Angin meniup sepoi-sepoi bahasa, di pinngir pantai. Lautan yang riuh tidak pernah tanpa ombak. Rerumputan tumbuh, ombak menghantam butiran pasir pantai.
Anak-anak berlari, layang-layang di tiup angin ke mana-mana.
Perasaan yang menggambarkan suasana hati Fikri ketika ini Umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang. Dia cuba untuk melenyapkan sekelumit rasa cintanya terhadap wanita yang telah menjadi isteri orang itu. Masalah rumahtangga nya pulak makin krisis. Sering lari dari masalah itu lah sikap yang ada pada dirinya. Melihat akan nombor telefon Durrah membuat kan dia Bak membelah buah kepayang muda, di makan mabuk dicampak sayang. Kerana diri nya bukan lah sejenis lelaki yang suka merosakkan rumah tangga orang. Namun dia tidak boleh tipu perasaan nya terhadap bekas kekasihnya.
"Hello? Siapa ni? Nak cakap dengan siapa?"
Cukup lah hanya mendengarkan suara lunak bekas kekasih yang tidak mampu dia miliki Itu sudah memadai, Fikri yang masih tidak boleh melupakannya.
********
Hari minggu Adalah hari istirehat bagi semua yang bekerja. Sama ada kerja kerajaan mahupun swasta. Kebanyakan Keluarga keluar makan angin di luar, mandi manda di sungai dan sebagainya. Namun, berbeza pulak dengan Durrah. Dengan keadaan Emak yang sentiasa duduk di kerusi roda, begitu susah untuk dia keluar bersiar-siar seperti orang lain.
"Assalamualaikum"
Kedengaran seperti seseorang memberi salam dari luar. Durrah meninggalkan cucian nya dan terus bergegas membuka pintu. Ternyata biras dan adik iparnya yang datang.
"Waalaikumussalam Eh! Angah, isya! Jemput masuk pagar tak berkunci."
Dengan senang hati mereka melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Bau yang harum datang dari dapur membuat kan Perut Fateh berkeroncong.
"Kaklong masak apa hari ini?" Soalan pertama yang ditanya fateh. Belum sempat orang itu duduk Fateh terus menanyakan apa yang di masak kakak iparnya itu.
"Kak long baru je masak nasi minyak dengan ayam masak merah. Kalau angah nak makan pergi lah makan dekat dapur."
"Ish apa lah Abang ni, datang nak ziarah makcik dengan kaklong. Bukan nak mintak makan"
Tindakan Fateh membuat Alisya naik darah.mana tidak nya berasa seperti tidak sopan pula datang ke rumah orang terus minta makan.
"Eh tak apa lah. Lagi pun bukan siapa-siapa adik beradik jugak"
Mendengar kan kata-kata Durrah langkah kanan Fateh terus ke dapur menghiraukan teguran isterinya itu.
"Wah sedap ni. Sayang tolong cedok kan nasi untuk Abang."
Fateh menghulur pinggan pada Alisya, seraya merenung wajah comel isterinya.
Durrah melanjutkan cucian nya yang tertunda tadi. Pagi-pagi lagi Aydan sudah berangkat kerja. Tinggal lah Durrah dan emak di rumah. Kehadiran Adik iparnya membuat Durrah tidak berasa terlalu sunyi.
"Sedap betul kaklong masak. Patutlah Along makin sayang."
Gumam Fateh.
"Ish Abang ni. Makanan penuh dalam mulut jangan lah bercakap."
Nasihat Alisya tak di endahkan Fateh. Sejak pasangan ini bersama setelah dua tahun berstatus nikah gantung. Hubungan mereka selalu bermasalah. Biasa lah pasangan itu pun masih muda masih banyak yang perlu di pelajari.
*******
"Saiful ! Kau pasti ke dia?"
Riak wajah Aydan bertukar menjadi merah padam apabila melihat suatu rakaman video yang telah tular di laman sosial. Mungkin ada kaitannya dengan syarikat.
"Memang dia lah tu Encik Aydan. Jelas muka dia."
"Takpe kau boleh keluar dulu. Panggil Danial masuk"
Wajah nya di raut dengan tapak tangannya. Istighfar mula di baca untuk padam kan api yang sedang membara.
"Ya encik ada apa?" begitu profesional Danial ketika di pejabat.
" Kau tengok ni"
"Pekerja dari syarikat Sumayyahent Sdn Bhd di tangkap khalwat dengan seorang gadis? Apa ni encik. Siapa yang buat fitnah ni?"
