The Pearl Of My Life Bab 23

Drama Series 16236

Pintu Rumah di buka dengan kunci pendua yang di beri Aydan. Tombol pintu di pusing perlahan-lahan risau kalau-kalau Puan Zalina terkejut dengan bunyi pintu yang terbuka.

" Assalamualaikum "

Durrah memberi salam. Durrah melangkah masuk ke dalam rumah. Berjalan ke arah ruang tamu yang sunyi, sedang Durrah memata-matai kelibat orang di dalam rumah itu, tiba-tiba ada suara yang membentak dari belakang.

" Haaa ! Baru nak balik"

Terperanjat Durrah mendengar suara sergahan itu. Seperti nak luruh jantung nya. Saat dia memusingkan badannya rupa-rupanya Danial Adik bongsunya.

" Kurang Ajar punya adik ! Nasib baik kakak kau ni tak sakit jantung. "

Bahu Danial di tampar Durrah. Kenakalan Adik nya tidak berubah-ubah walaupun kini Danial Sudah dewasa seperti kata orang dulu-dulu masa kecil teranja-anja, sudah besar terbawa-bawa, lalu tua berubah tidak.

" Wah Pizza ! "

Langkah kanan Adik bongsu Durrah melihat kotak bungkusan pizza yang di jinjing kakak nya itu.

" Ingat juga kakak kat adik. "

Kotak pizza di rampas oleh Danial dari pegangan Durrah.

" Amboi kau, tu Abang Aydan bungkus untuk kakak lah. Kau kan kerja. Gaji beribu-ribu tak pernah pun nak bawak kakak makan sedap-sedap. "

Sindiran Durrah merubah riak wajah lelaki itu.

" Apa lah kakak ni. Kakak yang ajar adik, selagi tak penting tahan dulu. Utamakan perkara yang penting. Sesal dahulu pendapatan, sesal dahulu tiada guna "

Terkedu Durrah, ada betul apa yang di katakan Danial. Mereka bukanlah terlahir dari keluarga yang senang. Dari kecil, mereka di ajar supaya tidak membazir, jika ada wang lebih mereka simpan untuk guna di waktu terdesak nanti.

" Ya lah, kakak gurau je. Makan lah pizza tu. Kakak dah makan dah. Mak mana? "

Soal Durrah matanya menjeling ke arah pintu bilik Puan Zalina.

" Mak tidur. "

Lega Durrah mendengar keadaan Puan Zalina baik-baik sahaja.

" Akak dah balik ni, Danial nak keluar kejap nak jumpa Akram. "

Danial merenung ke arah telefon yang baru di keluarkan dari mulut poket seluarnya. Baru sahaja Durrah balik, terus nak keluar merayap.

" Lepak lepak juga, jangan jadi kutu embun pulak "

" Tak ada lah sampai jadi kutu embun pulak. Esok adik kena masuk kerja dah. "

Tanpa melengahkan masa, Danial menyusun langkah keluar dari rumah. Bungkusan Pizza dibawanya sekali.

Di pejabat, suasana menjadi sangat tegang. Muncul nya Aydan melangkah masuk dari daun pintu pejabat, membuat pekerja di situ terdiam membisu.

" Saiful ! Apa dah jadi? Macam mana Anis boleh terlibat? "

Aydan baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi, soalan utama terus di soal Aydan pada Saiful.

" Ada orang luar jadikan dia kambing hitam"

Bingung Aydan memikirkan masalah yang berbulan-bulan tidak jelas itu. Kini masalah Anis Farhana pula yang mengusutkan fikiran Aydan.

" Sekarang Anis dekat mana? "

Soal Aydan memicit dahi nya yang berkerut itu.

" Anis ada dekat balai. Tuan Omar di panggil untuk bagi keterangan. "

" Kau tahu siapa yang upah dia? "

Soal Aydan tenang menatap ke arah komputer riba yang terletak di hadapan nya.

" Saya tak pasti lah Encik, sebab tadi Anis hanya tunjuk gambar perempuan tu dekat Fateh je. "

" Perempuan? "

Tergamam Aydan. Licik sungguh wanita itu berniat untuk mencuri data syarikat mereka.
Setahu Aydan syarikat Sumayyahent Sdn Bhd tidak mempunyai musuh. Mungkin sahaja ada orang yang tidak senang melihat kemajuan syarikat tersebut.

" Baiklah, hari pun dah nak petang. Korang semua balik lah. Terima kasih telah bekerja keras berapa hari ni. "

Kasihan Aydan melihat akan muka pekerjanya seperti ayam berak kapur setelah berhari-hari kerja lebih masa membantu menyelesaikan masalah syarikat tersebut.

Berkali-kali Lily menghubungi Anis Farhana tapi tidak dijawab. Bagaimana Anis Farhana ingin menjawab, wanita itu sedang derita di dalam lokap, sedangkan Lily masih boleh berfoya-foya di luar. Kereta Toyota Camry di pandu Lily menuju ke rumah. Sebaik sahaja Lily melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

PANG !!!

Wajah Lily ditampar deras oleh Fikri. Lily dan Fikri berbalas pandangan. Diam Lily termanggu mata nya mula berkaca melihat ada ketegangan pada wajah suaminya.

" Kau memang perempuan tak guna. Sia-sia aku kahwin dengan kau. Sikit pun kau taknak berusaha ubah sikap kau. "

Bentak Fikri, suaranya yang lantang itu membuat kan Lily terketar-ketar, ingin membalas kata suami nya.

" Apa masalah u ni? Tiba-tiba tampar muka I? "

" Apa yang kau buat dekat belakang aku? "

Belum sempat Lily menjawab soalan Fikri yang mengelirukan itu, Bunyi raungan siren membingitkan telinga pasangan itu. Sebaik sahaja Fikri memulas tombol pintu rumahnya, Beberapa pegawai polis sudah terpacak di muka pintu.

" Adakah ini rumah Puan Lily Yasmin Dato'Ilham? "

Lily mula merasa ketakutan mengusai diri nya. Fikri pula setelah mendengar Nama Lily di sebut, cepat tangan Lily di tarik maju.

" Bawak dia pergi Tuan, "

Dengan tenang Fikri merelakan isterinya di cekup Polis. Belum pegawai polis itu mengajukan beberapa soalan Lily terus di bawa pergi.

" Kenapa tangkap I? Apa yang i buat? Hey ! U tolong I ! I tak salah!

Menggelepar-gelepar Lily minta Di lepaskan. Tapi rayuannya tidak berjaya mempengaruhi Fikri.

Riak wajah Fikri mula terbenam dengan kekecewaan. Mungkin dirinya nampak seperti tenang namun di sebalik air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

" Encik Ahli keluarga Puan Lily ? " Soal salah seorang anggota polis di situ.

" Ya saya suami dia "

" Macam ni Encik. Puan Lily terlibat dalam tuduhan mencuri data.. "

Fikri memotong kata-kata anggota polis itu. Dia perasan jiran-jiran di sekeliling mula pasang telinga ketika melihat Lily di tarik masuk ke dalam kereta polis sebentar tadi.

" Tak apa saya faham Tuan. Saya akan pergi ke balai untuk siasatan lanjut nanti."

Keheningan petang menjadi suram setelah anggota polis tadi beredar dari situ. Namun yang menyakitkan hati Fikri ialah sangkaan jiran-jiran di sekelilingnya yang mula buat mulut tentang Isterinya yang baru saja Dicekup sekolompok anggota Polis.

" Tak semua orang baik akan kekal baik, dan tak semua orang jahat akan kekal jahat ! Tak perlulah tuan dan puan sibuk-sibuk canangkan pasal rumah tangga saya lepas ni. Cukup lah kunci mulut untuk jaga aib kami "

Sindiran pedas dilemparkan Fikri sekuat hati. Cemuih melihat segelintir masyarakat yang suka menjaja cerita tentang hal orang lain. Sikap mereka yang sebegitu tak ubah seperti mulut munafik. Sudah lah dosa sendiri tak larat dipikul, dosa orang lain pula disibuknya.

Dengan berangnya kunci kereta Bezza miliknya dicapai. Mahu tak mahu Fikri tetap harus pergi ke balai untuk membantu siasatan polis.

___________

Hari menjelang malam, seperti biasalah Aydan belum pulang jika malam belum larut. Seperti selalu, menemani emak di ruang tamu sambil menonton drama di televisyen.

" Mak, ni abang Aydan ada beli mangga untuk mak. Mangga ni baik untuk mak kakak suap ye Bismillahirrahmanirrahim "

Buah mangga ranum di suap Durrah ke dalam mulut emaknya. Buah mangga memang sangat sesuai untuk orang yang menhidap penyakit strok, kerana buah mangga berkhasiat dan bersifat Anti diabetik, Anti inflamasi dan banyak khasiat yang baik untuk pesakit strok.

" Assalamualaikum " tombol pintu dipulas, ucapan salam di ucap sebaik sahaja Aydan melangkah masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumussalam bie dah balik. " Durrah hanya menjawab salam suaminya dari jauh. Tidak elok pula jika dia tinggalkan mak yang sedang makan.

Aydan merebahkan tubuhnya di atas sofa di samping isterinya. Keluhan kecil keluar dari mulut lelaki itu. Seharian dia mengkhusutkan kepalanya dengan masalah yang bertimpa-timpa di syarikat. Akhirnya dapat juga dia merehatkan tubuhnya di sofa.

" Bie dah makan? sayang ada masak nasi lauk ayam masak kicap. "

Durrah cuba mempelawa suaminya makan. Melihatkan keadaan suaminya Sudah tentu Aydan belum makan, penat sungguh Aydan sampaikan soalan Durrah pun tak dijawabnya.

" Pergi lah urus suami kakak. Kesian dia penat. " Suara emak perlahan berbisik di telinga Durrah.

" Ya lah mak " mulut Puan Zalina di seka dengan kain bersih.

Durrah mengatur langkah ke dapur. Nasi putih di cedok ke dalam pinggan. Berlaukkan Ayam masak kicap, Durrah keluar dari daun pintu dapur dan duduk di samping Aydan.

" Bie, makan dulu bie mesti lapar kan? "

Mendengar suara lunak Durrah, Aydan terus terjaga dari lelapnya. Aydan bangun dari baringnya dan duduk berhadapan dengan Durrah. Tangan wanita itu di usap lembut.

" Bie mintak maaf tak teman sayang rehat hari ni. Tadi banyak masalah dekat ofis "
Aydan cuba menjelaskan masalahnya pada Durrah. Takut juga dia jika isterinya berkecil hati dengan sikapnya.

" Ish ! Bie ni sayang faham lah bie kerja. Bie ada kat depan mata sayang dengan selamat pon dah syukur dah bagi sayang. "

Pipi Durrah menjadi sasaran bibir Aydan. Wajah nan senyuman datang menepa di bibir isterinya.

" Sebabkan bie dah bagi hadiah dekat sayang, sayang akan suap bie makan "

tersengih-sengih Aydan mendengar kata yang keluar dari mulut isterinya. Itu lah suapan pertama dari Tangan seorang isteri selepas tiga bulan menjadi suami.

" Sedap sayang masak. Untung bie dapat isteri yang pandai macam sayang. " Pujian Aydan yang menggunung itu membuatkan Durrah tersenyum manis bak lautan madu.

" Kan ? Mana nak dapat perempuan macam sayang sekarang ni? Pandai masak, pandai layan suami. " Sudah mulalah Durrah meninggikan hidung nya setelah mendengar pujian dari suaminya.

" Layan suami? Humm yang tu sayang kena buktikan kejap lagi. "

Aydan mula merapatkan tubuhnya dengan Durrah dan berbisik di telinga isteri nya. Risau pula jika perbualan mereka di dengari Puan zalina.

Senyuman manis tersungging di bibir munggil Durrah, selepas mendengarkan ajakan suami nya. Melihat ke arah Puan zalina yang melihat perilaku Aydan itu membuatkan air muka Durrah hilang tanpa jejak.

" Kakak mak nak tidur. " Dengan cepatnya Durrah bangun dari duduknya, menuju ke dapur untuk mencuci tangan terlebih dahulu.

" Awal nya mak nak tidur ? "

Puan zalina hanya mampu melontar senyuman di balik bibir tuanya. Tidak mahu dia meganggu kemesraan anak menantunya itu.

" Aydan hantarkan mak ke bilik ya? " Kerusi roda Puan Zalina di dorong perlahan, Durrah membontoti langkah suaminya menghantar emak ke dalam bilik.

Sejuk hati melihat sikap tulus suaminya. Syukur thuan kurniakan suami yang prihatin terhadap emak nya. Kerana dulu di sebabkan penyakit emak lah keluarga Durrah di tuduh mengambil kesempatan atas belas ihsan bekas kekasihnya dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience