The Pearl Of My Life Bab 7

Drama Series 16236

Hari demi hari rindu menjentik hati. Perasaan sayang datang dengan sendirinya, namun untuk melupakan susah sekali.
Fikri dihimpit dengan dilema. Keluarga nya tidak mahu bersubahat dengan rancangan dia nak meminang Durrah tanpa pengetahuan ibu dan bapa nya.

'Aku sayang kau Durrah. Tapi aku tak boleh nak teruskan hubungan ni. Aku taknak kehilangan segala yang aku dah usahakan selama aku hidup. Aku doa kan engkau di temukan dengan lelaki yang baik suatu hari nanti.' Bisik Hati yang tidak bermakna itu, gambar diri nya bersama gadis itu dipeluk erat.

Ruang sempit di kelilingi buku buku bertaburan menggambarkan seperti situasi hati Fikri yang membuak-buak rasa sakit kerana terpaksa melupakan orang yang dia cinta demi keluarga yang membesarkan dia setelah 26 tahun ini.

Menikahi pilihan keluarga tanpa rasa cinta adalah perkara yang harus dia lakukan untuk melupakan Durrah dalam hidupnya.
Walaupun hati tidak kuat menahan perit nya perpisahan, apa kan daya kalau jodoh itu bukan milik bersama.

TIGA BULAN Fiikri meninggalkan Durrah tanpa khabar apa pun. Cincin belah rotan menghiasi jari manis gadis kecik molek itu. Cincin itu menjadi Tanda dia telah menyetujui peminangan tersebut. Di sangka cincin itu di sarung oleh emak saudara Fikri. Tapi sebaliknya.

"Kenapa dia tak datang?" Tercari-cari kelibat tunang nya. Durrah mengintai di balik belahan langsir biliknya.

"Ish kau ni ! bakal pengantin lelaki tak boleh datang masa pertunangan itu kan dah memang adat." Ayong mencelah.

Melihat telatah sahabat baik nya yang terlalu yakin rombongan meminang itu dari Fikri membuat kan Ayong ingin berterus terang. Tapi dia teringat semula janji Danial tempoh hari.

'Ayong simpan rahsia ni. Fikri tak akan kahwin dengan kakak. Dia ada jumpa danial hari tu. Dia terpaksa lepas kan kakak sebab keluarga dia akan kahwin kan dia dengan Orang lain. '

'kenapa danial tak bagitahu kakak terus. Nanti dia lagi kecewa.'

'biar lah dia kahwin dengan Aydan dulu. Lepas dia kahwin mungkin kecewanya terubat selepas dia ada suami. Lagi pun Fikri yang taknak kakak tahu. Kalau kakak tahu tentu kakak pergi rumah dia. Masa tu kakak mesti akan di malukan dengan makcik Senah tu.'

Ayong tersentak dari lamunan nya. Durrah berkali-kali memanggil Ayong tapi tak di dengari.

"Ayong kau ni kenapa mengelamun dari tadi?"

"Apa dia Durrah. ish ! Kau tak boleh dengar perbualan mereka macam tu." Ayong menarik tangan Durrah. Sahabat degil nya itu sudah tidak sabar nak menjadi isteri.

"Mak, kakak dah jadi tunang orang. Lepas ni mak akan dapat menantu." Dengan riang Durrah memberi tahu emak.

Tubuh emak yang kurus dipeluk Durrah. Emak hanya mampu melihat senyuman anak nya dengan keadaan berbaring di katil. Air mata mutiara emak jatuh di pipi tua emak. Perlahan di usap dengan tangan lembut anak perempuan yang tidak lama lagi akan menjadi isteri orang.

Dulang hantaran tersusun rapi, berbungkus dengan kain batik persis seperti adat meminang zaman dahulu. Tuan Omar dan Danial telah tetapkan tarikh pernikahan mereka yang telah dirancang oleh Aydan.

"Oleh kerana dokumen nikah pun dah siap sebelum kami datang meminang ni. Aydan merancang untuk bernikah dulu. Macam mana danial?." Tuan Omar memberitahu hasrat anak sulung nya yang telah rancang dari awal menikahi gadis itu.

"Paling elok begitu lah. Sebab mak saya pun tak boleh berjalan akibat strok. Saya lagi setuju kalau mereka bernikah dulu. Perkara yang baik elok di cepat kan."

Kata kata Danial membuat Tuan Omar lega. Mana tidak nya. Dia takut jika pinangan itu ditolak mentah-mentah. Gadis di pinang nya pula bukan kekasih Aydan. Sudah tentu belum menjalinkan rasa cinta antara satu sama lain. Namun Tuan Omar bersyukur kerana Aydan tidak melakukan perbuatan keji dan masih tahu halal dan haram.

........

Aydan menggosok lembut dada tegap nya. Termenung memikirkan apakah pinangan nya di terima. Fateh yang melihat abangnya berdiri di balkoni meyapa.

"Angah salute lah dengan along. Sanggup tak bercinta demi nak jaga batas. Rupanya masih ada lelaki gentleman macam along zaman sekarang ni" usik Aydan yang memecahkan suasana canggung itu.

'Allah yang maha kuasa atas segala sesuatu. Tunjukkan lah kuasa mu. Jikalau dia menerima pinangan ini maknanya dia lah jawapan istikharah ku. Jika tidak temu kan lah aku dengan jawapan yang benar ya Allah.' Aydan meraut kedua tapak tangan nya ke muka.