Bagai kerbau terkejut gong Danial melihat rakaman video dirinya dan seorang gadis di tandas lelaki kelmarin.
"Jelaskan dekat aku sekarang"
Aydan cuba mengawal Amarah nya. Dia cuba menjadi tenang di saat situasi menjadi sukar.
"Encik saya tak kenal pun perempuan tu. Saya jumpa dia pun masa nak ke kedai makan. Lepastu kami berlanggar. Encik pun tahu kan."
Danial cuba menjelaskan dengan saksama pada Aydan.
"Aku percaya kau. Tapi nama baik syarikat dah tercemar kali ke tiga dah. Klien banyak yang call taknak bekerjasama lagi dengan syarikat kita."
"Encik saya akan cari perempuan ni"
Danial bergegas keluar dari bilik Aydan. Telefon bimbit di keluarkan dari mulut poket seluarnya. Nombor Aurell di dail.
"Hello ! Saya nak jumpa awak sekarang."
"I pun nak jumpa u. Nanti i sent location"
Langkah yang semakin laju tanpa menghiraukan orang sekeliling.
pejabat Zuri's Collections, Bersebelahan sahaja dengan syarikat Sumayyahent Sdn Bhd. Jadi tidak ambil masa yang lama bagi Danial untuk sampai ke sana. Melangkah sahaja masuk ke pejabat tersebut. Juruaudit di situ menyambut Danial dengan ramah. Ternyata Juruaudit itu ialah Ayong.
"Eh ! Danial kau buat apa kat sini? Durrah suruh datang cari aku ke?"
Keberadaan Ayong di Pejabat Zuri's Collections memeranjatkan Danial. Belum sempat Danial menjawab soalan Ayong. Aurell keluar dari daun pintu bilik pejabatnya.
"Encik Danial Muhammad ! Ada apa nak jumpa I?"
Tersentak Danial mendengar suara yang menyebut nama penuh nya. Rupanya Aurell.
"Saya ada benda nak bincang dengan awak. Ikut saya ke pejabat."
Ajakan Danial tidak berjaya.
"I pun perlu berbincang dengan u masuk pejabat I sekarang."
"What ! Hei cik Aurell kenapa awak perlu besarkan kes ni sampai nak viral kan video tu? Saya tahu saya dah menghina cik semalam tapi cukup saya dah lah. Tak perlu nak libatkan periuk nasi saya"
Semakin lantang Danial bersuara. Ajakan Aurell juga di tolak nya.
"Bila masa pulak I sempat nak rakam video. Sedangkan masa tu i bersama dengan U. U lupa i yang lap kan badan U?"
Tercengang semua pekerja di sekeliling melihat mereka berkelahi. Danial diam kehairanan. Ada betul juga yang di katakan Aurell. Mana mungkin dia yang merakam video itu sedangkan waktu itu Aurell ada di sisi nya.
"Awak kena tolong saya. Sekarang syarikat kami mengalami kerugian atas rakaman tu."
Aydan merayu pada Aurell, apa lagi yang harus dia lakukan hati nya hancur bagai kaca terhempas ke batu.
'apa yang berlaku pada mereka berdua ni sebenarnya?' Ayong kebingungan melihat Danial dan majikan nya. Bukan masa sesuai jika hendak bertanya pada Danial soal masalah nya.
"Baik lah i akan tolong u, lagi pun i bersalah dengan u pasal kejadian kelmarin. "
Danial mula besar hati mendengar kan kata-kata Aurell yang sanggup membantu nya.
*****
Hari ini sudah lebih sepuluh kali nombor tidak dikenali menghubungi Durrah. Bila dijawab tidak ada suara yang bercakap.
Sekali lagi telefon berdering ternyata kali ini Aydan yang menelefon.
"Assalamualaikum sayang. Siap-siap biey nak bawak sayang keluar jalan-jalan. Hari ni Angah dan isya nak tolong jaga emak."
Mendengar kan kata-kata Aydan hati Durrah berbunga-bunga. Keluar juga dia dari rumah kepompong ini.
"Tapi tak susah kan mereka ke bie?"
"Takpe dorang suka rela. Bie tak masuk dah. Bie tunggu kat luar."
Besar hati Durrah mendengar jawapan Aydan. Tanpa membuang masa. Dia terus bersiap menghias diri.
Menunggu wanita bersiap sudah menjadi lumrah bagi setiap insan yang bernama lelaki. Hampir ketiduran Aydan di buatnya. Pintu kereta di hentak tanpa sedikit rasa kesal di dalam hati wanita itu.
"Assalamualaikum bie, maaf sayang lambat"
Dengan senyuman manis tersungging di bibir. Tangan suaminya dikucup lembut. Tapi Aydan hanya menundukkan wajahnya tanda kecewa. Kecewa kerana hentakan pintu kereta tadi.
"Bie ! Kenapa ni? Bie tak sihat?"
Dahi Aydan di usap lembut.
"Rasa macam nak demam dengar sayang hentak pintu kereta tadi."
Terbahak-bahak Durrah ketawa. Walaupun tak kelakar tapi bagi dia sikap Aydan yang kalut itu menceriakan hari yang penuh kesepian.
"kita nak pergi mana ni"
tali pinggang keledar di pasang.
"ke dalam hati sayang?"
gurau Aydan mengubah suasana.
"bie nak bawak sayang ke mana sahaja sayang nak pergi. "
tangan Aydan digenggam erat Durrah. menatap wajah kacak suaminya senyuman terukir di bibir.
"cukuplah bie selalu ada di sisi sayang. itu pun sudah memadai."
melihat sekilas wajah isterinya bagai bulan purnama tersungging senyuman di bibirnya.
*******
PAVILLION KUALA-LUMPUR
"u ni kenapa i tak habis lagi nak tengok filem tu."
bentak Lily pada Fikri yang tidak mahu menemani nya menonton filem.
"I penat lah, jom lah balik"
langsung tidak beri peluang sedikit pun pada isterinya itu, tangan isterinya di tarik paksa.
"sakit lah"
langkah terhenti seketika. Akhirnya masa menemukan mereka kembali. masa lalu yang sukar di lenyapkan itu timbul sesuai aturan tuhan. tatapan mata antara mereka menerawang tajam di benak ingatan.
"Durrah Haura?"
Fikri cuba menahan perasaan namun air mata tak tertahan mengalir.
"Fikri Aiman?"
Aydan hanya terkedu melihat tatapan isterinya. namun Lily tercengang diam seribu bahasa. kerana wanita itu suaminya masih tidak mampu menerima dia dalam hidupnya.
"perempuan tak guna ! "
tamparan pedas di lepaskan Lily pada Durrah
lengan Durrah di tarik kencang, Durrah berlindung di sebalik tubuh suaminya.
"u gila ke? ni tempat awam"
tubuh Lily digoncang Fikri. panas hati melihat tindakan bodoh isteri nya itu.
" u pertahankan dia? u tak nampak depan mata u ni suami dia kan? u tak ada makna langsung di hati dia sekarang. tapi dia yang masih dalam ingatan u."
tengking Lily. api yang membara membuak-buak membakar segala perasaan nya kali ini.
Aydan memeluk samping Durrah dan cuba bawa Durrah pergi dari perbalahan itu namun tangan Lily sungguh cekap. dengan pantas lengan Durrah di tarik sekali lagi. kali ini wanita itu sungguh kemamar.
"jangan sentuh isteri aku kalau kau taknak muka kau hancur dekat sini. kau bawak isteri kau balik jangan sampai tindakan aku jatuh kan air muka kau hari ini ."
Teriak Aydan menghentikan pergerakan orang di sekeliling. dengan pantas Aydan beredar dari situ. Lily pula di tarik kencang oleh Fikri.
"u ni memang dah gila lah !"
berang Fikri pada tindakan isterinya yang memalukan tadi.
"i dah puas sekarang ni. malam ni i boleh tidur lena"
Lily menyulam senyuman sinis nya. Lily yang seperti kain dalam lipatan itu puas hati dengan usaha dia sebentar tadi.
Sandiwara yang berlaku tadi tidak sedikit menggugat Trauma Aydan sebaliknya hampir meragut nyawa isterinya. walaupun sakit hati dengan situasi tersebut Aydan terpaksa tabah kan hati dan tetap percaya kan isterinya.
"berani nya perempuan tu tampar isteri bie"
pipi merah menyala isteri di usap perlahan perih masih terasa.
"saya nak balik"
situasi Durrah berubah Enam puluh darjah. Baru sahaja ingin merasa bahagia datang pula badai yang tak di sonsong. Aydan pula sanggup di kecewakan berkali-kali demi cinta isterinya sanggup lakukan apa sahaja.
Share this novel