The Pearl Of My Life Bab 1

Drama Series 16236

Di pejabat, Aydan duduk di kerusi kerja nya sambil menghirup secawan kopi buatan Danial.

"Kopi ni tak pernah berubah rasa nya, aku jadi ketagih dengan rasa kopi yang kau buat ni."

Aydan berkata sambil minum kopi sedikit demi sedikit. Danial tersenyum.

"Saya buat sehabis baik untuk encik. Oh ya encik tengahari ni encik ada perjumpaan dengan bakal pereka baju melayu untuk tahun ini." Danial berkata sambil melihat ke arah tab nya.

"Baik lah siap kan kereta uruskan restoran yang menarik. Aku nak pegi solat dhuha."

Aydan bangun dari kerusi nya dan terus ke bilik air mengambil wuduk untuk solat sunat dhuha. Seketika itu telefon Danial berdering

"Hello adik balik cepat mak jatuh bilik air" ternyata kakak Danial menelefon nya. Danial dalam keadaan cemas terus bergegas ke rumah dan menghantar kakak dan emak ke hospital.

Setelah selesai solat sunat dhuha Aydan merapikan pakaiannya,
" Danial? Danial mana pulak budak ni?" Aydan tercari cari Danial. Aydan cuba menelefon Danial tapi tidak dijawab. Aydan merasa sangat marah.

"berapa lama lagi aku nak tunggu ni, dah lah berjanji dengan orang." Aydan cuba meredakan kemarahan nya dengan menggosok dada.

Aydan cuba menelefon Danial sekali lagi dan akhirnya dijawab Danial

"Mana kau pergi? Kita ada temujanji dengan pereka tu kan?"

Kerana terburu-buru Danial sampai terlupa untuk memberi tahu Aydan masalah nya. Tanpa melengahkan masa Danial terus bergegas ke pejabat Danial sempat menhantar teks pada kakak nya yang bertulis

'Adik kena ke pejabat sekarang kalau ada apa-apa bagitahu adik.' untung lah ada kakak yang menjaga emak.


Tiba sahaja di pejabat Danial terburu-buru mendapat kan bos nya yang garang itu.

"Maaf encik saya ada kecemasan encik"

tercungap-cungap Danial menceritakan masalahnya terus Aydan bangun menghentakkan seketul penumbuknya ke meja

"kau pergi tanpa beri tahu aku atau kerani, keluar macam tu je lari dengan kereta aku pulak tu. Kau tahu kan kita kena jumpa siapa? Aku pantang betul kalau pekerja macam ni."

Marah betul Aydan dengan danial tak sempat danial menjawab pertanyaan Aydan trauma Aydan datang menyerang. Aydan lupa mengawal kemarahannya sehingga kan dia mengalami trauma itu lagi. Dada nya terasa seperti di tarik, mata nya menjadi kemerahan itu lah yang sering di hadapi Aydan jika dia terlalu marah atau melihat pergaduhan.

Danial cuba melonggarkan tali leher Aydan dan mebuka sedikit butang baju kemeja Aydan supaya nafas nya tidak terlalu sesak lalu Danial memanggil Abang saiful sepupu merangkap kerani di situ memapah Aydan ke kereta untuk di bawa ke hospital.


Di hospital, suasana yang begitu sibuk. Mengingat kan kakak Danial pada masa lalu. Kakak Danial yang Bernama Durrah Haura seorang gadis yang putih sesuai dengan nama nya Haura yang bermaksud putih kemerahan. Durrah menyeka air matanya dengan tapak tangan nya yang menggigil itu

"Mak kakak minta maaf tak jaga mak dengan baik, kakak menyesal sangat. Lepas ni kakak tak akan tinggal kan mak lagi"

Durrah memegang tangan emak nya dicium tangan emak nya berkali kali takut nya Durrah kehilangan orang yang dia sayang kali ke dua. Dahulu nya bapa Durrah meninggal kerana kemalangan di tempat kerja, bapa nya seorang jurutera pada ketika itu. Kerana kecuaian pekerja lain bapa nya yang menjadi mangsa. Namun dia redho dengan ketentuan ilahi. Namun dia belum siap untuk kehilangan emak nya.

"Ya Allah dengarkan lah keluhan hamba mu ini. Selamat kan lah ibu ku, angkat kan kesakitan nya. Berikan lah pada ku aku rela ya Allah demi ibu ku. Aku tidak sanggup melihat ibu ku menahan kesakitan Ya Allah."