Telefon Fateh berdering. Aydan yakin itu pasti panggilan dari papa nya. Ternyata benar. Baru sahaja Fateh ingin menjawab Aydan merampas dari Fateh.

"Assalamualaikum Angah bagitahu Along pinangan dah di terima. Papa dan mama nak terus ke kedah nak bincang dengan saudara mara lain pasal pernikahan nanti. Bagi tahu Along siapkan apa yang patut."

Mendengar khabar itu Aydan terkesima mata nya mula berkaca reaksinya itu merisaukan Fateh. Jikalau trauma nya datang lagi. Rupanya itu adalah airmata bahagia abang sulung nya.

"Angah ! Pinangan Along di terima" Aydan masih seperti tidak percaya.

"Alhamdulillah tahniah along"

Mereka berpeluk satu sama lain. Gembira melihat Aydan yang sekarang. Mencintai gadis dengan cara yang benar. Bah kan mereka tidak berhubung langsung. Aydan sungguh menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana itu lah yang di ajar kita dalam islam sebenarnya.

"Bila tarikh nikah along?"

"22 mei" ringkas Aydan menjawab pertanyaan Fateh.

" Minggu depan? Kenapa cepat sangat Along?"

Fateh tersentak dengan jawapan Abang sulungnya itu. Fikiran Fateh mula menjadi kotor.

"Takkan lah Along tak sabar sangat sampai macam tu sekali!" Usik Fateh sengih, mengedip matanya sepet itu.

"Ya betul. Along lelaki, ada nafsu. Perkahwinan menjadi wajib jika seorang lelaki tidak boleh mengawal nafsunya. Bagi mengelakkan daripada berlakunya zinar di wajibkan bagi lelaki tersebut bernikah."

Aydan menjawab soalan Fateh tanpa berasa malu. Itu ilmu islam yang wajib di ketahui.

"Eleh Angah cakap along. Angah tu nikah gantung dengan Alisa bila nak tamatkan status nikah gantung tu? Kalau boleh tahan takpelah."

Gurau Aydan menyindir adik bongsunya itu. Fateh hanya ketawa kecil tidak melawan kerana apa yang dikata Aydan itu benar belaka.

2 tahun Fateh memegang status suami hanya atas buku nikah. Tidak pernah menggauli isterinya kerana mereka masih dalam status nikah gantung. Isterinya masih belum tamat pengajian di universiti maklumlah mereka masing-masing baru berusia 21 tahun.

Hr muda ni tergugat dengan nasihat Abang sulungnya itu. Apa sebenarnya yang dia inginkan dalam perkahwinan ini. Sampai bila agaknya status nikah gantung ini akan berakhir. Lagi pula dia dan isterinya adalah suami isteri yang sah.

"Tu kenapa termenung lagi tu? Taknak balik rumah ke? Along nak pergi Sekinchan ni nak jumpa Danial."

Bantal sofa yang gebu di baling ke arah Fateh. Lamunan fateh terhenti apabila Aydan seakan menghalau nya. Apa lah nasib isteri jauh abang pula sedang jatuh cinta. Mama dan papa pula sibuk dengan persiapan pernikahan Aydan.

' sayang i buat keputusan nak tamatkan status nikah gantung ni. I nak sayang sentiasa di sisi i. Kalau sayang setuju i akan jemput sayang dekat universiti.'

Fateh menghantar pesanan whatsapp kepada isteri nya. Nampak nya Dia juga sama seperti abang sulung nya tidak sabar dalam percintaan.

......

Setelah selesai mandikan emak, seperti selalu di lakukan Durrah ialah memberi emak makan ubat. usai itu membawa emak mengambil angin di luar.

Ayong pula membantu Durrah mencuci piring dan cawan tetamu yang datang tadi.

Danial yang baru hendak melangkah kaki keluar di halang kakak nya.

"Eh nanti dulu. nak pergi mana pulak ni? lepas tetamu balik apa pun tak bagitahu kakak. senyap macam tu je."

Durrah menjeling manja bibir nya terjuih keluar.

"kakak, Adik nak pergi pejabat agama ni nak serahkan semua borang nikah kakak ni. minggu depan kan kakak nak kahwin."

Danial terus melangkah keluar. dia telah berjanji nak berjumpa Aydan di majlis agama sementara masih waktu pejabat.

"minggu depan? kenapa cepat sangat? adik! adik!"

teriak Durrah di endahkan Danial.Durrah mengukir senyuman di bibir. Ayong yang perasan sengaja menterjah Durrah.

"wah ! minggu depan nak jadi bini orang dah? cepatnya nampak sangat tunang kau tu tak sabar orang nya."

Ayong mencuit manja Bahu Durrah. senyum sampai ke telinga Durrah mendengar usikan sahabatnya itu. apa apa pun hati nya berbunga bila dapat tahu yang dia akan berkahwin minggu depan. tapi apa akan jadi jika dia tahu pengantin lelaki itu bukan lah Fikri. Danial memang sengaja tidak beri tahu Durrah tentang pinangan itu dari Aydan. jika Durrah tahu mungkin Durrah tidak akan setuju untuk bernikah dengan Aidan.

Jodoh kita telah di tulis Oleh Allah sejak Azali lagi. dengan siapa? sampai bila? semua jawapan itu hanya Allah yang tahu. siapa lah kita nak ubah takdir yang sudah tertulis. jalani dan manfaatkan apa yang kita alami sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience