarat. Aydan mengusap airmata mertua nya dengan tapak tangan nya. Durrah yang tidak sengaja melihat kelakuan suaminya itu membuat kan durrah terharu.
'dia lap airmata emak. Dia tak geli dengan emak.'
bisik hati kecil Durrah. Kain telekung yang membaluti tubuhnya di lepaskan. Durrah melangkah kaki ke dapur melihat Ayong dan ibunya. Mak Leha menghidang lebihan makanan kenduri siang tadi.
"Eh Tuan puteri dah bangun. Silakan tuan puteri makanan dah di sediakan." Ejek Ayong, dia geram dengan Durrah seharian abaikan suaminya. Sehingga kan mertua balik pun dia tidak tahu.
"Amboi kau perli aku ke?" Durrah mencekak pinggang ramping nya.
"Mestilah seharian kau tidur dalam bilik. Suami kau pun kau tak layan. Aku pulak yang kena layan suami kau nasib baik Iskandar tak ada kalau dia nampak aku layan suami kau tak ke salah faham dia."
Risau sungguh Ayong jika tunang nya cemburu. Iskandar seorang tentera, sedang operasi di sabah. memang tidak ada masa untuk cemburu. Itu hanya gurauan Ayong pada sahabat nya sahaja.
"Aku penat tadi. Ingat nak tidur sekejap je tapi tak sangka terjajak pula."
"Hah terlajak sampai mak mertua balik pun tak pergi berjumpa."
Mendengar kan kata Ayong baru dia teringat yang dia langsung tak berjumpa dengan mertua nya selepas bersanding. Rasa bersalah buat kan Durrah kecewa dengan sikap nya sendiri. Baru sahaja Aydan dan Danial menuruni anak tangga menuju ke dapur. Omelan Durrah merubah suasana menjadi ceria.
"Ya Allah. Kenapa kau tak kejutkan aku? Apa kata mereka aku tak keluar. Mesti diorang fikir aku ni tak suka diorang. Mesti mama dan papa fikir aku ni menantu yang tak guna." Durrah terus menyalahkan dirinya sehingga dia tidak perasan suaminya ada di belakang.
"Humm mama dan papa kirim salam tadi"
Mendengar akan suara itu Durrah terus menoleh dia hampir ingin jatuh kerana terperanjat jarak dirinya dengan Aydan sangat dekat. aydan sempat merangkul pinggang ramping isterinya. Takut jika isterinya jatuh. Tatapan mata itu membuat kan jantung Durrah berdegup laju.
'hensem nya dia.' bisik hati kecil durrah.
"Ehem. Nak makan ke nak bercinta ni. Nak makan duduk, kalau nak bercinta pergi masuk bilik." Usikan Danial membuat Durrah malu. Aydan memegang tangan isterinya lalu duduk di samping Danial.
"Kamu semua makan dulu biar ibu tengok kan emak kamu" Mak Leha memberi ruang kepada mereka sementara Mak Leha tolong jaga emak.
Selesai Durrah mencedok nasi ke dalam pinggan Aydan, Durrah mencedok nasi dan di berikan pada Danial dan Ayong. Semasa dia hendak mencedok nasi ke pinggan nya Aydan memegang tangan Durrah. Sudip nasi di letakkan ke dalam bekas nasi dan ditolak ke tepi.
"Bie nak mulai dari sekarang kalau sayang bersama bie. Sayang kena makan satu pinggan dengan bie."
Tersedak Ayong dan Danial serentak mendengar kata kata Aydan. Mereka pulak menjadi malu mendengar kata-kata itu.
"Bie nak kita ikut sunnah nabi. Bismillahirrahmanirrahim buka mulut"
Muka Durrah bertukar menjadi merah. Dia tidak menolak pelawaan suaminya. Kerana dia ingin cuba melupakan bekas kekasih dan cuba membuka hati pada suaminya sikit demi sedikit.
Share this novel