Durrah hanya mampu berserah kepada Tuhan sekarang ini. Hanya mampu berdoa di dalam hati tangan emak nya tidak mahu di lepas.


Hospital yang sama, Aydan ditahan di dalam wad. Wad persendirian Aydan. Doktor dan jururawat di situ seperti akrab dengan Aydan mana tidak nya hospital itu seperti rumah ke dua Aydan. Doktor john ialah doktor yang sering merawat Aydan dia seperti sudah tahu kalau Aydan akan datang ke hospital nya lagi.

"Anak abah ni kena kawal emosi tu. Kalau nak marah sangat marah abah"

Doktor john yang membiasakan diri nya Abah menganggap Aydan seperti anak kandungnya sendiri. Doktor yang berbangsa india itu sangat ramah dan disayangi pesakit kerana sikap nya yang bersahaja dan kelakar.

"Aydan nak balik abah, aydan ada urusan di pejabat." Aydan Cuba bangun dari katilnya.

"Tak boleh lagi lah anak. Kerja biar Danial uruskan untuk kamu, hari ini kamu check in sini dulu. Rehat rehat tenang kan hati dulu." Doktor john cuba menyenangkan hati Aydan.

Aydan mengeluh. Danial mendekati Aydan

"Encik maaf kan saya tadi .." belum sempat Danial menghabiskan ayatnya Aydan menyampuk

"kau cari pereka baru lepas tu kau boleh ambil gaji dan keluar"

Dengan tenang Danial keluar tanpa ekspresi apa pun. Kerana ini bukan kali pertama dia di pecat begitu. Dia faham situasi hati bos nya yang egois tu. Aydan hanya perlukan masa sahaja untuk meredakan hati nya sendiri.

Doktor john memegang bahu Aydan sambil berkata "Anak, dengar lah dulu penjelasan Danial. Tadi pun dia ada datang sini. Emak dia strok kerana jatuh bilik air"

Aydan tercengang mendengar kata-kata doktor john.

"Apa aku dah buat ni ya Allah. Aku dah berdosa ya Allah"

Aydan merasa sangat bersalah dia cuba menelefon Danial tapi tak di jawab.

Danial masuk ke wad emak nya

"kakak balik lah dulu biar adik yang jaga kan emak" terkejut Durrah mana tidak nya Danial masuk tanpa beri salam terus menyuruhnya balik.

"Terkejut kakak. Bila adik sampai tadi bukan main inilagi tak sempat nak ke pejabat." Tanya Durrah pada adik nya yang nakal itu.

"Bos adik pengsan tadi, dia kena tahan wad dekat sini." Sambil duduk di samping emak nya yang sedang tidur di katil.

"Pengsan kenapa dia sakit apa" Durrah seperti makcik bawang itu sibuk menanyakan soal Aydan .

"sibuk lah kakak ni bukan suami kakak pon" bergurau Danial dengan Durrah.

Danial meletakkan telefon bimbitnya nya di meja makan pesakit sementara Danial ke bilik air. Beberapa saat kemudian telefon bimbit Danial berdering. Durrah yang risau emak nya terganggu dengan nada dering telefon itu terus menjawab panggilan itu.

"Danial aku minta maaf sebab nak berhentikan kau tadi. Datang lah bilik aku. Kita bincang balik pasal kerja tadi."

Durrah tercengang rupanya adik dia di pecat oleh Aydan. Durrah tidak menjawab

"hello, danial oh ya aku dah tukar ke wad baru 6A lebih selesa lagi. Aku tunggu kau" aydan meletakkan panggilan. Durrah menahan geram kerana berani nya dia memecat adik kesayangan nya itu.

"Kau pecat adik aku. Dasar orang kaya egois. Dah lah pecat adik aku lepas tu nak adik aku kerja balik. Kau ingat adik aku tu apa? Kau tunggu aku datang."

Durrah keluar dari ruangan wad lalu terus ke wad 6A untuk mencari siapakah gerangan bos yang egois itu.

terima Kasih sebab sudi baca novel ini. saya akan upload 1 hari 1 bab. jika masa saya banyak terluang saya akan cuab upload 1 hari 2 bab. terima kasih kerana sudi sokong saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience